Khamis, 8 September 2011

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


KISAH ANAK PALING DERHAKA DI MALAYSIA

Posted: 08 Sep 2011 04:56 PM PDT

Assalamualaikum .. salam mesra

Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar 'orang suruhan' anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.

Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.

Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja 'dibuang' berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.

Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.


Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.

Kekosongan Jawatan Untuk Sesiapa Yang Berminat

Posted: 08 Sep 2011 04:50 PM PDT

Assalamualaikum .. salam mesra

SUNNYVALE, Amerika Syarikat (AS) - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yahoo, Carol Bartz  diberitahu dia dipecat hanya melalui telefon.Pendedahan itu dibuat oleh Carol apabila dia memberitahu kakitangan firma Internet itu pada Selasa lepas bahawa dia telah dipecat melalui telefon.Dia menghantar e-mel kepada kakitangan-kakitangan Yahoo dengan menggunakan komputer tablet iPad bagi memberitahu mengenai pemecatannya.

E-mel itu diperolehi sebuah blog teknologi, All Things D. Dia dipecat oleh Pengerusi Yahoo, Roy Bostock.Pemecatan wanita berusia 63 tahun itu dibuat setelah para pemegang saham dan ahli lembaga pengarah kecewa kerana dia gagal memulihkan pendapatan syarikat yang terus merosot.

Untuk mengisi kekosongan tersebut, ahli-ahli lembaga pengarah Yahoo menamakan ketua pegawai kewangan syarikat itu, Tim Morse sebagai pemangku CEO.Yahoo yang beribu pejabat di sini, negeri California dilaporkan sedang mencari pengganti untuk jawatan tersebut. 

Tiada ulasan: