Rabu, 14 September 2011

Biaqpila

Biaqpila


Milik siapa sejarah Malaysia

Posted: 14 Sep 2011 03:00 PM PDT

Oleh Muhammad Nazreen

13 SEPTEMBER – Adakah sejarah yang ditimbulkan pada peristiwa Bukit Kepong diisi dengan fakta-fakta yang tepat? Dan apakah nama 'Mat Indera' itu wajar dianggap sebagai pengkhianat bangsa atau pejuang kemerdekaan?

Isu Bukit Kepong dan penelitian semula

Tanggal 5.00 pagi, 23 Februari 1950, Malaya di bawah jajahan British dikejutkan dengan peristiwa berdarah serangan komunis terhadap rumah pasung (balai polis) Bukit Kepong sehingga melibatkan banyak nyawa terkorban.

Peristiwa ini menjadi titik hitam bagi seluruh anggota rumah pasung Bukit Kepong yang menyebabkan ramai keluarga kehilangan korban. Difahamkan, sekitar 200 gerila komunis yang diketuai Goh Peng Tun menyerang rumah pasung terbabit.

Berlaku pertempuran di antara pihak komunis dan anggota polis yang diketuai Sarjan Ray Dancey. Antara yang terlibat sama di dalam pertempuran terbabit termasuklah Sarjan Jamil Muhd Shah serta 15 anggota polis platun campuran tugas am dan konstabel polis marin yang dipimpin Sarjan Jamil.

Selepas pertempuran sengit berlangsung hampir 5 jam, pihak komunis berjaya menawan rumah pasung terbabit dan mereka membakar bangunan-bangunan di sekeliling mereka. Kesan ini meninggalkan kemusnahan dan menyebabkan banyak nyawa terkorban di kalangan pihak komunis dan anggota polis semasa berlaku pertempuran terbabit.

Namun, kisah berkenaan isu Bukit Kepong selalu diperdebatkan kerana tiada fakta-fakta sahih dikumpulkan secara rasmi, malah, kajian berkenaan kisah ini hanyalah diperoleh melalui sumber sekunder.

Penelitian dibuat berdasarkan naratif pengalaman mereka yang terlibat sendiri dengan peristiwa ini. Selain itu, versi penceritaan sejarahnya semakin kabur kerana ianya hanya diperolehi melalui cerita-cerita waris keturunan mangsa kejadian yang diperceritakan semula, yang bercampur aduk dengan mitos dan legenda.

Siapakah Mat Indera?

Mat Indera sering dikatakan seorang pejuang nasionalis kiri Melayu yang menyertai Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya yang mengambil tindakan mengangkat senjata melawan penjajah British.

Pemimpin komunis Melayu Abdullah C.D dalam memoirnya yang secara terang-terangan mengaku Mat Indera adalah orang kuat Rejimen Ke-10 di Johor tetapi versi lain pula termasuk satu kajian pelajar Universiti Malaya pada 1973 mengatakan Mat Indera adalah nasionalis Melayu yang kuat beragama Islam yang telah bersama-sama dengan komunis untuk menentang penjajah British.

Persoalan di sini adakah wajar Mat Indera dianggap sebagai pejuang kemerdekaan?

Pertama, harus diingati bahawa peristiwa Bukit Kepong berlaku sebelum tarikh kemerdekaan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Maka, secara teknikalnya, Malaya masih lagi di bawah naungan King George VI sebagai tanah jajahan British.

Oleh yang demikian, sebarang pertentangan terhadap penjajahan sebelum Merdeka termasuk daripada UMNO, MCA, MIC, PKMM, API, AWAS, PKM dan banyak lagi wajar dianggap sebagai usaha membebaskan Malaya.

Kedua, Mat Indera, seorang berfahaman nasionalis kiri terpaksa mengangkat senjata apabila parti politik perjuangan kiri seperti PKMM, API dan AWAS sudah pun diharamkan oleh British pada tahun 1947 kerana menggugat gagasan penjajahan di bumi Malaya.

(Perlu diingat bahawa selepas parti-parti nasionalis kiri diharamkan, PKM masih halal dan bebas bergerak sehingga British mengisytiharkan darurat pada 1948).

Di atas kesempatan itulah, pejuang-pejuang kemerdekaan awal terpaksa menggunakan jalan yang lebih radikal untuk menuntut kemerdekaan. Di antaranya Abdullah CD, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh.

Ketiga, perjuangan menuntut kemerdekaan dengan cara radikal sekali pun, mereka wajar menerima pengiktirafan sebagai pejuang anti-penjajah. Mereka tiada pilihan lain kerana penjajah telah mengharamkan parti atau gerakan mereka.

Sebagai contoh, Jose Rizal yang merupakan pendiri Katipunan juga mengambil jalan radikal dan tetap dianggap sebagai wira kebangsaan Filipina menentang penjajah Sepanyol.

Revolusi Indonesia yang dikepalai mantan Presiden Republik Indonesia pertama, Sukarno, juga terlibat dalam gerakan subversif bersama-sama Jeneral Sudirman, Jeneral Nasution, Tuanku Imam Bonjol menentang Belanda dalam perang menuntut kemerdekaan.

Malah, nama-nama seperti Cut Nyak Dien, Raden Adjeng Kartini turut diiktiraf sebagai pejuang nasionalis walau pun mereka mengangkat senjata.

PKM sebelum dan selepas Merdeka

Parti Komunis Malaya yang dirasmikan penubuhannya oleh Ho Chih Minh di Negeri Sembilan pada 1930 merupakan sebuah parti berideologi Marxisme-Leninisme dan Maoisme. Ia adalah antara segelintir pertubuhan politik yang bergerak bebas sebelum Perang Dunia Kedua.

Semasa pendudukan Jepun, PKM di bawah unit Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) telah bekerjasama dengan unit komando British menentang penjajahan Jepun. Pada masa yang sama Kesatuan Melayu Muda yang dipimpin oleh pejuang nasionalis kiri Ibrahim Yaakob bekerjasama dengan Jepun bagi membebaskan bumi Malaya daripada cengkaman British.

Jepun menerima kerjasama KMM hanya kerana mahu mengekalkan kuasa di Malaya manakala perjuangan bersenjata PKM menentang Jepun dipersetujui British kerana ia membabitkan kepentingan penjajah Inggeris di Asia Tenggara.

Selepas Jepun menyerah diri pada 1954, konflik tercetus apabila PKM menguasai Malaya selama 14 hari sebelum pentadbiran tentera British kembali ke tanah jajahannya. Di sini timbul konflik di antara PKM dan British.

Ketegangan itu berlarutan hingga 1948 apabila British mengharamkan PKM dan PKM pula melancarkan perang gerila untuk menghalau penjajah. Dengan kebenaran British, Tunku Abdul Rahman yang memimpin Majlis Perundangan Malaya (setelah UMNO, MCA dan MIC menang pilihan raya umum pertama) mengadakan rundingan damai di Baling pada Disember 1955 dengan wakil PKM Rashid Maidin dan Chin Peng.

Rundingan ini gagal apabila Tunku mensyaratkan PKM meletak senjata, menyerah diri dan disoal siasat oleh kerajaan Majlis Perundangan Malaya yang masih di bawah jajahan British sebelum apa-apa keputusan dibuat sedangkan PKM memohon untuk aktif dalam politik tanah air tanpa menggunakan kekerasan.

Oleh kerana rundingan ini berlaku sebelum Merdeka, PKM masih layak digelar pejuang kemerdekaan.

Namun, tindakan PKM untuk berkeras mengangkat senjata selepas 31 Ogos 1957 menimbulkan banyak persoalan tentang perjuangan komunis di Malaya.

Apakah PKM pasca-Merdeka mahu menjatuhkan kerajaan Malaya merdeka secara kekerasan? Adakah PKM mahu menubuhkan negara satelit komunis China atau Rusia melalui keterlibatan mereka dalam gerakan Communist International?

Lantas, PKM pasca-Merdeka hanyalah bertujuan membela kepentingan ideologi politik mereka semata-mata. Sedangkan pada masa yang sama gerakan kiri di Malaya seperti Partai Rakyat Malaya dan Partai Buruh Malaya yang telah membentuk Socialist Front telah memilih jalan demokrasi berparlimen walau pun mereka ditekan dan ditindas oleh kerajaan Perikatan.

Jadi tidak salah jika dikatakan bahawa perjuangan PKM selepas Merdeka adalah penentangan terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat, dan bukan lagi usaha menuntut kemerdekaan.

Meluruskan garisan sejarah

Sebagai sebuah penelitian semula, fakta sejarah tidak seharusnya diselewengkan. Biarlah ia kekal sebagai warisan yang terbela hingga ke anak cucu-cicit kita walau pun ada yang pahit untuk ditelan.

Tidak dinafikan bahawa PKM sememangnya sebuah parti politik yang mengamalkan perjuangan bersenjata, malah pimpinannya menerima pingat daripada empayar British kerana bersama menentang penjajahan Jepun.

Untuk menolak sejarah perjuangan PKM menentang penjajah Jepun dan kemudiannya British sebelum Merdeka adalah tidak adil dan bersifat pembohongan sejarah.

Pejuang-pejuang nasionalis kiri seperti Burhanuddin Al-Helmy (yang bukan komunis tetapi tokoh Islam yang memimpin PKMM dan PAS), Ahmad Boestamam (yang mempimpin API dan Partai Rakyat), Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (yang memimpin Partai Buruh), Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin (kesemuanya PKM) dan Mat Indera sendiri adalah antara insan-insan Melayu yang memperjuangan kemerdekaan negara.

Mereka berjuang dengan rakan-rakan dari pelbagai parti dan pertubuhan dari kalangan bukan Melayu demi membebaskan bumi Malaya daripada penjajahan dan membentuk sebuah negara pelbagai kaum dan agama.

Pengkajian sejarah perlu diteliti dan diteruskan demi menegakkan kebenaran yang terselindung oleh kepentingan politik semasa.

Kata-kata Winston Churchill bahawa "sejarah ditulis oleh orang yang menang" wajarlah dimuhasabahkan semula. Ini kerana pengorbanan wira-wira tidak didendang itu tidak boleh diabaikan untuk meluruskan kembali penceritaan sejarah yang tepat.

Sejarah Malaysia sepatutnya ditulis oleh orang yang cintakan kebenaran, tidak berpihak dan hanya mahu fakta ditafsirkan dengan jujur dan ikhlas.

Kata-kata George Santayana, "mereka yang melupakan sejarah pasti akan mengulangi (kesilapannya)" harus dititipkan demi perjuangan yang bernama keadilan untuk semua. – Roketkini.com


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bilik khas untuk penuhi fitrah seksual banduan

Posted: 14 Sep 2011 07:53 AM PDT


JAKARTA: Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Patrialis Akbar berkata, kementeriannya bakal membekalkan kemudahan khas untuk banduan di penjara.

"Saya sudah meminta kementerian mengkaji kertas cadangan itu. Nampaknya mereka memerlukannya," katanya.
Menurutnya, keperluan fitrah biologi tahanan termasuk seks perlu diambil kira.

"Saya rasa keperluan seksual lelaki dan wanita perlu dipertimbangkan. Saya juga sudah memikirkan mengenainya.
Beliau menjelaskan bilik tahanan perlu terurus dan terkawal. Contohnya, hanya mereka yang sudah berkahwin dibenarkan menggunakannya.
"Prosedur perlu jelas. Ia tidak boleh menjadi punca kepada masalah baru," katanya.

Pendapat mengenai kamar khas di penjara timbul selepas disarankan seks adalah keperluan setiap manusia termasuk banduan.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PRU-13: Siapa akan menang dan senario-senario yang mungkin

Posted: 14 Sep 2011 05:00 AM PDT

Oleh Iskandar Dzulkarnain

Soalan terbesar yang dihadapi oleh Malaysia sekarang, siapa yang akan me PRU-13: Siapa akan menang dan senario-senario yang mungkin menangi pilihan raya umum. Malaysia telah sampai ke persimpangan selepas 54 tahun ditadbir BN. Kini, terdapat harapan mengenai perubahan. Pakatan Rakyat berkemungkinan besar boleh mendapatkan Putrajaya.

Kini sudah sah mentadbir di empat negeri, Pakatan menguasai hampir lima puluh peratus daripada kepercayaan rakyat. Tidak ada keraguan tentang hal itu, 'majoriti senyap' semakin sedar bahawa mereka mempunyai satu lagi pilihan selain dari BN, dan ramai yang mengundi Pakatan Rakyat pada Pilihan raya umum ke-13 nanti.




Cubaan oleh kerajaan untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukannya telah menunjukkan bahawa BN tidak mempunyai zon selesa dan kurang keyakinan untuk merebut kembali Putrajaya. Serangan tidak berhenti-henti terhadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu termasuk roadshow, dan kemarahan anggota tentera veteran yang disiarkan di saluran TV yang dikawal oleh BN menunjukkan bahawa BN semakin terdesak. Tidak ada keraguan tentang hal itu, serangan ke atas Anwar dan Guan Eng juga akan meningkat pada hari-hariyang mendatang dan merupakan satu bukti bahawa BN sanggup melakukan apa sahaja sekarang.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang dapat menafikan BN buat masa sekarang. Mereka masih kerajaan yang memerintah dengan jentera yg berjalan lancar dan dibiayai dengan baik dan tidak akan mudah untuk menggulingkan mereka. Bukan sahaja mereka masih boleh menang, tetapi ada juga kemungkinan mereka masih boleh sekali lagi menguasai majoriti dua pertiga. Ini mungkin berita mengecewakan untuk penyokong Pakatan tetapi ia adalah realiti. Satu program Amnesty sedang berlaku dan timbul cakap-cakap bahawa beratus-ratus ribu pendatang tanpa izin diberikan kewarganegaraan segera untuk mengundi BN.

Oleh itu, marilah kita lihat senario yang mungkin, bermula dengan apa yang akan berlaku jika BN menang sekali lagi!

BN menang

Apabila BN berkuasa sepenuhnya, negara ini akan melihat keamanan dan keharmonian sekali lagi seperti di zaman Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi. Perkauman dan sentimen agama akan hilang, menunggu masa yang sesuai untuk muncul semula, mungkin setengah abad kemudian apabila GE-14 kerana mereka perlu perpecahan kaum sekali lagi. Semua akan kembali kepada 'normal', dengan pegawai-pegawai kembali kepada rasuah dan Pakatan Rakyat akan hancur dengan beberapa pemimpin melarikan diri ke BN.

Perkasa seperti yang dijangka orang ramai. RELA akan menikmati keahlian yang lebih tinggi sebagai persediaan untuk pilihan raya yang akan datang dan BN akan meracuni orang Melayu untuk memastikan sokongan yang cukup. Mereka tidak akan membuat kesilapan yang sama sekali lagi serta memastikan sokongan mereka terjamin.

Walau bagaimanapun, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada kebebasan individu, peluang sama rata atau meritokrasi manakala hubungan antara kaum akan menjadi bertambah buruk. Perpaduan di Malaysia akan kekal sebagai mimpi. Tidak akan ada perubahan dalam dasar-dasar yang menyesakkan sekarang dan kerajaan akan mempunyai kebebasan untuk memanipulasi apa jua isu sewenang-wenangnya.

Kroni baru akan menyertai kumpulan itu dan dasar ekonomi baru akan diranapkan dengan menjejaskan ekonomi pasaran bebas yang diperlukan oleh negara. Satu contoh baik adalah cubaan Prasana untuk mendapatkan Chinatown di atas nama pembangunan infrastruktur. Ledakan kemasukan buruh asing yang murah juga berlaku dan bukan Bumiputera yang kaya mungkin akan mempertimbangkan untuk berhijrah ke negara-negara lain seperti Australia, Amerika atau Singapura.

Tetapi mereka yang tinggal akan dapat melihat peningkatan Biro Tata Negara, yang menjadi semakin galak memastikan orang Melayu berasa berada di bawah gengaman orang Cina yang 'licik' Cina dan orang India yang 'suka bergaduh'.

Melayu- nization pula akan berakar umbi dengan lebih mendalam di semua institusi seperti perkhidmatan awam, sekolah, para pendidik dan politik, dan ia akan membantutkan apa sahaja kebebasan yang ada. Akhirnya, Malaysia tidak banyak berbeza dengan sebuah negara sosialis yang mempunyai rakyat lembap serta tidak mempunyai keberanian untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Tetapi ada lagi harapan bahawa BN akan memulihkan 1Malaysia, memeluk demokrasi dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan. Ibrahim Ali boleh meminta maaf dan menjadi satu orang paling baik, manakala Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menguatkuasakan Malaysian Malaysia dengan dasar bersatu-dan-memerintah. Pasti, Elvis akan kembali dari kubur dan menyanyi 'Kumbayah'!

Parlimen tergantung

Atau mungkin kita dapati Parlimen tergantung selepas pilihan raya umum, dengan perwakilan yang hampir 50-50 dari setiap sisi, BN dan Pakatan. Ini boleh membuka jalan untuk kerajaan perpaduan. Ia mungkin penyelesaian terbaik dalam situasi ini, tetapi ia hampir tidak akan memberi manfaat kepada negara dan rakyatnya.

Seperti yang dijangka, akan ada cubaan BN untuk menarik Ahli Parlimen dan tekanan akan diletakkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengaku menyokong BN. Hujah-hujah yang panaskan akan menjadi kebiasaan di Parlimen, dengan keangkuhan dan kebanggaan mula timbul. Mungkin tiada peluang untuk merangka dasar apatah lagi melaksanakannya. Kerajaan perpaduan mungkin tidak akan berkesan memandangkan Pakatan dan BN sangat berbeza ibarat siang dan malam.

Tetapi pada sudut positif, negara boleh melihat urus tadbir yang lebih baik, dengan pembaharuan secara beransur-ansur diperkenalkan untuk memuaskan hati rakyat, dan merangsang ekonomi. Maka akan kurang rasuah dan hubungan antara kaum boleh menjadi lebih baik. Sebuah kerajaan perpaduan mungkin akan memikirkan jalan penyelesaian yang boleh digunakan yang boleh untuk meningkatkan kemajuan yang memberi manfaat kepada negara.

Pakatan menang

Atau Pakatan Rakyat menang dengan majoriti mudah dan ini boleh membuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya dan bekas PM Mahathir mencabut rambut mereka dan mengamuk dijalanan. Lucu? Tetapi itu mungkin dilihat oleh dunia jika mereka cuba untuk merampas kuasa dengan kekerasan.

Tetapi Malaysia yang tidak stabil, ganas dan anarki adalah taktik yang sering digunakan oleh BN untuk menakutkan rakyat, dan ia telah berkesan untuk selama beberapa dekad ini. Sehingga akhirnya Bersih 2.0 bangkit untuk menyedarkan rakyat pada hakikat bahawa masa telah berubah dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut untuk bersuara terhadap kerajaan.

Adakah polis akan menembak dan membunuh rakyat mereka , dan adakah angkatan tentera akan melakukan perkara yang sama? Mungkin juga. Tetapi maka apa yang berlaku di Malaysia? Adakah negara lain di dunia yang akan menerima Najib, Muhyiddin atau Mahathir? Malah anak-anak mereka juga akan membawa stigma bahawa mereka datang daripada ibu bapa pembunuh?

Ambil contih Julia Gillard. Lihat bagaimana mahkamah Australia membuat keputusan terhadap urusan pertukaran pelarian Malaysia tanpa rasa takut atau pilih kasih. Lihat bagaimana dia menerima keputusan dengan rendah diri, walaupun dia tidak bersetuju. Ini adalah sikap masyarakat sivil di dunia maju. Ia juga menunjukkan bagaimana jauh ketinggalan Malaysia sekarang.

Biarlah anarki dan pertumpahan darah, pertempuran dan ancaman menjadi mainan BN. Sekiranya ia berlaku, maka PBB akan menghantar tentera sama seperti apa yang mereka lakukan di Libya dan kemudian golongan elit UMNO yang bersalah akan tangkap dan dibicarakan oleh tribunal. Saya masih ingat Saddam Hussein yang mati di tali gantung.

Dan semua ini boleh berlaku sebelum Malaysia menjadi sebuah negara demokrasi yang sebenar. Tetapi ada harapan bahawa kerajaan akan datang, sama ada BN atau Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembaharuan yang perlu untuk membawa negara keluar daripada koma dan memecahkan politik perkauman dan menjadikan impian perpaduan Malaysia suatu kenyataan.

Terdapat banyak yang boleh dibuat untuk negara ini, tetapi kita kadang-kadang tertanya-tanya mengapa ada ahli politik tertentu yang cuba untuk memusnahkan, politik, sosial, budaya dan alam sekitar, dan bukannya merawat Malaysia.  - Malaysia Chronicle



DD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Gambar: Perbuatan Khianat Di Majlis Forum Rakyat

Posted: 14 Sep 2011 03:00 AM PDT









KOTA BHARU: Orang ramai yang hadir pada Forum Rakyat ' Erti Kemerdekaan Sebenar '
Di Kota Bharu malam tadi dikejutkan dengan kejadian beberapa kenderaan
disembur cat hijau dan digores oleh pihak tertentu.


Mohd
Nasir Ismail, 45 dari Pasir Mas berkata, keretanya jenis Ulser Toyota
yang di parkir berhampiran Gelanggang Seni disembur cat hijau.




Katanya, banyak lagi kenderaan milik orang lain yang diletak di situ menerima nasib yang sama.




”Ketika
saya datang ke tempat kereta semasa hendak pulang saya lihat ada
anggota polis di kawasan berhampiran, namun dia tidak menanyakan apa
yang berlaku.




”Saya yakin pihak yang melakukan perbuatan khianat itu berani kerana kemungkinan besar mereka dilindungi kuasa politik.




”Kita
boleh lihat sendiri apabila kes aktivis Gerakan Bertindak Kembali
Royalti Rakyat Kelantan, Hishamuddin Ghazali yang ditampar veteran Umno
beberapa bulan lalu tidak diambil sebarang tindakan biar pun laporan
polis sudah dibuat,” ujarnya.




Turut
menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut kereta milik seorang
wartawan tempatan. Difahamkan beliau sudah membuat laporan polis pagi
ini.Hrkh


malaysiaberih


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Buku Panduan BUNUH DIRI Jepun

Posted: 14 Sep 2011 12:00 AM PDT



Masyarakat Jepun memang sudah dikenal sejak dahulu lagi mempunyai budaya membunuh diri, misalnya  harakiri, iaitu tindakan membunuh diri demi maruah yang dilakukan oleh para kesatria Jepun. Begitu juga tindakan kamikaze yang memperlihatkan keberanian anggota tentera Jepun pada Perang Dunia 1 dan II lalu. Bagaimana dengan generasi muda Jepun pada hari ini?



Wataru Tsurumi, penulis buku Panduan Lengkap untuk Membunuh Diri kembali muncul berhadapan dengan khalayak. Editor majalah itu mencetuskan kontroversi sewaktu melancarkan bukunya pada tahun 1993. 


"Saya membongkarkan tabu masyarakat Jepun," cetus lelaki berusia 42 tahun itu.



Dalam bukunya, Tsurumi menulis cara-cara untuk membunuh diri, misalnya mengambil ubat tertentu, memotong urat nadi, hinggalah menggunakan gas karbon monoksida. Semuanya diterangkan secara terperinci.



Menurut fakta, Jepun merupakan negara yang mempunyai angka bunuh diri tertinggi di dunia bersama-sama dengan Rusia dan Hungary. Lebih daripada 30 000 penduduknya mengambil keputusan membunuh diri dalam tempoh lapan tahun  berturut-turut.



Menurut Tsurumi, membunuh diri tidak salah kerana perbuatan itu melambangkan kebebasan individu. Apatah lagi, sejak dahulu masyarakat Jepun sudah mengamalkan budaya harakiri.



Tsurumi muncul kembali setelah Parlimen Jepun mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pemerintah atau majikan membuat laporan pencegahan bunuh diri serta bekerjasama menjaga kesihatan mental para pegawainya. 


"Ketika pemerintah mula memperketat penguatkuasaan, saya akan terus berbicara secara serius tentang hal ini. Kita berhak memilih perkara yang kita inginkan dalam hidup," tegasnya.



Ketika negaranya menghadapi angka bunuh diri yang tinggi, Tsurumi mempunyai pandangan yang berbeza. 


"Orang selalu menyoal sebab seseorang membunuh diri? Tidak akan ada jawapan tertentu untuk persoalan ini. Sekarang mari kita tanyakan, mengapa kita tidak boleh membunuh diri ? Mengapa kita harus terus hidup?," katanya.



Menurut Tsurumi, tindakan membunuh diri lebih banyak disebabkan oleh kehidupan yang membosankan. Begitu juga soal pekerjaan dan masalah yang sama yang dihadapi tiap-tiap hari. 


"Cabaran terbesar dalam hidup adalah tentang cara untuk memperoleh kehidupan tanpa merasa hampa/bosan," ujarnya seraya tersenyum sinis.



Meskipun mendukung ideologi bunuh diri, Tsurumi, walau bagaimanapun menentang tindakan membunuh diri secara berkumpulan yang semakin menjadi-jadi di Jepun. Fenomena ini terjadi apabila sekumpulan individu bertemu di internet dan berjanji untuk membunuh diri bersama. 


"Kamu harus membuat keputusan sendiri untuk hidupmu," tegasnya. - DCM





P/s: Buku ini jelas bukanlah bacaan yang direkomendasikan untuk umum. Isi buku ini benar-benar mengajarkan orang untuk mengambil jalan pintas untuk mengakhiri hidup mereka. Harap-harap buku ini tidak beredar di Malaysia sama ada melalui cara yang sah ataupun tidak sah. Macam-macam masalah pula timbul nanti!


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kempen Bodoh Oleh UMNO....!!

Posted: 13 Sep 2011 09:00 PM PDT


KALAU sebelum ini banner ucapan Hari Raya dipasang di bilik guru, untuk memancing undi para guru di salah sebuah sekolah di Negeri Kelantan dengan ucapan "Bantu Saya Untuk Bantu Cikgu...

Kali ini kita ke Negeri Kedah pula. Salah seorang sahabat pembaca mengirimkan sepucuk surat ucapan hari raya yang dihantar kepada para penduduk sekitar Kuala Kedah untuk memancing undi.

Difahamkan, ini adalah antara surat yang belum dikoyakkan oleh kebanyakkan penerimanya barangkali yang muak dengan cara ahli politik menghantar surat ucapan Hari Raya semata-mata untuk memancing undi.

Jika diteliti, isi kandungan surat ini tidak lain hanyalah ucapan ringkas Hari Raya dan Hari Kemerdekaan ke 54, namun lebih kepada puji-pujian melangit kepada United Malays No Otak dan Barisan Nasional serta pujukan agar mengundi Barisan Nasional dan Umno.

sepang-kederang




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

AYAT CINTA NAJIB" KOMUNIS DULU LAIN, SEKARANG LAIN"

Posted: 13 Sep 2011 06:00 PM PDT


Apabila terbongkarnya fakta bahawa Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa "komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu."

Kata perdana menteri: "Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka."

Jika kita mengikut logik Najib, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.

Sekiranya rakyat mengikut logik presiden Umno yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara.

Mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia.

Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bila mana dalam ambang perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis?

Bukankah ini melanggar logik Najib sendiri?

Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat?

Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain "asalkan bukan Umno", maka komunis itu komunis jahat.

Maka, sesiapa yang nak mengadakan MoU dengan mana- mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya.

Dan kalau nak tahu sesuatu negara itu dijajah atau tidak kena tanya pula Majlis Profesor Negara (setahu kita, negara lain tak ada majlis begini) atau mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rasanya Majlis Profesor Negara dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja.

Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian sejarah patut diberi markah kosong.

Bila mana Majlis Profesor Negara membuat kesimpulan bahawa negara tidak pernah dijajah, ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu.

Cuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu.

Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak.

Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno. Kalau Melayu itu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi - segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram.

Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai.

TULISAN Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (ketua penerangan PAS Pusat)

drhalimahali

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: