Rabu, 14 September 2011

Ajijoi

Ajijoi


Koleksi Foto Majlis Jamuan Hari Raya PAS Bagan Serai

Posted: 13 Sep 2011 05:07 PM PDT


Majlis Jamuan Hari Raya PAS Bagan Serai telah diadakan pada 11 September 2011 (Ahad) yang lalu. Antara pimpinan yang turut hadir bersama adalah YB Dr Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar), YB Drs Khalil Idham Lim (Adun Titi Serong), YB Yunus (Adun Kuala Kurau), Haji Razman (YDP Lenggong dan Timbalan Pesuruhjaya PAS II) dan Ustaz Wan Ahmad Tarmizi.

Majlis tersebut telah berlangsung dengan meriah.

















Kerajaan lepas tangan kes tanah runtuh di Tronoh

Posted: 13 Sep 2011 04:43 PM PDT


V .Sivakumar melihat sendiri kesan runtuhan tanah di kawasan itu       
TRONOH: Timbalan Prengerusi DAP Perak yang juga ADUN Tronoh, V Sivakumar mempersoalkan tindakan Majlis Daerah Kinta Barat yang meluluskan projek  perumahan Taman Puncak Indah Pusing tanpa penilaian  ujian tanah tanah  untuk membina rumah di kawasan itu.

Akibat dari kecuaian pihak terbabit terjadinya tanajh runtuh yang teruk menyebabkan beberapa buah rumah dan jalan roboh, akibatnya ramai penghuni di kawasan ini berpindah kerana bimbang keselamatan mereka.

Menurut beliau projek perumahan itu yang dimulakan pada tahun 1999 oleh pemaju untuk membina 120 buah unit rumah.  Pada asalnya dikatakan pihak kerajaan hanya meluluskan pembinaan 80 unit rumah. Tetapi, kemudian ia telah ditambahkan kepada 120 unit rumah dengan harga rumah adalah dalam lingkungan RM35,000 hingga Rm100,000.

Setelah rumah-rumah  itu siap dibina, semuanya  telah dijual oleh pemaju pada tahun 2001 dan 2002. Ramai juga yang menghuni di taman tersebut pada masa itu.

"Pada tahun 2006 satu kejadian atau malapetaka telah berlaku di taman ini, berlaku tanah runtuh yang teruk telah menyebabkan beberapa rumah  dan jalan roboh. Akibatnya penghuni-penghuni taman itu terpaksa berpindah keluar meninggalkan rumah-rumah mereka.

"Setakat ini dikatakan kajadian tanah runtuh telah berlaku sebanyak tiga kali," ujar beliau.
Kawasan perumahan Puncak Indah , Pusing
Menurut beliau lagi Kini hanya 12 keluarga  sahaja yang menetap di Taman Puncak Indah Pusing . Bilangan ini hanya merupakan 10 peratus daripada jumlah unit rumah di taman ini. Ini bermakna 90 peratus daripada rumah-rumah itu telah ditinggalkan begitu sahaja kerana bimbang keselamatan mereka.

Menurut beliau lagi, selepas kejadian tanah runtuh itu berlaku Menteri Besar ketika itu Dato Seri Tajol Rosli Ghazali pernah melawat tapak tersebut. Walaupun kerajaan negeri pernah berjanji untuk mengambil tindakan segera  tetapi sehingga kini tidak ada apa-apa usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Rumah-rumah itu dibiarkan begitu sahaja sehingga barang-barang besi, dawai dan lain-lain lagi telah dicuri orang. Rumah-rumah ini dikelilingi belukar. Pemilik rumah-rumah itu terpaska membayar hutang di bank walaupun rumah mereka rosak dan tidak boleh didiami lagi.

"Ini merupakan satu bentuk penipuan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam projek ini. Ada juga rumah-rumah yang telah dilelong oleh pihak bank," ujar beliau.

Apabila ada pihak yang ingin membeli rumah di situ, pihak bank pula tidak mahu memberi pinjaman. Ini membebankan orang yang mahu menjual rumah mereka.

Beliau juga mempertikaian bagaimana sijil kebenaran menduduki (CF) dikeluarkan, adakah semua syarat-syarat keselamatan dipenuhi.

"Adakah kelulusan telah diperolehi daripada pihak Geologi dan Bomba mengenai  aspek keselamatan, bagaimana jurukur tanah, jurutera dan perancang bandar terlepas pandang mengenai keselamatan tapak tanah untuk membina rumah-rumah kediaman," ujar beliau.

"Apakah tindak balas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menyelesaikan masalah ini? Setakat ini pemilik-pemilik rumah itu memang tidak dipedulikan," katanya.

Sehingga kini tanah runtuh itu masih tidak dibaik pulih oleh pihak pemaju mahupun oleh kerajaan walaupun sudah lima tahun berlalu. Akibatnya yang menjadi mangsa ialah rakyat biasa yang telah diperdaya  untuk membeli rumah di tempat yang tidak selamat.

"Saya minta supaya kerajaan dan semua pihak yang terlibat untuk membuka semula fail ini bagi membantu mangsa-mangsa yang kehilangan rumah," tegasnya.

Laporan: Johari Jaafar

25 pelajar terima sumbangan pendidikan PAS Tambun

Posted: 13 Sep 2011 04:37 PM PDT


Dr Khairudin menyampaikan sumbangan pendidikan

IPOH: PAS kawasan Tambun meneruskan tradisi membantu para pelajar yang akan menyambungkan pelajaran ke institut pengajian awam dan swasta sama ada di luar negara ataupun di daklam negeri.

Bantuan pendidikan tersebut yang dihulurkan oleh Lajnah Pendidikan PAS kawasan itu kepada 25 pelajar yang diadakan di Taman Meru pada 20 Ogos lalu.

"Pada tahun ini kira berikan sumbangan kepada seramai 25 orang pelajar , ini adalah aktiviti khidmat sosial kami jalankan bagi mengurangkan beban keluarga semasa mendaftar nanti," ujar YangDipertua PAS kawasan Tambun, Dr. Khairudin Datuk Abdul Malik kepada wartawan Harakah.

Walaupun sumbangan yang PAS Tambun berijkan tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya ianya cukup untuk membayar tambang atau perbelanjaan semasa pendaftaran mereka nanti, katanya.

Menurut beliau aktiviti ini adalah adalah sudah masuk tahun yang ke lima, anggaran keselurah para pelajar yang menerima bantuan hampir mencecah 100 orang yang melibatkan sumbangan hampir berjumlah RM20,000,
Sumber pemberian datangnyaa daripada para dermawan yang ikhlas dan tabung pendidikan PAS Kawasan Tambun, katanya lagi.

Turut menyampaikan seumbangan pada hari itu ialah Puan Zuhairah Datuk Ghazali, Ketua Muslimat PAS kawasan, Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan, Zairul Azrun Zainal Abidin , Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan. Ustaz Lokmanulhakim Abu Qasim dan Pengerusi Jabatan Pilihanraya PAS Perak, Haji Asmuni Awi.

Penerma sumbangan pendidikan  bergambar dengan Haji Asmuni Awi dan Dr Khairuddin
Laporan: Johari Jaafar

PAS Bukit Gantang tidak melupakan golongan miskin

Posted: 13 Sep 2011 04:30 PM PDT


Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Nordin Jaafar menyampaikan sumbangam

BUKIT GANTANG: Sempena Hari Raya Aidil Fitri, PAS Kawasaan Bukit Gantang tidak melupakan golongan miskin di kawasan itu untuk dibantu bagi meringankan bebanan mereka.

Kprihatin PAS kawasan Bukit Gantang terhadap nasib golongan miskin bukan hanya pada musim hari raya sahaja, malah ianya berterusan dijalankan tanpa mengira bangsa dan agama.

Demikian dijelaskan oleh Ketua Penerangan PAS kawasan berkenaan, Saharudin Ahmad Sani, yang ditemui sewaktu penyampaian sumbangan golongan miskin bagi penduduk Bukit Gantang pada 9 Ogos lalu.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Yang Dipertua PAS kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin Jaafar.

"Kali ini kita memberikan sumbangan kepada 70 orang penduduk miskin di kawasan inim" ujarnya.

Sebahagian dari penerima
Menurut beliau bantuan tersebut melalui Lajnah Kebajikan PAS kawasan telah memberikan sumbangan sebuah hamper,kad raya dan sedikit wang tunai.

PAS kawasan masih memerlukan sumbangan dari orang ramai untuk tabung membantu golobngan miskin dan beliaU berharap individu yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menyalurkan sumbangan untuk Tabung Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang melalui Maybank, akuan bernombor 558051304442.

Laporan: Johari Jaafar

Lebih 1000 keluarga terima bantuan Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut

Posted: 13 Sep 2011 04:27 PM PDT


Ustaz Akmal menyampaikan bantuan

LARUT: Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut sekali lagi tampil menghulurkan sumbangan berupa wang dan keperluan harian seperti beras,gula,tepung,tea,minyak,baju raya dan lain-lain bagi meringankan beban kepada  lebih 1000 keluarga fakir miskin dan anak yatim yang meliputi beberapa buah kampung di seluruh kawasan Larut.

Ia dilaksanakan melalui program ziarah rumah ke rumah pada pemnghujung ramadhan lalu dan program yang mengumpulkan sejumlah penerima bantuan di tempat-tempat tertentu seperti halaman Pejabat Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut untuk diagihkan

Menurut Ketua Pemuda PAS Larut, Ustaz Nazri Din, dana untuk sumbangan ini diperolehi daripada usaha keras jentera pemuda PAS Larut  yang semakin mendapat kepercayaan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan melalui akaun Dewan Pemuda PAS Larut.

Ustaz Nazri Din menyampaikan sumbangan
"Kami mengucapkan jutaan terima kasih khusus kepada para penderma terutama keluarga Allahyarham Dato" Seri Yusuf Teh yang sanggup menyampaikan sendiri sumbangan kepada mereka yang berhak." ujarnya.

Sepanjang Ramadhan seramai 1,000 keluarga daripada lebih 2000 keluarga di kawasan Larut telah dapat dibantu . Mereka yang terbabit adalah golongan miskin yang menderita akibat keperitan hidup mereka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin. memberitahu Harakah Usaha ini juga adalah lanjutan daripada tema Muktamar PAS baru-baru ini iaitu membangun Negara Berkebajikan.

Menurut beliau program kebajikan seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa tanpa mengikut musim perayaan. Selain itu sumbangan ini sebagai memenuhi tuntutan ajaran Islam iaitu sentiasa melakukan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat marhaen.

"Sepanjang ziarah, kami telah melihat sendiri penderitaan mereka, ada yang berbuka puasa dengan pucuk paku kerana tiada wang untuk membeli keperluan lain, ada yang rumah tiada elektrik,ada juga yang menggunakan air telaga yang keruh dan kotor untuk keperluan,".

"Kami dengan rendah diri menjemput semua yang simpati untuk datang melawat dan terus membantu mereka atau boleh menyalurkan terus sumbangan berupa bahan mentah,sedekah,zakat,fidyah,qurban lembu kambing,waqaf,lain-lain atau melalui akaun 558211313164 di atas nama DANA PENDIDIKAN & KEBAJIKAN LARUT

Mereka yang bersimpati boleh datang terus ke pejabat No 2A, Bangunan MDS,Kubu Gajah,34130,Selama Perak. Tel pejabat 05-8391691 atau hubungi ustaz Akmal Kamarudin 0195452471, Ustaz Nazri Din 0165033399.

Laporan: Johari Jaafar

Edaran kuih raya di Stesen Bas Kamunting

Posted: 13 Sep 2011 04:19 PM PDT


TAIPING: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Perak sekali lagi melakukan program mengedarkan sumbangan kuih raya dan juadah berbuka puasa pada 28 Ogos lalu kepada pengunjung di Stesen Bas Kamunting.

Program ini yang diketuai Pengerusi lajnah berkenaan Ustaz Mohamad Fakhrudin Abdul Aziz , bersama timbalannya Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz serta Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan Taiping .

Lebih 500 bungkus juadah berbuka dan kuih Raya diedarkan kepada pengunjung, penumpang, pemandu teksi, petugas kaunter tiket  termasuk juga anggota beruniform dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis.

"Kita juga sempat berkunjung ke Balai Polis berdekatan dan mengedarkan juadah di sana dan sambutan dari anggota Polis sangat baik," ujar Fakharudin.

Beliau berharap Program seperti ini dapat dilaksanakan di setiap kawasan memandangkan para pengunjung mungkin tidak berkesempatan membeli juadah kerana ada yang baru sampai ke destinasi dan ada yang akan bertolak ke destinasi masing-masing.

Program ini yang bermula jam 6.00 petang berakhir sekitar jam 7.00 petang.

Ustaz Fakharudin mengedarkan juadah berbuka dan kuih raya kepada petugas di kaunter tiket 




Ustaz Fakharudin edarkan sumbangan kepada orang ramai

Ustaz Wan termizi dan Ustaz Fakharudin menyampaikan sumbangan


DS Nizar bersama rakyat dibulan Ramadhan

Posted: 13 Sep 2011 03:58 PM PDT



Sepanjang bulan Ramadhan, acara rutin yang dilakukan ADUN Pasir Panjang Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin diteruskan. Jadual lawatannya ke kampung-kampung dalam kawasan Pasir Panjang diteruskan dengan pelbagai aktiviti.





Ianya dibantu oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang yang sentiasa beroperasi menghubungkan rakyat dengan wakil rakyat mereka. Dato' Seri Nizar seperti biasa ceria dan mesra, mudah melemparkan senyuman menyenangkan hati penduduk di sekitar Seri Manjung dan kawasan Pasir Panjang bila mereka bersua dengan mereka.

Beliau ke Bazar Ramadhan untuk mengunjungi rakyat yang berkunjung ke sini untuk membeli juadah berbuka  puasa. Kehadiran penduduk yang begitu ramai diambil kesempatan oleh Nizar untuk bertanya khabar.

Di samping itu beliau sempat menyampaikan semangkuk bubur lambok kepada pengunjung. Bubur lambok ini disediakan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut dengan kerjasama Dewan Pemuda. Rata-rata pengunjung merasa sangat bertuah kerana dapat `ole-oleh' dari wakil rakyat kawasan mereka.

Selain dari pengunjung Bazar Ramadhan, bubur lambok ini juga diedarkan kepada pesakit-pesakit dan kakitangan di wad Hospital Seri Manjung.

Dato' Seri Nizar berbuka puasa dan menunaikan solat di surau dan masjid dalam kawasan Pasir Panjang dan menyampaikan tazkirahnya kepada ahli jamaah. Beliau juga akan bersama-sama penduduk dan mengimamkan solat taraweh.

Menyampaikan sumbangan buat tabung pembangunan surau

Orang ramai mendengar tazkirah yang disampaikan oleh DS Nizar


Tiada ulasan: