Selasa, 27 September 2011

Biaqpila

Biaqpila


Umno gagal manipulasi isu Hudud untuk musnahkan Pakatan

Posted: 27 Sep 2011 03:00 PM PDT

Umno terus berusaha memecahbelahkan ikatan PAS,PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dan setelah kesemua usaha gagal, isu Hudud pula cuba diketengahkan yang ternyata menguji kewibawaan pimpinannya.

Isu pelaksanaan hukum Hudud bukan perkata baru, itulah yang cuba dilaksanakan oleh PAS tetapi ditentang keras oleh Umno sejak mula dan selama-lamanya.

Nampaknya, kali ini Umno tersilap langkah lagi kerana bukan hanya kebijasanaan pimpinan dalam Pakatan Rakyat yang cepat bertindak dan mengelakkan pimpinannya melatah dengan membuat kenyataan semborono, malahan rakan2 Umno, khususnya MCA dan Gerakan turut menolak pendirian Umno.

Umno sebenarnya sekali lagi tewas, walaupun media perdana miliknya secara terang-terangan berusaha memanipulasikan isu itu, namun kenyataan PM DS Najib bahawa Umno tidak akan melaksanakannya sekaliguas menunjukkan sandiawara sedang dijalankan.

Umno sekadar menjentik Pakatan Rakyat, dan tindakan Pakatan mengelakkan pemimpinnya membuat kenyataan sehingga pertemuan 28 September ini adalah tersangat molek.

Umno akan kehabisan peluru selepas isu Hudud yang cuba digambarkan sebagai kejam dan tidak patut dilaksanakan ini ditangani dengan bijaksana oleh Pakatan.

DAP, PKR dan PAS sepakat mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga pendirian bersama dibuat esok.

Keputusan itu dicapai hasil mesyuarat setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.

Mustafa juga mendakwa isu hudud ditimbulkan Umno dan BN sebagai strategi mencari jalan supaya parti gabungan Pakatan berselisih faham.

"Kita tidak boleh ikut agenda dia (BN). Kita ada agenda kita. Jadi tidak berbangkit bahawa Pakatan Rakyat akan berpecah. Tidak berbangkit sama sekali," katanya.

Sementara itu, Saifuddin bersetuju dengan kenyataan Mustafa bahawa isu tersebut bertujuan memporak peranda dan menimbulkan syak wasangka sesama gabungan Pakatan.

"Kalau itu niat Umno dan BN, hajat mereka tidak kan kesampaian. Kerjasama kita jauh lebih utuh dan mantap... (Ia akan) dibincangkan dengan telus, terbuka dan bertanggungjawab.



penangdaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA 27/9/11

Posted: 27 Sep 2011 07:50 AM PDT









KUMPULAN A

KEDAH 1 : 1 PERAK

JOHOR 1 : 4 SABAH


KUMPULAN B

TERENGGANU 0 : 0 N.SEMBILAN

SIME DARBY 0 : 1 PKNS


KUMPULAN C

KELANTAN 2 : 0 FELDA UTD

JOHOR FC 3 : 1 SARAWAK


KUMPULAN D

SELANGOR 2 : 1 K.LUMPUR

T-TEAM 5 : 0 PDRM






SENARAI PASUKAN YANG LAYAK KE SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2011

PERAK
SABAH
N.SEMBILAN
TERENGGANU
KELANTAN
FELDA UNITED
T-TEAM
SELANGOR


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

"Charger handphone" terbenam di kepala bayi

Posted: 27 Sep 2011 03:00 AM PDT



SEORANG bayi lelaki mengalami kecederaan apabila sebuah alat pengecas bateri telefon mudah alih tertusuk di bahagian belakang kepalanya selepas terjatuh di atas peranti itu.

Keadaan bayi itu dilaporkan stabil di salah sebuah hospital di Quingyuan, China selepas menjalani pembedahan selama empat jam bagi melepaskan tusukan peranti tersebut dari kepalanya.

Peranti itu terpaksa dipotong sedikit demi sedikit sehingga meninggalkan hanya dua batang rod yang terbenam di kepala bayi terbabit.

Akhirnya para doktor yang terlibat memotong tengkorak bayi malang itu untuk membuang bahagian terakhir peranti yang terbenam.

Ketua jurubedah Li Guofeng berkata: "Sebuah peranti pengecas bateri telefon mudah alih berwarna hitam telah terbenam di belakang kepalanya"

"Ini merupakan kali pertama saya menghadapi kes seperti ini."

Li Guofeng mendakwa bayi tersebut dikira bernasib baik kerana masih hidup sambil menambah: "sekiranya tempurung kepalanya pecah, bayi tersebut mungkin boleh mati dalam beberapa saat."



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PAS Gesa Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Peguam Negara

Posted: 27 Sep 2011 12:00 AM PDT


KUALA LUMPUR 26 SEPT : PAS hari ini mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan rasuah dan penyelewengan perundangan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Naib presidennya, Mahfuz Omar berkata, siasatan itu penting memandangkan dakwaan bersabit hal itu timbul dari pelbagai pihak termasuk oleh penulis, Raja Petra Kamaruddin, bekas panel pencegahan rasuah Tan Sri Robert Phang, serta didedahkan dalam surat terbuka bekas ketua siasatan Jenayah (CID) Datuk Mat Zin Ibrahim.

"Ia (dilihat) satu pencemaran terhadap institusi peguam negara yang diwujudkan dalam (kerangka) perlembagaan persekutuan," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Mahfuz berkata, suruhajaya itu perlu ditubuhkan kerana institusi peguam negara mempunyai hubungan langsung dengan Perlembagaan Persekutuan dan perlantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Mahfuz, dakwaan berkaitan antaranya berhubung dakwaan terlibat memalsukan fakta dan bukti dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes rasuah dengan Shahidan Shafie dan "penyelewengan perundangan" kes Altantuyaa Shaariibuu.

tvs


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pelacur solo kejar lelaki miang

Posted: 26 Sep 2011 09:00 PM PDT


KUALA LUMPUR – Penglibatan wanita asing dalam kancah pelacuran seakan-akan tiada penghujungnya walaupun banyak operasi dilakukan apabila mereka kini didapati menggunakan dua taktik baharu bagi mendapatkan wang.

Pelacur-pelacur muda berusia lingkungan 20-an dari China, Uzbekistan, Vietnam, Afrika, Mongolia dan Filipina itu kini memilih menjalankan perniagaan secara bersendirian tanpa membabitkan ejen dan akan 'beraksi' di kondominium atau apartmen mewah.

Difahamkan, rata-rata mereka yang memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial dan pelajar, mengenakan bayaran RM500 untuk sekali perkhidmatan.

Mereka yang terlibat kebanyakannya pernah dijadikan pelacur oleh ejen masing-masing ketika mula datang ke sini dengan bekerja di pusat urut dan refleksologi. Mungkin kerana bosan dicekup, mereka kemudian memilih modus operandi baharu itu.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa (gambar) memberitahu, siasatan mendapati, pelacur dari Afrika, Nigeria, Filipina, Vietnam dan China memilih untuk bergerak sendiri mencari pelanggan.

Katanya, pelacur yang menggunakan pas lawatan sosial dan pelajar itu hanya perlu ke kelab malam untuk memancing pelanggan sebelum membawa mereka ke hotel atau rumah sewa untuk lakukan seks.

"Alasan yang sering diberi jika dicekup ialah mereka perlu mencari duit lebih untuk menampung yuran pengajian kolej. Berdasarkan tangkapan, lebih 50 peratus pelacur negara itu telah datang ke sini berulang kali.

"Ketika dinaungi sindiket, mereka terpaksa menggunakan orang tengah untuk mencari pelanggan tetapi selepas mahir dan mempunyai pelanggan tetap, mereka 'membuka' perniagaan sendiri. Cara itu lebih menguntungkan kerana tidak perlu bayar wang perlindungan," dedahnya.

Azman memberitahu, pelacur dari Mongolia, Uzbekistan, China dan Vietnam pula didapati lebih cenderung menggunakan kondominium dan apartmen mewah untuk menjalankan aktiviti persundalan di sini.

Bagaimanapun katanya, mereka masih memerlukan ejen untuk mencari pelanggan. Mereka mengenakan bayaran RM1,000 bagi setiap perkhidmatan kerana berstatus pelacur kelas atasan.

"Polis menghadapi kesukaran untuk mengekang dan mengesan mereka kerana mereka tidak menetap di kondominium dan apartmen mewah tersebut dan kerap berpindah," katanya.

Ujar Azman, selain itu, premis tersebut mempunyai kawalan keselamatan yang ketat serta mempunyai kamera litar tertutup.

Bagaimanapun katanya, polis ada juga melakukan serbuan dan tangkapan terhadap pelacur yang menggunakan taktik sebegitu.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pelacuran supaya menyalurkannya kepada polis berikutan bilangan pelajar dan pelancong warga asing yang terlibat meningkat saban tahun.

Kosmo



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kempen plastik dari pemimpin plastik

Posted: 26 Sep 2011 06:00 PM PDT



Oleh Adil Mat Selamat

23 SEPTEMBER – Kita telah melihat bagaimana kehangatan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 sudah mula membara. Semua pasti-parti politik sedang sibuk berunding, menyusun strategi dan mengumpul modal sebagai kekuatan untuk mengharungi suatu gambaran yang disebut oleh Lim Kit Siang sebagai "kempen politik terkotor dalam kempen-kempen kotor yang pernah berlaku".

Isyarat ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Najib Razak bukan sahaja terdesak, malah akan membelanjakan wang rakyat dalam kempen Barisan Nasional, termasuk segala sumber khazanah negara juga akan dimanipulasi secukup-cukupnya. Ibarat batang tebu yang sudah pecah diramas namun masih dipulas lumat untuk memerah hasilnya lagi.

Di sebalik kegiatan kempen yang agresif ditunjukkan oleh UMNO-BN, ia mengundang beberapa persoalan kepada kita.

Contohnya, salah satu kempen terbaru yang sedang dijalankan oleh UMNO-BN ialah "pemukiman" ADUN dan Ahli Parlimen mereka di Kuala Selangor, dan dengarnya akan diperluaskan di tempat lain.

Strategi langgar lari

Pertama, atas nama apa pun program UMNO-BN itu, baik pemukiman atau mesyuarat, orientasi kegiatan itu adalah jelas sebagai satu kempen pilihan raya. Laporan telah menunjukkan bahawa ADUN dan Ahli Parlimen UMNO-BN pergi berjumpa dan bermalam di rumah-rumah rakyat. Soal rakyat terima atau tidak, bukan isunya.

Tetapi kita ingin bertanya, jika UMNO-BN menggunakan kaedah ini atas nama mesyuarat atau pemukiman apa sekali pun, pemukiman apakah jenisnya ini? Bermukim di rumah orang kampung dan bermesyuarat di rumah penyokong BN?

Bukankah ini sudah jelas sebagai suatu kempen pilihan raya (yang jika dilakukan oleh Pakatan, sudah tentu Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengamuk bising kononnya melanggar undang-undang)?

Persoalannya ialah Perdana Menteri belum lagi membubarkan Dewan Rakyat, jadi bagaimana SPR gagal melihat perlanggaran kod etika ini? Bukankah kempen politik (pilihan raya) baik secara formal atau tidak, mestilah diadakan di dalam waktu berkempen, bukan dalam keadaan sebegini.

Atas justifikasi undang-undang manakah yang SPR gunakan ketika ini? Atau SPR sewaktu Najib mencanangkan Malaysia akan menjadi negara demokrasi terbaik di dunia, minggu lalu?

Apa tugas wakil rakyat

Kedua, ini penting buat semua rakyat memahami adakah pendekatan politik UMNO-BN khususnya Najib Razak ini benar-benar ikhlas dan mencerminkan kejujuran UMNO untuk berubah.

Memahami tangungjawab seorang pemimpin atau wakil rakyat, amatlah penting bagi kita dalam konteks demokrasi di zaman moden ini.

Tugas dan tanggungjawab wakil rakyat bukanlah sibuk bermalam di rumah orang kampung, itu tidak menunjukkan apa-apa makna yang baik dan indah pun. Tugas sebenar wakil rakyat ialah menyelesaikan masalah dan keperluan orang ramai.

Menyelesaikan masalah orang ramai adalah kerja di pejabat, sama ada pejabat kerajaan atau pejabat wakil rakyat. Dan apabila wujud keperluan bagi wakil rakyat untuk melawat rakyat, tapak projek atau tapak bencana, lakukanlah lawatan seperti kelaziman amalan politik kita, itu sudah memadai dan lebih semula jadi sifatnya.

Tanda-tanda ketidakikhlasan wakil rakyat, baik yang tidak buat kerja atau pemalas atau sekadar menabur janji ialah dengan melakukan lawatan dan bermalam di rumah orang tanpa apa-apa sebab penting, melainkan ada udang di sebalik batu.

Strategi kempen sebegini tidak perlu dicontohi oleh rakyat dalam menilai keikhlasan orang politik. Sebaliknya inilah budaya yang menyebabkan wakil rakyat kita semakin malas untuk bekerja dan menipu orang ramai dengan gula-gula "bermalam di rumah rakyat".

Jumpa rakyat itu penting, tetapi bermalam di rumah rakyat itu, sepatah kata Hishamudin Rais "poyo".

Realiti politik UMNO-BN

Inilah realiti politik pasca Mac 2008. Perangai kebanyakan ahli politik UMNO-BN sudah semakin plastik dan segala program untuk rakyat juga bertambah plastik.

Dengan sedikit seloroh, kerana itu kebanyakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, termasuk Pulau Pinang, memperkenalkan kempen anti beg plastik untuk menjaga alam sekitar daripada tercemar dengan buangan plastik. Memang ada sedikit baiknya plastik tapi keburukannya lebih memudaratkan kehidupan.

Sama seperti janji-janji untuk jadikan Malaysia negara demokratik terbaik di dunia, ianya juga bersifat plastik.

Cakap siang pandang-pandang; jika rakyat masih tidak nampak helah di depan mata ini, alamat gelap masa depan semua.

Statistik bernombor yang ada sekadar menunjukkan bebanan yang sedang ditanggung oleh rakyat semakin bertambah. Bukankah antara rakyat yang sedang teruk menangggung ini juga adalah pengundi UMNO-BN?

Jangan mudah terpedaya dengan helah bermukim atau bermuka manis. Setakat dihulur sedikit wang ringgit untuk disesali bertahun-tahun kemudian, itu bukan jalan keluarnya. Perubahan perlu tulen dan bukan sekadar janji-janji manis. – Roketkini.com

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kartun Terbaru Utuseks Malaysia Hina Hukum Hudud

Posted: 26 Sep 2011 04:38 PM PDT



Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menyelar sikap Akhbar Utusan Malaysia yang di lihat menjadikan isu Hudud sebagai bahan jenaka.


Memetik sebuah karikatur di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26/9/2011, menunjukkan seseorang berserban yang merujuk kepada Musyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz sedang mendengar lagu sambil berbaring. Karikatur tersebut juga menggambarkan irama yang keluar dari alat muzik tersebut dengan perkataan “ Hu..hu..hu..dudd..dudd..” .

Karikatur itu cuba menggambarkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz telah membangkitkan isu lama, iaitu isu Hudud yang menjadisebutan ramai pihak akhir-akhir ini.

Muhamad Aizat Bahrudin, Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka (gambar)berkata, "sikap akhbar Utusan Malaysia yang menjadikan isu Hudud ini sebagai bahan lawak dan jenaka.adalah keterlaluan Sedangkan mempermainkan-mainkan hukuman Allah merupakan suatu dosa besar."

Tambahnya lagi, "hudud adalah hukuman yang di syariat oleh Allah. Ianya bukan hukum buatan manusia tetapi ia datang dari Allah. Penghinaan terhadap sesuatu yang datang dari Allah itu adalah sama dengan penghinaan kepada Allah."

Hari ini hukum Hudud telah digambarkan dengan wajah yang begitu hodoh seolah-olah perlaksanaannya merupakan suatu jenayah. Akhbar arus perdana begitu hebat mempolemikkan isu ini dengan pelbagai tafsiran dan pandangan akal.

"Satu demi satu penghinaan dilakukan terhadap undang-undang Islam. Jika sebelum ini Utusan menghina hukuman zina, hari ini kepada hudud pula. Esok lusa hina Allah dan Rasul pula secara terang-terangan." tambahnya lagi

Dewan Pemuda PAS Melaka mendesak agar Akhbar Utusan Malaysia memohon maaf terhadap umat Islam atas penghinaan tersebut.

darisungaiderhaka



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: