DUNIACACAMARBA |
- [Video] Isu Hantu Bonceng: Anda Pilih Pandangan JAKIM atau Ustaz Azhar Idrus?
- [Video-Wajib Tonton] Pengesahan Ribuan Nelayan Bugis Menjadi Warga Malaysia, Pengundi UMCO!
- Budak 16 Tahun UGUT Lelaki dengan PEDANG Kerana Kemaruk Cinta
- Ingat Kes Gadis Dibakar Di Ampang? Suspek Cuba Perkosa Mangsa Sebelum Bunuh dan Bakar
- [PANAS] Tiga Buah Pulau MALAYSIA Bakal DIJUAL, Penduduknya DIHALAU?
- Drama Liwat II: Pakar DNA Dr McDonald Pertahan KREDIBILITI Selepas "Diserang" Pendakwa Raya
- [Wajib Baca] Drama Liwat II: Malaysia CIPTA Sejarah dalam Bidang Forensik Jenayah
[Video] Isu Hantu Bonceng: Anda Pilih Pandangan JAKIM atau Ustaz Azhar Idrus? Posted: 22 Sep 2011 09:41 AM PDT TM/DCM ada menonton filem kontroversi ini semasa menghadiri majlis rumah terbuka rakan baru-baru ini. Ceritanya biasa-biasa sahaja, walaupun khabarnya memungut hampir RM9 juta. Ringkasnya, tidak menarik pun. Cuma, tatkala orang kecoh fasal dialog pelakonnya yang dikatakan mencemuh dan menghina Nabi dan kalimah Syahadah, saya terlepas dengar dialog itu, walaupun ada menonton babak itu sambil berbual-bual dengan rakan-rakan. Kita lupakan dahulu bab itu, kerana orang yang lebih arif layak mengulasnya. Saya cuma mahu membangkitkan beberapa perkara yang menimbulkan rasa kurang senang di hati. Pengarah filem ini mendakwa bahawa filem ini berisi pengajaran dan mesej yang baik untuk penonton. Namun, watak ADIK USTAZ yang siang SEKSI, ke surau TUTUP LITUP, dan kemudian SEKSI semula bukanlah gambaran yang baik. Bayangkan ustaz yang mendidik dan memberikan panduan kepada orang ramai GAGAL mendidik adik sendiri? Malah ada ditunjukkan pada babak-babak akhir lelaki melentokkan kepalanya pada badan si adik tatkala si ustaz sedang membantu watak yang dilakonkan oleh zizan yang kononnya terkena nasi kangkang. Selamba betul ustaz, melihat lelaki berbuat aksi begitu pada si adik? Bukan setakat itu, biarpun di mulut para pelakon asyik dengan kalimah alhamdullilah, subhanallah, astaqfirullahalazim, namun perlakuan watak-watak tidak menggambarkan seseorang yang sering menuturkan kalimah-kalimah tersebut. Paling pelik, mereka TINGGAL SERUMAH dengan perempuan bukan muhrim. Walhal jika skrip menggambarkan watak tersebut mahu menolong gadis malang, ada cara lain yang boleh dilakukan, misalnya mereka mencari rumah sewa atau menumpangkan gadis itu di rumah kenalan wanita. Ada juga pengguna internet membangkitkan soal pemakaian baju yang ada tanda salib, mempermainkan azan, dan sebagainya. Menyentuh soal dialog yang dikatakan menghina Nabi dan kalimah syahadah, JAKIM seperti yang dipetik oleh Bernama menyatakan bahawa dialog itu tidak mempersenda Nabi. Saya petik:
Saya tidak bersetuju dengan pandangan di atas, walaupun hujah itu boleh diterima. Kalau dilihat pada pengucapannya, dialog itu kelihatan menghina nabi dan Syahadah. Biarpun pelakonnya sudah menjelas bahawa dia tiada niat untuk menghina, namun dialog itu tetap mengelirukan. Mengapa perlu ada dialog begitu? Tidakkah penulis skrip sedar bahawa ayat itu boleh mengundang fitnah dan menghina syahadah dan Nabi? Daripada pendapat Jakim atau empat ulama misteri yang dikatakan oleh pengarah filem ini, saya setuju dengan pandangan Ustaz Azhar Idrus. Penjelasan dan huraiannya tentang isu ini, saya petik daripada Pulakdah!:
Video: P/s: Semoga kita tidak tergolong dalam kelompok manusia yang menghina agama, nabi dan hukum hakam Allah! Kepada pihak yang terlibat, minta ampun daripada Allah dahulu, bukan dengan manusia! | ||
[Video-Wajib Tonton] Pengesahan Ribuan Nelayan Bugis Menjadi Warga Malaysia, Pengundi UMCO! Posted: 22 Sep 2011 08:00 AM PDT
Video: P/s: Apa lagi helah UMCO? -DCM | ||
Budak 16 Tahun UGUT Lelaki dengan PEDANG Kerana Kemaruk Cinta Posted: 22 Sep 2011 07:00 AM PDT Saya petik:
P/s: Bingai! Takziah kepada ibu bapa budak singkat akal ini! | ||
Ingat Kes Gadis Dibakar Di Ampang? Suspek Cuba Perkosa Mangsa Sebelum Bunuh dan Bakar Posted: 22 Sep 2011 06:00 AM PDT Saya petik:
Cerita awal di sini. | ||
[PANAS] Tiga Buah Pulau MALAYSIA Bakal DIJUAL, Penduduknya DIHALAU? Posted: 22 Sep 2011 03:43 AM PDT FUH! LAHANAT! SIAPA memerintah SABAH? LAHANAT! Pemuda PAS hari ini membidas kerajaan negeri Sabah kerana berdiam diri membiarkan tiga buah pulau di pesisiran pantai negeri berkenaan dijual di pasaran antarabangsa, lapor Malaysia Kini. Menurut ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu adalah tidak bertanggungjawab bagi kerajaan negeri memberikan kelonggaran kepada pemilik swasta untuk menjual pulau-pulau itu dan pada masa yang sama, tanpa ragu-ragu mengusir penduduk tempatan dari hak tanah adat (NT) di kawasan pedalaman. Lahirul mempersalahkan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kerana gagal melindungi kepentingan rakyat Sabah dalam penjualan kontroversi tiga pulau - Mengalum, Pandanan dan Montukod - dan melahirkan rasa terkejutnya bagaimana pulau-pulau itu boleh dijadikan milik persendirian. "Pemuda PAS terkejut bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur hanya boleh memberikan kelonggaran kepada beberapa individu tertentu untuk memiliki pulau-pulau itu tetapi pada masa yang sama jabatan itu merampas hak tanah adat," katanya dalam satu kenyataan. "Bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan pulau-pulau merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan?" soalnya. Semalam, pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Osman Jamal mengesahkan bahawa ketiga-tiga pulau itu adalah untuk jualan, seperti yang diiklankan di www.privateisland.com dan bahawa pemiliknya mempunyai hak untuk melupuskan harta yang dimiliki mereka. Akhbar tempatan The Borneo Post memetik Osman sebagai berkata tiada lagi urus niaga membabitkan pulau-pulau berkenaan - yang tegasnya perlu terlebih dahulu melalui pejabatnya untuk pengesahan status hartanah itu. "Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urus niaga penjualan tersebut memandangkan tindakan itu akan mendatangkan kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah. "Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanah air sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperoleh tanah seluas pulau!" katanya. Menurut Lahirul lagi, jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah. "Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan tiga buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing. "Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka," katanya. P/s: Gerombolan penyangak dan sekutu menjual dan menggadai jajahan tanah air ini macam semuanya itu milik persendirian nenek moyang mereka. Singapura, Pulau Batu Putih, tanah KTM Tanjung Pagar, kini 3 buah pulau di Sabah didakwa bakal dijual di pasaran antarabangsa. Anda fikir siapa di belakang individu misteri yang mahu menjual pulau tersebut? Anda fikir individu itu berani menjual pulau itu tanpa mendapat restu kerajaan negeri dan pusat? Siapakah yang bakal mendapat syer dalam penjualan pulau itu? Undilah penyangak-penyangak ini dalam PRU13 untuk mewujudkan Malayworld dan merestui mereka menjual/menggadaikan tanah air sendiri! Jika dakwaan ini BENAR, DCM mengangkat jari tengah untuk gerombolan penyangak ini!!! | ||
Drama Liwat II: Pakar DNA Dr McDonald Pertahan KREDIBILITI Selepas "Diserang" Pendakwa Raya Posted: 22 Sep 2011 03:28 AM PDT Semasa membuat soal balas, pendakwa raya cuba mempertikaikan kredibiliti Dr McDonald sebagai pakar DNA apabila mengungkit kes di mahkamah Australia yang pernah menolak keterangan beliau. Seperti biasa, jurublog pencacai dari lulusan SRP, SPM, sampailah yang ada ijazah perubatan mengulas isu ini bagai nak rak.Namun tohmahan itu dijawab oleh Dr McDonald di bawah ini. Berikut kronologi perbicaraan yang disiarkan di KD: 9.49 pagi: Mahkamah mula bersidang. Ram Karpal Singh mula menyoal balas Dr Brian MacDonald. 9.53 pagi: Dr Brian memberitahu kepakarannya pernah dicabar sewaktu beliau menjadi saksi di Australia. Namun, ia bukanlah berkenaan ujian DNA. Ia adalah berkenaan dengan model populasi, yang bersifat statistikal. Populasi yang dimaksudkan adalah populasi orang asli Barat Australia. 10.00 pagi: Dr Brian menunjukkan kepada mahkamah sijil-sijil beliau. Beliau adalah ahli Fellowship of Human Genetics Society of Australia. 10.26 pagi: Ram Karpal Singh bertanya keada Dr Brian samada situasi beliau yang kali terakhir menjalankan ujian dan analisa pada tahun 2004 menjejaskan kepakarannya. Dr Brian menjelaskan bahawa walaupun beliau tidak menjalanka ujikaji dengan tangannya sendiri, beliau melakukan kerja berkaitan dalam skop yang berbeza. Beliau memberi contoh bagaimana dalam sebuah firma guaman, peguam yang menjadi rakan kongsi dalam firma itutidak semestinya bertugas menjawab telefon di pejabatnya. - DCM P/s: Sebelum serang kredibiliti orang . selamatkan dulu kredibiliti ahli kimia dan makmal sains Malaysia dan sudah tentu kredibiliti diri sendiri! | ||
[Wajib Baca] Drama Liwat II: Malaysia CIPTA Sejarah dalam Bidang Forensik Jenayah Posted: 22 Sep 2011 02:54 AM PDT Saya petik:
P/s: Sudah tidak tahu nak komen apa. Cuba baca komen pembaca MK di bawah ini, menarik:
Kah kah kah! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan