Rabu, 21 September 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


Umno beri hak mengundi kepada ribuan nelayan Indonesia

Posted: 21 Sep 2011 03:15 PM PDT

SEBELUM ini heboh cerita tentang pemberian warganegara kepada lebih 600,000 pendatang asing di Sabah, yang didedahkan oleh Wikileaks sebagai balasan mengundi Barisan Nasional [Wikileaks]

Malaysiakini turut menyiarkan satu lagi pendedahan wikileaks berhubung pengakuan bekas pengerusi SPR tentang pemberian lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pendatang asing [IC Palsu].

Apa yang lebih menarik, salah sebuah stesen TV berpengaruh Indonesia, SCTV di dalam laman sesawang rasminya pernah menyiarkan satu laporan pada 25 Ogos 2005 bahawa parti terbesar Malaysia, Umno telah memberikan hak mengundi kepada ribuan nelayan bugis di Sabah yang berasal dari Indonesia [SCTV]

Apa nak dikata? Bangkai gajah, manakan mampu ditutup dengan tudung saji.

ReJaM© "Negara digadai di depan mata, pemimpin berdengkur mengidam kuasa..."

Najib Elak Di'Sapena' ! Bukankah Najib Tahu Semua ?

Posted: 21 Sep 2011 06:49 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dijangka memfailkan permohonan untuk menolak sepina yang mewajibkan mereka untuk tampil sebagai saksi pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung. 
Menurut sumber yang memaklumkan Malaysiakini, pasangan itu akan memfailkan permohonan mereka pada hari ini. Butiran mengenai permohonan itu setakat ini tidak jelas. Masa mereka akan memfailkan permohonan itu juga belum diketahui.-mkini 
Kenapa Najib mengelak dari di'sapena' ? 
Najib pernah berkata yang dia tahu semuanya ketika diajak berdebat oleh Anwar Ibrahim, jadi ini adalah peluang untuk dedahkan apa yang Najib tahu di mahkamah. Mengapa peluang sebegini tidak digunakan oleh Najib? Rosmah pula, sampai hari raya ke-19 pun masih lagi buat ucapan raya di tv, tapi untuk hadir ke mahkamah tidak berani. 
 
Najib dan Rosmah terlibat secara langsung kes liwat ini kerana Saiful telah berjumpa Najib dan Rosmah dua hari sebelum diliwat. Mari kita imbas kembali peristiwa serba pelik ini.
 
Pada 24 Jun 2008 Saiful telah berjumpa dengan DS Najib dan isterinya DS Rosmah melalui Mumtaz Jaafar. Kemudian Saiful diberi panduan untuk menghubungi KPN melalui telefon. Pada 25 Jun 2008 pula Saiful berjumpa dengan SAC Rodwan sebanyak dua kali di Hotel Concorde dan Hotel Melia. Akhirnya pada 26 Jun 2008 Saiful yang bertubuh sasa mendapati dirinya diliwat oleh seorang tua berumur 60 tahun. 
 
Semua maklumat penting ini tertulis dalam buku FITNAH terbitan SAMM. Buku yang wajib dimiliki demi mengimbau kembali bagaimana penentangan menuntut keadilan itu bermula. Dapatkannya dalam entri di sini

Dr.Asri: Pas Kelantan Tidak Bersalah

Posted: 21 Sep 2011 06:45 AM PDT

Pas Kelantan tidak bersalah jika gagal melaksanakan hukum hudud seperti yang dikehendaki sejak 1993 kerana suasana kondusif masih tidak mencukupi selain kuasa Kerajaan Negeri yang terhad.

Sehubungan dengan itu, Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menyarankan kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggiatkan kempen kebaikan undang-undang Islam itu terlebih dahulu bagi mengelak tanggapan negatif masyarakat khususnya bukan Islam.

"Kerajaan Negeri tiada kuasa penuh untuk laksanakan hukum ini.

"Jika dibuat ia akan terdedah kepada eksploitasi dan ini bahaya. Bagi saya Kelantan elok kempenkan keindahan hudud itu dahulu, tidak payah fikir dan buat hudud kerana melaksanakannya bukan bidang kuasa Kerajaan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja "Hudud suatu Perbincangan Tanggapan, Suasana dan Keberkesanan" di seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Kelantan yang dirasmikan Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, jika Pas Kelantan tidak melaksanakan hudud ia tidak melanggar syariat Islam kerana undang-undang itu gagal dibuat disebabkan suasana negeri itu yang tidak kondusif.

"Saya faham perasaan bimbang Menteri Besar Kelantan sebagai pemerintah untuk laksanakan hudud kerana beliau takut disoal Allah kelak, tetapi kuasa Kerajaan Negeri terhad dan ia ditentukan Kerajaan Pusat.

"Jika tidak laksanakan hudud, beliau tidak melanggar syariat Islam kerana faktor-faktor itu. Dalam isu ini ia harus dilihat dalam kerangka lebih luas," katanya.

Menurutnya, hukum hudud memerlukan ijtihad-ijtihad baru sebelum dilaksanakan kerana keadaan masyarakat majmuk di negara ini menyebabkan ia tidak boleh terikat dengan teks lama.

Dalam usaha itu, katanya, kerajaan perlu mempromosikan aspek keadilan dalam pemerintahan, kebajikan rakyat, kesaksamaan dan sebagainya secara habis-habisan supaya masyarakat benar-benar memahami syariat Islam itu.

Dr Asri berkata, Malaysia tidak kondusif melaksanakan hukum hudud setakat ini tetapi usaha ke arah itu perlu dilakukan supaya masyarakat bukan Islam dan antarabangsa mendapat gambaran jelas mengenai hukum berkenaan. -SH

TERKINI!! Pakatan Rakyat Hampir Selesai Pembahagian Kerusi

Posted: 21 Sep 2011 06:42 AM PDT



Pembahagian kerusi antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat hampir muktamad, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada sidang media Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS hari ini, Anwar memberitahu perbincangan di peringkat negeri sebahagiannya sudah selesai dan hanya menunggu laporan untuk tindakan selanjutnya di peringkat pusat.

Menurutnya, tidak timbul bahawa pembahagian kerusi di dalam Pakatan Rakyat menimbulkan banyak masalah.

"Hari ini kita telah berbincang tentang isu pembahagian kerusi dan semuanya telah selesai dan kita minta setiap negeri memberi pandangan kepada jawatankuasa peringkat pusat sehingga akhir bulan ini.

"Tidak benar mengatakan rundingan pembahagian kerusi ini gagal dan kita tidak nafikan bahawa rundingan ini memang mempunyai perbezaan pendapat peringkat parlimen dan dewan undangan negeri, tetapi hari ini selesai serta minta negeri menyatakan laporan untuk pertimbangan peringkat pusat, " jelas Anwar.

Dalam pada itu Setiusaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali juga memberitahu, sebahagian negeri sudah selesai mengemukakan cadangan.

"Sudah ada negeri yang telah selesai mengemukakan cadangan masing-masing dan sekarang dalam pertimbangan peringkat pusat.

"Buat masa ini kita tidak akan mendedahkan negeri mana yang telah selesai, dalam pada itu mana-mana negeri yang tidak mendapat jalan penyelesaian seperti berlakunya pertindihan maka jawatankuasa peringkat pusat akan membuat keputusan," jelas Mustafa.

Sebelum ini terdapat dakwaan mengatakan PAS mahu bertanding di kerusi parlimen PKR yang lompat.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR mendapat kemenangan terbesar di Parlimen dengan 31 kerusi, yang mana Pakatan Rakyat menang di lima negeri dan 82 kerusi Parlimen manakala PAS memenagi 23 kerusi Parlimen.

Blogger Umno gelar Muhyiddin 'anak paria'

Posted: 21 Sep 2011 06:35 AM PDT

Mohd Rashidi Hassan


"DI BAWAH pentadbiran Muhyiddin Yassin, Umno Wilayah (Persekutuan) sudah jadi macam parti mak bapak dia..Dia buat apa dia suka..Kerana dia penyamun besar yang berselindung atas nama nasionalisme Melayu dan Islam..Maka dilantiknya jawatan kanan Umno bahagian bdr tun razak semuanya banduan politik wang."

"Muhyiddin Yassin itu anak paria," tulis Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin yang juga bloger Sang Kelembai dalam laman Facebook (FB) beliau.

Beliau menulis lagi,"16 September 2011 bermula konspirasi hendak menjatuhkan PM Najib oleh Muhyiddin Yassin, dgn perlantikan setiausaha dan bendahari bekas banduan politik wang dan seorang yd diadukan melanggar perlembagaan Umno, maka dengan sendiri Parlimen Bandar Tun Razak yg dinamakan sempena bapa PM Najib dgn mudah akan dimenang oleh pembangkang. Maka Muhyiddin Yasin akan minta PM Najib letak jawatan saperti yg pernah dia lakukan kpd Abdullah Hj Ahmad."

Apa yang ditulis Zaharin menunjukkan politiking dalam Umno memang hebat. Sentiasa panas dan bergolak. Selalunya kemelut dalaman Umno tidak diketahui rakyat kerana ia dapat disembunyikan oleh media tali barut Umno. Bila dibongkarkan satu-persatu mereka kata, ianya hanya ibarat 'ribut dalam secawan kopi.'

Ribut dalam Umno kali ini memang hebat dan tidak dapat dibendung. Ia diluahkan dan didedahkan secara terbuka oleh bloger-bloger dan facebookers Umno. Laman sosial FB menjadi tempat mereka melepaskan geram terhadap seteru politik dalam Umno.

Zaharin begitu berani mengambil risiko menghentam dan mengecam Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin digelar sebagai anak paria, penyamun besar dan perosak Umno. Lebih hodoh lagi, Zaharin yang juga Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak mendakwa beliau ada maklumat bahawa Muhyiddin terbabit hendak menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam tulisannya di laman FB, Zaharin berkata, beliau akan mendedahkan hal tersebut tidak lama lagi.

Zaharin melepaskan geramnya kepada Muhyiddin dipercayai kerana terdapat usaha TPM selaku Pengerusi Umno untuk meletakkan 'orangnya' menggantikan beliau sebagai Setiausaha Umno Bahagian.

Malah dalam laman FBnya, Zaharin terus menyerang Muhyiddin kerana melantik orang-orang bermasalah dan yang jelas terbabit dalam politik wang seperti Dato' Mokhtar Samad dan Amil Salleh di bahagian tersebut.

Menulis mengenai Zaharin bukan bermakna menyokong beliau. Sebab Zaharin memang jenis out-spoken. Dalam posting beliau selalu menyerang PAS dan Pakatan Rakyat. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi 'ulam' beliau.

Saya ketepikan soal serangan Zaharin terhadap Pakatan Rakyat buat seketika. Yang penting sekarang bukan soal Zaharin sebagai penulis dalam blog atau FB. Beliau ada jawatan. Selaku Setiausaha Umno Bahagian dan Setiausaha BN Bahagian, kuasanya agar besar dan berpengaruh. Beliau juga terbabit sebagai AJK Umno Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana itu serangan dan kecaman beliau terhadap TPM memang ada weight yang tersendiri. Sebab apa seorang yang berjawatan sanggup menyerang Timbalan Presiden Umno yang juga Pengerusi Umno negeri? Kata-kata yang dihamburkan pula bukannya kritikan biasa.

Gelaran 'anak paria' terhadap Muhyiddin yang berbangsa Melayu dan beragama Islam adalah sedahsyat-dahsyat gelaran. Jika ada kalangan orang India pun tidak setuju jika ungkapan paria digunakan kepada mereka walaupun ia ada dalam kamus mereka, inikan pula orang Melayu-Islam menerima geralan sedemikian.

'Anak paria' yang dikatakan Zaharin bukan sekadar paria, dia adalah penyamun besar, pembela golongan rasuah dan bermasalah dalam Umno. Lebih dahsyat lagi 'anak paria' itu dituduh merancang hendak menjatuhkan PM kesayangan Zaharin.

Sudah tentu serangan Zaharin terhadap Muhyiddin tidak dapat diterima juak-juak Muhyiddin. Melalui blog Cucu Tok Selampit mereka menyerang Zaharin dan menggesa Umno memecatnya.

Zaharin kata blog tersebut sebagai politikus yang tidak bermaruah. Zaharin dituduh menyerang bekas PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kemudian mencium tangan Abdullah selepas mendapat habuan yang dikehendaki. Gambar Zaharin memeluk dan mencium tangan Abdullah juga disiarkan mereka.

Bloger Umno yang marah dengan Zaharin mendakwa beliau menjalankan politik 'peras ugut'. Zaharin didakwa memeras ugut ahli politik (termasuk TPM), kemudian mereka diminta 'menghulurkan habuan' jika serangan terhadap mereka hendak dihentikan.

Bloger Umno yang tidak puashati dengan kecaman Zaharin terhadap Muhyiddin, terus menyerang beliau dan mendakwa Zaharin mempunyai kelaku yang amat buruk. Kata mereka Zaharin tidak layak menjadi ahli Umno kerana banyak komen-komennya merosakkan Umno.

Membaca komen-komen yang diposting mereka naik tergelak dibuatnya. Macamlah mereka yang duduk dalam Umno suci macam Malaikat Jibril.

Saya tidak perlu cenderung untuk membela sesiapa dalam Umno dalam perbalahan ini. Mereka hendak tuduh, hendak kata apa pun kepada seteru mereka, itu urusan mereka. Hanya mereka sahaja yang tahu dan faham perangai orang-orang Umno.

Yang jelas, tujuan saya mengutarakan isu ini, lebih kepada untuk menyedarkan rakyat dan mendedahkan kepada rakyat, bahawa Umno itu memang hodoh dan teruk. Perbalahan dalaman mereka memang teruk dna tidak mampu dibaiki lagi.

Persoalan yang harus dijawab oleh Umno hari ini bukan soal siapa Zaharin, atau apa buruk baik kelakunya. Yang tidak boleh dinafikan orang Umno ialah, didakwa wujudnya satu usaha yang didalangi Timbalan Presiden Umno untuk menjatuhkan Presiden Umno. Itu isu yang sebenarnya.

Yang menuduh atau membangkitkan isu ini bukan orang PAS. Bukan juga orang Pakatan Rakyat. Yang menuduh Muhyiddin hendak menjatuhkan Najib adalah dari kalangan Umno sendiri. Apa yang dibuat Muhyiddin, siapa penyokongnya dan bagaimana cara beliau hendak jatuhkan Najib, kita tunggu pendedahan dari orang Umno seterusnya.

Cuma yang hendak kita katakan kepada orang-orang Umno-BN, kami dari Pakatan Rakyat, sama ada yang meneraju negara itu Najib atau Muhyiddin, tidak penting bagi kami. Asalkan sahaja nama mereka Umno-BN, kami bertekad akan tumbangkan mereka pada PRU yang akan datang. Insya Allah.

Wikileaks: SPR pernah keluarkan 60,000 IC palsu

Posted: 21 Sep 2011 02:40 AM PDT

abdul rashid abdul rahmanKabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

sabah illegal immigrant"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

mahathir pc 260608 05Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'.

Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.

Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula.

Tutup Kem Kamunting kalau BN ikhlas

Posted: 20 Sep 2011 11:49 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merasakan tindakan Kerajaan Pusat memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini yang turut diulas oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai bertepatan perlu juga mengambil tindakan yang sama secara ikhlas dengan mencadangkan kepada Kerajaan Pusat agar menutup Kem Tahanan ISA Kemunting (Kemta) di Taiping.
"Kami merasakan sudah tiba masanya, Kerajaan Negeri Perak yang mana terletaknya Kemta agar menutup kem tersebut jika benar-benar ikhlas bahawa kekejaman yang sepanjang ini berlaku atas nama ISA turut lenyap jika Kemta ini turut ditutup," kata Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, jika Zambry langsung tidak mengambil tindakan seterusnya, bayangan akta yang sama zalim masih jelas akan di teruskan oleh Kerajaan Pusat pimpinan Umno BN.
Justeru, ujarnya Pemuda PAS negeri menunggu tindakan ikhlas Zambry jika benar BN mendengar tuntutan rakyat dan berkeyakinan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan turut menutup Kemta jika BN masih gagal bertindak menutupnya.
"Kami merasakan ramai pemerhati antarabangsa melihat Kemta adalah satu kawasan hitam yang perlu kita sebagai rakyat Perak bersihkan jika BN masih mengekalkan Kemta di Perak," ujarnya.

MAT SABU SUDAH SAMPAI KE KEMUNCAK MENGHAMPIRI KETOKOHAN DS ANWAR

Posted: 20 Sep 2011 09:39 PM PDT

NAMPAKNYA pengaruh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS sudah semakin menghampiri kehebatan dan pengaruh Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Masakan tidak, selain dari DS Anwar siapa lagi yang pernah difitnah dan diancam sehebat yang berlaku terhadap Mat sabu?

Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya. Video lucah serta rakaman perbualan telefon lucah juga yang kononnya melibatkan Mat sabu telah lama beredar di kalangan masyarakat. Saling tidak tumpah seperti apa yang melanda DS Anwar.

Terbaru, bahagian pagar depan dan lantai halaman rumah Mat Sabu terbakar, dipercayai akibat bom petrol. Ketika kejadian itu Mohamad dan isteri difahamkan tiada dirumah dan hanya disedari anaknya Nurul Huda, 27, selepas dimaklumkan jiran.

Itulah yang dikatakan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh seseorang yang ingin menjadi pejuang. Bukan semua sanggup menerima dugaan sehebat itu. Bayangkan, Tuan guru Nik Aziz juga pernah di cop rasuah, rasuah kek, hinggakan Tuan Guru Nik Aziz ke Mekah pun dikatakan hasil dari rasuah.

Oleh yang demikian, sesiapa yang bersubahat dengan puak-puak kaki fitnah itu wajib menjauhkan diri dan kembali insaf. Politik di dalam negara kita sekarang ini sudah menjadi seperti politik rimba. Tiada lagi menggunakan akal fikiran, jauh sekali ingin menggunakan agama sebagai panduan untuk berpolitik. Bagaimana mahu jadikan agama sebagai panduan kerana sudah ada larangan bahawa orang politik tidak boleh memberi ucapan berbentuk keagamaan?

Tiada jalan lain. Kita kena bersatu dan tumbangkan rejim yang berada di Putrajaya sekarang. Selagi sekutu Apco berada di situ, usah bermimpi negara ini akan bebas dari politik rimba./wfauzdin.blogspot.com

Mat Sabu mengaku tak bersalah

Posted: 20 Sep 2011 09:22 PM PDT

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

azlanBeliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.
Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Kumpul wang
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudiannya menetapkan sebutan kes paad 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.
NONEKetika diminta mengulas, Mat Sabu berkata beliau telah menjangkakan tindakan mahkamah itu.

"Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah.

"Bagaimanapun, oleh kerana ia adalah kes mahkamah, kita akan berdepan dengannya," katanya.

Menurut Mat Sabu, kerajaan mula kehilangan sokongan rakyat, khususnya golongan muda dan terpaksa menggunakan kekerasan dan undang-undang bagi mengurangkan pengaruhnya.

Sementara itu, ratusan penyokong pemimpin PAS berkumpul di luar pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi tadi bagi memberi sokongan.

Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.
NONEMereka kemudiannya secara sukarela mengumpul wang dan menderma bagi mengikat jamin Mat Sabu.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah. -M'kini

Roh ISA Dikekalkan, Tahanan Tanpa Bicara Tetap Diteruskan - Penipuan Darjah Tertinggi

Posted: 20 Sep 2011 05:25 PM PDT

Nazri: Tahanan tanpa bicara akan diteruskan

Amalan penahanan tanpa perbicaraan akan diteruskan walaupun dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan undang-undang pencegahan yang lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut beliau dua undang-undang baru yang bakal diperkenalkan bagi menggantikan ISA akan juga membenarkan penahanan tanpa bicara kerana ia adalah elemen penting dalam usaha memerangi keganasan.

Katanya, Peguam Negara akan berunding dengan ahli parlimen, hakim dan pihak-pihak yang berkepentingan lain di dalam dan juga luar negara kerana menangani keganasan adalah usaha antarabangsa.

"Malah bagi kesalahan jenayah biasa, seseorang boleh ditahan tanpa bicara. Kami namakannya tahanan reman 14 hari, - ia juga merupakan satu bentuk penahanan tanpa perbicaraan," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran bahagian undang-undang, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Menurut Nazri, penahanan dalam keadaan seumpama itu tidak bererti seseorang itu dianggap bersalah.

"Rakyat juga sedar bahawa kita perlu untuk menahan seseorang sebelum boleh dapat mengumpul bukti," katanya.

Walau bagaimanapun, jelasnya, elemen yang sedang diperbetulkan ialah tempoh tahanan yang terlalu lama boleh disifatkan sebagai tindakan menindas.

Sementara itu, bercakap kepada Bernama selepas megadakan dialog bersama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Kuala Lumpur hari ini, Nazri berkata dua undang-undang baru yang akan menggantikan ISA tidak akan digunakan bagi menahan pihak yang berbeza ideologi politik.

azlanKatanya, kedua-dua akta itu akan hanya digunakan bagi mengekang kegiatan pengganas dan ekstremis agama.

Selain itu, pihak yang didapati bersalah di bawah kedua-dua akta tersebut hanya akan ditahan setelah dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa pihak yang mendakwa dua akta baru yang akan menggantikan ISA itu akan mengekalkan ciri-ciri ISA yang didakwa mereka akan menindas tahanan.

Mengulas desakan pembangkang yang mahu bekas tahanan ISA diberi pampasan berikutan pemansuhan akta itu, Mohamed Nazri berkata, ia sewajarnya tidak dijadikan isu kerana mereka ditahan di bawah undang-undang yang sah pada ketika itu.

"Ia berlaku mengikut undang-undang, (jadi ada) tidak perlu meminta maaf dan tidak perlu pampasan. Kenapa perlu persoalkan? Ia sepatutnya tidak jadi isu," kata Nazri.

Pada Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. -M'kini

Mohamad Sabu Ditahan, Bebas Dengan Jaminan Polis Di Pulau Pinang

Posted: 20 Sep 2011 05:23 PM PDT


Pakatan Rakyat menyifatkan langkah pihak berkuasa mahu mengenakan tuduhan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai tindakan bercanggah dengan pembaharuan politik diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Khamis lalu.

Sehubungan itu mereka menggesa pentadbiran Najib menggugurkan tindakan perundangan yang akan dibawa ke atas Mohamad esok.

Petang tadi, Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu (gambar) ditahan untuk diambil keterangan di ibu pejabat kontinjen Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakub dipetik berkata, Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada pukul 7.30 petang tadi.

Mohamad dilaporkan tiba di ibu pejabat kontinjen pada 8.30 malam dan meninggalkan premis itu setengah jam kemudian.

Beliau dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang bulan lalu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata apa yang diperkatakan oleh Mohamad mengenai isu tersebut cuma satu pandangan sebagai pemimpin politik.

"Jika pentadbiran Najib merasakan ini satu kesalahan, maka saya fikir kerajaan kena mengambil tindakan ke atas beberapa pihak lain yang turut memberi pandangan, yang dikatakan mengguris perasaan banyak pihak.

"Ini termasuklah Ahli Majlis Profesor Negara Prof Dr Zainal Kling dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan negara ini tidak dijajah, ia menafikan peranan pejuang-pejuang negara," kata beliau merujuk kepada pandangan dibuat mereka sama ada negara ini tidak dijajah atau sebaliknya.

"Jika pandangan Mohamad Sabu dikatakan mengguris hati ramai orang, saya juga merasakan pandangan Prof Zainal dan Dr Mahathir juga telah mengguris ramai orang... apakah tindakan juga diambil ke atas mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Terdahulu Mohamad dipetik Bernama Online berkata, beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth dan telah dimaklumkan oleh peguamnya Mohamad Hanipa Maidin petang tadi.

"Peguam saya telah beritahu saya bahawa pihak polis ada menghubunginya bagi tahu saya akan didakwa esok.

"Ini ada kaitan dengan ceramah saya tempoh hari mengenai Mat Indera. Mereka minta saya hadir 9 pagi. Saya dan peguam saya akan hadir," katanya.

Ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos telah mencetuskan kontroversi apabila Mat Indera yang dianggap ramai sebagai komunis, dijulang menjadi hero sebenar dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terbunuh dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor pada 1950.

Selain itu, Mohamad juga dilaporkan turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Mohamad akan didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada perbuatan mengedar atau membuat kenyataan menghasut atau melakukan jenayah.

Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dihukum penjara sehingga dua tahun denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu Naib Presiden PKR N Surendran menggesa pentadbiran Najib dan Peguam Negara menggugurkan tuduhan ke atas Mohamad.

Katanya, tindakan itu menunjukkan penyalahgunaan kuasa polis dan prosedural pendakwaan serta melanggar hak asasi kebebasan bersuara.

"Kami menggesa kerajaan dan Peguam Negara tidak meneruskan tuduhan ke atas Mohamad dan untuk menunaikan pendirian Perdana Menteri mahu menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik," katanya lagi.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dihubungi mengesahkan Mohamad menemui polis untuk mengambil waran tahanan untuk hadir di mahkamah.

"Beliau tidak ditahan, cuma hadir di IPK Pulau Pinang untuk mendapatkan waran sebab esok beliau, dimaklumkan kena hadir di mahkamah," kata Tuan Ibrahim.

"Mohamad tidak ditahan, ia prosedur biasa sebelum dihadapkan di mahkamah," kata Salahuddin.

170,818 pengundi guna kod negara misteri

Posted: 20 Sep 2011 05:22 PM PDT

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan pula sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.
Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR.

"Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod "71" disenaraikan sebagai kod rasminya.
"Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod "71" adalah suatu kod  warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya," kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.

Menurutnya, 42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23).
17.33 % atau 29,605 pengundi dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani  (328), Tamil (324), Tamil Sri Lanka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi  (10).
Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) .
"Ini bermakna bahawa negeri  Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau  97,923 orang.
"Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah," katanya curiga.
Mereka juga turut menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui  negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3  2011. yang akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.
Ekoran itu mereka mahu JPN memberi penjelasan terhadap persoalan berikut:
1. Mengapa JPN menggunakan kod negara "71" sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan oleh JPN sendiri. Dalam Kes Mismah yang sepatutnya menggunakan kod negara Indonesia  "61" tetapi Mismah diberi kad pengenalan  berkod negara "71". Rujuk laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan http://www.jpn.gov.my/kodnegeri .

2. Kenapa begitu ramai sehingga 170,818 warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya dan mereka layak mengundi.  Bilangan ini terlalu mencurigakan. Apakah ada agenda tersembunyi dibelakang JPN bagi tujuan manipulasi pilihanraya?

3. Apakah suatu kebetulan atau sememangnya satu perancangan bahawa negeri Pakatan Rakyat mempunyai bilangan paling ramai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahirannya iaitu 57.32% ? -Hrkh

Tiada ulasan: