Biaqpila |
LIVE: MANCHESTER UNITED VS CHELSEA Posted: 18 Sep 2011 07:57 AM PDT Anda juga boleh menontonnya di sini. Live Streaming Video Football : England - The Barclays Premier League Sunday (18 September) 23:00 (GMT +8) KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
ZAINAL KLING CUTI DAK HARI MALAYSIA? Posted: 17 Sep 2011 09:00 PM PDT Sambutan Hari Malaysia 16 September disambut dengan begitu meriah di Dataran Merdeka dan negeri-negeri lain secara serentak seluruh Malaysia. Sebelum ini Anwar Ibrahim mencadangkan agar Hari Malaysia menjadi sambutan rasmi negara, namun pelbagai pihak yang pro United Malays No Otak menentang cadangan itu. Termasuk seorang prof kangkung Zainal Kling [Utusan]. source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/prof-zainal-kling-bantah-sambutan-hari.html#ixzz1YCgSZEZJ Ini namanya prof kangkung kaki ampu. Nama saja ahli akademik, tapi pendiriannya berayun bagaikan kangkung dihanyutkan air longkang. Jika ke laut air longkang, ke lautlah prof kangkung. Prof kangkung merangkap prof kaki ampu hanya mampu mengikut arus air, ke sungai, ke longkang, ke parit, ke perigi dan ke lubang jamban. Apa saja pemimpin United Malays No Otak kata, dia akan cari bukti dan hujah supaya kenyataannya selari dan tidak bercanggah dengan gerombolan songkok tinggi tiga jengkal, sambil berlakon seolah-olah dialah ahli akademik terbilang. Bila Anwar Ibrahim cadang untuk sambut Hari Malaysia, demi untuk mengampu pemimpin United Malays No Otak, maka prof kangkung pun keluarlah hujah-hujah merapu, Anwar bangkrap idea, bermotif politik, tidak signifikan, dan tidak produktif bla bla bla... Tapi akhirnya Najib sendiri setuju untuk sambut Hari Malaysia siap bagi cuti umum seluruh negara dengan sambutan besar-besaran di Dataran Merdeka. Prof kaki ampu merangkap prof kangkung malu sendiri. Kalau lihat isu komunis, prof kangkung sanggup keluarkan hujah dan bukti merapu supaya kenyataannya selari dan disenangi dengan gerombolan songkok tinggi 3 jengkal. Rujuk video di bawah. Orang pandai bila ada niat mengampu, rela jadi badut, sanggup diketawakan orang, sanggup jadi penipu asalkan boleh mengampu. Kalau tak mengampu nanti kena buang kerja terpaksa makan nasi lauk kangkung. ReJaM© "Tanya kambeng, kambeng pun tahu British tu penjajah..." sumber:http://milosuam.blogspot.com/2011/09/prof-zainal-kling-bantah-sambutan-hari.html KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 17 Sep 2011 06:00 PM PDT Kisah ini terjadi kira-kira 50 tahun yang lalu dimana pada waktu itu Malaysia baru sahaja mencapai kemerdekaan dari pihak British walaupun terdapat seorang professor kangkung berkata Tanah Melayu tak pernah dijajah. Walaupun Malaysia telah menjadi sebuah negara yang merdeka, saki baki tentera komunis masih lagi wujud dan berkeliaran di dalam hutan. ATM giat menjalankan operasi memburu saki baki komunis tersebut dengan dibantu penduduk orang asli yang tinggal di kawasan pendalaman. Sehinggalah pada satu ketika, sekumpulan orang asli di satu kampung di Pahang telah berjaya menangkap beberapa orang komunis dan hasil kejayaan mereka pihak ATM telah menghadiahkan sebuah jam dinding kepada ketua orang asli kampung tersebut sebagai penghargaan dan untuk kegunaan penduduk kampung bagi menentukan waktu. Ketua orang asli kampung tersebut telah menggantung jam itu dihadapan rumahnya supaya semua orang asli di kampung itu dapat melihat jam tersebut beramai-ramai. Mereka berasa hairan dan pelik melihat jam dinding yang di gantung di hadapan rumah ketua orang asli kampung tersebut kerana sepanjang hidup mereka, mereka langsung tidak pernah melihat sebuah jam. Ini menyebabkan ketua orang asli kampung tersebut berasa bangga kerana setiap hari pasti halaman depan rumahnya dipenuhi orang yang ingin melihat jam tersebut dan ada yang sanggup duduk seharian di situ semata-mata ingin melihat jam tersebut. Setelah sebulan jam itu digantung dihadapan rumah ketua orang asli kampung tersebut tiba-tiba jam itu berhenti bergerak. Lalu kecohlah satu kampung seolah-olah ada perkara besar yang telah berlaku. Semua orang asli yang melihat jam tersebut semakin hairan dan pelik kerana sebelum ini mereka melihat jam tersebut bergerak dan hari ini jam tersebut telah berhenti. Ada juga di antara orang asli kampung tersebut yang berkata jam itu telah mati dan tidak bernyawa lagi namun ianya disangkal oleh ketua orang asli kampung tersebut. Oleh kerana ingin menunjukkan kehebatannya, ketua orang asli kampung tersebut telah mengambil jam tersebut dan membelek-belek tanpa tahu apa yang perlu dibuat. Tiba-tiba jari kelingkingnya telah terkuis bateri yang ada pada jam tersebut dan bateri tersebut jatuh ke lantai. Beliau melihat tempat letak bateri jam tersebut dan ternampak seekor cicak yang telah mati akibat tersepit. Lalu dengan bangganya ketua orang asli kampung tersebut pun berkata… "Patut la tak jalan…drebarnya dah mati tersepit…..!" KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan