Khamis, 1 September 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Isu Bukit Kepong melegakan Umno/BN buat sementara – Mat Sabu mesti saman akhbar yang memfitnahnya.

Posted: 01 Sep 2011 06:37 AM PDT


KUALA LUMPUR, 1 Sept - Sama ada tafsiran Mohamad Sabu berkenaan tragedi Bukit Kepong adalah tepat atau tidak, isu ini nampaknya telah memberikan keuntungkan kepada Umno/BN – setidak-tidaknya Umno/BN boleh berasa lega daripada tekanan isu inflasi dan tuntutan perhimpunan 9 Julai Bersih.

Kenyataan kontroversi Mohamad Sabu itu kini dimanupulasi oleh Umno/BN untuk menanam benih keraguan di kalangan pengundi Melayu, terutamanya Melayu di luar bandar.

Bertambah malang lagi apabila, Ahli Parlimen Bukit Gelugor , Karpal Singh berkata kenyatan Mohamad Sabu itu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan .Beliau minta Mohamad Sabu menarik balik kenyataan itu kerana menurutnya, apa yang dikatakan itu tidak mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif,"Baca di sini

Sementara itu beberapa pemimpin PAS pertahankan Mat Sabu sambil menegaskan kefahaman bahawa hanya Umno memperjuangkan kemerdekaan negara seperti dicanang pihak tertentu untuk mendapat sokongan orang Melayu sama sekali tidak benar.

Sementara itu, Mohamad Sabu berkata beliau tidak akan memohon maaf terhadap kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong kerana perkara itu hanya putar belit Utusan Malaysia dan dijadikan isu oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis yang telah pun menghubunginya untuk disoal siasat.

"Pasal apa saya nak minta maaf, biar polis siasat," kata beliau dipetik Harakahdaily lewat petang ini di sini

Mohamad Sabu perlu segera saman dan mohon mahkamah menghentikan fitnah akhbar perdana negara sehingga mahkamah putuskan nanti.

Tiada ulasan: