Selasa, 20 September 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Chegu Bard kata dia tahu milik siapa DNA ketiga itu..

Posted: 20 Sep 2011 08:51 AM PDT

Semalam ketika membaca satu laporang dari TV Selangor tentang perbicaraan tuduhan liwat yang sedang berjalan di Mahkamah sekarang ini, timbul satu pertanyaan tentang DNA yang ditemui dalam rectum Saiful.

Kerana berdasarkan laporan Seah dan Nor Aidora, DNA pada rektum atas Saiful menunjukkan terdapat tiga profil iaitu pra-dominan "lelaki Y" dan pra-dominan Saiful.


DNA "lelaki Y" dikatakan sebagai DNA Anwar oleh pencacai UMNO manakala DNA kedua pula ialah DNA Saiful.. DNA ketiga pula milik siapa?

Sebahagian berita..

Ram yang menyoal Konsultan Molekular Genetesis itu sebentar tadi memberi tumpuan terhadap sampel DNA yang diambil di bahagian rektum atas Saiful dan DNA yang diperolehi daripada tuala muka 'Good Morning' ketika Anwar ditahan semalaman di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Berdasarkan laporan Seah dan Nor Aidora, DNA pada rektum atas Saiful menunjukkan terdapat tiga profil iaitu pra-dominan "lelaki Y" dan pra-dominan Saiful.

Manakala profil terakhir yang diperolehi daripada rektum bawah Saiful menunjukkan bacaan tidak meyakinkan.

Justeru pakar dari Australia itu mendakwa Seah dan Nor Aidora telah diabaikan penemuan yang mencadangkan kehadiran sampel DNA ketiga pada ujian tersebut.

Nor Aidora sebelum ini memberi keterangan kepada mahkamah bahawa DNA "lelaki Y" adalah sepadan dengan profil DNA yang ditemui pada tuala muka tersebut.

"Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan tentang mengapa ujian lanjut tidak dilakukan. Bukti itu tidak memberitahu kita ia datang dari sperma atau air liur," ujar Brian lagi.


Milik siapakah DNA ketiga itu.. mengapakah ianya dikatakan tidak menunjukkan bacaan yang menyakinkan.. sedangkan mereka begitu yakin dengan DNA 'Lelaki Y' dan juga DNA Saiful..

Adakah ianya milik VVIP UMNO? maka ia perlu dikatakan tidak menyakinkan... Aku tak tahu… sebab itu aku tertanya-tanya..

Orang kata Chegu Bard dan Edyes tahu milik siapa DNA ketiga itu.. cuba korang lihat di blog Edyes di SINI

Siapakah Ustazah Kama ini wahai Jamil Khir?

Posted: 20 Sep 2011 07:03 AM PDT

Oleh: Ustaz kagat



Berita pembinaan rumah Jamil Khir yang menelan harga jutaan ringgit telah mendorong saya untuk mewnulis artikel ini.


Meskipun saya telah meninggalkan KAGAT sejak beberapa tahun lalu namun rasa sayang dan cinta saya kepada KAGAT tetap bersemarak justeru itu saya mengemukakan pandangan ini untuk perhatian pimpinan tertinggi ATM agar tidak memperjudikan nasib KAGAT dan menyebabkan KAGAT hancur ditangan golongan yang mencari kepentingan peribadi.

Anggota KAGAT dan ATM sememangnya sedar tentang kemelut perlantikan pengarah KAGAT yang sama ceritanya seperti JKR. Namun perkara ini berjaya dikawal sehingga pihak media tidak mengetahuinya.

Mengikut cerita teman-teman yang masih berkhidmat bahawa perlantikan Bgd Jen Mustafa adalah konspirasi yang dimainkan oleh Jamil Khir dan pengikut setianya.

Untuik mengetahui benar atau tidak perkara ini maka kita tunggulah bagaimana kedudukan orang kuat Jamil Khir terdiri daripada Lt Kol Latif, Lt Kol Saudi, Lt Kol Ibrahim, Mej Husin, Mej Kamil, Mej Nasir, Mej Titan, Mej khairul dan paling utama orang yang dianggap sebagai "buah hatinya" iaitu Ustazah Kama.

Mereka yang disebutkan diatas adalah tulang belakang Jamil Khir yang sama-sama bertahajjuud dan beriktikaf di atas padang GOLF SEHINGGA KERJA UTAMA PEJABAT dibiarkan kepada anggota bawahan untuk dibereskan.

Mereka inilah yang akan dilantik sebagai TPP dan Lt Kol baru manakala Ustazah Kama pula semua tahu tentang kes beliau satu persatu tetapi oleh kerana beliau merupakan nadi Jamil Khir di KAGAT justeru itu kes beliau tidak diambil sebarang tindakan dan mungkin juga beliau akan dianugerahkan hadiah jawatan pegawai KAGAT.

kalaulah benar perkara ini berlaku maka Menteri Pertahanan kena tahu bahawa pengaruh Jamil Khir masih menguasai KAGAT mengatasi bidang kuasa beliau sendiri sebagai Menteri Pertahanan.

Mana Jamil Khir dapat duit untuk bina istananya itu tidak heran bagi anggota Kagat kerana kami tahu tentang hal beliau.


Tranungkite

Wikileaks dedahkan SPR pernah keluarkan 60,000 IC palsu

Posted: 20 Sep 2011 03:45 AM PDT

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui beliau pernah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada sekitar tahun 1990-an - atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat-naikkan di portal pembocor maklumat Wikileaks memetik bekas ketua Rakyat Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) Malek Husin sebagai mendakwa bahawa Rashid (kiri) mengakui perkara ini dalam pertemuan peribadi di rumah Rashid pada 25 Oktober, 2006.


Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid juga mengesahkan Umno telah melancarkan kempen 'kotor' pada tahun 1990-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai sehingga 1994 oleh PBS yang berada di barisan pembangkang ketika itu.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan mereka pendatang beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi telah mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin-pemimpin tempatan sama ada di dalam mahupun di luar BN berulang-kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Walau bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

Adalah didakwa keadaan semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang kini dikenali sebagai 'Projek IC'. Ini adalah operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan ejen-ejen mereka - dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot dengan sebegitu mendadak.

Walaupun PBS akhirnya tumbang dengan rentetan beberapa pembelotan kepada BN, namun ramai yang menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula.


Malaysiakini

Gambar dan Video : Pagar Rumah Mat Sabu mangsa keganasan Mereka..

Posted: 20 Sep 2011 01:38 AM PDT



Baca kecaman PAS tentang insiden menyerang rumah Mat Sabu ini..

KUALA LUMPUR, 20 Sept: PAS mengecam pihak tertentu yang menyerang rumah Timbalan Presiden Mohamad Sabu di Seksyen 19 di Shah Alam malam tadi dipercayai menggunakan bom petrol.


Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS memandang serius perkara itu kerana sejak laporan salah media terhadap Mat Sabu berhubung isu Bukit Kepong, timbalan presiden PAS itu menerima pelbagai ugutan SMS sehingga ancaman fizikal hari ini.

"Kita pandang serius serangan ini. Sebelum ini Mohamad Sabu ada buat laporan polis beliau kena ugut dan terima ancaman, saya harap pihak keselamatan boleh meningkatkan kawalan terhadap keselamatannya," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Pada 8 September lalu, Mohamad juga mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Dalam situasi sekarang ini ujar Tuan Ibrahim, sebarang ancaman tidak boleh lagi dipandang enteng kerana kebanyakan ancaman disusuli tindakan.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, bahagian pagar depan dan lantai halaman rumah Mohamad terbakar, dipercayai akibat bom petrol.

Ketika kejadian itu Mohamad dan isteri difahamkan tiada dirumah dan hanya disedari anaknya Nurul Huda, 27, selepas dimaklumkan jiran.

Mengulas lanjut insiden itu, Tuan Ibrahim menasihatkan semua pihak menggunakan saluran undang-undang yang betul jika tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak dan bukannya bertindak melulu atas kemarahan diri.

Selain itu beliau turut menasihatkan media, agar melaporkan perkara yang betul supaya tidak menimbulkan kemarahan rakyat yang boleh mengancam keselamatan orang lain.

"Media perlu elak putar belit. Jangan sengaja bangkitkan kemarahan rakyat dengan isu agama dan perkauman sehingga mengancam keselamatan seseorang," katanya.










S Class KCX 8, Jawapan buat Pencacai UMNO.

Posted: 20 Sep 2011 12:02 AM PDT

Buat blogger pro UMNO yang mendakwa kereta ini MILIK Ustaz Azizan.. sila baca dan fahamkan..



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.


"Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna.Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu," katanya.

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunjungannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.

"Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah," katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.

"Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak," katanya.

Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

"Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan," katanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

"KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah," katanya.

Beberapa penulis blog sebelum ini mempersoalkan pembelian kereta Mercedes Benz bernombor plet KCK 8 sama ada ia dibeli dengan wang Azizan sendiri ataupun oleh Kerajaan Negeri yang dikatakan berbelanja besar untuk kemewahan Menteri Besar.

Menjawab soalan Sinar Harian, Azizan menafikan ada membeli kereta bernombor plet KCK 8 sama ada oleh dirinya sendiri mahupun Kerajaan Negeri. Hal itu turut dinafikan Pengarah JPJ negeri yang mengatakan kereta KCK 8 didaftarkan bawah nama indidivu yang tidak kaitan dengan kerajaan.

Soalan yang ditanya kepada Azizan adalah merujuk pada pernyataan penulis blog yang merujuk kereta itu sebagai bernombor plet KCK 8, bukan KCX 8 manakala nombor plet pada gambar kereta yang dipaparkan pula tidak jelas.

Bagaimanapun selepas penjelasan Azizan disiarkan Sinar Harian yang menafikan kereta KCK 8 dibeli, Menteri Besar itu sebaliknya didakwa sengaja memutar belit kenyataan kerana isu sebenar adalah merujuk pada kereta bernombor plet KCX 8.


Sinar Harian

Tuduhan Liwat : Pendakwaraya buat kerja gila..

Posted: 19 Sep 2011 11:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pendakwaraya dalam kes perbicaraan fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim sedaya upaya menegakkan benang yang basah ketika menyoal balas saksi pembela, Dr Brian McDonald.

Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden memaksa Pakar DNA Australia itu bersetuju dengan kandungan jurnal Thailand bahawa sel DNA dari air mani boleh bertahan lebih 100 jam.

Berikutan itu, McDonald membantah kerana tidak memahami kandungan yang bertulis dalam bahasa Thai itu.


"Kamu minta saya untuk setuju tentang sesuatu yang saya tak faham. Saya takkan lakukan.

"Saya rasa tiada siapa dalam mahkamah ini yang boleh baca bahasa Thai," kata Brian, mengundang ketawa mereka yang berada di galeri awam.

Terdahulu, Yusof mengemukakan jurnal dalam bahasa Thai dan meminta McDonald bersetuju dengan rujukan tersebut.

Beliau merujuk tiga jurnal perubatan kes rogol di luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih 100 jam di dalam vagina seseorang wanita.

Kandungan dokumen tersebut digunakan Yusof untuk menyokong hujahnya sebelum ini bahawa perolehan sel DNA dari air mani yang dibuat oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora adalah terpakai.

Sementara itu, peguam pembantu Sankara Nair berkata, andaian yang dibuat Yusof tidak kukuh kerana merujuk kepada jurnal yang diterbitkan di United Kingdom pada 1982 bahawa sel DNA hanya bertahan selama 65 jam.

"Bahagian yang tertulis tentang perkara itu dalam Bahasa Inggeris hanya satu perenggan.

"Jurnal yang sama menyatakan calitan (swap) itu bertahan lebih 100 jam hanyalah yang diambil dari vagina wanita.

"Manakala, calitan dari rektum hanya bertahan selama 65 jam," kata Sankara ketika ditemui di perkarangan mahkamah.

Mengikut laporan sebelum ini, calitan yang diambil dari rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan berusia 56 jam dari tarikh kejadian didakwa berlaku, dan disimpan lagi selama 43 jam sebelum diuji ahli kimia.

Hakim Datuk Zabiden Mohd Diah menangguhkan perbicaraan sehingga jam 2.30 petang


http://www.keadilandaily.com/?p=20615

'Miss Bikini' di Pulau Pangkor?

Posted: 19 Sep 2011 09:24 PM PDT

Hebatnya Perak dibawah pentadbiran Zamry sekarang ya..



Iklan diatas telah disiarkan oleh The Star beberapa hari yang lepas, bayangkan jika pertandingan 'Miss Bikini' tersebut diadakan di Pulau Pinang atau Kedah ataupun Selangor lebih hebat lagi jika ianya diadakan di Kelantan..


Pasti riuh rendah media tunggangan UMNO dan blogger UMNO memainkan isu ini hingga tidak cukup pages dan blog untuk mengutarakan isu ini.. tapi ianya diadakan di Perak negeri yang dinaungi oleh UMNO maka sunyi sepi sajalah..

Bagaimanapun bukan semua Blogger UMNO setuju dengan pertandingan 'Miss Bikini World Award 2011' ini.. ada juga yang masih boleh berfikir dengan rasional.. Tahniah..

Bacalah apa yang ditulisnya dibawah..

ZAMBRY KADIR, KAU DAH BOSAN JADI MENTERI BESAR PERAK, EK?

Kita tolak ke tepi politik Perak, tendang terajang antara para pembesar dan budaya menggunakan kuasa untuk menjatuhkan lawan dalam kumpulan sendiri. Kita tolak ke tepi peranan yang dimainkan oleh segala macam Setiausaha atau pembantu politik mahupun peranan pelbagai Yayasan. Ketepikan sahaja PERANAN Razman Hakimi dan Anuar Reform yang turut serta dalam 'perebutan' di Perak SELAIN MEMERHATIKAN LABA BESAR UNTUK DIRAMPAS DAN DIREBUT.

Perhatikan PERADUAN tersebut!

Siapa sebenarnya yang dijadikan sasaran?

Memang benar Pangkor adalah DUN yang diwakili oleh Zambry Abdul Kadir, tetapi siapa pula Exco Pelancongan Perak?

Takkan cerita Altantuya yang nak 'bunuh' Anwar dan Najib secara serentak dan pada masa yang sama menyelamatkan Abdullah Badawi, berlaku pula di Perak dalam bentuk Peraduan Bikini Pantai?

Masakan Pelancongan Perak terlalu terdesak sehingga perlu mengadakan pertandingan tiga suku bogel di pantai Pangkor? Takkanlah pelancongan Perak sangat bergantung kepada BUAH DADA dan TEMBANNYA TUNDUN bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke Pulau Pangkor, sedangkan tanpa elemen-elemen buah dada dan tundun pun, Pangkor memang telah lama menjadi destinasi pelancongan?

Produk pelancongan Perak sebenarnya ada pelbagai yang boleh dimajukan. Perak mempunyai aset pelancongan yang jauh lebih besar berbanding Melaka walaupun mungkin kurang berbanding Kedah yang turut menerima nasib yang sama, iaitu SENTIASA DIABAIKAN!

Tapi tak tahulah kalau Zambry sudah mulai bosan menjadi Menteri Besar Perak dan berharap pertandingan tersebut akan mempercepatkan dia untuk bersara sebagai Menteri Besar Perak. Kita di luar ini sekadar boleh pandang dan buat persepsi sahajalah, sedangkan Zambry mempunyai pegawai-pegawai yang berotak brilliant yang sangat sukar dicari di mana-mana bahagian dunia ini.

The Flying Kick

Pagar Rumah Mat Sabu pulak menjadi mangsa keganasan mereka..

Posted: 19 Sep 2011 08:48 PM PDT

Minggu lepas Rumah Mat Sabu yang kosong di Guar Petai diserbu pada waktu malam oleh pencacai UMNO yang membawa sekumpulan wartawan kononnya untuk menyerahkan memorandum tentang Mat Indera- sila baca di SINI

12 tengah malam semalam pula pagar rumah Mat Sabu di Shah Alam pula menjadi mangsa.. kesian kat pagar tu apa salah yang dilakukannya entahlah, tak pasal-pasal kena bakar..


Yang menariknya ketika kerja-kerja menyiram minyak petrol keatas pagar itu dijalankan untuk dibakar, lampu jalan seolah-olah merestui tindakan itu bila ianya turut memadamkan diri..

Terima kasih Pak Bakar Penarik Beca atas info.. bawah ni berita dari Malaysiakini


Rumah Mat Sabu dilempar bom petrol

Kediaman Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, di Seksyen 19 di Shah Alam dilempar bom petrol pada 12.30 tengah malam tadi, kata pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin.

Sementara isteri Mohamad memberitahu Malaysiakini, dalam kejadian itu, pagar rumahnya terbakar.

Bagaimanapun beliau tiada maklumat terperinci kerana berada di kampungnya di Perlis. Mohamad pula tidak dapat dihubungi buat masa ini.

Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa beliau menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Katanya, kiriman SMS itu diterima daripada individu yang tidak dikenali.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Ayat dalam SMS yang didakwa mengancam keselamatan keluarganya itu berbunyi:

"Awak memang patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan awak.

Malaysiakini

Harga minyak dunia turun

Posted: 19 Sep 2011 06:57 PM PDT

Ini berita dari Bisnis Indonesia.. aku cari laporan dari Malaysia tak jumpa..

Oleh Bloomberg
Senin, 05 September 2011 | 21:39 WIB



LONDON : Harga minyak di pasar dunia turun menyikapi lesunya perekonomian Amerika Serikat dan China yang diperkirakan mengurangi konsumsi minyak.


Di Bursa ICE Futures, London, harga minyak Brent untuk penyelesaian Oktober turun US$1,72 atau 1,5% ke level US$110,61 per barrel pada perdagangan sore hari pukul 15:00 waktu setempat.

Sementara itu, di Bursa New York Mercantile Exchange, perdagangan harga minyak untuk pengiriman Oktober dibuka melemah US$2,35 ke level US$84,10 per barrel.

Tobias Merath, Kepala Riset Komoditas Credit Suisse AG di Zurich—yang memperkirakan harga minyak bulan ini di kisaran US$80—US$90, mengatakan faktor kelesuan ekonomi dan problem pendanaan di kalangan investor menjadi pemicu merosotnya harga minyak.

"Kombinasi kedua faktor itu akan menimbulkan masalah bagi pasar. Tak ada faktor kuat untuk mendongkrak harga minyak," ujarnya melalui telepon kepada Bloomberg.

Dari sisi produksi, merosotnya harga minyak juga dipicu oleh langkah Exxon Mobil Corp dan Shell yang merumahkan staf lapangan setelah Badai Tropis Lee menerjang proyek lepas pantai di Teluk Meksiko.


Bisnis.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Thanks for sharing your thoughts about psychologist.

Regards
Here is my web-site online casino review