SINGAMARAJA |
Nik Aziz kata Kelantan bukan Malaysia Posted: 22 Sep 2011 06:05 AM PDT Hudud: Umno OK tapi Malaysia tak sedia, kata Muhyiddin TERKINI @ 06:46:51 PM 22-09-2011 September 22, 2011 PUTRAJAYA, 22 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam, tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang. Katanya, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya. "Ini adalah pendirian kami sejak dari dahulu lagi," kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai harga barang dan bekalan di sini. "Lebih-lebih lagi, dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya (untuk melaksanakan), tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai (di situ)," kata Timbalan Presiden Umno. Muhyiddin menjelaskan bahawa Muslim tidak boleh menolak realiti bahawa undang-undang hudud adalah sebahagian daripada prinsip Islam tetapi pihaknya tidak bersetuju dengan PAS dan PKR bahawa kini adalah masa yang sesuai untuk melaksanakannya. "Isu di sini bukan soal hukum, tetapi persoalannya mengenai pelaksanaan hudud," kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini. Kata Muhyiddin, jika Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasakan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai bagi melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu, terserah kepada beliau. Dalam ulasannya pagi tadi, Nik Aziz menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib. Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan. "Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan. "Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...," kata Nik Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini. Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama. "Saya juga memohon Datuk Seri Najib dapat menarik balik surat tersebut," kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam. Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya. "Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi ... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya. |
Posted: 22 Sep 2011 05:48 AM PDT Abd Malek Hussin, orang yang disebut dalam kabel Kedutaan Amerika Syarikat sebagai berkata Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah menjelaskan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu tidak mengeluarkan dokumen-dokumen palsu. Sebaliknya, Malek, bekas ketua NGO Raya Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) berkata Abdul Rashid sebenarnya mengakui terlibat dengan kontroversi operasi 'Projek IC' pada tahun 1990-an, tetapi peranannya setakat mendaftarkan individu dengan kad pengenalan yang diragui itu sebagai pengundi. "Kabel Wikileaks salah petik saya. Bagaimana dia boleh mengeluarkan kad pengenalan? Itu tanggungjawab JPN. Beliau bercakap mengenai rakyat asing dengan kad pengenalan yang didaftarkannya," kata Malek ketika dihubungi Malaysiakini. Wikileaks baru-baru ini mendedahkan, Abdul Rashid mengakui kepada Malek bahawa pihaknya pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno. Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek juga dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah – yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994. "Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri. "Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik. The New Straits Times hari ini melaporkan penafianRashid berhubung apa yang didedahkan oleh Wikileaks dan berkata beliau "tidak kena-mengena" dengan pengeluaran kad pengenalan itu. Dalam artikel itu, Rashid juga menafikan memberitahu perkara-perkara yang didedahkan oleh Malek sambil menekankan bahawa pengeluaran kad pengenalan bukan di bawah bidang kuasa suruhanjaya itu tetapi di bawah Jabatan Pendaftaran Negara. "Apa yang SPR lakukan ialah hanya untuk mendaftarkan warganegara dengan kad pengenalan sebagai pengundi," kata Rashid dipetik oleh akhbar New Straits Times. Malek bersetuju bahawa tidak mungkin bagi Rashid berbuat demikian kerana peranan suruhanjaya itu adalah jelas bahawa mereka bertanggungjawab mendaftar pengundi, menentukan persempadan pilihan raya dan mengendalikan pilihan raya. Walau bagaimanapun, bekas ketua Mafrel itu berkata bahawa kabel jumlah warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi di Sabah adalah 80,000 orang, iaitu lebih ramai daripada apa yang dilaporkan oleh kabel berkenaan. |
Posted: 22 Sep 2011 01:51 AM PDT Wednesday, September 21, 2011Belanjawan 2012, peluang terakhir jamin undi BN Menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008, pembangkang menjanjikan penurunan harga minyak serta-merta sekiranya berjaya menguasai Putrajaya. Sejak itu, isu harga minyak yang menjejaskan Barisan Nasional ekoran keputusan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi perdana menteri pada masa itu terus menjadi isu kritikal melibatkan sokongan pengundi. Harga minyak terus ditangani dengan retorik-retorik populis oleh kedua-dua pemerintah dan pembangkang, dengan kedua-dua pihak saling cuba mengatasi satu sama lain. Tindakan dan janji parti-parti politik sentiasa ditunggu-tunggu dengan harapan dapat meringankan beban rakyat. Harga minyak di pasaran global dijangka terus meningkat, begitu juga barangan lain. Sejauh mana sesebuah kerajaan mampu untuk menampung kos dalam memastikan harga minyak berada pada tahap yang rendah? Perkembangan semasa politik dan ekonomi global yang semakin menyumbang kepada peningkatan kos menjadikan isu kepenggunaan seperti ini mendapat perhatian semua lapisan masyarakat. Tidak dapat dielakkan lagi, belanjawan 2012 yang bakal dibentangkan nanti dijangka mengandungi habuan dan janji terakhir dan terbesar daripada pemerintah untuk keperluan sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Walau bagaimanapun, pendekatan kedua-dua pihak masih dikuasai elemen populis yang tidak menampakkan agenda pemulihan dan kawalan yang lebih berani, bukan sahaja dalam hal minyak dan tenaga tetapi juga melibatkan peningkatan kos semua daripada harga rumah hingga barangan harian. Dalam banyak hal, kuasa kapitalis jelas lebih mampu untuk mempengaruhi pembuatan dasar berbanding suara rakyat, yang masih kurang diwakili dalam hal ini oleh kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang. Untuk menangani hal ini dengan lebih berkesan, kedua-dua pemerintah dan pembangkang perlu lebih banyak mendengar dan menerima saranan kumpulan-kumpulan bukan kerajaan yang berautoriti dalam hal ini. Kerajaan, termasuk kerajaan negeri dikuasai parti Pakatan Rakyat perlu lebih berani - termasuk menolak serta menahan desakan-desakan pelobi kapitalis - mengambil tindakan lebih berani dan konkrit untuk menangani peningkatan kos hidup rakyat. |
Posted: 22 Sep 2011 12:08 AM PDT PEKAN, 22 Sept - Pengarah Pilihanraya PKR Pahang, Zaidi Ahmad (foto) mengejutkan ramai pihak bila dia mendedahkan bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemungkinan besar akan membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat ini. Ia berdasarkan kepada senario semasa tentang beberapa isu panas yang dibangkitkan dan juga beberapa pertemuan sulit antara Najib dengan pihak-pihak tertentu dalam Parlimen Pekan untuk membincangkan strategi pilihanraya mutakhir ini. Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Markaz PAS, Felda Chini 3 dekat sini malam tadi. "Saya mendapat ilham ini menerusi Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia sendiri", katanya. Beliau turut menegaskan, bahawa pembubaran parlimen kemungkinan besar akan dibuat selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Najib tidak lama lagi. "Najib dijangka akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober. Biasanya selepas ini Ketua Pembangkang akan diberi ruang yang luas untuk membahaskan bajet tersebut. Tapi, 7 Oktober jatuh pada hari Jumaat dan Anwar (Ketua Pembangkang) pasti akan membahaskannya pada hari Isnin 10 Oktober. Maka, Anwar tidak sempat untuk bahaskan bajet itu kerana Najib akan umumkan pembubaran parlimen pada hari tersebut", kata beliau. Beliau turut yakin dan menegaskan selepas itu SPR diberi tempoh 60 hari untuk menetapkan hari pencalonan dan pengundian Pilihanraya Umum ke-13. "SPR kemungkinan besar akan tetapkan 29 Oktober sebagai hari penamaan calon dan pengundian biasanya 9 atau 10 hari selepas itu. Tapi memandangkan tempoh itu begitu hampir dengan Hari Raya Aidil Adha maka mungkin akan dianjakkan seminggu dua selepas itu. Dalam tempoh itu difahamkan Najib dan Rosmah akan tunaikan fardhu haji di Mekah. Media akan "cover" berita itu seluas-luasnya bagi menagih simpati rakyat terutamaya orang Melayu Islam. Kononnya mereka sudah insaf dann rakyat mesti undi BN. Maknya sekitar pertengahan atau hujung bulan November pilihanraya pasti dijalankan", kata beliau lagi. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir dalam ceramah malam taditermasuk Chegubard, Razali Alias, Jeffri dan Wak Sarjuni (PAS) Melihat kepada senario politik hari ini, ia memungkin juga apa yang dikata. Cuma ramai yang menjangka Najib akan adakan pilihanraya umum pada tarikh keramat yang diminatinya iaitu 11 November 2011 (11.11.11). Apakah telahan itu benar?. Maklumat diterima ramai petugas pilihanraya SPR kini sudah menerima surat tawaran dan pengesahan lokasi pusat mengundi yang perlu dijaga oleh mereka. Biasanya, jika surat sudah dikeluarkan maka ia akan menjurus kepada pilihanraya dalam tempoh terdekat. Tidak mungkin ia dianjakkan terlalu jauh dari sekarang. Apapun semua pihak diminta bersedia dengan apa jua kemungkinan yang berlaku]. |
Posted: 21 Sep 2011 11:54 PM PDT Malicious/selective prosecution of Mat Sabu should dampen euphoria in certain quarters sparked by Najib's latest gambit to brand himself as reformer par excellence to make Malaysia " best democracy in the world"Posted by Kit in ISA, Najib Razak, PAS on Thursday, 22 September 2011, 11:50 am The malicious and selective prosecution of PAS Deputy President Mat Sabu for criminal defamation should dampen the euphoria in certain quarters sparked by the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's latest gambit to brand himself as the reformer par excellence to make Malaysia the "best democracy in the world". The proposals to set up a parliamentary select committee on electoral reforms, to repeal the nefarious Internal Security Act (ISA) and to amend various laws such as Printing Presses and Publications Act (PPPA) have not been able to stand up to close scrutiny that they are intended to usher in a major democratisation of the country. The proposed parliamentary select committee will only be meaningful if it results in changes to the electoral system to ensure free and fair elections as envisaged in the Eight Demands of Bersih 2, and most important of all, that such reforms are all effected before the dissolution of Parliament and the holding of the next general elections. |
Posted: 21 Sep 2011 11:47 PM PDT September 30 is a day Prime Minister Najib Razak and his advisers will mark on their calendars. It is the day that French lawyers will give the latest update on the Scorpenes kickbacks case involving shipmaker DCN, Najib, his close friend Razak Baginda and murdered Mongolian translator Altantuya Shaariibuu. Cynthia Gabriel, director of Suaram, confirmed the date with Malaysia Chronicle, adding that French legal eagle Joseph Breham would head the presentation due to be made at a fund-raising dinner in London. "Two reasons why London was chosen. One to tap the Malaysian disapora there as we need to raise a lot more funds to pay for legal expenses which will rise tremendously when the open court hearings begin. The other is of course, security. After Bourdon was deported from Kuala Lumpur, who would dare to come here. While Najib is PM, this is his territory, the lion's den," another Suaram source told Malaysia Chronicle. Suaram is the Malaysian NGO that filed a complaint in the Parisian courts, seeking a probe against French firm DCN which it accused of having paid illegal commissions to Najib and other top Malaysian officials to secure the RM7.3 billion submarines deal. The NGO claims the kickbacks would have bloated the purchase price paid by Malaysian citizens, and top among the suspicious side-deals in the acquisition package is a RM570 million or 114 million euros service and support contract given to an obscure firm called Perimekar, which is controlled by Baginda. The lion's den and powerful hands Another French lawyer appointed by Suaram, William Bourdon, had been unceremoniously deported by when he came to Malaysia to give three dinner presentations in July. Hours before the second presentation, and on the same day that Najib rushed home after cutting short an overseas vacation, Bourdon was sent back to Paris. The lawyer was due to talk about the mystery 'third person' who had flown with Baginda and Altantuya to Macau during negotioations with DCN. It is widely suspected that this 'third person' was Najib Razak and once the documetary evidence such as plane tickets and bookings emerge, Najib's downfall from power will be sealed. He had sworn on the Quran that he had never known Altantuya, so any contradiction to this claim would demand his resignation as leader of a predominantly Muslim nation. Apart from corruptly accepting commission from DCN, Najib is alleged to have been romantically involved with Altantuya before introducing her to Baginda, who also became her lover. Four years after the deal was struck, Altantuya was murdered in Malaysia in 2006, after trying to get her share of commission from Baginda. Two of Najib's former bodyguards have been sentenced to hang for her death. Baginda too was charged for abetting the murder but he was controversially acquitted. But despite many trails leading back to Najib, who had sanctioned submarines purchase in his then capacity as Defense minister, powerful hands manipulated the Malaysian courts to clamp down on any testimony that was 'damaging' to Najib, thereby helping him to secure the prime minister's seat in 2009. On the political downcycle With latest presentation in London and beyond Najib's control, there is little he can do to stop 'sensitive' information from finally coming out. And this will worsen when open court hearings begin in Paris, most likely in October. The underperforming Malaysian PM is also on the downcycle within his own political party Umno, and the powerful hands that helped him during the Altantuya murder probe and trial in 2007 and 2008 are no longer so friendly. Chances are high that rival warlords will use the information to bolster their case for him to be removed as party president. Najib's popularity tanked an alarming 6 percentage points in August and there is a growing chorus in Umno and the BN coalition it heads for Najib to step down before snap general elections are held. And this is one of the key reasons why Najib, who once preferred to delay elections until the latest possible date, is now rushing for polls to be held in November. To wait would only give his rivals more room to maneuver his ouster. "Najib is now a liability to Umno and BN because of his baggage from the past. Because of his scandals, he is a walking time-bomb and can bring further disaster to Umno and BN. The drop in popularity rating is only the tip of the iceberg," PKR strategies director Rafizi Ramli told Malaysia Chronicle. "There is also his mismanagement of the economy, the Bersih rally, the sodomy trial against Anwar Ibrahim, the dubious ISA repeals and the insistence that Malaya was never a colony. All these issues have boomeranged while his personal scandals have risen with the international media firms, his wife's diamond ring and expensive overseas trips on public expense. All these seal his fate in Umno and his timespan as PM is now very limited" |
You are subscribed to email updates from SINGAMARAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan