Rabu, 21 September 2011

Ajijoi

Ajijoi


Demi kuasa, Umno BN sanggup khianati negara - Pesuruhjaya Pas Perak

Posted: 21 Sep 2011 12:32 AM PDT

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan kini, jelas bahawa Umno BN adalah pengkhianat negara dan bangsa, demi untuk terus mengekalkan kuasa yang ada pada mereka.

Menurut beliau, Umno BN sanggup memberikan kerakyatan kepada warga asing.Pemberian Kerakyatan segera ini pada mulanya dikesan berlaku di Sabah dan kini telah menjadi masalah yang rumit bagi rakyat asal Sabah di sana.

Beliau juga menegaskan supaya Umno BN jangan sesekali cuba untuk menafikan perkara ini.

Gejala tersebut kini mula melebar luas ke seluruh negeri.tidak mustahil Umno BN akan mengulangi kerja terkutuk itu dalam menghadapi PRU-13 nanti, jelas beliau.

Menurut beliau lagi, beberapa bukti mengenainya telah dapat dikesan oleh Pakatan Rakyat. Terbaru ialah pendedahan Dewan Pemuda PAS Pusat yang mendapati sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR.

Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) .

Selain itu, paling memalukan apabila Perdana Menteri Bangladesh sendiri telah mengesahkan tentang rakyatnya begitu mudah mendapat kerakyatan di Malaysia.

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan, jika rakyat mahukan Negara kembali selamat dan aman,maka rakyat sendiri perlu menghukum pemimpin Umno BN, Pemimpin Umno BN adalah pengkhianat dan petualang negara sebenarnya, maka sudah tiba masanya rakyat bersama Pakatan Rakyat untuk kita mengangkat semula martabat Negara Malaysia, demi kelangsungan masa depan generasi anak-anak kita.

Dakwa Mohamad Sabu bukti janji Najib langsung tidak boleh dipercayai

Posted: 20 Sep 2011 09:44 PM PDT

Tindakan pendakwaan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengesahkan sangka buruk rakyat bahawa sememangnya janji Perdana Menteri (PM) Umno tidak boleh dipercayai.

Kenyataan Mohamad Sabu mengenai status Mat Indera bukannya cakap kosong sebab ia dapat disahihkan ada kebenarannya oleh beberapa sumber rujukan – sebuah buku berjudul 'Pengukir Nama Johor',  kajian tesispelajar Universiti Malaya, Ayub @ Uiop Kassim di tahun 1973, ada juga pengakuan kawan dan ahli keluarga Mat Indera. 

Jikalau itu pun salah, maka kesalahan harus dikembalikan kepada segala sumber rujukan beliau - sebagaimana semua rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa 'negara pernah dijajah British'.

Ini kerana mereka ini sudah tersalah memahami sejarah negara kerana mempercayai kesilapan buku sejarah keluaran Kementerian Pelajaran, sekiranya apa yang secara dinyatakan secara teknikalnya oleh Professor Zainal Kling dan Dr Mahathir adalah betul.

Takkan pula waris-waris kepada mereka yang pernah bekerja di bawah kerajaan sebelum 31 Ogos 1957 dan kerajaan hendak membuat laporan polis dan mendakwa semua pelajar yang menyatakan negara ini pernah dijajah oleh British?

Kalau dikira, isu yang dibangkitkan oleh Mohamad Sabu hanya berkaitan satu peristiwa iaitu peristiwa Bukit Kepong berbanding perisytiharan yang dilakukan oleh MPN, tentulah perisytiharan MPN itu mempunyai kesan lebih besar kepada rakyat dan negara.

Akan tetapi yang didakwa ialah Mohamad Sabu. Sekiranya Mohamad Sabu perlu didakwa, bagaimana pula Majlis Professor Negara (MPN) dan Zainal Kling?

Secara mudahnya ini yang berlaku - "Mohamad Sabu menyatakan Mat Indera sebagai hero pejuang kemerdekaan, tapi Umno dan medianya memutar-belit kenyataan beliau kepada 'Mohamad Sabu menyokong komunis' dan menyebarkannya ke merata tempat."

Sedangkan, apa yang diminta oleh beliau ialah kajian semula fakta sejarah perjuangan pra kemerdekaan dengan membawa contoh peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera. 

Apakah Mohamad Sabu boleh dianggap mengancam keselamatan negara dengan hanya satu ucapan begitu?

Mohamad Sabu didakwa atas ucapan beliau yang diputar-belitkan oleh media pro Umno, yang kemudiannya dengan sengaja mewujudkan suasana kelam-kabut bagi menghalalkan tindakan bagi mendakwa beliau.

Jadi, apakah motif dakwaan ke atas Mohamad Sabu kalau bukan kerana politik? Pendakwaan ke atas beliau sekali lagi menunjukkan Umno hilang arah dalam putar belit ciptaan mereka sendiri dan terus melondehkan hipokrisi mereka untuk ditatap rakyat jelata.

Antara janji PM Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan semakan dan penghapusan Akta ISA baru-baru ini ialah tiada tangkapan kerana politik akan dilakukan.

Belumpun kering air liur, pendakwaan politik sudahpun berlaku dalam kes Mohamad Sabu.

Kini, rakyat boleh menilai sejauhmana janji-janji PM yang dilaungkan sempena sembutan Hari Malaysia boleh dipercayai bilamana Nazri Aziz menyatakan kerajaan akan mengekalkan tahanan tanpa bicara yang menjadi intipati bantahan rakyat terhadap ISA.

Apabila berdepan, Umno BN menyatakan bahawa mereka bersetuju dengan Najib untuk memansuhkan ISA, tapi di belah belakang, mereka pula hendakkan dua akta baru yang menggantikan ISA mesti mempunyai roh ISA.

Dari sudut politik, flip-flop Umno dan percanggahan kenyataan antara menteri-menteri Umno telah memperlihatkan kepada rakyat sebenarnya Umno BN tidak serius dan ikhlas dalam melakukan pembaharuan demi rakyat.

Mengharap pembaharuan daripada Umno-BN adalah seperti mempercayai kata-kata Najib bahawa "kerajaan BN tidak pandai menipu rakyat."

Rakyat perlu bangkit bagi membawa perubahan total dalam pilihanraya umum yang akan datang. Untuk menghapuskan akta yang zalim, kita perlu hapuskan dahulu pemimpin yang zalim. Tidak mungkin rakyat akan mendapatkan keadilan dari sistem yang tidak adil dan orang yang secara sengaja mengumumkan secara terbuka bahawa, "Aku tidak pandai menipu."

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Gadai Tanah: PAS Perak akan dedahkan

Posted: 20 Sep 2011 07:48 PM PDT

Kenyataan Media (20 September 2011)
 
GADAI TANAH: PAS PERAK AKAN DEDAHKAN
 
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak kini sedang mengumpul bukti dan fakta kerakusan pimpinan Umno / Barisan Nasional (BN) Negeri Perak di dalam menggadai tanah di Negeri Perak dalam tempoh terdekat ini. Bagi kami, bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 sudah terlalu hampir dan rakyat perlu segera menyedari dan diselamatkan dari kerakusan Umno / BN selama ini dengan pendedahan yang akan diberikan kepada rakyat.
 
Kami juga semakin banyak menerima beberapa maklumat dalaman terkini yang memberikan bahan bukti dan fakta tindakan beberapa orang pimpinan Umno / BN atas isu tersebut. Malah kami juga menerima beberapa 'slip bank' pegawai-pegawai Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir berikutan kemasukan wang 'luar biasa' ke dalam akaun mereka. Kami melihat ketidaktelusan dan kerakusan pimpinan Umno / BN yang telah meyebabkan rakyat menolak mereka di dalam PRU 12 ternyata masih kekal seperti dahulu dan tidak berubah walaupun setelah mendapat peluang kedua melalui cara 'rampasan kuasa' yang membelakangkan rakyat.
 
Kami melihat ketidaktelusan pimpinan Datuk Seri Zambry juga telah memberikan 'kredit' secara langsung kepada kami kerana membuktikan bahawa pimpinan Umno / BN masih mengamalkan kemewahan yang sepatutnya dinikmati secara berkongsi dengan rakyat yang kurang pendapatan. Cara inilah yang dahulunya telah menjatuhkan Umno / BN di Perak dan Datuk Seri Zambry ternyata gagal menghalang budaya ini yang masih terus kekal menjadi amalan mereka.
 
Sebagai contohnya, rakyat boleh melihat semua pimpinan utama Umno seperti Datuk Seri Zambry yang dikatakan mempunyai beberapa rumah peribadinya. Ketua-ketua Pergerakan juga tidak ketinggalan mempunyai kekayaan yang 'luar biasa' yang tidak dinafikan. Disebabkan itulah ketelusan melalui pengisytihakan harta adalah penting bagi menidakkan semua tuduhan liar yang sebenarnya kini menjadi 'perbualan' di kalangan pendokong Umno sendiri.
 
AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: