Ahad, 18 September 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Isu Video Seks Anwar: Jom Tengok Beza Rambut Bapak Anwar

Posted: 18 Sep 2011 04:12 AM PDT

Ubah bendera Malaysia: Manoharan bebal dan biadap

Posted: 18 Sep 2011 04:03 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitSln4xUmg4ME5hOrGprh_LhzKHc_34ToZK4YVBY9Cab0UzL4SDjYNbSlSPB1U3ujMg2bf6SHfzifgtWfyl53wVhd7VEThVpC4bgygJecMweuQquzgvVmGFxa9qvwGkS0Q3zlq8B3fsJc/s320/manorahan+flag.jpg

Kenyataan wakil rakyat DAP, Manoharan Malayalam menghina bendera Malaysia memperlihatkan satu kelemahan besar Pakatan Rakyat dalam menangani debat berhubung pembinaan negara.

Sehingga kini, selain usaha DAP menyelamatkan diri dengan menjarakkan diri daripada kenyataan Manoharan, tidak kelihatan satu sikap yang jelas daripada pemimpin-pemimpin parti PR.

Hal ini mendedahkan bagaimana politik kelompok yang sempit semakin menjadi satu ciri yang kukuh politik negara yang wacananya dikuasai pandangan hitam putih dua gabungan parti terbesar negara.

Pemimpin-pemimpin parti PR boleh menghabiskan masa dan tenaga yang banyak mengkritik, menyindir, malah menghina sebarang kenyataan atau tindakan pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang salah atau sekadar tidak sehaluan dengan mereka.

Dalam hal ini, pemimpin-pemimpin PR gagal melihat isu penghinaan oleh Manoharan itu sebagai satu isu yang menyentuh isu yang asas kepada sebuah negara, yang kepentingannya jauh mengatasi politik kepartian.

Walaupun dilapor sudah meminta maaf, ahli DAP yang aktif dalam pertubuhan rasis Hindraf itu telah mendedahkan satu sentimen yang memecah-belah, dan wajar menarik reaksi lebih tegas daripada partinya dan PR.

Ketiadaan kenyataan tegas PR dalam isu ini memberi implikasi gabungan pembangkang itu membenarkan, memaafkan atau mengambil mudah sebarang tindakan melampau sekiranya ditujukan kepada Umno dan pemerintah.

Manoharan memperlihatkan sikapnya yang bebal, kurang ajar dan juga rasis apabila mengaitkan bendera negara dengan BN, yang dikuasai oleh parti Melayu Umno, dan mengatakan bendera sedia ada tidak layak digunakan dan perlu ditukar.

Lebih buruk lagi, dia mengedarkan bendera parti politik untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, sebagai ganti kepada bendera Malaysia yang ditentangnya itu.

Dia turut mendakwa PR - melibatkan kesemua PAS, PKR dan DAP - akan menggantikan bendera sedia ada dengan bendera lain sekiranya berjaya memerintah Malaysia.

Perkembangan ini, yang bukan kali pertama wakil pembangkang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia, turut mendedahkan satu risiko ekoran keahlian pengikut pelbagai fahaman ekstrem dalam parti-parti PR.

Sekiranya PR berjaya menguasai Putrajaya, elemen-elemen ini tidak akan dapat dielakkan daripada menjadi sebahagian kerajaan pusat, dan mempunyai lebih keupayaan untuk mempengaruhi haluan baharu negara nanti.

PR perlu dengan serius bertindak dan mengambil pelajaran daripada episod ini, menjadi peserta politik nasional yang lebih konstruktif dalam pembangunan bangsa dan bukan menjadi penyebar kebencian melalui politik murahan.

Sikap yang tegas dan jelas berhubung hal ini perlu ditunjukkan oleh PR. Sekiranya tidak, PR jelas belum lagi layak untuk memimpin negara ini.

http://siasahdaily.blogspot.com/2011/09/ubah-bendera-malaysia-manoharan-bebal.html

Muhyiddin nafi Putrajaya beri pekerja Bangladesh kerakyatan, hak mengundi

Posted: 17 Sep 2011 10:31 PM PDT

Oleh Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dengan keras dakwaan kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pekerja-pekerja Bangladesh status kerakyatan penuh bagi membolehkan mereka mengundi memihak perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.

"Ia tidak benar. Saya tidak tahu sama ada sumber (maklumat) itu benar atau tidak, tetapi sangat jelas (ia) sesuatu yang tidak betul," kata Muhyiddin (gambar) kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Makkal Sakti hari ini.

Katanya, kerajaan menguatkuaskaan prosedur yang ketat apabila mempertimbangkan status kewarganegaraan kepada rakyat asing dan oleh itu, tiada pertimbangan istimewa diberikan kepada rakyat Bangladesh.

Muhyiddin juga berkata BN tidak begitu terdesak untuk mendapatkan undi rakyat Bangladesh dalam pilihan raya umum akan datang.

"Meskipun mereka mengundi, apabila ia dimasukkan ke dalam peti undi, tidak siapa yang tahu siapa yang mereka akan mengundi," kata Timbalan Pengerusi BN ini.

Sehubungan itu kata Muhyiddin, kerajaan akan mendapatkan penjelasan daripada Kedutaan Malaysia di Bangladesh berhubung isu terbaru ini.

Gambar Pemimpin Makhal Saktee Jumpa TG Nik Aziz Pagi Ni

Posted: 17 Sep 2011 07:43 PM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/319234_10150222165484567_594749566_6568457_584758593_n.jpg

terima kasih Ustaz Fadzli sebab kongsi

PapaGomo, Bapak Anwar Buat Seks Di Hotel Atau Apartment? Berbelit La Lu Cakap

Posted: 17 Sep 2011 06:20 PM PDT

Ini kekeliruan bagi kami yang tak pandai bab-bab edit video ini kan.

Utusan berkata Anwar buat seks di Apartmen


http://www.utusan.com.my/pix/2011/0918/Utusan_Malaysia/Politik/po_01.1.jpg

GAMBAR yang didakwa Anwar Ibrahim bersama Shazryl Eskay Abdullah (belakang) memasuki lif sebuah pangsapuri seperti tersiar dalam blog Papa Gomo, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Blog Papa Gomo hari ini mendedahkan klip video berwarna yang didakwa menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China.

Rakaman berdurasi selama 47 saat itu dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.

Dalam klip itu turut kelihatan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap pendedahan video hubungan seks melibatkan Anwar dengan wanita tersebut.

Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air gempar apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di Hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.

Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.

Rakaman itu tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit.

Namun, Anwar kemudian tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari sama video seks itu ditayangkan.

Rakaman video seks itu sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti pakar profesional.

Berikutan itu, Shazryl Eskay pada 29 April lalu melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menyatakan bahawa dua individu di dalam paparan video itu adalah dia dan Anwar.

Anwar bagaimanapun sehingga kini tidak berbuat demikian, sebaliknya membuat laporan polis mendakwa dia dianiaya. Berhubung penyebaran video itu juga, trio Datuk T didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu dan dikenakan hukuman denda.

Sementara itu, pendedahan yang dibuat Papa Gomo hari ini susulan daripada kenyataan penulis blog itu yang berjanji untuk membuat pembongkaran eksklusif pada pukul 10 pagi ini.

Klip selama 47 saat itu kemudian disambungkan dengan aksi hubungan seks tidak berwarna seperti yang didedahkan di blog-blog sebelum ini.

Dalam klip video itu tertera waktu 10.09 malam 21 Februari lalu, menunjukkan dua individu termasuk individu didakwa Anwar memakai baju kemeja lengan pendek dan seluar panjang gelap serta sandal.

Individu yang didakwa Shazryl Eskay pula memakai baju lengan pendek dan seluar gelap memasuki salah satu daripada tiga lif di pangsapuri itu.

Selain kelibat bagi membuktikan individu yang bertanggungjawab melakukan seks di dalam video berkenaan, klip tersebut turut menyatakan, "Di dalam kehidupan ini, pembohongan tidak akan mampu menghalang munculnya kebenaran."

Di akhir babak tersebut, kelihatan lelaki yang didakwa Anwar keluar dari lif dipercayai selepas selesai melakukan hubungan seks.

Klip video tersebut kemudian turut dipaparkan dalam blog-blog lain.

Papagomo Cakap

Esok jam 10 pagi Gomo akan keluarkan Gambar Pelacur China yang di percayai di Balun Anwar Ibrahim di dalam sebuah Bilik Hotel pada tanggal 21 Febuary 2011. Gambar tersebut waktu ini sedang di sebarkan kepada rakan rakan Blogger lain bagi memastikan Jam 10 pagi esok Rakyat akan dapat lihat wajah Pelacur China itu.

Video Dalam Blog PapaGomo

sekarang puak umno dah buat pusing konar 360' cakap video ni berlaku kat apartment pulak?
oh lupa, mungkin team kami ni budak-budak kampung, tat dapat nak beza antara hotel dan apartment kan.

Lepas keluar video anwar buat seks dekat aparment pulak, siap dengan bewarna kali ni.

Ekslusif 18 SX - Rakaman CCTV Berwarna Dato Seri Anwar Ibrahim Di Ampang Apartment


Kahkahkahkahkahkah..kahkahkahkahkahkahkah.. mana satu ni yang betul? hotel atau apartment?

entry lepas ni kita bincang soal pakaian dan perut buncit anwar

kita londehkan satu persatu penipuan ini!

BN Selangor - bermimpi di siang hari

Posted: 17 Sep 2011 05:38 PM PDT

Najib berkata yang beliau tidak takut dengan Anwar kerana beliau mengakui yang dalam sebuah demokrasi parti adalah lebih kehadapan dari individu. Tetapi jika benar apa yang di katakan oleh PM itu maka beliau tidak payah menyebut nama Anwar tetapi di sebaliknya beliau sepatutnya bercakap tentang PR, bukannya Anwar.

Apa yang di katakan oleh PM itu benar kerana tidak ada sesiapa yang perlu takut pada mana-mana individu. Saya yang begitu kecil ini pun tidak takut pada Anwar dan pada sesiapa sahaja yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Yang perlu semua pihak takut dalam politik ini ialah rakyat yang ramai yang mempunyai hak kepada seluruh negara kita.

Itu sebabnya selama ini saya hairan kenapa pemimpin-pemimpin kita begitu berani melakukan rasuah dan mengenepikan perasaan rakyat yang begitu jemu mendengar perlakuan rasuah itu dilakukan dengan terang dan mudah dilihat oleh rakyat. Hanya rakyat tidak mampu membuktikannya kerana perlakuan rasuah yang besar-besaran banyak dilindungi oleh Akta-Akta yang ketat seperti Akta Rahsia Resmi dan lain-lain.

Jika sesuatu projek dilaksanakan dengan 'scale' yang besar maka projek-projek itu akan dilindungi oleh Akta Rahsia Resmi kerana dalam projek itu adalah sumber mereka yang berkuasa untuk melakukan rasuah yang menggunakan wang rakyat. Rasuah adalah isu yang terhadapan sekali dan selagi kerajaan masih melekat dengan stigma rasuah itu selagi itulah kerajaan hari ini tidak akan mendapat perhatian rakyat lagi.

Di UiTM semalam Najib telah mengaku yang BN telah insaf di atas segala kesalahan yang telah dilakukannya semasa memerintah negeri itu sejak merdeka dahulu. Dengan kenyataan itu maka kita dapat menyimpulkan yang BN memang telah melakukan kesalahan sebagai parti yang memerintah negeri Selangor dan dengan itu rakyat Selangor telah mengenepikan mereka dalam pilihanraya yang lalu.

Jika BN telah mengaku kesalahan itu kenapa pula parti-parti pembangkang yang dipilih oleh rakyat Selangor itu menjadi 'punching bag' bagi UMNO dan BN. Kenapa pembangkang dipersalahkan jika BN mengaku kesalahan itu letaknya dibahu BN. Kenapa yang bersalah menghemtam yang tidak bersalah? Itulah yang menjadi masalah kepada BN. Mengaku bersalah tetapi pihak lain pula yang dihentam setiap hari dan waktu.

Sekarang BN sedang berusaha mencari kesalahan PR di Selangor, sama seperti yang dilakukan di negeri-negeri lain yang dipimpin oleh PR. BN mencari kesalahan pentadbiran Selangor seperti orang mencari kutu dikepala. Kuman diseberang laut mereka nampak tetapi gajah dibibir mata tidak dihiraukannya.

Apa yang BN perlu lakukan untuk mengembalikan keyakinan rakyat Selangor ialah untuk menunjukan siapa yang akan menjadi MB jika Selangor dipimpin BN. Ini amat penting kerana seperti yang kita lihat semua MB BN Selangor sebelum diambil alih oleh PR dalam pilihanraya yang lalu telah bergelumang dengan masalah rasuah.

Keseluruhan pemimpin-pemimpin Selangor telah dipersepsikan melakukan kesalahan ini dan itulah sebabnya mereka diketepikan oleh rakyat. Sekarang pemimpin-pemimpin yang sama pula yang membuat janji untuk mentadbir negeri yang kaya itu untuk melakukan perubahan yang dikehendak rakyat Selangor. Bagaimana rakyat hendak percaya. Secara konklusifnya kita melihat yang isu ini amat susah untuk dilakukan oleh BN Selangor.

Sehingga ke hari ini rakyat masih tidak nampak siapa yang akan ditonjolkan sebagai ayam tambatan BN yang tidak boleh dipersoalkan tentang kredibilitinya. UMNO yang sedang menghadapi isu kredibiliti terpaksa mencari calon MBnya dengan teliti. Sekarang bukan senang untuk mencari calon yang berkredibiliti di Selangor kerana calon yang akan ditonjolkan itu akan merasa rendah diri dan sangsi samada mereka boleh menang atau pun tidak.

Ramai yang merasa takut untuk melalui pengalaman Awang Adek di Kelantan yang telah berangan-angan untuk menjadi MB Kelantan tetapi Kelantan hanya memberikan sebanyak tiga kerusi DUN sahaja dalam pilihanraya yang lalu. Awang Adek sendiri sebagai calon MB telah kalah dihadapan rakyat Bachok sendiri. Kita masih ingat bagaimana Awang Adek telah berlagak seolah-olah sudah menjadi MB dengan lagak 'typical' UMNO sambil menghisap cerut yang mahal-mahal semasa berkempen di Bachok.

Di dalam ucapan Najib di Shah Alam semalam Najib dengan terang telah meminta rakyat untuk menerima sahaja calon yang di turunkan oleh pucuk pimpinan. Kata-kata itu telah di sambut dengan tepukan gemuruh dan bertepuk itu merupakan salah satu 'attribute' yang sudah lama bersemadi di dalam UMNO, tetapi apabila sampai pilihanraya nanti ramai di kalangan yang bertepuk semalam itu jugalah yang akan memberikan undi kepada parti-parti pembangkang seperti yang berlaku di dalam pilihanraya yang lalu.

Jika UMNO Selangor perlukan keyakinan rakat kembali pulih, parti itu perlu mengenepikan semua pimpinan yang ada semasa UMNO jatuh dalam PRU yang lalu. Tetapi persoalannya mampukah UMNO untuk melakukannya? Bagaimana hendak menolak Noh Omar atau mana-mana pemimpin yang lain? UMNO terpaksa juga mengharapkan kumpulan yang dahulunya ditolak rakyat untuk merampas kembali kerajaan Selangor dari PR. Kata perbilangan, tidak ada rotan akar pun berguna'

Kita lihat usaha untuk mencacatkan pentadbiran PR di Selangor terus menerus dilakukan terutamanya untuk memberikan gambaran buruk terhadap Menteri Besarnya, sedangkan rakyat tahu yang MB-MB BN Selangor yang sebelumnya semuanya menjadi kaya raya semasa menjadi MB.

Itulah sebabnya saya ada menutup posting saya yang sebelum ini dengan menyatakan, 'the worst of the Opposition is a lot better than the best of BN'. Yang penting rakyat kena tahu ialah BN memang tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana pihak jika dilihat dari sudut perlakuan rasuah.

Dalam isu rasuah BN memang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana kerajaan dalam rantau ini. Yang boleh menentukan perasuah ini diketepikan ialah rakyat yang insaf dan sedar tentang bahayanya negara jika terus ditadbir oleh mereka yang sudah ketagih dengan rasuah ini.

Saya berkeyakinan untuk BN kembali memerintah kerajaan Selangor hanyalah ibarat mimpi di siang hari.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/09/bn-selangor-bermimpi-di-siang-hari.html

PKR ragui klip terbaru, dakwa Umno-BN teruskan taktik lama

Posted: 17 Sep 2011 05:28 PM PDT

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 18 Sept — Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan menyiarkan satu lagi sedutan klip, menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan lif apartmen lokasi didakwa melanggani pelacur asing, sebagai perbuatan terdesak Umno-BN berterusan dan terancang dengan bantuan pihak berkuasa.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, pihaknya yakin tindakan sedemikian akan dipertingkatkan ketika pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Sambil menegaskan orang ramai sudah bosan dengan perbuatan sedemikian, peguam ini menambah, beliau yakin Umno-BN akan meneruskan serangan sedemikian selepas ini.

"Saya hendak sebutkan dengan ringkas ... ini kerja terdesak musuh politik Datuk Seri Anwar, mereka merancang dan adakan klip-klip rekaan, dan saya yakin setiap bulan akan ada terbitan macam ini ... ini dilakukan oleh Umno-BN, dengan kerjasama pihak berkuasa, saya berani untuk mengatakan yang ini," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

"Sebagaimana kami katakan sejak timbulnya klip rakaman sebelum ini, dalam dunia teknologi yang canggih pada masa sekarang, bukan sukar untuk mengadakan bahan-bahan macam ... saya yakin mereka akan terus dengan perbuatan mereka sehingga pilihan raya," kata beliau yang turut mengakui bahawa warna pakaian dikenakan oleh ahli perniagaan Datuk Shahzryl Eskay Abdullah dalam video yang dipertontonkan pada Mac lalu dan disebarkan menerusi Internet kemudian berbeza dengan dalam sedutan klip terbaru dilihat semalam.

"Ya, kedua-duanya jauh berbeza ... ini sudah cukup untuk mengatakan bahawa ada unsur rekaan dan manipulasi, yang penting untuk dikatakan di sini ialah pihak terbabit mereka cipta bahan macam ini," katanya lagi sambil menambah, biar rakyat menilai perbuatan mereka.

Kata beliau, musuh politik seharusnya berani untuk berhadapan isu-isu dasar daripada menggunakan taktik dan serangan macam ini.

Selepas mendedahkan klip rakaman video seks, didakwa pelakunya Anwar awal tahun ini, semalam blog pro-Umno menyiarkan sedutan klip menunjukkan Ketua Pembangkang itu memasuki lif premis lokasi kejadian.

Sedutan yang dibawa blog papagomo menunjukkan Anwar memasuki lif sebuah apartmen dengan diiringi Shahzryl Eskay, dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Ia menunjukkan Anwar memakai baju ungu dan berselipar manakala Shahzryl Eskay sut berwarna hitam.

Dua sedutan klip dimuatkan iaitu masing-masing satu ketika masuk ke dalam lif dengan Anwar di depan dan satu lagi ketika keluar dari lif. Ketika keluar lif, Shahzryl Eskay berada di depan.

Butiran pada sedutan itu menunjukkan mereka masuk ke dalam lif pada pukul 10.09 malam dan keluar pada pukul 10.52 malam, 21 Februari lalu.

Tarikh itu sama dengan tarikh kejadian hubungan seks dengan pelacur dari China didakwa diadakan, yang didedahkan oleh "Datuk T" pada 21 Mac lalu.

Sedutan ini berwarna manakala klip rakaman yang didedahkan pada 21 Mac lalu pula berwarna hitam. Sedutan klip rakaman hitam putih telah pun didedahkan kepada umum melalui blog-blog Umno sebelum ini.

Kata blog papagomo, "rakaman yang mana dirakam oleh CCTV dengan warna jelas dan muka Anwar juga jelas kelihatan. Waktu rakaman juga selari dengan apa yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar bersama pelacur China tersebut."

Blog itu juga mendakwa waktu yang dicatatkan pada video seks tersebut seiring

dengan rakaman CCTV yang menunjukkan Anwar masuk ke dalam lif dan kemudian keluar.

"Malah sebelum ini juga kita semua telah didedahkan dengan kehilangan Datu Seri Anwar Ibrahim dalam Twitter dan Facebook waktu hubungan seks tersebut berjalan," kata blog tersebut.

Anwar sebelum ini telah menafikan 'kehilangan' yang dimaksudkan dan beliau juga bukan lelaki yang didakwa dalam video itu.

Beliau membuat laporan polis pada 22 Mac lalu iaitu sehari selepas Shahzryl Eskay mendedahkan klip rakaman itu.

Shahzryl dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim - mengelar diri mereka "Datuk T'mengaku bertanggungjawab atas tindakan mendedahkan klip itu kepada wakil media terpilih pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara.

Pada 24 Jun, trio "Datuk T" itu mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks Mac lalu dan dikenakan denda total RM5,500.

Tiada ulasan: