Khamis, 22 September 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


Lalat dan Penyakit, Rasulullah dan Saintis

Posted: 22 Sep 2011 12:42 AM PDT


Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.
(Riwayat al-Bukhari)

Kemusykilan

Hadis ini benar-benar pelik. Bolehkah lalat yang dikenali sebagai binatang pengotor mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya?

Secara Logik

Lalat memang dikenali sebagai binatang pengotor dan pembawa penyakit. Hal ini sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas 'sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyakit'. Namun perlu difikirkan kenapakah kekotoran, iaitu merujuk kepada pelbagai jenis bakteria yang terdapat pada tubuh badan lalat ini tidak mengakibatkan penyakit kepada lalat itu sendiri?

Jawapannya adalah kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.

Secara Saintifik

Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

sitoplasma dapat membunuh kuman dari lalat

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah. 

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. 

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini. 

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Harga minyak akan turun dalam tempuh 24 jam!

Posted: 21 Sep 2011 05:01 PM PDT

Datuk Sri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang berjanji akan menurunkan harga Minyak dalam tempuh 24 jam selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada PRU yang akan datang.Janji ini diikrarkan oleh Anwar dalam ceramah ringkas beliau semasa menghadiri majlis makan malam Aidil Fitri pada malam Isnin

Majlis bertujuan bagi mengutip dana piliharaya Cabang Pasir Salak, Perak yang diadakan di Restoran Choong Kong, Jalan Chui Chak, Pekan Langkap, Perak. Lebih 1,000 orang menghadiri majlis makan malam tersebut
Anwar berharap cabang mempertingkatkan jentera piliharaya dan berkerja keras bagi menghadapi PRU yang akan datang. Ujarnya lagi beliau yakin Parlimen mampu ditawan kali ini sekiranya jentera parti Keadilan dan Pas bekerja keras mengempur UMNO / BN di Pasir Salak.
Tewas tipis
Dalam PRU ke 12 yang lalu calon Keadilan tewas tipis dengan majoriti 2,600 undi walaupun Pasir Salak merupakan kubu kuat UMNO/BN satu masa dahulu.
Sebelum itu Penyelaras Keadilan Parlimen Pasir Salak , Abdul Razak Bin Ismail dalam ucapannya membidas sikap Kerajaan UMNO/BN dan Felcra yang dilihat tidak dapat menangani isu-isu setempat yang telah lama berpanjangan antaranya :-
1) Ketidakpuasan hati lebih 5,000 pesawah padi di kawasan 'jelapang padi' Felcra Seberang Perak. Felcra dilaporkan membeli hasil padi mereka dengan harga yang begitu rendah ( RM1,050 setan sedangkan harga pasaran ialah RM1,250 setan) Kekurangan harga sebanyak RM200 bagi setiap tan.
2) Mereka juga tidak berpuashati apabila Felcra gagal mengeluarkan geran tanah bagi tanah sawah mereka walaupun mereka telah menjelaskan kesemua hutang piutang mereka dengan pihak Felcra. Perkara ini telah berlarutan lebih 30 tahun yang lalu.
Alasan Felcra ialah kawasan tersebut menghasilkan gred padi yang bermutu rendah. Ahli Parlimen BN Pasir Salak sekarang, Dato' Tajuddin Abdul Rahman adalah Pengerusi Felcra . Kawasan tanaman padi ini merupakan kubu kuat UMNO selama ini.

Tiada ulasan: