Kerabu Bersuara ® |
- Hasan Ali nafi spekulasi masuk Umno
- Najib Tidak Takut Pada Anwar! Tunggu Apa Lagi Anwar, Lawan Tetap Lawan
- Pendedahan Ekslusif Video Seks Anwar Oleh Papagomo? Mereka Perbodohkan Diri Sendiri
- Nama lain tapi ‘maksudnya’ ISA – Anwar
- Pelan Dan Visi Selangor 2011-2013 Dilancar
- Panas! Blogger Umno, Zahrin Gelar Muhyiddin Anak 'Paria' Dan Kutuk Kaw-Kaw
- Najib, Anwar dan makna 16 September
Hasan Ali nafi spekulasi masuk Umno Posted: 17 Sep 2011 06:17 AM PDT Abdul Rahim Sabri Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan dakwaan dalam blog bahawa beliau akan keluar PAS dan menyertai Umno. Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, menyifatkan dakwaan tersebut, bersifat "spekulasi". "Saya bersama dengan PAS dan yakin dengan perjuangan PAS kerana slogannya kepimpinan ulamanya yang memanggil Hasan Ali menyertai PAS. "Kedua, bukan sahaja kerana kepimpinan Ulama, (tapi PAS) nak menegakkan negara Islam yang berpaksikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini. Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas, menafikan akan menyertai Umno. Katanya lagi, sehingga semalam beliau mendapat tidak kurang 15 panggilkan telefon dan 25 SMS bertanyakan berhubung perkara tersebut. Hasan turut menafikan dakwaan bahawa berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbuat demikian. "Tidak ada perjumpaan. Saya tidak pernah berjumpa dan tidak ada rancangan untuk berjumpa. "Mungkin ada orang lain yang berjumpa, mungkin Hasan lain, Hassan putu mayung ka...(Tapi) bukan Hasan Ali," katanya berseloroh. Hasan yang juga ADUN Gombak Setia menolak dakwaan dalam media dan blog bahawa sebelum ini pernah menganggotai atau berkecimpung dengan Umno. "Saya tidak pernah sebarang masa, sebarang ketika berkecimpung dalam Umno dan tidak pernah berniat untuk berkecimpung dalam Umno. "Semoga penjelasan ini, dapat diberitahu kepada mereka yang ingin mengetahuinya, saya rasa dapat meredakan spekulasi-spekulasi yang sedemikian. "Saya tidak berkata spekulasi ini berniat jahat, saya tidak kata spekulasi ini mahu menimbulkan ketegangan mana-mana pihak, tetapi saya rasa, redakanlah. "Kalau kamu tidak dapat daripada 'horse mouth' (dari mulut saya tentang perkara itu), janganlah mereka mewakili kuda-kuda itu untuk bercakap," katanya. Ditanya mengapa desas-desus untuk menyertai Umno selalu dikaitkan dengannya, Hasan berkata macam-macam orang boleh mendakwa sedemikian terhadapnya. "Saya public figure, macam-macam orang dakwa...Ia kena keluar dari mulut saya. Selagi tidak keluar dari mulut saya, kenapa perlu diwakil-wakilkan," katanya. |
Najib Tidak Takut Pada Anwar! Tunggu Apa Lagi Anwar, Lawan Tetap Lawan Posted: 17 Sep 2011 05:52 AM PDT Najib: Saya tak takut hadapi Anwar Ibrahim Oleh Yow Hong Chieh SHAH ALAM, 17 Sept — Hanya dua hari selepas mengumumkan pembaharuan beberapa undang-undang termasuk mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — langkah dilihat bertujuan mengekang pengaruh Pakatan Rakyat — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan beliau tidak takut untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata sementara Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen dengan parti lebih penting daripada orang perseorangan, beliau tidak keberatan jika perlu berhadapan dengan Ketua Pembangkang itu dalam mana-mana debat ala pemilihan presiden. "Saya tidak takut dengan Anwar Ibrahim," kata Najib ketika berucap menutup Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini petang ini. Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Najib yang juga Pengerusi BN mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Dua undang-undang baru akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini. Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Terdahulu Najib berkata, inisiatif untuk memansuhkan ISA adalah keputusan dibuat kerajaan BN dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain. Justeru Perdana Menteri mengingatkan jangan ada pihak atau individu yang mahu mendapat nama bahawa pengumuman beliau untuk memansuhkan ISA itu adalah hasil perjuangan mereka. Dalam pada itu dipetik Bernama Online, Najib berkata BN Selangor berikrar untuk melaksanakan sistem pentadbiran yang memenuhi harapan dan cita rasa rakyat Selangor jika diberi mandat mentadbir semula negeri ini. Najib memberi pengharapan baru itu kepada rakyat Selangor yang kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri sedia ada. "Kita berazam dan bertekad sekiranya diberi kepercayaan pada pilihan raya umum akan datang, kita akan lakukan yang terbaik di Selangor. "Jika sayang negeri Selangor, yakinilah BN," katanya ketika berucap pada rumah terbuka Aidilfitri BN Selangor di i-City di sini. Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata BN perlu melihat semula keperluan sebenar rakyat Selangor bagi merangka satu manifesto khusus untuk negeri ini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Pertama kita lihat balik apa yang rakyat negeri Selangor nak sebab negeri Selangor negeri yang maju, keperluan rakyat bandar dan luar bandar adalah berbeza," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Konvensyen BN Selangor di sini. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata oleh itu, manifesto untuk BN Selangor tidak boleh dibuat secara "pukul rata" kerana keperluan rakyat atau para pengundi di bandar, separuh bandar dan luar bandar adalah berbeza. |
Pendedahan Ekslusif Video Seks Anwar Oleh Papagomo? Mereka Perbodohkan Diri Sendiri Posted: 17 Sep 2011 03:30 AM PDT Lagi rakaman CCTV Datuk T disiar di internet Saga video seks Datuk T muncul semula di Internet hari ini ekoran muat-naik rakaman CCTV yang dikatakan menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks, serta ancaman penyiasaran seks video baru bertarikh 13 Januari 2011. Penulis blog Papa Gomo menyiarkan apa yang disebutnya, rakaman "eksklusif" yang menunjukkan dua lelaki yang didakwa ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang, yang dikatakan tempat berlaku aksi seks tersebut. Dalam blog tersebut, klip rakaman itu disunting untuk memautkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa, yang menunjukkan minit-minit akhir lelaki, yang dikatakan Anwar, mengenakan pakaian dan beredar, dengan tanda masa yang menunjukkan ianya urutan peristiwa tersebut. Bagaimanapun, pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan. Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (kanan). Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah. Rakaman CCTV itu sebelumnya disebut dalam fakta kes apabila Eskay dan dua orang lagi anggota trio 'Datuk T' dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menyiarkan video lucah itu Jun lalu. -mk |
Nama lain tapi ‘maksudnya’ ISA – Anwar Posted: 17 Sep 2011 03:25 AM PDT (Norutul Ilham) PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak terlalu ghairah dengan pengumuman mengenai pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana undang-undang baru bakal menyusul. Ketua Pembangkang itu berkata, langkah Datuk Seri Najib Razak itu wajar dibimbangi kerana Perdana Menteri bakal menggantikan akta yang sama dengan nama berbeza. "Langkah Najib membatalkan ISA, kita alu-alukan, cuma kita harus waspada sebab pembatalan itu berlapik kerana Najib akan perkenalkan dua undang-undang baru dan tidak diketahui secara terperinci. "Menteri Dalam Negeri (KDN) mengatakan dia akan kaji undang-undang sedia ada yang ada dalam negara lain, maknanya mungkin perkenal beberapa cara tahanan tanpa bicara. "Kalau ada undang-undang baru, mempertahankan prinsip yang sama, namanya mungkin lain tapi maksudnya ISA," katanya pada sidang media di ibu pejabat hari ini. Pada 15 September lalu, Najib yang terdesak untuk mengekalkan kuasa akibat tekanan pembangkan dan puak dalaman Umno membuat pengumuman untuk memansuhkan ISA yang akan diganti dengan dua akta baru tetapi tidak memberi perincian. Anwar berkata, dua akta baru itu tidak akan mengubah sistem autokrasi yang sedia ada, malah meneruskan amalan penindasan terhadap rakyat. "Bahayanya kerana undang-undang baru yang akan diperkenalkan dan ini hanya satu sudut sistem penindasan autokrasi ada. "Kita minta batalkan ISA, timbulkan suasana yang lebih lunak menghormati prinsip demokrasi, maka ia harus ada ruang yang lebih terbuka," kata Ketua Umum KEADILAN itu. Berkaitan isu sama, Anwar menyebut tanpa menghalang pihak lain menuntut ganti rugi, tidak akan menuntut pampasan walaupun dua kali tahan mengikut ISA. |
Pelan Dan Visi Selangor 2011-2013 Dilancar Posted: 16 Sep 2011 07:55 PM PDT SHAH ALAM 17 SEPTEMBER: Pelancaran Agenda Selangorku, Pelan dan Visi Untuk Tiga Tahun menunjukkan komitmen serius kerajaan negeri dalam memacu Selangor sebagai negeri idaman dan contoh di Malaysia. Sebelum ini, kerajaan negeri memperkenalkan dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang berjaya memberikan manfaat kepada rakyat sejak dibawah Pakatan Rakyat (Pakatan). Agenda pembangunan yang dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan pelan tindakan dan visi untuk tiga tahun 2011 hingga 2013. Rancangan ini mengutamakan lima fokus utama iaitu pilihanraya tempatan, perumahan, keselamatan, gaji minima dan infrastruktur. Untuk membela, golongan berpendapatan rendah, semua anak syarikat negeri akan melaksanakan gaji minima RM 1,500 sebulan yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2011. Perkara ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri terhadap warga kerja di negeri ini sekaligus memberikan isyarat jelas kepada kerajaan persekutuan supaya memperkenalkan skala gaji minima kebangsaan yang selama ini dituntut oleh pelbagai pihak. Sebelum ini, Pakatan menerusi Buku Jingga berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia dalam 100 hari pentadbiran di Putrajaya. Dengan kekangan pemilikan rumah yang dialami oleh rakyat, kerajaan negeri merancang pembinaan rumah mampu milik seluas 850 hingga 1,000 kaki persegi berharga RM 100,000. Projek ini mensasarkan golongan berpendapatan antara RM 2,500 hingga RM 5,000 sebulan. Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina 11,000 unit setiap tahun di kawasan seperti Hulu Selangor, Gombak, Kota Kemuning, Hulu Selangor, Hulu Langat, Petaling Jaya dan Shah Alam dengan projek sulung telah bermula di Bangi. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM3 juta bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk aspek keselamatan penduduk setempat sebagai usaha membenteras jenayah yang semakin berleluasa. Pemasangan ini akan dimulakan di Subang Jaya. Bagi sudut pembangunan infrastruktur pula, setiap DUN mendapat peruntukkan RM1 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya, longkang dan sebagainya di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan. Sementara itu, bagi kampung-kampung baru diberikan peruntukkan RM5 juta untuk pembangunan dan RM4 juta untuk pembaikan jalan-jalan di kampung tradisi. Untuk fokus pilihan raya tempatan, kerajaan negeri bakal mengadakan pilihan raya tempatan pertama di Petaling Jaya pada 2011. Agenda ini berpaksikan dasar pembangunan yang mampan dan holistik serta mekanisme pemantauan yang telus. Setiap perkara dalam agenda ini mengutamakan kebajikan rakyat dan prinsip-prinsip pentadbiran beramanah demi memastikan masa depan yang cerah untuk semua. Segala idea dan cadangan ini dihasilkan melalui rundingan dan maklum balas yang melibatkan kerajaan negeri, ketua masyarakat dan pihak industri menerusi sesi dialog yang diadakan bersama 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Menteri Besar. Dalam pada itu, Abdul Khalid mengingatkan peluang pemerintahan sendiri yang dikecapi selepas kemerdekaan perlu diinsafi dan bukannya alpa sehingga mengakibatkan kelemahan urustadbir. "Kita telah banyak mendengar isu-isu seperti rasuah, salah guna kuasa, kezaliman, pengurusan cekap dan perlahan serta pelbagai lagi masalah sehingga menimbulkan pelbagai kegusaran. "Sempena sambutan kemerdekaan dan pembentukan hari Malaysia ini, marilah kita berikrar untuk memegang prinsip dan etika kerja yang cemerlang dan bertekad untuk memerangi segala kelemahan yang ada dengan kesungguhan," katanya. Sambutan Perayaan Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia peringkat Negeri Selangor dengan tema 'Selangorku Idamanku' berlangsung meriah di Dataran Merdeka Shah Alam. Hampir 5,000 pengunjung hadir bagi menyaksikan pelbagai persembahan yang bertemakan perayaan kemerdekaan dan hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun. Turut hadir, Isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut, barisan pimpinan kerajaan negeri, dan wakil anak syarikat kerajaan negeri serta kakitangan daripada pelbagai agensi kerajaan. |
Panas! Blogger Umno, Zahrin Gelar Muhyiddin Anak 'Paria' Dan Kutuk Kaw-Kaw Posted: 16 Sep 2011 04:56 PM PDT |
Najib, Anwar dan makna 16 September Posted: 16 Sep 2011 04:53 PM PDT SiasahDaily Satu persaingan utama dalam politik negara kini ialah antara Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin de facto PKR dan Pakatan Rakyat. Hari ini, 16 September, 2011, Najib merakam sejarah terkini tarikh yang mencetus debat panas sejak 2008 ini dengan menjadikan satu tindakannya berita terbesar yang dikait dengan tarikh ini. Najib kini mengatasi Anwar dalam meletakkan makna pada tarikh 16 September, dengan menjadikannya tarikh yang dikaitkan dengan pemansuhan undang-undang keselamatan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, atau ISA. Najib juga mengatasi Anwar dengan menjadi perdana menteri yang memansuhkan ISA, sesuatu yang dilihat menjadi impian Anwar dan gabungan parti Pakatan Rakyat. Sambutan Hari Malaysia tahun ini diraikan bersama satu tindakan berani Najib memansuhkan ISA yang menjadi bahan kempen pembangkang dan pelbagai kumpulan menyerang Umno dan Barisan Nasional. Hari Malaysia yang kini menjadi satu tarikh yang diraikan tidak seperti sebelum ini juga tidak dapat dinafikan dicetuskan oleh Anwar, hasil daripada projek menawan Putrajaya pada 2008. Tindakan itu mendorong pentadbiran Najib menjadikan tarikh 16 September sebagai tarikh yang dirakan di peringkat nasional, sebahagiannya juga untuk mengambil hati warga Sabah dan Sarawak yang menjadi peserta penting projek 16 September Anwar pada 2008. Hari ini juga, ketika Najib menyambut Hari Malaysia di Semenanjung, PKR menumpukan tenaga kepada konvensyen PR di Sabah, negeri yang mempunyai signifikan tersendiri kepada projek 16 September Anwar dan kegiatan politiknya semasa dalam Umno lagi. Pembangkang dan kumpulan bukan kerajaan anti-ISA walau bagaimanapun masih meneruskan kempen negatif terhadap pemerintah, menafikan kredit yang boleh diperolehi Najib. Risiko yang diambil Najib dalam tindakannya ini bukan kecil, kerana mengundang rasa tidak puas hati kelompok lebih konservatif dalam Umno dan kumpulan bukan kerajaan yang menyokong kuat Umno. Ini merupakan antara risiko utama yang perlu dihadapi Naji dalam usaha menyaingi imej liberal dan terbuka yang menjadi antara kekuatan utama Anwar dan pembangkang. Tetapi, Najib dilihat berpotensi menarik sokongan kelas menengah yang menerima baik langkah itu, antara segmen masyarakat yang menjadi rebutan utama pemerintah dan pembangkang. Pendekatan ini dijelaskan dalam pengajian politik sebagai teori pengundi median, iaitu kelompok pertengahan dalam spektrum antara ekstrem berhaluan kiri dengan ekstrem berhaluan kanan. Menurut teori, strategi ini boleh memberi pulangan dengan bergerak ke tengah, menambahkan lagi sokongan dan mengambil penyokong pihak lawan. Najib sebelum ini telah melaksanakan pelbagai pendekatan untuk kelihatan lebih liberal, tindakan yang berupaya membolehkan parti pemerintah merebut undi kelas menengah daripada PR. Dalam pelbagai pendekatan sosial dan ekonomi, Najib sendiri telah memperlihatkan kecenderungan liberal dan neoliberal, sebagai usaha menyaingi apa yang menjadi kekuatan Anwar. Pemansuhan ISA ini merupakan satu lagi tindakan Najib yang mencetuskan rasa tidak puas hati kelompok berhaluan kanan dalam Umno dan dalamm kalangan penyokong Umno. Perkembangan persaingan ini semakin menarik untuk diperhatikan, dan melihat sejauh mana keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti terkesan oleh tindakan-tindakan tersebut. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan