Sabtu, 10 September 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


BN anjur siri penerangan pra-PRU

Posted: 10 Sep 2011 05:41 AM PDT

MALAYSIA KINI


Biro Publisiti dan Penerangan BN akan mengadakan sebanyak 14 siri Majlis Penerangan Perdana (MPP) bagi menerangkan isu-isu semasa kepada semua anggota jawatankuasa Umno bahagian dan cawangan di seluruh negara.

Pengerusinya Datuk Ahmad Maslan berkata modul yang sama akan digunakan pada setiap siri di setiap negeri.

Kedah menjadi negeri pertama MPP diadakan yang berlangsung di Dewan Wawasan Jitra hari ini.

"MPP ini adalah sebahagian persediaan BN untuk menyiapkan ahli-ahlinya dengan maklumat terkini menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

"Semua orang tahu PRU-13 semakin hampir dan MPP ini akan berakhir di Sabah dan Sarawak pada 3 Oktober ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup MPP peringkat Kedah oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

MPP peringkat kebangsaan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 10 Julai lepas.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata program Juara Rakyat anjuran Umno akan diteruskan sehingga PRU-13 diadakan. Bernama

Majlis profesor tersasar jauh dari kebenaran

Posted: 10 Sep 2011 05:39 AM PDT

Mohd Azmi Abdul Hamid & Abdul Ghani Samsudin


ULASAN - Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) terkejut dengan pendirian apa yang dipanggil Majlis Professor Negara yang mengatakan perjuangan golongan kiri bukan perjuangan kemerdekaan.

Mengulas rumusan oleh majlis yang dikatakan dianggotai oleh para ahli professor yang diwakili oleh Datuk Prof Zainal Kling, TERAS dan SHURA berpendirian sejarawan tersebut bermain kata-kata yang berbelit-belit untuk menafi suatu fakta yang sudah sangat ma'ruf dikalangan rakyat.

Mana mungkin tafsiran ini dapat diterima sedangkan British lah yang telah mengharamkan pelbagai pergerakan Melayu seperti PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin dengan tuduhan bahawa semua gerakan ini adalah gerakan komunis. Kata-kata terkenal Datun On Jaafar "ada bahaya dari gunung" merujuk kepada gerakan Islam Hizbul Muslimin di Gunung Semanggul yang ditunding sebagai gerakan komunis.

Dari mana Datuk On mengguna label ini jika tidak dari ta'rif British yang menjajah tanah air ini.?

Bermakna kesimpulan yang dibuat untuk menuduh gerakan Melayu yang mengambil pendirian garis keras sebagai gerakan komunis adalah dari British dan golongan bangsawan yang dekat dengan British.

Pertama TERAS dan SHURA mempersoalkan istilah gologan kiri atau kanan itu adalah sebenarnya lebel dari siapa? Kenapa majlis ini terlalu taksub dengan label yang diberi oleh British.

Bermakna mereka telah bermula dengan premis yang batil lagi menyesatkan kerana kerangka dan paradigma serta tasawur British itulah yang menjadi ukuran tafsiran mereka terhadap sejarah perjuangan kemerdekaan. Kiri dianggap komunis dan semua gerakan menjadi komunis bila menentang British dan yang tidak sealiran dengan pendekatan yang diguna Umno.

Tidakkah apa yang mereka rumuskan itu termasuk golongan ulama yang telah memilih untuk berjuang dengan cara bersenjata menentang British. Padahal mereka berjuang atas nama tuntutan Islam . Adakah perjuangan mereka dianggap bukan perjuangan yang sah.

Beranikah mereka mengelompokkan ulama yang bertempur dengan British seperti Tok Janggut, Abdur Rahman Limbong, Tok Guru Hussin Dol sebagai komunis hanya kerana British melabelkan mereka sebagai pengganas komunis?

TERAS dan SHURA kesal dengan keanggkuhan golongan bijak pandai yang dikatakan bergelar Profesor.

Dari asas apakah majlis ini membuat rumusan demikian?

Adalah sangat mengelirukan jika ia keluar sebagai pendirian rasmi, seolah ahli pemikir sejarah cuba membuat pentafsiran yang batil mengikut faham British yang mahu generasi selanjutnya menerima bahawa British memberi kemerdekaan bukan kerana tekanan golongan ulama dan pejuang nasionalis tetapi kerana berunding dengan Umno.

Untuk mengatakan tanah air ini tidak dijajah adalah kedangkalan yang sangat mengejutkan datang dari Majlis Profesor terutama bila mereka dikatakan adalah golongan inteligensia negara .

Tidak ada siapapun yang memiliki akal waras mengatakan tanah air ini tidak dijajah sedangkan Raja-raja Melayu hanya menjadi penguasa yang terbatas kepada soal adat dan agama dan dalam urusan yang lain British menjadi tuan.

Malah dalam hal melantik qadhi sekalipun British akan campurtangan kerana pihak British jualah yang akan menentukan dasar siapa yang akan dilantik.

TERAS & SHURA tidak dapat menerima rumusan yang mengelirukan ini hanya kerana wujud kecenderungan ahli sejarawan mengabsahkan perjuangan Umno sahaja yang benar-benar memperjuangkan kemerdekaan.

TERAS & SHIDA mempersoalkan asas Majlis tersebut yang mendakwa bahawa golongan yang menentang British secara bersenjata berniat menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik.

Di mana buktinya dan dari sumber mana mereka menyandarkan hujah ini?

Menuduh perjuangan ulama dan nasionalis sebagai perjuangan komunis dan memfitnah pula mereka sebagai bersekongkol, bekerjasama dan bersubahat dengan pejuang komunis untuk menjadikan negeri ini sebagai republik komunis adalah kebiadapan intelektual yang sangat parah. .

TERAS & SHURA menganggap dakwaan Prof Zainal Kling bahawa perjuangan nasionalis yang tidak mengikut jalur Umno sebagai tidak sah dan tidak legitimate menunjukkan betapa beliau terperangkap dengan sindrom jiwa terjajah iaitu jiwa yang mengukur keabsahan sesuatu perjuangan itu hanya sah jika diterima oleh British.

Nota: Mohd Azmi Abdul Hamid adalah presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) manakala Abdul Ghani Samsudin adalah pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA).

Keretapi terbakar, penumpang KTM terjun gerabak

Posted: 10 Sep 2011 05:38 AM PDT

MALAYSIA KINI


Perjalanan kira-kira 800 penumpang kereta api Ekspres Senandung Wau terlewat sejam apabila sebuah daripada 14 gerabak kereta api terbabit terbakar berhampiran Stesen Keretapi Merapoh, dekat Kuala Lipis, malam tadi.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu walaupun kebanyakan penumpang terjun dari koc untuk menyelamatkan diri sebaik tren berkenaan berhenti mengejut.

Kereta api ekspres itu yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur meneruskan semula perjalanan sebaik sahaja kebakaran berjaya dipadamkan, koc dipisahkan dan ditinggalkan di Stesen Keretapi Merapoh.

Gerabak yang membawa generator dan alat pendingin hawa itu disedari terbakar oleh pemandu lokomotif lalu segera memberhentikan tren sebelum menghubungi pihak bomba dan pasukan penyelamat berhampiran.

Sejurus kemudian sepasukan enam anggota bomba sukarela Kampung Merapoh berkejar ke lokasi untuk mengawal api daripada merebak ke gerabak penumpang lain sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang tiba 16 minit kemudian untuk membantu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Ahmad Zailan Maarof berkata pihaknya menerima penggilan pukul 12.11 pagi dan terus menghantar pasukan tujuh anggota penyelamat dengan sebuah jentera bomba.

"Kami mengambil masa 15 minit memadam api pada gerabak terbabit yang sebahagian besarnya hangus," katanya.

Beliau berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis menyiasat punca kebakaran dan gerabak yang terbakar masih diletakkan di Stesen Keretapi Merapoh.- Bernama

Keluar dari penipuan cendekiawan sempit Umno- Azmin

Posted: 10 Sep 2011 12:55 AM PDT

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengajak rakyat Malaysia keluar daripada pemikiran sempit yang dibawa cendekiawan Umno, berhubung soal sejarah.

"Cukuplah. Jangan bohongi sejarah. Sudah tiba masanya kita keluar dari kelambu penipuan media dan cendekiawan sempit Umno BN," katanya.

Menurut Azmin, penolakan idea pengagihan ekonomi dan sistem pengurusan yang dikemukakan Karl Marx, Webber dan Engel dilabel sebagai komunis dan sosialis.

Sedangkan, katanya, konsep dan idea sama pernah dirai oleh sahabat nabi dan ulama Islam seperti Abu Dzar dan Abdul Rahman Auf.

"Kenapa begitu? Menurut pemikir Islam, Sheikh Taha Jabir Alwani, ini semua persepsi yang dibina atas emosi dan prejudis. Sentimen diutama dan kebenaran dipinggirkan," katanya pada blognya hari ini.

Abu Dzar ialah sahabat nabi yang menitikberatkan konsep keadilan dan kesamarataan dalam Islam dengan memberi penekanan terhadap prinsip keadilan sosial dan ekonomi.

Dianggap sebagai pemikir radikal, beliau pernah menyatakan setiap lebihan (al-afwu) dalam rumah seorang Islam, menjadi hak orang lain yang memerlukannya.

Ibnu Hazm, seorang lagi ulama besar pula menyatakan sesebuah kelompok miskin tidak bersalah apabila berperang menuntut hak jika ia dirampas.

Abdul Rahman Auf pula diketahui umum sebagai seorang sahabat nabi yang kaya tetapi banyak menyumbangkan harta untuk menegakkan Islam.

"Tidakkah ini sama dalam isu Mat Indera yang cuba ditonjolkan (Timbalan Presiden PAS) Mat Sabu.

"Beliau mahu penilaian adil diberi kepada Mat Indera dan pejuang kemerdekaan lain," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Berbanding kebanyakan pemimpin Umno yang dijulang sebagai pejuang kemerdekaan, Azmin berkata, Mat Indera dikenali sebagai kuat beribadah, seorang hafiz dan cintakan kemerdekaan negara dan bangsanya.

Dalam konteks tanah air, British menjajah dan merompak hasil kekayaan di Tanah Melayu sedangkan masyarakat Melayu Islam ketika itu hidup melara dan miskin.

Kereta Tian Chua Dipecah, Dokumen Hilang

Posted: 10 Sep 2011 12:50 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Naib Presiden PKR, Tian Chua mendakwa kehilangan komputer pintar iPad dan beberapa dokumen penting miliknya selepas keretanya dipecahkan kira-kira jam 11.00 malam tadi.

Tian berkata, kehilangan itu hanya disedari ketika beliau beredar ke keretanya selepas makan di sebuah medan selera di Taman Megah, Petaling Jaya.

"Saya belum dapat pastikan dokumen apa dalam beg itu, tapi laporan polis dah dibuat," kata Tian dipetik Keadilandaily.
Bagaimanapun, menurut Tian, beliau tidak mengesyaki mana-mana pihak bahawa ia ada kaitan dengan pengurusan kes perhimpunan Bersih 1.0 yang dihadapinya.

"Saya tak rasa kecurian ada kena mengena dengan pengurusan kes yang berlangsung hari ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Batu.

Kes itu difailkan oleh pendakwaraya untuk mengenepikan keputusan pembebasan beliau.

Pada 19 November 2010, Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membebaskan 17 orang termasuk Tian dan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan daripada tuduhan menyertai perhimpunan tidak sah anjuran NGO itu empat tahun lalu.

Dalam keputusannya Jagjit berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan itu haram dan wujud kecacatan dalam pertuduhan.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri mendakwa mereka di mahkamah.

Tian Chua diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad. Hakim menetapkan 21 November depan untuk menentukan tarikh pendengaran kes.

KDN Harus Siasat Kenapa JPN Gagal Kemaskini Pangkalan Data-Mafrel

Posted: 10 Sep 2011 12:48 AM PDT

Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad


SHAH ALAM : Alasan lapuk yang digunakan oleh Jabatan Pendaftran Negara (JPN) bahawa agensi itu gagal mengemaskini pangkalan data sehingga mengakibatkan bukan warganegara disenarai sebagai pemilih di negara ini adalah alasan yang longgar dan meragukan.

Menurut Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh, kegagalan mengemaskini data dalam tempoh tiga tahun bermula tahun 2008 adalah sesuatu yang serius dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus membuat tindakan susulan mengenainya.

"Bunyinya agak meragukan kerana kalau 2008, sekarang ini sudah 2011, sudah 3 tahun berlalu, biasanya data ini sudah dikemaskinikan.

"Pada pendapat saya sepatutnya macam data JPN ini mungkin dalam tempoh satu suku, tiap-tiap suku harus dikemaskinikan, kalau tidak pun setahun sekali. Jadi kalau dalam kes ini, maknanya dakwaan ini telah dibuat (tetapi) 3 tahun ini ia tidak dikemaskini dan itu alasan yang diberi.. saya rasa itu agak meragukan dan kita sepatutnya betul-betul selidik adakah itu sebabnya atau ada sebab-sebab yang lain?,"soalnya ketika dihubungi Tv Selangor, sambil menambah, KDN harus mengambil langkah susulan untuk mengetahui kedudukan sebenar dalam hal ini.

 JPN sebelum ini mengakui bahawa kegagalannya mengemaskini pangkalan data menyebabkan satu lagi kes orang bukan warganegara disenaraikan sebagai pengundi.

Jurucakap jabatan itu, Jainisah Mohd Noor berkata, pengundi yang memegang kad pengenalan sementara (kad pengenalan hijau) itu sebenarnya merupakan seorang warganegara.

Pegawai berkenaan berkata, semakan yang dijalankan JPN menunjukkan bahawa pengundi berkenaan, Yusnati Haris, 27, telah diberikan status kewarganegaraan pada 2008.

Tambahnya, Yusnati masih disenaraikan sebagai pemegang kad pengenalan hijau kerana pangkalan data yang boleh diakses oleh masyarakat umum itu tidak dikemaskini.

Mengulas hal itu, Syed Ibrahim berpandangan, JPN tidak seharusnya memandang ringan akan hal itu memandangkan ia melibatkan soal keselamatan negara dan imej institusi itu sendiri yang akan terus diragui kesahihannya.

Beliau pada masa sama tidak menolak persepsi rakyat yang akan memandang JPN sebagai sebuah agensi yang lemah dan tidak mampu menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin.

Ujarnya lagi, JPN hendaklah terbuka dalam memberi penjelasan mengenai kelemahan mereka ini, sama ada terdapat elemen-elemen yang tidak baik dan motif sebaliknya menyebabkan status pemilik kad-kad ini boleh bertukar dengan mudah.

"Saya rasa elok fokus kepada isu tersebut dan berikan jawapan, hujah-hujah mengapa ia berlaku dan juga cari jalan penyelesaian mengapa ia berlaku dan juga cari jalan penyelesaian untuk mengelakkan daripada berlaku pada masa hadapan, saya rasa itu fokusnyalah,"kata Syed Ibrahim.

 Terdahulu, isu pertukaran status MYPR kepada MyKad mengejutkan negara dalam kes Mismah.

Malaysiakini mengeluarkan berita "PR Didaftar Sebagai Pengundi" pada jam 1.06 petang, 2 Ogos 2011.

Pada masa tersebut individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR).

Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia.

Teliti Semula Caj Perkhidmatan 'Call Block' Bukan Naikan Caj Kad Prabayar

Posted: 10 Sep 2011 12:47 AM PDT

Ditulis oleh Naeem Raffi


SHAH ALAM : Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa semua syarikat telekomunikasi (Telco) di Malaysia untuk mengemaskini caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna agar lebih relevan sebelum mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Justeru, Setiausaha Agungnya, Muhammad Sha'ani Abdullah menyifatkan cukai perkhidmatan itu tidak wajar ketika syarikat-syarikat komunikasi mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun.

Sebaliknya, beliau mahu Telco meneliti semula caj perkhidmatan 'call block' yang dikenakan selama ini kerana ia didakwa membebankan pengguna prabayar.

"Sebelum cukai (enam peratus) ini dikenakan kepada pengguna kad prabayar bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM, Telco seharusnya menukar kadar caj perkhidmatan yang dikenakan kepada perkhidmatan 'call block' iaitu tempoh caj penggunaan yang dikenakan kepada pengguna walaupun hanya beberapa saat ia digunakan," katanya memberitahu Tv Selangor.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Shani berkata ia adalah situasi dimana pengguna berdepan dengan caj membebankan menerusi 'call block' apabila terpaksa membayar caj perhidmatan untuk 60 saat walaupun pengguna membuat panggilan kurang daripada tempoh itu.

"Ini bermakna sekirannya kadar caj 30 sen untuk seminit, 15 sen akan dikenakan untuk 30 saat. Jadi dalam situasi ini pengguna terpaksa membayar 15 sen untuk setiap perkhidmatan syarikat itu walaupun dalam tempoh kurang daripada 30 saat," jelasnya.

"Jadi caj ini perlu dikaji semula, dengan menggurangkannya kepada 1 hingga 2 saat pengguna tidak akan terbeban dan sekirannya cukai enam peratus itu dikenakan ia tidak akan dirasai oleh pengguna," katanya lagi.

Semalam, Syarikat telekomunikasi yang mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun, mengumumkan akan mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Ia bermaksud, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan.

Pada masa yang sama, peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011.

Ia meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurut laporan Bernama, pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari semalam mengenai cukai perkhidmatan itu, berdasar kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi Malaysia.

Syarikat telekomunikasi itu juga dilapor berkata, cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.


MPN : Mat Sabu Berhak Beri Pendapat Tentang Sejarah Negara

Posted: 10 Sep 2011 12:34 AM PDT

Ditulis oleh Hadri Yaziz


PUTRAJAYA : Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr Zakri Abdul Hamid menyatakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya berkaitan sejarah negara.

Namun, katanya adalah menjadi tanggungjawab badan-badan seperti MPN dan sejarawan untuk memberikan intepretasi yang tepat kepada masyarakat.

"Dalam negara demokrasi, itu hak beliau. Orang boleh menyuarakan apa-apa pandangan. Tapi samada pandangan itu betul atau tidak, itu tanggungjawab badan-badan seperti MPN untuk memberikan sumbangan," jelas Zakri.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohamed Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu ceramah di Tasik Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Menurut Zakri, pihaknya mengambil pendirian untuk bersikap neutral serta tidak mahu memberi respon politik terhadap kenyataan Mat Sabu itu.

"Kita ingin membetulkan fakta dan intepretasi yang tidak betul. Itu yang kita mahu buat. Respon kita bukan aspek politik," tambahnya.

 Mat Sabu didakwa memesongkan fakta sejarah dengan mengangkat Ahmad Indera atau Mat Indera yang menganggotai Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pejuang kemerdekaan sebenar dan bukan anggota polis yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong.

Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan yang dirinya cuba mengaitkan perjuangan Mat Indera dengan komunis seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia 27 Ogos lalu.

Sementara itu bekas profesor di Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam yang memberi respon terhadap penulisan buku 'Pengukir Nama Johor' (2004) berkata, Allahyarham Ismail Adnan hanya melontarkan pandangan tentang Mat Indera.

Malah Ramlah berkata Allahyarham tidak langsung menyebut anggota Rejimen ke 10 PKM itu sebagai pejuang kemerdekaan.

"Macam buku yang menjadi kontroversi, penulis itu Allahyarham Ismail cuma membuat persoalan. Dia tidak menulis ayat yang jelas bahawa Mat Indera itu seorang pejuang. Dia cuma melontarkan pandangan.

"Jadi itu adalah pandangan beliau. Itu bukan tanggungjawab pihak-pihak yang menerbitkan buku itu," katanya.

Ujarnya mungkin penulis memperolehi banyak maklumat sehingga mengakibatkan dirinya meragui dasar perjuangan Mat Indera.

Sehubungan dengan itu Ramlah berkata aspek akdemik di negara ini sentiasa menggalakkan penyelidikan dan percambahan minda untuk memperbaiki bahan ilmiah dari semasa ke semasa.

Tauliah: Jangan salahkan kami, kata Umno Selangor

Posted: 10 Sep 2011 12:33 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Umno Selangor menasihatkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tidak menyalahkan parti itu kononnya berkonspirasi dalam tindakan dikenakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung satu ceramah agama tanpa tauliah di sebuah surau di Klang bulan lalu.

Kes ke atas Khalid akan didengar November ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, tuduhan Khalid itu tidak sepatutnya dikeluarkan sebagai seorang pemimpin politik kerana ia menunjukkan sikap tidak matang Ahli Parlimen itu dan tidak menghormati undang-undang.

Beliau berkata, Khalid tidak seharusnya menuding jari kepada pihak lain apatah lagi Umno yang tidak ada kena-mengena dalam kes tersebut kerana mengadakan ceramah agama tanpa tauliah di masjid dan surau di negeri ini merupakan satu kesalahan dan ia termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

"Beliau mahu mencari populariti murahan dengan membuat tuduhan sedemikian. Kenapa beliau dan pemimpin PAS lain mahu menggunakan masjid dan surau di Selangor untuk mengadakan ceramah, bercakap mengenai politik, dah tak ada tempat lain nak buat.

"Sultan Selangor sebelum ini telah menitahkan supaya masjid dan surau di negeri ini dijadikan gelanggang untuk berpolitik. Khalid adalah pemimpin politik di negeri ini, beliau sepatutnya menghormati titah Sultan Selangor, bukan menunjukkan sikap bodoh sombong dan tidak cerdik," katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Laporan media sebelum ini memetik Khalid berkata, Jais sebagai sebuah badan yang tidak bebas manakala para pegawai yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 itu mempunyai pemikiran jumud selain mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan Umno.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman juga mendakwa tindakan Jais itu bermotifkan politik menjelang pilihan raya umum ke-13.

Jais juga menarik balik tauliah yang diberikan kepada beliau. Dr Rani merupakan Adun Meru.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut menempelak Khalid yang sebelum ini menyifatkan peraturan tauliah bagi mereka yang ingin mengajar, ceramah dan tazkirah mengenai agama Islam di surau dan masjid di negeri ini sebagai ketinggalan zaman.

Kata beliau, wakil rakyat itu sepatutnya sedar bahawa parti yang diwakilinya, PAS yang mentadbir kerajaan negeri ketika ini bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Beliau berkata, sekiranya Khalid mengatakan peraturan itu sudah lapk, beliau sepatutnya mengemukan pandangannya kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam negeri, Datuk Dr. Hasan Ali sama ada ia perlu digubal atau tidak.

Bukit Kepong: Umno pula dakwa PAS parti lahir kerana ‘kecewa’

Posted: 10 Sep 2011 12:31 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Sementara kontroversi berkaitan kenyataan tragedi Bukit Kepong dan pejuang kemerdekaan berterusan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) mendakwa PAS sebagai sebuah parti ditubuhkan atas "rasa kekecewaan."

Katanya, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kedua-duanya komponen Pakatan Rakyat, ditubuhkan ekoran rasa kecewa pemimpin terdahulu.

"Ini hakikat bahawa PAS juga adalah parti yang ditubuhkan atas rasa kekecewaan seperti juga Parti Keadilan (PRK) yang ditubuhkan oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kerana kecewa tak dapat kuasa," katanya dipetik dalam satu rencana siaran Utusan Malaysia hari ini.

Anwar dipecat dari jawatan kerajaan dan Umno pada September 1998, sekali gus membawa kepada gelombang reformasi dan kelahiran PKR.

Sejak 15 hari lalu, pemimpin-pemimpin Umno terus menyerang PAS dan timbalan presidennya Mohamad Sabu kononnya mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu menafikan ada mengagungkan komunis dan memberi tempoh 24 jam yang berakhir semalam kepada Utusan Malaysia, media Umno untuk memohon maaf atau menghadapi tindakan mahkamah.

Mohamad mendakwa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya.

Dalam satu kenyataan semalam, PAS juga menegaskan ia menolak ideologi komunis dan perjuangan komunis.

Mengulas lanjut kata Tengku Adnan, Mohamad perlu memahami sejarah perjuangan kemerdekaan negara.

"Mat Sabu pun lupa sejarah bagaimana PAS ditubuhkan iaitu apabila Tuan Haji Ahmad Fuad yang merupakan Pengerusi Biro Agama Umno atau Pekembar bila kalah bertanding dengan (bekas presiden Umno dan perdana menteri pertama) Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj); maka kecewa dan keluar dari Umno.

"Beliau pergi ke Gunung Semanggol tubuhkan Hizbul Muslimin yang hari ini adalah PAS. Ini sejarah," katanya lagi.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) mengingatkan Mat Sabu supaya menghentikan segera ungkapannya yang berkaitan dengan sejarah negara jika tidak tahu tentang fakta sebenar dan buta mengenainya.

"Kalau dah jadi buta sejarah, dah tak tahu apa yang nak dibuat untuk dapatkan kuasa maka inilah jadinya. Dulu mereka pergunakan agama dan sekarang ini putar belitkan sejarah.

"Sebelum ini mereka sebut mahu negara Islam tapi kemudian hendakkan negara kebajikan dan sekarang mereka mendewa-dewakan pula bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan negara ini," katanya lagi.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, ini semua akan merosakkan, menghancurkan perpaduan dan menidakkan sejarah yang sebenarnya telah tertinta dalam negara.

Dalam tulisan hari ini, Tengku Adnan juga dipetik menegaskan, sejarah tidak boleh diubah dan hakikatnya komunis ketika itu hendak mengambil kuasa daripada pihak British dan juga orang Melayu.

"Nauzubillahi minzalik, kalau komunis memerintah negara kita barangkali kita bukan Islam malah tak taulah parti Islam itu wujud atau tak," katanya.

Semalam, PAS menjelaskan pendiriannya dalam isu sejarah kemerdekaan hari ini menerusi lapan perkara, antara lain menegaskan, Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah.

"Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah," katanya.

Kad prabayar: Kabinet bincang cukai enam peratus minggu depan, kata Rais

Posted: 10 Sep 2011 12:20 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) meminta syarikat telekomunikasi menangguhkan hasrat mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar.

Beliau berkata perkara ini akan dibawa kepada perbincangan jemaah menteri pada minggu hadapan sebelum diputuskan sama ada cadangan itu akan diteruskan atau tidak.

"Masa dan ketika tidak kena sebab tiba-tiba diputuskan begitu," katanya dipetik Bernama Online selepas menyertai program "Bicara Rakyat" malam tadi.

Beliau berkata syarikat telekomunikasi perlu mengambil kira hak pengguna memandangkan ada syarikat terbabit meraih keuntungan besar sekitar RM800 juta hingga RM1.2 bilion setahun.

Satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Petang semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan itu kerana ia kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

37 peneroka Felcra buat laporan polis

Posted: 10 Sep 2011 12:18 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Seramai 37 peneroka Felcra Nasaruddin (Belia) di Bota, Perak telah membuat laporan polis berhubung kes penyelewengan pemberian hak milik tanah dan penyelewengan kos pembangunan tanah oleh pihak Felcra terhadap mereka, kelmarin.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Seri Iskandar dengan diwakili Yusuf Mat, 50, dan ditemani 5 orang rakannya yang lain yang turut menjadi peneroka di kawasan itu.

Menurut Yusuf, Felcra Nasaruddin (Belia) telah diteroka dengan tanaman kelapa sawit dan getah sejak tahun 1973 lalu dan setiap peneroka diberikan 10 ekar tanah oleh Felcra seperti yang tercatit di dalam surat perjanjian.

Katanya, tetapi sehingga kini peneroka tidak mendapat salinan surat perjanjian itu walaupun sudah memohon beberapa kali sehingga ke ibu pejabat Felcra di Kuala Lumpur.

"Sehingga pada bulan Mac 2009 lalu, kami dipaksa menandatangani surat projek tanam semula dan pihak Felcra menjanjikan kepada kami tanah seluas 10 ekar.

"Kemudian pada bulan Julai 2009, kami telah diberi hak milik ke atas tanah itu, tetapi malangnya kami hanya mendapat 7 ekar sahaja daripada tanah itu," katanya menerusi Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Lembah Klang yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily.

Yusuf yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Perak (Bapa) menjelaskan, mereka amat tidak puas hati terhadap pihak Felcra yang mungkir janji apabila tidak menyerahkan keluasan tanah yang sepatutnya diterima oleh mereka seluas 10 ekar seorang seperti yang dijanjikan dan turut tercatit di dalam surat perjanjian itu.

Katanya, mereka percaya kos pembangunan tanah yang sudah dipotong dari jumlah dividen yang diterima oleh mereka selama ini adalah berdasarkan 10 ekar tanah seperti yang dijanjikan itu dan ia tentunya amat merugikan mereka.

"Kami juga percaya perkara ini adalah satu penipuan dan penyelewengan kuasa apabila surat salinan perjanjian tidak pernah diberikan untuk kami mendapatkan maklumat sebenar berkenaan kedudukan tanah milik kami," ujar beliau.

Turut hadir bersama mereka di Balai Polis Seri Iskandar, Pengerusi Bapa Kebangsaan, Razman Zakaria dan seorang peserta Felcra Jalan Kuncu, Tapah, Perak, Ramli Kanji yang telah menang kes samannya ke atas Felcra baru-baru ini.

Sementara itu, Razman berkata, kes tersebut akan dilaporkan oleh beliau kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat supaya disiasat dan dapat dibawa kemuka pengadilan.

Katanya, para peneroka yang tertindas tidak seharusnya takut untuk bertindak bagi mendapatkan keadilan kerana setiap peneroka mempunyai haknya yang tersendiri seperti yang dijanjikan.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak yakin keberanian 37 peneroka Felcra Belia mengatur tindakan awal dengan membuat laporan polis itu ekoran dari kemenangan kes saman peserta Felcra Jalan Kancu, Tapah, Ramli ke atas Felcra baru-baru ini.

Mohamad Sabu saman Utusan Isnin ini

Posted: 10 Sep 2011 12:17 AM PDT

Mohd Sabri Said


BUKIT MERTAJAM: "Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekaligus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal," jelas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau ketika berucap di majlis mengutip dana Pondok Turith di Kampung Sekolah, Juru, Bukit Mertajam malam tadi menegaskan, masa yang diberikan kepada Utusan Malaysia selama 24 jam untuk menarik balik siaran muka depan 'Mat Sabu hina pejuang' sudah berakhir dan saman akan bermula Isnin ini.

Katanya, semua maklumat telah pun diserahkan kepada peguam dan terserah kepada peguam beberapa tuntutan yang harus dikenakan selari dengan fitnah yang tidak henti-henti selama 15 hari berturut-turut.

Tambahnya, tindakan itu bukan untuk mencari kekayaan sebaliknya mahu pengamal media di negara ini bersikap adil dan telus dalam setiap penyiaran berita dan tidak mencipta cerita yang bukan-bukan semata-mata untuk mewujudkan prasangka yang tidak baik terhadapnya, PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya diluku sampai hari ini padahal ceramah saya dah lama dan banyak fakta yang direka merapu dan tak wujud.

"Saya tidak langsung diberikan peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar yang ada dalam TV, saya bercakap tak dak suara, macam itik," jelasnya disambut laungan Allahuakbar dan reformasi para hadirin.

Berceramah sama pada malam tadi ialah Pengarah Pilihan raya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husain, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Amirudin Ahmat.

Tidak dijajah: MPN dicabar terbit buku ilmiah

Posted: 10 Sep 2011 12:16 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mencabar Majlis Profesor Negara (MPN) terutama jurucakapnya Prof Zainal Kling untuk menulis artikel atau buku ilmiah bagi mengemukakan cadangannya bahawa Malaya tidak pernah dijajah dan pegawai yang berkhidmat semasa zaman kependudukan British tidak boleh disebut pegawai British.

Pengarah Operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, demikianlah sepatutnya seseorang ahli akademik apalagi yang bergelar profesor mengemukakan sesuatu pandangan, supaya pandangannya dapat dinilai dan dibahaskan oleh ahli-ahli lain dalam komuniti akademik.

Menurutnya, mengeluarkan sesuatu cadangan intelek atau tesis tidak memadai hanya melalui sehelai dua muka surat kenyataan akhbar.

"Mengemukakan cadangan intelek melalui cara ini bukanlah kaedah ahli-ahli akademik sebaliknya kaedah orang awam termasuklah ahli-ahli politik," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya sesuatu pandangan ahli akademik termasuklah profesor dikemukakan melalui kaedah itu, maka ia tidak mempunyai nilai intelek, sebaliknya samalah seperti sembang-sembang politik orang awam di kedai kopi.

Tambah beliau, sebaliknya sekiranya seseorang ahli politik menggunakan kaedah akademik iaitu menerbitkan artikel atau buku ilmiah untuk mengemukakan pandangannya, maka pandangan itu adalah sarat nilai akademik.

Oleh sebab itu, ujarnya PPP melihat tindakan MPN itu merendahkan martabat akademik mereka sendiri.

Menurutnya, cadangan yang dikemukakan oleh MPN khususnya beberapa profesor seperti Zainal Kling, Khoo Kay Kim dan Ramlah Adam bukan satu perkara yang kecil sebaliknya menyanggah tesis yang sudah diterima oleh ramai para ahli akademik di dalam mahupun di luar negara.

Katanya, kependudukan British sebelum 31 Ogos 1957 di Malaya, rata-rata diterima oleh para ahli akademik sebagai penjajahan sama ada di Negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu tidak bersekutu, manakala pentadbirannya disebut pentadbiran oleh British.

"Di atas premis inilah, kajian-kajian sama ada di peringkat Sarjana Muda, Sarjana, PhD dan Pasca Kedoktoran telah dibuat sejak bertahun-tahun," ujarnya.

Beliau berkata, pandangan yang menyatakan Malaya tidak pernah dijajah, justeru pegawai yang berkhidmat tidak boleh disebut pegawai British merupakan satu premis akademik yang nyata bertentangan.

Oleh sebab itu, katanya cadangan intelek seperti itu tidak sepatutnya dilontar hanya dengan sehelai dua muka surat kenyataan akhbar sehingga tidak dapat dikritik, dinilai, diteliti dan disahkan oleh ahli-ahli akademik yang lain.

"Bagaimana mereka boleh melakukan semua ini sedangkan tiada argumen-argumen akademik yang dikemukakan, sebaliknya hanya sekadar bergantung kepada takrif sempit istilah colonialism yang dipilih.

"Bukankah seseorang ahli akademik dan profesor sentiasa hidup dengan argumen?" soalnya.

Tambahnya, takrifan colonialism yang dipilih juga tidak dijelaskan kaedah pentakrifannya dan jauh sekali keabsahan sumbernya.

"Tidakkah istilah 'naungan' (protectorate) pada kurun ke 19 lazimnya adalah merujuk kepada colonial protectorate?" tanya beliau.

Demikian juga, jelasnya dengan istilah 'lindungan' (protected) lazim merujuk kepada penjajahan sebagaimana status negara Brunei sebelum merdeka.

"Kalaulah kedua istilah ini tidak bermaksud jajahan, maka Empayar British adalah kecil iaitu hanya Australia, New Zealand, Kanada, India-Pakistan, Sri Lanka, Nigeria, Papua New Guinea dan Negeri-negeri Melayu Selat," ujarnya

Menurutnya lagi, menyedari hakikat tersebut, tesis yang dikemukakan oleh MPN bukan hanya melibatkan Malaysia, bahkan status negara-negara lain seperti Uganda, Maldives, Palestin dan Mesir.

"Oleh kerana tesis baru MPN ini perkara yang besar malah turut melibatkan status negara-negara yang lain, adalah tidak wajar ia dilontarkan hanya melalui kenyataan akhbar," katanya.

Katanya, mereka sepatutnya mengemukakan satu artikel atau buku ilmiah, supaya ahli-ahli akademik dan profesor-profesor di seluruh dunia dapat memberi maklum balas terhadap tesis mereka.

Beliau menambah, berdasarkan tesis baru mereka, MPN juga perlu menentukan kedudukan Raymond Dancey yang merupakan ketua Rumah Pasong Bukit Kepong dan ketika itu baru sahaja menamatkan perkhidmatan di Wilayah Naungan British, Palestin.

"Menurut banyak pihak dialah menjadi sasaran utama Mat Indera. Adakah dia Polis British atau Polis Malaya?" soalnya lagi.

PAS gesa bina segera rumah mangsa tanah runtuh

Posted: 10 Sep 2011 12:14 AM PDT

Khairil Abdul Rahim


CAMERON HIGHLANDS, 10 Sept: PAS Pahang menggesa pihak kerajaan menyegerakan bantuan perumahan untuk keluarga Orang Asli mangsa bencana tanah runtuh di Sungai Ruil, yang masih ditempatkan di Dewan Jubli Perak di sini.

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal berkata, bantuan tersebut amat mendesak kerana keadaan di tempat penempatan sementara sejak tragedi itu bulan lalu didapati tidak selesa.

"Bagi kami pembinaan semula rumah mangsa yang musnah dalam tragedi tanah runtuh ini amat mendesak kerana ada ahli keluarga mereka yang cedera dan memerlukan suasana kediaman yang selesa untuk pemulihan.

"Di samping itu juga ramai anak keluarga mangsa berkenaan terdiri daripada kanak-kanak yang masih bersekolah jadi sudah tentulah memerlukan suasana lebih sesuai untuk pembelajaran mereka terutama menjelang musim peperiksaan sekarang," katanya kepada Harakahdaily ketika melawat keluarga tersebut kelmarin.

Rombongan yang membuat lawatan kebajikan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, turut disertai Yang Dipertua PAS Kawasan Cameron Highlands, Ustaz Abdul Karim Noor serta ahli-ahli jawatankuasanya sebelum itu telah beramah mesra dengan mangsa enam keluarga yg masih ditempatkan di situ.

Pada 7 Ogos lalu, tujuh penduduk Kampung Orang Asli Sungai Ruil maut selepas rumah mereka musnah akibat ditimbus banjir lumpur dan tanah runtuh.

Sejak itu pelbagai pihak dan agensi kerajaan berjanji untuk membina semula rumah-rumah mangsa yang musnah sama sekali dalam tragedi berkenaan.

Mereka merupakan antara 60 keluarga yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Perkampungan Orang Asli berkenaan.

Sementara itu, Roslan juga meminta pihak kerajaan memperjelaskan dakwaan penduduk Orang Asli yang ditemui bahawa tapak projek perumahan Taman Golden Hills yang dibina bersebelahan dengan kampung mereka pada asalnya merupakan tanah yang diwartakan sebagai rezab Org Asli.

"Jika dakwaan tersebut benar, pihak kerajaan perlu memberikan penjelasan bagaimana pihak pemaju boleh diberikan laluan untuk projek perumahan mewah tersebut.

"Selain itu PAS Pahang juga menggesa kerajaan menyediakan pelan atau skim perumahan mampu milik untuk penduduk Orang Asli Sungai Ruil menggantikan rumah-rumah kediaman mereka yang amat daif dan terdedah kepada risiko bencana dalam jangka panjang," ujarnya.

Rakyat keliru "fakta" Malaysia tidak pernah dijajah

Posted: 10 Sep 2011 12:12 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Kenyataan jurucakap Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Zainal Kling semalam bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, mencetus kekeliruan baru terhadap pemahaman sejarah di kalangan rakyat.

Bukan sahaja dilihat sebagai "fakta sejarah baru", namun ianya juga dilihat bercanggah dengan apa yang diajar kepada rakyat dalam mata pelajaran sejarah di sekolah sejak berpuluh tahun dahulu.

Seperti biasa, laman sosial Facebook, Twitter dan blog antara yang digunakan rakyat negara ini membangkitkan kekeliruan itu.

Jika benar Malaysia tidah pernah dijajah British, antara persoalan yang dilontarkan termasuklah kenapa kita menuntut merdeka sedangkan tidak pernah dijajah.

Selain itu ada juga natara mereka mempersoal siapakah perdana menteri Malaysia yang pertama ketika "dinaungi" British, kenapa 31 Ogos 1957 diwartakan sebagai hari merdeka sedangkan tidak pernah dijajah dan perlukah tarikh 31 Ogos tersebut disambut lagi selepas ini.

Dr Zainal Kling dalam sidang media semalam berkata, berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.

Sehubungan itu, beliau mahu "fakta" sejarah itu dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik.

Kenyataan itu bagaimanapun mengundang kekeliruan banyak pihak yang selama ini diberi kefahaman bahawa Tanah Melayu sememangnya dijajah sehinggalah merdeka pada tahun 1957.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam dalam reaksi spontanya juga mempersoal kenyataan Dr Zainal Kling tersebut dengan berkata "Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka?"

Katanya, jika benar dakwaan beliau itu, bermaksud tarikh 31 Ogos 1957 bukanlah tarikh merdeka.

"Jadi Dr Zainal secara tidak langsung nak bagitahu rakyat dah terkena tipu 54 tahun oleh Umno ke?" sindir beliau lagi.

Selain Tuan Ibrahim, turut membidas kenyataan MPN itu termasuklah Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Prof Zainal Kling kata bahawa 'kita tidak pernah dijajah, siapa kata kita pernah dijajah itu kesalahan besar'..ertinya selama ini ramai yang tertipu..seruan menghalau penjajah, bebas dari penjajah, merdeka dari penjajahan itu semua itu tidak benar.. satu kesalahan besar.." tulis beliau secara sinis di laman Facebooknya.

"Kemerdekaan lawan bagi kehambaan atau penjajahan..ertinya tiada hari merdeka yang sebenar..kita tidak pernah dijajah..buku sejarah mesti diubah semula..entahlah..siapa yang hendak berteori silalah lagi..macam-macam ada.." tambah beliau.

Konvensyen bukti PAS sedia hadapi PRU-13

Posted: 10 Sep 2011 12:10 AM PDT

Hazayani Zakaria


GOMBAK: PAS tidak gentar untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa meskipun sedar Umno BN sedang rancak melakukan penipuan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno BN tidak akan dapat menutup penipuan mereka dalam sistem pilihan raya khususnya isu daftar pemilih dalam keadaan dunia yang serba canggih ini.

"PAS anjur konvensyen negara berkebajikan yang merupakan tema muktamar untuk dipanjangkan bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Ini menunjukkan PAS bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum walaupun kita dibayangi maklumat yang mendukacitakan di mana perancangan untuk penipuan yang lebih besar dilakukan dalam pilihan raya umum.

"Zaman ini zaman internet dan kita dapat kesan penipuan ini dan mereka (Umno BN) nak tutup cepat-cepat jadi tapi jangan nak tipu kita dah dapat maklumat," kata beliau pada sidang media di sini.

Terdahulu beliau merasmikan Konvensyen Negara Berkebajikan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang berkata, Umno BN sengaja membangkitkan isu-isu yang dapat menimbulkan kemarahan rakyat sekaligus membuatkan mereka lupa kepada usaha membersihkan sistem demokrasi di negara ini.

"Mereka (Umno BN) nak tutup isu penipuan pilihan raya dengan isu-isu yang sengaja dibangkitkan untuk menggelegakkan perasaan rakyat supaya lupa isu sebenar iaitu untuk menghidupkan dan memulihkan proses demokrasi," kata beliau lagi.

Beliau turut mengingatkan Umno BN agar tidak terus memperbodoh rakyat dengan menutup segala maklumat yang benar sebaliknya menunjukkan kesungguhan mereka untuk menghidupkan amalan demokrasi bersih.

"PAS menasihatkan kerajaan jangan menggunakan gula-gula sementara kepada rakyat untuk menghentikan tangisan. Bila habis gula-gula, dia tipu lagi,lepas itu sambung lagi, tak selesai masalah.

"Oleh itu kerajaan mesti sungguh-sungguh menyelamatkan negara dengan menghidupkan demokrasi sebenar dan PAS sungguh-sungguh nak masuk pilihan raya," tegasnya.

Justeru katanya, konvensyen hari ini bagi menggerakkan jentera parti khususnya penerangan parti untuk menyalurkan maklumat mengenai negara berkebajikan kepada rakyat.

"PAS gerakkan jentera parti di seluruh negara pada hari ini supaya membawa mesej konsep negara berkebajikan yang kita nak kenalkan kepada rakyat yang diselaraskan bersama Pakatan Rakyat.

"PAS sudah perkenalkan dalam manifesto pilihan raya ke arah negara berkebajikan dan kita memaklumatkan kepada jentera parti melalui konvensyen supaya jentera parti dapat memahami hasrat negara kebajikan supaya dapat disampaikan kepada rakyat," katanya.

Konvensyen anjuran Lajnah Penerangan PAS ini melibatkan seluruh jentera penerangan dari setiap negeri.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Adram Musa.

Pendapatan syarikat telekomunikasi merosot tidak benar

Posted: 10 Sep 2011 12:08 AM PDT


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menangguhkan terlebih dahulu langkah oleh syarikat telekomunikasi yang akan mengenakan cukai perkhidmatan 6% terhadap pengguna telefon prabayar.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, syarikat telekomunikasi mendakwa mereka telah menyerap cukai itu sejak ia dikenakan pada 1998 dan disebabkan oleh kemerosotan hasil pendapatan, mereka kini mahu melepaskannya kepada pengguna.

"Untuk mengatakan bahawa pendapatan mereka telah merosot adalah jauh daripada benar," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, pengguna telefon prabayar telah menghadapi pelbagai syarat dan terma yang tidak adil yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi terutama sekali apabila syarikat menelan/merampas baki dalam akaun mereka apabila mereka tidak menambah nilai akaun mereka dalam tempoh yang sah.

Untuk mengekalkan nombor prabayar, ujarnya pelanggan perlu menambah nilai dengan jumlah minimum RM5.00.

Bagaimanapun, kata beliau menambah nilai dengan jumlah RM30 akan memberikan tempoh sah selama 30 hari.

Menurutnya, selepas tamat tempoh 30 hari, pelanggan akan disekat daripada membuat panggilan tetapi panggilan masuk sah untuk 90 hari.

Pelanggan, ujarnya boleh mengaktifkan talian dengan menambah nilai bila-bila masa dalam tempoh 90 hari.

Beliau berkata, jika talian tidak ditambah nilai dalam tempoh 90 hari talian akan dibatalkan dan baki kredit yang masih ada akan dirampas dan tiada bayaran semula diberikan.

Contohnya, kata beliau jika pengguna prabayar mempunyai talian yang bakinya RM100 tetapi tempoh sahnya telah tamat, syarikat telekomunikasi akan merampas baki yang ada.

"Adalah ini sah di sisi undang-undang?

"Jika ianya sah, di bawah undang-undang dan peraturan apakah syarikat ini dibenarkan untuk merampas baki yang ada," ujarnya.

Menurutnya, negara seperti England telah menghentikan pengendali telekomunikasi daripada menggunakan amalan ini.

Seharusnya, tambah beliau terdapat sistem di mana nombor perlu mempunyai kesahan sepanjang masa dan bila-bila masa pelanggan yang mahu mengaktifkan talian (malah selepas tempoh tamat) hanya perlu menambah nilai talian dan perlu diaktifkan.

Contohnya, ujar beliau ahli perniagaan asing yang datang ke Malaysia, katakan tiga atau empat kali setahun dan memerlukan nombor telefon tempatan tetapi tidak mahukan talian pascabayar yang dikenakan caj bulanan kira-kira RM30 perlu untuk mendapatkan talian prabayar yang mempunyai kesahan sepanjang masa tetapi dengan tempoh tamat selaras dengan jumlah tambah nilai pelanggan.

Ujarnya, apabila mereka kembali semula ke Malaysia dan kesahannya telah tamat, apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan menambah nilai talian dan perkhidmatannya boleh disambung semula daripada talian menjadi tidak sah dan terpaksa mendapatkan talian baru serta memulakannya semula.

Pengguna, katanya mungkin tidak menyedari bahawa pengguna prabayar dan pascabayar dikenakan bayaran bagi panggilan yang tidak dijawab atau bagi panggilan yang dialihkan ke kotak mel suara.

Caj yang dikenakan pada masa ini ialah 10 sen.

Pengguna sebenarnya, kata beliau boleh mendapatkan semula bayaran daripada pengendali telekomunikasi bagi caj yang dikenakan sekiranya mereka boleh menyerahkan penyata sebagai bukti.

Bagaimanapun dalam kes pengguna prabayar, penyata tidak disediakan melainkan pengguna meminta untuk mendapatkan penyata itu.

"Memandangkan kepada hakikat bahawa terdapat beberapa juta pengguna dan beberapa juta panggilan yang dibuat, pengendali telekomunikasi boleh mengaut sejumlah besar setiap bulan daripada caj yang dikenakan ini.

"Ini jelas satu pencatutan dan tindakan perlu diambil terhadap syarikat ini," katanya.

Sehubungan itu, katanya CAP menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menangguhkan terlebih dahulu setiap usaha yang dibuat oleh pengendali telekomunikasi daripada pengenakan cukai perkhidmatan ini dan sebagai ganti menangani semua kekurangan dan terma yang tidak adil yang dikenakan terhadap pengguna telefon bimbit.- Harakah Daily

Pandangan Melayu muda tentang politik perkauman

Posted: 10 Sep 2011 12:05 AM PDT

Moaz Nair, Malaysia Chronicle

Terdapat satu trend pemikiran baru di kalangan generasi muda di negara dalam pemikiran politik mereka. Mereka tidak berfikiran lapuk dan ini merupakan petanda baik untuk persekitaran sosial dan politik kita sekarang.

British memerintah Tanah Melayu selama hampir dua abad (1774-1957) dan kami melihat konsep masyarakat berbilang kaum yang tidak begitu padu dan berjaya pada masa itu. British bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan peruntukan bahawa kaum-kaum utama boleh mengusahakan satu jalan penyelesaian yang baik untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian di negara ini. Orang-orang Cina dan India telah diberikan hak kewarganegaraan dan orang Melayu telah dikurniakan dengan hak-hak istimewa mereka seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan. Hak-hak kaum-kaum lain juga dilindungi di bawah Perlembagaan. Orang Melayu, India, Cina bersama-sama dengan orang-orang Asli telah menjadikan Malaysia rumah mereka walaupun nenek moyang mereka adalah orang asing.

Ia adalah satu generalisasi yang dibuat oleh beberapa ahli-ahli politik bahawa generasi muda tidak mempunyai cita-cita dan visi untuk negara. Ini anggapan yang salah dan menuntut analisa teliti demi mendapatkan gambaran sebenar dan alasan kukuh. Generasi muda melihat bahawa cara yang ideal untuk menyatu-padukan rakyat adalah melalui proses persekolahan.

Ahmad Mustapha (21), seorang pelajar tahun satu universiti tempatan berpendapat: "Saya dilahirkan sebagai orang Melayu . Saya hanya berpeluang untuk bergaul dengan rakan-rakan dari bangsa lain setelah mendaftar di universiti ini. Saya melihat banyak nilai-nilai murni dalam diri mereka. Saya rasa sistem pendidikan kita mempunyai kelemahan. Semua rakyat Malaysia harus melalui satu sistem pendidikan tunggal. Kita semua harus belajar di sekolah yang berbilang kaum. Sentimen keagamaan di sekolah juga tidak membantu. Simpan agama sebagai perkara yang peribadi. Tidak perlu sekolah atau universiti yang wujud hanya untuk satu kaum. Kanak-kanak semua kaum hendaklah diambil kira sama sebagai rakyat Malaysia. Saya rasa bahawa sekolah kebangsaan perlu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk menarik lebih ramai rakyat berbilang kaum. "

Kegagalan sistem pendidikan

Setelah kemerdekaan sekolah-sekolah vernakular di negara ini dikekalkan dan banyak orang Cina, India dan Melayu luar bandar memilih sekolah-sekolah ini untuk pendidikan anak-anak mereka. Semakin lama, sekolah kebangsaan tidak dilihat sebagai neutral oleh ramai ibu bapa dan juga kurang Islam oleh orang Melayu. Maka, rancangan untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk memasuki sekolah kebangsaan menjadi usaha sia-sia. Kepada generasi muda, mereka merasakan bahawa kerajaan yang berkhidmat telah gagal untuk menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan muktamad di negara ini. Malangnya, beberapa ahli politik yang taksub - berkemungkinan untuk meneruskan hayat politik mereka - masih lebih suka menjurangkan pendidikan di negara ini dan membuat banyak sekolah eksklusif untuk satu kaum sahaja. Generasi muda yang menyedari kelemahan dalam sistem pendidikan kita ini tidak sependapat dengan pemikiran ahli-ahli politik.

Generasi muda juga seolah-olah menjadi lebih liberal mengenai politik. Mereka jarang bercakap tentang hak-hak dan keistimewaan mereka kerana mereka menyedari bahawa persaingan yang sihat dalam kehidupan adalah lebih baik untuk seseorang itu mencapai kecemerlangan dalam kerjayanya. Mereka berpendapat bahawa semua rakyat Malaysia yang dilahirkan di negara ini harus dianggap sebagai satu bangsa.

Arshad Iqbal (23), seorang eksekutif muda Melayu dengan sebuah syarikat Jepun berkata: "Saya tinggal di Amerika Syarikat selama empat tahun. Saya belajar di sana. Seorang kanak-kanak yang dilahirkan di Amerika Syarikat secara semulajadi menjadi warganegara yang sah di sisi undang-undang negara. Dia adalah seorang warga Amerika. Dia menikmati hak-hak rakyat seperti mana-mana orang lain yang dilahirkan di sana. Bangsa dan agama bukan isu nasional tetapi dianggap perkara yang peribadi bagi seseorang individu. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bekerja ke arah ini untuk melihat bahawa politik tidak mencemari bangsa dan agama.Jauhkan diri daripada semua isu-isu yang memecah-belahkan dan dalam berilah hak yang sama rata kepada semua. "

Hampir 68 peratus rakyat Malaysia yang muda adalah keturunan campuran dan asal usul mereka dapat dikesan ke Kepulauan Melayu, India, China, negara-negara Arab dan di tempat lain. Mereka inilah yang merasakan bahawa politik perkauman tidak membantu Malaysia menjadi negara yang harmoni. Walaupun pelbagai budaya yang mereka warisi, mereka bangga dipanggil rakyat Malaysia. Mereka merasakan bahawa hanya dokumen-dokumen rasmi mereka yang membezakan mereka daripada orang lain. Mentaliti mereka adalah semua rakyat Malaysia sama sahaja.

Alias Diwan (25), seorang saintis muda yang berkerja dengan sebuah institusi penyelidikan tempatan berkata: "Saya milik ICC (Identity Crisis Club). Saya menghadapi krisis identiti apabila saya tinggal di negara ini, tetapi saya tidak sedikitpun peduli. Ibu saya Melayu dan ayah saya India. Saya juga mempunyai nenek sebelah ibu berbangsa Cina dan memeluk agama Islam. Tunangan saya berasal dari Sabah dan dia Kadazan. Saya tidak prejudis terhadap mana-mana kaum dan saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Saya mempunyai ramai kawan yang keturunan campuran, samada Melayu, Cina, India dan saya boleh bergaul dengan mereka dengan selesa.

Generasi muda keturunan campuran

Politik yang berasaskan kaum dan agama dianggap sebagai kuno oleh generasi muda. Ia dilihat tidak praktikal memandangkan begitu banyak dalam generasi mereka adalah keturunan campuran. Sebagai keturunan campuran, mereka mempunyai ikatan yang lebih baik dengan orang yang berlainan kaum dan mereka merasakan bahawa rakyat Malaysia perlu dilayan sama rata tanpa mengira bangsa mereka, fahaman, agama atau politik. Mereka merasakan bahawa semua rakyat Malaysia perlu mengasah bakat yang ada pada diri dan diakui oleh kerajaan demi membawa kemajuan kepada negara. Rakyat Malaysia yang mempunyai bakat tersendiri perlu digalakkan untuk tinggal di negara ini dan tidak halau hanya kerana fahaman agama yang berbeza.

Rizal Anuar (24), seorang profesional yang bekerja dengan syarikat kejuruteraan asing berkata: "Kami generasi muda merasakan bahawa ahli-ahli politik cuba meracuni fikiran kita dengan taktik politik memecah belah. Ini yang kita rasa tidak berfaedah kepada minda muda. Saya mempunyai ramai kawan-kawan dari semua kaum. Ahli-ahli politik berkepentingan peribadi ini tidak menyumbang kepada rakyat dengan cara mereka berpolitik. Mereka hanya asyik dengan diri sendiri. Mereka ini berfikiran sempit."

54 tahun telah berlalu sejak merdeka dan lebih 95 peratus orang Melayu, India dan Cina sekarang dilahirkan di negara ini. Mereka yang dilahirkan di negara ini dan dianggap sebagai warganegara harus mendapat hak yang sama. Ini adalah impian generasi muda masa kini.

Mereka yang lahir dan dibesarkan di negara ini tidak tahu apa-apa tentang tanah air nenek moyang mereka tetapi mengenali negara ini. Mereka tidak mempunyai negara lain , tidak seperti nenek moyang mereka yang datang ke negara ini suatu masa dahulu. Generasi muda dilahirkan di sini dan mempunyai kesetiaan kepada negara ini sebagai tanah air mereka. Mereka semua berkongsi aspirasi yang sama iaitu untuk melihat Malaysia berjaya. Mereka belajar bahasa kebangsaan walaupun mereka bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Lingua franca atau bahasa yang digunakan untuk komunikasi sosial bagi mereka masih bahasa Melayu. Walaupun rakyat Malaysia mempunyai pelbagai budaya tetapi mereka tetap mempunyai kewarganegaraan yang sama.

Alvin Chong (23), seorang pakar optik berkata: "Walaupun saya tidak dapat bertutur bahasa Melayu dengan fasih kerana tinggal di England sejak berusia 12 tahun untuk belajar tetapi sekarang, lebih 90 peratus daripada komunikasi saya dengan pelanggan saya adalah dalam bahasa Melayu. Saya menghargai bahasa itu. Saya menggunakan bahasa itu kerana ia adalah bahasa kebangsaan kita. "

Generasi muda Cina dan India hari ini - termasuk orang-orang yang datang dari negara-negara jiran sebelum merdeka merupakan rakyat generasi ketiga atau keempat Malaysia. Mereka telah berkembang dan mewarisi identiti Malaysia yang unik. Lahir dan dibesarkan di sini, mereka tidak menunjukkan kesetiaan kepada negara-negara nenek moyang mereka. Malangnya, beberapa ahli-ahli politik berpandangan sempit lebih suka mengabaikan hakikat ini demi percaturan politik mereka sendiri dan kepentingan diri sendiri.

Bukan Melayu tidak harus dianggap sebagai rakyat kelas kedua

Generasi muda bukan Melayu sekarang tidak seharusnya dianggap sebagai rakyat kelas kedua oleh mana-mana kaum lain di negara ini demi kepentingan politik. Mereka telah jelas menunjukkan kesetiaan mereka kepada negara ini. Mereka telah belajar bahasa kebangsaan dan kesetiaan mereka kepada Raja dan negara tidak boleh dipersoalkan. Mereka berpegang kepada nilai-nilai yang sama dan bersama-sama menyumbang kepada ekonomi negara. Mereka telah mempertahankan negara terhadap anasir-anasir jahat yang tidak diingini pada masa lalu demi keamanan dan kemakmuran negara. Ramai yang telah terkorban demi mempertahankan negara yang tercinta ini. Orang-orang sebegini tidak seharusnya dilabel sebagai warganegara kelas kedua.

Generasi muda mempunyai pandangan yang lebih positif mengenai masa depan Malaysia. Mereka lebih terdedah kepada maklumat dan mereka telah melihat kejayaan dan kegagalan multikulturalisme di banyak negara lain. Mereka umumnya menangkis politik perkauman. Inilah generasi rakyat Malaysia yang bijak dan tidak akan dipengaruhi oleh propaganda media tempatan yang memaparkan isu-isu perkauman dan agama yang memihak kepada kerajaan semata. Mereka mempunyai visi mereka sendiri tentang apa yang boleh membentuk sebuah negara yang progresif dalam suasana berbilang kaum. Mereka cenderung untuk tidak memihak kepada ahli-ahli politik yang menggunakan bangsa dan agama untuk mendapat ganjaran politik. Bagi mereka Ini jelas kepura-puraan dan kejahilan. Generasi muda mempunyai toleransi yang lebih tinggi dan ingin melihat satu sistem yang menyeluruh seperti parti politik yang mewakili semua rakyat tanpa mengira bangsa atau agama mereka. Mereka bercita-cita untuk Malaysia sesuai untuk semua individu.

Apabila media pro-kerajaan menanam sentimen bangsa dan agama, kita lihat anak-anak muda yang berpendidikan dari semua kaum bergaul bebas walaupun terdapat perbezaan yang wujud antara mereka. Ahli-ahli politik yang mementingkan diri sendiri dan menggunakan isu-isu perkauman dan agama untuk mendapat sokongan dari golongan-golongan rakyat tertentu sedang menghadapi kehilangan sokongan. Inilah ahli politik yang kurang bijak dan akan ditolak oleh pengundi muda. Matlamat mereka hanyalah politik adalah memecah belah yang dilakukan untuk kekal relevan dalam politik.

Sudah tentu sesetengah ahli politik kita tidak memainkan peranan yang betul untuk melihat jurang antara kaum dan agama tidak berleluasa di negara ini. Generasi muda benci kepada pendekatan ini dan tidak akan menyokong pendirian tersebut - Inilah petanda yg kerajaan sedia ada tidak lama lagi akan kehilangan cengkaman kuasa mereka.

Pilihan yang lebih baik dalam politik

Kepercayaan bahawa bangsa dan agama tidak boleh dipisahkan dalam politik Malaysia adalah melucukan. Untuk negara kita maju dalam suasana harmoni, mitos politik ini perlu diperbetulkan. Pilihan Raya Umum yang lepas (2008) menyaksikan revolusi oleh kira-kira 52 peratus pengundi yang merasakan bahawa penggunaan kaum dan agama untuk menipu rakyat tiada lagi berkesan dalam politik dan ekonomi. Pengundi muda kini mencari pilihan yang lebih baik dalam politik.

Negara sekarang memerlukan ahli politik-ahli politik yang lebih baik dan mekanisme yang boleh menghentikan perkauman dan sikap tidak bertoleransi agama. Generasi muda merupakan kuasa baru yang dapat melihat politik kaum dan agama dimansuhkan. Mereka tidak menjangkakan perubahan akan datang daripada kerajaan yang sedia ada apabila mereka mendirikan media pro-kerajaan yang asyik memutar belit dan memainkan isu-isu perkauman dan agama untuk tujuan membahagikan rakyat. Mereka semua sedar bahawa lebih banyak serangan daripada pihak media, generasi muda akan terus mengasingkan diri mereka daripada ahli- ahli politik ini.

Parti politik yang boleh mengenepikan sentimen perkauman dan agama akan menjadi parti yang memerintah negara ini pada masa akan datang. PAS sebagai sebuah parti yang dikuasai oleh Melayu dan umat Islam setakat ini telah menunjukkan jalan yang betul dan berkesan ini. DAP yang pernah dilihat sebagai sebuah parti hanya untuk orang Cina kini diterima oleh rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Ini adalah kuasa politik yang disegani pada masa hadapan untuk membawa perubahan kepada pentadbiran negara ini.

Negara ini telah banyak berkembang dalam sejarah tetapi dari segi politik, kita telah gagal untuk mencapai sesuatu yang ideal untuk sebuah negara yang progresif selepas 54 tahun kemerdekaan. Kita masih lagi terbahagi dari segi politik. Masih terdapat beberapa ahli politik yang masih mahu melibatkan diri dalam politik sempit dari segi agama atau kaum atas risiko sendiri. Beberapa ahli politik telah gagal di mata rakyat rakyat disebabkan oleh cara mereka berfikir dan menguruskan isu-isu negara yang dihadapi oleh generasi muda. Inilah yang membawa kepada paradigma baru dalam politik Malaysia. Apabila yang sedia membuat kesilapan sebegini, rakyat akan bersungguh-sungguh mencari platform alternatif dan ia mengaharapkan sebuah kerajaan alternatif yang boleh meletakkan semua isu-isu negara di landasan yang betul untuk memenangi hati rakyat Malaysia.

Pada masa akan datang, kita mungkin akan melihat generasi rakyat yang dengan bangganya akan memanggil diri mereka rakyat Malaysia dan bukan Melayu, Cina, India, Orang Asli atau Lain-lain. Ini adalah impian generasi muda kita dan ahli politik tidak boleh mengabaikannya.

PRU-13: Siapa akan menang dan senario-senario yang mungkin

Posted: 10 Sep 2011 12:04 AM PDT

Iskandar Dzulkarnain, Malaysia Chronicle

Soalan terbesar yang dihadapi oleh Malaysia sekarang, siapa yang akan memenangi pilihan raya umum. Malaysia telah sampai ke persimpangan selepas 54 tahun ditadbir BN. Kini, terdapat harapan mengenai perubahan. Pakatan Rakyat berkemungkinan besar boleh mendapatkan Putrajaya.

Kini sudah sah mentadbir di empat negeri, Pakatan menguasai hampir lima puluh peratus daripada kepercayaan rakyat. Tidak ada keraguan tentang hal itu, 'majoriti senyap' semakin sedar bahawa mereka mempunyai satu lagi pilihan selain dari BN, dan ramai yang mengundi Pakatan Rakyat pada Pilihan raya umum ke-13 nanti.

Cubaan oleh kerajaan untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukannya telah menunjukkan bahawa BN tidak mempunyai zon selesa dan kurang keyakinan untuk merebut kembali Putrajaya. Serangan tidak berhenti-henti terhadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu termasuk roadshow, dan kemarahan anggota tentera veteran yang disiarkan di saluran TV yang dikawal oleh BN menunjukkan bahawa BN semakin terdesak. Tidak ada keraguan tentang hal itu, serangan ke atas Anwar dan Guan Eng juga akan meningkat pada hari-hariyang mendatang dan merupakan satu bukti bahawa BN sanggup melakukan apa sahaja sekarang.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang dapat menafikan BN buat masa sekarang. Mereka masih kerajaan yang memerintah dengan jentera yg berjalan lancar dan dibiayai dengan baik dan tidak akan mudah untuk menggulingkan mereka. Bukan sahaja mereka masih boleh menang, tetapi ada juga kemungkinan mereka masih boleh sekali lagi menguasai majoriti dua pertiga. Ini mungkin berita mengecewakan untuk penyokong Pakatan tetapi ia adalah realiti. Satu program Amnesty sedang berlaku dan timbul cakap-cakap bahawa beratus-ratus ribu pendatang tanpa izin diberikan kewarganegaraan segera untuk mengundi BN.

Oleh itu, marilah kita lihat senario yang mungkin, bermula dengan apa yang akan berlaku jika BN menang sekali lagi!

BN menang

Apabila BN berkuasa sepenuhnya, negara ini akan melihat keamanan dan keharmonian sekali lagi seperti di zaman Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi. Perkauman dan sentimen agama akan hilang, menunggu masa yang sesuai untuk muncul semula, mungkin setengah abad kemudian apabila GE-14 kerana mereka perlu perpecahan kaum sekali lagi. Semua akan kembali kepada 'normal', dengan pegawai-pegawai kembali kepada rasuah dan Pakatan Rakyat akan hancur dengan beberapa pemimpin melarikan diri ke BN.

Perkasa seperti yang dijangka orang ramai. RELA akan menikmati keahlian yang lebih tinggi sebagai persediaan untuk pilihan raya yang akan datang dan BN akan meracuni orang Melayu untuk memastikan sokongan yang cukup. Mereka tidak akan membuat kesilapan yang sama sekali lagi serta memastikan sokongan mereka terjamin.

Walau bagaimanapun, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada kebebasan individu, peluang sama rata atau meritokrasi manakala hubungan antara kaum akan menjadi bertambah buruk. Perpaduan di Malaysia akan kekal sebagai mimpi. Tidak akan ada perubahan dalam dasar-dasar yang menyesakkan sekarang dan kerajaan akan mempunyai kebebasan untuk memanipulasi apa jua isu sewenang-wenangnya.

Kroni baru akan menyertai kumpulan itu dan dasar ekonomi baru akan diranapkan dengan menjejaskan ekonomi pasaran bebas yang diperlukan oleh negara. Satu contoh baik adalah cubaan Prasana untuk mendapatkan Chinatown di atas nama pembangunan infrastruktur. Ledakan kemasukan buruh asing yang murah juga berlaku dan bukan Bumiputera yang kaya mungkin akan mempertimbangkan untuk berhijrah ke negara-negara lain seperti Australia, Amerika atau Singapura.

Tetapi mereka yang tinggal akan dapat melihat peningkatan Biro Tata Negara, yang menjadi semakin galak memastikan orang Melayu berasa berada di bawah gengaman orang Cina yang 'licik' Cina dan orang India yang 'suka bergaduh'.

Melayu- nization pula akan berakar umbi dengan lebih mendalam di semua institusi seperti perkhidmatan awam, sekolah, para pendidik dan politik, dan ia akan membantutkan apa sahaja kebebasan yang ada. Akhirnya, Malaysia tidak banyak berbeza dengan sebuah negara sosialis yang mempunyai rakyat lembap serta tidak mempunyai keberanian untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Tetapi ada lagi harapan bahawa BN akan memulihkan 1Malaysia, memeluk demokrasi dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan. Ibrahim Ali boleh meminta maaf dan menjadi satu orang paling baik, manakala Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menguatkuasakan Malaysian Malaysia dengan dasar bersatu-dan-memerintah. Pasti, Elvis akan kembali dari kubur dan menyanyi 'Kumbayah'!

Parlimen tergantung

Atau mungkin kita dapati Parlimen tergantung selepas pilihan raya umum, dengan perwakilan yang hampir 50-50 dari setiap sisi, BN dan Pakatan. Ini boleh membuka jalan untuk kerajaan perpaduan. Ia mungkin penyelesaian terbaik dalam situasi ini, tetapi ia hampir tidak akan memberi manfaat kepada negara dan rakyatnya.

Seperti yang dijangka, akan ada cubaan BN untuk menarik Ahli Parlimen dan tekanan akan diletakkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengaku menyokong BN. Hujah-hujah yang panaskan akan menjadi kebiasaan di Parlimen, dengan keangkuhan dan kebanggaan mula timbul. Mungkin tiada peluang untuk merangka dasar apatah lagi melaksanakannya. Kerajaan perpaduan mungkin tidak akan berkesan memandangkan Pakatan dan BN sangat berbeza ibarat siang dan malam.

Tetapi pada sudut positif, negara boleh melihat urus tadbir yang lebih baik, dengan pembaharuan secara beransur-ansur diperkenalkan untuk memuaskan hati rakyat, dan merangsang ekonomi. Maka akan kurang rasuah dan hubungan antara kaum boleh menjadi lebih baik. Sebuah kerajaan perpaduan mungkin akan memikirkan jalan penyelesaian yang boleh digunakan yang boleh untuk meningkatkan kemajuan yang memberi manfaat kepada negara.

Pakatan menang

Atau Pakatan Rakyat menang dengan majoriti mudah dan ini boleh membuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya dan bekas PM Mahathir mencabut rambut mereka dan mengamuk dijalanan. Lucu? Tetapi itu mungkin dilihat oleh dunia jika mereka cuba untuk merampas kuasa dengan kekerasan.

Tetapi Malaysia yang tidak stabil, ganas dan anarki adalah taktik yang sering digunakan oleh BN untuk menakutkan rakyat, dan ia telah berkesan untuk selama beberapa dekad ini. Sehingga akhirnya Bersih 2.0 bangkit untuk menyedarkan rakyat pada hakikat bahawa masa telah berubah dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut untuk bersuara terhadap kerajaan.

Adakah polis akan menembak dan membunuh rakyat mereka , dan adakah angkatan tentera akan melakukan perkara yang sama? Mungkin juga. Tetapi maka apa yang berlaku di Malaysia? Adakah negara lain di dunia yang akan menerima Najib, Muhyiddin atau Mahathir? Malah anak-anak mereka juga akan membawa stigma bahawa mereka datang daripada ibu bapa pembunuh?

Ambil contih Julia Gillard. Lihat bagaimana mahkamah Australia membuat keputusan terhadap urusan pertukaran pelarian Malaysia tanpa rasa takut atau pilih kasih. Lihat bagaimana dia menerima keputusan dengan rendah diri, walaupun dia tidak bersetuju. Ini adalah sikap masyarakat sivil di dunia maju. Ia juga menunjukkan bagaimana jauh ketinggalan Malaysia sekarang.

Biarlah anarki dan pertumpahan darah, pertempuran dan ancaman menjadi mainan BN. Sekiranya ia berlaku, maka PBB akan menghantar tentera sama seperti apa yang mereka lakukan di Libya dan kemudian golongan elit UMNO yang bersalah akan tangkap dan dibicarakan oleh tribunal. Saya masih ingat Saddam Hussein yang mati di tali gantung.

Dan semua ini boleh berlaku sebelum Malaysia menjadi sebuah negara demokrasi yang sebenar. Tetapi ada harapan bahawa kerajaan akan datang, sama ada BN atau Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembaharuan yang perlu untuk membawa negara keluar daripada koma dan memecahkan politik perkauman dan menjadikan impian perpaduan Malaysia suatu kenyataan.

Terdapat banyak yang boleh dibuat untuk negara ini, tetapi kita kadang-kadang tertanya-tanya mengapa ada ahli politik tertentu yang cuba untuk memusnahkan, politik, sosial, budaya dan alam sekitar, dan bukannya merawat Malaysia. - Malaysia Chronicle

Perihal Emas: Bahana menyimpannya terlalu lama

Posted: 09 Sep 2011 11:58 PM PDT

Sam Chee Kong, Malaysia Chronicle

Emas tidak mempunyai apa-apa keistimewaan selain mempunyai kilauan yang cantik. Permintaan untuk emas berkait rapat dengan permintaan di kala waktu cemas. Jika didalam tempoh satu atau dua tahun, pada saat-saat pelabur menjadi cemas, anda akan mendapat banyak keuntungan dengan emas. Tika saat mereka merasa sedikit selesa, anda tidak akan mendapat apa-apa pula keuntungan. Dalam pelaburan jangka panjang, emas sememangnya tidak menguntungkan.- Warren Buffet bercakap perihal pelaburan emas.

Emas bukanlah pelaburan yang baik bagi pelabur. Ia lebih kepada insurans di waktu menghadapi keadaan sukar. Seperti apa yang dinyatakan Warren Buffet, permintaan emas akan naik jika orang menjadi takut. Ini menjelaskan bahawa permintaan bagi emas berkolerasi dengan ketidak tentuan pasaran. Semakin keadaan tidak menentu, semakin tinggilah permintaan untuk emas.

Seorang pelabur yang bijak akan memperuntukkan sedikit emas ke dalam portfolionya sebagai sebahagian daripada peruntukan asset. Ia adalah sesuatu yang bijak jika anda hanya memperuntukkan peratusan yang kecil bagi emas, mungkin antara 3-5% sahaja. Ini memastikan jika terdapat kemerosotan besar bagi mata wang dan ekonomi, anda masih ada sedikit perlindungan. Mengapa memperuntukkan sejumlah yang kecil sahaja dan tidak lebih dari itu? Apakah ini bererti emas bukanlah pelaburan yang baik?

Dua pihak yang bebeza

Sebab pertama ialah harga emas mudah dimanipulasi, seperti yang dipelajari kita pada dekat yang lalu. Terdapat kecenderungan untuk mata wang fiat untuk menekan harga emas pada masa ia dianggap sebagai ancaman. Ada dua kumpulan terbesar yang berpengaruh pada masa ini iaitu mereka yang pro wang fiat dan satu lagi pro kepada standard emas. Perbalahan sentiasa berlaku antara kedua-dua pihak.

Malang bagi mereka yang pro kepada harga emas, ekonomi dikawal oleh pihak penyokong mata wang fiat. Mereka akan menggunakan apa jua cara untuk menindas harga emas melaui bank pusat mahupun pemerintah.

Ramai salah faham tentang maksud rizab persekutuan. Ia bukanlah dimiliki kerajaan tetapi dimiliki entiti persendirian. Ia terdiri daripada 12 bank rizab wilayah yang dimiliki oleh bank-bank komersil. Rizab Persekutuan Bank New York memegang peratusan terbesar saham dalam Sistem Rizab Persekutuan iaitu sebanyak 53%.

Dua pemegang saham terbesar Rizab Persekutuan New York adalah JP Morgan Chase dan Citigroup. JP Morgan dan Citibank adalah asas kewangan empayar Morgan dan Rockefeller. Jadi, sebagai pemegang saham terbesar Rizab Persekutuan New York , mereka juga pemegang saham terbesar Rizab Persekutuan di Amerika Syarikat. Rizab Persekutuan New York merupakan pemegang saham terbesar dalam sistem.

Pihak yang memiliki "mata wang fiat" juga memiliki CME. Jadi, pada asasnya, dengan memiliki Rizab Persekutuan, mereka mempunyai bekalan yang tidak terhad keatas wang fiat. Rockefeller juga adalah pemegang saham Chicago Mercantile Exchange (CME) dan pada masa yang sama juga mempunyai kedudukan yang utama dalam stok emas, sehingga mencapai beberapa ratus bilion dolar. Jadi, terdapat kecenderungan untuk mereka menekan harga emas dengan menggunakan CME dalam menaikan margin perdagangan dalam emas.

Voiker menyebabkan trend emas menurun selama 20 tahun

Kedua, jika kenaikan margin oleh CME tidak berjaya, Rizab Persekutuan melalui Bernanke tidak akan teragak-agak untuk melakukan kejutan melalui tindakan Paul Volcker 1981. Pada tahun 1981, Pengerusi Rizab Persekutuan, Paul Volcker dalam usahanya untuk menamatkan kesan kenaikan inflasi (13.5% pada tahun 1981) daripada komoditi dan emas, menaikkan kadar faedah sebanyak 21.5% pada tahun 1981. Pada masa yang sama, pemegang dolar asing juga melambakan dolar sebagai protes atas dasar asing dalam pentadbiran Carter.

Akibat daripada kenaikan faedah, pasaran kukuh emas telah secara rasminya berakhir dari tahun 1970-an hingga 1981. Harga emas sentiasa menurun untuk 20 tahun berikutnya. Kenaikan tiga kali ganda kadar faedah pada masa yang sama juga telah memaksa kadar faedah global naik mendadak, mencetuskan kemelesetan ekonomi global. Menjelang tahun 1982, status dolar sebagai mata wang rizab dunia telah dipulihkan.

Roosevelt menahan emas, begitu juga Obama

Akhir sekali, semasa Kemelesetan Besar pada tahun 1930-an, banyak bank telah ditutup. Berikutan keputusan England pada tahun 1931 yang telah menghapuskan pound sterling dari standard emas, pelabur asing kembali ke AS untuk emas. Pada masa itu, Nota Simpanan Persekutuan (FRN) adalah 40% disokong oleh emas. Pihak berkuasa tahu bahawa jika setiap orang mula menukar pegangan dolar mereka kepada emas, maka dalam masa yang singkat, akan ada emas lagi untuk mengukuhkan mata wang. Oleh itu, sistem bekalan wang akan runtuh sepenuhnya.

Sesuatu yang drastik perlu dilakukan, untuk menghentikan trend yang membimbangkan. Maka pada 5 April 1933, Presiden Roosevelt menahan emas rakyat Amerika dengan menukar FRN dari janji untuk membayar dalam emas ke dalam tender sah itu sendiri, disokong oleh kepercayaan penuh dengan kredit Amerika Syarikat. Beliau mengukuhkan dolar Amerika Syarikat (AS) sebanyak 40% dalam sekelip mata, dengan menaikkan harga emas dari $ 20,67 satu aun troy ke $ 35,00 aun troy.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang dapat mengambil kesempatan daripada tawaran Roosevelt kerana orang ramai tidak dibenarkan untuk menukar emas mereka sehingga 31 Disember 1974. Hanya pada masa itulah rakyat Amerika dibenarkan untuk membeli, menjual dan memegang emas. Ia seumpama kaunter di BSKL yang digantung untuk tempoh 40 tahun dan semasa ia akan dibuka semula pada tahun 2051, tidak ramai antara kita yang masih hidup pada waktu itu.

Masa terdesak memerlukan langkah terdesak dan tidak menghairankan jika pentadbiran Obama akan sekali lagi menahan emas. Seperti yang anda boleh agak, kemungkinan untuk menang dalam permainan ini dalam jangka masa panjang adalah berat sebelah, iaitu ke arah kartel. Selagi mereka yang bertanggungjawab adalah pro " mata wang fiat", harga emas akan sentiasa ditindas dan mereka boleh menggunakan apa jua cara dianggap betul, walaupun dengan menggunakan taktik jahat.

Pembunuh terbesar - niaga hadapan emas lwn sebenar

Pemenang Nobel Nouriel Roubini, selepas spekulasi palsu ke atas pasaran kukuh apabila harga emas mencecah USD830 dan USD1, 300 menghantar mesej twitter berikut, dengan penekanan,

"SPAM (hidangan daging khinzir Amerika atau slang untuk penipuan) lebih dipercayai untuk memberi lindungan terhadap inflasi daripada emas: anda boleh makan dan ia boleh bertahan selama 1000 tahun. Emas, adalah seperti dinyatakan dengan tepat oleh Keynes, adalah harta karun yang sia-sia ".

Bagaimanapun demi perbincangan, seperti yang kita tahu harga niaga hadapan emas mendahului harga emas sebenar. Jadi, apabila semua orang mula berebut untuk emas, amnya semua yang memegang niaga hadapan emas kertas akan memulakan lambakan apabila mereka menyedari tidak akan ada emas sebenar untuk penghantaran.

Ini akan membawa kepada kejatuhan harga niaga hadapan emas. Sejak harga emas sebenar didahului harga niaga hadapan emas, apakah harga emas sebenar? Bolehkah sesiapa menerangkan perkara ini?


`Taburan’ wang di kubu kuat PAS

Posted: 09 Sep 2011 11:54 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Adun Manir itu mendakwa, Umno membeli pengundi dengan harga RM200 ke atas.



Pilihan raya umum 13 Fokus DUN Manir

PETALING JAYA: PAS Terengganu mendakwa Umno telah menabur wang ringgit untuk merampas kerusi yang mereka kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Salah satu kerusi yang menjadi idaman Umno ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang diwakili oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

Adun Manir itu mendakwa, Umno membeli pengundi dengan harga RM200 ke atas.

"Umno memang mahu merampas kerusi Manir ini sejak dulu lagi kerana mahu meruntuh kekuatan PAS di negeri ini.

"Mereka menggunakan pelbagai cara tetapi InsyaAllah Dun Manir akan kekal di tangan PAS," tambahnya.

Harun, 67 tahun mengalahkan calon BN Wan Sagar Wan Embong dengan majoriti 406 undi dalam pilihan raya umum 2008. Tokoh veteran PAS itu menjadi Adun Manir sejak tahun 1990.

Sumber dalaman Umno pula memberitahu seorang muka baru akan diletakkan parti itu dalam pilihan raya umum ke 13 kelak.

1,000 pengundi baru

Nama yang paling disebut-sebut ialah Yusof Awang Hitam yang kini menjadi pengerusi penyelaras Umno merangkap pegawai pembangunan DUN Manir.

Umno Manir juga dikatakan meletakkan sasaran untuk mendaftarkan seramai 1,000 pengundi baru ke dalam DUN tersebut.

Beberapa pemimpin PAS tempatan mendakwa Yusof mula mendampingi penduduk Manir sebaik berakhir pilihan raya umum 2008.

"Dia selalu berada di Manir hampir setiap hari berjumpa orang kampung dan menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira parti politik.

"Saya yakin dia akan bertanding di Manir kali ini," kata Wan Abdul Rahman Ismail, 45 tahun.

Seorang lagi penduduk yang enggan namanya disiarkan memberitahu, ramai pengundi Manir bercakap mengenai sumber kewangan Yusof dalam membantu penduduk di DUN berkenaan.

Menurutnya, orang hairan bagaimana Yusof boleh mengeluarkan wang dengan mudah untuk membantu penduduk Dun Manir.
"Saya mendengar beliau mendapat banyak projek kerajaan negeri termasuk di kawasan Manir sendiri," katanya.

Isu Mat Sabu: BN mahu selindung pengundi hantu

Posted: 09 Sep 2011 06:33 PM PDT

"BN nak tutup isu pilihan raya. Kita ada bukti bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan jabatan lain," kata Hadi



KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan timbalan beliau, Mohamad Sabu dalam kontroversi Mat Indera di Bukit Kepong.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu menyifatkan kempen Umno mempolitikkan fakta sejarah Mat Indera dengan menyelindung isu sebenar iaitu isu pengundi hantu.

Pada 28 Ogos lalu, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan ucapan Mat Sabu dalam ceramah di Pulau Pinang yang mendakwa Mat Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan.

Ucapan kontroversi itu menimbulkan kemarahan dan kecaman di kalangan pemimpin politik bekas anggota keselamatan negara termasuk membuat laporan polis terhadap Mat Sabu.

"BN nak tutup isu pilihan raya. Kita ada bukti bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan jabatan lain," kata.

Abdul Hadi menjelaskan kerjasama SPR dengan jabatan kerajaan lain untuk meningkatkan bilangan pengundi hantu.

Otak dah beku

"Kesemua (usaha BN) ini untuk tipu rakyat. Otak kita dah beku fikir perkara ini," tambahnya dalam sidang media Konvensyen Negara Berkebajikan : Tawaran PAS di Markas PAS Taman Melewar, Gombak hari ini.

Abdul Hadi menegur SPR Malaysia dengan mencontohi SPR Palestin yang sanggup meletak jawatan apabila ada tekanan dari Israel.

Jangan nak makan gaji sahaja, tegasnya.

Presiden PAS turut menasihatkan BN. "Mesir dan Libya terpaksa diubah, Kita mahu Malaysia berubah sendiri."

Abdul Hadi turut mengkritik sejarahwan Tan Sri Profesor Dr Khoo Kay Kim dan Datuk Profesor Ramlah Adam berikutan pandangan bahawa Malaysia tidak dijajah dari segi perundangan.

Naik pangkat cepat

"Mereka ini akademik yang naik pangkat cepat," kata Ahli Parlimen Marang itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali turut membidas kenyataan para sejarahwan tersebut.

"Kalau diiktiiraf bahawa (Malaysia) tak dijajah, tak perlu sambut (ulang tahun kemerdekaan).

Manakala, Exco Pemuda PAS Pusat Mohd Adram Musa mendakwa bahawa penduduk sementara didaftarkan sebagai pengundi.

"Kita ada bukti. Ada data nama sama. Ini yang kita panggil data klon," kata Adram yang turut mendakwa bahawa ribuan data masih belum diselaras di antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Umno Padang Terap dicabar nama ahli PAS keluar parti

Posted: 09 Sep 2011 05:14 PM PDT

Abdul Rahim Sabri


Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Ketua Umno bahagian tersebu, Datuk Seri Mahadzir Khalid supaya menyenaraikan nama ahli PAS yang keluar parti berhubung isu komunis dan tragedi berdarah Bukit Kepong.

"Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap," kata ketua Pemuda PAS kawasan berkenaan, Mohd Nasir Zakaria.

NONEMenulis dalam lamanweb Pemuda PAS Padang Terap, Mohd Nasir berkata pihaknya akan menyedarkan rakyat "dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia.

Semalam, Bernama melaporkan lebih 50 ahli PAS di daerah Padang Terap bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong.

Menurut Bernama, Mereka menyerahkan borang keahlian Umno kepada Mahdzir Khalid, di Kuala Nerang semalam.

Wakil mereka, Ismail Abdullah, 60, yang menjadi ahli PAS selama 35 tahun, berkata beliau bersama isteri serta tujuh anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua PAS itu.

"Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis," katanya dalam laporan Bernama.

Mengulas lanjut, Mohd Nasir yang juga ahli parlimen Padang Terap bertanya berapa ramai yang sebenarnya yang melompat parti.

"Menurut berita RTM1, yang masuk Umno tujuh orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya dua orang.

"Siapakah yang menipu dalam isu ini?," katanya sambil mencabar Datuk Seri Mahadir menyenaraikan nama 'ahli PAS' yang melompat itu.

NGO tampal report cincin RM24j pada pintu Utusan

Posted: 09 Sep 2011 05:08 PM PDT

MALAYSIA KINI


NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menampal salinan laporan polis berhubung dakwaan pembelian cincin RM24 juta oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor di pintu pejabat Utusan Malaysia di ibu negara.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinPresiden SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata, Penyelaras SAMM Negeri Sembilan Saufi Mi'ad berbuat demikian setelah Utusan dikatakan mencabar Badrul membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sedangkan, tambah Badrul atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bad (kanan), laporan berkaitan telah dibuat sebelum ini.

"Mustahil Utusan tak mengetahui laporan SPRM telah dibuat tetapi sengaja menggunakan taktik propaganda memperbodoh rakyat untuk menjaga kepentingan regim (Datuk Seri) Najib Razak," katanya.

Menulis dalam blognya, Badrul berkata, selepas mengambil tindakan itu, Saufi sempat berkata kepada pemberita:

"Tak guna bercakap dengan media pekak alat propaganda regim ini, kami tampal dan biar mereka baca sendiri.

"Terpulang kepada Utusan nak kata kami serang dan rosak pejabat mereka atau nak lapor polis kerana tindakan kami, dah ini saja cara nak layan akhbar penipu yang membodoh minda rakyat."

Tiada ulasan: