[PANAS] Najib Mahu HAPUSKAN Kuota 30% BUMIPUTERA, Di Mana Suara Penyokong Tegar UMCO?? Posted: 27 Sep 2011 04:57 AM PDT
[MK] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata bahawa kerajaan sedang mencari jalan untuk melupuskan sistem kuota dalam membina kapasiti bumiputera kerana pendekatan itu tidak mencapai tujuan ia diperkenalkan.
Sebaliknya, Najib berkata, kuota ekuiti 30 peratus itu hanya menghalang usahawan bumiputera daripada mempertingkatkan kemampuan mereka.
"Kami mahu menghapuskan kuota tetapi kami akan menyokong ia (usahawan bumiputera) berkembang.
"Jika kita adakan kuota, mereka akan hanya berpuas hati dengan kejayaan itu dan tidak akan mendapatkan kepakaran bagi menguruskan perniagaan mereka," katanya.
Menjawab soalan daripada hadirin semasa sesi soal-jawab Forum Megatrends Khazanah 2011 di Kuala Lumpur, Najib berkata penetapan kuota "tidak membawa apa-apa makna".
"(Usahawan bumiputera) akan menjual saham-saham mereka apabila harga tinggi dan hanya akan tinggal peratusan kecil daripada jumlah yang diperuntukkan untuk bumiputera (dalam pegangan mereka)," katanya.
Oleh itu, perdana menteri berkata kerajaan akan menggunakan pendekatan berlainan dalam tindakan afirmatif bagi mengesan bumiputera yang cekap, teruji dan boleh berjaya serta menyokong mereka supaya akan lebih berdaya saing.
"Kami telah mengenal pasti lebih daripada 1,000 syarikat melalui Teraju, dan kita akan melihat bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat ini menjadi lebih besar dan lebih maju," katanya, merujuk kepada agensi kerajaan yang ditubuhkan bagi menyelia hal-ehwal ekonomi bumiputera.
Katanya, dengan menyokong "bumiputera bijak", bukan sahaja akan memperkembangkan bakat dalam masyarakat itu tetapi juga mengelakkan bantahan daripada rakan-rakan bukan bumiputera mereka.
Najib, yang juga Presiden Umno, berkata sudah tiba masanya kerajaan beralih daripada budaya "mengenali seseorang" (know who) kepada budaya "tahu melakukannya" (know how) dalam masyarakat.
"Tindakan afirmatif akan berasaskan lebih dan lebih lagi pada meritokrasi.
"Pendekatan baru ini diharapkan dapat membina satu kelas baru usahawan bumiputera yang lebih berdaya tahan dan boleh berjaya dalam jangka masa panjang," katanya. Najib sebelum ini telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi dari kuota berasaskan kaum melalui Model Ekonomi Baru (MEB), tetapi menerima tindak balas negatif daripada kumpulan-kumpulan berkepentingan kaum.
P/s: Bukan PKR dan DAP yang melacurkan hak Melayu, dari dahulu hingga sekarang, semuanya dilunyaikan oleh UMCO! Itu satu hal!
Satu hal lagi, di mana profesor kang kung? Di mana Perkosa? Di mana NGO Melayu Islam? Di mana orang UMCO yang siang malam menjerit "Melayu"? Di mana ahli akademik pengampu? Di mana golongan elit dan bangsawan Melayu? Di mana...
Habis terburai semuanya angkara UMCO/Najib!
Satu hal lagi, jika Najib semakin berani dengan program transformasinya, maka nyawanya sebagai Presiden UMCO dan PM Malaysia tentu semakin pendek. Semakin hebatlah gerakan menyingkirkannnya daripada parti dan kerajaan.
Satu hal lagi, DCM mencadangkan kepada ahli parti UMCO agar menyertai DAP dan PKR kerana kedua-dua parti yang dianggap anti-Melayu ini belum lagi menyentuh dan memburaikan hak Melayu. Ada? Mana bukti? Yang pasti sejak 1957, semuanya terburai kerana peranan UMCO!
Satu hal lagi, berita ini sudah tentu tidak akan keluar di TV3 suku, Utusex dan media yang sewaktu dengannya!
|
Pemberian Status PR Mismah Bertentangan dengan Peraturan Imegresen, Layakkah Dia Dapat Kewarganegaraan? Posted: 27 Sep 2011 01:20 AM PDT
Saya petik: [HD] KUALA LUMPUR - Pemuda PAS mohon agar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad menjawab isu Mismah yang mendapat status penduduk tetap kepada rakyat Malaysia.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat juga memohon agar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said memberi jawapan kepada rakyat Malaysia bagaimana Mismah yang mendapat status PR daripada Jabatan Imigresen tidak sampai satu tahun boleh diterima sebagai warganegara Malaysia pada 31 Januari 2011.
"Bukankah Mismah sudah melanggar peraturan Jabatan Imigresen? Apakah beliau layak untuk menjadi warganegara?" soalnya dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk laporan Utusan Malaysia pada 23 September 2011, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad telah membuat ulasan mengenai tuduhan rakyat Bagladesh mendapat status Penduduk Tetap atau Permanent Residen (PR) di negara kita.
Kenyataan beliau adalah seperti berikut:
''Peraturan Imigresen sedia ada tidak membenarkan pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara untuk memohon PR di negara ini."
"Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR".
"Permohonan turut dibuka untuk kumpulan pelabur, pakar serta golongan profesional yang diperakukan oleh agensi kawal selia."
Justeru, Pemuda PAS berpendapat bahawa kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen adalah merujuk peraturan di jabatan tersebut seperti yang terdapat dalam laman berikut : http://www.pinoy-abroad.net/img_upload/9bed2e6b0cc5701e4cef28a6ce64be3d/Guide_to_Permanent_Residency__Malaysia_.pdf
Dalam peraturan yang terdapat dalam Jabatan Imigresen memberi syarat bahawa mereka yang memohon PR hendaklah memiliki entry permit dan telah tinggal di negara ini selama 5 tahun.
Kumpulan yang berkelayakan untuk mendapat entry permit adalah seperti kumpulan profesional, anak kumpulan profesional di bawah enam tahun, isteri kumpulan profesional, mempunyai kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri atas kepentingan ekonomi negara, anak bagi warganegara yang berumur bawah enam tahun dan kes-kes khas.
Kata Suhaizan, Pemuda PAS ingin merujuk kes Mismah yang disiarkan pada 12 dan 14 Ogos 2011 oleh akhbar Sinar Harian.
Mismah atau nama sebenarnya adalah Nismah Binti Naim, 47, berasal daripada kepulauan Bawean, Indonesia.
Suami beliau bernama Mawasi Bin Mawardi, 51, juga mendapat status Penduduk Tetap.
Mismah masuk negara kita pada tahun 1982 sebagai buruh binaan. Pada tahun yang sama iaitu 17 Julai 1982 Mismah sudah mendapat satus PR.
Menurut Suhaizan, ini memberi maksud bahawa tidak sampai satu tahun Mismah tinggal di negara ini beliau sudah memperolehi status PR.
"Kes Mismah ini bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad yang menyatakan bahawa hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR," katanya.
Pemuda PAS, tambahnya berpendapat bahawa terdapat kemungkinan 4 perkara yang bertentangan dengan peraturan Jabatan Imigresen dalam kes Mismah mendapatkan status PR iaitu Mismah bukan seorang profesional, suami Mismah bukan seorang warganegara, suami Mismah bukan seorang profesional dan Mismah hanya tinggal tidak sampai satu tahun di negara ini.
"Mismah ini hanyalah satu kes contoh sahaja. Pemuda PAS sangat khuatir berkenaan pemberian status PR kepada ribuan warga asing dalam negara ini," ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.
Beliau berkata, pemberian hak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak dan bertujuan untuk kepentingan parti politik tertentu adalah suatu pengkhianatan kepada negara.
Tegasnya, Pemuda PAS akan terus mendedahkan kepada rakyat Malaysia berkenaan manipulasi dalam pilihan raya khususnya yang berkait dengan daftar pemilih dan undi pos.
P/s: Penerangan dann penjelasan JPN dan Imigresen tentang status kerakyatan Mismah yang dilontarkan/dibangkitkan oleh jurublog dan portal pro-PR, pada mulanya agak meyakinkan, dan sudah tentu menjadi modal besar jurublog pencacai. namun apabila diselidiki rupa-rupanya ada perkara yang tidak kena. Kata orang sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, samalah sepandai-pandai orang menggebang, akhirnya...sambung sendirilah!
|
[Wajib Lihat] Najib dan Lim Guan Eng: Antara Dua DARJAT2 Posted: 26 Sep 2011 11:58 PM PDT P/s: Siapa yang berjiwa rakyat? |
[Wajib Lihat] Najib dan Nik Aziz: Antara Dua DARJAT Posted: 26 Sep 2011 09:30 PM PDT | Sumber gambar: FB TG Datuk Nik Aziz |
P/s: Perlu ulas? Tak perlulah kan? Lihat dan nilai! |
Remaja 16 Tahun "Dikendurikan" 8 Jantan Lahanat Posted: 26 Sep 2011 08:10 PM PDT
Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berusia 16 tahun berdepan detik ngeri apabila dirogol lapan lelaki tidak dikenali secara bergilir-gilir di Kampung Nelayan, Klang, dekat sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalan pulang ke rumahnya selepas bersiar-siar seorang diri sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya menunggang motosikal.
Menurut sumber polis, mangsa bagai dipukau apabila hanya mengikut kehendak lelaki itu dan kemudian dibawa ke sebuah kedai makan. Sebaik selesai menikmati makan malam, mangsa dibawa ke sebuah rumah di kawasan berhampiran.
"Ketika itu mangsa berada dalam keadaan separuh sedar. Mangsa terkejut apabila melihat lapan lelaki mengelilinginya sebelum menyuruhnya membuka pakaian.
"Mangsa pada mulanya menolak pelawaan itu, namun akhirnya mengalah selepas diugut akan dicederakan," katanya di sini, semalam. Sumber berkata, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir. "Selepas selesai, salah seorang daripada mereka menghantar mangsa ke sebuah stesen minyak di Pendamar Indah Dua, kira-kira jam 2 pagi," katanya. Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan di Balai Polis Klang sejurus kejadian. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
P/s: Berdasarkan berita "Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalan pulang ke rumahnya selepas bersiar-siar seorang diri..". Budak perempuan ini memang mencari nahas!
|
Susulan Gadis Dibakar di Ampang, Pelajar IPTA Dihadapkan ke Mahkamah Posted: 26 Sep 2011 07:38 PM PDT | DIDAKWA BUNUH KEKASIH...Pelajar IPTA, Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ampang, Selangor selepas didakwa membunuh seorang pelajar wanita yang juga kekasihnya, Nurul Awathif Mohd Shakir. - BH/Foto Ahmad Irham Mohd Noor |
Saya petik:
[HM] AMPANG: Seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang pelajar perempuan, dua minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Khairi Nor Aziz, 19, yang kelihatan bingung dan muram hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Karimah Wan Md Ab Ghani. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai kemeja-T coklat dan berkopiah hitam.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Khairi didakwa membunuh Nurul Awathif Mohd Syakir, 19, di rumah No B-119 Apartment Sri Wira, Jalan Ukay Perdana 2, Taman Ukay Perdana, dekat sini, antara jam 9 malam pada 4 September 2011 hingga jam 2.15 pagi pada 5 September 2011. Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum manakala tertuduh diwakili peguam Zamani Dolmat.
Mahkamah menetapkan 8 November ini untuk sebutan semula kes.
|
[Gambar] Peragut Kena BELASAH! Posted: 26 Sep 2011 05:43 PM PDT
Saya petik: Saya petik: [HM] JOHOR BAHRU: "Menyedari tindakan peragut saya memecut motosikal mengejarnya sebelum menendang motosikal lelaki itu dari belakang menyebabkan kami berdua jatuh ke jalan raya.
"Akibatnya, peragut terbabit gagal bergerak kerana dihempap motosikalnya lalu saya mencapai beg tangan dan lari ke restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan," kata mangsa ragut, Cindy Tan, 52, di Jalan Maju, Taman Pelangi, semalam.
Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Cindy menunggang motosikal Yamaha Ego berseorangan dalam perjalanan ke sebuah premis percetakan kad nama di lokasi berkenaan apabila menyedari diekori seorang lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Menurut Cindy, setiba di lokasi kejadian lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri dan meragut beg tangannya yang diletak di dalam raga motosikal sebelum cuba melarikan diri.
"Saya tidak rela membiarkan wang diperoleh hasil kerja keras dirampas begitu saja oleh peragut dan kerana itu saya memberanikan diri melawan," katanya yang bertugas sebagai jurujual barangan perubatan di sebuah syarikat swasta di Singapura.
Orang ramai yang melihat kejadian serta pelanggan restoran segera keluar dan menahan pemuda itu sebelum diserahkan kepada polis.
Bagaimanapun, sebelum itu, orang ramai yang berang dengan peragut terbabit bukan setakat mengikatnya malah turut ditumbuk serta ditendang hingga berdarah, Polis yang tiba tidak lama kemudian menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.
Menurut Cindy, ia adalah pengalaman ragut kedua berlaku terhadapnya dengan kali pertama pada 2005 di Taman Megah Ria.
"Pengalaman pernah diragut ketika menunggang motosikal enam tahun lalu menyebabkan saya nekad mengejar peragut terbabit," katanya.
P/s: PADAN MUKA! Saya katakan begitu kerana peragut ini rata-ratanya golongan muda yang sihat wal afiat. Mereka mampu melakukan sebarang kerja halal untuk menampung hidup. Mungkin kerana malas, tidak mahu badan dibasahi peluh, mereka memilih untuk melakukan jenayah ragut yang kadang kalanya meragut nyawa mangsa. Walaupun tindakan masyarakat yang membelasah peragut ini tidak wajar, namun saya tetap ingin mengatakan PADAN MUKA kepada si peragut.
Semoga menjadi pengajaran kepada yang lain!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan