ALHUSSEYN |
Hello Hasina, ini Rosmah cakap laa... Posted: 17 Sep 2011 01:14 AM PDT Najib patut berasa malu teramat sangat apabila Perdana Menteri Bangladesh , Sheikh Hasina Wajed mendedahkan betapa pincangnya sistem pilihanraya ala-Malaysia yang sanggup memperalatkan rakyat luar, termasuk Bangladesh yang mencari pekerjaan di negara ini dengan tawaran status kewarganegaraan dan layak mengundi. Bernarkah ramai pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah? Ini bukan Mat Bangla yang cakap, tapi Perdana Menteri Bangladesh sendiri , Sheikh Hasina Wajed yang buat kenyataan. Kenyataan tersebut dipetik dari www.ngoab.gov.bd — laman rasmi hal ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu yang kini sudah kena gula-gula hack! Najib tidak boleh main arah Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR untuk menafikan tuduhan yang berat ini sebagaimna penafian yang dibuatnya apabila Pakatan Rakyat banyak kali menunjukan bukti mengadu tentang adanya kes seumpama tersebut. Tetapi kali ini, kenyataan dari seorang Perdana Menteri Bangladesh , jelas membuktikan adanya gejala tersebut sehingga beliau begitu berani membuat kenyataan mengenainya.PM Najib kena jawab sendiri kenyataan rakan sejawatnya itu! Kita masih tertunggu-tunggu reaksi Najib, PM Malaysia untuk menafikan bahawa perkara yang didakwa oleh pemimpin tertinggi dari sebuah negara adalah pembohongan, fitnah bodoh dan semata-mata satu usaha jahat cuba menjatuhkan kedaulatan negara ini yang baru saja menyambut Hari Kemerdekaan ke-54, walaupun tidak pernah dijajah…. Demi kedaulatan agama, bangsa dan negara, setidak-tidaknya, Najib kena panggil Duta Bangladesh mengadapnya …atau suruh sahaja Rosmah menalipon Sheikh Hasina .... |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan