DIALOG RAKYAT |
- Tindakan Tegas Peniaga Jual Produk Kecantikan Mengandungi Racun Berjadual
- PAS Terengganu bela rakyat ditindas Umno
- Mat Sabu, komunis dan PRU 13
- Tok Janggut Tikam Sarjan Sulaiman:UMNO pilihlah siapa Hero!
- Jenazah Datuk Hassan Ahmad Diiring Sasterawan, Tokoh Bahasa
- Pemimpin PAS pertahan Mat Sabu, dakwa Umno padam agamawan nasionalis
- Mandat BN hampiri garisan akhir, Kit Siang ingatkan Najib
- BN terus serang, rasa lega dalam isu ‘komunis’ Mat Sabu
- PAS ucap takziah kepada keluarga Hasan Ahmad
- Cincin RM24 juta: SAMM bidas Utusan
- "Saya akan beri kerjasama kepada polis," - Mohamad
- Bukit Kepong: Serangan terhadap British
- Enam suspek cubaan samun kedai pajak ditahan
- Kes tembak pelajar, tiga anggota polis ditahan
- Kes tembak pelajar, tiga anggota polis ditahan
- BARUA BRITISH dapat merdeka 'atas angin'
- Pulau Pinang dulu dan sekarang…
- Remajaku, perbuatlah sesuka hatimu jika kamu tidak malu
- Putrajaya wujud 100 lagi Kedai Rakyat 1 Malaysia
- Human Rights Watch mahu Australia selesai sendiri isu pencari suaka
- Allahyarham Hassan: Kerajaan boleh jatuh jika enggan dengar ‘suara’ ilmuan
- Mandat BN hampiri garisan akhir, Kit Siang ingatkan Najib
- Sambut merdeka macam sambut ulang tahun Umno
- Umno padam jasa agamawan nasionalis
- Idham Care cadang bina pusat pendidikan
Tindakan Tegas Peniaga Jual Produk Kecantikan Mengandungi Racun Berjadual Posted: 01 Sep 2011 06:33 AM PDT MSTAR ONLINE PAPAR: Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga atau pengedar yang didapati menjual produk kecantikan yang mengandungi racun berjadual. Timbalan Menterinya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata para pegawai penguat kuasa kementerian itu sentiasa 'turun padang' untuk memantau dan membuat pemeriksaan di premis-premis yang menjual produk kesihatan termasuk produk kecantikan dan pelangsingan badan. "Kalau kita dapati ada laporan … kita akan ambil tindakan. Di Sabah pihak kita ada menerima laporan namun jumlahnya agak rendah berbanding negeri-negeri lain. "Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak sentiasa 'turun padang' untuk membuat pemantauan di kedai-kedai yang menjual produk kesihatan," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran beliau di Dewan Masyarakat Papar, di sini, Khamis. Rosnah yang juga Anggota Parlimen Papar turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati sebelum membeli dan menggunakan sesuatu produk kecantikan bagi mengelak kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan mereka. "Kita minta para pengguna supaya sentiasa meningkatkan kesedaran dan sebelum menggunakan sesuatu produk, sila dapatkan nasihat daripada doktor. "Ini kerana kadang-kadang penjual atau pengedar mendakwa produk itu berunsurkan kesihatan tetapi sebenarnya mengandungi racun berjadual yang boleh memudaratkan kesihatan," katanya. - BERNAMA | ||
PAS Terengganu bela rakyat ditindas Umno Posted: 01 Sep 2011 06:31 AM PDT KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu sedang menyiapkan manifesto pilihanraya umum ke-13 (PRU 13) untuk memberikan tawaran yang menarik sebagai pilihan kepada rakyat.. | ||
Posted: 01 Sep 2011 05:43 AM PDT Oleh SiasahDaily Mohamad Sabu menjadi pemimpin pembangkang terbaharu yang berkonfrontasi dengan Utusan Malaysia, akhbar harian dikuasai parti pemerintah, Umno. Mohamad bukan individu pertama yang cuba memberi penilaian semula sejarah negara melibatkan persaingan ideologi dalam perjuangan menentang penjajah dan kemerdekaan. Dalam penafsiran semula hal itu, tidak dapat dielakkan penilaian terhadap golongan berhaluan kiri termasuk sosialis dan komunis, yang diabaikan dalam penulisan sejarah paling dominan negara ini. Pengiktirafan terhadap golongan kiri, yang pernah dilakukan antaranya melalui buku-buku terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia turut mencetuskan kontroversi serupa, yang dikritik keras secara simplistik sebagai pengiktirafan terhadap komunis. Hakikatnya, perjuangan komunis dikawal China tidak diterima sepenuhnya oleh golongan kiri di Malaysia, terutama yang berbangsa Melayu dan mempunyai jati diri berasaskan Tanah Melayu. Dominasi China ialah penguasaan berbentuk penjajahan yang ditentang golongan kiri tersebut. Ucapan Mohamad itu dieksploit dalam konteks persaingan wacana perjuangan kemerdekaan yang penting kepada pemerintah untuk memastikan versi sejarahnya kekal dominan, dan kepentingan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Mohamad dalam kes ini meneruskan kritikannya terhadap apa yang dilihatnya sebagai dominasi satu versi sejarah, walaupun kritikannya itu kurang cermat dan tidak mengambil kira sensitiviti sejumlah besar orang Melayu. Hal ini sama dengan kritikan lamanya terhadap orang Melayu yang didakwa kurang sensitif terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding orang Cina, yang turut dieksploit penyokong Umno. Turut memperlihatkan kekurangan sensitiviti beliau ialah pujian berpanjangan terhadap Lim Guan Eng, pemimpin DAP rakan karibnya yang juga ketua menteri Pulau Pinang, pujian yang dianggap berlebihan dan hampir menghina termasuk oleh penyokongnya sendiri. Dalam hal melibatkan sensitiviti Melayu ini, Mohamad boleh disifatkan telah melakukan kesilapan kerana tidak cermat, dan boleh menjejaskan undi Melayu terhadap PAS ketika pelbagai isu termasuk kes gereja di Selangor menambah persepsi negatif Melayu terhadap PAS. Walau bagaimanapun, kontroversi ini tidak semestinya negatif terhadap beliau, terutama melibatkan pertandingan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Sekiranya beliau bertanding di kerusi majoriti Cina, apa yang berlaku selama ini memberi kesan positif kepada beliau, kerana imej mesra dengan masyarakat itu - terutama hubungan baik dengan DAP yang mendapat sokongan kuat Cina - telah terbina lama. Beliau disebut-sebut akan bertanding di kawasan bandar atau majoriti Cina. Kerusi seperti Parlimen Bayan Baru di negeri dikuasai DAP, Pulau Pinang ialah satu contoh kerusi yang mempunyai majoriti Cina yang berpotensi untuk Mohamad. Bayan Baru mempunyai 48.46 peratus pengundi Cina pada pilihan raya lalu, dan 39.14 peratus pengundi Melayu. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim telah meninggalkan PKR dan kini menjadi ahli bebas. PAS berhasrat mengambil alih kerusi-kerusi yang ditandingi oleh wakil PKR yang telah melompat keluar parti. Mohamad ialah salah seorang pemimpin PAS yang paling rapat dan mempercayai DAP, dan yakin kedua-dua parti mampu membina hubungan rapat walaupun berbeza ideologi. | ||
Tok Janggut Tikam Sarjan Sulaiman:UMNO pilihlah siapa Hero! Posted: 01 Sep 2011 05:39 AM PDT Oleh Aris Awang Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan. (Pak Teh telah menziarahi pusara Tok Janggut beberapa tahun lalu - mungkin UMNO menganggap beliau adalah pengkhianat kerana melawan Melayu barua British, namun Pak Teh tetap mengatakan beliau mati sebagai seorang syuhada - Al-Fatihah) Peristiwa Bukit Kepong (1950) ada persamaan dengan peristiwa Tok Janggut (1915). Tok Janggut di tuduh penderhaka kerana menentang Pasukan Malay State Guide di Kampung Dalam Pupuh, Pasir Putih, sementara Mat Indera telah dituduh Komunis kerana menyerang Rumah Pasong, Bukit Kepong, Muar dan membunuh Mata-Mata. Kedua-dua peristiwa ini melibatkan pihak British sebagai dalangnya dan kejadian berlaku semasa zaman Penjajahan British. http://arisawang.blogspot.com/ | ||
Jenazah Datuk Hassan Ahmad Diiring Sasterawan, Tokoh Bahasa Posted: 01 Sep 2011 05:31 AM PDT Ditulis oleh Radzi Razak KOTA DAMANSARA : Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Hassan Ahmad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kota Damansara pagi ini. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku Petaling Jaya sebelum selamat dikebumikan di sini kira-kira jam 11 pagi ini. Hassan, 74 tahun meninggal dunia eslepas mengadu sakit perut di kediamannya di Petaling Jaya kira-kira jam 2 petang semalam. Hassan meninggalkan seorang balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, dan dua anak perempuan Aida dan Hasmirawati. Majlis Pengebumian beliau dihadiri oleh tokoh sastera dan seni tersohor tanah air seperti Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Seniman Che Shamsuddin Othman atau Dinsman dan beberapa yang lain termasuk ahli politik dari Pakatan Rakyat. A. Samad melahirkan melahirkan kesedihan dan menyatakan akan merancang meneruskan legasi Allahyarham terutamanya dalam memastikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terus terbela. "Kehilangan Datuk Hassan sangat memilukan kerana sehingga sekarang apa yang diperjuangkan selama ini masih belum begitu beres sebenarnya. "Satu hal yang penting ialah Datuk Hassan ini, suaranya agak berat dan apa yang dicakapkannya itu mempunyai isi dan visi. Jadi kami akan mengulangi semula apa yang dilakukannya dan antara kawan-kawan yang faham, kita akan melihat di mana kita harus menyambungkannya (perjuangan)," kata beliau. Hassan yang berkhidmat selama 13 tahun di DBP bermula sebagai Pegawai Penyelidik pada 1963 sebelum menjadi Ketua Pengarah. Beliau dikenali sebagai tokoh berpengalaman luas dalam aspek berkaitan bahasa dan sastera turut dilantik sebagai wakil tetap negara ke UNESCO serta Ketua Eksekutif Karyawan selepas meninggalkan DBP. Bagaimanapun beliau mengejutkan pelbagai pihak apabila mengetuai NGO Gerakan Mansuhkan PPSMI pada 2009 dalam menentang keputusan Kerajaan Persekutuan menolak Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran subjek Sains dan Matematik di Sekolah. Pada peristiwa bersejarah 7 Mac 2009 itu, beliau bersama kira-kira 8 ribu pejuang bahasa lain mendapat 'layanan' lazim daripada kerajaan dan polis denga dihujani puluhan gas pemedih mata serta dihalang dari berarak untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara Seniman Dinsman pula menyatakan GMP dan negara kehilangan pemimpin berjasa besar dan berstatus unik dalam memperjuangkan serta mendaulatkan bahasa kebangsaan. "Selepas Datuk Hassan siapa akan ganti jadi pengerusi GMP? Itu saya fikir, sebab orang yang berkelayakan seperti Datuk Hassan susah nak dicari ganti sebab dia ada ciri-ciri yang tiada pada orang lain," tegasnya. "Dia (Datuk Hassan) boleh diterima oleh orang sebelah sini dan sebelah sana. Dia baik dengan Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan juga pemimpin Pakatan Rakyat. Beliau diterima kedua-dua pihak," tambah Dinsman. Setiausaha GMP Hasni Abas pula menyatakan Datuk Hassan terlibat dalam gerakan mendaulatkan bahasa kebangsaan sejak zaman mahasiswa lagi dan dikenali sebagai seorang yang amat berani terutama dalam himpunan 'Keranda 152' pada 3 Mac 1967 sewaktu bertugas di DBP sendiri dalam membidas kerajaan Malaysia kerana tidak menepati janji untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman. "Ketika itu dan sampai sekarang beliau masih berpegang untuk mendaulatkan Bahasa Melayu di negara ini. Bagi saya nak mencari orang mengganti memang susahlah cuma kita harap semangat dia dapat diwarisi generasi sekarang," katanya. | ||
Pemimpin PAS pertahan Mat Sabu, dakwa Umno padam agamawan nasionalis Posted: 01 Sep 2011 05:30 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Dua lagi pemimpin PAS pusat mempertahankan Mohamad Sabu sambil menegaskan kefahaman bahawa hanya Umno memperjuangkan kemerdekaan negara seperti dicanang pihak tertentu untuk mendapat sokongan orang Melayu sama sekali tidak benar. Ahli jawatankuasa kerja parti itu, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata gologan agamawan nasionalis yang dicap sebagai penentang atau golongan kiri oleh British juga merupakan pejuang kemerdekaan sebenar, namun tidak diangkat dalam sejarah. (Semalam, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengeluarkan pendirian menyokong timbalan presiden itu. Mereka seperti Tok Janggut yang menentang British di Kelantan, Tok Ku Paloh dan Abdur Rahman Limbong di Terengganu, Datuk Bahaman di Pahang dan beberapa pejuang lain yang sanggup menggadai nyawa menentang penjajah. Selain itu tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan negara yang lain seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar al Baqir dan Ahmad Boestamam juga seolah-olah dinafikan jasa mereka menentang penjajah. "Pada saya, sebenarnya perlu kepada penziarahan semula sejarah kemerdekaan kita kerana sejarah yang ada pada hari ini hanya ditulis dari satu sisi pandang iaitu dari pihak Umno BN yang diberi kuasa oleh penjajah British," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor. "Kita menerima nasionalis berunding meja bulat dengan British kemudiannya diberi kuasa, namun kita juga perlu mengiktiraf dan merakamkan perjuangan agamawan nasionalis dan golongan kiri yang turut berjuang memerdekakan negara dari British," katanya dipetik Harakahdaily hari ini. Menurut sejarah, dalam pertempuran dengan British di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh dan mayatnya dibawa ke Kota Baru dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Kemudian mayat beliau digantung secara terbalik beberapa hari di depan istana di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Abdur Rahman pula dilabel sebagai sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu dan ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya di Mekah pada 1928 dan meninggal dunia selepas itu. "Umno buat apa, berunding meja bulat sahaja, ini Tok Janggut, Abdul Rahman, Tok Ku Paloh, Datuk Bahaman berjuang angkat senjata lawan British bukan ikut telunjuk British," tambah beliau. Mengulas kenyataan Mohamad yang dimainkan akhbar Umno berhubung serangan terhadap anggota polis di Bukit Kepong pula, Dzulkefly berkata, anggota polis tersebut terperangkap sebagai mangsa keadaan. Biarpun serangan itu adalah terhadap British, namun anggota polis tersebut menjadi mengsa kerana mereka pada waktu itu berkhidmat untuk British dan memerangi mereka yang menentang British. Dalam pada itu, seorang lagi ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof berkata isu serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Merdeka merupakan serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri. Mujahid berkata, serangan kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950 itu manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British ketika itu, namun sejarah itu telah diseleweng oleh Umno BN. Katanya, ia termasuklah kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu menjadi tali barut British. "Isu Bukit Kepong tahun 1950 adalah serangan ke atas sasaran penjajah bukan kepada anak bangsa sendiri. "Polis waktu itu adalah apparatus penjajah, penyerang pula adalah mereka yang menentang penjajah, apakah kerana ini mereka menjadi komunis," soalnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, pada zaman British sesiapa sahaja yang menentang mereka akan dicap sebagai golongan berhaluan kiri atau komunis. Golongan kanan atau konservatif pula adalah mereka yang mengikut telunjuk British, katanya. "Golongan konservatif akan mengekalkan penguasaan British. Penentang keras dan mahu negara ini merdeka mengikut acuan sebenar dicap kiri atau komunis," jelasnya lagi. Mengulas lanjut kecaman Umno terhadap Mohamad itu, Mujahid berkata, Umno adalah anak didik British yang diiktiraf sebagai golongan konservatif, sebab itu sehingga sekarang walaupun sudah 54 tahun merdeka, mereka masih bermati-matian mempertahankan British. "Umno adalah golongan konservatif yang menjadi anak didik British, malangnya setelah 54 tahun merdeka Umno masih mempertahankan British. "Cuma Umno tidak sedar mereka adalah 'radio buruk' hari ini di mata rakyat yang sudah merdeka," katanya. | ||
Mandat BN hampiri garisan akhir, Kit Siang ingatkan Najib Posted: 01 Sep 2011 05:29 AM PDT KUALA LUMPUR— Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengingatkan Datuk Seri Najib Razak mandat kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) menghampiri garisan penamat dan mahu perdana menteri menunaikan pembaharuan dijanjikan secepat mungkin atau menghadapi tamparan pengundi pada pilihan raya umum ke-13. BN mempunyai 19 bulan lagi sebelum mandatnya berakhir awal 2013. Populariti Najib telah menjunam enam mata dalam kajian terbaru kendalian Merdeka Center baru-baru ini. "Rakyat Malaysia mengibarkan bendera kebangsaan semalam tetapi mempunyai satu persoalan yang sama - ke mana anda pergi, Malaysia?" kata penasihat DAP ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Lim (gambar) berkata, pemimpin-pemimpin komponen perikatan dalam perutusan Hari Kemerdekaan Ke-54 semalam menyeru rakyat Malaysia yang berlainan latar belakang agama dan kaum agar bersatu, bersikap sederhana dan bertolak ansur antara satu sama tetapi ia kelihatan diterima dengan hambar. Ini kerana, menurut Lim, landskap nasional yang "pecah belah dan berbalah", di samping ketidakupayaan Najib untuk memperlihatkan kepimpinan yang berkesan. Ahli Parlimen Ipoh Timur ini menekankan, usaha-usaha yang tidak bertanggungjawab dan semberono cuba memecah belah negara mengikut garisan kaum dan agama. Beliau memberikan contoh satu laporan menerusi saluran TV1 pada Ahad lalu - didakwa mengaitkan satu laman sosial Facebook menggalakkan murtad di kalangan Muslim dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Saluran milik kerajaan itu menyiarkan bahan berkaitan kumpulan Facebook "Murtads in Malaysia and Singapore" menerusi segmen berita perdana 8 malam mengaitkan pemimpin-pemimpin seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Dr Boo Cheng Hau dan Ean Yong Hian Wah. Malah, laporan itu mendakwa Presiden Parti Sosialis Malaysia Dr Nasir Hashim sebagai seorang penyokong kumpulan tersebut. "Pembohongan menjadi hidangan utama disajikan oleh media arus perdana," kata beliau dengan merujuk kepada liputan bahawa DAP mahu mewujudkan sebuah negara Kristian dan mahukan perdana menteri kalangan penganut Kristian atau kecaman terbaru bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengagungkan komunis dan tidak menganggap Datuk Onn Jaafar dan Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman sebagai pejuang kemerdekaan sebenar. Katanya, usaha-usaha sedemikian tidak membantu dalam menyatupadukan rakyat Malaysia, tetapi mewujudkan persekitaran sebaliknya. Lim menegaskan bahawa jika Najib serius dan jujur sebagai perdana menteri bagi semua rakyat, maka beliau seharusnya menyediakan kepimpinan, bukan slogan-slogan kosong. "Perhimpunan Bersih 9 Julai yang berjaya adalah bukti, jika Najib dan mereka dalam kuasa enggan bertindak, maka rakyat Malaysia sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli, sama ada yang beragama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, pengikut Taoisme, Konfucius atau Sikh bersedia untuk bersatu bertindak menyelamatkan Malaysia," kata Lim lagi. Bersih 2.0 menuntut pembaharuan pilihan raya dengan mengemukakan lapan tuntutan sebelum pilihan raya umum ke-13. Awal bulan lalu, Najib mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa pilihan khas untuk mengkaji pembaharuan pilihan raya. | ||
BN terus serang, rasa lega dalam isu ‘komunis’ Mat Sabu Posted: 01 Sep 2011 05:26 AM PDT KUALA LUMPUR— Sama ada tafsiran Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong tepat ataupun sebaliknya, isu itu telah membuka ruang kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertindak secara ofensif ketika ia bertungkus-lumus memperbaiki imejnya yang terjejas ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan isu kenaikan inflasi. Meskipun ada peralihan sokongan orang Melayu kepada perikatan itu sejak pilihan raya umum 2008, Umno melihat Mohamad (gambar), timbalan presiden PAS yang dipilih Jun lalu, sebagai "pengasak" yang belum boleh memecahkan asas kekuatan mereka di kalangan kaum majoriti itu. Bagaimanapun kenyataan kontroversi pemimpin itu telah membolehkan Umno menyemai benih keraguan di kalangan pengundi Melayu, yang masih menganggap komunisme sebagai satu momokan, khususnya di kalangan masyarakat luar bandar. "Ia bukan satu isu yang kita boleh gunakan untuk tempoh yang lama. Ia hanya satu reprief. Tetapi meskipun Mat Sabu seorang penyerang bertubi-tubi bagi Pakatan Rakyat untuk mendapatkan undi orang Melayu, beliau (sebenarnya) 'meriam kosong' dan kami boleh memperlekehkan beliau setiap kali beliau bercakap sesuatu seperti ini," Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad. Rakan-rakannya dari Umno menyertai beberapa pemimpin lain dalam media sosial seperti Twitter untuk mengecam Mohamad, yang didakwa mengatakan bahawa mereka yang menyerang balai polis Bukit Kepong , yang menyebabkan 25 orang terbunuh pada 1950, sebagai pejuang kebebasan. "Perwatakan Mat Sabu (Mohamad) adalah anugerah Tuhan diberikan kepada BN. Dalam semangat merdeka ini, saya akan mempertahankan haknya untuk menunjukkan kebodohan beliau," kata Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga memanaskan pembangkang persekutuan dengan menggalakkan pemimpin-pemimpin dan penyokongnya agar terus membela Mohamad. "Ada banyak artikel dan kenyataan yang menyokong Sabu, yang mengatakan polis adalah balaci British," katanya. The Malaysian Insider difahamkan bahawa Mohamad tidak gembira dengan sikap kepimpinan atasan PAS yang gagal menyokongnya berhubung dakwaan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia minggu lalu. Kelmarin, Setiausaha Agung Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan mempertahankan Mohamad. Bagaimanapun pengarah unit dasar penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu The Malaysian Insider, Pakatan Rakyat perlu membawa perbincangan politik kembali kepada soal-soal dasar yang telah menjejaskan tumpuan pentadbiran Najib ekoran kemarahan orang ramai berhubung paras inflasi yang sangat tinggi dan kecaman antarabangsa berhubung pendekatan Putrajaya menangani perhimpunan Bersih 2.0. "Mesejnya ialah meskipun Tunku Abdul Rahman akhirnya mengisytiharkan kemerdekaan, malah pemimpin-pemimpin Islam dan mereka yang dilabel sebagai sayap kiri, kesemuanya yang telah menentang penjajah dan seharusnya diiktiraf. Bagaimanapun ia bukan satu tugas mudah," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor. Penganalisis politik Khoo Kay Peng juga berkata, "Pakatan telah melepaskan bola." "Dengan bercakap mengenai Bukit Kepong, yang merupakan isu etnosentrik, mereka menggunakan permainan BN dan (mereka) melekap padanya dan dengan tepat mereka berbuat demikian. "Kita tidak memerlukan perbincangan sedemikian muncul dalam pilihan raya umum," katanya. Ahli Parlimen DAP kerusi Bukit Bendera Liew Chin Tong memberitahu Pakatan Rakyat telah melepaskan kelebihan untuk terus kekal pada isu-isu seperti pendemokrasian dan ekonomi. Meskipun Mohamad telah menafikan dakwaan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu dan mahu menyaman Utusan Malaysia, ia tidak menghalang pemimpin-pemimpin daripada terus mengecamnya termasuk Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa PAS cuba mentafsir semula sejarah. | ||
PAS ucap takziah kepada keluarga Hasan Ahmad Posted: 01 Sep 2011 05:25 AM PDT
| ||
Cincin RM24 juta: SAMM bidas Utusan Posted: 01 Sep 2011 05:23 AM PDT
| ||
"Saya akan beri kerjasama kepada polis," - Mohamad Posted: 01 Sep 2011 05:21 AM PDT
| ||
Bukit Kepong: Serangan terhadap British Posted: 01 Sep 2011 05:09 AM PDT KUALA LUMPUR - Isu serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Merdeka merupakan serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri. | ||
Enam suspek cubaan samun kedai pajak ditahan Posted: 01 Sep 2011 05:08 AM PDT MALAYSIA KINI Enam lelaki yang sedang leka menebuk lubang di sebuah kedai gambar sebagai laluan masuk untuk menyamun kedai pajak bersebelahan, ditahan selepas sistem penggera kedai gambar itu berbunyi dalam satu kejadian di Sungai Way di Petaling Jaya kira-kira jam 3 pagi tadi. Difahamkan keenam-enam lelaki berkenaan, sebelum itu memecah masuk pintu belakang kedai gambar itu sebelum berusaha menebuk lubang berkenaan. Kira-kira sejam kemudian, sistem penggera kedai gambar itu secara tiba-tiba berbunyi, lantas mengejutkan anggota polis Balai Polis Sungai Way terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian. Panik dengan situasi itu, semua suspek cuba melarikan diri ke arah kenderaan mereka, namun tindakan pantas polis berjaya menahan kesemua suspek. Polis menemui sejumlah batu-bata yang telah ditebuk, peralatan menebuk seperti mesin gerudi, beg galas dan sarung muka selain dua kereta yang berada di luar premis berkenaan. Difahamkan polis sedang memohon perintah reman bagi menyiasat kejadian itu dengan lebih lanjut. Sepasukan anggota polis forensik dilihat menjalankan siasatan dan mengumpul bukti yang ada di tempat kejadian, termasuk cap jari. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dijangka mengadakan sidang akhbar esok. Pemilik kedai pajak tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, berkata beliau gembira suspek tidak sempat menyamun kedainya dan berharap tindakan tegas dikenakan terhadap mereka. "Saya gembira kerana tiada barang yang hilang," katanya. - Bernama | ||
Kes tembak pelajar, tiga anggota polis ditahan Posted: 01 Sep 2011 05:06 AM PDT MALAYSIA KINI Tiga anggota polis antara enam yang ditahan berhubung kejadian melepaskan tembakan yang mencederakan seorang pelajar kolej swasta di Taman Seri Rampai, Setapak, di Kuala Lumpur semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata ketiga-tiga anggota itu berpangkat Koperal dan Lans Koperal. "Dua daripada mereka bertugas di Bukit Aman dan seorang lagi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor," katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergeseran kenderaan, namun siasatan masih lagi dijalankan. Selain tiga anggota polis itu, tiga lagi yang ditahan semalam adalah rakan mangsa berumur antara 20 dan 27 tahun. Semua suspek ditahan reman sehingga 4 Ogos bagi membantu siasatan. Pelajar lelaki berusia lingkungan 20-an itu dilaporkan cedera parah akibat ditembak di hadapan sebuah kelab malam pada 6 pagi. Pelajar itu bersama tiga lagi rakannya baru sahaja memasuki kereta untuk meninggalkan kelab malam berkenaan apabila mereka didatangi sekumpulan lelaki - Bernama | ||
Kes tembak pelajar, tiga anggota polis ditahan Posted: 01 Sep 2011 12:22 AM PDT MALAYSIA KINI Tiga anggota polis antara enam yang ditahan berhubung kejadian melepaskan tembakan yang mencederakan seorang pelajar kolej swasta di Taman Seri Rampai, Setapak, di Kuala Lumpur semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata ketiga-tiga anggota itu berpangkat Koperal dan Lans Koperal. "Dua daripada mereka bertugas di Bukit Aman dan seorang lagi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor," katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergeseran kenderaan, namun siasatan masih lagi dijalankan. Selain tiga anggota polis itu, tiga lagi yang ditahan semalam adalah rakan mangsa berumur antara 20 dan 27 tahun. Semua suspek ditahan reman sehingga 4 Ogos bagi membantu siasatan. Pelajar lelaki berusia lingkungan 20-an itu dilaporkan cedera parah akibat ditembak di hadapan sebuah kelab malam pada 6 pagi. Pelajar itu bersama tiga lagi rakannya baru sahaja memasuki kereta untuk meninggalkan kelab malam berkenaan apabila mereka didatangi sekumpulan lelaki.- Bernama | ||
BARUA BRITISH dapat merdeka 'atas angin' Posted: 01 Sep 2011 12:10 AM PDT PASPB Berikut ialah penjelasan M S Ibrahim Al-Malbar mengenai sejarah tanahair yang digelapkan oleh Umno di bawah berita Malaysiakini 31/8/11 bertajuk "Dr M bimbang ada pihak cuba pesong fakta sejarah": Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan tidak lama selepas itu yang berusaha untuk membangkitkan kesedaran kemerdekaan dikalangan orang melayu dan anti British, antara pimpinannya ialah Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ibrahim Hj Yaakub, Ishak Hj Mohamad dan Ahmad Boestamam. Pada 17.10.1945 ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan tanah melayu dengan slogannya MERDEKA, hanya pada 1946 Datuk Onn dan pengikutnya yang terdiri dari golongan atasan dan pertengahan melayu menubuhkan UMNO, slogan umno ialah HIDUP MELAYU dan merupakan pro-penjajah, umno memperkecilkan perjuangan PKMM dengan ungkapan "....membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka...." Pada 1947 Dr Burhanuddin, Ghanapathi, Abdullah CD dan Miau Siu telah menghadiri persidangan Asia di New Delhi yang membincangkan gerakan kemerdekaan di berbagai negara asia. PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) terdiri dari parti2 kiri melayu dan AMCJA (Majlis Bergerak Serentak Malaya) terdiri dari parti2 kiri bukan melayu telah bergabung (macam Pakatan Rakyat pada hari ini) dan merupakan kemuncak perjuangan menuntut kemerdekaan secara berlembagaan dan merupakan persatuan berbagai kaum yang terbesar di Tanah Melayu. PUTERA + AMCJA telah mengemukakan sepuluh prinsip Perlembagaan Rakyat kepada British untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka, ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, tetapi British menolak cadangan tersebut dan British berpakat dengan umno untuk mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu, British hanya akan memberikan kemerdekaan kepada golongan yang bersedia untuk meneruskan dasar dan sistemnya, maka yang paling setia dengan British ketika itu ialah umno. 18.6.1948 British isytiharkan darurat dan semua parti2 dan persatuan berhaluan kiri diharamkan, pada 20.6.1948 British lancarkan Ops-tangkap secara besar-besaran terhadap pimpinan PUTERA DAN AMCJA, ingat ketika itu tiada seorang pun pimpinan umno dan ahli umno yang ditangkap, apa maknanya itu?. Tunku dapat kemerdekaan atas angin sahaja dan ada perjanjian yang mesti ditunaikan oleh Tunku, antara isi perjanjian itu 1. Tunku hendaklah mempertahankan perang kolonial yang dicetuskan oleh British 2. Menjamin Malaya tidak terpisah dengan blok sterling 3. Menjamin keselamatan pelabur British dan negara2 barat yang lain serta membenarkan mereka membawa pulang keuntungan ke negara mereka. Gagalnya rundingan Baling adalah kerana Tunku tidak memberikan ruang kepada PKM, Tunku hanya beri dua pilihan kepada PKM serah diri atau dimusnahkan, pada hal PKM sudah bersetuju untuk letak senjata dan menyertai politik demokrasi, Tunku lakukan ini adalah atas desakan British, sebab itu dalam perjanjian tercatat meneruskan perang kolonial, British sangat2 berdendam dengan PKM, jika Tunku terima cadangan PKM kemungkinan besar askar melayu tidak perlu masuk hutan dan tiadalah askar yang mati meninggalkan janda dan anak yatim, perlu diingat British gunakan orang melayu untuk mempertahankan kekuasaannya di Tanah Melayu dengan melantik mereka jadi SC, Home Guard dan juga askar melayu (arwah ayah teman pun jadi SC). Tulisan ini bukan menyokong PKM, tetapi hanya mencatat apa yang ada dalam lipatan sejarah yang tidak terdapat dalam buku sejarah di sekolah.... Setiap kali datangnya 31 Ogos maka slogan merdeka akan kedengaran dan Jalur Gemilang pun akan dikibarkan walau pun pada hakikatnya kemerdekaan yang dicapai hanyalah kemerdekaan palsu dan temberang dan Dato' Onn Jaafar kata "kemerdekaan setengah masak", apa ertinya merdeka jika negara masih kekalkan perlembagaan yang digubal oleh penjajah British dan menolak Islam dan Umno memutar belitkan sejarah pejuang kemerdekaan yang sebenar. Pejuang kemerdekaan yang sebenar ialah PUTERA (yang dilabel oleh British sebagai berhaluan kiri melayu) dan AMCJA (berhaluan kiri bukan melayu) termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, bukannya umno pembohong. Umno tidak pernah berjuang menentang British sebaliknya kebanyakkan pimpinan umno ketika itu jadi pegawai British termasuk Tunku, umno memang tidak berminat untuk merdeka sebab itu umno memperkecilkan perjuangan PKMM yang slogannya `merdeka' dengan mengatakan "..membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka" inilah ejekkan umno terhadap PKMM. Percantuman PUTERA dengan AMCJA telah mengemukakan 10 prinsip perlembagaan rakyat kepada British dan ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, ianya telah meletakkan British dalam keadaan serba salah dan terpaksa berpakat dengan anak didiknya umno yang ketika itu umno telah bersedia untuk menjadi kuli batak, barua dan balaci British untuk meneruskan sistem British di Tanah Melayu. Memang British hendak tinggalkan tanah jajahan mereka dengan syarat yang akan ambil alih mestilah setia dengan British dan sedia dikuli batakkan, dibaruakan dan dibalacikan. 20 Jun 1948 British lancarkan operasi tangkap pimpinan PUTERA dan AMCJA tetapi tiada seekor pun pimpinan umno yang ditangkap. Umno dapat negara ini (merdeka kononnya) atas angin aje, kerana yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan ialah PUTERA dan AMCJA termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) maknanya PKM ada jasa dalam menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, tetapi Umno tiada apa yang boleh dibanggakan kalau ada pun jasa Umno dan boleh diiktiraf sebagai jasa terbesar Umno ialah Umno berjaya kekalkan sistem kufar peninggalan penjajah British dan dalam masa yang sama menolak Islam termasuk undang2 Islam dan lain2 lagi, Jahat dan Zalim sungguh Umno, semoga Laknat Allah atas umno dari dulu hingga kini yang masih kekalkan sistem kufar itu. Orang Melayu di negara ini sewajarnya berterima kasih kepada PKM terutama Chin Peng yang berjaya membunuh Henry Gurney, kerana Henry Gurney adalah setan yang bertanggungjawab membunuh ratusan umat Islam di Palestin, tetapi oleh kerana umno adalah kuli batak, barua, balaci dan bolehlah dianugerahkan sebagai `binatang ternak' British maka Umno menjulang Henry Gurney sebagai wira mereka dan mengabadikan nama setan Henry Gurney di beberapa tempat di negara ini. Celaka Umno Laknatullah, kamu telah hancur musnahkan cita-cita PUTERA DAN AMCJA untuk mengwujudkan sebuah negara yang perlembagaannya digubal oleh rakyat Tanah Melayu ini sendiri, demi kuasa kamu sanggup jadi `binatang ternak' British dan `binatang ternak' setan, Umno adalah `thoghut' dulu dan kini...JALAN PULANG | ||
Pulau Pinang dulu dan sekarang… Posted: 01 Sep 2011 12:07 AM PDT Oleh Ranjit Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Pulau Mutiara sememangnya menepati namanya. Kali pertama saya ke Pulau Pinang pada tahun 1980, masih ingat lagi kali pertama naik feri untuk menyaksikan keindahan pulau. Sayangnya, masa itu, ianya indah khabar dari rupa. Kekotoran dan kesesakan lalulintas. Selepas itu saya sudah banyak kali pergi ke pulau ini dan tidak banyak yang berubah. Semenjak tahun 2010, saya lebih kerap ke Pulau Pinang atas urusan kerja dan juga cuti. Boleh dikatakan sebulan dua kali. Sewaktu sambutan Tahun Baru 2011 pun saya ada di Padang Kota. Ada sesuatu yang telah berubah di pulau yang saya sukai ini. Kenapa saya memilih pulau ini sebagai destinasi cuti saya? Hari ini, kebersihan yang amat ketara dan sistem pengangkutan yang terurus. Tapi kalau saya nak kata itu yang terbaik, tidaklah sampai begitu. Tetapi memang nampak perbezaan yang ketara. Ini yang membuat saya terfikir bagaimana perubahan ini boleh berlaku. Pada kunjungan saya yang lepas pada bulan April, saya mengambil kesempatan untuk bertanya warga Pulau Pinang tentang perubahan ini. Dari pemandu teksi, penjual cendol, peniaga warung nasi kandar, peniaga kecil, semuanya saya tanya mereka. Rata-rata yang saya berbual, semua memberi saya jawapan yang lebih kurang sama saja – pentadbiran yang bermutu tinggi di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Tetapi saya masih tidak puas hati, kerana bagaimana dalam masa yang singkat boleh ada perubahan yang begitu drastik. Jadi saya berbual-bual politik pula dengan orang ramai. Satu perbualan yang saya nak highlight di sini ialah dengan seorang ahli parti pembangkang (di Pulau Pinang, siapa yang menjadi pembangkang, fikir sendirilah). Menurut beliau, walau pun dia penyokong kuat parti yang beliau wakili, dia sangat hormat dengan cara pentadbiran sekarang. Jadi saya pun cuba provoke beliau dengan isu-isu tetapi tidak berjaya kerana dia sangat teguh dengan pendiriannya, iaitu tetap bersama partinya tetapi memuji kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Menurutnya lagi, walau apa orang lain cakap tentang DAP atau Lim Guan Eng, beliau sendiri telah nampak dan alami perbezaan pentadbiran masa sekarang berbanding masa lalu. Bagi saya, apa yang saya baca dan lihat sendiri di Pulau Pinang, memang layak untuk dipuji pimpinan dan pentadbiran kerajaan negeri. Harapan saya kepada Lim Guan Eng dan kerajaan negeri, teruskan usaha untuk membina sebuah negeri yang maju dan berdaya saing. Dan kepada yang masih tak faham dan menuduh DAP adalah parti untuk kaum Cina, saya nasihatkan mereka ini supaya banyakkan membaca kerana Pengerusi DAP bukan orang Cina tetapi orang Punjabi. Itulah Karpal Singh. Karpal juga orang Pulau Pinang dan dia sekarang adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor. Dan DAP ialah parti politik untuk RAKYAT MALAYSIA tanpa mengira bangsa atau agama. Untuk pengetahuan semua, saya bukan ahli mana-mana parti politik di Malaysia. Saya hanya ingin melihat negara kita maju, aman damai tanpa permusuhan antara kaum atau agama. Dan semua orang sama-sama mendapat faedah. – Roketkini.com | ||
Remajaku, perbuatlah sesuka hatimu jika kamu tidak malu Posted: 01 Sep 2011 12:03 AM PDT Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya): "Kalau kamu sudah tidak punya malu lagi, lakukanlah apa yang kamu kehendaki." (Riwayat Bukhari) Remajaku, hadis ini dijadikan pembuka bicara apabila hati ini kepedihan melihat keadaan remaja hari ini. Baru-baru ini dalam Buletin TV3, ada disiarkan bagaimana di Damansara Damai, para remaja yang melakukan maksiat telah diangkut dengan kereta jenazah. Ketika operasi dijalankan sepasang remaja ditangkap di hotel murah. Kejadian berlaku pada bulan Ramadan yang mulia. Salah satu sebab penggunaan kereta jenazah ini adalah kerana mahu para remaja yang terlibat sedar bahawa setiap insan akan menemui kematian dan akan diperhitungkan segala amalan. Apabila diimbas kembali, ketika naik tren ke tempat kerja atau membeli belah di pasar raya hatta singgah sahaja di Pasar Ramadan mana-manapun, akan terlihatlah aksi-aksi remaja yang tidak segan silu berpeluk-pelukan dengan pasangan masing-masing, bergurau senda lelaki dan perempuan bukan mahram, berpakaian ketat dan menjolok mata serta menunggang motor berpeluk-pelukan tanpa malu dan segan. Hati ingin sekali bersangka baik memandangkan ia berlaku pada bulan Ramadan dan barangkali mereka itu suami isteri atau adik-beradik. Namun, kerap kali sangkaan itu tersasar. Yang ditemui terlalu muda untuk dikatakan suami isteri dan terlalu mesra untuk dikategori sebagai adik-beradik. Teringat satu peristiwa yang baru sahaja berlaku di hadapan saya pada penghujung Ramadan lalu, seorang remaja lelaki yang kelihatan sihat dan kuat menyuapkan makanan ke dalam mulut di hadapan saya ketika saya singgah membeli makanan digerainya. Ibu yang malu terus menegur, "Isy kamu ni, kalau tak puasa pun janganlah makan depan orang." Ketika itu saya terasa ingin berlalu. Rasa tidak patut membeli hasil jualan seorang yang meninggalkan puasa pada bulan Ramadan, namun ia pasti akan mencalarkan akhlak saya dan mengguris perasaan ibu yang tidak bersalah. Apabila diamati, kita dapati remaja kita seakan-akan tidak malu melakukan perbuatan sumbang dan dosa serta melanggar perintah Allah, tetapi malu pula dalam melakukan kebaikan seperti menutup aurat, beriktikaf di masjid, menjaga akhlak kerana bimbang dikatakan skema dan pelbagai karenah yang tidak sesuai untuk remaja Muslim. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri amat pemalu orangnya, hingga terdapat hadis yang menceritakan perihal ini. Dalam hadis riwayat Abu Said Al-Khudri radiallahuanhu, beliau berkata: "Rasulullah sallallahu alaihi wasallam lebih pemalu daripada seorang gadis perawan di dalam kamarnya. Jika beliau tidak menyukai sesuatu kami dapat mengetahui daripada raut wajahnya." (Sahih Muslim) Sekalipun terkadang kita tidak berasa malu sesama manusia, kita mestilah berasa malu terhadap Allah subhanahu wataala. Remajaku, sifat malu membantu kita menjaga iman. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya): "Malu adalah sebagian dari iman." (Riwayat Ibnu Umar radiallahuanhu). Selain daripada itu, kita mesti faham bahawa sifat malu diperlukan kerana ia mengandungi banyak kebaikan. Nabi sallallahu alaihi wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." (Sahih Muslim) Abu Waqid al-Laitsi pula mengatakan bahawa ketika Rasulullah sallallahu alaihi wasallam duduk di masjid bersama orang ramai, tiba-tiba datang tiga orang, yang mana dua orang menghadap kepada Nabi sallallahu alaihi wasallam dan seorang (lagi) pergi. Dua orang itu berhenti dekat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, yang seorang duduk di belakang mereka, dan yang ketiga berpaling pergi. Ketika Rasulullah sallallahu alaihi wasallam selesai, beliau bersabda, "Mahukah saya beritakan kamu tentang tiga orang? Iaitu, salah seorang di antara mereka berlindung kepada Allah, maka Allah melindunginya; yang seorang lagi malu, maka Allah malu terhadapnya; dan yang lain lagi berpaling, maka Allah berpaling daripadanya." Remajaku, bagi memantapkan lagi perasaan malu kita pada Allah dan Rasul, dikongsikan mutiara hadis oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Malulah kepada Allah dengan sebenar-benar malu." Para sahabat menjawab: "Kami memang malu kepada Allah, wahai Rasulullah, alhamdulillah." Baginda berbicara lagi: "Bukan itu yang aku maksudkan. Malu kepada Allah dengan sebanar-benar malu ialah: Engkau memelihara kepala dan apa yang difikirkan, engkau memelihara perut dan apa yang diisikan ke dalamnya, engkau mengingati mati dan segala kehancurannya. Dan barangsiapa yang inginkan akhirat, dia tinggalkan perhiasan kehidupan, dan dia utamakan akhirat daripada dunia. Barangsiapa yang melakukan sedemikian barulah dikatakan dia malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu." Remajaku, kita mesti malu dengan Allah untuk melakukan maksiat di atas buminya melainkan kita ada bumi atau dunia lain untuk tinggal. Jika kita ada bumi, udara, lautan, langit, segala hidupan, kemudahan dan kesenangan selain daripada yang dimiliki Allah, maka tidak perlu lagi kita berasa malu. Perbuatlah sesuka hati. Selagi yang kita miliki adalah milik Allah, selagi itu kita akan diperhitungkan dengan apa kita habiskan apabila kita dibangunkan di akhirat kelak. Kita pasti tidak berdaya untuk menanggung azab pedih Allah! Selain daripada itu, remajaku, malulah dengan ibu bapa. Berfikirlah sebaik-baiknya sebelum melakukan sesuatu. Patutkah kita sewenang-wenangnya melakukan dosa dan maksiat sesuka hati kita tanpa menghiraukan perasaan ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita? Ingatlah sebagai remaja kita membawa nama baik keluarga. Jika kita dengan mudahnya melakukan apa sahaja tanpa segan dan silu kelak nama dan maruah keluarga akan tercalar. Bukan mudah untuk membersihkan nama baik yang tercalar. Bukan sahaja diri kita yang akan dihina, malahan keluarga akan menanggung malu kesan perbuatan kita. Biasanya masyarakat membuat andaian bahawa anak yang baik adalah hasil didikan yang baik oleh keluarga manakala jika kita melakukan hal yang tidak elok, kita akan dianggap tidak dididik dengan baik oleh ibu bapa. Remajaku, akhir sekali jangan dilupa kesan setiap perbuatan burukmu kepada adik-beradik, guru, rakan-rakan dan masyarakat keseluruhannya. Kita adalah pemimpin masa depan, maka jadikanlah malu sebagai benteng dan pakaian seharian kita. | ||
Putrajaya wujud 100 lagi Kedai Rakyat 1 Malaysia Posted: 01 Sep 2011 12:02 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUCHING — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yakin konsep Kedai Rakyat 1 Malaysia boleh diperluaskan lagi ke seluruh negara termasuk ke kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak. Timbalan menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata, Kedai Rakyat 1 Malaysia mampu menawarkan barang dengan jenama "1 Malaysia" pada harga lebih rendah sehingga 40 peratus berbanding harga di pasar raya ataupun kedai runcit yang lain. "Kerajaan mahu memastikan rakyat ada pilihan dalam membuat pembelian barang dan dengan adanya Kedai 1 Malaysia mereka boleh memilih sama ada mahukan produk berjenama ataupun produk 1 Malaysia yang setaraf dari segi kualiti," katanya dipetik Bernama Online. Rohani berkata pihak yang berminat dengan konsep kedai itu boleh memohon permit penggunaan paten jenama 1 Malaysia daripada Jabatan Perdana Menteri dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merancang mewujudkan sekurang-kurangnya 100 lagi kedai seperti itu di seluruh negara dan tidak hanya bertumpu di kawasan bandar utama. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan Kedai Rakyat 1 Malaysia pertama di stesen LRT Kelana Jaya di Petaling Jaya Julai lalu. | ||
Human Rights Watch mahu Australia selesai sendiri isu pencari suaka Posted: 31 Aug 2011 11:59 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Human Rights Watch menegaskan Australia sendiri yang perlu mengambil tanggungjawab melayan tuntutan pencari-pencari suaka di wilayahnya tanpa bergantung pada negara-negara lain ekoran satu keputusan bersejarah mahkamah negara itu semalam. "Mahkamah menyedari (kewujudan) satu perjanjian kotor apabila perkara itu dibawa kepadanya," kata Pengarah Program Pelarian Human Rights Watch, Bill Frelick, dalam satu kenyataan. "Mahkamah Tinggi Australia memutuskan dengan muktamad rancangan berniat jahat kerajaan, yang boleh melanggar hak asasi pencari suaka di Australia," katanya lagi. Bagaimanapun lewat petang semalam, Malaysia mengumumkan bahawa Putrajaya akan bekerja rapat dengan kerajaan Australia untuk mencari jalan terbaik bagi menangani isu pencari suaka dan pemerdagangan manusia ekoran keputusan mahkamah semalam. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar kiri) berkata perjanjian antara kedua-dua kerajaan adalah cara terbaik untuk menyelesaikan isu pemerdagangan manusia. Semalam, Mahkamah Tinggi Australia memutuskan perjanjian berhubung urusan pertukaran pencari suaka antara Canberra dan Putrajaya sebagai tidak sah. Ketua Hakim Robert French memutuskan "deklarasi (perjanjian) dibuat tanpa kuasa dan oleh itu tidak sah." Justeru, mahkamah memutuskan tiada pencari suaka politik boleh dihantar ke Malaysia oleh kerajaan Australia. Mahkamah mengadakan sidang khas minggu lalu untuk mempertimbangkan hujahan oleh para peguam yang mewakili sekumpulan 'orang hanyut' yang mahu rancangan penghantaran 800 pencari suaka ke Malaysia dibatalkan. Barisan peguam itu berpendapat Menteri Imigresen Chris Bowen (gambar kanan) tidak mempunyai kuasa untuk menghantar pencari suaka ke Malaysia kerana negara itu tidak mempunyai obligasi perundangan untuk melindungi mereka. Mereka juga berhujah bahawa penghantaran kanak-kanak tanpa ditemani orang dewasa ke Malaysia merupakan pengabaian tugas Bowen sebagai penjaga di sisi undang-undang untuk bertindak demi kepentingan mereka. Mewakili seorang pencari suaka remaja yang tiba di Australia selepas perjanjian dengan Malaysia dimeterai bulan lepas, peguam remaja itu, Richard Niall, memberitahu mahkamah minggu lalu bahawa penghantaran ke Malaysia bukan merupakan kepentingan anak guamnya itu. Mengikut perjanjian dengan Malaysia, Australia akan menghantar 800 pencari suaka yang tiba di negara itu dengan bot, ke Malaysia bagi diproses tuntutan mereka untuk diisytiharkan sebagai pelarian. Australia pula akan menerima 4,800 pendatang dari Malaysia yang sudah diberi status pelarian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). | ||
Allahyarham Hassan: Kerajaan boleh jatuh jika enggan dengar ‘suara’ ilmuan Posted: 31 Aug 2011 11:58 PM PDT KUALA LUMPUR— Dilihat temu bual terakhir dengan media, bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Allahyarham Datuk Dr Hassan Ahmad berkata, protes atau gerakan diketuai oleh golongan ilmuan akan berterusan dan mendatangkan kesan buruk jika kerajaan mengambil pendirian tidak mahu mendengar langsung suara mereka. "Saya fikir begitu, ya, ya," kata beliau ketika ditemui baru-baru ini, mengulas peranan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dalam tuntutan pembaharuan pilihan raya oleh Bersih 2.0. Samad, 76, dilihat oleh banyak sebagai ikon sosiopolitik baru negara dan mengetuai perarakan Bersih 2.0 sehingga ke Stadium Merdeka pada 9 Julai lalu.Sehubungan itu, tegas Hassan, jika kerajaan memutuskan untuk terus enggan mendengar suara golongan budayawan dan sasterawan, maka ia adalah petanda awal kejatuhan kerajaan. Sebaliknya nasihat beliau, imej kerajaan yang tercalar boleh pulih jika pentadbiran Najib sanggup untuk mendengar suara mereka. Hassan, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya semalam. Temu bual kira-kira sejam dirancang untuk disiarkan minggu ini. Beliau sendiri pernah mengetuai perarakan Gerakan Anti PPSMI di ibu negara tiga tahun lalu. Kata beliau, apa yang disaksikan dalam sejarah dunia sebelum ini sudah mula berlaku di Malaysia. "... sebab kita tengok dalam sejarah, ini sudah berlaku di Malaysia sekarang ini, dalam sejarah, perubahan... revolusi ataupun perubahan besar, perubahan sosial sampai ke tahap revolusi, rakyat misalnya, mereka menggerakkan, diketuai oleh orang ilmuan termasuk ahli sains, pemikir saya sebutkan tadi, Noam Chomsky, ahli sains, ahli falsafah misalnya, Lord Bertrand Russel, dia antiperang, dia boleh berdiri di depan lori... bukan lagi masyarakat biasa, tapi ilmuan," kata beliau semasa ditemui di pejabatnya di Yayasan Karyawan, Pusat Bandar Damansara. "Jadi ilmuan ini, seorang dua ilmuan ini pergi ke depan, (maka) orang lain pun ikut, terpengaruh sebab mereka (ilmuan) ini tiada kepentingan diri, dia tiada kepentingan politik macam Samad, dia seorang (orang) Melayu, tetapi dia punya perjuangan, dia punya idealisme atau dia punya prinsip memikat setiap orang," kata bekas Wakil Tetap ke Unesco ini. Allahyarham Hassan juga berkata, beliau percaya yang pemimpin-pemimpin politik juga sedar mengenai perkara tersebut tetapi mereka tidak mahu mengakuinya. "Saya percaya, malah Umno sendiri pun, kerajaan sendiri pun sudah insaf, tapi ia tak mahu cerita, ia malulah... ego, ego. Insaf bahawa orang-orang seperti Samad Said, Sasterawan Negara, yang dahulu kita bagi hadiah, anugerah sastera negara, dia sendiri berani ke depan, ditembak (dengan gas pemedih mata) dia pergi, ditangkap dia pergi... dia pergi juga," kata beliau sambil menambah, tentu "ada satu pendirian yang kuat, yang benar." Bagaimanapun beliau menegaskan, pendirian itu bukan sesuatu yang bersifat emosional dan tidak mengikut emosi. "Bukan emosional, tidak emosi. Jadi bagi saya, sudah sampai masa bagi kerajaan untuk mendampingi orang-orang, mesra dengan mereka, cakap dengan mereka, jangan menaikkan kemarahan mereka, maka kerajaan punya imej akan pulih, boleh pulih, libatkan mereka bersama," kata beliau. Hassan seterusnya memberitahu, beliau merasakan sudah sampai masanya bagi kerajaan untuk memahami tulisan "pada dinding" yang hendak disampaikan oleh gerakan ilmuan dan cendekiawan. "(Walaupun) mereka faham tetapi tidak mahu mengakui dan sebaliknya mahu bertindak bertentangan untuk mengekalkan kuasa mereka, maka itu adalah permulaan kepada kejatuhan kerajaan. "Kalau mereka bertindak bertentangan dengan semua kebenaran, semua alasan dalam usaha melindungi dan mempertahankan kuasa mereka... kuasa politik, kuasa ekonomi, maka itu adalah permulaan kejatuhan mereka," katanya. Hassan, 75, ketika menghembuskan nafas terakhir petang semalam berkata, beliau percaya rakyat biasa juga mula meragui dan membenci kerajaan apabila pihak berkuasa mengenakan tindakan keras ke atas personaliti-personaliti seperti Samad. "Anda (kerajaan) mesti bertindak, jangan anda dilihat sebagai seseorang yang menjaga kepentingan diri, kuasa," katanya lagi. Allahyarham Hassan juga berkata, individu yang memegang jawatan perdana menteri seharusnya bertindak sebagai ketua kerajaan untuk semua rakyat Malaysia, bukan parti yang diwakilinya. "Anda menjadi perdana menteri Malaysia, mesti memisahkan antara jawatan awam dan presiden Umno, tetapi saya perhatikan kerajaan pertahan diri dan menyerang, anda bertindak sebagai presiden parti, (tetapi) sebagai pemegang jawatan awam, penyandang jawatan perdana menteri... perdana menteri untuk rakyat Malaysia. Dasar negara adalah dasar untuk kepentingan semua rakyat, bukan untuk kepentingan parti," ujar beliau. Secara tradisi selama ini perdana menteri Malaysia merupakan presiden Umno dan bertindak sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN). Najib merupakan perdana menteri keenam dan menyandang jawatan ini sejak April 2009. Perhimpunan Bersih 2.0 dilihat sebagai ujian terbesar dan kajian Merdeka Center yang dikendalikan susulan perarakan itu menunjukkan populariti Najib menjunam sehingga 59 peratus. "... ini silapnya, silap ketua BN sejak dari dulu. Dia tidak dapat pisahkan antara tanggungjawab pemegang jawatan awam dan tanggungjawab politik parti. Tentu parti boleh kawal kerajaan... dasar parti mesti diikuti, tetapi apabila anda melaksanakan dasar negara, dasar parti tiada, dia pemegang jawatan awam. Menteri misalnya, menjawab keselamatan negara adalah soal negara, bukan soal Umno," tambah beliau. Hassan seterusnya memberitahu, "saya nasihat, antara parti dan kerajaan, beliau (perdana menteri) adalah pemegang jawatan awam, dilantik oleh Agong, bercakap secara teori, Agong yang melantik beliau, bertanggungjawab kepada perlembagaan." Oleh itu katanya, perdana menteri bukan lagi orang parti, tetapi mereka terus berhujah seperti "orang parti, parti Umno." "Seolah-olah keseluruhan kerajaan milik Umno. Ini yang menjadi masalah, anda kata Umno, Umno, BN, BN," kata Hassan secara terbuka mengenai politik negara. Hassan juga menyentuh panjang lebar mengenai perkembangan politik sejak pilihan raya umum 2008. Katanya, beliau lazimnya memberitahu banyak pihak bahawa pemimpin-pemimpin politik negara pandai mencipta masalah daripada menyelesaikan isu-isu yang wujud. "Jadi (itu sebabnya) dasar (sukar) nak jadi stabil, dasar kerajaan mengambil masa untuk stabil. Apabila penstabilan dasar mula memuncak, anda menjejaskan dasar (sedia ada)... menteri, pemimpin perdana menteri baru, anda merosakkan dasar-dasar yang ada... macam PPSMI," katanya. Putrajaya memutuskan untuk mengubah dasar PPSMI atau Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tahun lalu selepas dilaksanakan sejak 2003. Selain itu kata Allahyarham Hassan, kerajaan juga perlu mengambil pendirian memberitahu perkara yang sebenar dan memberi maklumat betul kepada rakyat untuk membina keyakinan orang ramai. "Satu lagi anda kena memberitahu yang benar kepada rakyat. Jangan sembunyikan... anda kena menyertakan bersama penglibatan rakyat, anda kena berhujah dengan rasional, bukannya mencetuskan masalah. "Ada orang seperti, nanti kalau cakap akan marah, saya tak mahu sebut. Ada seorang menteri... bila dia bercakap, jadi isu, tak guna akal. Kalau pegawai cakap begitu, dia akan ikut. Saya tidak, saya pernah menjadi ketua banyak organisasi. Bukan saya kata saya ini pandai, tetapi sebagai ketua kena perlu berhati-hati," katanya lagi. | ||
Mandat BN hampiri garisan akhir, Kit Siang ingatkan Najib Posted: 31 Aug 2011 11:56 PM PDT KUALA LUMPUR — Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengingatkan Datuk Seri Najib Razak mandat kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) menghampiri garisan penamat dan mahu perdana menteri menunaikan pembaharuan dijanjikan secepat mungkin atau menghadapi tamparan pengundi pada pilihan raya umum ke-13. BN mempunyai 19 bulan lagi sebelum mandatnya berakhir awal 2013. Populariti Najib telah menjunam enam mata dalam kajian terbaru kendalian Merdeka Center baru-baru ini. "Rakyat Malaysia mengibarkan bendera kebangsaan semalam tetapi mempunyai satu persoalan yang sama - ke mana anda pergi, Malaysia?" kata penasihat DAP ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Lim (gambar) berkata, pemimpin-pemimpin komponen perikatan dalam perutusan Hari Kemerdekaan Ke-54 semalam menyeru rakyat Malaysia yang berlainan latar belakang agama dan kaum agar bersatu, bersikap sederhana dan bertolak ansur antara satu sama tetapi ia kelihatan diterima dengan hambar. Ini kerana, menurut Lim, landskap nasional yang "pecah belah dan berbalah", di samping ketidakupayaan Najib untuk memperlihatkan kepimpinan yang berkesan. Ahli Parlimen Ipoh Timur ini menekankan, usaha-usaha yang tidak bertanggungjawab dan semberono cuba memecah belah negara mengikut garisan kaum dan agama. Beliau memberikan contoh satu laporan menerusi saluran TV1 pada Ahad lalu - didakwa mengaitkan satu laman sosial Facebook menggalakkan murtad di kalangan Muslim dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Saluran milik kerajaan itu menyiarkan bahan berkaitan kumpulan Facebook "Murtads in Malaysia and Singapore" menerusi segmen berita perdana 8 malam mengaitkan pemimpin-pemimpin seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Dr Boo Cheng Hau dan Ean Yong Hian Wah. Malah, laporan itu mendakwa Presiden Parti Sosialis Malaysia Dr Nasir Hashim sebagai seorang penyokong kumpulan tersebut. "Pembohongan menjadi hidangan utama disajikan oleh media arus perdana," kata beliau dengan merujuk kepada liputan bahawa DAP mahu mewujudkan sebuah negara Kristian dan mahukan perdana menteri kalangan penganut Kristian atau kecaman terbaru bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengagungkan komunis dan tidak menganggap Datuk Onn Jaafar dan Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman sebagai pejuang kemerdekaan sebenar. Katanya, usaha-usaha sedemikian tidak membantu dalam menyatupadukan rakyat Malaysia, tetapi mewujudkan persekitaran sebaliknya. Lim menegaskan bahawa jika Najib serius dan jujur sebagai perdana menteri bagi semua rakyat, maka beliau seharusnya menyediakan kepimpinan, bukan slogan-slogan kosong. "Perhimpunan Bersih 9 Julai yang berjaya adalah bukti, jika Najib dan mereka dalam kuasa enggan bertindak, maka rakyat Malaysia sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli, sama ada yang beragama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, pengikut Taoisme, Konfucius atau Sikh bersedia untuk bersatu bertindak menyelamatkan Malaysia," kata Lim lagi. Bersih 2.0 menuntut pembaharuan pilihan raya dengan mengemukakan lapan tuntutan sebelum pilihan raya umum ke-13. Awal bulan lalu, Najib mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa pilihan khas untuk mengkaji pembaharuan pilihan raya. | ||
Sambut merdeka macam sambut ulang tahun Umno Posted: 31 Aug 2011 11:55 PM PDT
| ||
Umno padam jasa agamawan nasionalis Posted: 31 Aug 2011 11:54 PM PDT
| ||
Idham Care cadang bina pusat pendidikan Posted: 31 Aug 2011 11:52 PM PDT
|
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan