Biaqpila |
- PAS HILANG UNDI MELAYU KERANA DAP?
- Live: JEPUN VS MALAYSIA
- KENIKMATAN MEMASUKKAN JARI DALAM LUBANG
- PEMANSUHAN UNDANG-UNDANG ZALIM BUKAN UNTUK MENGUKIR NAMA
- Mat Sabu ditahan sebelum dibebas dengan jaminan polis
PAS HILANG UNDI MELAYU KERANA DAP? Posted: 21 Sep 2011 07:23 AM PDT Rata-rata pemimpin PAS menolak ramalan bahawa PAS akan kehilangan undi Melayu di peringkat akar umbi."Masalah hanya akan timbul sekiranya DAP memperjuangkan isu masyarakat Cina secara keterlaluan. Tetapi DAP tidak begitu," kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.Beliau berkata demikian ketika mengulas ramalan Profesor Dato' Dr Shamsul Amri Baharuddin. Semalam, penganalisa politik tersebut dilaporkan sebagai berkata bahawa kempen DAP yang terlalu memfokuskan kepada undi Cina akan menyebabkan PAS kehilangan undi Melayu di peringkat akar umbi. "DAP menjalankan kempen mengenai urus tadbir baik dan keadilan untuk semua seperti juga PAS dan PKR. "Masyarakat Cina menyokong DAP kerana isu tersebut," jelas Khalid yang juga adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor. Beliau turut menggesa masyarakat Melayu untuk bersatu menyokong gabungan Pakatan Rakyat. "Masyarakat Melayu perlu berada di hadapan dalam menyokong isu yang diperjuangkan seperti masyarakat Cina. Khalid juga yakin bahawa ura-ura keterlaluan DAP akan diputar belit oleh Umno untuk meraih undi Melayu. Kempen "PAS Ganti Umno" Sementara itu, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa turut menolak ramalan Shamsul kerana pendekatan berkempen sudah dipersetujui oleh Pakatan Rakyat. "Pakatan Rakyat telah pun bersetuju secara prinsip dalam kempennya iaitu kedudukan Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan kedudukan raja-raja. kl-today posted from Bloggeroid posted from Bloggeroid |
Posted: 21 Sep 2011 04:10 AM PDT KELAYAKAN OLIMPIK ZON ASIA JEPUN VS MALAYSIA KEPUTUSAN PENUH: JEPUN 2:0 MALAYSIA Klik Di Sini posted from Bloggeroid |
KENIKMATAN MEMASUKKAN JARI DALAM LUBANG Posted: 21 Sep 2011 12:00 AM PDT Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Ohh nikmatnya kalau boleh masukkan jari dalam lubang tu kan. Korang pernah buat tak aktiviti tak elok macam ni? Mesti la pernah kan? Ngeh3. Korang rasa, lelaki ka perempuan yang akan merasa lebih nikmatnya?? Perhh , nampak selera betul dia ni Arghh, nikmatnyaaaaaaaaa masuk lagi, masuk lagi. Nampakk serius jaa bro ni, Hahaha.. Tgh stim laa tuu Turut tidak ketinggalan #Sangat nikmattttttt.. asyrafasnawi KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
PEMANSUHAN UNDANG-UNDANG ZALIM BUKAN UNTUK MENGUKIR NAMA Posted: 20 Sep 2011 09:00 PM PDT TERAS menegaskan bahawa pemansuhan undang-undang yang zalim tidak harus dikaitkan dengan mengungkitkan siapa yang menjadi juara kepada isu ini. Perdana Menteri yang mewakili kerajaan juga bagi pendapat TERAS tidak perlu mendakwa bahawa keputusan itu adalah dari inisiatif kerajaan semata-mata , bukan dari mana-mana desakan pihak yang lain. Pelbagai kelompok yang selama ini telah mengembleng tenaga untuk mendesak ISA di hapuskan tidak harus dinafikan. Malah perhimpunan dan demonstrasi untuk meminta tahanan ISA dibebaskan atau dibicara ternyata tidak diendah oleh kerajaan. Persoalan yang lebih penting ialah memahami bahawa mana-mana undang-undang yang menzalimi hak seseorang individu atau kumpulan sudah semestinya dimansuhkan. Malah undang-undang itu sepatutnya dari awal lagi tidak harus diujudkan tatkala salahguna kuasa yang berkiatan dengan penguatkuasanya kerapkali disalahgunakan. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaanlah yang sepatutnya memastikan tidak ada undang-undang yang menindas rakyat. Jadi ,semada kerajaan yang sedia ada atau kerajaan yang lain , soal memansuhkan undang-undang zalim seperti ISA semestinya adalah tanggungjawab kerajaan. Pokoknya ia tidak perlu menunggu desakan dari rakyat. TERAS memberi perhatin serius bila PM mengumumkan akan ada dua undang-undang baru yang akan diujudkan bagi mengganti ISA . Untuk hal ini MAPIM mengesa pihak kerajaan tidak terperangkap dengan sindrom yang sama apabila undang-undang ISA yang dimansuh hanya bertukar nama semata. ISA bentuk baru akan hanya menghilangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan yang akan dianggap hipokrit. Dakwaan transformasi politik sedang dilakukan hanya akan terbukti jika keseluruhan sistem politik ini dirombak. Ini termasuk antaranya soal reformasi dalam sistem parlimen yang sudah lapuk , tarikh pilihanraya yang seharusnya ditentukan bersama dengan parti pembangkang , peluang samarata dalam penggunaan media awam untuk semua parti politik yang bertanding , syarat laragan tidak membenarkan penggunaan premis pendidikanuntuk berkempen oleh mana-mana parti politik , menguatkuasakan peraturan penggunaan perbelanjaan kempen mengikut had yang dibenarkan. TERAS berpendapat jika transformasi politik hendaklah dilakukan dengan bersungguh maka segala diskriminasi politik seperti yang berlaku sekarang hendaklah dihentikan dan amalan federalisme yang sebenar nya diaksanakan. ISA yang telah dikuatkuasakan selama ini sering telah disalahgunakan atas alasan keselamatan awam sebagai sebab untuk menahan individu tanpa bicara. Selama ISA ujud ada sahaja kelompok yang diugut dengan peruntukan yang ada walaupun tidak ada bukti jelas . Bila Dr Mahathir mengatakan ISA tidak terlalu kejam , beliau seolah-olah menghina dan memperkecilkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga mereka yang ditahan. Apakah menahan seseorang tanpa bukti yang jelas terutama hanya kerana menggugat kepentingan politik BN itu bukan suatu penganiyaan yang zalim? Alasan beliau bahawa kali ini Malaysia boleh menegur negara lain seperti Amerika Syarikat kerana menahan orang Islam tanpa bukti di Teluk Guantanamao bukanlah alasan yang kukuh kenapa ISA perlu dimansuhkan. Kuasa besar seperti Amerika memang selama ini adalah sebuah negara fasis yang melanggar banyak hak asasi manusia hanya bila kepentingannya tergugat. Tanpa membuat perbandingan seperti itupun ISA yang zalim tidak harus ujud. Persoalan sekarang ini penahanan ISA yang selama ini dilakukan, adakah hanya suatu tindakan berwewenang tanpa memikirkan kesan keatas kehidupan mereka dan keluarga mereka. Kata-kata ISA "tidak terlalu zalim" yang digunakan oleh Dr Mahathir adalah sangat tidak wajar kerana suatu kezaliman itu tetap zalim tidak kira bagaimanapun statusnya. TERAS mengesa pihak kerajaan perlu menimbangkan perkara berikut ketika menggubal undang-undang baru: 1. Perbahasan yang terperinci hendaklah dilakukan dengan semua pihak untuk mempertimbangkan semua pandangan dari publik. 2. Semua bekas tahanan ISA yang jelas tidak melakukan kesalahan hendaklah dibayar pampasan. 3. Kuasa mutlak untuk menahan seseorang atas nama keselamatan awam oleh Menteri Dalam Negeri hendaklah dimansuhkan. 4.Prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah hendaklah dipertahankan dalam sebarang undang-undang. 5. Saranan SUHAKAM dari semua jenis aduan yang diterima berkaitan dengan pelanggaran hak asasi manusia oleh mana-mana pihak berkuasa perlu diambilkira dengan bersungguh. .. 6.AUKU hendaklah dimansuhkan . Mohd Azmi Abdul Hamid Presiden TERAS yusofembong KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Mat Sabu ditahan sebelum dibebas dengan jaminan polis Posted: 20 Sep 2011 04:21 PM PDT Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub (kiri), berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil. Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah diTasek Gelugor pada 19 Ogos lalu. "Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya pada sidang media di Georgetown. “Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan,” katanya. Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British". Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali. |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan