Khamis, 22 September 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


elok benarkah mahathir tua kutuk tak mampos mampos berkediaman berjiran dengan kilang LYNAS...!!!

Posted: 22 Sep 2011 08:57 AM PDT

 

Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata, bantahan oleh beberapa pihak mengenai pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi milik Lynas Corp. Ltd. di Gebeng, Pahang lebih bersifat politik bagi menjatuhkan kerajaan.

Katanya, sungguhpun banyak kajian telah dilakukan terhadap tapak pembinaan kilang tersebut termasuk oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang tidak menemui sebarang bahaya radiasi di situ, bantahan oleh penggiat politik dan pencinta alam sekitar tidak tulen akan berterusan.

Bagaimanapun katanya, kerajaan serta pihak pengendali kilang tersebut perlu berhati-hati dengan semua kebarangkalian pencemaran radioaktif.

"Namun kita tidak boleh membiarkan aktivis politik serta para pencinta alam sekitar palsu menghalang kita menikmati hasil ekonomi daripada nadir bumi menerusi cerita-cerita menakutkan yang tidak berasas.

"Walaupun saya masih tidak menyokong pembinaan loji nuklear, saya tidak membantah projek Lynas. Kerajaan tidak perlu takut untuk membenarkan projek itu diteruskan," katanya dalam http://chedet.cc semalam yang dipetik oleh akhbar pencacai Utusan Malaysia.

Elok rasanya bekas Perdana Menteri itu membina rumah atau membeli rumah berdekatan dengan Kilang Lynas kerana beliau begitu yakin bahawa tiada pencemaran radiasi radioaktif di kawasan kilang tersebut.

Jika beliau berbuat demikian mungkin rakyat akan yakin ianya selamat dan tiada keraguan akan timbul, Masalahnya beranikah Mahathit tinggal berjiran dengan Kilang Lynas???

najib atau mahathir lebih jantan atau dua dua jenis manusia pondan...!!!

Posted: 22 Sep 2011 06:29 AM PDT

SELEPAS Mahathir, kini Najib pula diberitakan `kecut' untuk berdepan dengan DS Anwar di mahkamah sebagai Saksi. Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah.

Maka, Blogger murahan papagomo yang selalu terlepas dari undang-undang itu sudah tidak mampu untuk mempertahankan Najib kerana beliau sendiri mungkin terfikir mengapa susah sangat Najib untuk bercakap di dalam mahkamah? Bukankah selama ini kita lihat anak jati Pahang `keturunan Tok gajah' ini begitu hebat bercakap di dalam TV? Siapakah yang bercakap,

"Nanti bila saya dedahkan, ada yang demam...."? Bukankah Najib pernah bercakap begitu? Nah, siapa yang mula rasa mahu demam sekarang?

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah. Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina. Hari ini DS Anwar menyebut Najib sudah `tidak cool' kerana dikatakan enggan menjadi Saksi. Rujuk Malaysiakini.

Susah sangatkah untuk Najib berkata di dalam mahkamah bahawa Saiful datang berjumpanya kerana memohon biasiswa? Tidak susah buat Najib untuk menyebut bahawa saiful datang lagi ke rumahnya dengan tangan sejuk dan terketar-ketar memberitahu bahawa dirinya di liwat. Najib tidak perlu bimbang untuk bersoal jawab dalam mahkamah kerana kes ini adalah kes pertuduhan liwat DS Anwar dan Saiful, bukannya kes pembunuhan Altantuya, ataupun kes komisyen kapal selam mahu pun kes `tragedi di Hotel' Port Dickson. Jadi, takut apanya?

Papagomo di dalam blognya menyebut, perlu apa Najib dipanggil kerana isunya sekarang terdapat air mani di dalam dubur Saiful. Memang betullah, itu lah isunya iaitu kononnya pemuda yang tidak cuci dubur dua hari itu mengadu diliwat. Di antara orang yang awal menerima aduan dari pemuda yang gagah perkasa ini adalah Najib. Maka, relevenlah Najib dipanggil di dalam kes ini. Jika dipanggil Ibrahim Alkataki dari Pasir Mas sebagai Saksi, memang betullah tidak releven.

Masakan Mahkamah mahu membicarakan sesuatu kes hanya menumpukan kepada pertengahan (part) tertentu sahaja? Ianya mestilah bermula kejadian dari A - Z agar jelas kejadian itu berlaku atau pun fitnah mahu pun konspirasi. Jika Najib yakin memang ianya benar-benar berlaku, beliau tidak perlu takut untuk beri keterangan kecuali beliau sendiri tahu `kisah sebenar' sebab itu beliau bimbang disoal jawab.

Sewajarnya Najib hadir ke mahkamah sekurang-kurangnya sebagai warm-up' atau latihan sekiranya beliau bernasib baik' dipanggil ke mahkamah Perancis nanti. Bukankah Allah sentiasa membantu mereka yang benar, maka Najib tidak perlu bimbang untuk menjadi Saksi di dalam kes ini. Kita mahu lihat sekurang-kurangnya Najib lebih `jantan' dari Mahathir

WFAUZDIN NS

Jabatan kimia di cemari UMNOPORNO ...Pakar Kimia Tergamak Bekerja Dalam Makmal Yang Tidak Mempunyai ISO 17025

Posted: 22 Sep 2011 05:58 AM PDT

Dakwa makmal kimia tiada sijil ISO

KUALA LUMPUR - Pakar DNA dari Australia, Dr. Brian Leslie McDonald menegaskan makmal di Jabatan Kimia yang menjalankan analisis DNA dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat sijil pengiktirafan ISO 17025.

McDonald yang disoal balas Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berkata, ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong sebelum ini menyatakan makmal tersebut menjalankan analisis DNA mengikut piawaian yang ditetapkan standard antarabangsa.

Sedangkan tegas saksi keempat pembelaan itu, perkara tersebut tidak benar sama sekali kerana makmal berkenaan tidak pernah mendapat sijil tersebut.

Yusof bagaimanapun berkata, Lay Hong tidak pernah merujuk makmal itu kepada ISO 17025 malah mendakwa, sijil itu tidak penting untuk menjalankan sebarang analisis DNA. McDonald bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat itu.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan supaya sapina yang menghendaki mereka menjadi saksi dalam kes liwat Anwar diketepikan.

Permohonan itu difailkan peguam pasangan itu, Hisyam Abdullah Teh Poh Teik, M. Athimulan, Datuk Salehuddin Saidin dan Datuk Ghazi Ishak.

Anwar, 64, sedang membela diri daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful, 26, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh menyebabkan Anwar dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah bersambung hari ini. -kosmo

Sel Putik Mungkin Bukan Dari Dubur Saiful : Saksi Pakar

KUALA LUMPUR 21 SEPT: Saksi ke empat, konsultan Molekular Genetesis, Dr Brian Mcdonald terus memberi sebab mengapa DNA "lelaki Y" yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan mungkin bukan Anwar.

Brian turut menegaskan kemungkinan bahawa sampel putik yang diberikan kepada pihak makmal tidak diambil dari dubur Saiful.

Ini berikutan katanya pakar kimia Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon mengabaikan prosedur 'differential extraction" dalam ujiannya hingga menimbulkan keraguan DNA yang ditemui mungkin berasal dari sperma sel 'epitelium' (kulit).

“Awak kata DNA dari B10 boleh datang dari sel kulit Saiful sendiri?” tanya Yusof.

“DNA itu tidak memberitahu kita bahawa tiada air mani dari pengadu dari putik kapas,” kata Dr Brian.

Yusof kemudian bertanya balas kepada Brian akan dakwaan bahawa makmal JKM tidak mempunyai akreditasi ketika menjalankan ujian sampel DNA pada tahun 2008.

Katanya berdasarkan piawaian ISO17025 yang dikeluarkan agensi antarabangsa, akraditasi makmal JKM tamat pada 2011.

"Jadi apa isu yang anda cuba timbulkan dengan menyatakan makmal tidak ada akreditasi ketika melakukan ujian pada 2008?" soal Yusof.

Menurut Brian, proses 'differential extraction' perlu dilaksanakan untuk menyingkirkan sel-sel bukan sperma bagi memastikan DNA tersebut benar-benar datang dari air mani seseorang individu.

Justeru sekiranya pengasingan sel berjaya maka penggunaan slaid mikroskop juga perlu untuk memastikan sel sperma dan bukan sperma berjaya dipisahkan sepenuhnya kata beliau.

Namun Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden mencadangkan bahawa slaid tidak perlu digunakan sekiranya kesemua sel tersebut telah diasingkan melalui proses 'differential extraction'.

Beliau turut menunjukkan dokumen kepada mahkamah menyatakan "pencucian" sel epitelium tidak ‘perlu’ dilakukan tetapi hanya ‘dicadangkan’.

“Awak mengkelaskan eksperimen Dr Seah cacat kerana beliau tidak ‘membasuh’ sel epitelium?” tanya Yusoff.

“Saya beri keterangan berdasarkan apa-apa yang diberitahu Dr Seah. Dia kata dia tidak melakukannya,” jawab Brian.

Brian menyatakan pandangan bahawa terdapat dua akreditasi berbeza.

penyapu sial

Rupa-rupanya pakar-pakar kimia Malaysia bekerja di dalam makmal yang tiada ISO 17025, maka dengan itu wujud keraguan di dalam atacara mereka melakukan kerja!

Maka dengan sebab itu jugalah dari awal minggu, telah terdedah "pakar-pakar" berkenaan tidak menjalankan kerja mengikut SOP, malah tidak mengikut kaedah saintifik yang sepatutnya mejadi amalan bagi seseorang yang bergelar atau hendak digelar "pakar".

Pakar dari Australia Dr Brian McDonald dalam keterangannya juga berkata, kesemua ujian DNA perlu ada standard. Ia persoalan mengenai kredibiliti, kredibiliti makmal dan Dr Seah sebagai saintis. Natijahnya, wujud kepincangan-kepincangan di dalam membuat rumusan mengenai DNA lelaki Y yang tiba-tiba dirumuskan oleh mereka sebagai milik Anwar.

jelas wa lagi..."pakar2" tu tak kerja ikut Standard ISO tapi ikut telunjuk amno laknatullah!!!

Standard pakar Malaysia ... mentaliti takat sekolah rendah. Bukan pakar sahaja, tengok saja pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang dilantik. Boleh dikatakan kebanyakan berskandal dan pandai 'jilat' pulak. Integriti, Kredibiliti, Kebolehan, ... setakat ucapan di mulut aja

dubur saiful wajar di bedah siasat....duburnya hanya satu satu di dunia...Sperma Masih Baik Selepas 100 Jam Di dalamnya...!!!!

Posted: 22 Sep 2011 05:17 AM PDT

Dr McDonald: Kes Anwar, kes tunggal di dunia

Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald menyifatkan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana ahli kimia mampu menjumpai DNA dari rektum selepas 56 jam dan ditinggalkan 48 jam lagi secara terbuka, sebagai antara penemuan paling menakjubkan jika keputusan itu boleh dipercayai.

Dr McDonald berkata ia amat jarang sekali berlaku untuk menjumpai sperma selepas 113 jam berada dalam rektum, katanya merujuk kepada satu artikel 1997 yang ditunjukkan kepadanya dua hari lalu oleh pihak pendakwaan.

"Kes itu, bersama-sama dengan kes 1982 (yang sebelum ini menyatakan sperma boleh didapati selepas 65 jam), adalah hanya dua yang pernah didokumenkan. Dalam 99.9 peratus (kes), anda tidak akan dapat mencari sperma selepas waktu sebegitu lama.

"Walau bagaimanapun, kes (Anwar) ini merupakan satu-satunya (yang saya tahu) dalam dunia di mana sperma boleh dikesan selepas 56 jam dan diserahkan kepada ahli kimia dua hari kemudian, di mana anda masih boleh menemui sampel DNA yang baik," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Ramkarpal Singh semasa pemeriksaan-balas hari ini.


Dr McDonald, dua hari lalu bersetuju dengan cadangan yang diajukan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, berhubung penemuan berkenaan berdasarkan artikel yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard.

McDonald berkata sepanjang pengetahuannya dan mengikut beberapa jurnal, DNA yang masih dalam keadaan baik boleh didapati pada sampel yang diperolehi dari rektum selepas lapan jam. -mk

 

penyapu sial

 

Mana mungkin tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 sebagai “masih baik” di kawasan dubur pengadu selepas 100 jam? Ada apa yang istimewa di duburnya? Ada botol kedap udara dan kalis pencemaran atau ada mesin penyejuk beku di dalamnya?

Bahan bukti yang direka-reka tidak mempunyai nilai apa-apa. Di sini kelemahan barisan Pendakwa paling ketara. Samada bahan bukti sebenar itu anda temui, atau anda tidak boleh teruskan tuduhan. Anda tidak boleh dan tidak akan dapat merekacipta bahan bukti. Manakan sama diantara mutiara dengan kaca.

Itu sebab di dalam Islam ada Qazaf. Jika tiada saksi, maka kes digugurkan sekalipun "kejadian itu" munkin berlaku. Islam tertegak dengan kebenaran dan keadilan.

Hanya pendakwa dah ahli kimia Malaysia sahaja yang bersandarkan kepada kes yang "luarbiasa" yang sebenarnya mereka menciptanya sendiri! Itulah hakikatnya.

Persoalannya sekarang, apa nak dibuat dengan Doktor-doktor kat jabatan Kimia Malaysia? Prosedur tak ikut....main hentam saja. Tidak ada etika kerja langsung. Buang saja mereka ni.

Jadinya, kalau ada kes-kes seumpamanya....ada kemungkinan orang yang tak bersalah akan menerima hukuman dengan tidak adil. Ini satu penganiayaan.

Ini baru DNA, belum lagi forensik yang lain.

Tiada ulasan: