Biaqpila |
- Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! TERUTAMA KAUM WANITA
- AWEK NAIK MOTOR PAKAI SELUAR DALAM
- KONDOM DALAM BEG SEKOLAH ANAK GADIS
- Najib tak 'cool'
Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!! TERUTAMA KAUM WANITA Posted: 22 Sep 2011 06:00 AM PDT Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti apa yang ingin diberitahunya. Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dalam kereta dan bersembunyi di kerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis.Wanita tersebut terus menjadi takut dan secara tiba-tiba pintu keretanya terbuka.Kelihatan seorang lelaki telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! Jadikan amalan : 1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!. sumber: fb KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
AWEK NAIK MOTOR PAKAI SELUAR DALAM Posted: 22 Sep 2011 01:00 AM PDT DEY MACHA!!! NI LA BUKTI TANAH MELAYU TAK PERNAH DIJAJAH SAMPAI LA NI DAH JADI MALAYSIA PUN KITA TAK PERNAH DIJAJAH KAH! KAH! KAH! YANG DOK SAMBUT MERDEKA TIAP TAHUN TU BUKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN ITU PESTA MUDA-MUDI KAH! KAH! KAH! HEBATNYA PAKAIAN BANGSA KITA LEBIH HEBAT DARI BANGSA PENJAJAH KAH! KAH! KAH! credit to tubelawak pix KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
KONDOM DALAM BEG SEKOLAH ANAK GADIS Posted: 21 Sep 2011 09:00 PM PDT HULU SELANGOR: Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya. Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya. Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan. Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan. Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam. Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit. "Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah. "Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa," katanya. Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan. HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 21 Sep 2011 05:20 PM PDT Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'cool'. Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah. "Najib pilih untuk berundur sebelum bertempur. Ini tidak 'cool'. "Najib hari ini mahu ketepikan sepina kami untuk jawab di mahkamah. Perkembangan ini tentunya kurang menyenangkan kerana pada peringkat awal, Najib berkata dia akan hadir sekiranya disepina. Tetapi sekarang beliau tak mahu hadir pula," kata Anwar. Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah. Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina. "Saya tidak tahu apa sebab. Najib kata beliau tidak terlibat. Semua orang tahu beliau ada berjumpa dengan Saiful (pengadu) sebelum ini dan beliau juga ada menghubungi polis. Itu penting bagi kita, maklumat dan keterangan mengenai penglibatan Najib," kata Anwar. Najib sebelum ini dihambat kontroversi apabila tindakannya berjumpa Saiful Bukhari Azlan sebelum pengadu membuat laporan polis terhadap Anwar pada tahun 2008. Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan