Selasa, 27 September 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Surat Terbuka kepada rakyat Malaysia bukan Islam dan khususnya kepada yang Islam

Posted: 27 Sep 2011 07:00 AM PDT

Saudaraku yang dihormati sekalian,

Semoga sedikit nukilan hasil cedokan daripada sebuah buku yang ditulis oleh sarjana Islam tempatan ini dapat memberikan gambaran asas kepada tuan puan mengenai apakah sebenarnya hukum hudud dan apakah pula jenis jenayah yang akan dikenakan hudud.

Perlu dijelaskan bahawa, hudud bukan hanya berkisarkan mengenai potong tangan, potong kaki dan segala jenis potong yang dimomokkan oleh media perdana dari dulu hingga saat ini. Hukum hudud sangat khusus dan halus perkiraannya. Justeru saya dengan rendah diri menitipkan tulisan ini kepada tuan puan.

Satu penjelasan yang baik dan mudah difahami ditulis oleh Prof Madya Datin Dr Paizah Hj Ismail (pensyarah kanan Jabatan Fiqh & Usul, UM. Isteri kepada Prof Dr Datuk Paduka Hj Mahmod Zuhdi Abdul Majid) dalam buku yang bertajuk HUDUD: HUKUM DAN PELAKSANAANNYA. Antara lain beliau menerangkan, hudud perlu difahami dengan:

1. Hanya dilaksanakan apabila melibatkan pencerobohan terhadap lima asas darurat iaitu apabila ada pencerobohan terhadap:

Kesucian agama Islam
Kesejahteraan akal
Maruah
Keturunan
Keselamatan harta benda
Negara dan berkaitan.

Hanya kesalahan dalam isu-isu yang berkaitan diatas sahaja akan dikenakan hudud dan dikenali sebagai 'jenayah hudud'!

2. Menurut Abdul Qadir Audah dalam kitabnya Tasyri' al-Jinai al-Islami, jilid 2, ms 345:

"Hanya jenayah tertentu sahaja boleh dikategorikan sebagai 'jenayah hudud'. Ia tidak akan berubah mengikut peredaran masa kerana telah ditentukan sendiri oleh syariat Islam, iaitu melalui al-Quran dan sunnah."

Menurut jumhur ulama fiqh (sarjana hukum-hukum/ undang-undang Islam), kesalahan-kesalahan jenayah yang dikategorikan sebagai 'jenayah hudud' adalah:

Murtad.
Minum arak.
Mencuri.
Merompak.
Berzina.
Menuduh zina.
Memberontak.

Mengikut kategori di atas saya tidak faham mengapa Karpal Sigh (termasuk bukan Islam lain yang tidak faham) takut sangat dengan hudud yang dikhususnya untuk orang Islam!? Lebih saya tidak faham, bagaimana mereka yang mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang dan melakukan semua amalan agama yang lain malah mati juga ditanam dalam kubur orang Islam tidak boleh menerimanya!

Benarlah kata-kata hukama (ahli hikmah): An-Nas a'ada ala ma jahilu. Maksudnya: Manusia akan bermusuhan dengan apa yang dia tidak tahu (faham)!

Semoga mendapat sedikit pencerahan dan tidak takut kepada hukum hudud melainkan anda juga termasuk daripada kalangan mereka yang sudah melakukan dosa-dosa (jenayah) di atas (khusus kepada orang Islam)!

Saya tidak pelik jika hanya mereka yang bukan Islam (sebahagiannya sudah mula menerima undang-undang hudud khususnya para ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS yang lantang membela hudud), tapi amat sedih dan kecewa masih ada orang Melayu Islam yang tidak mahu menerimanya sebagai hukum-hakam daripada Allah yang tuntas boleh menyelesaikan masalah kebejatan sosial.

Dalam masa yang sama, beberapa kali Tuan Guru Nik Aziz jelaskan bahawa undang-undang hudud yang sedang beliau dan PAS perjuangkan adalah untuk orang Islam dan di Kelantan sahaja. Tidak ada isu mengapa orang bukan Islam perlu takut dan resah mengenainya.

Tulisan ini sudah beberapa kali saya poskan dalam FB dan pada artikel dan laporan mengenai hudud antaranya dalam Malaysiakini.Com sendiri. Saya sendiri terkejut dan terharu apabila ada sahabat-sahabat bukan Islam memberikan respon yang sangat positif. Antaranya adalah:

Sdr Liam Lee berkata, "Saudara Zahiruddin, terima kasih kerana memberi penjelasan tentang hukum hudud. Selepas membaca penjelasan saudara, pada pendapat saya tiada apa yang perlu ditakuti tentang hukum hudud. Ia seperti ajaran kebanyakan agama supaya pengikutnya tidak patut berbuat dosa. Saya tak pasti kenapa sesetengah orang menentangnya, mungkin ada sebab sebab lain yang bukannya sekadar fikiran rasional/permukaan. Salah satu sebab yang saya dapat fikirkan ialah ianya mungkin akan contradict dengan undang undang yang sedia ada. e.g. apakah hukuman jika seseorang merompak bagi hudud, apa pula hukuman pada undang undang sekarang? Karpal Singh adalah seorang peguam, mungkin ini adalah prinsipal seorang peguam. Seperti seorang doktor tidak akan menggalakkan kita makan ubat traditional walaupun dia seorang cina." (Rujuk: http://www.malaysiakini.com/)

Saya yakin dan percaya bahawa generasi pasca piliharaya 2008 (PRU-12) yang lalu adalah generasi yang sangat idealis dan kritikal serta sentiasa mencari kebenaran yang sebenar dan bukannya kebenaran yang dihidanglan dalam media-media perdana pro kepada kepentingan sesetengah pihak sahaja

Saya juga berharap dengan sedikit cetusan dan perkongsian ini, saudara sekalian akan lebih terdorong bagi memahami apakah itu hudud dan apakah hikmah dan kebaikan di sebalik pelaksanaannya.

Sekian, salam hormat.

Yang ikhlas,

ZAHIRUDDIN ZABIDI

http://kalamkhalifah.com/

__________________

Rujukan:

Paizah Hj Ismail, Prod Madya Datin Dr. (2008). Hudud; Hukum & Pelaksaan. Shah Alam: Karya Bestari Sdn Bhd.

Mengucap Panjang Apabila Baca Kenyataan Mukhriz Ini

Posted: 27 Sep 2011 06:30 AM PDT

PAS Tunduk Kepada DAP Dalam Hukum Hudud: Mukhriz

SUNGAI PETANI: Langkah Pas untuk tidak melibatkan masyarakat bukan Islam dalam hukuman hudud yang dicadangkan oleh kerajaan Kelantan menunjukkan parti itu tunduk kepada tekanan DAP, kata TimbalanPengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Malah, katanya, ada kemungkinan Pas akan menarik balik cadangan untuk melaksanakan hukuman hudud seperti yang berlaku berulang-kali berlaku sebelum ini kerana DAP dilihat sebagai parti paling dominan dalam pakatan pembangkang terdiri Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

"DAP tidak pernah kalah dalam sebarang tuntutan, desakan mahupun sebarang perselisihan ideologi yang wujud antara tiga parti komponen ini, malah hukuman hudud ini diperkatakan sejak berpuluhan tahun dahulu tetapi hingga ke hari ini ia masih tidak dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan raya Umno Bahagian Sungai Petani di sini, pada Selasa.

Beliau mengulas laporan media tentang kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas bahawa hukum hudud yang dicadangdilaksanakan di Kelantan tidak akan melibatkan masyarakat bukan Islam.

Hasrat Nik Aziz untuk melaksanakan hukum hudud itu mendapat bantahan keras DAP.

Mukhriz berkata langkah melaksanakan hukuman berdasarkan undang-undang yang dalam agama kaum masing-masing adalah suatu tindakan yang tidak adil untuk dipraktikkan dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

"Memberi hukuman yang berbeza-beza bergantung kepada agama seseorang itu dilihat sebagai tidak adil dan apa yang ditekankan berulang kali juga dalamAl-Quran ialah peri pentingnya kita bersifat adil dalam segala benda kitalakukan. Bayangkan sekiranya ada satu kesalahan yang dilakukan, orang Islamdikenakan hukuman potong tangan tetapi apabila berlaku kepada bukan Islam jauhlebih ringan," katanya.- BERNAMA

Analisis Pendedahan Isu Pelantikan NC UPSI. Kabel Oh Kabel?

Posted: 27 Sep 2011 04:53 AM PDT

Analisis : Prof Dr Zakaria Kasa, NC tanpa kabel ?

Perlantikan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang baru, Prof Dr. Zakaria bin Kasa yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa merupakan suatu yang tidak dijangka oleh ramai pihak. Ramai mengakui kesungguhan dan komitmen beliau berada pada tahap yang membanggakan semasa menguruskan hal-hal berkaitan akademik dan antarabangsa meskipun terdapat beberapa kelemahan dalam beberapa perkara. Namun rekod menunjukkan beliau seorang yang kuat bekerja dan sentiasa memandang ke hadapan dalam membuat keputusan.

Namanya pada awal tidak begitu menyerlah di kalangan Timbalan-Timbalan Naib Canselor sama ada di UPSI mahupun dengan IPT lain. Seorang yang 'low profile', dan tidak begitu menunjukkan ke-TNC-annya dalam majlis-majlis di UPSI khususnya. Sedia menerima teguran dan rajin melayan kerenah mahasiswa.

Nama beliau mula menjadi sebutan apabila blog informasi UPSIkini memetik ucapannya yang menyentuh soal penempatan kira-kira dua tahun lalu. Katanya, penempatan pada tahun itu akan dibekukan berikutan kelembapan ekonomi negara pada ketika itu.

Isu penempatan ini memang isu sensitif di kalangan mahasiswa UPSI. Entah bagaimana, portal berita popular mutakhir ini, Malaysiakini pula tak semena-mena memetik berita itu dan mengambil respon daripada NUTP atas kenyataan beliau. Isu itu kemudiannya menjadi semakin hangat apabila akhbar-akhbar arus perdana turut membuat liputan dan mengambil kenyataan beliau.

Dengan nada yang agak tenang beliau membuat kenyataan balas mengatakan kenyataan awal beliau berkaitan isu tersebut telah disalah tafsir. UPSIkini pada ketika itu menjadi sangat popular kerana beritanya disiarkan dalam Malaysiakini dan mendapat kredit daripada portal berita itu. Rating UPSIkini juga melonjak dan dikenali seluruh negara terutamanya di kalangan mahasiswa. Sehingga pernah disekat daripada dilayari mahasiswa UPSI melalui jaringan wifi UPSI Jaring di kampus dan kolej-kolej kediaman.

Bermula dari itu, nama Prof Dr. Zakaria Kasa mula dikenali. Sebelum ini beliau di Universiti Putra Malaysia sebelum datang ke UPSI. Khabarnya pada awal beliau di UPSI, beliau sering sahaja menyebut untuk kembali ke UPM. Tetapi mungkin atas dasar dan sikap profesional beliau, tugas sebagai TNC A&A di UPSI diteruskan dan cuba membuat perubahan.

Nampaknya apa yang dikatakan beliau kira-kira 2 tahun lalu sudah menampakkan kebenarannya. Keluhan graduan pendidikan kini adalah bukti apa yang dikatakan beliau itu benar dan akan berlaku. Hari ini ribuan graduan pendidikan seluruh IPTA cuba meraih simpati dan tidak kurang yang cuba mengugut melalui undi supaya nasib mereka diambil peduli kerajaan. Beliau ada menyebut 2 tahun lalu, mahasiswa UPSI perlu bersediia untuk menerima kenyataan bahawa ruang kerjaya sebagai guru itu bukan lagi sesuatu yang boleh diberi jaminan, bukan lagi hak istimewa graduan UPSI dan persediaan perlu dibuat mulai sekarang. Dan sekarang, semuanya telah terbukti.

Itu halnya berkenaan Naib Canselor UPSI sekarang. Bagaimana jangkaan beliau dan mungkin juga ahli akademik lain di UPSI menjadi kenyataan.

Kini, Prof Dr Zakaria Kasa merupakan orang nombor satu dalam menentukan hala tuju UPSI. Beliau kini adalah Naib Canselor. Tugas berat yang perlu dipikul dalam memberi nafas baru kepada UPSI. Tidak cukup dengan hanya merombak fakulti yang sedia ada, menawarkan ijazah yang membuka ruang kepada pasaran terbuka, namun pengisian dan hasil dari setiap fakulti itu seharusnya juga diberi perhatian.

Ramai juga yang menyedari, beliau diangkat sebagai Naib Canselor bukan kerana kabel politik (tidak tahulah di sebaliknya). Namanya bukanlah segah Nordin Kardi yang telah berjual beli Ijazah Kedoktoran kepada rakan seBTNnya sehingga UUM itu dipandang hina di kalangan ahli akademik.Mungkin perlu penambahbaikan dalam modul BTN dengan menekankan aspek integriti. Tidak cukup rasanya dengan berdiri tegak pada waktu pagi apabila mendengar lagu Negaraku berkumandang. Yang peliknya, entah macam mana UPSI sedia menerima dia pula!!. Prof Dr Zakaria juga tidak sekilau Prof Dr Aminah Ayob yang sentiasa menggilap pemilik PERMATA Negara. Dan bukan juga selunak Si DDJ yang kemaruk berkaraoke, berjoget lambak, sehingga lupa dia kini berada di Malaysia(bukan Jakarta, Indonesia). Apatah lagi nak dibandingkan dengan 'Residen' Malaysia dari British, Hang Zainal Kling.

Siapa yang telah memberikan khidmat nasihat kepada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi untuk memberi kepercayaan kepada Prof Dr Zakaria Kasa menerajui UPSI?? Nantikan Siri ke-2..


Analisis : Prof Dr Zakaria Kasa, NC tanpa kabel ? (Siri 2)

Dalam perbincangan kedai kopi dengan beberapa kenalan, khabarnya nama Prof Dr Zakaria Kasa ini tidak diletakkan dalam senarai pendek sebagai calon Naib Canselor UPSI. Di pihak kementerian, UPSI disenaraikan sebagai IPTA yang harus diberi perhatian kerana mahasiswanya sejak akhir-akhir ini agak lantang melawan arus. Pilihan Raya kampus UPSI juga sudah menjadi bahan berita Utusan Melayu. Portal berita alternatifnya (UPSIkini) juga menunjukkan keberanian warganya mendedahkan isu yang berlaku di UPSI.

Sekiranya dibiarkan, mungkin UPSI ini akan melahirkan Ibrahim Yaakob alaf baru. Mungkin juga Mat Indera dengan imej baru. Atau mungkin Shamsiah Fakeh versi baru. Dan yang lebih menakutkan kalau-kalau lahir Dr Burhanuddin Al-Helmi, seorang intelektual yang sejarahnya sering diputar belit.

Di pihak sana pula,tidak nampak akan lahir seorang yang seperti Ibrahim Ali di UPSI ini. Nasionalis Melayu paling Melayu di alam Melayu abad ini. Atau setidak-tidaknya Bong Mokhtar. Lantang bersuara tapi tewas dengan belaian wanita. Tak ada. Yang ramainya nak jadi Saiful Bukhari. Bergambar dengan Menteri di sana sini. Kemudian menampalnya di laman sosial facebook, mengisytiharkan diri pemimpin mahasiswa yang memperjuangkan UPSI, kononnya!!

Itulah antara pertimbangan yang perlu diambil perhatian. Namun masih belum terjawab apakah atau siapakah yang telah memberi "green light" kepada Prof Dr. Zakaria Kasa untuk jawatan Naib Canselor? Apakah sudah dibuat penilaian yang tepat dengan meletakkan Prof Dr Zakaria Kasa (selepas ini disebut Prof Zack) akan dapat memulihkan imej UPSI?

Dalam pemerhatian penulis, Kementerian sudah meletakkan tanggungjawab itu ke atas Datuk Paduka Dr Junaidi (selepas ini disebut DDJ). Beliau dibawa kembali ke Malaysia dari Indonesia selepas dikatakan berjaya mengaktifkan Kelab UMNO Indonesia. Pengalaman beliau itu ditagih untuk mengUMNOnisasikan UPSI melalui Hal Ehwal Politik & Ampu (HEP&A) UPSI.

Ada juga cakap-cakap mengatakan DDJ ini memang besar kabelnya. Menteri-menteri itu ibarat rakan-rakan sekaraokenya sahaja. Berbeza dengan Prof Mohd Mustamam, TNC Penyelidikan & Inovasi UPSI yang sebelum ini. Juga punya kabel tapi semuanya bersaiz nano. Mungkin agak futuristik menggunakan kabel bersaiz nano tapi pasaran dan tahap kemajuan di Malaysia ini belum sampai lagi kepada teknologi tersebut. Sebab itu kadang-kadang tak berapa berkesan menggunakan kabel bersaiz nano ini. Mungkin bertahan 4 hingga 5 tahun sahaja.

Kembali kepada kisahnya pelantikan Prof Zack sebagai NC ini. Prof Zack rasanya agak terkejut juga apabila beliau dinamakan sebagai pemangku NC selepas tamatnya kontrak Prof Dr Aminah Ayob. Prof Dr Aminah juga terkejut yang kontrak beliau tidak disambung. PERMATA yang digilap selama ini tidak bercahaya pula pada tahun 2011 ini. Orang rumah Pak One itu macam sudah tidak memandang Prof Dr Aminah. Mungkin Prof Dr Aminah tak sertai rombongan ke Kazakhstan beberapa bulan lalu adalah puncanya. Mungkin juga atas nasihat Menteri Besar Perak, Dr Zambry yang melihat Prof Dr Aminah ini tak memberi manfaat kepada politik Perak.

Ada juga yang mengatakan antara sebab beliau tidak disambung adalah kerana kelam-kabutnya beliau dalam menguruskan orang-orang kanannya. Ramai tahu krisis beliau dengan Prof Dr. Mustamam, TNC P&I sebelum ini. Ramai juga tahu sikap dingin beliau dengan TNC HEP&A sebelum ini, Prof Dr Shaharudin Abd Aziz. Dan yang paling jelas, terdapat kumpulan-kumpulan tertentu di kalangan ahli akademik UPSI yang tidak bersetuju sejak awal perlantikannya dan sering tidak sehaluan dengan tindak-tanduk Prof Dr. Aminah ini. Maka setelah kesemuanya ditimbang, kementerian ambil keputusan, tamatkan kontrak beliau. Percayakah anda, DDJ juga berperanan dalam percaturan ini?? Nantikan siri seterusnya..

Penulis merupakan salah seorang warga UPSI yang cenderung menganalisis campur tangan politik dalam pentadbiran UPSI.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi UPSIkini

Kelantan pesat membangun biarpun didera Pusat

Posted: 27 Sep 2011 03:59 AM PDT

Oleh Lanh

BIARPUN Kelantan dinafikan peruntukan projek rumah awam kos rendah (RAKR), namun industri pembinaan di negeri ini terus berkembang.Tentunya ramai tidak menyedari sejak 1990 sehingga sekarang sejumlah RM91.6 juta peruntukan projek RAKR dinafikan terhadap Kelantan.

Peruntukan tersebut disediakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-6 sehingga RMK-9. Sedangkan negeri-negeri di bawah teraju BN peruntukan diterima setiap tahun.Apakah ini yang dinamakan 1Malaysia atau Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan?

Di satu sudut rakyat Kelantan didera dan di penjuru lain pula Serambi Makkah dicerca.Biarpun disisih atau dianaktirikan, namun kerajaan Kelantan tidak pernah putus ikhtiar.

Projek perumahan untuk rakyat masih mampu dilaksanakan dengan kederat yang ada.

Peranan itu antaranya dipikul Bahagian Projek dan Hartanah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Bagi melihat dari dekat usaha yang dilakukan Pengurus Bahagian Projek dan Hartanah PKINK, Mohd Shah Ab Kadir berkata, peranan agensi itu menyediakan kemudahan tempat tinggal dan ruang niaga kepada rakyat Kelantan.

"PKINK memastikan kawasan yang sesuai dibangunkan dengan perbandaran tersusun.

PKINK juga berperanan mencadangkan kepada kerajaan negeri bagi mengambil balik tanah sekiranya didapati ada kesesuaian dibangunkan.

"Sekiranya pemilik tanah bersedia menjualnya, tidak perlu kepada Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi membangunkan lokasi tersebut," katanya.

PKINK mempunyai empat anak syarikat yang terlibat secara langsung dengan projek pembinaan.

Paling dikenali Binaraya PKINK Sdn Bhd. Ia memang tidak asing lagi di Kelantan.

Hampir seluruh jajahan terdapat projek perumahan yang dikendalikan Binaraya.

Antara projek yang telah siap dibina adalah pembinaan rumah teressebanyak 80 unit di Taman Kifayah Binaraya Fasa 2 Jeli melibatkan kos hampir RM8 juta.

Selain itu, pembinaan rumah teres dua tingkat sebanyak 28 unit di Desa Mardhiah Binaraya Mukim Panchor, Pengkalan Chepa membabitkan kos lebih RM5 juta.

Syarikat pemaju hartanah kedua milik PKINK iaitu Profil Impian Sdn Bhd. Syarikat terbabit membangunkan 50 unit rumah teres dua tingkat fasa 4B di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa membabitkan kos lebih RM10 juta.

Sinaran Pantai Timur Consortium Bhd pula terbabit membangun rumah kedai di kawasan bebas cukai di Rantau Panjang. Projek tersebut meliputi rumah kedai tiga tingkat, Bazar Abdul Rahman Auf dan cadangan membina hotel. Kompenan perniagaan itu dibangunkan di kawasan seluas 10 ekar.

Pembinaan hotel akan dilaksanakan dengan usahasama syarikat swasta lain.

PKINK juga memiliki SPP Development Sdn Bhd. Syarikat tersebut menyiapkan projek perumahan di Taman SPP Permai, Kota Warisan Fasa 2 dan Taman SPP Indah.

"Agak membanggakan pada ekspo hartanah pada 2009, SPP mencatat jualan sehingga RM3.5 juta dalam tempoh empat hari.

"Syarikat berkenaan juga sedang menumpu perhatian kepada pembangunan di Pantai Cahaya Bulan, Jalan Sri Cemerlang, Mukim Apam, Pasir Mas dan Bandar Baru Tunjung," kata Mohd Shah.

Selain tumpuan kepada projek perumahan, sebuah lagi syarikat milik PKINK iaitu Kelkon Sdn Bhd terbabit dengan projek berskala lebih besar. Kelkon membina bangunan sekolah, pejabat kerajaan, jalan, jambatan dan perumahan.

Anak syarikat kepada Kelkon iaitu Kijang Kuari Sdn Bhd dan Kelmix. Manakala Prokel Management Sdn Bhd pula bertanggungjawab mengurus bangunan milik PKINK.

Mohd Shah berkata, PKINK merancang membina perumahan di Mukim Apam, Pasir Mas sebanyak 820 unit di kawasan seluas 80 ekar.

Projek fasa 1 sebanyak 400 unit meliputi pembinaan rumah teres, rumah kedai, banglo berkembar dan rumah kos rendah.

"Kerja-kerja menambun tanah sedang dijalankan sekarang. Projek itu kemungkinan besar akan dikenali sebagai SEDC Perdana.

"Kedudukannya begitu strategik kerana tidak jauh dari projek Halal Park dan sekolah integrasi. Lokasinya juga tidak jauh dari projek bandar baru Pasir Mas yang sedang dibangunkan sekarang," kata Mohd Shah.

Di Tanah Merah PKINK dengan kerjasama syarikat swasta, Pasir Puteh Development Corporation (PPDC) membangunkan Taman Barakah mengandungi 750 unit rumah teres.

Terminal bersepadu di Tunjung Bercakap mengenai perancangan jangka panjang Mohd Shah memberitahu PKINK sedang merancang membina terminal pengangkutan bersepadu di kawasan seluas 30 ekar di Bandar Baru Tunjung.

Katanya, kerja-kerja pengambilan tanah sedang dijalankan sekarang dan dijangka projek itu dimulakan tahun hadapan.

Projek berkenaan bakal mengandungi lot parkir bas dan teksi, rumah kedai, hotel, kondominium dan masjid. Anggaran kos pembangunan sebanyak RM522 juta akan dibangunkan secara usahasama dengan syarikat lain."

Projek itu dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar Kota Bharu. Bas ekspres tidak perlu lagi masuk ke kawasan bandar. Perkhidmatan bas bandar akan disediakan untuk ke pusat bandar," ujarnya.

Berdasar kepada perkembangan pesat sekarang, Mohd Shah menjelaskan Kota Bharu hari ini sudah jauh berubah. Kepesatan urbanisasi berbeza berbanding 20 tahun lalu.

Oleh itu, ramai menolak tanggapan sesetengah pihak yang mengulangi skrip lama dengan dakwaan Kelantan tidak membangun. Biar pun didera, teraju di bawah ulama mampu bingkas, meninggalkan Umno dengan seribu mimpinya.

Panas! Blog Umno Laknat Gelar Ustaz Azhar Sebagai Ustaz Bodoh

Posted: 26 Sep 2011 07:00 PM PDT

Ustaz Azhar Idrus - Ustaz Bodoh



Ustaz bodoh ini pandai kutuk Najib tetapi dia lupa bahawa Pas menjunjung Nik Aziz, Nik dilabelkan sebagai tuan guru, Pas juga mengangkat Anwar takut akan Anwar dan takut akan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng...

Bodoh punya ustaz daripada tentera ahzab....sesiapa yang kerap mengikuti ceramah ustaz bangap ni nescaya akan rosak iman dan akidah. Ini ustaz politik balacai Dap kapir harbi


ni la umat islam umno belaan umno. bila dah mati akal nak berhujah mula la hina dan kutuk alim ulama. sebenarnya orang yang cakap ustaz azhar bodoh, 2 kali lagi bodoh!

udah la blog umno, cium bontot rosmah mesti depa cakap wangi.

hihihi

Gambar: Antara Bas Yang Dinaiki Najib Rosmah Dengan TG Nik Aiz. Jom Cari Perbezaan

Posted: 26 Sep 2011 04:00 PM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/s720x720/166905_10150231692399567_594749566_6617481_1352432825_n.jpg

tolong pangkah kat gambar kalau korang jumpa perbezaanya ok!

cakk!

Tiada ulasan: