Selasa, 20 September 2011

Bila Harimau Sudah Menaip...

Bila Harimau Sudah Menaip...


Ahmad Idham Keras Kepala

Posted: 20 Sep 2011 08:50 AM PDT



Zizan telah memohon maaf dan menzahirkan kekesalan beliau dalam mengungkapkan perkataan yang ditafsirkan sebagai menghina Nabi Muhammad SAW dan dikhuatiri merosakkan aqidah beliau (sekiranya tidak bertaubat) dan mempengaruhi peminat- peminat beliau untuk meniru adegan tersebut. Namun, tidak pula beliau menyatakan skrip itu adalah arahan Pengarah atau memang dalam naskhah skrip ataupun idea beliau sendiri. Kalian boleh rujuk/ follow twitter beliau untuk mengetahui isi permohonan maaf dan kekesalan beliau.

Pengarah filem tersebut iaitu Ahmad idham, masih mempertahankan adegan tersebut kerana mendakwa ia telah dipertontonkan kepada 4 Ulama sebelum ia dilepaskan untuk siaran Umum. Sumber kenyataan beliau diperolehi dari blog Addin77.Tidaklah pula Ahmad Idham menyatakan bahawa Ulama itu adalah Ulama bertauliah dari JAIS atau tidak, ataupun Ulama tersebut Ulama yang maksum atau tidak. Mungkin Ahmad Idham mempertontonkan kepada Imam Surau kampungnya sahaja kot?Wallahua'lam.

Sukar sangatkah untuk mengaku kesilapan? Ini bukan hal maruah atau kredibiliti Pengarah la Idham oiiii, ini hal Aqidah Ummah. Apa tindakan FINAS? FINAS takde penasihat agama ke? Atau juga melantik Imam surau menjadi panel penasihat?Bukanlah gua menghina Imam surau tetapi label "Ulama" oleh Idham tu cukup membuatkan gua tak sabar nak tahu senarai 4 nama Ulama yang memberi kelulusan filem beliau. Kalau Ulama tu tak komen pasal aurat pelakon wanita dalam filem tu, gua pelik jugak ni.

Yang lagi best, Ahmad Idham mangkuk hayun ni dikhabarkan menulis begini bagi menjawab teguran peminatnya di laman sosial Facebook (rujukan dari sini):

Ma**** Az*****

Assalamualaikum Saudara,


Maaf m'ganggu, cuma saya nk ambil kesempatan ini menyuarakan pendapat peribadi saya berkenaan filem arahan saudara iaitu Hantu Bonceng telah memperlihatkan adegan 'Azan', ucapan dua kalimah syahadah dan perlakuan tasyahud akhir dijadikan babak jenaka. Dukacita ingin saya nyatakan sebagai salah seorg peminat filem tanah air saya merasa amat tersentap melihat adegan-adegan ini dijadikan bahan jenaka.


Maafkan sekiranya saya tersilap saudara. Tetapi sebagai umat Islam dan hamba kepada yg maha Esa, saya tidak rela melihat perbuatan seperti 'Azan', ucapan dua kalimah syahadah dan tasyahud akhir diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa ramai.


Mungkin niat asal kita adalah baik tetapi hasilnya mungkin menjadi sebaliknya. Saya amat berharap sgt dan merayu pada saudara agar perkara yg berkaitan agama jgnlah dijadikan bahan duniawi melainkan atas tujuan dakwah dari sudut ilmiah bukannya lawak jenaka.

Maafkan saya lagi sekali sekiranya tersilap bahasa dan kata dalam menyuarakan padangan saya ini.

Wasalam

Ahmad Idham Ahmad Nadzri

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak. Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama. Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain. Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci... Renung renung lah...

Ma**** Az*****

Assalamualaikum..


Terima kasih kerana sudi luangkan masa membalas msg saya.


Saya akui saya cetek ilmu agama. Saya akui saya tidak setaraf para ulamak. Saya akui tahap pemikiran saya tidak setinggi mana.

Saya cuma menyatakan pandangan saya sebagai hamba Allah. Mungkin saya salah, mungkin saya betul. Terserah. Wallahualam...


wasalam
 Ahmad Idham ni dah agak melampau dalam komentar balas beliau. Ini yang dikatakan "pandai tak boleh ditumpang, salah tak boleh ditegur, bodoh tak boleh diajar". Sumpah aku takkan menyumbang duit ke filem Ahmad Idham selagi dia tidak bertaubat dan menyatakan permohonan maaf.

Boikot produk Ahmad Idham!

Ini bukan pulauan terhadap Ahmad Idham seperti pulauan Rasulullah SAW terhadap Kaab Bin Malik radiAllahuanhu, ini BOIKOT! Apa benda yang Ahmad Idham terlibat, kita boikot. Baru dia tahu bahawa rezeki itu bukan dari David Teo tetapi dari Allah Azzawajal.


Tiada ulasan: