Kerabu Bersuara ® |
- Pakatan fails to reach consensus on K'tan's hudud plans
- Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu
- Video Sidang Media Pemimpin Pakatan Rakyat Selepas Mesyuarat
- Pakatan: Tiada kata putus untuk laksana hudud
- Terkini! Gambar Wartawan Yang Hadir Semasa Sidang Media Pemimpin Pakatan Rakyat
- Terkini! Gambar Sidang Media Pemimpin Pakatan Rakyat
- Terkini! Gambar Mesyuarat Pakatan Rakyat Sedang Berlansung. Doakan Yang Terbaik Untuk Islam
- JWW Birch dibunuh kerana ganggu wanita istana
- Semua tertumpu ke Pejabat Agung PAS malam ini
- Hebat! 'Orang' Anwar Telah Kuasai Badan Kerajaan Yang Strategik?
- Umno kawasan Dungun bercakaran berebut pengaruh
- Isunya bukan hapus kuota, tapi laksana keadilan- Azmin Ali
- DYMM Sultan Berkenan Untuk Memberi Nasihat Berkaitan Isu Pemeriksaan JAIS
- Gambar K.Terengganu Dilanda Ribut. Bala Allah
- Hapus kuota bumiputra, Umno khianat Melayu
- Gambar Letupan letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery
- Kuota Bumiputera: Umno terus khianati Melayu
- Mati kerana sudah sampai ajal? – Oleh Adil Mat Selamat
- Kuota Bumiputera Akan Dimansuhkan Kata PM Najib. Mana Pejuang Melayu?
- Mengapa Pakatan Rakyat diserang habis-habisan – Oleh Amaluddin Zhafir
- Hudud: The Star pun fitnah Guan Eng juga
- Isu Hudud: Hormati Sebarang Bentuk Keputusan Pakatan Rakyat
- Hujah DSAI Bidas Fitnah (Kenyataan Dari Mahkamah Tinggi)
Pakatan fails to reach consensus on K'tan's hudud plans Posted: 28 Sep 2011 05:00 PM PDT Pakatan Rakyat today said they agreed to disagree on the thorny issue of the implementation of the hudud law when its top leaders failed to come to a consensus. Speaking after a meeting lasting about three hours ending at midnight, PKR de facto leader Anwar Ibrahim said that the decision was to respect both PAS and DAP's divergent stand on the matter. "It's quite clear that DAP opposes it and PAS and PKR respect this... We acknowlege the differences in ideology in Pakatan, as a democraric coalition and this involves PAS' stand on syariah law," he said. http://malaysiakini.com/news/177165 |
Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu Posted: 28 Sep 2011 04:00 PM PDT Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud. Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan. Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat. "Kita mendengar penjelasan Datuk Taqiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan. "Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah. "Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," katanya. Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta 23 ahli mesyuarat yang lain. Sebelum ini, semua pimpinan Pakatan Rakyat diarah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah mencapai pendirian bersama pada mesyuarat malam ini. Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9 malam tadi antara lain bagi mencari pendirian bersama berhubung perbezaan pandangan antara ketiga-tiga parti dalam isu hudud. "Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat," kata Anwar lagi. Isu hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kelantar agar melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi perdana menteri. Kata Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu. Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian. Najib pula dalam jawapannya berkata, beliau tidak akan memberikan kebenaran itu walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata sedia untuk berbuat demikian. Parti MCA dan Gerakan memberikan amaran kepada Umno, mereka akan keluar dari BN jika membenarkan undang-undang Islam itu dilaksanakan. Ekoran itu, DAP juga membuat kenyataan akan keluar Pakatan Rakyat jika pakatan setuju menjadikan agenda hudud sebagai agenda bersama Pakatan. Ia terus panas apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan kerelaan jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam. Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Karpal bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan. |
Video Sidang Media Pemimpin Pakatan Rakyat Selepas Mesyuarat Posted: 28 Sep 2011 03:30 PM PDT |
Pakatan: Tiada kata putus untuk laksana hudud Posted: 28 Sep 2011 03:08 PM PDT Salhan K Ahmad Cadangan PAS untuk melaksana undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan masih belum dapat diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat walaupun hangat dibincangkan dalam mesyuaratnya malam ini. Bagaimanapun, ketua umum Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, majlis pimpinan itu menghormati niat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang berkenaan. Majlis itu juga menghormati pendirian DAP yang menentang keras cadangan berkenaan, kata Anwar kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibupejabat PAS, Kuala Lumpur. Kesepakatan yang berjaya dicapai dalam mesyuarat selama tiga jam, lewat malam ini, hanyalah berhubung kesepakatan untuk PAS dan DAP meneruskan perbincangan bagi melaksanakan hukum hudud dan juga mempertahankan dasar-dasar bersama. "Pendiriannya jelas bahawa DAP menentang (cadangan melaksana hudud) dan PKR serta PAS menghormatinya. "Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah," katanya lagi. Jelasnya, Pakatan jelas menghormati hak dan kehendak PAS untuk melaksana hudud, namun parti Islam itu masih terikat dengan dasar bersama yang dipersetujui serta manifesto dalam Buku Jingga. "Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003," tambahnya. Malah, kedua-dua enakmen tersebut dibentuk oleh dua negeri berkenaan ketika PAS, DAP dan PKR masih belum membentuk Pakatan, katanya lagi. Namun, terdapat keperluan untuk merujuk perkara itu ke majlis pimpinan Pakatan Rakyat kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan, tambahnya. Bagaimanapun, ditanya sekiranya Pakatan akan meminda perlembagaan bagi usaha itu seandainya ia berjaya membentuk kerajaan persekutuan, Anwar berkata tiada persetujuan bersama dicapai. Katanya lagi, mesyuarat juga telah menerima penjelasan berhubung pendirian Kelantan dalam isu berkenaan yang disampaikan anggota exconya, Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili menteri besar. Turut hadir penasihat DAP, Lim Kit Siang; pengerusi DAP, Karpal Singh; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. |
Terkini! Gambar Wartawan Yang Hadir Semasa Sidang Media Pemimpin Pakatan Rakyat Posted: 28 Sep 2011 09:38 AM PDT |
Terkini! Gambar Sidang Media Pemimpin Pakatan Rakyat Posted: 28 Sep 2011 09:31 AM PDT Sekarang berlansung sidang media Pemimpin Pakatan rakyat selepas mesyuarat tadi. Allahuakhbar! |
Terkini! Gambar Mesyuarat Pakatan Rakyat Sedang Berlansung. Doakan Yang Terbaik Untuk Islam Posted: 28 Sep 2011 08:00 AM PDT |
JWW Birch dibunuh kerana ganggu wanita istana Posted: 28 Sep 2011 05:44 AM PDT Subky Abdul Latif ISU Mat Sabu tentang Bukit Kepong dan Mat Indera telah dibawa ke mahkamah. Biarlah mahkamah menyelesaikannya. Tetapi isu supaya sejarah dinilai dan ditulis semula telah memungkin ada pakar sejarah terpaksa belajar semula. Sedikit demi sedikit bertambah hujah yang merasakan boleh dibetulkan. Jika ada hadis sahih dan hadis palsu, maka sejarah juga ada yang sahih dan palsu. Itulah keadaan sejarah kita termasuk ia pernah dijajah atau tidak pernah dijajah Inggeris. Saya ke Perak ketika isu sejarah itu panas dipolemik. Seorang watan Perak yang saya tidak kenali mengetuk jemala kepala saya kemungkinan JWW Birch yang dibunuh di sungai di Pasir Salak lebih 200 tahun dulu bukanlah justeru campur tangannya dalam pentadbiran dan kuasa Sultan Perak saja, tetapi bercampur sama dengan percampuran bersama wanita-wanita di istana. Kita tidak cukup maklumat adakah pelayar-pelayar Inggeris yang mula-mula datang ke Tanah Melayu dulu khususnya yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor bersama pembesar-pembesar Perak membawa isteri masing-masing. Yang datang untuk menetap beberapa ketika kerana bertugas, ada yang datang dengan isteri. Maka tidak diketahui Penasihat Inggeris yang pertama di negeri Perak itu diikuti oleh isterinya. Memandangkan jantan-jantan Eropah sentiasa biang, tak kira ada isteri atau tidak, maka bukanlah pelik kiranya Birch adalah laki-laki mata keranjang. Maka kita juga faham tentang adanya raja-raja dan anak-anak raja ada gundik walau pun ada permaisuri. Biasalah antara wanita yang menghuni istana itu gundik-gundik. Birch yang jadi Residen Inggeris Perak yang pertama itu dilihat lebih berkuasa dari Sultan dan sekalian pembesar. Inggeris berkuasa menurunkan Sultan yang bertakhta dan mengangkat seorang Sultan baru. Kalau Birch boleh buang raja dan menggantikannya dengan raja yang baru, maka dia dilihat lebih berkuasa dari raja termasuk raja yang baru ditakhtakannya. Dari sejarah yang ada bahawa pembunuhan Brich itu adalah campur tangannya yang besar hingga tiada apa yang tinggal lagi kepada raja selain dari urusan agama Islam dan adat istiadat. Keadaan itu adalah tidak biasa bagi mana raja-raja di negara merdeka, orang asing merampas segala kuasanya. Jika sebelum itu raja-raja boleh membunuh sesiapa, maka tiada yang pelik jika raja terlibat membunuh Birch. Tetapi cerita yang saya dengan di Perak itu, memberikan gambaran baru bahawa Birch itu bukan sekadar dimusnah kerana mengganggu kemerdekaan dan kedaulatan raja dan bangsa Perak, tetapi kerana perangai buruknya tidak boleh tengok perempuan. Dari cerita orang itu, payahlah gundik-gundik yang dijumpainya terlepas dari menjadi mangsanya. Memandangkan ia adalah perangai kebanyakan orang Eropah, maka saya mudah terima keterangannya walau pun saya tidak melihatnya dan tidak dapat membawakan empat saksi. Ia bukan saja satu curang yang dimarahi oleh raja dan pembesar, orang Melayu yang miskin dan lumpuh pun marah. Bagi orang Melayu baik dulu dan sekarang, orang macam itu dan dengan perbuatan macam itu patut dibunuh. Apa lagilah bagi masyarakat Melayu masa itu. Cara mana ia dibunuh tidak penting tetapi ia melayakkan dibunuh. Bagi orang Melayu masa itu, tidak perlu adalah perbicaraan yang teratur. Sekadar tahu ada seseorang mencabul seorang wanita, maka warasnya akan bertindak membunuhnya. Tidak kira raja cemburu dengan perangai buruk Birch itu tetapi kejadian seperti itu memang dibenci oleh orang Melayu. Itulah sebabnya ada kisah almarhum mangkat dijulang, orang tidak redha atas kezaliman sekali pun dilakukan oleh seorang raja. Sebagai bukan ahli sejarah, saya serahkan cerita ini kepada ahli sejarah, apakah tidak boleh cerita itu dikaji bagi dirakamkan dalam sejarah? |
Semua tertumpu ke Pejabat Agung PAS malam ini Posted: 28 Sep 2011 04:54 AM PDT Zulkifli Sulong KUALA LUMPUR, 28 Sept: Semua mata tertumpu kepada Pejabat Agung PAS malam ini iaitu tempat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuaratnya. Walaupun tidak ada panggilan untuk sidang akhbar, adalah dijangka wakil media akan memenuhi perkarangan bangunan PAS itu bagi mendapatkan keputusan mesyuarat yang bakal menentukan hala tuju politik Malaysia selepas ini. Harakahdaily difahamkan, pimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan cadangan PAS 'untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah untuk orang Islam dan di Kelantan sahaja.' Isu ini berbangkit ekoran cabaran bekas Perdana Tun Dr Mahathir Mohamed agar kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud kerana beliau sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Kata Dr Mahathir, beliau telah dianggap oleh PAS sebagai penghalang pelaksanaan hudud ekoran surat amaran yang beliau hantar kepada Menteri Besar Kelantan yang melarang kerajaan negeri Kelantan melaksanakannya. Ekoran itu, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan meminta kebenaran daripada PM sekarang, Datuk Seri Najib Razak. Belum sempat permohonan dibuat, Najib sudah berkata, kerajaan tidak akan membenarkan hudud dilaksanakan di negara ini. Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana berlawanan dengan perlembagaan dan DAP tidak bersetuju dengannya. Yang menjadi bertambah parah lagi apabila media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, kesemua pimpinan DAP yang ada sekarang akan meletakkan jawatan jika hudud dilaksanakan melalui platform Pakatan. Walaupun ia laporan yang tidak tepat (kerana apa yang dikatakan beliau adalah kesemua pemimpin DAP akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hudud ada dalam agenda bersama Pakatan iaitu dalam buku Jingga yang telah dikeluarkan), ia telah mengelirukan banyak pihak. Hubungan PAS dan DAP sebelum ini telah pecah pada tahun 2003 apabila berbangkit isu Negara Islam selepas dokumen negara Islam dikeluarkan PAS. Selepas satu mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel, DAP memutuskan keluar dari Barisan Alternatif (BA) dengan meninggalkan PAS dan Keadilan. Ekoran dari perpecahan itu dan isu-isu yang berkaitan dengannya, PAS dan Keadilan ketika itu telah kalah teruk dalam pilihan raya umum 2004 termasuk kehilangan sebuah negeri iaitu Terengganu dan mengekalkan Kelantan dengan majoriti yang kecil (tiga kerusi yang kemudiannya menjadi satu kerusi selepas PAS kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir). Suasana berbeza Kini, dengan suasana yang berbeza, isu panas antara PAS dan DAP datang lagi dan pemimpin PAS dan DAP akan bertemu lagi. Isunya adalah pelaksanaan undang-undang jenayah syariah yang termasuk hukum hudud di dalamnya. Tetapi kali ini, ada PKR di tengah-tengah dengan pengerusi kepada mesyuarat ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hampir semua pemimpin kanan ketiga-tiga parti akan hadir dalam mesyuarat yang bermula jam 9 malam ini kecuali Tuan Guru Nik Aziz yang tidak dapat hadir (mungkin keberatan untuk memberikan kebebasan perbincangan). Bagi penganalisis politik, Profesor Bridget Welsh, hudud bukan isu utama rakyat negara ini sekarang kerana isu utamanya adalah isu ekonomi, isu bagaimana kerajaan BN telah menggunakan duit rakyat untuk mempertahankan kuasa mereka. Namun, bagi sesetengah pihak dalam PAS, isu ini adalah kebaikan yang datang dalam masalah yang menimpa (blessing in disguise). Bagi mereka, serangan Umno terhadap PAS kononnya 'PAS adalah kuda tunggangan DAP' akan dibuktikan dalam isu ini. "Jika PAS berkata bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sebagaimana kehendak DAP, maka sahlah tuduhan Umno bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP. "Namun, jika PAS, PKR dan DAP dapat mencapai kata sepakat untuk berkata, 'kita benarkan PAS laksanakan undang-undang ini untuk orang Islam sahaja dan di Kelantan sahaja bukan untuk lain-lain negeri', saya yakin halangan untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya tidak ada lagi. "Tetapi, jika isu ini gagal dicapai kata sepakat malam ini, dan DAP akan mengambil tindakan yang sama sebagaimana tahun 2003 lalu, Pakatan akan hancur dan saya yakin DAP juga akan kehilangan sokongan khasnya orang Melayu," kata pemimpin PAS itu. Bagi beliau, Kelantan dimenangi oleh PAS sejak tahun 1990 tanpa sebarang kaitan dengan DAP dan negeri itu berjaya dipertahankan oleh PAS sehingga kini. PAS pula bersama dengan Pakatan Rakyat membentuk bersama negeri Selangor, Kedah dan juga Pulau Pinang di samping Perak sebelum ini. Beliau dengan penuh yakin berkata, pihak yang paling rugi jika perpecahan berlaku adalah DAP kerana sudah pasti Selangor akan jatuh dan silap-silap Pulau Pinang pun akan jatuh dalam pilihan raya akan datang tanpa sokongan Melayu. "PAS boleh jadi akan berjaya mengekalkan Kelantan dan Kedah walaupun bersendirian atau bersama PKR atas sokongan Melayu dengan isu ini dan boleh jadi akan menang juga di beberapa negeri lain," kata beliau. Namun, bagi Bridget Welsh, andaian ini tidak tepat kerana sebahagian Melayu juga tidak bersetuju dengan hudud dan lebih terpengaruh dengan isu ekonomi apatah lagi pengundi Cina dan India. Namun beliau bersetuju bahawa, jika PAS benar-benar mahu melaksanakannya, ia perlu melalui proses demokrasi yang terbaik termasuk pungutan suara selepas menang agar tidak ada mana-mana pihak yang terasa dizalimi. "Itupun akan masih ada golongan minoriti yang akan terasa dizalimi," kata beliau kepada Harakahdaily menjelang mesyuarat malam ini. Namun, semua persoalan di atas akan dicerakinkan oleh para pimpinan utama Pakatan Rakyat malam ini. Jika mereka berjaya melepasinya, bermakna jalan ke Putrajaya terbuka luas. Namun, jika ujian hasil mainan Tun Dr Mahathir ini gagal diatasi, esok tidak akan ada Pakatan Rakyat lagi. Pun begitu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustyafa Ali dikatakan sangat yakin, soal pecah antara PAS dan DAP tidak akan berbangkit dalam mesyuarat malam ini. Ini kerana, binaan Pakatan yang ada sudah cukup kuat untuk menempuh segala badai yang melanda dan yakin pemimpin Pakatan sudah cukup dewasa untuk mengatasinya dengan baik. |
Hebat! 'Orang' Anwar Telah Kuasai Badan Kerajaan Yang Strategik? Posted: 28 Sep 2011 02:15 AM PDT Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan? Oleh Zaini Hassan APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini? Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya? Namun saya tetap berdoa agar maklumat ini salah. Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku. Tapi sebagai penulis, itulah risiko yang harus dihadapi. Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya. Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim. Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata. Jika benar, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya. Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa. Sama ada ia berlaku secara kebetulan atau satu plot terancang tidak pula saya tahu. Jika benar, ternyatalah sistem imunisasi kerajaan ini lemah sehingga gagal untuk menentang elemen-elemen itu. Seperti yang saya kata tadi, jika saya salah, maka saya bersyukur kerana ia tidak berlaku. Tetapi jika ia berlaku, maka sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan. Dalam konteks kerajaan Malaysia kini, adalah sesuatu yang lazim dan biasa jika ada penjawatnya yang bersimpati dengan pihak-pihak musuh atau yang bertentangan dengan dasar yang dijunjung oleh organisasi itu. Malah ada juga kakitangan kerajaan yang secara terang-terangan menentang kerajaan atau bersikap anti kerajaan. Bagi saya, itu masih lagi boleh diterima, tapi macam mana pula jika orang-orang yang berada di dalam sesebuah organisasi itu menjadi operator dan penggerak kepada musuh itu? Jika benar berlaku, maka ia adalah sesuatu yang luar biasa dan amat mendukacitakan. Dalam peperangan saraf di Malaysia sekarang, tidak mustahil operator itu wujud, lagipun Anwar Ibrahim bukan calang-calang orang untuk menempatkan mereka di situ. Orang-orangnya masih ada dalam sistem, terutamanya di peringkat atasan. Mungkin juga masih berlaku infiltrasi atau penyusupan masuk orang-orang ini untuk menjadi musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, bagai menggunting dalam lipatan? Ternyata bahasa Melayu cukup agung untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikan di sini. Sekali lagi saya mahu nyatakan benarkah wujud elemen-elemen itu? Saya berharap ia tidak berlaku. Apa akan terjadi sekiranya benar? Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika ia benar-benar berlaku? Apakah kita sedar bahawa ada antara badan strategik itu kini tiba-tiba menjadi tidak bermaya setelah 'kehadiran' elemen-elemen itu? Maklumat itu memberitahu: ''Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri." Kata maklumat itu lagi: ''Inilah kemenangan Anwar Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA." Saya tidak mahu menulis panjang lebar mengenai hal ini. Biarlah pihak berkenaan akhirnya sedar mengenai fenomena ini. Biarlah mereka yang mengambil tindakan, itupun jika mereka mampu melakukannya. Elemen-elemen yang ada itu, jika benar, harus dihapuskan. Mereka harus dibersihkan daripada sistem kerajaan semasa, dalam sistem strategik negara dan politik. Menurut maklumat itu lagi: ''Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk Gaddafi. Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!'' Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ''...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang? Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?'' Buat sementara ini, biar saya berhenti di sini dulu. |
Umno kawasan Dungun bercakaran berebut pengaruh Posted: 28 Sep 2011 01:59 AM PDT WarkahDaily – Dah itu adat yang lumrah berlaku dalam Umno. Siapa yang rasa nak duduk di atas, perlu memijak yang di bawah dan pandai mencuri peluang dan kesempatan yang ada untuk menjatuhkan pesaing lain. Itulah yang berlaku di Dungun, Terengganu, bagaimana Umno kawasan berkenaan kini sedang bercakaran sesame sendiri kerana berebut pengaruh bagi mendapat tempat dalam pilihanraya umum (PRU) ke -13 yang semakin dekat. Berebut nak jadi calon memang lumrah dalam Umno kerana ia merupakan tiket untuk jadi kaya-raya dalam sekelip mata. Selepas krisis Mat Said-Idris Jusoh bergaduh, 'orang-orang' dari kedua-dua pihak masing-masing mengatur langkah untuk dapatkan pengaruh bagi menempatkan diri di hati bos. Untung badan, dapat jadi calon untuk PRU-13 nanti. Bagi ketua bahagian UMNO Dungun, Datuk Rosli Mamat (gambar) yang konon sebelum ini ada pangkat doktor PHd (ntah dari universiti mana), pengaruh tidak menjadi masalah besar baginya kerana memang sudah sinonim kuasa veto di Dungun yang melebihi YDP Daerah Dungun (DO) dan Majlis Perbandaran Dungun. Semua projek tidak kira besar atau kecil, semuanya disapu dan diagihkan sesama kroninya walaupun ideanya dan buah fikirannya bagai tin kosong. Asalkan nafsu perut bodoh dan kuasanya dapat ditunaikan. Rupa-rupanya 'kesenangan dan kemewahan' Rosli tu sedang diperhatikan ahli parlimen Dungun, Matulidi Jusoh dan orang-orangnya. Sebenarnya 'team' Matuldi memang tidak senang duduk dengan 'hak-hak' yang diperolehi puak-puak Rosli yang dikatakan mesra dengan MB sekarang, Datuk Seri Ahmad Said. Jadi, ia sekadar mendiamkan diri dan membengkak di hati. Apa yang merungsingkan hati Matulidi dan puak-puaknya, kedudukan ahli parlimen bosnya itu bakal diserahkan kepada Rosli yang sudah tentu akan 'meminta' untuk dicalonkan dalam PRU-13 nanti. Samaada calon di parlimen atau Dun, sudah tentu Rosli mahu beliau dicalonkan jika tidak mahu berlakunya sabotaj calon pada PRU-13 nanti. Bersandar kepada rekod Matulidi, beliau dipilih mantan MB, Idirs Jusoh untuk bertanding di parlimen Dungun, sudah tentu Rosli yang mesra dengan MB sekarang, Ahmad Said yang menjadi ketua bahagian Dungun akan menggunakan kuasanya untuk menyenaraikan nama-nama calon selain dari 'musuh' iaitu Matulidi. Tidak mustahil juga, MB akan merestui tindakan Rosli dengan alasan pengguguran nama Matulidi tidak memberi kesan kepada Umno Dungun kerana pengaruh Matulidi tidaklah sebesar Rosli. Beliau sekadar ahli parlimen di bawah Idris Jusoh. Semuanya gara-gara Umno Terengganu kini mempunyai dua team iaitu team Ahmad Said dan team Idris Jusoh. |
Isunya bukan hapus kuota, tapi laksana keadilan- Azmin Ali Posted: 28 Sep 2011 01:00 AM PDT (Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghapus kuota Bumiputera sekadar untuk mencari populariti semata-mata, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali. Azmin berkata, isu yang perlu diberi perhatian oleh Najib bukan menghapuskan kuota berkenaan, tetapi jauh lebih penting ialah melaksanakan prinsip keadilan dalam pentadbiran beliau. "Pengumuman itu sekadar mencari populariti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," "Soalnya, beranikah Najib melaksanakan prinsip keadilan dalam pentadbirannya?" katanya ketika ditemui pada Forum Politik Malaysia Pasca ISA, anjuran Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar malam tadi. Azmin diminta mengulas kenyataan Najib semalam bahawa kuota 30 peratus yang selama ini diperuntukkan untuk Bumiputera akan dihapuskan kelak. Beliau menegaskan, isu kuota bumiputera selama ini tidak mempunyai makna kepada orang Melayu kerana ia hanya dibolot segelintir kroni yang rapat dengan pemimpin Umno. "Kalau Najib faham apa itu prinsip Keadilan, beliau tidak akan mendukung perjuangan Perkasa (yang menolak pemansuhan kuota bumiputera)," kata Azmin. "Sebab itu saya tegaskan, soalnya ialah prinsip keadilan yang sepatutnya diamal dalam pentadbiran mana-mana pemerintah," katanya. Malaysia telah memperkenalkan tindakan afirmatif untuk membasmi kemiskinan pada tahun 1971 dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang tamat pada 1990. Selepas puluhan tahun pelaksanannya, DEB bukan lagi dianggap sebagai mekanisme pengagihan kekayaan tetapi digunakan untuk mengekalkan kuasa Umno dan rasuah. Selepas 1991, polisi-polisi kerajaan masih mengekalkan semangat lama DEB. Pada Mac tahun lalu, Najib memperkenalkan Model Ekonomi Baru dengan kuota pemilikan berasaskan kaum dihapuskan secara beransur. Sementara pada masa yang sama statistik kerajaan menunjukkan peratus rakyat Malaysia yang hidup di bawah paras kemiskinan adalah kaum Melayu. Rekod menunjukan, Saham Melayu-Bumiputera ketika ini hanya berbaki RM2 bilion berbanding RM54 bilion sejak diperkenalkan seperti mana diakui sendiri oleh Najib Razak. |
DYMM Sultan Berkenan Untuk Memberi Nasihat Berkaitan Isu Pemeriksaan JAIS Posted: 28 Sep 2011 12:36 AM PDT Saya telah mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor pagi ini dan antara ini telah membincangkan laporan yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan keatas majlis yang diadakan di Dewan 3, Dream Centre, Petaling Jaya. Baginda selaku Ketua Agama Islam di Selangor telah berkenan untuk memberikan pandangan dan nasihat untuk menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik. Kerajaan Negeri Selangor akan akur dengan segala nasihat dan jalan penyelesaian yang akan dikemukakan oleh baginda. Kami yakin bahawa keputusan yang akan dibuat oleh DYMM Sultan Selangor adalah yang terbaik untuk masyarakat pelbagai kaum dan agama di Selangor di samping memelihara kesucian agama Islam itu sendiri. Saya dan juga barisan Exco Kerajaan Negeri tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai isu ini bagi menghormati keputusan DYMM Sultan Selangor. TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM DATO' MENTERI BESAR SELANGOR |
Gambar K.Terengganu Dilanda Ribut. Bala Allah Posted: 27 Sep 2011 11:42 PM PDT |
Hapus kuota bumiputra, Umno khianat Melayu Posted: 27 Sep 2011 11:35 PM PDT Dewan Pemuda PAS (DPPM) mengesa presiden Umno yang juga perdana menteri Malaysia menarik balik hasrat beliau yang mahu menghapuskan terus kuota bumiputra dan mengunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan itu untuk bersaing secara terbuka. Penghapusan kuota bumiputra ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan. Jika kuota dihapuskan, apa lagi yang tinggal sedangkan baki yang ada dari 30 peratus dahulu sebenarnya hanyalah tinggal 12.5 peratus sahaja. Rakyat tidak lupa bahawa pada 2009, Najib jugalah orang yang bertanggungjawab menurunkan kuota ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus. Demi merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) kuota bumiputra dimangsakan, sedangkan banyak lagi perkara lain yang belum dilakukan Umno sepanjang hampir 12 penggal pemerintahannya. Kegagalan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Jabatan Perdana Menteri memainkan peranannya menunjukan bahawa perdana menteri dan Umno tidak serius dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu. Cadangan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) juga hanyalah satu helah untuk menunjukan bahawa mereka telah melakukan sesuatu sedangkan MTEM ini hanyalah dianggotai oleh ahli-ahli yang bernaung dalam Biro Ekonomi Umno yang terus menerus diberikan projek-projek khas oleh agensi Kerajaan. DPPM menyeru agar rakyat dan NGO khususnya kalangan Melayu bangkit menentang dasar ini. Jangan biarkan presiden Umno sekarang mengadai kepentingan Melayu demi meraihkan pelaburan asing dan juga meningkatkan kekayaan kroni-kroni beliau. Rakyat wajib menolak Umno-BN dalam Pilihanraya akan datang jika mahu negara ini tidak digadaikan oleh pengkhianat. Penulis adalah ketua penerangan dewan Pemuda PAS |
Gambar Letupan letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery Posted: 27 Sep 2011 08:30 PM PDT SATU letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi tadi menyebabkan empat cedera setakat ini. Kejadian jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis. - Foto ihsan blog.galvintan.com SUBANG JAYA, 28 Sept — Empat orang cedera dalam letupan di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini. Menurut saksi persekitaran di lokasi kelam-kabut dengan anggota polis, ambulans dan bomba kelihatan di kawasan kejadian. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar mesej menerusi Twitter pagi ini dan berharap penduduk kawasan berhampiran selamat. Adun Subang Jaya Hannah Yeoh juga berada di kawasan kejadian, katanya. Pusat membeli-belah itu dibuka tahun lalu. |
Kuota Bumiputera: Umno terus khianati Melayu Posted: 27 Sep 2011 08:15 PM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 28 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik hasrat yang mahu menghapuskan terus kuota Bumiputera dan menggunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan Bumiputera untuk bersaing secara terbuka. "Penghapusan kuota Bumiputera ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Noor kepada Harakahdaily. Katanya, jika kuota dihapuskan, apa lagi yang tinggal sedangkan baki yang ada dari 30 peratus dahulu sebenarnya hanyalah tinggal 12.5 peratus sahaja. Menurutnya, rakyat tidak lupa bahawa pada 2009, Najib jugalah orang yang bertanggungjawab menurunkan kuota ekuiti Bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan Bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus. Katanya, demi merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) Kuota Bumiputera dimangsakan, sedangkan banyak lagi perkara lain yang belum dilakukan Umno sepanjang hampir 12 penggal pemerintahannya. Tambahnya, kegagalan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Jabatan Perdana Menteri memainkan peranannya menunjukan bahawa Perdana Menteri dan Umno tidak serius dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu. "Cadangan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) juga hanyalah satu helah untuk menunjukan bahawa mereka telah melakukan sesuatu sedangkan MTEM ini hanyalah dianggotai oleh ahli-ahli yang bernaung dalam Biro Ekonomi Umno yang terus menerus diberikan projek-projek khas oleh agensi Kerajaan," ujarnya lagi. Justeru, tegasnya DPPM menyeru agar rakyat dan NGO khususnya kalangan Melayu bangkit menentang dasar itu. "Jangan biarkan Presiden Umno sekarang menggadai kepentingan Melayu demi meraihkan pelaburan asing dan juga meningkatkan kekayaan kroni-kroni beliau," katanya. Sehubungan itu, tegasnya rakyat wajib menolak Umno BN dalam pilihan raya akan datang jika mahu negara ini tidak digadaikan oleh pengkhianat. |
Mati kerana sudah sampai ajal? – Oleh Adil Mat Selamat Posted: 27 Sep 2011 08:00 PM PDT 27 SEPTEMBER – Sekali lagi, hasil siasatan kes yang melibatkan kematian di premis kerajaan menemui titik buta. Selepas Teoh Beng Hock yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam Shah Alam, Ahmad Sarbaini Mohamed pula menerima nasib yang sama, juga di pejabat/bangunan SPRM. Malah hasil siasatan juga hampir sama, iaitu mati kerana terjatuh dari tempat tinggi, iaitu mati mengejut. Bezanya kali ini, Jawatankuasa Inkues tidak mengklasifikasikannya sebagai bunuh diri, barangkali oleh kerana logik bunuh diri bagi orang Islam itu sukar diterima oleh masyarakat dan keluarga, maka kematian arwah Sarbini dianggap sebagai mati mengejut. Apa-apa maksud dalam kedua-dua kes itu belum dapat digarap sepenuhnya oleh kalangan orang yang rasional akal fikiran. Dalam kes Ahmad Sarbaini, mungkin bunyinya begini, secara teknikalnya, Allahyarham mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi. Tergantung sekali kenyataan hasil dari siasatan ini. Contohnya, mati kerana sakit jantung atau mati kerana dilanggar kereta pada hakikatnya hanya menunjukkan punca kematian, bukannya sebab dan motif. Pesakit jantung boleh mati jika tidak makan ubat atau kerana gangguan-gangguan lain sama ada secara mengejut atau tidak. Begitu juga dengan kematian yang melibatkan kemalangan jalan raya. Yang menjadi persoalan, bagaimana dan mengapa ia berlaku, dan apa rentetan peristiwa itu berlaku. Satu lagi contoh, kapal terbang tidak akan terus menjunam jatuh hanya kerana satu skru tercabut atau hanya kerana cuaca. Ada banyak faktor yang mana gabungan faktor-faktor ini kemudiannya membentuk satu krisis, baik secara teknikal mahu pun secara prosedur keselamatan yang akhirnya menjadi pendorong berlakunya bencana atau malapetaka. Skop siasatan, bukan takdir. Mutu penyiasatan, kaedah penyiasatan dan motif penyiasatan haruslah telus dan jelas. Yang menyiasat, yang menilai, yang menganalisa ini adalah satu badan atau institusi yang terbina atas undang-undang yang sah di sisi Perlembagaan dan atas dukungan keyakinan rakyat. Institusi ini bukan syarikat swasta yang hanya bertanggungjawab kepada sesuatu kelompok sahaja. SPRM, PDRM dan Mahkamah adalah institusi yang memberi perlindungan kepada semua insan. Operasi setiap badan-badan ini harus bermutu. Dengan maksud lain, proses kerja dan hasil kerja badan-badan ini mesti bagus. Tiada pilihan untuk sekadar melaksanakan kerja, tanpa mengambil kira tahap professional dan hasil kerja yang jelas ada justifikasinya. Bayangkanlah jika SPRM menyiasat sesiapa jua suspek kes rasuah dengan mengikut standard operating procedure (SOP) yang benar dan betul. Pasti tidak akan berulang kes-kes sebegini. Bayangkan pula jika pihak PDRM di semua tempat dan semua pihak, menyiasat siapa pun, juga dengan cara yang profesional dan ikhlas, risiko terjadinya kematian di dalam tahanan polis akan kecil, malah mungkin hampir mustahil akan terjadi. Bayangkalah pula jika mahkamah atau apa-apa jawatankuasa inkues kematian bagi kes-kes seperti ini, ditubuhkan bukan sekadar hendak menentukan secara teknikal mengapa mangsa mati, sebaliknya menyiasat secara komprehensif termasuk motif dan rentetan bagaimana hal seperti ini terjadi. Sudah tentu ia akan melibatkan kerjasama dari semua pihak, baik pihak SPRM sendiri, unit sains forensik PDRM dan saksi-saksi dalam kejadian tersebut. Menyoal doktor untuk memastikan si mangsa mati kerana pecah kepala atau tertelan biji nangka samalah dengan merendah-rendahkan intelek kita. Seolah-olah, kita diajar menerima sesuatu takdir itu kerana ia satu suratan nasib. Terimalah dengan redha tanpa banyak soal, begitu? Dalam dunia yang serba fakta dan rasional, tiada tempat untuk sesuatu kejadian itu berlaku tanpa sebab yang wajar. Ini bukan fenomena alam yang memerlukan kumpulan saintis menunggu 20-30 tahun untuk mengkaji dan mengesahkannya. Cabaran sebenar kita dalam kes seperti adalah kewibawaan baik pihak Jawatankuasa Inkues atau mana-mana Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan termasuklah badan kehakiman/mahkamah, PDRM dan SPRM harus segera direformasikan. Begitu jugalah dengan Suruhanjaya Pilihanraya SPR, kebanyakkan institusi kita sudah semakin hilang kewibawaan. Maka untuk melaksanakan reformasi ini, kerajaan baru harus segera dibentuk. Kita tidak sanggup untuk menanggung kos kesilapan dan kecuaian yang dibuat oleh institusi dengan nyawa rakyat lagi. – Roketkini.com |
Kuota Bumiputera Akan Dimansuhkan Kata PM Najib. Mana Pejuang Melayu? Posted: 27 Sep 2011 07:45 PM PDT |
Mengapa Pakatan Rakyat diserang habis-habisan – Oleh Amaluddin Zhafir Posted: 27 Sep 2011 07:30 PM PDT 27 SEPTEMBER – Sejak seminggu berturut-turut DAP teruk dihentam media kawalan Barisan Nasional, terutamanya lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia berkaitan hukum hudud yang UMNO sendiri telah menolak pelaksanaanya. Dalam ruangan rencana Utusan semalam, perpaduan Pakatan Rakyat dikatakan tidak logik akal kerana kepelbagaian aliran fahaman dalam gabungan itu tidak mungkin boleh menyatukan masyarakat majmuk di Malaysia. Penulis yang menggunakan nama samaran Tok Ki merumuskan andaian itu kerana dilihat olehnya bahawa Pakatan (dalam isu hudud) sedang berada di persimpangan jalan. Memang benar Pakatan Rakyat berada atas tiga jalan berasaskan prinsip dan ideology tiga parti – PAS, PKR dan DAP – yang kesemua jalan itu menuju kepada yang satu, iaitu kerperluan sebenar rakyat. Ini telah digariskan dalam Dasar Bersama dan dizahirkan dalam Buku Jingga. Lain pula dengan BN yang mempunyai 13 parti komponen yang berbeza perjuangan dan ideologi. Malah kebanyakannya mengaku pelbagai kaum yang jelas bertentangan dengan parti-parti kaum seperti UMNO, MCA dan MIC. Yang mengawal BN adalah UMNO. Apa yang dilontarkan dari mulut dan hati UMNO, itulah suara BN. Dan UMNO itu pula bermaksud kepimpinan UMNO; di peringkat akar umbi hanya boleh riuh sekampung tanpa dipedulikan pucuk pimpinan. Apa istimewanya Pakatan Berbanding dengan Pakatan, walau hanya mempunyai tiga parti komponen, suara setiap satunya lantang. Masing-masing berdiri atas prinsip dan tiada siapa menjadi tuan kepada yang lain. Kerana itu, perbezaan pendapat diterima dengan terbuka, walau pun kadang-kadang lantang dan keras suara perdebatan. Tetapi ia atas prinsip keterbukaan, walau pun media kawalan BN yang tidak pernah faham erti demokrasi cuba menggambarkannya sebagai perpecahan. Berbeza pendapat adalah amalan demokrasi di mana setiap parti mempunyai ruang dan peluang untuk bersuara, melontarkan pandangan berbeza. Apakah ini wujud dalam BN yang mana para pemimpin UMNO menjadi tuan? Manipulasi media yang diperkuda oleh UMNO terutamanya dalam isu hudud jelas menunjukkan formula fitnah untuk pecah perintah, iaitu agar DAP bengang, PAS tak tentu arah, dan PKR kebingungan, kononnya. Sudah tentu DAP menjadi sasaran utama. Bagi UMNO dan konco-konconya, DAP adalah parti Cina yang tak faham Melayu, tak faham Islam dan wajar digambarkan sebagai musuh orang Melayu. Fitnah itu dihalalkan mereka semata-mata untuk memastikan orang Melayu tidak beralih sokongan kepada PAS dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang. Semua orang tahu bahawa keadaan politik semasa yang masih diselimuti kaum dan agama tidak "membenarkan" DAP bertanding di kawasan UMNO. Kempen memomokkan DAP, Pakatan Untuk memastikan UMNO mampu menolak cabaran PAS dan PKR dalam PRU ke-13, DAP perlu dimomokkan seburuk yang mungkin, walau pun para penyebar fitnah sedar bahawa fitnah itu dilarang dalam ajaran Islam, supaya pengundi dapat mengaitkan DAP dengan PAS dan PKR. Dalam serangan media kawalan BN secara tanpa belas kasihan itu, tentunya ada seorang dua ahlinya melatah. Dalam apabila latah itu dibalas pula dengan latah kawan, ia menjadi modal UMNO-BN untuk memperluaskan sebaran berita palsu mereka. Ini kerana UMNO-BN enggan menerima hakikat kebebasan, seperti kata-kata filosuf Voltaire, "Saya mungkin tidak setuju dengan apa yang anda katakan, tetapi saya akan bermati-matian pertahankan hak anda untuk berkata demikian." Latah Pakatan tidaklah kosong. Ia sering kembali ke meja rundingan juga. Semalam, para setiausaha agung dan wakil mereka sudah pun memulakan usaha. Esok pucuk pimpinan Pakatan pula akan menghalusinya lagi. Berkongsi masalah sesama keluarga adalah perkara terbaik menghadapi 'ancaman luar' yang begitu rakus memainkan sentimen sensitif, terutamanya agama, bagi mendapat secalit tinta undi rakyat. Dalam sidang media bersama semalam, Pakatan yang diterajui DAP, PAS dan PKR bersetuju untuk bersama-sama menangani kemelut 'hudud' yang dicetus UMNO-BN secara bermuafakat dan demokratik. DAP mempunyai garis fahamannya iaitu demokrasi sosial, yang banyak persamaan dengan keadilan Islam yang dibawa oleh PAS, termasuk melalui gagasan negara berkebajikan, manakala idealisme PKR dicetuskan melalui keadilan sosial. Memang ada perbezaan antara mereka, namun banyak pula persamaan yang memang selaras dengan keperluan dan kehendak rakyat yang mahu keluar dari cengkaman UMNO-BN. Menghadapi realiti sebenar Rakyat Malaysia perlu bangun dari tidur dan lari dari ceramuk kata-kata auta BN, menggantikan permainan busuk dengan perkara yang lebih penting untuk rakyat. Emosi dan sentimen yang dibangkitkan media kawalan BN tidak akan membantu rakyat keluar dari cengkaman ekonomi seharian. Apakah latah melatah politik dapat menyelesaikan masalah-masalah rakyat seperti berapa banyak duit ada dalam poket, simpanan dalam bank, bagaimana mahu bayar bil, bayar cukai perkhidmatan, bayar cukai pendapatan, dan mungkin perlu dibayar cukai GST, atau adakah gaji akan dinaikkan, elaun ditambah, bonus diberi, atau sekadar di takok lama tetapi harga barang dan perkhidmatan semakin melambung? Adakah hubungan harmoni antara kaum, bebas berbual dan makan bersama, tertawa dan senyum bersama, duduk berbincang hal-hal keluarga dan masyarakat; adakah semua ini mahu dihancurkan kerana isu-isu emosi yang cuba disebarkan oleh UMNO dan BN? Baik buruknya sistem negara telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam banyak soal termasuk hubungan sosial, agama, budaya dan sebagainya. Apa-apa cubaan untuk merosakkannya, tidak memberi apa-apa faedah kepada individu dan masyarakat. Dan dalam usaha itulah Pakatan, walau digoncang hebat musuh politik, masih teguh melangkah mempertahankan kepentingan rakyat, mengamalkan dialog terbuka untuk rakyat, dan memasang iltizam mengubah corak pemikiran lapuk rakyat yang selama ini dihantui BN. Kepentingan rakyat Malaysialah yang sedang dan patut ditumpukan BN, bukannya tuduh menuduh yang membawa kepada kebencian, masalah perkauman, atau keciciran dari landasan gawat ekonomi. Tetapi oleh kerana UMNO dan BN seperti sengaja mahu lari dari tanggungjawabnya, maka pilihan rakyat kini tertumpu kepada Pakatan. Caranya jelas, iaitu menyemak kembali manifesto yang masuk dek akal, yang mana kebanyakannya ada di dalam Buku Jingga – hasil daripada penelitian masalah yang realistik yang dihadapi rakyat dan kemudian di bawa oleh Pakatan dengan perbincangan dan diskusi yang bersifat demokratik sesama komponen Pakatan, untuk kesemua rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, agama, atau wadah perjuangan yang mana satu. Tidak mengapa jika BN meniru apa yang terkandung di dalam Buku Jingga itu asalkan ianya dilihat jujur oleh rakyat. Pakatan tidak kedekut idea, walau pun tidak diberi peruntukan beratus juta ringgit untuk mengupah konsultan media antarabangsa. Asalkan rakyat yang mendapat faedah, BN boleh meniru apa sahaja idea dari Pakatan. Jujur atau tidak BN itu tidaklah sepenting mana. Yang penting ialah apa yang rakyat tuntut dapat diberikan dan dilaksanakan. – Roketkini.com |
Hudud: The Star pun fitnah Guan Eng juga Posted: 27 Sep 2011 06:24 PM PDT KUALA LUMPUR, 27 SEPT – Yang dikatakan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tentang hukum hudud ialah, kesemua ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti akan meletak jawatan jika undang-undang jenayah Islam itu dipaksa menjadi sebahagian daripada Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Pendirian itu dibuat sebagai tanda kepimpinan DAP bertanggungjawab sepenuhnya dengan prinsip perjuangannya yang berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Tetapi yang dilaporkan oleh The Star pula ialah kononnya Guan Eng mengugut untuk meletak jawatan dari Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat, dan ini telah mencetuskan kecaman dan kritikan pihak kawan dan lawan terhadap DAP. Menurut Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari, apa yang sebenarnya dikatakan oleh Guan Eng adalah, jika hukum hudud dimasukkan dalam Dasar Bersama atau Buku Jingga Pakatan Rakyat, semua ahli CEC DAP akan melepaskan jawatan mereka dalam parti. "Ia tidak bererti DAP ugut untuk keluar dari Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat atau keluar dari Pakatan Rakyat. Tidak timbul soal DAP akan meninggalkan Pakatan Rakyat," katanya. Dalam surat terbukanya hari ini kepada The Star yang telah menyiarkan dua versi berita yang sama, beliau berkata akhbar harian yang dikuasai MCA itu pada mulanya telah menyiarkan berita yang tepat pada 25 September 2011. Bagaimana pun, katanya, versi berita yang sama pada 26 September 2011 telah diubah dan dipalsukan menjadi kononnya Guan Eng telah mengugut untuk meletak jawatan daripada Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat jika hudud dijadikan sebahagian daripada Dasar Bersama atau Buku Jingga. Beliau menuntut supaya The Star menjelaskan bagaimana berita yang sama boleh diubah sebegitu rupa, dan mengapa berita yang tepat ditukar menjadi berita palsu. Isu hukum hudud yang sering menimbulkan kontroversi telah dibangkitkan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar PAS Kelantan supaya melaksanakannya segera, walau pun bekas Perdana Menteri itu sendiri yang penghalang terbesar sewaktu berkuasa dahulu. Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyahut cabaran Mahathir, Pengerusi DAP Karpal Singh telah mengingatkan semua pihak bahawa perkara itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak ada dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Karpal turut meminta semua pihak yang terlibat supaya berbincang dengan lebih mendalam di kalangan kepimpinan Pakatan. Lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia serta media kawalan BN termasuk TV3 telah memutarbelitkan isu untuk memburukkan Pakatan, walau pun UMNO sendiri telah menolak sebarang usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud. Semalam, setiausaha agung parti-parti komponen Pakatan serta wakil mereka telah bermesyuarat dan mendapati laporan media kawalan UMNO dan BN adalah bohong, dan tidak timbul isu DAP keluar dari Pakatan. Ketua Pemuda DAP Anthony Loke yang hadir di mesyuarat itu menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat saling menghormati pendirian dan perbezaan ideologi parti masing-masing, dan kerana itu berpegang kepada Dasar Bersama. "Sekarang Tun Mahathir tiba-tiba menjadi pengacau dan jurucakap kepada UMNO untuk membangkitkan perkara itu. Tetapi dalam masa yang sama, semua orang faham UMNO sebenarnya tak nak hukum hudud. "Apa yang dibangkitkan itu sebenarnya tak timbul kerana ia merupakan isu yang sudah lama, ia pula ia tidak dinyatakan di dalam Buku Jingga. Kalau tak ada dalam Buku Jingga, itu bukanlah dasar Pakatan Rakyat," jelasnya. – Roketkini.com |
Isu Hudud: Hormati Sebarang Bentuk Keputusan Pakatan Rakyat Posted: 27 Sep 2011 05:14 PM PDT Pemuda Pakatan Rakyat menyambut baik kenyataan dan kesepakatan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat melalui Setiausaha-setiausaha Agung parti-parti komponen KEADILAN, PAS dan DAP dalam isu hudud yang kembali dihangatkan mutakhir ini. Kesepakatan agar semua pimpinan ketiga-tiga parti diarah tidak mengeluarkan kenyataan sehinggalah Kepimpinan Pakatan Rakyat bersidang pada 28 September dengan jelas sekali merupakan satu tindakan proaktif yang bijak agar para pemimpin kembali fokus kepada agenda memperjuangkan hak rakyat, dan Pemuda Pakatan berpandangan ia wajar dihormati tanpa kompromi. Ini sekaligus harus menjadi satu ingatan kepada Pakatan Rakyat agar kembali memfokuskan kemaslahatan rakyat sebagai agendanya. PRU-12 2008 menyaksikan rakyat memberikan harapan kepada Pakatan Rakyat. Dan ini sewajarnya tidak boleh disia-siakan sewenangnya dalam situasi genting menghadapi PRU-13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sebaik sahaja Perdana Menteri mendapat ilham. Dalam masa yang sama Pemuda Pakatan mengutuk tindakan Umno-BN melalui media khususnya Utusan Malaysia yang bersungguh-sungguh mempolemikkan isu seumpama hudud ini di saat Pakatan Rakyat dilihat semakin ampuh menggempur Putrajaya. Adalah sesuatu yang mengaibkan dunia kewartawanan, di saat sebuah akhbar seperti Utusan Malaysia memainkan peranan aktif sebagai batu api untuk melapor secara salah apa jua isu bersabit Pakatan Rakyat. Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadith : > "Orang mukmin tidak boleh disengat dua kali dari satu lubang" – Sahih Bukhari Muslim Hadith ini dengan jelas menunjukkan keperluan kita selaku barisan hadapan rakyat sentiasa peka dengan corak permainan kotor musuh yang sememangnya seronok melaga-laga Pakatan Rakyat agar dilihat lemah di mata khalayak. Inilah yang menjadi kerja harian Umno-BN melalui media kelolaan mereka, mendatangkan ragu di kalangan rakyat melalui fitnah dan mehnah berpanjangan. Di sinilah kita selaku kepimpinan Pakatan Rakyat harus lebih berwaspada dengan taktik kotor musuh ini dengan lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan. Pengalaman mendewasakan. Dan ini harus menyemat satu tekad di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat agar mengekalkan fokus untuk menjulang agenda rakyat dengan menjatuhkan Umno-BN di dalam PRU-13 akan datang. Pemuda Pakatan percaya kebijaksanaan pimpinan Pakatan untuk menyelesaikan polemik ini di dalam satu suasana muhibah. Yang nyata ia sangat berbeza dengan Umno-BN yang tidak membuka ruang perbezaan pendapat hatta di kalangan kelompok parti gabungan mereka sendiri. Kapal mereka sedang bersedia untuk karam, maka Pakatan Rakyat harus mempersiapkan diri menjadi kemudi baru rakyat Malaysia. Untuk merealisasikan hasrat rakyat ini, pastinya, ia menuntut kebijaksanaan menyelesai masalah secara hikmah. Bagi pihak Pemuda Pakatan Rakyat; Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Nasruddin Hassan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat |
Hujah DSAI Bidas Fitnah (Kenyataan Dari Mahkamah Tinggi) Posted: 27 Sep 2011 09:00 AM PDT DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: 45-9-2009 PENDAKWA RAYA LAWAN DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM KENYATAAN DARI KANDANG MAHKAMAH Nama saya Anwar Bin Ibrahim. Saya adalah Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Pada tahun 1990-an, saya merupakan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehinggalah saya dipecat pada September 1998 oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad setelah saya enggan meletak jawatan. Beliau telah memberikan kata dua kepada saya samada meletak jawatan serta-merta atau berdepan dengan akibat buruk termasuklah pertuduhan jenayah bagi salahlaku seks dan tuduhan rasuah. Saya enggan tunduk kepada ugutan tersebut dan segala-galanya bergejolak. Penyingkiran saya secara zalim dan mengaibkan dirancang serentak dengan serangan ganas media yang dikuasai sepenuhnya oleh Dr. Mahathir. Peristiwa ini meledakkan demonstrasi secara besar-besaran di seluruh negara dan mencetuskan gerakan pembaharuan (islah) yang dikenali dalam sejarah negara kita sebagai era Reformasi. Selepas beberapa siri perbicaraan pameran dan palsu yang telah mengenepikan undang-undang serta keterangan dan tatacara jenayah yang dicabuli sewenang-wenangnya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah, saya telah disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun. TUDUHAN TERHADAP SAYA Saya secara tegas menafikan tuduhan terhadap saya. Dengan penuh yakin saya ingin menyatakan pada mana-mana ketika bahawasanya saya tidak pernah melakukan sebarang perlakuan seks dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Tanpa sebarang keraguan saya menegaskan bahawa dakwaan beliau adalah satu fitnah jahat dan satu pendustaan keji. Dakwaan ini merupakan satu cubaan keji dan hina untuk menjatuhkan nama baik saya dan mengaibkan maruah keluarga saya. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja termasuk ugutan penjara untuk 20 tahun lagi. Namun percayalah saya tidak akan menyerah dan dengarlah ikrar saya, mereka tidak akan dapat menundukkan saya untuk sujud mengalah. Malah ia akan memperteguh keyakinan untuk meneruskan perjuangan sehingga kebenaran terserlah akhirnya. Betapa sekalipun badai melanda, namun menyerah tidak sekali. Merujuk Jean Racine, penyair agung Perancis dalam karya beliau, Phaedra: "Kalian harus tahu bahawa saya tidak sedikit pun gentar dengan kezaliman yang kalian lakukan bahkan ianya memperkukuh tekad untuk memelihara maruah diri dan nama baik saya." Insha-Allah, saya sedia pertahankannya dengan jiwa raga saya. Kata-kata Nelson Mandela yang diungkapkan dari kandang mahkamah ketika perbicaraan sumbang dan palsu yang terkenal sebagai "Perbicaraan Rivonia 1963" di bawah rejim Apartheid: "Saya telah berjuang menentang ketuanan kulit putih dan saya telah menentang ketuanan kulit hitam. Saya mengidamkan kewujudan masyarakat demokratik dan merdeka di mana rakyat dapat hidup bersama-sama dalam suasana harmoni dengan peluang yang setara. Ia merupakan cita-cita murni yang saya perjuangkan dalam kehidupan ini namun jika terpaksa, saya sanggup mati demi mempertahankannya." Pada tahun 1998, dengan mata ditutup dan tangan digari, saya telah dibelasah kejam oleh Ketua Polis Negara dan dibiarkan terdampar hampir mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman. Alhamdulillah, masih terdapat beberapa orang anggota polis yang menunjukkan simpati dan prihatin cuba membantu saya pada ketika itu setelah kecederaan parah. Kemudiannya, terdedah muslihat untuk menutup kes tersebut oleh Abdul Gani Patail (kini Peguam Negara) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara tatkala saya didakwa dalam pertuduhan kini). Perkara ini dilakukan dengan pengetahuan Dato' Yusuf Zainal Abidin, ketua pihak pendakwaan dan beliau turut bersubahat dengan mereka. Semua nama-nama tersebut terkait secara langsung ataupun tidak langsung dengan perbicaraan pameran dan palsu 1998. Muslihat mereka bertambah dahsyat manakala mereka bersekongkol menyembunyikan keterangan bersabit skandal mata lebam dan percubaan menghalang proses pengadilan. Kesemua mereka ini merupakan orang-orang yang sama terlibat dengan giatnya dalam pendakwaan terhadap saya. Seperti mana yang disebut, res ipsa loquitur (sudah terang lagi bersuluh), namun dalam hal ini, saya tidak berbicara tentang kecuaian tetapi pembuktian jenayah dalam perancangan jahat dan konspirasi "paling keji". Keadaan sedemikian memaksa saya memilih untuk membuat kenyataan dari kandang mahkamah. Dan dalam kenyataan ini, saya dengan sedaya upaya melafazkan dengan benar untuk menangkis fitnah, penipuan dan muslihat jahat yang telah dikisahkan selama ini. Memetik Shakespeare: "Dan mari kami gegarkan ke telinga kamu sekali lagi, Setelah sekian lama terlindung daripada ceritera kami…" Sejak dari awal lagi perbicaraan ini dinafikan padang sama rata malah dikendalikan secara tidak saksama kendati kuasa dan muslihat pendakwaan. Pihak Pendakwaan Gagal Melaksanakan Tugas Dengan Profesional 1) Meskipun hal yang dianggap biasa dalam prosiding jenayah tidak terpenuhi dalam kes saya, pihak pendakwaan tuntas enggan menyerahkan bahan-bahan penting buat pembelaan saya, termasuk: a) senarai saksi pendakwaan; b) nota pemeriksaan utama yang dicatat oleh pegawai perubatan mengenai pengadu di Hospital Kuala Lumpur (HKL); c) kenyataan saksi (termasuk pengadu) dan; d) sampel forensik dan bahan-bahan untuk pemeriksaan dan pengesahan yang bebas. Semua ini telah menyebabkan asas pembelaan saya terbatas malah menyebabkan ketidakadilan yang parah. Secara waras, satu-satunya kesimpulan yang dapat dirumuskan seseorang itu daripada kedegilan pendakwa dalam tindakan jahat ini bahawasanya terdapat muslihat tangan-tangan tersembunyi dan pastilah ianya bertentangan dengan perintah Tuhan. 2) Kegagalan Yang Arif untuk menegur kenyataan pihak yang bermusuh dengan saya yang mengulas mengenai aspek-aspek perbicaraan ini dengan maksud menghina dan mengaibkan saya. Perkara tersebut termasuklah persoalan sama ada saya patut memberi sampel DNA atau tidak; menyalahkan pihak pembelaan kononnya sengaja melengahkan prosiding ini; dan menghebahkan maklumat yang tertakluk atas perintah larangan. Ulasan-ulasan umum ini telah dibuat tanpa menghiraukan perintah Yang Arif. Ulasan tersebut dibuat oleh para pemimpin tokoh politik UMNO, termasuk Dato' Sri Najib dan dirancang melalui kawalan media cetak dan elektronik seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, The New Straits Times dan TV3. Singgungan yang berterusan oleh Perdana Menteri dan pemimpin UMNO dalam media dan sanggahan negatif mengenai perkembangan perbicaraan jelas bermaksud mempengaruhi Yang Arif dan menggambarkan motif politik di sebalik pertuduhan itu. 3) Tindakan terbaru secara angkuh pada hari Selasa dan Rabu lalu di TV3 yang menyiarkan rakaman wawancara pengadu menyebut perkara-perkara yang jelas menghina prosiding berkenaan perbicaraan ini. Secara khusus, gambaran pengadu sebagai mangsa yang merupakan seorang Muslim yang warak dan bertaqwa yang bersedia mengangkat sumpah (mubahalah) dengan menggunakan kalimat dari Al-Quran. 4) Tetapi kebenaran terserlah ketika perbicaraan ini sedang berlangsung. Si pengadu yang sudah bertunang tanpa malu berselingkuh dengan anggota pasukan pendakwaan. Selain hubungan sulit ini menjejaskan kewibawaan pasukan pendakwa, topeng keluhuran budi pekerti si pengadu hancur berkecai disebabkan terdedah skandal hubungan sulit dengan pendakwaraya wanita yang juga merupakan tunangan orang. 5) Kendati begitu, si pengadu dengan bantuan seluruh jentera dakyah UMNO dan media mereka telah mencanangkan fitnah terhadap saya. Hakikatnya kesemua usaha ini dibuat untuk menghina saya dengan perkiraan mempengaruhi perjalanan prosiding dan mengancam saksi-saksi perbicaraan ini. Di sebalik kesemua pencerobohan ketara ini, Yang Arif tuntas gagal bertindak terhadap sebarang tindakan menghina mahkamah. Kewajipan suci seorang hakim tidak sekadar bersemayam di atas kerusi tetapi melaksanakan tanggungjawab termasuk mengeluarkan notis terhadap sesiapa saja yang mencabar kewibawaan keadilan. Saya teringatkan bidalan Latin: "Judex Habere Dabet Duos Sales, Salem Sapicutiae, Ne Sit Insipidus, Et Salem Conscientiea, Ne Sit Diabolous" (Seorang hakim harus mengecap dua garam, garam kebijaksanaan; seandainya tawar dan garam suara nurani, seandainya dia terjebak ciri syaitan). Jawatan seorang hakim merupakan antara yang paling mulia di negara ini. Hakim ialah suara penggubal undang-undang dan badan untuk melaksanakan keadilan. Beliau memastikan keseimbangan di antara eksekutif dan rakyat. Malah yang paling utama sekali dalam menjalankan tugasnya, seorang hakim wajib insaf akan perintah Allah: "…jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." – (Surah Al-Maidah : 8) Ketika Perang Dunia Kedua pada tahun 1942, dalam Liversidge lawan Anderson, Lord Atkin berkesempatan untuk menegaskan dalam House of Lords: Salah satu tunggak Kebebasan yang telah diterima pakai sekian lama bahawa seorang hakim itu tidak selayaknya mengagungkan mana-mana individu serta berada di kalangan subjek dan sebarang menghalang sesiapa sahaja termasuk percubaaan menceroboh oleh penguasa terhadap kebebasan beliau. Maka waspadalah terhadap apa juga tindakan paksaan yang diwajarkan undang-undang." Merujuk kepada kes saya, Yang Arif sesungguhnya telah menyaksikan sikap permusuhan pihak pendakwaan dan sesungguhnya ianya tidak mengurangkan bidang kuasa Yang Arif terutama demi memelihara kewibawaan mahkamah dari terus dihina. Malangnya kami merasa bingung mengapa Yang Arif memilih untuk tidak berbuat demikian. Apa yang berlaku bukanlah tradisi terbaik badan kehakiman. Dalam perbicaraan pembunuhan Banting sekarang ini, Yang Arif Datuk Akhtar Tahir mengambil tanggungjawab untuk memanggil penerbit televisyen tempatan atas klip yang ditayangkan semasa slot Buletin Utama yang berkaitan dengan pembelaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Dato' Sosilawati Lawiyah dan tiga yang lain. Keratan laporan akhbar dilampirkan bersama. Yang Arif Datuk Akhtar Tahir dengan berani memperlihatkan kegigihan kehakiman atas nama hak asasi dan memenuhi syarat penting perbicaraan yang adil. Lebih menakjubkan, manakala skandalTimbalan Pendakwaraya Farah Azlina Latiff terdedah mempunyai hubungan sulit dengan Mohd Saiful Bukhari tidak langsung diambilkira oleh Yang Arif. Perilaku sumbang tersebut sewajarnya memaksa Yang Arif bertindak lantaran ia menjejaskan hak saya dibicara secara adil. Sebagai salah seorang anggota pasukan pendakwaan, Farah Azlina Latiff akan mempunyai maklumat berkaitan kertas siasatan justeru Mohd Saiful Bukhari akan – menerusi hubungan sulit ini – akan memperolehi semua kenyataan yang diberikan saksi-saksi, termasuk saksi alibi saya. Yang Arif malah tidak menyanggah Farah Azlina Latiff kerana mengadakan hubungan sulit dengan Mohd Saiful Bukhari. Apa yang telah dilakukan hanyalah membawa keluar Farah Azlina Latiff daripada pasukan pendakwaan atas permintaan pendakwa yang sekaligus mengesahkan secara terbuka kewujudan hubungan terlarang itu. Farah Azlina Latiff tidak menafikan dakwaan yang dikenakan terhadap beliau. Begitu juga Mohd Saiful Bukhari tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk menafikan hubungan jelek itu. Peguam Negara telah secara terbuka menyatakan sebab-sebab yang akan diberikan kemudian terhadap hubungan sulit tersebut. Namun sehingga kini belum terdapat sebarang penjelasan disediakan meskipun terdapat maklumat di sebaliknya.Yang Arif di akhir kes pendakwaan memutuskan bahawa kesaksian Mohd Saiful Bukhari adalah benar dan berwibawa. Saya petik kenyataan Yang Arif seperti berikut: "Tiada satu pun daripada pemeriksaan balas yang panjang ke atas Mohd Saiful Bukhari atau daripada keterangan saksi-saksi pendakwaan lainnya yang boleh ditafsirkan bahawa keterangan Mohd Saiful Bukhari sebagai sesuatu yang meragukan. Saya menemukan keterangan Mohd Saiful Bukhari sebagai kukuh. Beliau telah dengan benar dan tanpa menokok tambah atau memperbesar-besarkan keterangan yang diceritakannya secara terperinci setiap minit bagaimana beliau telah diliwat ole tertuduh pada tarikh dan tempat yang dinyatakan dalam pertuduhan. Saya mendapati beliau seorang saksi yang benar dan keterangannya adalah berwibawa serta seandainya diterima akan mengukuhkan kesemua fakta-fakta yang diperlukan untuk membuktikan dakwaan terhadap tertuduh." Para peguam saya menegaskan Yang Arif telah dengan ini menghakimi saya dari awal lagi sebelum pengadilan sebenar. Yang Arif sepatutnya hanya memutuskan keabsahan keterangan akan siapakah yang bercakap benar pada saat penggulungan pembelaan, di mana saya dijangka akan memberi keterangan secara bersumpah. Para peguam saya tidak pernah, pada bila-bila masa pun merujuk kepada petikan di atas secara berasingan. Mereka menumpukan perhatian terhadap perkara nyata sama ada saksi itu benar atau tidak, akan diputuskan pada penggulungan hujah kes pembelaan. Peruntukan-peruntukan dalam Seksyen 182A(1) Kanun Acara Jenayah menyediakan panduan kepada seorang hakim tetapi ia tidak dipatuhi. Seksyen tersebut perlu diulangi di sini. Ia menyatakan: "Pada penggulungan perbicaraan, mahkamah hendaklah menimbangkan kesemua keterangan yang dikemukakan sebelumnya dan hendaklah memastikan sama ada pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah." Berdasarkan apa yang dihuraikan di atas, saya sesungguhnya telah dinafikan ruang membela diri secara keterangan bersumpah. Bermakna tindakan tersebut gagal memastikan saya mendapat perbicaraan yang adil serta menjamin kesaksamaan. Mahkamah Rayuan Bertindak Sumbang Permohonan saya ke Mahkamah Rayuan supaya Yang Arif menarik diri atas alasan membuat penghakiman awal yang akan mengakibatkan penghakiman berat sebelah telah pun didengar pada 6 Julai 2011. Satu salinan perintah tersebut dilampirkan bersama-sama ini. Tiada penghakiman bertulis dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Julai lalu. Rayuan tersebut telah ditolak sekaligus berdasarkan bantahan awal pihak pendakwaan bahawa rayuan tersebut bukannya satu perintah muktamad. Demikian alasan yang diberikan mahkamah terbuka. Tidak ada yang lebih dan tidak ada yang kurang dari itu. Mahkamah Rayuan malah mengambil masa tidak lebih dari lima minit untuk melupuskan rayuan tersebut. Anehnya tanpa pengetahuan saya atau para peguam saya, pada waktu yang sama terdapat penghakiman setebal 40 halaman atas nama Yang Arif Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak juga bertarikh 6 Julai 2011. Satu salinan penghakiman itu dilampirkan bersama-sama kenyataan ini. Persoalannya ialah, mengapa Mahkamah Rayuan tidak membaca 91 perenggan keputusan penghakiman bertarikh 6 Julai pada hari tersebut? Jelas sekali, penghakiman tersebut berada di tangan beliau pada 6 Julai tetapi secara rahsia telah disembunyikan daripada pengetahuan saya dan awam. Surat bertarikh 11 Ogos 2011 kepada para peguam saya beserta satu salinan penghakiman turut dilampirkan dalam kenyataan ini. Seperti biasa, Yang Arif pastinya memperolehi manfaat membaca penghakiman tersebut yang pastinya akan tambah memburukkan lagi sikap berat sebelah Yang Arif terhadap saya. Penghakiman tersebut merupakan satu serangan terbuka terhadap saya dan akan saya rujuk selanjutnya. Memadai ditegaskan kini bahawa penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut yang ditulis selepas 6 Julai 2011 dan mengandungi kritikan keras terhadap saya tanpa peluang untuk menjawabnya. Ini menimbulkan persoalan: rayuan itu telah ditolak in limine (segera), berdasarkan alasan bahawa keputusan Yang Arif tersebut itu bukanlah 'perintah muktamad'. Sepatutnya perkara itu telah berakhir kerana ia akur bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk melayan rayuan itu. [Yang Arif Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak membisu semasa penghujahan terhadap bantahan awal]. Penghujahan penghakiman tersebut tidak menyentuh alasan dan faktor lainnya. Itu saja keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Julai lalu tanpa menambah sedikit pun. Bantahan awal tersebut dirujuk, tetapi tidak sebagai bahagian utama penghakiman. Bahagian utama penghakiman itu melangkau lebih jauh lagi. Ia sekadar digunakan untuk menyerang saya. Jika begitu, mengapa Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap saya sepanjang penghakiman tersebut? Beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian malah ini merupakan penyalahgunaan kuasa kehakiman ketara atau sebenarnya satu muslihat mengampu penguasa politik? Tidak ada lagi hujah munasabah untuk menjelaskan mengapa beliau melancarkan serangan keji terhadap saya dengan menyatakan dalam perenggan seperti berikut: '[5] Kes ini akan tercatat dalam sejarah. Ia akan tersenarai sebagai satu-satunya kes di dalam negara kita atau dalam lingkungan negara-negara Komanwel di mana perayu selaku tertuduh secara berterusan dan konsisten memfailkan satu demi satu permohonan untuk menggugurkan hakim perbicaraan daripada terus mendengar dan menyambungkan pendengaran perbicaraan liwat yang sedang berlangsung. [6] Si perayu seolah-olah mencuba sedaya upaya melengahkan perbicaraan kes liwatnya atas alasan yang hanya diketahui oleh dirinya sendiri, ini mengecewakan pihak pendakwa dan menimbulkan kejengkelan masyarakat awam. [15] Ia merupakan suatu kritikan yang tidak munasabah [terhadap hakim yang arif] bermaksud untuk menipu dan mengelirukan masyarakat awam. Adalah mudah untuk mengkritik tetapi sentiasa sukar untuk mewajarkan. [18] Adalah amat sukar untuk kami menerima Notis Usulan yang difailkan berdasarkan kepercayaan tulen bahawa hakim perbicaraan bersikap tidak adil terhadap perayu. [49] Pertuduhan diperihalkan secara jelas apa yang dilakukan perayu kepada Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan [SP1]. [Adalah prinsip asas dalam undang-undang bahawa keterangan, bukan pertuduhan, yang akan membuktikan kesalahan]. [50] Perbicaraan ini dilengah-lengahkan tanpa kewajaran. Ia mendapat liputan luas media. [56] Setelah memaparkan sikap jelik yang bercanggah dengan etika kehakiman, Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak kini tanpa segan silu berleter mengenai kewibawaan sistem kehakiman yang baik. Namun apa yang kedengaran tidak lebih dari suara sumbang berat sebelah: "Prasyarat sistem kehakiman yang baik adalah kebebasan dan tidak berat sebelah. Bagi sistem kehakiman yang kukuh dan berkesan, kesaksamaan para hakim amatlah penting. Namun tidak dinafikan bahawa keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman juga dibentuk dan diacu melalui penampilan." Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak telah meremehkan penghakiman hakim-hakim di Mahkamah Rayuan termasuk Richard Malanjum, kini Hakim Besar (Sabah dan Sarawak). Walaupun dia tidak mempunyai bidangkuasa untuk berbuat demikian. Singgungan tersebut jelas bermaksud menghina mereka apabila menyatakan: '[72] Rowstead tidak menganggap "bahaya sebenar berat sebelah" sebagai hujah dalam menentukan sama ada JC yang arif sepatutnya menarik dirinya sekalipun Mahkamah Persekutuan telah awal-awal lagi menggunakan hujah tersebut dalam kes berikut: (a) Majlis Perbandaran Pulau Pinang lwn Syarikat Bekerjasama-sama Serbaguna Sungai Gelugor dengan Tanggungan [1993] 3 MLJ 1, FC; dan (b) Mohamed Ezam bin Mohd Nor & lain-lain lwn Ketua Polis Negara [2002] 1 MLJ 321, FC [73] Berikutnya cadangan Rowstead bahawa permohonan penarikan diri hakim untuk didengar oleh seorang hakim lain adalah agak radikal. Kami menegaskan permohonan penarikan diri dalam kes seperti ini, wajar didengar di peringkat permulaan oleh hakim perbicaraan, selanjutnya oleh mahkamah ini. [74] Rowstead tidak membuat pertimbangan atau mengambilkira Seksyen 3 dari Akta Keadilan Jenayah (CJA) yang dibaca bersama Seksyen 50(1)(a) CJA dan Penyata Penjelasan tambahan. [75] 'Permohonan penarikan diri yang disebut di dalam Notis Usul mengambilkira perbicaraan panjang yang dan memperlihatkan muslihat si perayu di setiap sudut dan sisi dalam usahanya untuk menjejaskan perjalanan kes perbicaraan jenayah pihak perayu bagi suatu kesalahan meliwat SP1. Kes ini adalah ibu kepada semua perbicaraan di Malaysia. [Sesungguhnya saya berhak untuk menggunakan kesemua ruang perundangan yang ada. Tidak terdapat sebarang usaha untuk dari mana-mana pihak untuk menghalang saya dari berbuat demikian dengan memohon suatu perintah bagi mengisytiharkan saya terlibat dalam tuntutan guaman yang mendangkalkan.] Seperti yang dirujuk sebelumnya dalam kenyataan ini, Yang Arif pastinya berpeluang membaca penghakiman ini setelah ia diedarkan melalui surat bertarikh 11 Ogos 2011. Ini bermakna Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak mendakwa saya sebagai berperibadi buruk. Berdasarkan perkara tersebut , apakah mungkin saya dijamin dibicarakan secara adil atau seolah-olah mendapat imbasan perbicaraan yang adil? Lantaran itu hakim sekarang terheret memperkukuh sikap berat sebelah terhadap saya? Apakah munasabah untuk saya memberi keterangan bersumpah apabila Timbalan Pendakwa Raya memiliki penghakiman yang sama yang boleh digunakan terhadap saya dalam pemeriksaan balas? Yang Arif tidak boleh mengenepikan apa yang telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak dalam penghakiman bertarikh 6 Julai 2011 memandangkan ianya suatu penghakiman yang panjang. Sesungguhnya ini adalah satu skandal! Tambahan pula, mengapa penghakiman tersebut tidak dibacakan di mahkamah terbuka meskipun ia ditulis selepas tengah malam pada 5 Julai 2011, supaya saya dapat membalas dan mematahkan kesemua dakwaan yang dibuat oleh Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak terhadap saya? Prinsip asas dalam perundangan adalah seseorang tidak harus dihakimi tanpa diberi peluang pembelaan. Tiada sesiapa menyangkal hakikat tersebut. Seawal 12 Ogos 1999, Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di tanah air ini dalam Insas Bhd dan Anor lwn Ayer Molek Rubber Company Bhd dan lain-lain, selepas merujuk sumber undang-undang berkaitan persoalan tersebut, memutuskan: 'Singgungan menyelar Mahkamah Rayuan terhadap Mahkamah Tinggi, pemohon dan peguam mereka patut dilupuskan dari penghakiman Mahkamah Rayuan, kerana ia menjurus untuk mengheret dan mencemar seluruh pentadbiran undang-undang. Penghakiman harus berteraskan hukum dan tidak wajar menyimpang daripada kewarasan, kesederhanaan dan berhemah. Ia juga tidak seharusnya memaparkan emosi dan hilang pertimbangan seperti yang dipaparkan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan.' Merujuk kepada kes di Mahkamah Agung India, State of Pradesh lwn Mohd Naim, Mahkamah Persekutuan mengambil kira penghakiman tersebut; 'Seandainya terdapat satu teras dalam pentadbiran keadilan, ianya adalah perkara berikut: kebebasan para hakim mesti dikekalkan dan mereka mesti dibenarkan untuk melaksanakan tugas secara bebas, tanpa rasa takut dan tanpa campur tangan sesiapa pun termasuk oleh mahkamah ini. Pada masa yang sama, tatkala menyatakan pendapat mereka, para hakim dan majistret mesti didasari pertimbangan keadilan, kesaksamaan dan kekangan diri. Sering berlaku manakala kenyataan yang terlalu umum didapati bercanggah dengan tujuan asal ianya dibuat. Prinsip kehakiman mengakui bahawa kenyataan menyelar individu atau penguasa sewajarnya diberi pertimbangan oleh mahkamah sekiranya : (a) Pihak yang dibicarakan atau kelakuannya masih dalam pertimbangan mahkamah mempunyai peluang untuk menjelas atau membela dirinya; (b) sama ada terdapat keterangan jelas mengenai tingkah lakunya yang mewajarkan kenyataan tersebut dikeluarkan dan (c) sama ada ianya perlu untuk maksud membuat keputusan kes itu, sebagai sebahagian daripadanya, untuk mencela perilaku tersebut. Juga diakui bahawa pengumuman kehakiman mestilah berdasarkan hukum dan biasanya tidak menyimpang daripada kewarasan, kesederhanaan dan berhemah.' Dalam kes Insas, Mahkamah Persekutuan menerima pakai apa yang disebut dalam AM Mathur lwn Pramod Kumar Gupta & lain-lain tatkala menolak semakan petisyen lemah yang mengandungi kata-kata menghina terhadap Encik AM Mathur, peguam kanan dan juga mantan Ketua Peguam Negeri. Mahkamah justeru memperakui, 'Kekangan dan disiplin kehakiman diperlukan untuk pentadbiran keadilan yang teratur sepertimana keberkesanan pasukan tentera. Kewajipan kekangan, merendah diri dalam menyempurnakan tugas harus menjadi tema malar segar kepada para hakim kita. Mutu penghakiman adalah penting seperti juga langkah mempertahan kebebasan badan kehakiman. Kekangan kehakiman dalam hal ini mungkin lebih baik dikenali sebagai rasa hormat kehakiman, iaitu rasa hormat oleh badan kehakiman. Rasa hormat kepada orang-orang yang dihadapkan ke mahkamah serta lain-lain institusi negara; pihak eksekutif dan badan perundangan. Sewajarnya terdapat sikap saling hormat menghormati. Apabila teras ini gagal dipertahan atau apabila pengadu dan orang awam percaya bahawa hakim berkenaan telah gagal dalam memelihara prinsp-prinsip tersebut; ia akan menjejaskan kewibawaan para hakim mahupun proses kehakiman. Sesungguhnya jawatan hakim amat berkuasa. Para hakim bukan sahaja mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mengikat, keputusan mereka mengabsahkan penggunaan kuasa oleh pegawai lainnya. Para hakim mempunyai kuasa muktamad dan kuasa tersebut tidak boleh dipertikai. Namun mereka tidak boleh menyalahgunakan kuasa mereka dengan ulasan keterlaluan, teguran kasar yang tidak sopan mengkritik peguam dan saksi-saksi. Kami akui bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk bertindak dengan bebas berdasarkan keyakinan mereka terhadap sebarang perkara yang dikemukakan kepada mereka untuk diputuskan, namun menjadi prinsip umum bahawa demi menjamin keluhuran pentadbiran keadilan, maka dihalang membuat kenyataan menghina terhadap individu atau pihak berkuasa yang di dalam pertimbangan melainkan jika ia benar-benar perlu untuk membantu keputusan mahkamah dengan menyinggung perlakuan mereka.' Ketua Hakim India, Bhagwati dalam State of Madya Pradesh & lain-lain lwn Nandlal & lain-lain, tatkala menolak keras kecaman hakim, menyatakan: 'Sebagai kesimpulan kita boleh perhatikan bahawasanya para hakim tidak harus menggunakan bahasa yang kesat dan leteran mengutuk dalam mengkritik kelakuan pihak-pihak atau saksi-saksi mereka. Mereka mesti bertindak dengan waras, sederhana dan kekangan diri. Mereka harus tawaduk mengakui mereka bukanlah serba sempurna dan apa-apa kecaman keras dan cacian yang dilemparkan oleh mereka terhadap mana-mana pihak boleh disalah anggap serta tidak wajar dan tidak berasas. Justeru mereka boleh menyebabkan kemudaratan serta mengakibatkan ketidakadilan. Dalam kes ini, pemerhatian yang dibuat dan kecaman yang dinyatakan oleh Bam Lal J sama sekali tidak berasas dan tidak munasabah dan tidak wajar dibuat.' Maka dalam keadaan sedemikian, bagaimana mungkin saya memberikan keterangan bersumpah? Tatkala mengeluarkan perintah agar saksi-saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan untuk ditemuduga di mahkamah, Yang Arif telah secara terbuka dalam mahkamah ini memberikan ruang mudah kepada saksi-saksi tersebut bahawa mereka boleh menolak untuk ditemuramah. Ini menjejaskan proses keadilan. Yang Arif melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seseorang yang memikul amanah menegakkan keadilan. Malah, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan SAC Dato' Rodhwan Ismail yang dipaparkan sebagai berperanan penting dalam keterangan SP1 datang ke bilik temuduga mengulangi hujah yang sama iaitu, "Kami tidak bersedia untuk ditemubual". Perdana Menteri malah menyebut Yang Arif mencadangkan kemungkinan tersebut. Oleh kerana mereka merupakan saksi penting, pihak pembelaan terpaksa memilih untuk mengeluarkan perintah sapina untuk memaksa mereka hadir ke mahkamah. Keputusan Yang Arif itu memaksa saya untuk tidak memberi keterangan secara bersumpah. Saya tegaskan sesungguhnya saya terlah bersedia dan sanggup memberikan keterangan bersumpah, akan tetapi kecacatan yang dipaksakan ke atas saya, di mana tatacara Yang Arif mengendalikan perbicaraan ini dan bagaimana penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Julai 2011 yang telah sampai ke pengetahuan Yang Arif berkenaan perkara yang telah saya nyatakan sebelum ini. Sesungguhnya perbicaraan saya ini suatu konspirasi politik dan sewajarnya Yang Arif tidak terjerumus ke dalam kancah dengan mencadangkan saksi-saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan boleh menolak untuk ditemuduga. Ini bukan dalam bidangkuasa Yang Arif untuk mencadangkan sedemikian. Saksi alibi saya yang telah dimaklumkan kepada pihak pendakwa juga tersenarai dalam senarai saksi pendakwa yang tidak dibekalkan kepada peguam pembela. Mereka adalah saksi alibi pembelaan. Saya dimaklumkan hal ini pertama kali berlaku. Malah pemilik unit 11-5-2, Haji Hasanuddin Abd Hamid telah diganggu secara berterusan di mana kenyataan beliau telah dirakam selama tiga puluh jam. Perkara ini dijelaskan apabila beliau telah ditemubual oleh para peguam di hadapan saya. Siasatan polis telah dengan sengaja merencat pembelaan saya. Ianya suatu persendaan tatkala pihak pendakwaan menawarkan pada penggulungan kes mereka seorang saksi alibi bernama Fitria Binti Dipan tetapi menurut pengakuan mereka sendiri tidak dapat dikesan! DAKWAAN PENGADU ADALAH REKAAN SEMATA-MATA Seperti yang saya katakan sejak awal lagi, saya menafikan segala tuduhan yang direka pengadu terhadap saya. Pengadu menyatakan dalam keterangannya pada 26 Jun, 2008, beliau tiba di Kondominium Desa Damansara pada jam 2:45 petang untuk membincangkan urusan kerja dan menyerahkan dokumen yang dikirimkan Ibrahim Yaakob [Ketua Staf saya] kepada saya. Katanya lagi dia memberhentikan vannya di pos keselamatan dan menyebut nama kod 'Mokhtar' kepada pengawal kondominium sebelum dibenarkan masuk. Dia meletakkan kenderaannya dan mengambil lif untuk ke Unit 11-5-1 di mana saya dikatakan berada di meja makan di ruang tamu. Dia mengatakan bahawa dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan. Beliau memberitahu mahkamah tentang bagaimana kesatnya saya meminta seks. Perkara berikut terdapat di dalam lampiran. Apabila disoal, beliau menjawab bahawa SP1 merasa marah dan takut dan tidak bersedia untuk melakukannya, akan tetapi tetapi kerana saya kelihatan marah, dia akhirnya akur. Perlu diperhatikan pada peringkat ini pengadu boleh, berdasarkan pengakuannya sendiri ketika pemeriksaan utama (examination-in-chief), meninggalkan bilik kerana tidak ada sebarang bukti percubaan oleh saya untuk mengunci pintu dari dalam. Dia juga mendakwa bahawa dia diarahkan masuk ke bilik tidur dan bahawa dia masuk kerana takut. Bahkan di peringkat ini, pengadu berpeluang untuk meninggalkan ruang tamu, walaubagaimanapun dia tidak berbuat demikian. Bukti selebihnya menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang dan kesempatan untuk melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian. Alasannya kerana beliau takut. Namun alasan tersebut itu bertentangan dengan segala fakta. Beliau adalah seorang lelaki di awal dua puluhan, enam kaki, mempunyai fizikal yang sihat serta cergas dan mempunyai hubungan dengan pegawai atasan polis dan golongan elit politik, di samping dengan akses kepada lingkungan dalaman kekuasaan. Tambahan lagi, beliau pernah menjadi mahasiswa operatif UMNO yang penting, menjalani latihan rapi yang dikendalikan Biro Tata Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Manakala saya seorang lelaki berusia 60 tahun, mempunyai sejarah kecederaan belakang dan telah menjalani pembedahan belakang yang besar dan juga tidak memegang apa-apa posisi kuasa. Jika benar saya boleh memberikan apa-apa jenis pengaruh yang tidak wajar atau tekanan mental kepadanya, ini boleh dengan mudahnya diselesaikan dengan satu panggilan telefon kepada kenalan-kenalannya yang mempunyai kuasa itu. Berkenaan dengan ketakutan terhadap kecederaan fizikal, adalah sesuatu yang memerlukan khayalan yang jauh untuk mencadangkan bahawa saya boleh menyebabkan apa-apa kecederaan fizikal kepadanya. Ketika pemeriksaan balas, bukti penting yang berikut telah didapatkan daripada pengadu. Beliau mengakui bahawa dia membawa bersamanya pelincir dan telah secara sukarela dan tanpa teragak-agak menggunakannya. Beliau mendakwa bahawa berlaku persetubuhan dan ia adalah menyakitkan dan kasar. Walau bagaimanapun, ini jelas tidak mempunyai sandaran dalam bukti-bukti perubatan oleh pihak pendakwa bahawa adanya carikan atau koyakan. Selepas perbuatan yang dikatakan itu, beliau memberi keterangan bahawa dia telah duduk untuk minum dan berbual mesra dengan saya. Yang menakjubkan, tiada usaha yang dibuat oleh pengadu untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera. Sebaliknya, beliau menghadiri satu acara PKR pada hari esoknya. Pada sebelah malam, beliau menyertai mesyuarat Anwar Ibrahim Club di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada emosi atau fizikal apatah lagi trauma. Sebaliknya, beliau menjalankan urusannya dengan cara yang tenang dan yakin. Oleh itu, kelakuannya benar-benar tidak konsisten dengan dakwaannya. Dalam apa jua keadaan, dia tidak membuat laporan polis dan tidak mendapatkan rawatan perubatan, walaupun dua hari sebelum perbuatan yang dikatakan itu, beliau telah bertemu dengan Dato' Sri Najib dan Rosmah serta telah bercakap di telefon dengan Musa Hassan dan bertemu dengan Rodhwan di sebuah hotel. Adalah jelas, dari keterangan di atas, bahawa pengadu telah berbohong walaupun Y.A., dengan terdapat bukti sebaliknya yang menyakinkan, mendapati dia seorang saksi yang benar pada penutup kes pihak pendakwa. Ini bertentangan dengan logik akal, apatah lagi undang-undang. Kemudian lagi, keterangan pakar berkaitan DNA yang dibawa sepanjang kes pendakwa melalui PW4, Dr Seah Lay Hong dan PW5, Nor Aidora bt Saedon sangat dipersoalkan kerana maklumat penting berkaitan analisis DNA oleh kedua-dua saksi itu yang sepatutnya diberikan kepada mahkamah tetapi secara mencurigakan mereka berdua tidak memberitahu maklumat tersebut sedangkan mereka mengesahkan kewujudan maklumat itu. Kemungkinan bahawa sampel yang dianalisis telah tercemar dan ditempatkan tidak langsung diambil kira walaupun kemungkinan itu begitu jelas sekiranya analisis dilakukan menurut garis panduan yang ditetapkan oleh komuniti forensik antarabangsa. Panduan antarabangsa tidak dipedulikan, terang-terangan diabaikan oleh PW4 dan PW5 untuk menyesuaikannya demi kes pendakwaan. Adalah jelas jika kemungkinan yang dinyatakan itu diperiksa, kesimpulan yang dicapai akan sangat berbeza kerana air mani pengadu telah dijumpai dalam duburnya sendiri, ada bukti yang jelas bahawa terdapat spesimen selain dari Lelaki Y di sekeliling punggung pengadu, kawasan rektum bawah dan atas dan terdapat bukti-bukti yang jelas sampel telah diceroboh sebelum dihantar untuk analisis. Dalam keadaan sedemikian, integriti sampel tersebut sudah pasti dicurigai. Tambahan pula, integriti PW4 juga dipersoalkan kerana dia dengan mudah menolak kemungkinan yang sangat tinggi bahawa sampel yang dihantar kepadanya sudah mengalami kemerosotan ke tahap tertentu sebelum sampai kepadanya. Hakikatnya sampel yang dihantar untuk analisis bukanlah yang telah diambil daripada pengadu. Perbicaraan dalam Perbicaraan Tindakan seperti Gestapo ketika saya ditahan dan seterusnya penahanan dan soal siasat oleh polis semua menampakkan tangan-tangan kekuasaan politik yang merencanakan. Apakah yang menyebabkan perlunya untuk menghantar sekumpulan komando bertopeng untuk melaksanakan penangkapan jika bukan satu percubaan mempamerkan kuasa politik dan untuk memaparkan dendam kesumat? Fakta-fakta yang mengejutkan ini benar-benar telah diabaikan oleh Y.A. Y.A.telah membuat ketetapan yang awal untuk menolak bagi mendapatkan semula item-item tertentu termasuk botol air, tuala Good Morning, ubat gigi dari lokap di IPK, Kuala Lumpur di mana saya telah ditahan semalaman dari 16.7.08 hingga 17.7.08. Walau bagaimanapun, anda telah mengubah ketetapan ini kemudiannya yang merupakan sesuatu yang paling mengejutkan dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Walaupun dalam Bicara dalam Bicara, saya telah merujuk kepada peranan Taufik dan Supt. Jude Pereira, pendakwa telah memilih hanya untuk memanggil Taufik dalam bantahan dalam Bicara dalam Bicara. Taufik cuba untuk menghasilkan salinan fotostat waran tangkap yang hanya ditanda sebagai ID dan oleh itu, tidak boleh dianggap sebagai keterangan dalam Bicara dalam Bicara. Satu salinan fotostat dokumen tidak boleh diterima sebagai keterangan dalam mahkamah. Dalam Bicara dalam Bicara bukti utama bagi dokumen itu sepatutnya telah diberikan jika rekod asal telah hilang atau musnah. Pihak pendakwa tidak dapat menutup kelemahan dengan mengeluarkan waran tangkap asal sewaktu perbicaraan utama. Ia adalah bukti bahawa 3 salinan waran tangkap berada dalam milikan Supt. Jude Pereira. Bukti waran tangkap terdapat semasa Bicara dalam Bicara. Malah, Supt. Jude Periera, di mana peranannya yang telah dibangkitkan oleh saya semasa Bicara dalam Bicara, memilih untuk tidak memberi keterangan serta salinan asal waran tangkap Bicara dalam Bicara. Tatkala Bicara dalam Bicara lah, Supt. Jude Periera sepatutnya memberi keterangan. Adalah jelas menyalahi undang-undang bagi mahkamah untuk menerima keterangan Supt. Jude Periera ketika perbicaraan umum dengan tujuan untuk menyangkal bukti saya dalam Bicara dalam Bicara bahawa profil DNA dari tuala Good Morning, berus gigi dan botol air mineral telah diperolehi dengan kaedah-kaedah yang tidak adil dan cara yang salah dan oleh kerana itu penahanan saya adalah menyalahi undang-undang. Malah, keterangan Supt. Jude Pereira dalam perbicaraan umum mengesahkan bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada Peraturan 20 Peraturan-peraturan Lokap, 1953 bahawa saya, selepas saya ditangkap pada 16.7.08, telah tidak diletakkan di dalam lokap dari 6.00 petang hingga 6.00 pagi di hari berikutnya. Peruntukan-peruntukan Peraturan 20 adalah mandatori. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, membawa saya ke Hospital Kuala Lumpur(HKL) adalah melanggar Peraturan 20. Justeru mendapatkan profil DNA daripada item-item yang dinyatakan tadi oleh pihak polis merupakan cara yang salah dan kaedah yang tidak adil. Ini diburukkan lagi dengan bukti-bukti bahawa Supt. Jude Periera dalam perbicaraan umum menyatakan bahawa dia tidak mengarahkan anggota polis yang menjaga lokap untuk tidak menyentuh barang yang dinyatakan walaupun anggota polis dalam perbicaraan umum sebelum Bicara dalam Bicara, jelas berkata bahawa Supt. Jude Periera telah berbuat demikian. Makanya, Supt. Jude Periera, dalam keterangan bersumpah dalam perbicaraan utama, menyokong dakwaan pembela bahawa kaedah yang tidak adil dan cara yang tidak adil telah digunakan oleh pihak polis untuk mendapatkan profil DNA daripada item-item yang dinyatakan itu. Daripada perintah yang dibuat oleh mahkamah untuk tidak menerima barang-barang itu, adalah jelas ia adalah berdasarkan kepada cara dan kaedah yang tidak adil yang digunakan oleh polis dengan maksud bahawa dengan helah dan tipu daya pihak polis cuba untuk mendapatkan bukti DNA itu. Dalam apa jua keadaan, daripada keterangan DSP Taufik yang diberikan dalam Bicara dalam Bicara dan perbicaraan umum, alasan penahanan tidak diberikan olehnya kepada saya di Segambut kerana jelas bercanggah dengan keterangan S.N. Nair dan saya sendiri. Soal mencabar bukti yang diberikan dalam perbicaraan utama oleh DSP Taufik dan Supt. Jude Periera tidak timbul. Penegasan yang dibuat secara bersumpah oleh saya bahawa saya telah ditangkap dengan kaedah yang tidak adil dan menyalahi undang-undang dan cara yang tidak adil yang telah digunakan untuk mendapatkan profil DNA dalam Bicara yang dalam Bicara langsung tidak dicabar oleh pihak pendakwaan dengan membawa bukti yang sah di sisi undang-undang untuk membantah penegasan itu. Malah, Y.A. sewajarnya membuat kesimpulan yang bertentangan terhadap pihak pendakwaan kerana mereka gagal untuk berbuat demikian. BUKTI FORENSIK Kes pendakwaan bergantungkepadaketeranganDNA,iaitu kononnya"penemuan cecair air mani" atau "sperma". Ia merupakan satu-satunya bukti forensik pihak pendakwaa, malah keseluruhan kes mereka bergantung kepada "keterangan" ini. Namun, asas pembuktian pihak pendakwa goyah, akan tetapiinitidakmenghalang mereka untuk bersubahat dengankekuasaan serta kemudiannyamelancarkankempenmemburuk-burukkansaya. Hakikatnya tidak ada sebarang bukti sama sekali, DNA atau lain-lainnya, yang pernah dijumpai di tempat perlakuan tersebut dikatakan terjadi, tidak di kamar mandi, bilik tidur, permaidani atau di tempat lain di mana bukti itu sepatutnya telah dijumpai. Supt. Pereira, walaupun telah diarahkan untuk menyimpan sampel HKL(ditandakan B1 ke B10) ke dalam peti sejuk, dengan sengaja melanggar arahan Dr Siew Sheue Fong (Doktor Forensik HKL) serta mengakui beliau telah melakukan pelanggaran serius terhadap IGSO, apabila beliau dengan sengaja menyimpan sampel HKL dalam kabinet pejabatnya selama kira-kira 43jam sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia. (malah beliau menyatakan bertanggungjawab sepenuhnya kerana melanggar IGSO). Kita harus sedar bahawa kononnya perlakuan liwat itu didakwa berlaku dua hari sebelum sampel itu diambil. Di tambah lagi dengan kelewatan selama 43jam untuk menyerahkannya kepada ahli kimia, bermakna sampel itu sudah berusia sekurang-kurangnya 90jam sebelum ia diperiksa ahli kimia tersebut. Tidak syak lagi, telah berlaku kemerosotoan mutu spesimen. Namun, pihak pendakwaan tetap menyatakan sebaliknya. Dalam apa jua keadaan, kelewatan selama 43jam untuk menyerahkan sampel itu kepada ahli kimia menyebabkan integriti sampel tersebut dipersoal, kerana ianya telah rosak akibat bakteria. Selain itu,dengan tidak menyimpan sampel di simpanan barang kes polis(yang mana hanya Supt Jude Pereira sahaja punya akses), beliau telah dengan sengaja melanggar peraturan IGSO serta memberi peluang kepada mereka yang lain untuk punyai akses kepada sampel itu dan dengan mudah untuk mensabotaj sampel tersebut. Kenapa hal ini dipandang sebelah mata? Supt Jude Pereira tidak ada alasan yang munasabah samada yang didasari undang-undang atau berasaskan amalan untuk membukaP27(sebuah beg besar kalis rosak, mengandungi ke semua sampel HKL yang telah ditutup dan yang telah diserahkan kepada beliau). Sampel-sampel itu ditandai dengan B1 sehingga B10.Ternyata tindakan tersebut merupakan upaya untuk memperolehi sampel-sampel tertentu kerana ianya tidak kalis sabotaj dan sengaja ditutup dengan pita mudah tanggal serta penutup kertas mudah tanggal HKL. Dr Siew Sheue Fong, tatkala di mahkamah, sentiasa enggan untuk merujuk nota perubatan beliau semasa pemeriksaan balas walaupun seringkali gagal mengingati butir-butir terperinci. Ketika waktu rehat misalnya, beliau kelihatan mencuri-curi melihat notanya. Doktor ini tidak jujur dan tidak berlaku adil terhadap kerjayanya yang menuntut beliau bersikap adil serta bebas. Seringkali pula kedua-dua mereka, DrSiew dan Dr Mohd Razali Ibrahims engaja enggan menjawab soalan-soalan penting yang dikemukakan oleh peguam saya. Meskipun begitu, keterangan Dr Siew dan Dr Razali telah diterima tanpa ragu. Dr Seah Lay Hong (Ahli Kimia) memberi keterangan bahawa apabila beliau menerima 12sampel HKL, ada 2 sampel yang ditanda ianya diambil pada tarikh berbeza, beliau mengaku tidak berbuat apa-apa untuk mendapatkan penjelasan daripada Dr Siew. Beliau mengaku bahawa beliau percaya Dr Siew. Peguam saya tuntas membantah tindakan yang melanggari garis panduan makmal antarabangsa dan peraturan Jabatan Kimia Malaysia tersebut . Walaupun tindakan itu dan kegagalan untuk mematuhi peraturan yang ketat didedahkan, keterangan DrSeah telah diterima sepenuhnya sedangkan ianya sepatutnya ditolak sama sekali kerana tidak cekap dan kecuaian yang melampau. Keterangan yang dikemukakan pembelaan membongkar kepalsuan hujah pendakwa yang dikatakan mempunyai bukti "cecair air mani" atau "sperma". Ianya tidak berasas sama sekali. Bukti tersebut hanyalah rekaan pihak pendakwa semata-mata. Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa memandangkan sejarah serta rekod pihak pendakwaan sebelum ini. Jikalah benar pihak pendakwa punya bukti forensik seperti yang diperkatakan sudah pasti bukti-bukti tersebut akan dijaga rapi, tidak seperti yang saya ungkapkan di atas, bahawa betapa cuainya mereka mengendalikan sampel-sampel tersebut. RINGKASAN Tuan Yang Arif telah gagal untuk memastikan perbicaraan yang adil seperti yang ditunjukkan, antara lain, oleh contoh-contoh berikut: 1.Keengganan anda semasa perbicaraan ini untuk memerintahkan bahan-bahan penting diberikan kepada pembelaan saya, sungguhpun kebanyakannya anda fikir sebagai relevan, malahan tuntutan keadilan mengkehendaki anda agar sepatutnya memerintahkan ia boleh diberikan sebelum perbicaraan. Kegagalan anda berlaku adil dan menggunakan budi bicara kehakiman terhadap perintah pendedahan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang Malaysia tetapi melanggar piawaian antarabangsa sesebuah negara moden yang menjunjung kedaulatan undang-undang. 2.Keengganan anda untuk mengambil peduli dan bertindak sewajarnya dengan menuntut pertanggungjawaban terhadap perbuatan mereka yang terang-terangan membocor dan menerbitkan melalui media permohonan pendakwaan sebelum perkara itu didengar di mahkamah. Anda juga bersikap acuh tidak acuh terhadap bantahan saya di atas segala pencerobohan ini. Ini telah dengan sengaja atau tanpa disedari memudahkan konspirasi untuk memburuk-burukkan saya di khalayak awam sedangkan ketika itu perbicaraan sedang berlangsung. 3.Kegagalan anda untuk memerintahkan saksi-saksi penting bagi pembelaan saya untuk hadir perbicaraan memberikan keterangan, di mana penglibatan mereka cukup nyata dan jelas terhadap isu-isu berkaitan perbicaraan dan melalui pengakuan bersumpah serta diakui oleh kenyataan-kenyataan yang dibuat saksi-saksi ini kepada media. Saksi-saksi ini berkaitan dengan keadaan di mana si pengadu datang untuk membuat aduan awal berkaitan saya. Semua keterangan ini berkaitan si pengadu. 4.Anda mendapati si pengadu sebagai "seorang saksi benar" pada penggulungan kes pendakwaan. Ini jelas sikap menghukum yang berat sebalah terhadap saya. Oleh yang demikian, anda telah menafikan hak perlembagaan saya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan kerana itu melayakkan saya untuk dilepaskan tanpa syarat serta tuduhan terhadap saya digugurkan. Tanpa menghiraukan perkara ini, anda bukan sahaja gagal untuk mengeluarkan perintah pembebasan saya tetapi telah menolak bulat-bulat penarikan diri anda daripada terus mengadili perbicaraan ini. 5. Untuk anda menyimpulkan si pengadu ialah seorang saksi benar tanpa terlebih dahulu mendengar keterangan pembelaan akan menyebabkan penerusan perbicaraan ini menjadi usaha sia-sia. Apalah gunanya untuk saya mengemukakan keterangan untuk menunjukkan bahawa si pengadu sebenarnya pembohong jika anda telah mendapati"dia seorang saksi yang benar" serta keterangannya boleh dipercayai dan muktamad, oleh yang demikian ia tidak dapat disangkal? Ia tidak dapat dipertahankan dan undang-undang tidak membenarkan anda melakukan apa yang anda telah lakukan. 6. Penemuan anda bahawa si pengadu telah memperkuat keterangan dirinya dengan membuat aduan kepada doktor-doktor perubatan terhadap serangan seksual merupakan suatu kesilapan yang amat nyata. Selain itu, ia mengenepikan penemuan klinikal bahawa tiadanya penembusan. Anda juga gagal untuk menyoal kenapa pendakwaan tanpa sebab yang jelas enggan memanggil pegawai perubatan yang pertama memeriksa si pengadu untuk memberi keterangan di mahkamah. Apakah tidak terlintas di fikiran anda bahawa kegagalan ini berpunca daripada niat untuk menyembunyikan bukti yang tidak berpihak kepada pihak pendakwaan? 7.Anda menerima bulat-bulat bukti forensik yang menguatkan keterangan daripada si pengadu dalam keadaan terdapat kebimbangan yang jelas bagaimana sampel-sampel tersebut diperolehi, dilabel, disimpan dan dianalisa. KESIMPULAN Keseluruhan proses ini hanyalah satu rekayasa Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak untuk melenyapkan saya dari medan politik dengan cara memenjarakan saya. Oleh itu, saya nyatakan di sini bahawa saya sudah hilang kepercayaan terhadap perbicaraan ini sungguhpun pasukan peguam pembela berusaha keras membuktikan betapa saya sebenarnya tidak bersalah. Sudah saya katakan dari awal lagi ini bukanlah perbicaraan jenayah. Ianya satu rekayasa semata-mata untuk memastikan saya tidak mencabar mereka dari terus berkuasa. Pada tahun 1998, Tun DrMahathir Mohamad taksub dengan manipulasi ala Machiavelli- politik menghalalkan cara- mengerah segenap kekuasaan negara memfitnah saya. Beliau berjaya menghumban saya ke penjara selama 15 tahun sungguhpun saya tidak bersalah. Itulah penindasan dan kezaliman yang dikenakan ke atas saya. Dan itulah juga bentuk penindasan dan kezaliman yang berterusan. Dato' Sri Najib Tun Razak menuruti jejak mentornya, menggunakan segenap kekuatan dan aparat kekusaan samada melalui media, polis, peguam negara dan badan kehakiman untuk merencat perlaksanaan keadilan dan melenyapkan saya dari terus berjuang. Usaha untuk menghumban saya ke penjara menjadi keutamaan selepas kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum tahun 2008. Kebimbangan mereka menjadi kenyataan apabila sekatan undang-undang yang menghalang saya dari bertanding berakhir seterusnya membolehkan saya bertanding kembali dan menang. Kemenangan pilihanraya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh itu disusuli pula dengan terpilihnya saya sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia. Oleh yang demikian ianya bukan sekadar kebetulan apabila konspirasi ini muncul tiga bulan selepas kejayaan Mac 2008 dan dakwaan terhadap saya dibuat hanya sebulan sebelum saya bertanding kerusi parlimen Permatang Pauh. Rentetan peristiwa yang terungkap sebelum pendakwaan dibuat menjadi bukti bahawa fitnah mutakhir ini dicedok daripada skrip fitnah 1998. Hanya pada episod terbaru ini, tiada episod hitam mata lebam dan rakan subahat melakukan jenayah. Pada episod kedua ini, para konspirator telah melakukan beberapa perubahan plot agar ianya kelihatan lebih teratur. Fitnah terbaru kali ini menampilkan si pengadu sebagai seorang mangsa yang tidak berdaya. Ini dibuat setelah menyedari kaedah pengakuan ala Stalin dan kaedah mengheret mangsa-mangsa ke khalayak awam sebagai mereka yang bertaubat dan menyesali perbuatan terkutuk yang dilakukan sebelum ini sukar diterima malahan dicemuh rakyat. Kerana itu semasa keseluruhan pertanyaan pendakwa terhadap pengadu, pihak pendakwa sedaya upaya berusaha melakar gambaran kononnya si pengadu ini seorang anak muda yang lemah, naif dan tidak berdosa. Si pengadu digambarkan sebagai seorang yang menyatakan kebenaran serta kesaksiannya perlu dipercayai walaupun bukti menyatakan sebaliknya. Hakikatnya si pengadu hanyalah seorang yang disingkir dari universiti, diambil bekerja secara sambilan untuk menolong Ketua Staf saya dan semata-mata digunakan sebagai bidak catur demi niat jahat mereka terhadap saya. Namun mahkamah memutuskan selepas penggulungan kes pendakwaan bahawa dia sesungguhnya seorang saksi yang benar. Konspirasi ini dirancang teliti dan melibatkan Perdana Menteri sendiri dan isterinya Rosmah Mansor. Berdasarkan pengakuan si pengadu, dia telah menemui Perdana Menteri dan isterinya di kediaman mereka dan di situlah dia mengadu kononnya menjadi mangsa jenayah seksual. Kenyataan awal Dato' Sri Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu semata-mata untuk berbincang mengenai biasiswa merupakan satu dusta dan hanya ditarik balik selepas pendedahan dibuat melalui media sosial dan blog-blog internet. Dato' Sri Najib dan Rosmah agak ketara tidak mahu kelihatan dekat atau terlibat dengan konspirasi ini apatah lagi lantaran penglibatan mereka dalam beberapa skandal lain yang telah dibangkitkan di parlimen. Sehingga kini dokumen-dokumen tersebut belum dinafikan. Ternyata pertaruhan dalam konspirasi ini mahal harganya. Maka konspirasi ini direncana teliti agar tidak menemui jalan buntu. Kemungkinan tersebut lebih nyata manakala BN yang dipimpin UMNO kian tergugat dan mungkin kehilangan kuasa kepada Pakatan Rakyat. Pertuduhan utama konspirasi ini adalah untuk merekayasa fitnah terhadap saya kononnya melakukan liwat. Mereka berhasrat memburukkan peribadi dan kewibawaan saya menjelang kempen menjelang pilihanraya kecil tersebut. Bagi mencapai tujuan ini, serangan media ganas dan jijik dilancarkan serentak, antaranya dengan menganjurkan perhimpunan dan ceramah di mana tumpuan perdebatan itu bukanlah berkaitan isu-isu sosial, ekonomi atau politik. Kandungan ceramah mereka semata-mata berkenaan fitnah terhadap diri saya dengan tujuan mencemar akhlak saya di mata rakyat. Para dalang tersebut, dengan alasan tersendiri memperolehi maklumat dalaman pihak pendakwaan yang kemudiannya digunakan maklumat tersebut untuk dijaja ke seluruh negara secara jelek dan lucah untuk membunuh keperibadian saya secara terancang sebab-sebab tertentu, memperolehi maklumat rahsia yang bakal digunakan pihak pendakwaan dan menjelajah keseluruh kawasan untuk memcemar keperibadian saya demi memastikan kekalahan pilihan raya kecil tersebut. Walaubagaimanapun Allah Maha Besar, Alhamdulilah saya memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti undi sebanyak 15,000. Keghairahan melenyapkan karier politik tidak pernah pudar sama sekali. Dato' Sri Najib menyangka dengan menghancurkan masa depan saya, maka sekaligus meranapkan prospek Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan. Justeru, semuanya dikerahkan agar dapat menyumbat saya ke penjara sekali lagi serta memastikan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO terus memerintah. Mengambil kira kesemua perkara di atas, saya nyatakan di sini bahawa perbicaraan ini walau apapun maksud dan tujuannya hanyalah suatu sandiwara. Saya menegaskan demikian bukan kerana saya membenci Yang Arif atau menyimpan dendam terhadap sesiapa. Apa yang saya nyatakan dari kandang tertuduh ini adalah apa yang saya yakin berdasarkan kebenaran. Dan keyakinan ini lahir hasil dari berkhidmat demi rakyat selama lebih dari 40 tahun, yang mana ¼ dari tempoh itu saya ditahan di Pusat Tahanan Kamunting dan kemudiannya dipenjara di Sungai Buloh. Hakikatnya saya dihukum dan dipenjarakan bukan kerana saya bersalah, akan tetapi kerana keyakinan saya dan pastinya pada tahun 1998, saya merupakan ancaman jelas kepada pemerintahan kuku besi Mahathir yang berusia lebih dari dua dekad. Tetapi saya duduk di hadapan kamu di dalam kandang tertuduh hanya untuk bercakap apa yang saya tahu dan apa yang saya percaya dengan keyakinan terhadap kebenaran. Dan keyakinan ini dibawa setelah berada di dalam perkhidmatan awam selama lebih daripada empat puluh tahun dimana suku daripadanya telah dihabiskan di balik tembok pemenjaraan di Kamunting dan di Sungai Buloh. Hakikatnya saya dihukum penjara bukan kerana apa-apa jenayah yang telah saya lakukan tetapi kerana kepercayaan dan keyakinan politik saya. Lebih tepat lagi, ianya kerana pada tahun 1998, saya telah menjadi ancaman yang jelas terhadap pemerintahan autokratik Mahathir yang berusia lebih dari dua dekad itu. Saya nyatakan sedemikian sebagaimana yang saya ungkapkan sebelumnya kerana keluhuran mahkamah telah terjejas dan memperlihatkan gejala gejala perbicaraan sandiwara dimana skripnya telahpun dirangka dan hukumannya telahpun termaktub. Saya nyatakan sedemikian kerana sebagai seorang hakim yang mengadili perbicaraan ini, anda tanpa ragu lagi menunjukkan sikap anda yang berat sebelah itu. Saya nyatakan sedemikian kerana anda enggan menarik diri walaupun bukti sikap berat sebelah anda sebagai hakim terhadap saya menggunung banyaknya. Saya menegaskan sedemikian kerana anda membiarkan sahaja segala pencerobohan yang melanggar peraturan dan prosedur manakala anda tidak menghiraukan bantahan saya berkenaan kecurangan pihak pendakwa. Sedangkan penyelewengan serta kecurangan itu pastinya membuatkan seorang hakim yang adil menyedari akan niat jahat pihak pendakwaan. Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hakim, firman al- Quran: " .. Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.." Surah An-Nisaa: 58 |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan