Khamis, 22 September 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video : Ribuan Nelayan Bugis Menjadi Warga Malaysia

Posted: 22 Sep 2011 08:29 AM PDT

Video diakhir entry..



Sabah: Menjadi warga suatu negara adalah hak asasi manusia. Itu pula yang menjadi keyakinan ribuan nelayan asal Bone dan Enrekang, Sulawesi Selatan, yang memilih menjadi warga negara Malaysia. Mereka kini menetap di kawasan Batu Dua Laut, Sandakan, Sabah, Malaysia.


Beberapa anak Bugis sudah tak hafal lagi lagu Indonesia Raya. Sebaliknya, para bocah itu fasih melagukan Negaraku sebagai lagu kebangsaan mereka. Apa mau dikata, orang tua, kakek, dan nenek mereka telah memilih melepaskan kewarganegaran Indonesia dan beralih menjadi warga Malaysia sekitar 20 tahun silam.

Di Kampung Batu Dua Laut, sedikitnya ditinggali lima ribu nelayan keturunan Bone dan Enrekang. Mina, warga Enrekang, mengaku sudah tinggal di sana sejak belum memiliki anak. Pada awalnya nelayan keturunan Bone dan Enrekang memutuskan bermukim di tempat ini karena alasan ekonomi. Mereka menilai lebih mudah mencari ikan di perairan Malaysia. Meski sudah menjadi warga negara Malaysia, mereka tetap menjalani adat istiadat Bugis sampai saat ini.

Keberadaan para nelayan keturunan Bone dan Enrekang ini telah diakui pihak Kerajaan Malaysia. Sebagai bukti, mereka telah memegang may card, semacam kartu tanda penduduk. Bahkan, Partai United Malay National Organization (UMNO), partai terbesar Malaysia menjadikan mereka sebagai basis perolehan suara.

Eksodus warga Indonesia ke Malaysia karena alasan ekonomi juga dilakukan sejumlah warga yang tinggal di Desa Temajuk, Paloh Sambas, Kalimantan Barat. Warga yang sebagian besar nelayan dan petani itu kemudian tinggal di Kampung Telok Melano, Malaysia - Liputan6.com

Mak Aih!! Pulau pun depa nak jual?

Posted: 22 Sep 2011 03:47 AM PDT



Apa nak jadi dengan Negara kita ini akhirnya??

IC diberikan sewenang-wenangnya kepada warga asing dengan percuma.. Ada telaga minyak diserahkan kepada Brunei secara percuma.. Pulau Batu Putih pula terpaksa diserahkan kepada Singapura begitu saja..


Ini pula ialah cerita mengenai tiga buah Pulau di Sabah yang telah diiklankan untuk dijual dalam 'Private Islands Online' yang berpengkalan di Toronto, Canada.

Dalam iklan tersebut Pulau Mengalum yang berkeluasan 250 Ekar ditawarkan untuk dijual pada harga USD$18 Juta, Pulau Pandanan yang berkeluasan 10 Ekar pula ditawarkan dengan harga USD$2 Juta.

Manakala bagi Pulau Montukod yang mempunyai keluasan 17.2Ekar pula ditawarkan sebanyak RM35 Juta untuk dijual…

Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya, tetapi negara kita pula membenarkan pulau-pulau miliknya dijual begitu saja..

Bayangkan jika ketiga-tiga pulau ini dibeli oleh Israel atau warga Israel..

Paling menghairankan ialah bagaimana pulau-pulau tersebut boleh menjadi milik persendirian?

Salah siapa agaknya?? err.. Sabah tu tidak diperintah oleh Pakatan Rakyat kan?




Kalau tak nampak sila klik pada image..

Kalau tak nampak jugak sila klik di (SINI) untuk ke sumber berita.. buat masa sekarang masih ada seperti image diatas.. esok lusa aku tak pasti..

Kenyataan akhbar Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah terhadap Penjualan Pulau Kepada Pihak Asing

Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah terkejut dengan penjualan 3 buah pulau iaitu Pulau Mengalum yang terletak di pesisir Kota Kinabalu, Pulau Pandanan di Semporna dan Pulau Montukod di luar pesisir kimanis yang diiklankan menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.

Jesteru Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah amat kesal dengan pengakuan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal yang menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan Pulau-pulau tersebut kerana ianya adalah hakmilik persendirian.

Persoalannya bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

Dewan Pemuda Pas juga hairan bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur boleh dengan begitu mudah memberikan kelonggaran kepada individu tertentu untuk memiliki sebuah pulau sedangkan dalam masa yang sama Jabatan ini juga yang melakukan perampasan terhadap Hak Tanah Adat yang menyaksikan begitu ramai penduduk kampung yang tinggal di pedalaman diusir, ditangkap dan didakwa seperti laporan Suhakam yang menyatakan bahawa Sabah mencatat aduan tertinggi pencabulan tanah adat sebanyak 824 kes atau 82.4% antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun 2011.

Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.

Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara Jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan 3 buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing. Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara Asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka.

Jesteru Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!

LAHIRUL B. LATIGU

KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH

Syabas Mat Sabu.. BN jadikan anda Hero..

Posted: 22 Sep 2011 03:07 AM PDT

Artikel ini disiarkah khusus buat seorang pembaca yang telah meninggalkan komen di (SINI).

Komennya "walaupun mat sabu ni tak bawak sebarang manafaat kepada masyarakat tapi dia ni boleh menambahkan sokongan rakyat kepada BN !!!"

Sila baca dan terimalah hakikat bahawa komen seorang pencacai UMNO itu adalah tidak sama dengan seorang komen seorang pemimpin UMNO yang rasional..


Dan juga membuktikan betapa rendahnya daya berfikir atau tahap intelektual seorang Pencacai UMNO.. he..he..

Syabas Mad - BN pula jadikan saudara hero

BN khususnya UMNO benar-benar mengelabah kerana Mohamad Sabu. Dendam mereka terhadap Mohamad Sabu tidak ada kesudahan dan batas dan ianya membayangkan rasa terhimpit kerana kemungjkinan hilang kuasa bertambah nyata. Mohamad Sabu ini hebat orangnya.

Sepatah beliau berkata mengelabah habis pihak pemerintah dan tidak sudah-sudah UMNO bercakap mengenai isu Mat Indera.

Dengan tindakan membawa Mohamad Sabu ke Mahkamah hari ini membuktikan yang pihak yang memerintah sengaja tercari-cari kesalahannya untuk dijadikan isu terhadap parti PAS yang sedang mendapat sokongan yang semakin kuat dari rakyat khususnya dari mereka yang muda dan terpelajar.

Baru sahaja PM Najib berjanji yang tidak akan ada sesiapa yang akan ditahan atau dituduh kerana perbezaan ideologi dan sebagainya dalam pembaharuan politik yang dilakukannya. Belum habis pun dengungan kata-kata beliau itu, nah, Mohamd Sabu sudah dituduh di Mahkamah kerana ucapan beliau di Pulau Pinang bulan lepas.

Itulah sebabnya saya meminta semua pihak jangan terlalu gembira dengan pengumuman PM baru-baru ini, kerana yang berjanji ini ialah pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO memang susah untuk mengotakan janji kerana keadaan mereka yang sudah lemah. Orang yang lemah memang susah untuk membuat keputusan dengan baik. Orang lemah bila bercakap jangan kita mudah percaya kerana pemikiran mereka tidak berapa mantap.

Tetapi bagaimana pun saya tidak merasakan itu menjadi masalah kerana dengan tindakan itu ianya memberikan bukti kuat yang PAS pimpinan Mohamad Sabu itu sememangnya diakui sebagai sebuah parti yang ber 'consequence' besar. Tindakan itu hanya memberikan persepsi bahawa PAS pada pandangan UMNO sudah menjadi gergasi yang susah untuk dilawan dalam pilihanraya.

Maka jalan yang terbaik dan satu-satunya jalan yang tinggal bagi UMNO ialah dengan menggunakan pengaruh dan kuasa yang sementara ini masih bersamanya untuk menuduh Mohamad Sabu di Mahkamah. Maka tuduhan rakyat dan masyarakat antarabangsa yang memandang badan kehakiman dan undang-undang negara kita masih menjadi alat kepada pihak eksekutif dan isu pengasingan kuasa yang menjadi 'attribute' sebuah negara demokrasi berpelembagaan itu masih jauh dari kenyataan.

Tindakan kerajaan ini hanya satu tindakan 'self defeating' bagi parti yang memerintah. Entah apa sebabnya parti pemerintah sentiasa melakukan tindakan yang memakan diri sendiri akhir-akhir ini. Tetapi yang mereka salahkan ialah parti-parti pembangkang. Sudah menjadi tabiat pemimpin BN yang segala kelemahan yang mereka alami itu adalah di sebabkan parti-parti pembangkang.

Mereka yang melemahkan diri mereka mereka salahkan parti pembangkang pula. Selepas ini tidak tahu pula apa yang akan dilakukan terhadap pembangkang yang akan memakan diri mereka sendiri. Akhirnya parti-parti pembangkang tidak payah berkempen lagi kerana parti pemerintah sendiri yang menempah 'maut' politik mereka.

Apa tidaknya; Utusan, rangkaian TV RTM serta TV3 dan saluran-saluran TV kumpulan Media Prima semuanya melakukan tindakan yang 'counter productive' bagi UMNO dan BN. Media massa sekarang ini masih berfikir yang rakyat semuanya masih bodoh-bodoh alang dan mempercayai propaganda mereka. Media massa ini tidak menyedari yang tindakan 'over killing' Mohamad Sabu ini akhirnya memudharatkan UMNO dan BN keseluruhannya.

Saya meminta Mohamad Sabu bersabar dengan tindakan pihak pemerintah ini kerana segala apa yang buruk terjadi kepada saudara itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Setidak-tidaknya petanda awal yang kita nampak sekarang ini rata-rata orang ramai sudah menunjukan sokongan kepada beliau dan PAS walaupun mungkin sekadar rasa simpati terhadap Mohamad Sabu itu.

Mohamad Sabu sendiri sekarang seolah-olah telah dijadikan hero oleh musuh-musuh politik beliau. Orang ramai bukan bodoh seperti anggapan pihak pemerintah pada hari ini.

Syabas Mad! Walaupun saudara tidak memintanya, BN menjadikan saudara seorang hero.


Posted by Aspan Alias

Parking Bukit Bendera : Tan Tee Beng.. lu mahu SPRM siasat UMNO Penang ka?

Posted: 22 Sep 2011 01:58 AM PDT

6 September lalu Lidah Rasmi UMNO telah melaporkan..

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat Bukit Bendera yang didakwa mempunyai unsur penyelewengan dan salah guna kuasa.


Pengerusi KITA negeri, Tan Tee Beng berkata, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa menyalurkan dana RM50 juta bagi pembinaan tempat letak kereta tersebut walaupun projek itu tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Sehubungan itu katanya, SPRM diminta menyiasat Guan Eng serta MPPP berhubung pelaksanaan projek berkenaan yang salah di sisi undang-undang..

Itu sebahagian dari laporan Lidah Rasmi UMNO.

Nampaknya dalam isu ini Tan Tee Beng telah menyerbu membabi buta kerana beliau telah menuduh Lim Guan Eng menyalurkan dana RM50 juta bagi pembinaan tempat letak kereta tersebut walaupun projek itu tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Cuba baca kenyataan dari Pengerusi PDC Consultancy Sdn Bhd merangkap Pengurus Besar Penang Development Corporation(PDC) Dato Rosli Jaafar, dipetik dari kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru diterima sebentar tadi..

Perhatikan tahun projek ini mula dilaksanakan..

Kenyataan Pengerusi PDC Consultancy Sdn Bhd,Dato Rosli Jaafar.

"Projek sebanyak RM5 juta dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Projek ini telah diluluskan oleh EXCO pada 2007 kepada PDC sebagai agensi pelaksana yang seterusnya diberikan kepada PDC Consultancy Sdn Bhd. Oleh kerana ia melibatkan PDC Consultancy Sdn Bhd pada 2007, Pengerusi PDC yang baru selepas Mac 2008 tidak diminta untuk memberikan kelulusan atau dimaklumkan tentang projek ini.

Memang wujud kelemahan isu rekabentuk yang tidak memenuhi kehendak piawaian yang boleh menjejaskan keselesaaan pengguna Pihak PDC Consultancy Sdn Bhd telah sebaik mungkin memperbaiki kelemahan rekabentuk khususnya mengurangkan kecuraman 'ramp' agar lebih landai dan boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan.

Walaubagaimanapun, PDC Consultancy Sdn Bhd sebagai jurutera perunding sememangnya bertanggungjawab atas penyediaan rekabentuk dan pelaksanaan projek ini. Sebarang kesilapan dan kelemahan yang berlaku, sudah tentunya pihak pegawai PDC Consultancy Sdn Bhd bertanggungjawab dan bersedia diambil tindakan yang sewajarnya.

Buat masa sekarang, laporan dan langkah pembetulan kini dijalankan demi memastikan rekabentuk sejumlah 6 hentian bas dan 112 tempat letak kereta dapat beroperasi di atas lot yang seluas 0.62 ekar ini. PDC akan mematuhi arahan YAB Ketua Menteri agar sebelum dibuka, keselamatan awam dan peraturan MPPP mestilah dipatuhi."

Dato Rosli telahpun memohon maaf bagi pihak PDC Consultancy Sdn Bhd atas segala kesulitan yang timbul dan akan secepat mungkin menyelesaikan masalah ini. Walaupun begitu, demi menegakkan prinsip akauntabiliti dan ketelusan, satu jawatankuasa siasatan bebas akan ditubuhkan kerana kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak ada apa-apa untuk disembunyikan.

Jawatankuasa siasatan bebas ini akan diadakan agar sesiapa yang bertanggunjgawab atas kelemahan yang timbul, boleh diambil tindakan dan cara penyelesaian mengatasinya mendapat pandangan bebas ketiga. Penubuhan jawatankuasa siasatan dan terma rujukan siasatan ini akan diputuskan dalam mesyuarat EXCO hari ini.

Tuduhan Liwat : DNA sperma kes Anwar paling ajaib dalam dunia?

Posted: 22 Sep 2011 12:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pakar patologi genetik dari Australia, Dr Brian McDonald meragui kualiti DNA sperma yang ditemui dalam kes Fitnah II mambabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Brian menyifatkan DNA yang masih wujud walaupun selepas 56 jam diambil dari rektum dan kemudiannya dibiarkan terdedah selama 48 jam lagi pada suhu bilik sebagai tempoh yang paling lama beliau pernah temui sepanjang kariernya.

Beliau sebelum ini ditunjukkan satu rencana bertarikh sekitar tahun 1997 oleh Pendakwa Raya yang menyatakan sperma boleh dijumpai dalam rektum selepas 113 jam.


"(Kes) Anwar ini adalah satu-satunya kes dalam dunia di mana sperma boleh ditemui selepas 56 jam dan diserahkan kepada ahli kimia dua hari kemudian, dan anda masih boleh menemui sampel DNA yang bagus," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan dari Ram Karpal Singh, sewaktu sesi soal balas hari ini.

Dalam perbicaraan sebelum ini, sampel DNA dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari yang dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia diselubungi kontroversi apabila ia tidak dikendalikan dengan baik oleh pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira.

Jude didapati menyimpan sampel itu selama dua hari di loker di pejabatnya walaupun ia sepatutnya disimpan dalam peti sejuk atau diserahkan terus untuk dianalisa.

Beliau juga didapati membuka penutup bekas yang mengandungi sampel itu sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Kimia.

Tindakan itu menimbulkan keraguan kemungkinan bahan bukti diubahsuai polis kerana mereka sebelum itu didapati mendapatkan DNA dari tubuh Anwar secara tipu muslihat dengan menahan reman beliau semalaman.


http://www.keadilandaily.com/?p=20771

PANAS!! TV Indonesia sahkan Rakyatnya diberikan MyKad oleh UMNO

Posted: 21 Sep 2011 09:43 PM PDT

WikiLeaks telah mendedahkan satu kabel diplomatik Amerika Syarikat mengatakan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui beliau pernah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada sekitar tahun 1990-an - atas arahan Umno.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu,pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur telah diberitahu bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.


Bila didesak oleh AMK untuk memberikan jawapan tentang pendedahan ini.. bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menegaskan beliau tidak pernah mengatakan lebih 60,000 rakyat asing di Sabah telah diberikan kad pengenalan palsu dan diterima sebagai pengundi bagi membolehkan Umno-BN menguasai negeri itu.

Bak kata pepatah.. Bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan nyiru.. bukan kata bangkai gajah.. Bangkai biawakpun tak boleh ditutup dengan nyiru..

Laporan oleh sebuah stesen TV yang berpengaruh di Indonesia iaitu SCTV dibawah ini membuktikan bahawa penafian oleh bekas Pengerusi SPR itu adalah bohong semata-mata..

Dalam laporannya ini pada 25 Ogos 2005, SCTV telah melaporkan bahawa parti terbesar Malaysia iaitu UMNO telah memberikan memberikan MyKad dan juga hak untuk mengundi kepada ribuan nelayan Bugis di Sabah yang berasal dari Indonesia..




Untuk lebih jelas sila klik pada image atau klik di (SINI)


Kalau malas nak klik sila baca dibawah ini..

Ribuan Nelayan Bugis Menjadi Warga Malaysia

25/08/2005 14:59
Liputan6.com, Sabah: Menjadi warga suatu negara adalah hak asasi manusia. Itu pula yang menjadi keyakinan ribuan nelayan asal Bone dan Enrekang, Sulawesi Selatan, yang memilih menjadi warga negara Malaysia. Mereka kini menetap di kawasan Batu Dua Laut, Sandakan, Sabah, Malaysia.

Beberapa anak Bugis sudah tak hafal lagi lagu Indonesia Raya. Sebaliknya, para bocah itu fasih melagukan Negaraku sebagai lagu kebangsaan mereka. Apa mau dikata, orang tua, kakek, dan nenek mereka telah memilih melepaskan kewarganegaran Indonesia dan beralih menjadi warga Malaysia sekitar 20 tahun silam.

Di Kampung Batu Dua Laut, sedikitnya ditinggali lima ribu nelayan keturunan Bone dan Enrekang. Mina, warga Enrekang, mengaku sudah tinggal di sana sejak belum memiliki anak. Pada awalnya nelayan keturunan Bone dan Enrekang memutuskan bermukim di tempat ini karena alasan ekonomi. Mereka menilai lebih mudah mencari ikan di perairan Malaysia. Meski sudah menjadi warga negara Malaysia, mereka tetap menjalani adat istiadat Bugis sampai saat ini.

Keberadaan para nelayan keturunan Bone dan Enrekang ini telah diakui pihak Kerajaan Malaysia. Sebagai bukti, mereka telah memegang may card, semacam kartu tanda penduduk. Bahkan, Partai United Malay National Organization (UMNO), partai terbesar Malaysia menjadikan mereka sebagai basis perolehan suara.

Eksodus warga Indonesia ke Malaysia karena alasan ekonomi juga dilakukan sejumlah warga yang tinggal di Desa Temajuk, Paloh Sambas, Kalimantan Barat. Warga yang sebagian besar nelayan dan petani itu kemudian tinggal di Kampung Telok Melano, Malaysia [baca: Pasukan TNI Meningkatkan Patroli di Perbatasan Malaysia].(DNP/Amin Alkadrie dan Kukuh Ariwibowo)- Liputan6.com


Sumber Info : Milo Suam

Tuduhan Liwat : Kronologi hari ini..

Posted: 21 Sep 2011 08:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka memutuskan untuk mendengar permohonan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang mengenepikan sepina supaya hadir memberi keterangan dalam perbicaraan Fitnah II.

Empat peguam – bekas timbalan pendakwa raya Salehuddin Saidin, peguam-peguam kanan jenayah Hisyam Poh Teik, M Athimulan dan Ghazi Ishak – memfailkan permohonan itu semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang itu dijangka memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan Najib dan Rosmah


Anwar semalam menyelar tindakan Najib mengemukakan permohonan itu memandangkan perdana menteri telah berjanji akan hadir sebagai saksi jika disepina oleh mahkamah.

Pada perbicaraan hari ini, DNA Australia Dr Brian McDonald akan diperiksa-balas hari ini oleh peguambela Ram karpal Singh setelah dua hari berturut-turut disoal-balas oleh pendakwaraya.

Semalam, pendakwaraya cuba mempertikaikan kredibiliti Dr McDonald sebagai pakar DNA apabila mengungkit kes di mahkamah yang pernah menolak keterangan beliau.

Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini

9.49 pagi: Mahkamah mula bersidang. Ram Karpal Singh mula menyoal balas Dr Brian MacDonald.

9.53 pagi: Dr Brian memberitahu kepakarannya pernah dicabar sewaktu beliau menjadi saksi di Australia.

Namun, ia bukanlah berkenaan ujian DNA.

Ia adalah berkenaan dengan model populasi, yang bersifat statistikal.

Populasi yang dimaksudkan adalah populasi orang asli Barat Australia.

10.00 pagi: Dr Brian menunjukkan kepada mahkamah sijil-sijil beliau.

Beliau adalah ahli Fellowship of Human Genetics Society of Australia.

10.26 pagi: Ram Karpal Singh bertanya keada Dr Brian samada situasi beliau yang kali terakhir menjalankan ujian dan analisa pada tahun 2004 menjejaskan kepakarannya.

Dr Brian menjelaskan bahawa walaupun beliau tidak menjalanka ujikaji dengan tangannya sendiri, beliau melakukan kerja berkaitan dalam skop yang berbeza.

Beliau memberi contoh bagaimana dalam sebuah firma guaman, peguam yang menjadi rakan kongsi dalam firma itutidak semestinya bertugas menjawab telefon di pejabatnya.

10.33 pagi: Ram Karpal bertanya tentang dakwaan pendakwa raya bahawa DNA air mani masih boleh dikesan selepas berada dalam tubuh mangsa serangan seksual selama 133 jam.

10.36 pagi: Menurut Dr Brian, kes itu adalah kes unik dalam makalah berkenaan kajian ujian DNA.

10.40 pagi: Berlaku pertengkaran kecil di antara Ram Karpal dan Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abidin.

Ia berlaku apabila Ram Karpal membangkitkan isu rencana dalam bahasa Thai yang tidak difahami Yusof tetapi digunakannya sewaktu menyoal balas Dr Brian sebelum ini.

Yusof membantah dan mendakwa artikel itu tidak perlu dibincangkan lagi kerana ia berbahasa Thai.

10.43 pagi: Ram Karpal kelihatan terganggu dengan Yusof yang ketawa kecil sepanjang sesi soal balas dan mengadukan perkara itu kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin.

Hakim Zabidin mengarahkan Ram Karpal meneruskan sesi soal balas.

10.47 pagi: Hakim dan Yusof ketawa kecil dengan Ram Karpal yang kelihatan sedikit berang apabila Yusof masih lagi senyum tersipu-sipu sewaktu Ram Karpal meneruskan sesi soal balas.

Sebahagian hadirin di galeri awam turut ketawa kecil dengan tingkah laku Ram Karpal.


http://www.keadilandaily.com/?p=20729

Melaka nak jadi Las Vegas pula..

Posted: 21 Sep 2011 08:01 PM PDT

MELAKA 21 Sept. – Sebahagian daripada penduduk di negeri ini kini melahirkan kebimbangan dengan kewujudan pusat-pusat perjudian haram yang tumbuh membiak bagai cendawan di negeri itu tanpa tindakan tegas pihak penguat kuasa.

Pusat perjudian yang beroperasi di kafe-kafe siber di seluruh negeri ini dikatakan turut menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pemimpin kerajaan negeri ini.


Menurut sumber, kerajaan negeri pernah melahirkan rasa tidak puas hati itu kerana pihak berkuasa tidak tegas dalam menangani kegiatan itu.

Namun, pengusaha premis perjudian berkenaan pula semakin rakus mengaut keuntungan apabila kegiatan mereka berjaya menarik minat ramai pelanggan berpendapatan rendah, golongan belia, pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Ahli Jawatankuasa Gerakan Belia 4B Bukit Katil, Adnan Saad ketika mendedahkan permasalahan itu mendakwa, lebih daripada 100 premis menjalankan kegiatan perjudian berkomputer secara terbuka dan beroperasi tanpa lesen di beberapa daerah di negeri ini.

Menurutnya, kebanyakan premis berkenaan beroperasi di sekitar Alor Gajah, Masjid Tanah, Merlimau, Jasin, Melaka Tengah dan Ayer Keroh.

"Orang ramai kecewa dengan sikap tidak endah pihak berkuasa yang dilihat tidak serius mengambil tindakan terhadap kewujudan semakin banyak pusat judi berkomputer di negeri ini.

"Kami diberitahu, setiap kali serbuan hendak dilakukan melalui kerjasama pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ia sering kali gagal.

"Apabila serbuan dibuat, premis berkenaan tidak beroperasi. Serbuan itu gagal kerana pemiliknya seolah-olah sudah tahu mengenai operasi tersebut," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Bahagian Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merampas 35 unit komputer yang menjalankan kegiatan judi haram manakala Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pula menyita 37 unit.

Adnan turut mendakwa ada premis berkenaan yang beroperasi berdekatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang dan berhampiran Balai Polis Simpang Ampat di Alor Gajah.

Beliau melahirkan rasa kecewa dengan pihak berkuasa yang langsung tidak ambil peduli terhadap maklumat yang diberikan kepada mereka mengenai premis yang menjalankan kegiatan tersebut.

"Saya pernah memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai sebuah pusat siber menjalankan kegiatan judi berkomputer di Melaka Tengah tetapi malangnya mereka tidak datang bertindak atau menahan pemiliknya," ujarnya.

Justeru, katanya, beliau bersama 60 ahli Gerakan Belia 4B termasuk orang ramai terpaksa mengambil tindakan sendiri apabila berjumpa dengan pemilik premis berkenaan dan meminta mereka menutup operasi premis tersebut.

Adnan menambah, sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan wajar membanteras premis berkenaan, ahli Gerakan Belia 4B seluruh negeri melibatkan 6,000 orang akan membuat demonstrasi aman.


Lidah Rasmi UMNO

Koh Tsu Koon yang tak boleh dipercaya - Sanusi Junid

Posted: 21 Sep 2011 09:59 AM PDT

PERKARA KECIL AKIBATNYA BESAR - MULA-MULA HILANG SATU KERUSI KEMUDIAN HILANG SEBUAH NEGERI

AMERIKA SYARIKAT DAN JEPUN DALAM PERANG DUNIA KE 2

1. Waktu saya terbaring di atas katil di Sime Darby Medical Center di Subang Jaya, selama 21 hari dari selepas tengah-malam 20 Julai, 2011 hingga 10 Ogos, 2011, saya telah melihat di kaca TV upacara memperingati pengeboman Hiroshima pada 6 Ogos, 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos, 1945.

2. Saya telah bertanya kepada menantu saya yang berada di situ pada waktu itu atas sebab-sebabnya, yang dia pelajari, Amerika Syarikat bertindak mengebom dua buah kota di Jepun ini.

3. Jawabnya ialah kerana dua buah kota ini ialah kota industri yang terbesar di Jepun yang semestinya menjadi tempat pengeluaran kapal-terbang atau pesawat dan keperluan perang angkatan bersenjata Jepun.


4. Inilah sebab yang sering diajar di sekolah-sekolah di dunia ini sebagai alasan Hiroshima dan Nagasaki dibom.

5. Tetapi, apakah sebab yang diajar dalam semua sekolah di dunia ini merupakan sebab yang sebenar?

6. Lee Iacocca dalam salah sebuah bukunya telah menceritakan bagaimana, sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, General Dwight Eisenhower dengan isterinya telah berbulan madu di Jepun dan bersama dengan Hirota Koki, Perdana Menteri Jepun di waktu itu, telah melawat kota Kyoto.

7. Keindahan kota Kyoto begitu mempersonakan Eisenhower dan isterinya sehingga apabila perang tercetus antara Amerika Syarikat dan Jepun General Eisenhower telah mengarahkan supaya angkatan udara Amerika Syarikat mencari tempat industri perang berada di Jepun untuk dibomkan. Seterusnya Eisenhower juga mengarahkan supaya Angkatan Udara Amerika mengebom mana saja tempat yang patut dibom asalkan mereka tidak mengebom kota Kyoto, iaitu kota di mana beliau dan isterinya telah pergi untuk berbulan madu.

8. Apabila perang tamat, setelah Hiroshima dan Nagasaki dibom, General Eisenhower dan isterinya telah melawat Jepun sekali lagi. Bersama dengan Hirota Koki mereka telah melawat kota Kyoto.

9. Eisenhower gembira kerana tidak ada kesan perang di kota Kyoto.

10. Eisenhower bertanya kepada Hirota Koki samada terdapat apa-apa pembangunan atau perubahan di sekitar kota Kyoto sejak peperangan berlaku.

11. Hirota Koki memberitahu bahawa di Kyotolah mereka telah membina industri untuk mengeluarkan keperluan angkatan bersenjata Jepun seperti bom, roket dan kapal-terbang atau pesawat perang.

12. Eisenhower lantas bertanya kenapa industri itu dibina di Kyoto.

13. Hirota Koki menjawab kerana Eisenhower telah mengarahkan supaya kota Kyoto tidak dibom oleh Angkatan Udara Amerika Syarikat.

14. Ini bererti bahawa 'bulan madu' Eisenhowerlah yang menyebabkan ratusan ribu rakyat Jepun mati atau cedera, dan harta mereka musnah, di Hiroshima dan Nagasaki sedangkan tanpa arahan Eisenhower supaya tidak mengebom Kyoto sudah tentu risikan Amerika Syarikat akan menemui tempat industri perang Jepun dan tempat yang dibom berdekatan dengan Kyoto yang penduduk sekitar industri perang tidak begitu ramai.

15. Jelaslah akibat dari keputusan Eisenhower, untuk tidak mengebom Kyoto, begitu besar sedangkan alasannya hanyalah kecil, iaitu gara-gara beliau berbulan madu di Kyoto.

LEAGUE OF NATIONS MENGUTUK JEPUN KERANA MENYERANG MANCHURIA

16. Satu kisah lagi melibatkan Thailand.

17. Di waktu Tun Dr. Mahathir mengumumkan Dasar Pandang Ke Timor saya dan beberapa orang kawan termasuk Allahyarham Tun Ghazali Shafie telah berbincang-bincang sambil minum kopi.

18. Tiba-tiba Tun Ghazali Shafie menyatakan 'Buat apa kita berkawan dengan Jepun dan belajar dari mereka dengan dasar Pandang Ke Timur? Mereka tidak berperikemanusiaan. Lihat saja dalam perang dulu mereka boleh berunding dengan Thailand, dan tidak dengan kita, untuk melalui negara itu, tanpa merosakkan harta-benda atau membunuh seorang pun rakyat Thailand kerana mereka sedang menuju ke Singapura untuk menyerang pengkalan tentera British di Singapura. Mereka juga boleh mengelak dari merosak atau membunuh rakyat Malaya.'

19. Sementara Tun Ghazali Shafie memandang Jepun sebagai tidak berperikemanusiaan saya pula pernah mendengar orang Kedah mengatakan orang Thailand perut hijau; mungkin atas sebab yang sama. Pihak Thailand telah berunding dengan British supaya negaranya selamat dan tidak dicerobohi oleh Jepun dalam perjalanan ke pengkalan tentera British di Singapura.

20. Tetapi saya pernah terbaca dalam sebuah buku lagi mengenai sikap Duta Thailand yang berkecuali dalam pengundian di League of Nations di Den Haag ( The Hague ), Belanda waktu cadangan dibuat untuk mengutuk Jepun kerana telah menyerang Manchuria.

21. Sebelum pengundian untuk mengutuk Jepun dibuat duta Thailand di League of Nations telah cuba menghubungi kerajaannya di Bangkok untuk menentukan sikap negaranya.

22. Oleh kerana 'wireless set' di kedutaan Thailand telah rosak, pada waktu itu, maka duta Thailand telah gagal menghubungi kerajaannya di Bangkok untuk menentukan sikap Thailand dalam pengundian untuk mengutuk Jepun kerana menyerang Manchuria.

23. Waktu mengundi duta Thailand telah berkecuali sehingga hasil pengundiannya ialah 51-1 atau 52-1 (angkanya saya kurang pasti) bersetuju mengutuk Jepun.

24. Sikap Thailand yang berkecuali inilah memungkinkan Thailand berunding dengan Jepun supaya tidak merosakkan negaranya dalam perjalanan tentera Jepun, melalui Thailand, menuju Malaya untuk ke Singapura di mana terletaknya pengkalan tentera British.

25. Di sini kita dapat melihat betapa kerosakan 'wireless set' di kedutaan Thailand di Den Haag telah menyelamatkan negara Thailand dari dimusnahkan dan rakyat Thailand dibunuh oleh Jepun.

26. Jika 'wireless set' tidak rosak sudah pasti kerajaan Thailand akan mengarahkan dutanya supaya mengundi bersama dengan anggota League of Nations yang lain untuk menyokong usul mengutuk Jepun; dan akibatnya akan dideritai oleh Thailand.

27. Ini adalah satu lagi contoh yang hampir dengan 'Eisenhower berbulan madu' yang menyelamatkan kota Kyoto.

28. Thailand telah selamat kerana 'wireless set' di kedutaan Thailand rosak.

29. Satu contoh di mana perkara kecil tetapi besar akibatnya.

HARTA MAYC DI JALAN KE WATERFALL GARDEN PULAU PINANG

30. Baru-baru ini saya terbaca di dalam akhbar beberapa desakan supaya Dr. Koh Tsu Koon meletak jawatannya dalam kabinet. Saya juga terbaca bagaimana Presiden Dewan Perniagaan China Pulau Pinang, Tan Sri Tan Kok Ping, mengutuk Dr. Koh dan menyokong Lim Guan Eng dalam satu wawancara dalam akhbar The Star. Tan Sri Tan Kok Ping, dan ahli-ahli Dewan Perniagaan China Pulau Pinang, dulunya menyokong Barisan Nasional.

31. Saya, sebagai Presiden MAYC di waktu itu, di satu masa dulu, ada satu pengalaman dengan Dr. Koh Soo Koon.

32. Pada waktu Tunku Abdullah menjadi Presiden MAYC dan Tun Dr. Mahathir menjadi Naib-Presidennya mereka telah memperolehi sebidang tanah untuk tapak hostel MAYC di Waterfall Garden, Penang. Walau pun hostel tidak dibina tetapi rumah yang ada di tapak tanah itu telah diguna untuk kegiatan MAYC Pulau Pinang.

33. Walau pun tidak ada bangunan mencakar langit atas tanah ini tetapi ia merupakan simbol kebanggaan atas kewujudan MAYC di Pulau Mutiara itu.

34. Di waktu saya menjadi Presiden MAYC dan Tun Dr. Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang 'lease' atau tempoh penggunaan tanah ini telah tamat dan kami telah meminta supaya 'lease' ini diperpanjangkan.

35. Kerajaan negeri Pulau Pinang pula mencadangkan untuk membina 'skating rink' di tempat yang sama.

36. Dalam pertemuan saya dengan Tun Dr. Lim Chong Eu beliau telah berjanji untuk memberi tanah ganti berdekatan dengan jembatan Pulau Pinang. Pada waktu itu Dr. Koh Tsu Koon adalah setiausaha Tun Dr. Lim Chong Eu. Beliau turut hadir dalam pertemuan itu. Kelihatan pada saya watak Dr. Koh agak menarik dan mungkin lebih senang saya berunding dengannya, atau melaluinya, untuk mendapatkan perpanjangan 'lease' tanah di Jalan Waterfall Gargen, selepas to'kong Hindu yang ada di sekitar kawasan itu

37. Satelah beberapa lama berlalu 'lease' tanah di Waterfall Garden telah tidak diperpanjangkan juga sementara tanah ganti dekat jambatan Pulau Pinang juga tidak diperolehi.

38. Apabila Dr. Koh Tsu Koon mengganti Tun Dr. Lim Chong Eu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang MAYC, khususnya bahagian negeri Pulau Pinag, begitu gembira kerana merasakan perpanjangan 'lease' atau penggantian tanah akan berjaya memandang kepada watak Dr. Koh Tsu Koon yang kelihatan begitu simpati terhadap permintaan MAYC.

38. Apa yang berlaku ialah sebaliknya. Sikap Dr. Koh apabila berkuasa adalah berbeza dengan sikapnya sebagai setiausaha Tun Dr. Lim Chong Eu.

39. Beberapa minggu setelah Dr. Koh Tsu Kun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ibu pejabat MAYC menerima surat rasmi dari Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan permohonan kami untuk memperpanjang 'lease' telah tidak berjaya tanpa menyebut sepatah pun tawaran tanah ganti di jambatan Pulau Pinang.

40. Sekitar lebih 18,000 ahli MAYC Pulau Pinang begitu marah kepada Dr. Koh Tsu Kun dan ratusan ribu ahli MAYC di seluruh negara berasa kecewa.

41. Sikap Dr. Koh jelas 'deceptive'. Manis di mulutnya tidak dapat diharapkan.

42. Beberapa waktu setelah menerima surat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, seorang dari wakil rakyat telah meninggal dunia.

43. Dalam pilihanraya kecil yang diadakan berikutan kematian itu ahli-ahli MAYC Pulau Pinang tanpa mengira parti dan kaum, telah bekerja kuat untuk memenangkan calon DAP.

44. Sebahagian yang cukup besar ahli-ahli MAYC Pulau Pinang terdiri dari kaum bukan Melayu. Oleh itu jika Dr. Koh Tsu Koon mengharapkan ahli-ahli MAYC Pulau Pinang dari kalangan Melayu akan lupa pada dosanya kepada mereka, kerana Melayu mudah lupa, ahli-ahli MAYC dari keturunan India dan China sukar melupakannya.

45. Tanah di Waterfall Garden masih terbiar hingga hari ini dan Dr. Koh Tsu Koon dikatakan adalah punca kekalahan Barisan Nasional di Pulau Pinang. Saya yakin dakwaan ini banyak benarnya. Ahli-ahli MAYC tidak faham kenapa 'lease' tanah ini tidak dapat diperpanjangkan sedangkan tanah ini terbiar begitu sahaja dan tidak dipakai sebagaimana yang maklumkan.
46. Apakah orang lain, atau badan-badan lain, juga telah kecewa dengan Dr. Koh, sebagaimana MAYC. Inilah satu contoh di mana mula-mula Barisan Nasional menghadapi masalah kecil, dengan kekalahan hanya satu kerusi, kemudiannya, kerana tidak ada analisa yang tepat dan tindakan yang tegas oleh pucuk pimpinan, masalah Barisan Nasional menjadi besar, dengan kehilangan kerajaan negeri.

47. Jika jumlah ahli MAYC di seluruh negara, yang muda dan yang veteran, adalah sekitar 500,000 orang, dan jika 100,000 dari jumlah ini telah meninggal dunia sekali pun, ada sekitar 400,000 yang pasti tidak gembira apabila melihat tokoh yang mengecewakan mereka berlagak pandai di kaca TV.

MEMENANGKAN BARISAN NASIONAL DI KAWASAN KUBU PAS - JERLUN

48. Watak seperti Dr. Koh Tsu Koon juga ada di Jerlun, Kedah.

49. Beliau terkenal dengan nama gelaran Pak Mat Kudong.

50. Pak Mat Kudong tinggal di salah sebuah Pida ( feeder atau taliair yang ada dalam kawasan MADA di Kedah) di Jerlun dalam sebuah kawasan pilihanraya Jerlun yang mempunyai pengaruh PAS yang paling kuat di Kedah. Itulah sebabnya Ketua PAS Kedah, Dato' Abu Bakar Umar, bertanding berkali-kali dalam kawasan Jerlun.

51. Sabagaimana yang selalu saya katakan bahawa PAS, dahulunya, wujud dalam kawasan yang banyak pondok, dan pondok pula wujud dalam kawasan penanaman padi kerana penanam padi terkenal dengan amalan membayar zakat kepada alim ulama di pondok-pondok. Saya namakan hipotesis ini sebagai 3P iaitu Padi, Pondok dan Pas. Wang zakat inilah yang membiayai kegiatan pondok. Kecuali di Kemaman, Terengganu, yang tiada paDI, tetapi ada HaDI, didapati pondok maju di kawasan penanaman padi.

52. Dengan kehadiran saya sebagai wakil rakyat untuk Jerlun-Langkawi pengaruh Barisan Nasional di Jerlun bertambah bersemarak tetapi Barisan Nasional tetap kalah di Jerlun dan kemenangan saya untuk kawasan Parlimen sangat bergantung kepada undi dari Langkawi. Walau bagaimana pun kemenangan PAS, walau pun yang bertanding itu ialah Pengerusi Perhubungan PAS, Dato' Abu Bakar Omar, adalah dengan undi yang tidak begitu banyak.

53. Selaku Ahli Parlimen kawasan Jerlun-Langkawi saya berazam untuk Barisan Nasional menawan Jerlun pada pilihanraya berikutnya. Oleh itu satu kajian yang teliti telah saya buat dan saya dapati satu keanehan di kawasan UMNO pimpinan Pak Mat Kudong.

54. Di situ jumlah ahli-ahli UMNO cukup ramai dan Pak Mat Kudong sangat bangga dengan jumlah ahlinya yang banyak yang, katanya, berjumlah lebih 500 orang. Sebahagian dari ahli UMNO ini datang dari luar Pida berkenaan.

55. Pak Mat Kudong selalu menceritakan dengan bangganya bagaimana beliau telah menjadi ahli UMNO sejak tahun 1946 dan telah memimpin UMNO cawangannya sejak Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden UMNO.

56. Apa yang aneh ialah dalam pilihanraya peti undi yang termasuk undi cawangan UMNO Pida Pak Mat Kudong selalu kalah. Saya diberitahu tahu hanya 10% dari ahli UMNO Pida Pak Mat Kudong yang memilih Barisan Nasional dalam pilihanraya.

57. Sebabnya ialah ahli-ahli UMNO di situ benci pada Pak Mat Kudong tetapi tidak sanggup untuk menentangnya dalam pemilihan UMNO. Katanya mereka 'segan' dengan Pak Mat Kudong. Ahli-ahli UMNO mengharapkan supaya pihak ibu-pejabat UMNO dapat melihat fenomena ini dan bertindak untuk memperbaikinya. Untuk beberapa kali pilihanraya ahli-ahli UMNO di situ telah membuat undi protes terhadap Pak Mat Kudong dengan mengundi PAS.

58. Dalam pilihanraya berikutnya saya telah memaklumkan dalam mesyuarat UMNO Bahagian bahawa ibu pejabat UMNO telah memecat Pak Mat Kudong dari menjadi ahli UMNO dan saya nasihatkan kepada semua ahli jawatankuasa supaya merahsiakan tindakan ini kerana kita tidak mahu ada kekecohan dalam cawangan yang boleh mengganggu pilihanraya. Dengan nasihat begini maka bertambah cepatlah cerita Pak Mat Kudong dipecat telah heboh di seluruh bahagian kecuali Pak Mat Kudong sahaja yang tidak mengetahui kerana tidak ada yang berani memaklumkan padanya.

59. Maka kalahlah PAS di Jerlun kerana hampir 100% dari sekitar 500 undi ahli UMNO Pida Pak Mat Kudong telah mengundi Barisan Nasional.

KESIMPULAN

60. Rata-rata terdapat pemimpin di kalangan orang Melayu, China dan India yang telah mengecewakan pengundi setempat. Ada yang seperti Dr. Koh Tsu Koon yang mula memegang jawatan dengan harapan yang cukup tinggi di kalangan rakyat; ada juga yang seperti Pak Mat Kudong yang kerana benci ahli parti, dan rakyat setempat, maka kepentingan parti terkorban.


Posted by Sanusi Junid

Tiada ulasan: