Ahad, 18 September 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki Pemburu Maksiat KEMARUK & DIKIKIS Wanita Pinoy

Posted: 18 Sep 2011 07:00 AM PDT


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Muda, bergetah, memiliki tubuh gebu serta berwajah ala Sepanyol. Mungkin itu antara tarikan yang membuatkan sebilangan lelaki hidung belang cair dengan godaan gadis Filipina yang kini menjadi kegilaan warga kota sebagai pendamping malam mereka.

Jika dulu, gadis dari negara jiran seperti Indonesia dan warga China menjadi rebutan kutu kelab malam, kini suasananya jauh berbeza. Lambakan gadis Filipina yang diberi jolokan Pinoy menggantikan tempat golongan itu di kelab malam sekitar ibu kota.

Entah apa istimewanya, gadis Pinoy mula menjadi tumpuan dan digemari sehingga ramai lelaki berkerjaya serta tebal poket hanyut dan terpedaya dengan mereka yang hanya mahu mengikis wang.

Berdasarkan maklumat diperoleh daripada lelaki dikenali sebagai Rizal, 41, yang mendedahkan kebanjiran gadis Filipina, wartawan Metro Ahad cuba mencari kebenaran mengenai dakwaan itu.

Hakikatnya, mereka bukan saja mudah diajak berhibur ketika ditemui di kelab malam, malah boleh dibawa ke ranjang dengan bayaran tertentu yang jauh lebih murah jika kena caranya.

Rizal berkata, berbeza dengan pelayan pelanggan (GRO), gadis Pinoy biasanya tidak mengharapkan lelaki untuk mendapatkan khidmat seks terlebih dulu, sebaliknya lebih suka berhibur dan dibelanja minum arak.

"Kalau GRO, kita panggil je duduk bersama memang dah kena keluar duit, lepas tu ajak kita sewa bilik (hotel) dan bayar dia. Semua nak cepat dan mereka cuma mahukan duit.

"Namun gadis Pinoy berbeza, iaitu cara mereka kikis duit lelaki lebih halus. Berkenalan dulu, lepas tu bila dah jadi macam kawan baru dia goda (ke ranjang)," katanya.

Rizal yang juga peniaga mula terjebak dengan penangan gadis Pinoy sejak 2010 disebabkan pengaruh rakan.

Dia berkenalan dengan gadis Filipina yang dikenalinya sebagai Dessy dari Wilayah Batangas.

Perkenalannya dengan Dessy tidak hanya berakhir di ranjang, sebaliknya turut menjadi perempuan simpanannya.

"Walaupun tak fasih cakap Melayu, mereka pandai layan lelaki. Sebab itu saya 'simpan' Dessy. Bagaimanapun, hubungan kami berakhir sebulan lalu.

"Dessy tiba-tiba menghilangkan diri. Baru saya sedar dia sebenarnya hanya mahu mengikis wang saya, entah berapa banyak duit saya habis ketika bersamanya," katanya.

Menurut Rizal, kebanyakan gadis Pinoy mudah ditemui di kelab malam di ibu kota, selain pusat urut.

Tinjauan Metro Ahad mendapati beberapa pemandu teksi turut meletakkan kenderaan sehingga menghalang lalu lintas di sekitar kawasan itu dan berlagak seperti 'bapa ayam' kerana merekalah yang menghantar pasangan yang ingin memadu asmara ke hotel.

Hampir setiap ceruk kelab malam itu dipenuhi gadis Filipina dan mereka mundar-mandir di sekeliling pusat hiburan itu untuk mencari mangsa.

Begitupun, bukan mudah mendekati gadis Pinoy kerana mereka pemilih dan hanya mahu mendampingi lelaki banyak duit.

Berdasarkan pemerhatian, selain orang tempatan, gadis Pinoy turut menjadikan mat salih sebagai sasaran mereka.

Jika berpeluang berbual, mereka akan cuba mengorek sebanyak mungkin maklumat mengenai kerjaya dan memastikan pasangan yang mereka pilih ada banyak wang.

Wartawan Metro Ahad sempat berbual dengan lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Azli dan bertanya mengapa gadis Pinoy sungguh diminati.

"Kalau dibandingkan dengan wanita bangsa lain, Pinoy lagi hebat dan kelas. Sebagai wanita, fizikal mereka lengkap, sekali gus mudah memikat lelaki miang," kata Azli.

Sepanjang berbual, Azli teruja menceritakan kehebatan gadis Pinoy. Ditanya adakah dia memiliki wanita simpanan di kalangan gadis Filipina, Azli menafikannya.

Ikuti perbualan lanjut wartawan bersama Azli.

Soalan (S): Kenapa tak ambil jadi wanita simpanan? Jawapan (J): Saya tak suka komitmen dan bukan selalu datang sini. Cukup untuk berhibur suka-suka dan belanja mereka 'minum' (arak).

S: Belanja minum saja? J: Taklah... kalau berkenan saya bawa ke hotel, 'one night stand' (melakukan hubungan seks satu malam) saja cukuplah. Datang lain hari boleh ambil Pinoy lain pulak.

S: Bayar tak? J: Eh... mana ada free (percuma), kena bayarlah.

S: Berapa (bayaran)? J: Paling murah RM150, paling mahal dalam RM300. Tak tentu.

S: Kenapa macam tu pulak? J: Biasanya kalau datang awal sekitar jam 10 malam ke atas, mereka minta mahal tetapi bila lewat sikit boleh bayar murah. Kalau dah biasa dengan mereka, boleh main tarik tali.

S: Selain seks, apa yang hebat sangat dengan mereka? J: Pinoy ni ramai yang cantik, manja dan pandai menghibur lelaki. Bab layan lelaki, mereka memang terbaik.

Rizal juga berkata, sejak kebelakangan ini ramai lelaki, terutama yang berusia, menjadi mangsa gadis Pinoy.

"Yang boleh saya katakan, mereka sungguh licik mengikis wang. Mereka tidak minta untuk duit poket, tetapi banyak habiskan untuk joli.

"Ketika berjoli, kita tidak sedar wang habis dikikis, dan sebahagian lagi sudah masuk ke dalam poket mereka," katanya.

P/s: PADAM MUKA!



Buaya JULANG Mayat

Posted: 18 Sep 2011 05:00 AM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:

BERUSAHA... pasukan penyelamat  mencari Sulaiman di Sungai Sebelak.
BERUSAHA... pasukan penyelamat mencari Sulaiman di Sungai Sebelak.

SULAIMAN... maut dibaham buaya.
SULAIMAN... maut dibaham buaya.

[HM] SARATOK: "Saya melihat buaya itu muncul di permukaan air sambil menjulang tubuhnya sebelum menghilangkan diri secara perlahan-lahan ke dasar sungai," kata Safri Hassan, 20, ahli keluarga Sulaiman Abdullah, 66, yang dikhuatiri maut selepas dibaham buaya di Sungai Sebelak, dekat Kampung Roban, di sini, awal pagi semalam.

Safri yang menceritakan perkara itu berkata, dia terserempak dengan buaya itu ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat bersama beberapa penduduk di sekitar tempat kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, buaya berkenaan muncul sambil menjulang tubuh mangsa. Saya terkejut namun tidak sempat berbuat apa-apa sebelum reptilia itu menghilangkan diri.

"Tindakan buaya berkenaan menunjukkan tubuh mangsa seolah-olah 'meminta izin' daripada kami untuk memakannya," katanya.

Dalam kejadian itu, Sulaiman bersama anaknya, Endoi, 40, serta cucunya, Nazri, 9, keluar menangkap udang di sungai berkenaan, jam 4.30 pagi.

Kejadian berlaku ketika mangsa memunggah jaring menangkap udang ke dalam perahu, namun tiba-tiba seekor buaya sepanjang tiga meter muncul berdekatan perahunya sebelum menyambar kaki mangsa lalu mengheret ke sungai.

Difahamkan, anak dan cucu mangsa tidak sempat membantu menarik mangsa berikutan cuaca gelap selain bimbang diserang reptilia berkenaan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada penduduk.

Ini kejadian kedua sepanjang tahun ini membabitkan buaya mengganas di sungai berkenaan di mana sebelum ini penduduk, Menkay Goheh maut selepas dibaham buaya ketika mencuci tangan, Mei lalu.

Kejadian berlaku ketika Menkay keluar bersama rakannya menangkap udang, jam 12 tengah malam menggunakan bot.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Lee Thai Lein berkata, mangsa bersama anak dan cucu dikatakan keluar menangkap udang jam 3 pagi ketika air sungai surut.

Beliau berkata, setakat ini operasi dijalankan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan penduduk masih diteruskan bagi mengenal pasti sama ada mangsa masih hidup atau meninggal dunia.

"Operasi bermula jam 10 pagi tadi (semalam) dan tertumpu di sekitar lokasi kejadian, termasuk di beberapa lubuk sungai berkenaan.

"Ini kerana mangsa mungkin dibawa ke sana (lubuk). Setakat ini operasi masih diteruskan untuk mencari mangsa," katanya.



Kondom Wanita Buatan China TERLALU KECIL untuk Kegunaan di AFRIKA -- MEMANGLAH!!!

Posted: 18 Sep 2011 03:00 AM PDT


Menurut laporan AFP, Mahkamah Afrika Selatan melarang kerajaan membeli 11 juta kondom wanita dari China atas alasan konsom tersebut TERLALU KECIL untuk kegunaan di negara berkenaan.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan Afrika Selatan memberikan kontrak pembekalan kondom wanita itu kepada syarikat Siqamba Medical.

Akhbar Beeld melaporkan, syarikat terbabit bercadang mendapatkan bekalan itu dari China. Sebuah syarikat yang bersaing dengan Siqamba Medical, Sekunjalo Investments Corp, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Pretoria selepas gagal dalam bidaan kontrak berkenaan.

Menurut Sekunjalo, kondom wanita yang dibekalkan oleh mereka 20 peratus lebih besar berbanding dengan produk China itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Pretoria juga memutuskan, kondom wanita dari China itu dibuat dengan bahan yang tidak sesuai, selain gagal mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 



P/s: Aduhai!!! Agak-agak mengapa perempuan tempatan kemaruk dengan Awang Afirika? Ha ha ha!

Waris Dol Said/Tuk Janggut/Mat Kilau Dakwa Datuk/Moyang Mereka TIDAK Diberi Penghargaan, Logiklah Kalau Ikut Situasi Sekarang

Posted: 18 Sep 2011 01:23 AM PDT



Selepas kisah Mat Indera menghangatkan suasana dan menghangitkan sejarah negara, timbul aduan waris mata-mata di Bukit Kepong tidak menerima pencen dan bantuan. Bayangkan kerajaan dan UMCO berkokok membela mata-mata ini, namun tidak pernah memperdulikan kehidupan waris mereka. Kalau anda rajin berfikir, sudah tentu anda dapat mengagak wayang yang ditayangkan oleh puak ini. Lagi hebat, seminggu selepas mengadu di surat khabar, isu pencen berjaya diselesaikan. Berpuluh tahun mengadu dan mengharap, masalah yang ditimbulkan hasil kontroversi ceramah Mat Sabu berjaya diselesaikan dalam masa SEMINGGU.

Kini timbul pula dakwaan waris Datuk Dol Said bahawa  kerabat Naning itu tidak pernah menerima pengiktirafan selepas Inggeris memansuhkan Naning pada 1832. Abu Hussin Datuk Mangun Ibrahim, 70, yang juga oneng-oneng (generasi ke-5) Dol Said berkata, Naning pernah berjasa mempertahankan tanah air pada masa dulu, justeru pihak berkenaan wajar memberi sedikit imbuhan kepada kerabat Naning yang masih ada seperti yang dilaporkan di HM.

Menurutnya, kekuatan Naning ketika itu diakui pihak Belanda yang pernah berperang dengan Naning selama 10 tahun. Beliau berkata, ketika Inggeris mahu menyerang Naning, Belanda memaklumkan kepada Inggeris bahawa Naning kuat dan bukan sembarangan orang walaupun hanya menggunakan senjata keris, pedang, tombak dan batu yang dilontar menggunakan tali.

"Bagaimanapun, Inggeris pada masa itu tidak percaya dan yakin boleh mengalahkan Naning dalam tempoh satu hari kerana memiliki senjata lebih canggih seperti senapang dan meriam.

"Pada 1829, Inggeris menghantar 40 askarnya dari Melaka ke rumah Dol Said bertujuan membawanya ke Melaka untuk berbincang, namun beliau enggan menuruti. Ketika itu Dol Said berada di atas rumah dan askar Inggeris memanggilnya turun, tetapi beliau enggan.

"Ini membuatkan askar Inggeris naik ke rumah Dol Said untuk memaksanya turun serta mengikuti mereka. Bagaimanapun, Dol Said bertempur dan menewaskan semua askar Inggeris," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherana Puteh, Alor Gajah, di sini.

Dalam akhbar yang sama turut dilaporkan tentang Mat Kilau dan Tuk Janggut.  Cicit saudara pejuang kemerdekaan (UMCO akui fakta ini?), Tok Janggut kini terlantar sakit di rumahnya di Kampung Darang Buaya, Gaal, kerana penyakit akibat angin ahmar sejak dua tahun lalu tanpa mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkenaan.

Selain menderita sakit lumpuh separuh badan, Sulaiman Ismail, 80, dihimpit kemiskinan dan perlu memakai lampin pakai buang selepas isterinya, Halimah Muda, 74, semakin uzur untuk menguruskannya.

Walaupun pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata, dua anak saudara yang dipelihara sejak kecil, Wan Yusof Wan Ahmad, 24, dan Noriza Mamat, 39, membantu Halimah dalam menguruskan Sulaiman.
Selain Sulaiman, abangnya, Hassan, 85, kini terlantar sakit tua di rumahnya di Kampung Batu Hitam, Gaal.

Sulaiman berkata, dia dan Hassan tidak mahu dilabelkan sebagai 'penumpang populariti' datuk saudara mereka kerana arwah ayah mereka, Ismail, antara cucu saudara paling disayangi Tok Janggut. Katanya, sepanjang hayat ayahnya, ramai individu, pengkaji sejarah termasuk pihak muzium datang berkunjung ke rumahnya bagi mengkaji perihal kehidupan Tok Janggut, selain turut menjanjikan pelbagai bantuan.

"Namun sehingga kini tiada bantuan dihulurkan, menyebabkan hidup kami berdua ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

Manakala waris Mat Kilau pula mendakwa rumah peninggalan pejuang Pahang, Mat Kilau atau nama sebenarnya Mohamad Rasu Abdul Salam di Kampung Batu Lima Jalan Gambang, di sini, terlalu usang dan banyak tiang serta papan dinding dimakan anai-anai.

Cucu Mat Kilau, Mohd Alhamadi Abu Bakar, 45, berkata Allahyarham datuknya hanya meninggalkan sebilah keris yang digunakan untuk menentang Inggeris, sebuah rumah dan beberapa peralatan kecil lain.

"Pengorbanan dan semangat perjuangan tulen pada diri datuk saya harus dikenang. Beliau contoh rakyat yang sayang dan cintakan bangsa, negara dan agama.

"Jika insan seperti Allahyarham serta beberapa tokoh lain tidak dihargai, kita sebenarnya tergolong dalam kategori manusia yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur," katanya.

DCM tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan oleh warisMat Kilau, iaitu setiap kali mendengar ada penyanyi atau pelakon atau tokoh sukan diberikan bintang kebesaran walaupun selepas meninggal dunia, sedikit sebanyak timbul juga rasa terkilan di hatinya kerana belum pernah ada 'gelaran' diberi kepada Mat Kilau begitu juga pejuang kemerdekaan yang lain walaupun jasa mereka tidak mungkin dapat dibalas oleh mana-mana pihak sekalipun.

Mengapa pengorbanan mereka TIDAK DIPANDANG oleh kerajaan? Kalau ikut kepada situasi sekarang, logiklah mereka TERPINGGIR atau DIPINGGIRKAN kerana semua pejuang yang kita anggap WIRA ini telah MEMBUNUH askar penaung/pelindung Tanah Melayu (menurut prof kang kung). Lagi teruk mereka MEMBUNUH askar pihak yang DIJEMPUT oleh sultan-sultan Melayu (menurut Che Det). Pejuang-pejuang yang mengangkat senjata ini juga telah membunuh salah orang, jika menurut pemahaman penyokong UMCO, British TIDAK PERNAH menjajah Tanah Melayu. Sudah tentu, membunuh askar/tali barut/pekerja BRITISH merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima!!!

Bayangkan betapa teruknya Mat Indera DIHINA/DIFITNAH oleh penyokong tegar UMCO sebagai pengkhianat dan komunis hanya kerana menyerang rumah pasung milik British semasa Peristiwa Bukit Kepong yang berlaku pada tahun 1950, tujuh tahun sebelum negara "Merdeka". Beranikah penyokong tegar UMCO yang terdiri daripada prof kang kung, pemimpin melabelkan Mat Kilau, Tuk Janggut, dan Dol Said sebagai bukan pejuang kemerdekaan negara?- DCM


P/s: Berdasarkan buku teks Sejarah, pejuang kemerdekaan seperti Tuk Janggut, Mat Kilau, Dato Maharaja Lela dan sebagainya dilabelkan sebagai pejuang yang menentang PENJAJAH British, tiba-tiba Mat Indera yang membuat perkara yang sama dilabel pengkhianat. Walhal Tuk Janggut dan pejuang kemerdekaan yang lain pun ada membunuh mata-mata British berketurunan Melayu!

UMCO..UMCO...lawak sungguh gelagat kamu semua!



Soalan Cepu Emas untuk Najib: Boleh Benarkan Kelantan Laksanakan HUDUD?

Posted: 18 Sep 2011 12:00 AM PDT


Sedang Najib konon-kononnya mendapat kelebihan politik dengan CADANGAN memansuhkan ISA, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian meminta Perdana Menteri mempertimbangkan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.

TG  berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan sebelum ini mendapat tentangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengugut bertindak jika Pas Kelantan melaksanakannya.

"Kerajaan Negeri setiap masa hendak kepada hudud, apabila tiada hudud inilah jadinya,
rasuah, zina, pecah rumah dan sebagainya. Hudud ini perlu disegerakan, Pas Kelantan sudah lulus, semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak kira, Pas atau Umno sokong 100 peratus.


"Selepas hudud diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), Perdana Menteri datang Kelantan dan cakap kalau Kelantan laksana hudud kami akan bertindak.


Jadi Pas Kelantan hentikan hudud walaupun semua dah siap. Akhirat kelak kalau ALLAH tanya kenapa tidak laksana hudud saya kata tanya Tun Dr Mahathir. Insya-Allah harap terbuka pintu hati Najib untuk laksanakan hudud," katanya.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) diluluskan Dun Kelantan pada 1993, berikutan janji Pas dalam manifestonya akan melaksanakan hukum hudud pada Pilihan Raya Umum 1990.- DCM


P/s: Saya ulang semula kenyataan TG:  "Akhirat kelak kalau ALLAH tanya kenapa tidak laksana hudud saya kata tanya Tun Dr Mahathir." Najib kena beringat jika dia enggan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud, maka dia juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Yang menarik sekarang ialah respons PM terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh TG. Apakah jawapan Najib dan UMCO yang sekarang ini terlebih Islam daripada orang lain terutamanya dalam isu murtad di Selangor (di Selangor sahajalah, di negeri lain senyap)!

Yahudi TELANJANG di Laut Mati

Posted: 17 Sep 2011 11:02 PM PDT


Jurugambar AS Spencer Tunick menganjurkan satu kajian yang lazim dikaitkan dengan dirinya secara besar-besaran melibatkan ribuan sukarelawan nudis warga Israel dengan bergambar bogel di kawasan pantai peribadi di pesisir Laut Mati.

AFP melaporkan bahawa sesi fotografi itu adalah sebahagian daripada usaha kempen Israel untuk mendapatkan pengiktirafan garam tepu (salt-saturated) sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban semula jadi dunia dalam satu undian atas talian pada bulan November.

Pakar-pakar memberikan amaran bahawa Laut Mati diramalkan kering menjelang tahun 2050 melainkan langkah-langkah segera diambil untuk menghentikan situasi itu.

Bagi Tunick, seorang Yahudi Amerika yang telah menganjurkan kempen fotografi bogel di beberapa lokasi terkenal dunia dari kawasan glasier di Swiss hingga Rumah Opera di Sydney menganggap acara berbogel secara beramai-ramai itu sebagai sikap terbuka negara yang menjadi hos. -DCM


P/s: Harap-harap Malaysia tidak mengikut jejak negara-negara yang pernah menjadi hos acara gila ini!

Lelaki Didakwa ORANG MINYAK Ditangkap

Posted: 17 Sep 2011 09:39 PM PDT

Saya petik:

[UM] KUALA LUMPUR 17 Sept. – Tidur nyenyak penduduk pangsapuri lima tingkat di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak dekat sini awal pagi ini hanya seketika apabila sebuah keluarga yang tinggal di tingkat bawah perumahan itu diganggu seorang lelaki berbogel yang digelar 'orang minyak'.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, lelaki warga asing yang dipercayai mengamalkan ilmu hitam terbabit 'mengejutkan' keluarga Norlida Hassan, 42, apabila dia dilihat bersilat di hadapan rumah wanita itu.

Katanya, ketika kejadian, dia sekeluarga sudah tidur namun dia tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi dengus nafas seseorang yang kuat di hadapan rumahnya.

"Selain bunyi dengusan kuat, saya juga terdengar bunyi orang mengetuk-getuk motosikal di luar rumah, seolah-olah cuba menarik perhatian saya untuk keluar melihat.

"Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut apabila melihat seorang lelaki muda bertelanjang bulat sedang melakukan aksi pelik namun saya segera menyergah lelaki itu supaya beredar.

"Saya kemudian memberanikan diri membuka pintu rumah untuk menghalau dia dari situ tetapi dia seolah-olah membuka jurus pencak silat dan kelakuannya itu ternyata menyeramkan hingga memaksa saya mengejutkan suami, Ahmad Hashim," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Norlida berkata, lelaki itu kemudian melarikan diri ke arah sebuah belukar tebal di belakang pangsapuri sambil dikejar oleh suaminya dan seorang jiran.

Ahmad yang juga seorang anggota tentera pula berkata, dia bersama jirannya mengejar sejauh 50 meter sebelum dapat menangkap lelaki itu yang cuba bersembunyi di dalam longkang besar berhampiran pangsapuri tersebut.

"Setelah menangkapnya, lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu berkelakuan pelik apabila memintanya untuk mencari minyak tanah dan mahu membakar diri.

"Saya fikir dia mungkin pengamal ilmu hitam kerana berkelakuan pelik dan saya terus menghubungi pihak polis yang menahannya kira-kira pukul 3.30 pagi," jelasnya.

Sementara itu, jurugambar Mingguan Malaysia, Zakaria Idris, 47, yang berada di tempat kejadian turut merasakan lelaki itu berkelakuan pelik dan tidak menyangkal kemungkinan, dia adalah pengamal ilmu sesat seperti 'orang minyak'.

"Badannya tidak disapu minyak seperti 'orang minyak' tetapi darah yang keluar dari luka setelah ditangkap orang ramai itu dilumurkan ke seluruh badan. Malah mulutnya juga terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu.

"Selain itu dia tidak banyak bercakap meskipun ditanya pelbagai soalan oleh penduduk," jelasnya.

Difahamkan, kewujudan lelaki yang dipercayai tidak menetap di kawasan itu disedari awal pagi ini. Dia dilihat sedang berbogel di belukar terbabit namun tindakannya ketika itu tidak diambil peduli oleh penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan akan membuat siasatan lanjut.

"Kami masih menyiasat motif suspek dan kami percaya dia adalah pekerja kontrak di kawasan berhampiran," katanya.

Dalam perkembangan sama, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengakui, wujudnya amalan ilmu hitam dalam masyarakat di negara ini.

"Dalam kes ini, saya tidak menolak lelaki terbabit itu pengamal ilmu hitam kerana jika dia adalah seorang pesakit mental, tentu tidak akan terus melarikan diri jika ternampak suami wanita itu.

"Ketika itu, dia mungkin dipengaruhi 'ilmu' yang dituntut menerusi kerjasama dengan jin atau syaitan, terutama sekali apabila menjadikan wanita sebagai sasaran," ujarnya.

Parti Makkal Sakti Serah Surat PERMOHONAN Sertai PR kepada TG Nik Aziz

Posted: 17 Sep 2011 09:24 PM PDT

Gambar dan teks dari FB TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

A.Vathemurthy, Pemangku Presiden Parti Makkal Sakti menyerahkan surat permohonan kepada YAB Tuan Guru mewakili ahli-ahli partinya untuk menjadi komponen Pakatan Rakyat. Pertemuan berlangsung di Pejabat Menteri Besar Kelantan sebentar tadi.

Tiada ulasan: