Rabu, 14 September 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tangguh cukai prabayar kerana BN bimbang tewas PRU-13, kata Mahfuz

Posted: 14 Sep 2011 04:00 AM PDT




KUALA LUMPUR— Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa kerajaan terpaksa menangguhkan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar kerana bimbang ia akan mempengaruhi keputusan pilihan raya umum ke-13.

Tegas Mahfuz (gambar), sekiranya kerajaan meneruskan langkah menaikkan cukai perkhidmatan ia secara tidak langsung akan membebankan keperluan sara hidup rakyat.

"Saya percaya penangguhan ini kerana kebimbangan Barisan Nasional (BN) tentang keputusan pilihan raya umum ke-13 nanti kerana jumlah pemegang kad prabayar antara sembilan hingga 13 juta pengguna daripada 26 juta kad prabayar yang dikeluarkan, saya percaya setiap pemilik ada yang memegang dua atau tiga kad prabayar yang mana jumlah terbesar adalah pengundi, kerajaan bimbang dan mereka cari jalan untuk menangguhkan.

"Tapi saya percaya akhirnya selepas pilihan raya umum ke-13, caj cukai perkhidmatan ini akan kembali dilaksanakan kerana penangguhan yang dibuat ini kerana kebimbangan kesan kenaikan cukai ini boleh menentukan keputusan pilihan raya umum ke-13," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Mengikut pengumuman 8 September lalu, pihak syarikat telekomunikasi akan mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus secara terus kepada pengguna bagi setiap transaksi tambah nilai dan pembelian pek permulaan bermula Khamis ini.

Kadar enam peratus ini sebenarnya telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan semenjak 1998 dan telah dikenakan secara terus kepada pengguna sistem pascabayar dan diserap oleh syarikat telekomunikasi bagi penggunaan sistem prabayar bagi memastikan kadar pakej yang kompetitif dan mampu milik, kata beliau.

Kelmarin, syarikat-syarikat telekomunikasi bersetuju menangguhkan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat pengendali utama telekomunikasi.

Rais berkata penangguhan itu bagi membolehkan kajian semula dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat telekomunikasi berkenaan bagi menentukan bila perkhidmatan itu wajar dikenakan cukai serta kadar yang boleh dikenakan.

Mahfuz juga menyifatkan tidak wajar cukai perkhidmatan dikenakan kepada pengguna memandangkan syarikat telekomunikasi boleh "menyerapnya dalam kos mereka."

"Saya mendapat maklumat syarikat-syarikat ini boleh menyerap hasil yang mereka dapat, apakah syarikat tidak perlu bayar cukai yang mana cukai perkhidmatan dikenakan kepada pengguna bukan syarikat, alasan kerajaan bahawa tidak tahu (mengenai kenaikan) adalah tidak munasabah kerana pelaksanaan cukai ini telah wujud sejak sekian lama, bermula dari satu peratus hingga lima peratus, ia sudah lama dilaksanakan.

"Cukai perkhidmatan adalah cukai yang dikenakan selepas mendapat perkhidmatan tapi dalam cukai perkhidmatan kad prabayar kita belum guna dah kena bayar, wajarhkan ia dikenakan? Bagi saya tidak wajar cukai perkhidmatan ini dikenakan kerana ia bertentangan dengan semangat cukai perkhidmatan," katanya.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena, kerajaan perlu mengkaji semula pelaksaan cukai perkhidmatan talian telefon prabayar.

"Ia merupakan satu paksaan ke atas pengguna, bagi saya tidak wajar kerajaan teruskan caj cukai perkhidmatan ke atas pengguna kerana ia akan membebankan, kalau kerajaan nak teruskan juga maka kerajaan mesti menyemak kembali Akta Pencukaian.

"Ada dua pilihan sama ada kerajaan hapuskan caj cukai perkhidmatan ini atau yang kedua kerajaan kenakan cukai perkhidmatan ke atas syarikat yang mana syarikat boleh menyerap kos, selain itu apa sahaja bentuk cukai perkhidmatan yang berkaitan dengan prabayar perlu kaji balik," katanya.

Tubuh kerajaan jika mahu tetapkan tarikh PRU bersama, Dr M nasihati Pakatan

Posted: 14 Sep 2011 03:55 AM PDT




PUTRAJAYA— Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya kerajaan semasa yang memerintah boleh memutuskan tarikh pembubaran Parlimen sambil menegaskan Pakatan Rakyat sendiri tidak akan berunding dengan Barisan Nasional (BN) mengenainya jikapun mereka membentuk kerajaan pada masa depan.

Bekas perdana menteri (gambar) memberitahu pemberita bahawa tiada di dunia adanya keputusan sedemikian dalam menentukan tarikh pilihan raya umum oleh kerajaan memerintah dan pembangkang secara bersama.

"Ia menjadi prerogatif kerajaan. Jika mereka mahu menentukan tarikh (pilihan raya), maka bentuk kerajaan terlebih dahulu. Apabila ia berlaku, adakah mereka akan berbincang dengan kita?" kata bekas presiden Umno ini di sini hari ini.

Di bawah sistem perlembagaan negara perdana menteri, mengikut kesesuaiannya dan budi bicara beliau, akan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi membuka ruang kepada pilihan raya umum.

MENYUSUL LAGI

PAS anggap Tun M hina Raja-Raja Melayu

Posted: 14 Sep 2011 03:51 AM PDT

Khairil Abdul Rahim


TEMERLOHt: PAS menganggap kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa British dijemput ke tanah air untuk menjadi penasihat pentadbiran adalah memperlekeh dan menghina Raja-Raja Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada hakikatnya penjajah Inggeris itu bukanlah baik tetapi menggunapakai strategi tertentu sehingga sebahagian orang Melayu boleh merasa senang berlindung di bawah mereka.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media Dr Mahathir semalam yang mengatakan sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke tanah air dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri.

Beliau berkata demikian sebagai menyokong kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling sebelum ini bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British.

Menurut Tuan Ibrahim, British sememangnya penjajah tetapi mereka masuk ke Tanah Melayu dengan pendekatan yang tidak seeprti Belanda.

"Ketika British menjajah India, mereka menggunakan pendekatan serangan dan membuang raja-raja di sana mengakibatkan tentera mereka mengalami banyak kekalahan.

"Apabila datang ke Tanah Melayu mereka menukar strategi dengan menyebelahi anak-anak raja tertentu. Sebab itu kita tengok kebanyakan negeri-negeri Melayu berlaku perbalahan sesama anak raja yang semuanya didalangi British. Orang Melayu yang tidak menyebelahi mereka diburu dan dibunuh.

"Kita mahu gambarkan bahawa British bukanlah baik, bukannya rakan perlindungan seperti digambarkan. Sebagai contoh Perjanjian Pangkor diadakan di atas kapal perang dan terdapat unsur pemaksaan," katanya dalam sidang media di pejabat Perhubungan PAS Pahang di sini hari ini.

Justeru tambah Tuan Ibrahim, pendapat Dr Mahathir British dijemput untuk menjadi penasihat dalam pemerintahan hanyalah memperlekeh raja-raja Melayu.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim berkata ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa komunis Cina baik sebaliknya komunis di Malaysia dulu jahat, hanyalah untuk menutup perhubungan intim Umno dengan Parti Komunis China.

"Bukan setakat hubungan kerajaan, apa yang berlaku ialah terdapat penjanjian persefahaman (MoU) antara Umno dengan Parti Komunis China yang mengadakan pertukaran lawatan antara pemuda parti masing-masing," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, PAS Pahang akan mengadakan program Jejak Pejuang Kemerdekaan yang akan menemui dan mengumpulkan balik pahlawan-pahlawan Melayu yang pernah menentang penjajah Inggeris pada zaman masing-masing.

Soalan sejarah SPM bocor?

Posted: 14 Sep 2011 03:49 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Benarkah soalan peperiksaan Sejarah SPM akan datang telah siap dan kini bocor di laman-laman Facebook?

Bukan, sebenarnya ia hanya satu permainan perang saikologi yang sedang berlaku dalam media baru ekoran perdebatan sejarah negara.

(Soalan peperiksaan yang dikatakan bocor!!!)

Isu perdebatan sejarah kemerdekaan negara membawa kepada dimensi yang lebih menarik apabila ia dijadikan permainan saikologi dalam laman media-media baru.

Terkini, satu soalan peperiksaan dipostkan ke laman sosial Facebook dan menjadi bahan yang popular untuk dibahaskan.

Sekali imbas, kertas yang berbentuk kertas soalan peperiksaan itu semacam kertas soalan bocor untuk peperiksaan akan datang.

Berdasarkan bentuknya ia kelihatan semacam soalan sejarah SPM atau kertas am STPM.

Namun, jelas sekali amat sukar untuk para pelajar menjawab soalan ini selepas isu sejarah kemerdekaan negara didebatkan sedemikian rupa.

Yang menjadi mangsa adalah Profesor Zainal Kling apabila beliau membuat satu kenyataan yang menggemparkan, negara ini tidak pernah dijajah oleh British.

Jelas kenyataan profesor Umno itu menjadi bahan permainan terbaru.

Antara soalan yang ditanyakan adalah "Terangkan status penduduk Malaya yang bekerja dengan British."

Adalah dipercayai, ia direka berdasarkan kenyataan Mohamad Sabu, timbalan presiden PAS yang mempertikaikan persepsi selama ini bahawa polis yang bertugas di rumah pasong Bukit Kepong adalah hero manakala penyerangnya termasuk Mat Indera adalah pengganas.

Sedangkan bagi Mohamad Sabu, polis ketika itu bekerja dengan penjajah British manakala Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan.

Dalam soalan keduanya, 'Pembentukan Persekutuan ini merupakan penjajahan atau pernaungan? Terangkan".

Ia jelas ditujukan kepada Zainal Kling ekoran kenyataannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British berbanding banyak teks sejarah yang menyatakan British adalah penjajah negara.

Soalan C pula berbunyi, "Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, adakah tepat menunjukkan Malaya tidak pernah dijajah oleh British."

Dan soalan paling akhir adalah, "Berapa tahunkah usia kemerdekaan negara kita sebenar." Ini dipercayai ekoran dari polemik yang dicetuskan sejak kebelakangan ini.

Gamis, PUM lancar Kempen Kami Tak Nak Maksiat

Posted: 14 Sep 2011 03:48 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) sebagai peneraju gerakan mahasiswa Islam di Malaysia berasa terpanggil untuk turun meraikan sambutan meriah Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, khususnya menjelang detik keramat, pukul 12 tengah malam 16 september ini.

"Insya Allah Gamis akan memimpin para belia juga mahasiswa untuk turun membawa gerakan dakwah bagi membasmi masalah sosial yang diwariskan setelah detik 12 malam berlalu," kata Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari dalam satu kenyataan.

Menurutnya, atas dasar itulah Gamis dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) akan melancarkan gerakan khas yang bertemakan 'Kempen Kami Tak Nak Maksiat' bagi membuat pemerhatian, pemantauan dan juga pencegahan awal agar virus kemaksiatan dapat disekat dan dihapuskan.

Oleh itu, ujarnya Gamis menjemput seluruh mahasiswa Islam dan belia untuk hadir ke XPDC Dakwah Malam Merdeka 2011.

"Bagi yang berkelapangan untuk hadir, pihak kami menjemput anda untuk bersama kami berhimpun di Masjid KLCC pada pukul 9 malam yang dimulakan dengan bacaan yassin dan satu taklimat khas akan diadakan sebelum para petugas XPDC diagihkan mengikut kawasan sasaran," ujarnya.

Katanya, para petugas juga digalakkan memakai pakaian kemas bagi menunjukkan imej contoh para belia lainnya.

Sehubungan dengan itu, katanya Gamis juga menjemput para wartawan untuk hadir bagi membuat Liputan.

"Dijangkakan XPDC ini akan tamat selewat-lewatnya pukul 2 pagi. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk bersama menerokai pengalaman berdakwah bersama pasukan kami.

"Bersamalah kita berkongsi nikmat kemerdekaan ini dengan mencari redha Illahi disamping membantu menyelamatkan anak bangsa yang masih kehilangan arah tuju kehidupan," ujarnya.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Ridhuan (013-2229803) atau Syahirah (013-3932657).

Kerajaan perlu tubuh panel khas kaji sejarah

Posted: 14 Sep 2011 03:46 AM PDT

Muhammad Faizal


KUALA LUMPUR: Kekalutan dengan pelbagai andaian mahupun pendapat sendiri mengenai sejarah negara ini perlu dirungkai semula agar satu jalan penyelesaian diperolehi bagi memuktamadkan kedudukannya sebelum mencapai kemerdekaan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyuarakan pendapat dalam mencari satu usaha penyelesaian kerajaan perlu mewujudkan satu Panel Jawatankuasa Khas bagi membincangkan kembali sejarah negara.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Zainal Kling itu perlu dirungkai kembali dan saya tidak mengatakan ia benar tetapi setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh setiap pihak perlu diambil perhatian dan kita sendiri tidak pasti mungkin kenyataan yang diutarakan oleh Zainal itu menpunyai fakta yang selama ini kita tidak ketahui.

"Jalan yang terbaik untuk jalan penyelesaiannya ialah kerajaan perlu menubuhkan satu Panel Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji balik sejarah negara ini dengan membuat rujukan yang mana kita tahu sejarah negara ini ditulis berasaskan dari barat belum pasti kesahihannya. Maka kita melihat ada permasalahan dalam sejarah negara ini dan ia perlu dilihat kembali.

"Panel ini perlu melihat dari semua sudut dan pandangan dari pelbagai pihak sama ada politik, ahli akademik mahupun sejarawan malah ia juga boleh disertai oleh MPN seperti Profesor Datuk Dr Zainal Kling dan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim begitu juga Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mempunyai pendapatnya sendiri," jelasnya

Tambah Mahfuz lagi, panel ini perlu ditubuhkan dengan segera kerana untuk membuat kajian semual ia memerlukan masa yang agak lama tetapi penjelasan perlu dipercepatkan agar kekeliru yang berlaku sekarang dapat diatasi.

"Walau masa perlu diberikan oleh panel tersebut tetapi penjelasan perlu dipercepatkan kerana kita tidak mahu kekeliruan tentang sejarah ini menjadi semakin kusut.

"Saya bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khalid Nordin dalam isu ini yang mahukan subjek sejarah di peringkat sekolah dikaji semula setelah didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan bercanggah dengan fakta yang hasil kajian ahli falsafah dan teologi negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam buku terbarunya 'Historical Fact and Fiction'.

"Syed Naquid mempersoalkan mungkin terdapat beberapa sejarah penting tidak dicatit sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga berat sebelah.

"Seperti juga kenyataan khalid yang meminta kajian semula kedatangan Islam ini tidak dimasukkan dan apa yang berlaku umpama mengelapkan sejarah kedatangan Islam dan apatah lagi sejarah negara kita. Bagi memulihkan kembali fakta sejarah maka kajian semula perlu dilakukan dan kerajaan perlu bertindak segera," katanya lagi.

Isu kemerdekaan dan sejarah negara muncul apabila kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah dijajah British serta diikuti beberapa kenyataan yang dikeluarkan pakar sejarah dan terbaru bekas perdana menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Hari Malaysia: Medan muhasabah penipuan p'raya

Posted: 14 Sep 2011 03:45 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Menjelang Hari Malaysia 16 September ini, PAS meminta rakyat menjadikannya medan muhasabah terhadap kerajaan terutama dalam isu penipuan pilihan raya yang semakin berleluasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta rakyat jangan membiarkan Malaysia menjadi semakin lemah di bawah kerajaan Umno BN, kerana generasi anak cucu kitalah nanti yang akan menerima sengsaranya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan yang dikeluarkan hari ini.

Malaysia buat pertama kalinya menyambut Hari Malaysia serentak dengan Hari Kemerdekaan 16 September ini.

Hari Malaysia mula dibincangkan selepas ia bangkitkan oleh Pakatan Rakyat dan kini ia menjadi acara rasmi kerajaan.

Sambutan bersama ini diadakan ekoran Hari Kemerdekaan 31 Ogos jatuh serentak dengan Hari Raya Aidil Fitri.

Namun sambutan Kemerdekaan negara menjadi isu apabila seorang profesor Umno, Profesor Zainal Kling berkata, negara tidak pernah dijajah oleh British.

Bagi Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang, adalah menjadi naluri semua manusia tanpa mengira latar belakang, kaum, agama, bahasa dan sebagainya untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka, sama ada merdeka jasad dan akal fikiran dari sebarang bentuk perhambaan.

Tidak akan ada orang yang waras akal fikiran mahu hidup di bawah belenggu mana-mana penjajahan, apatah lagi dikawal minda dan tindakannya, katanya.

"PAS ingin menegaskan bahawa kami menentang semua penjajah, sama ada komunis atau bukan komunis, mahupun oleh blok timur atau barat.

"PAS amat menghargai peranan yang dimainkan oleh semua pihak dan tokoh seperti Sultan Abdul Samad, Sultan Zainal Abidin, Raja Abdullah serta Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Dr Burhanuddin Helmy, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan lain-lainnya (sekadar beberapa nama) yang menyumbang sehingga lahirnya negara kita dengan bentuknya yang ada pada ketika ini," tegas Abdul Hadi dalam kenyataannya itu.

Mereka ini, kata beliau, telah meletakkan asas negara ini, "walaupun ada tindakan mereka yang kita tidak bersetuju kerana wujud kelemahannya yang tersendiri."

"Namun segala kelemahan orang lalu yang telah pun meninggal dunia ini tidak wajar untuk kita balas dengan kata nista.

"Apa yang wajar dilakukan ialah kita memohon agar kesilapan yang mereka lakukan mendapat keampunan dari Allah SWT," tambahnya.

Apa pun, katanya, peranan baik yang telah dilaksanakan akan dibalas dengan pahala di sisi Allah SWT.

Kelemahan dan kesilapan lalu dalam merangka sebuah negara yang bernama Malaysia pula perlulah diperbaiki oleh kita yang hidup di zaman ini dan berterusan menjadi tanggungjawab generasi akan datang.

"Alangkah baiknya kehidupan berbagai bangsa dan agama, budaya dan bahasa yang wujud dalam negara kita ini mampu untuk menjadi resepi utama dalam melahirkan negara Malaysia yang benar-benar melindungi kebajikan rakyatnya," katanya.

Pada saat ini, kata beliau, rakyat negara ini sedang sama-sama melihat betapa kerajaan Umno BN yang ada ini sudah diberi amanah pemerintahan selama lebih 50 tahun dan semakin membawa negara kita kepada penyakit yang menyusahkan rakyat.

Antaranya daya saing negara yang makin merudum, kos hidup yang meningkat dan barang keperluan yang melambung harganya, keluhuran akhlak yang tidak lagi dianggap penting, kehidupan beragama ditinggalkan dan seribu lagi macam kerosakan, maka tentulah menjadi tanggungjawab semua untuk sama-sama melakukan perubahan.

ISA: Tak perlu timbang, mansuh terus

Posted: 14 Sep 2011 03:43 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tetap beranggapan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu diberikan pertimbangan untuk diubah melainkan ianya perlu dimansuhkan terus kerana sudah tidak relevan lagi masa kini.

Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) menyambut baik hasrat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan beberapa pindaan terhadap undang-undang keselamatan negara bagi menjamin kebebasan bersuara yang lebih meluas yang antara lain membabitkan pindaan membataskan kuasa menteri dalam negeri dan mengurangkan tempoh penahanan awal di bawah ISA.

Tambahnya, akta-akta yang memerlukan pindaan seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Auku dan Akta Pilihan raya perlulah disegerakan supaya dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap keadilan sistem pemerintahan di dalam negara ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta supaya Perdana Menteri tidak beretorik dan hanya mengeluarkan kenyataan ini semata-mata untuk membeli 'jiwa' rakyat supaya menyokong Umno BN yang sedang 'kelemasan'," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, katanya Perdana Menteri dan Umno sendiri pun telah mempunyai sejarah dalam menipu rakyat berkenaan dengan pelbagai perkara dan isu yang berlaku di dalam negara.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak mahu isu cadangan pindaan ini juga akan menjadi 'gula-gula dan 'penipuan baru Perdana Menteri terhadap rakyat disebabkan pilihanraya umum yang semakin hampir dan tarikh pembubaran parlimen untuk diadakan pilihanraya hanya diketahui oleh beliau sahaja.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap semoga pindaan yang akan dicadangkan oleh Perdana Menteri untuk kebebasan bersuara yang lebih meluas akan benar-benar menepati aspirasi dan hak rakyat Malaysia walaupun kami cukup yakin dan percaya Umno BN tidak akan melakukan sebarang pindaan terhadap mana-mana akta sekiranya tidak memberikan keuntungan dan kelebihan kepada agenda penerusan politik kotor mereka," ujarnya.

Tambahnya, Pemuda PAS negeri akan memberikan sokongan sekiranya pindaan yang akan dilakukan menepati kehendak dan keperluan rakyat dan akan memberikan tentangan dan penolakan sekiranya pindaan tersebut mengkhianati amanah dan kemahuan rakyat.

Muslimat PAS ajak Mashitah dialog

Posted: 14 Sep 2011 03:41 AM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengajak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berdialog berhubung tuduhannya terhadap PAS dalam artikel "Episod-episod Pembohongan PAS".

Mashitah dalam tulisannya yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia kelmarin antaranya menuduh PAS tidak lagi mempertahankan Konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak dan rumah urut di Selangor kerana ingin mengecapi sedikit kuasa.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pihaknya akan menghantar surat tawaran kepada Mashitah sesegera mungkin dan menunggu jawapan positif daripada Mashitah.

Athirah berkata, Dewan Muslimat akan memberi ruang kepada Mashitah untuk mengemukakan semua hujah berkaitan tuduhannnya dalam artikel tersebut dan diikuti oleh hujah panel daripada Dewan Muslimat.

"Dewan Muslimat ingin menawarkan satu program pencerahan minda kepada khalayak umum secara terarah, beradab dan bertamadun sesuai dengan sifat Islam.

"Samaada dalam bentuk forum ilmiah atau debat ilmiah atau mungkin juga wacana, terpulang kepada Mashitah untuk memilih," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Menyifatkan artikel tersebut sebagai tulisan yang sangat dangkal dan bertujuan memesongkan pemikiran rakyat terhadap perjuangan Islam yang dibawa PAS, Athirah berkata Mashitah sebagai seorang Sarjana Wanita Islam tidak wajar berbuat demikian.

"Budaya penulisan tidak sihat seperti ini tidak wajar dilakukan oleh seorang yang bertaraf Senator dan Timbalan Menteri," katanya.

Beliau turut mempersoal sikap Mashitah yang hanya berani melontarkan pandangan bersifat tuduhan melulu melalui media milik Umno BN.

"Ianya sudah menjadi menjadi pemimpin politik yang lemah khususnya dari kalangan Umno BN," katanya.

ISA: Jangan tertipu sandiwara Najib

Posted: 14 Sep 2011 03:37 AM PDT


KUALA LUMPUR - Seluruh rakyat negara ini diingatkan agar jangan tertipu dengan sandiwara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia mempunyai muslihat lain di sebaliknya.

Sebaliknya, jika ISA dimansuhkan, rakyat tetap tidak boleh bersuara dengan bebas kerana pasti terdapat pula undang-undang lain yang akan dilaksanakan bagi menggantikannya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu samalah seperti keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk menangguhkan pembayaran caj cukai perkhidmatan 6% kad prabayar telefon mudah alih.

Menurut beliau, walaupun pembayaran caj cukai 6% itu ditangguhkan, tetapi Kerajaan BN telah menggantikannya dengan cukai lain iaitu cukai barangan yang akan dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Katanya, perlaksanaan cukai barangan selepas pilihanraya itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini, iaitu hanya dua hari sahaja selepas keputusan penangguhan bayaran caj cukai 6% itu dibuat oleh kerajaan.

"Dengan itu sahaja orang ramai sudah boleh nampak permainan Umno BN. Walaupun dimansuhkan sesuatu akta atau cukai, pasti ada undang-undang lain atau cukai-cukai lain yang akan digantikannya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Kelmarin, media tempatan melaporkan, Najib dalam kenyataannya membayangkan kemungkinan akan memansuhkan ISA kerana kajian dan perubahan melibatkan ISA dan akta lain yang berkaitan dengan ISA dilihat perlu bagi kesesuaian keadaan semasa dan kehendak rakyat.

"Kita akan buat kajian dan perubahan terhadap akta tersebut supaya lebih sesuai dengan keadaan semasa dan sesuai dengan kehendak rakyat," kata Najib.

Sehari sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pindaan ISA perlu dibentang di Dewan Rakyat bersama enam akta undang-undang pencegahan yang berkaitan dan kajian semula akta itu akan dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Majlis Peguam.

Akta-akta berkenaan termasuk Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang akan dikaji daripada aspek keberkesanan undang-undang dalam pencegahan jenayah; Seksyen 27 Akta Polis 1960 berkaitan perhimpunan awam yang tidak memerlukan permit; Akta Buang Negeri 1959 (Pindaan 1972) berkaitan sama ada undang-undang itu masih relevan.

Selain itu, Akta Kediaman Terhad 1933 berkaitan keberkesanan undang-undang dan perintah yang dikeluarkan dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 berkaitan tempoh tahanan, hak dan layanan terhadap tahanan, kuasa Menteri Dalam Negeri dan penahanan tanpa perbicaraan.

Hishammuddin juga berkata, akta itu sebenarnya sudah lama dalam penelitian kementeriannya dan Pejabat Peguam Negara dan cadangan sama ada akta berkenaan akan dipinda atau dimansuhkan sedang diambil kira.

Menurut Tuan Ibrahim, sebelum ini, Pakatan Rakyat seperti yang terdapat dalam Buku Jingga telah menegaskan akan memansuhkan ISA dan akta-akta zalim lain jika diberikan mandat memerintah negara pada PRU Ke-13 nanti.

Kini, keputusan Kerajaan BN untuk mengkaji dan memansuhkan ISA dan akta-akta itu sebenarnya adalah sebagai ikutan dari Buku Jingga, manakala keputusan itu pula dibuat sebagai lambang keadaan Umno BN yang amat tertekan sekarang.

"Kini kecenderungan rakyat negara ini telah beralih kepada Pakatan Rakyat. Untuk mendapatkan sokongan orang ramai, Umno BN terpaksa memansuhkan akta-akta itu untuk mengelaburi mata dan mengambil hati rakyat," katanya.

Malah dalam keadaan yang tertekan seperti sekarang, beliau yakin Umno BN pasti akan turut mengumumkan pelbagai insentif lain lagi kepada rakyat menjelang PRU Ke-13 bagi meraih sokongan daripada orang ramai.

"Tetapi rakyat sudah sekian lama tertipu. Rakyat yang sudah semakin sedar dengan permainan licik Umno BN pasti faham semua permainan mereka itu dan tidak mungkin akan terus tertipu lagi," ujar beliau.- Harakah Daily

Sumbangan gerakan kiri dalam perjuangan kemerdekaan

Posted: 14 Sep 2011 03:32 AM PDT

Toh Kin Woon


Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru kerajaan agar mengambil berat pengaruh positif kontroversi "Mat Indera Pejuang Kemerdekaan" yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden PAS. Kami menggesa agar kerajaan mengakui sumbangan gerakan kiri dalam perjuangan kemerdekaan negara kita. Kami berharap kerajaan mengkaji semula isi kandungan buku teks sejarah, mencatat sumbangan-sumbangan pejuang kemerdekaan dan pembinaan bangsa secara adil dan objektif berdasarkan sejarah sebenar anti penjajahan.

Sumbangan UMNO dan Perikatan tidak dapat dinafikan, namun buku teks sejarah juga harus mencatat secara perinci sumbangan Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA), AMCJA-PUTERA, Parti Komunis Malaya (CPM), Parti Buruh, Parti Rakyat dan lain-lain dalam perjuangan menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan.

Buku teks sejarah hari ini tidak memberi gambaran sebenar gerakan kiri dalam sejarah Malaysia, termasuklah peranan MPAJA pada zaman penjajahan Jepun, AMCJA-PUTERA yang mencadangakan Perlembagaan Rakyat yang lebih demokrasi dan adil, Hartal Seluruh Malaya pada 20 Oktober 1947, Gerakan Buruh Malaya dan Singapura sebelum dan selepas kemerdekaan, gerakan pendidikan bahasa Cina yang dipimpin oleh Dong Jiao Zong, Sumbangan Parti Komunis Malaya dalam mempercepatkan pencapaian kemerdekaan, Perjuangan Parti Buruh dan Barisan Sosialis. Kerajaan Perikatan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap pemimpin-peminpin sayap kiri secara besar-besaran seterusnya melenyapkan gerakan kiri, rusuhan kaum 13 Mei adalah rancangan ahli politik, gerakan mahasiswa 1970-an dan sebagainya.

Buku teks sejarah rasmi hari ini tidak dapat mencerminkan sejarah rakyat memperjuangkan demokrasi, hak asasi manusia dan keadilan yang gemilang. Ia telah dipadamkan dari buku teks sejarah. Sumbangan gerakan kiri bukan sahaja sengaja diabaikan, malah diputar-belit, dan hendaklah diperbetulkan dengan segera.

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil agar menghormati hak bersuara Mohammad Sabu. Kami berpendapat sesiapa pun boleh memberi pandangan terhadap peristiwa sejarah mengikut fakta sejarah. Pihak polis mengatakan bahawa telah menerima 500 laporan polis dari pertubuhan dan parti politik, tindakan tersebut seolah-olahnya intimidasi dan mencabuli hak bersuara Mohammad Sabu. Menteri dalam negeri Hishammuddin Hussein telah mengatakan bahawa tidak akan menggunakan ISA terhadap Mohammad Sabu, inilah tindakan yang betul, kami berharap agar pihak polis dan Jabatan Peguam Negara menghormati hak asasi Mohammad Sabu dan tidak lagi mengambil tindakan terhadapnya.

Untuk perbincangan secara mendalam sumbangan gerakan kiri, jawatankuasa gerakan sejarah sebenar Malaysia yang disertai oleh Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG akan menganjurkan satu forum awam bertajuk "Perjuangan Kemerdekaan Malaya: Peranan Kiri " di MPPJ Dewan Sivik pada 15 September 2011 yang bemula pada jam 8 malam. Forum tesebut akan membincang peritiwa Bukit Kepong dan peranan gerakan kiri dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Segala pertanyaan sila menghubungi Cik Chin 03-2272 3594 atau 03-79578342/3.

*Kenyataan media oleh Toh Kin Woon (gambar kanan) selaku Pengerusi Pusat Pembanguan Kebudayaan LLG.

‘Mahathir ‘mastermind’ jatuhkan Najib’

Posted: 14 Sep 2011 03:29 AM PDT

Tun Mahathir memberi mesej bahawa Najib Tun Razak juga bukan merupakan 'calon boleh menang' dan secara tidak langsung merupakan liabiliti kepada Umno-BN.



KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'mastermind' yang berperanan untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau merujuk kepada kenyataan mantan perdana menteri itu semalam yang menasihati Najib agar pilihan raya umum (PRU) ke-13 dilewatkan bagi meneliti semula senarai 'calon-calon yang boleh menang'.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata nasihat Mahathir itu memberi mesej bahawa Najib juga bukan merupakan 'calon boleh menang' dan secara tidak langsung merupakan liabiliti kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Umno-BN berhadapan isu calon dan parti…..malah semalam Mahathir bagi mesej jelas bahawa Najib juga bukan calon yang dilihat boleh menang apabila menasihatkan Perdana Menteri itu untuk melewatkan PRU ke-13.

"Najib liabiliti bagi BN. Ini diakui golongan dalaman Umno yang cuba memberi tekanan kepada Najib untuk berundur sebelum PRU.

"Mahathir 'mastermind' Umno. Saya bimbang ada kumpulan yang menjadi telunjuk Mahathir ini seperti gerakan yang dilakukan ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu," katanya dalam sidang media di Ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Panel bebas

Dalam perkembangan lain, Mahfuz turut mencadangkan penubuhan sebuah panel bebas untuk mengkaji semula sejarah. Ini berikutan tercetusnya kekeliruan berhubung pandangan mengenai sejarah Malaya baru-baru ini.

Beliau berpendapat mana-mana pihak perlu bersikap terbuka berhubung kenyataan daripada Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa Malaya tidak pernah dijajah.

"Saya tidak kata MPN itu benar tapi mungkin mereka ada fakta tertentu untuk menyokong hujah bahawa Malaya tidak pernah dijajah British.

"Mungkin betul, mungkin tidak…..maka kita perlu kembali kepada saranan Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Seri Khaled Nordin) agar melihat kembali sejarah.

"Kita boleh panggil Mat Sabu (Mohamad Sabu) untuk kemukakan fakta sejarah dan bukannya timbulkan perdebatan politik untuk fitnah orang," jelasnya.

Sementara itu, menyentuh mengenai cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas rakyat, Mahfuz mahu dasar percukaian kerajaan perlu diperbetulkan dan menurutnya, cukai dari lima peratus kepada enam peratus itu tidak wajar.

"Kenaikan cukai perkhidmatan itu merupakan isu besar yang menyebabkan pengguna menjadi tunggang langgang dan kerajaan perlu mengkaji semula fakta-fakta percukaian tersebut yang membebankan rakyat," katanya.

Turut baca:

'Lebih baik Mahathir diam saja!'

PAS tentang semua bentuk penjajahan

Posted: 14 Sep 2011 03:26 AM PDT

MALAYSIA KINI


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu menentang semua bentuk penjajahan tanpa mengira apa fahaman dan blok yang diwakili mereka.

hadi awang interview 040208 sullenKatanya, semua manusia tidak kira latar belakang mempunyai naluri untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka jasad dan akal fikirannya.

"PAS ingin menegaskan bahawa kami menentang semua penjajah, sama ada komunis atau bukan komunis, mahupun oleh blok Timur atau Barat," katanya dalam satu kenyataan media.

Ini merupakan respons pertama Abdul Hadi berhubung perdebatan kemerdekaan negara yang berpunca daripada ucapan kontroversi timbalannya Mohamad Sabu yang dilaporkan berkata penyerang Bukit Kepong wira sebenar dan bukan "polis British" dalam peristiwa di Bukit Kepong.

malaysia indepence merdeka tunku abdul rahman declare 290806Debat itu kemudiannya berlarutan kepada isu sama ada Malaysia, khususnya negeri-negeri Melayu benar-benar dijajah oleh British - persoalan sejarah yang tidak pernah berbangkit sebelum ini.

Dalam kenyataannya lewat petang semalam, Abdul Hadi juga berkata, PAS juga amat menghargai peranan semua pihak yang menyumbang sehingga lahirnya negara ini dengan bentuknya yang ada pada ketika ini.

Akui tokoh Umno

NONEMembariskan nama-nama seperti Sultan Abdul Samad, Sultan Zainal Abidin, Raja Abdullah, Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut dan Dr Burhanuddin Helmy, Abdul Hadi turut memperakui sumbangan tokoh Umno seperti dua perdana menteri sebelum ini - Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak Hussein.

"Namun segala kelemahan orang lalu yang telah pun meninggal dunia ini tidak wajar untuk kita balas dengan kata nista.

"Apa yang wajar dilakukan ialah kita memohon agar kesilapan yang mereka lakukan mendapat keampunan dari Allah SWT," katanya yang dilihat cukup berdiplomasi menangani polemik itu.

Katanya, peranan baik itu akan dibalas dengan pahala dan kesilapan lalu dalam merangka negara ini perlu diperbaiki demi generasi zaman ini dan seterusnya.

merdeka malaysia flags 250804Bagaimanapun, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang mendakwa, setelah 50 tahun memerintah Malaysia, - BN, khususnya Umno - semakin membawa negara kepada "penyakit", antaranya melibatkan masalah ekonomi dan akhlak.

"Penipuan pilihan raya juga semakin berleluasa dan tidak lagi menjadi medan muhasabah sebenar kalangan rakyat terhadap kerajaan," katanya.

Kedai 1Malaysia: Utusan bidas ACCIM

Posted: 14 Sep 2011 03:25 AM PDT

MALAYSIA KINI


Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini memilih untuk membidas presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) Tan Sri William Cheng kerana bersuara mengkritik kedai 1Malaysia.

Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) president William ChengDalam kolum 'Cuit', pengarang kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan mempersoalkan sama ada jika Cheng tidak harus dilabel sebagai "ultra Cina" kerana mendakwa kedai 1Malaysia menjejas peruncit biasa, yang mungkin ditujukan kepada peruncit berbangsa Cina.

Cheng dipetik sebagai berkata, langkah kerajaan mewujudkan kedai-kedai 1Malaysia itu sedikit sebanyak menjejaskan operasi peniaga-peniaga runcit kecil di bawah naungan ACCIM.

Dakwa Cheng, kerajaan perlu berlaku adil dengan membekalkan produk harga patut yang sama kepada 30,000 kedai runcit sedia ada supaya mereka mampu bersaing.

perkasa burn the star 140811 ibrahim aliZaini kemudiannya mempersoalkan sama ada pandangan pengerusi Lion Group itu boleh disamakan dengan ketua kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang berkata peniaga kecil Melayu pula bergelut kerana keuntungan diboloti oleh pemborong yang kebanyakan mereka berbangsa Cina.

"Saya enggan komen panjang, biarlah pencetus idea hebat Kedai Rakyat 1Malaysia itu, iaitu Perdana Menteri sendiri menjawabnya.

"Ini pula reaksi Ibrahim Ali, seorang ultra Melayu...?" tulis Zaini.

Menurutnya lagi, pekedai-pekedai yang cuba dilindungi oleh Cheng itu sebenarnya menjual barangan dengan harga yang ada kalanya tidak masuk akal, sehingga ada yang berani menyorok bagi memberi tekanan supaya kerajaan menaikkan harga barangan tertentu.

NONE"Saudara saya yang menjalankan kedai runcit di Labu Besar, Kulim dan Tunjang, Jitra juga pernah mengadu, harga borong yang diperolehnya berbeza harga dengan pekedai lain yang sebangsa dengan pemborong itu.

"Jadi, peruncit Melayu itu hanya akan untung kecil saja atau tak untung langsung jika harganya terpaksa diselaraskan dengan kedai pesaing tadi.

"Apakah William Cheng sedar perkara-perkara itu?" soalnya.

Hujah yang sama digunakan oleh Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas bagi kawasan Pasir Mas. Pandangan mengenai perkara berkenaan telah diterbitkan semula sepenuhnya oleh Zaini dalam kolumnya itu.

"Sebab itu gerai tepi jalan terpaksa menjual nasi campur dengan harga RM5 untuk tengah hari.

um pc food stall 080109 new stall"Nak untung RM1 pun payah. Kalau 100 bungkus dapatlah RM100 sehari. Upah pembantu RM30 paling murah sehari untuk seorang. Petrol kurang-kurang RM20. Dapatlah RM50 bersih sehari. Sebulan RM1,500. Bayar van RM700. Sewa rumah atau bayar pinjaman rumah RM500. Baki RM300. Elektrik dan air RM100. Baki RM200.

"Cukup ke tanggung anak sekolah rendah atau menengah?" soal Ibrahim.

Mahfuz: Mungkin Zainal Kling ada fakta sendiri

Posted: 14 Sep 2011 03:17 AM PDT

Jimadie Shah Othman


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata semua pihak perlu terbuka membincangkan sejarah negara, dengan melihat pandangan pelbagai pihak, termasuk ahli akademik dan sejarahwan.

Sebagai contoh, katanya, pandangan anggota Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah membawa kemungkinan beliau mempunyai fakta tertentu yang tidak diketahui.

"Saya tak kata ia benar. Tetapi mungkin beliau ada fakta tertentu. Ini perlukan hujah," katanya anggota parlimen Pokok Sena itu.

Respons Mahfuz itu dilihat lunak berbanding reaksi beberapa pemimpin PAS sebelum ini, termasuk oleh Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat yang memperli Dr Zainal sebagai profefor yang "tidur terlalu lama".

Zainal pada 9 September lalu, berkata, berdasarkan fakta sejarah, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi British.

Dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Mahfuz juga mencadangkan kerajaan membentuk panel bagi mengkaji sejarah sedia ada kerana kini terdapat pelbagai versi berbeza daripada yang dipelajari di sekolah.

Ada fakta 'digelapkan'

Walaupun merasakan panel bebas sebagai penyelesaian terbaik, buat masa ini beliau mencadangkan panel sedia ada bawah Kementerian Pengajian Tinggi bagi membincangkan kurikulum sejarah di sekolah dikembangkan bagi mengkaji isu yang berbangkit sejak dua minggu lalu.

Katanya, badan itu juga boleh memanggil melibatkan beberapa pemain penting yang kenyataannya menjadi polemik seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu, sejarahwan Tan Sri Dr Khoo Khay Kim dan Dr Zainal sendiri.

Mahfuz berkata, berdasarkan pelbagai versi tentang sejarah kemerdekaan dan pandangan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mengkaji sejarah kedatangan Islam, fakta sejarah perlu pengkajian semula.

"Naik taraf sahaja (panel sedia ada). Kalau hendak buat panel lain kena tangguhkan panel ini terlebih dahulu," katanya.

Mohamed Khaled pada 9 September lalu dilaporkan berkata, silabus sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta tidak lengkap dan terdapat percanggahan dengan kajian cendekiawan terkenal Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam buku terbarunya Historical fact and fiction.

Khaled berkata Syed Naquib dalam kajiannya mewujudkan beberapa persoalan kemungkinan sejarah penting tidak dicatitkan sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga berat sebelah.

Mahfuz berkata, pengakuan Mohamed Khaled itu menunjukkan kemungkinan terdapat beberapa fakta yang telah "digelapkan" dalam penulisan sejarah di negara ini.

VIDEO | 10.20 min

Saksi: Lebih murah ambil alih tanah untuk PKFZ

Posted: 14 Sep 2011 03:16 AM PDT

S Pathmawathy


Seorang bekas pegawai kanan Kementerian Pengangkutan berkata beliau pernah "menasihatkan" Tun Dr Ling Liong Sik bahawa adalah lebih baik mengambil alih tanah - daripada membelinya - untuk Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dalam keterangan hari ini, ketua setiausaha ketika itu, Zaharaah Shaari berkata, beliau berbuat demikian sewaktu satu perbincangan sama ada perlu membayar harga pembelian tanah yang mahal atau pengambilan tapak seluas 999.5 ekar di Pulau Indah boleh diambil alih dengan kos yang lebih rendah.

Zaharaah, 62, dan kini telah bersara, berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu kepada Ling sewaktu rundingan dengan pemilik tanah - Kuala Dimensi Sdn Bhd - tetapi tidak dapat ingat tarikhnya.

Beliau juga ditanya sama ada menjadi kewajipan ketua
setiausaha untuk memaklumkan kepada menteri sekiranya "arahan dan keputusan atau keputusan kabinet" akan bercanggah denagn kepentingan awam.

Secara umumnya, kata Zaharaah, sekiranya pihaknya tahu ada sesuatu yang melanggar undang-undang, pihaknya perlu memberi nasihat secepat mungkin.

Beliau memberitahu demikian ketika disoal balas oleh peguambela Wong Kian Kheong.

NONEMenurutnya, beliau masih ingat memberitahu Lim bahawa pengambilalihan tanah adalah cara terbaik dan begitulah yang biasanya dilakukan oleh pihak kerajaan.

Dr Ling (kiri) didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000, sedangkan dia tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Dia juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002.

Pengurus besar KTMB hadapi 5 tuduhan rasuah

Posted: 14 Sep 2011 03:14 AM PDT

MALAYSIA KINI


Pengurus besar pengurusan projek Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Tajuddin Mohd Yusoff, tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini terhadap lima pertuduhan menerima rasuah.

Tajuddin, 54, dituduh menerima lima keping cek kesemuanya berjumlah RM33,000 dari seorang pengarah syarikat pembinaan melalui lima keping cek, masing-masing bernilai RM6,600, lima tahun lepas.

Tertuduh yang kini bertugas sebagai Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Jalan KTMB, dikatakan menerima wang tersebut dari pengarah syarikat Sureman Sdn Bhd, Mohamed Salleh bagi membayar pinjaman overdraft syarikat Intiwangi Sdn Bhd milik tertuduh.

Menurut kertas pertuduhan, Sureman telah diberikan kontrak daripada jabatan tertuduh bertugas bagi kerja pembaik pulihan landasan kereta api di antara Stesen Gemas dan Stesen Kerdau (Fasa 2) serta Yard Tumpat di Kelantan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di RHB Bank beralamat 75, Jalan Tun H.S Lee, di sini antara 27 Mac 2006 dan 6 Oktober 2006.

Tajuddin didakwa mengikut Seksyen 165, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd Sophian Zakaria menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dengan alasan jumlah itu memadai dengan kesalahan yang didakwa ke atas tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan kepada antara RM5,000 dan RM6,000 dengan seorang penjamin memandangkan dia perlu menanggung persekolahan anaknya dengan gaji bulanan yang kurang daripada RM15,000 serta isterinya adalah seorang suri rumah.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 14 Okt ini untuk sebutan semula kes dan bagi tertuduh melantik peguam.- Bernama

PAS: 'Dr M masuk gelanggang tekan Najib'

Posted: 14 Sep 2011 03:11 AM PDT

Jimadie Shah Othman

PAS mendakwa cadangan Dr Mahathir Mohamad supaya pilihan raya umum dilewatkan, sebenarnya memberikan mesej khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

mahfuz omar pc 140911"Ini memberi mesej dia (Najib) tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada BN (jika pilihan raya dilangsungkan segera)," kata naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Dr Mahathir semalam ketika ditanya tarikh sesuai mengadakan pilihan raya dilaporkan berkata "lewat sikit pun tidak apa" bagi memberi masa kepada Najib membuat penilaian calon.

Katanya, pemilihan calon yang boleh menang hanya menimbulkan masalah antara pucuk pimpinan dan akar umbi kerana penilaian Najib dan penasihatnya mungkin bercanggah dengan kehendak anggota dan menimbulkan masalah 'mencantas calon'.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Mahfuz mendakwa, bukan sahaja Dr Mahathir, malah pihak dalaman Umno juga kini melihat Najib sebagai beban.

Keadaan ini, tambah Mahfuz, sama dengan keadaan ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila Dr Mahathir didakwa terlibat memberikan tekanan.

azlan"Cuma pendekatannya berbeza," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

"Dia (Dr Mahathir) cuba mengambil masa supaya Najib berundur sebelum pilihan raya. Dia jadi mastermind."

Beliau mengibaratkan keadaan Umno sekarang seolah-olah mempunyai "kepala yang busuk" dan sekali gus merosakkan parti itu.

"Baga saya, apabila di kepala busuk. Carilah caloh hebat mana pun, ia tetap akan dilihat busuk," katanya sinis.

Umno S'gor saman PAS berhubung serbuan JAIS

Posted: 14 Sep 2011 03:08 AM PDT

Abdul Rahim Sabri


Umno Selangor hari ini memfailkan saman terhadap setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan lima lagi responden berhubung dakwaannya Umno menjadi dalang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) bulan lalu.

umno saman pas, harakahSaman itu menuntut pampasan RM10 juta dari setiap responden berhubung kenyataan Mustafa itu yang disiarkan oleh akhar rasmi PAS - Harakah - serta menuntut pemohonan maaf untuk disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Lima lagi responden ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mohamad Sabu (timbalan presiden), Angkatan Edaran Enterprise (pencetak), Ahmad Lutfi Othman (ketua pengarang Harakah) dan wartawan Khairul Azlam Mohamad.

Bagaimanapun, Hadi dan Mohamad dianggap sebagai satu responden kerana kedua-duanya mewakili pemimpin tinggi PAS dalam saman tersebut.

Selangor Umno liaison committee secretary Mohd Zin MohamedSetiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed memfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira jam 11.50 pagi ini.

Menurut saman tersebut, Mustafa - yang juga pemegang permit Harakah - didakwa mengeluarkan "kata-kata fitnah" yang diterbitkan dalam Harakah edisi bertarikh 19 Ogos hingga 21 Ogos 2011.

Artikel itu bertajuk 'Pas akan dedah bukti, Umno main peranan operasi JAIS'.

"Tuduhan-tuduhan tersebut tersebut sangat serius di mana menyebabkan kehinaan dan keaiban kepada plaintif oleh khalayak ramai dan masyarakat awam, baik di Malaysia dan antarabangsa," saman itu dipetik.

Umno Selangor juga turut memohon injunksi mahkamah untuk menghalang Mustafa - defenden pertama - atau pembantunya atau ejennya daripada menerbit atau menyebabkan penerbitan "kata-kata fitnah" itu di media cetak atau elektronik.

Dalam sidang media selepas itu, Mohd Zin berkata saman terpaksa diambil oleh Umno negeri itu untuk mempertahankan diri walaupun pihaknya beberapa kali menyatakan kesediaan untuk menyelesaikan di luar mahkamah dengan permohonan maaf.

Tetapi, katanya, tawaran itu ditolak oleh PAS.

Sehubungan itu, katanya, mahkamah menetapkan 28 September ini sebagai tarikh pengurusan kes saman tersebut.

'10,000 pengundi kes 'MyKad palsu' dikeluarkan'

Posted: 14 Sep 2011 03:06 AM PDT

Jimadie Shah Othman


Pemuda PAS mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua bulan telah mengeluarkan nama lebih 10,000 pengundi yang dikaitkan dengan kes kad pengenalan palsu.

Johor PAS Youth chief Suhaizan Kaiat press conference on clone voters frontPengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya rancak mengenalpasti keraguan dalam daftar pemilih.

"Bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.

"Persoalannya apakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) sememangnya sudah memiliki senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?" soalnya.

Pada sidang media di pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Suhaizan turut mengedarkan senarai sepuluh nama bagi membuktikan dakwannya.

Ia melibatkan kes di Selangor, Perak dan Johor yang telah didedahkan sebelum ini.

Mat Sabu saman Utusan, Muhyiddin menyusul

Posted: 13 Sep 2011 05:06 PM PDT

Jimadie Shah Othman


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam isu tokoh kontroversi Mat Indera.

Peguam Hanipa Maidin berkata, writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Pengarang Utusan Datuk Aziz Ishak dinamakan sebagai defenden pertama manakala Utusan Melayu (M) Bhd sebagai penerbit dinamakan sebagai defenden kedua.

Menurut Hanipa, saman itu difailkan berikutan tiga laporan Utusan pada 27 dan 28 Ogos yang didakwa memetiknya melabel Mat Indera sebagai komunis, menuduhnya sebagai "komunis sebenar dan didakwa "mengangkat kezaliman komunis sebagai kemuliaan".

Laporan muka depan pada 27 Ogos itu memetik ucapan Mohamad di Bukit Gelugor, Pulau Pinang manakala dua laporan sehari selepasnya memetik pemegang Pingat Jasa Malaysia Kanang Anak Langkau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

'Tuduhan politik' tidak disaman

Hanipa berkata, dalam writ saman yang difailkan, Utusan dituntut menarik balik penyiaran laporan itu, membuat permohonan maaf selama tiga hari di muka depan dan membayar gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi melampau, dengan kos kepada anak guamnya.

Jumlah saman tidak dinyatakan dan diserahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

Katanya, walaupun Utusan menjawab notis tuntutan yang dihantar anak guamnya sebelum ini, mereka mengambil keputusan meneruskan tindakan undang-undang kerana jawapan itu tidak menyatakan penarikan balik laporan dan pemohonan maaf akan dibuat.

"Atas keengganan itu, saya diarahkan anak guam saya meneruskan tindakan undang-undang," kata peguam PAS itu dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara Muhydin pula akan disaman kerana enggan membuat penjelasan walaupun diberikan peluang berdebat atau berdiolog dengan Mohamad berhubung isu berbangkit, kata Hanipa.

Sementara itu, Mohamad berkata, saman itu dibuat kerana tuduhan yang dibuat, termasuk mengelarnya sebagai "pengganas", "komunis" dan menyuruhnya "bertaubat dan bertakwa" boleh menyebabkan keselamatannya dan keluarga terjejas.

Katanya, ia tidak seperti "tuduhan politik" yang dibuat terhadapnya seperti gelaran bacul dan penakut yang boleh dijawab melalui media dan program penerangan PAS.

Siri 1:PRU13: Parlimen UMNO/BN Akan Tergugat

Posted: 13 Sep 2011 05:03 PM PDT

Oleh: mirputra


"Selepas PRU12 hinggalah sekarang banyak isu yang telah dimainkan baik dari UMNO/BN maupun dari PR,terkini isu yang dimainkan oleh akhbar arus perdana maupun TV berkaitan isu kemerdekaan yang berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong termasuk Mat Indera yang diutarakan oleh Timbalan Presiden PAS,Saudara Mat Sabu..Akhirnya isu tersebut telah memakan diri UMNO/BN dengan sendirinya..Lagi lama isu ini dimainkan oleh akhbar maupun TV..lagi ramai rakyat Malaysia akan mendapat cerita yang sebenarnya..

Terkini sejarah penubuhan Malaysia dan juga kemerdekaan telah diputarbelit oleh kebanyakan Profesor yang membabi buta membuat komen yang tidak mendatangkan hasil kepada UMNO/BN.Pada hujung bulan September ini seluruh dunia akan tertumpu dengan kes mahkamah di Perancis berkaitan kes komisyen kapal selam yang berakhir dengan kematian warga Mongolia..Dunia akan bertanya kenapa diMalaysia kes ini tidak dibicarakan .kemana hilangnya taring Polis Malaysia dan SPRM..?

Dengan isu2 rasuah,salah guna kuasa,penindasan,penjawat awam yang berpihak kepada UMNO/BN termasuk polis,SPRM,badan kehakiman,NGO2 yang membuat serangan tanpa selidik terlebih dahulu dan juga dengan kos sara hidup yang tinggi maka tidak dinafikan PRU13 nanti kebanyakan pengundi2 muda akan menghukum UMNO/BN.Kebanyakan rakyat dan juga pengundi2 muda sudah muak dengan permainan dan janji2 UMNO/BN.

PRU13 UMNO/BN akan kehilangan kuasa sekiranya keputusan PRU12 diambil kira analisis yang dibuat ini berkaitan keputusan PRU12 yang mana kerusi parlimen yang dimenangi oleh UMNO/BN bawah majoriti 6,000 sahaja diseluruh Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

KERUSI PARLIMEN UMNO/BN YANG MENANG BAWAH 6,000 UNDI


KAWASAN PARLIMEN

MAJORITI

1.

P1-PADANG BESAR

5,348

2.

P3-ARAU

300

3.

P4-LANGKAWI

4,970

4.

P5-JERLUN

2,205

5.

P9-ALOR STAR

184

6.

P30-JELI

4,436

7.

P32-GUA MUSANG

4,394

8.

P35-KUALA NERUS

1,341

9.

P39-DUNGUN

4,994

10.

P42-TASEK GELUGOR

4,547

11.

P54-GRIK

5,573

12.

P55-LENGGONG

4,919

13.

P56-LARUT

1,911

14.

P61-PADANG RENGAS

1,749

15.

P63-TAMBUN

5,386

16.

P67-KUALA KANGSAR

1,458

17

P69-PARIT

2,873

18.

P70-KAMPAR

2,697

19.

P72-TAPAH

3,020

20.

P73-PASIR SALAK

2,688

21.

P74-LUMUT

298

22.

P75-BAGAN DATOK

2,692

23.

P77-TANJONG MALIM

5,422

24.

P78-CAMERON HIGHLANDS

3,117

25.

P79-LIPIS

4,137

26.

P80-RAUB

2,752

27.

P81-JERANTUT

1,946

28.

P87-KUALA KRAU

5,265

29.

P88-TEMERLOH

2,441

30.

P90-BERA

4,313

31.

P92-SABAK BERNAM

1,335

32.

P93-SUNGAI BESAR

5,009

33.

P95-TANJONG KARANG

3,820

34.

P100-PANDAN

2,961

35.

P113-SEPANG

4,849

36.

P125-PUTRAJAYA

2,734

37.

P131-REMBAU

5,746

38.

P137-BUKIT KATIL

1,758

39.

P140-SEGAMAT

2,991

40.

P142-LABIS

4,094

41.

P146-MUAR

4,661

42.

P152-KLUANG

3,781

43.

P168-KOTA MARUDU

4,198

44.

P169-KOTA BELUD

3,020

45.

P174-PENAMPANG

3,063

46.

P176-KIMANIS

5,453

47.

P180-KENINGAU

4,264

48.

P183-BELURAN

4,352

49.

P185-BATU SAPI

3,708

50.

P186-SANDAKAN

176

51.

P190-TAWAU

4,867

52.

P192-MAS GADING

4,301

53.

P196-STAMPIN

3,070

54.

P200-BATANG SADONG

5,425

55.

P202-SRI AMAN

4,252

56.

P203-LUBUK ANTU

1,610

57.

P208-SARIKEI

51

58.

P211-LANANG

4,864

59.

P216-HULU RAJANG

2,164

60.

P218-SIBUTI

3,648

61.

P219-MIRI

5,216

62.

P220-BARAM

4,044

63.

P221-LIMBANG

676

Mengikut pecahan negeri kerusi parlimen yang akan tergugat adalah Perlis 2 kerusi,Kedah 3 ,Kelantan 2 ,Trengganu 2,P.Pinang 1,Perak yang paling banyak iaitu 13 kerusi,Pahang 7,Selangor 5,Putrajaya(K.L) 1,N.Sembilan 1,Melaka 1,Johor 4,Sabah 9 dan Sarawak dengan 12 kerusi parlimen.Sekiranya keputusan PRU12 kesemua kerusi parlimen yang dimenangi oleh Parti PAS,DAP dan Parti Keadilan Rakyat dapat dikekalkan pada PRU13 ini bermakna UMNO/BN akan kehilangan 63 lagi kerusi parlimen.Keputusan PRU12 ini tidak termasuk pilihan raya kecil(PRK) dan juga wakil rakyat yang melompat.. UMNO/BN mempunyai 140 kerusi parlimen.

Untuk rekod,dalam PRU 2008,UMNO melalui BN hanya bertanding117 kerusi daripada 222 kerusi, menang 79 (kalah 38) dan parti komponen yang lainnya bertanding 105, menang 61(kalah 44). BN membentuk kerajaan dengan jumlah keseluruhan 140 kerusi.

Berdasarkan kepada 63 kerusi BN yang diramal akan tewas,32 kerusi daripada UMNO dan 31 kerusi daripada "

Utusan - ibarat beruang sayangkan tuannya

Posted: 13 Sep 2011 05:00 PM PDT

Oleh Aspan Alias

Dr Mahathir Mohammed telah menasihati Najib supaya jangan mengadakan pilihanraya dahulu. Buat masa sekarang UMNO perlu menumpukan masa untuk meneliti calon-calon yang sesuai untuk memastikan parti itu menang dan diberikan sokongan oleh rakyat. Isu memilih calon-calon yang 'winnable' memang selalu disebut oleh DS Najib dan beliau berjanji akan memastikan calon BN semuanya calon yang 'winnable' (boleh memang). DS Najib merasakan dan mungkin telah mengaku oleh kerana permainan politik yang sarat dengan politik kotor termasuk politik wang dan mengampu sejak dua tiga dekad yang lalu UMNO sudah kekeringan kepimpinan di setiap peringkat termasuk peringkat tertinggi.

Sesungguhnya apa yang disarankan oleh Mahathir itu benar kerana UMNO sudah kehilangan kepimpinan. Tetapi Mahathir juga yang memulakan mencantas dengan sistematik dan menggunakan kebijaksanaan beliau secara salah dengan menghilangkan barisan kepimpinan yang baik dan hanya menerima mereka yang pandai satu perkara, iaitu mengampu dan memastikan kuasa peribadi di dalam parti dan negara tidak terjejas.

Lama kelamaan inilah yang terjadi dan beliau sendiri dipanjangkan usia untuk melihat hasil perlakuan politik beliau selama ini. Lupakan sahaja cerita lama ini. Sekarang kita berhujah bagaimana untuk mempraktikkan pemilihan calon 'winnable' tadi.

Jika dikatakan untuk memilih calon yang 'winnable' ianya bermakna calon-calon yang akan dipilih nanti tidak semestinya datang dari Jawankuasa Bahagian seperti yang selalu diamalkan. Sekaligus UMNO mengakui bahawa kepimpinan di bahagian-bahagian tidak diterima oleh orang ramai dan mereka hanya dipilih oleh perwakilan dari cawangan-cawangan yang boleh dijual-beli.

Dalam politik sekarang ini UMNO sudah mulai sedar bahawa rakyat bukan seperti dahulu lagi; UMNO itu boleh letak sesiapa sahaja untuk menghadapi rakyat. Apabila UMNO sudah dipersepsikan sebagai parti yang tidak 'reliable' dari segi moralnya maka rakyat tidak lagi merasakan berkewajipan untuk terus menyokong UMNO. Malahan sudah ramai antara ahli UMNO itu sendiri telah bertukar pemikiran yang jika UMNO terus diberikan kepercayaan mereka akan terus melakukan rasuah dengan lebih rakus lagi.

Jika UMNO diberikan sekali lagi kepercayaan maka akan lebih kuatlah kepercayaan mereka yang terpilih nanti unuk melakukan rasuah kerana mereka percaya bising macam mana pun rakyat mereka akan tetap memberikan kepercayaan kepada UMNO.

Saya berpendapat bahawa lebih penting dari mencari 'winnable candidates' tadi ialah untuk UMNO mencari mekanisme untuk menjadikan UMNO itu sebagai 'winnable party'. Sekarang ramai di kalangan ahli UMNO yang 'winnable' mengikut takrifan UMNO sekarang ini mempunyai 'apprehension' yang tinggi untuk menjadi calon kerana takut tertewas kerana imej UMNO yang tidak 'winnable' itu.

Kecenderungan rakyat untuk kembali memangkah simbol bertambah jelas. Jika kecenderungan ini bertambah jelas lagi maka yang UMNO perlu lakukan ialah untuk membina dalam jangkamasa yang terdekat ini untuk transform UMNO dari parti yang sinonim dengan rasuah dan salahguna kuasa kepada parti yang serius untuk mencapai matlamat penyatupaduan rakyat dan dipimpin oleh pemimpin yang masih tidak mempunyai imej rasis, rasuah dan tidak berdisiplin.

Masalah di dalam UMNO ini ialah parti itu tidak ada lagi kredibiliti kepimpinan. Oleh kerana itulah kecenderungan rakyat memangkah simbol bertambah jelas. Mereka menganggap simbol dacing itu adalah rasuah. Simbol dacing itu adalah pemimpin yang lemah. Simbol dacing itu adalah simbol parti yang tidak menghormati orang lain. Simbol dacing itu juga dianggap sebagai simbol pembaziran dan ketirisan dalam pengendalian harta dan wang rakyat.

Maka apa sahaja simbol yang menyaingi dacing akan mendapat sokongan kerana sudah terlalu jemu dengan masalah yang timbul dalam pemerintahan dacing itu tadi. Kali ini adalah pertandingan di antara dacing dengan simbol-simbol lain.

Usaha untuk mendapatkan calon yang 'winnable' itu memang baik tetapi sepatutnya ia telah dilakukan sebelum imej parti itu jatuh ke tahap yang ada pada hari ini. UMNO sepatutnya dari dulu lagi menjaga imej parti tetapi pemimpin-pemimpin mereka tidak mengendahkan isu ini dan terus mengabaikannya.

Mahathir mungkin jujur dalam memberi nasihat kepada pemimpin kepada parti yang beliau tubuhkan pada 1988 yang lalu itu. Tetapi sekarang ianya sudah begitu jauh tersasar perjuangannya dan sikap yang boleh menambat kepercayaan rakyat ramai. Rakyat sudah tidak mahu legi berpecah khususnya orang Melayu. Itu sebabnya saya selalu menyatakan secara terbuka yang rakyat mahukan penyatuan bangsa itu tetapi mereka telah memilih untuk bersatu di luar UMNO dan BN.

Agensi-agensi yang memberikan sokongan kepada kerajaan pada hari ini juga tidak mempunyai kredibiliti lagi. Contohnya Utusan kepunyaan UMNO ini sudah dipandang oleh rakyat termasuk orang Melayu yang sudah mula pandai berfikir, akhbar itu hanyalah sebuah badan propaganda UMNO yang tidak adil dan hilang penerimaan rakyat yang pernah mereka alami.

Utusan dipandang sebagai akhbar yang memecah-belahkan rakyat semata-mata. Akhbar ini selalu menimbulkan kontroversi dan polimik yang akhirnya memakan diri UMNO itu sendiri. Isu Mohamad Sabu yang dimulakan oleh Utusan telah membawa rakyat kepada isu kebenaran dan kesahihan sejarah negara yang dibaca oleh anak-anak sekolah kita.

Sekarang sudah terbentang kepada rakyat yang rata-rata berpolimik dan ramai rakyat yang sedar bahawa perjuangan kemerdekaan memang telah dipelopori oleh badan-badan yang wujud lama sebelum kewujudan UMNO dalam memperjuangkan kemerdekaan. Sekarang UMNO tidak boleh lagi memonopoli isu perjuangan kemerdekaan ini lagi.

Hasil daripada isu yang dimulakan oleh Utusan ini juga sudah timbul pula polimik yang negara kita bukan tanah jajahan Inggeris tetapi hanya merupakan negara 'protectorate' Inggeris. Apabila ada isu-isu seperti ini maka pemikiran rakyat pun berbelah dan jika berlaku perbalahan ini yang menerima bahayanya ialah UMNO akhirnya.

Kadangkala saya terfikir samada Utusan ini memberikan markah tambahan kepada UMNO atau pun telah mengurangkan markah parti sudah kehilangan banyak markah sekarang ini. Adakah Utusan ini membantu atau menambah parah kepada UMNO yang didokongnya?

Cara Utusan menyokong UMNO ini ibarat sokong membawa rebah. Saya ingin membawa sekali lagi cerita yang pernah saya tulis di dalam blog ini beberapa ketika dahulu. Ceritanya ialah tentang seekor beruang yang dibela oleh seseorang dan beruang ini amat menyayangi tuannya tanpa batas. Beruang ini akan menjaga tuannya berlebih-lebihan dan akan membunuh sesiapa sahaja yang dianggapnya boleh merosakkan tuannya.

Pada suatu hari seekor nyamuk hinggap di pipi tuannya. Maka beruang tadi amat berang dengan nyamuk itu kerana hinggap di pipi tuannya yang amat dikasihinya itu. Tanpa berlengah, beruang itu terus sahaja menampar nyamuk di pipi tuannya itu sekuat hatinya.

Akhirnya nyamuk itu tidak tentu matinya, tetapi yang sudah tentu ialah muka tuannya telah 'sempong' kerana sebelah pipi tuannya itu telah hilang. Maka tinggallah tuannya tanpa pipi di sebelah kiri. Sampai akhir hayat tuannya itu sebelah mukanya kelompong kerana kasih beruang belaannya kepada tuannya itu.

Saya nampak Utusan ini adalah seperti beruang dalam cerita pendek saya tadi. Utusan sesungguhnya telah mencederakan UMNO begitu serius sekali. Utusan selalu memainkan peranan beruang yang sayangkan tuannya tadi.

Jadi cita-cita UMNO untuk mencari calon yang 'winnable' itu mungkin tersasar kerana parti yang tidak lagi 'winnable'. Namun pandangan Dr Mahathir itu patut juga diberikan perhatian.

Bela Anjing Dah Jadi Trend Masa Kini..Nauzubillah!!

Posted: 13 Sep 2011 04:49 PM PDT

Kiriman : Taf4

Apa sudah jadi dengan dunia artis sekarang ini. Membela, memegang dan menbelai anjing sudah jadi macam perkara biasa bagi artis Melayu beragama Islam. mereka menjadikan anjing seolah-olah sma seperti binatang piliharaan lain seperti kucing misalnya. Mereka kelihatan berbangga berposing dengan anjing kesayangan mereka. Anda perhati dan kenali artis-artis ini. Mungkin dia artis pujaan anda selama ini.



Sejak kebelakangan ni makin banyak kita lihat orang Islam bela anjing. Di zaman moden ini banyak pendapat yang sudah berbeza-beza. Nauzubillah. tujuan entry ini bukan lah untuk mengupas pendapat atau menegur sesiapa , cuma ingin menyampaikan ilmu yang dipelajari. Memang benar tidak ada perkataan haram untuk membela anjing tetapi , bacalah :
Hadis dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa mengambil ANJING (sebagai peliharaan) kecuali ANJING menjaga tanaman atau ANJING menjaga ternakan atau ANJING berburu, maka setiap hari pahalanya berkurang satu Qiraat".
Satu qiraat itu ukuran sebesar GUNUNG UHUD . fikirlah, terlalu banyak kah pahala yang sudah kita kumpul sehingga sanggup membiarkan pahala kita ditolak setiap hari? berkurang satu qiraat ( sebesar gunung) setiap hari?









PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH /MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE

Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

(Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung)

Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :

Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.

Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.

Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram.

Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya :

"Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot".
Diolah dari sumber asal

Kes Liwat: Shamsul Nafi Dakwaan Bahawa Anwar Dapat Layanan Istimewa Sepanjang Perbicaraan !

Posted: 13 Sep 2011 04:46 PM PDT

PAHANG DAILY


SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mendapat layanan istimewa sepanjang perbicaraan kes fitnah liwat kedua yang dihadapinya kini, menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin (foto).

Malah katanya, Anwar seringkali berdepan dengan diskriminasi serta dinafikan haknya sebagai orang kena tuduh (OKT) untuk mendapatkan pelbagai dokumen pendakwaan untuk pembelaan tuntas. Shamsul berkata demikian mengulas dakwaan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mohd Johari Bahrom kononnya Anwar dengan sengaja melengah- lengahkan perbicaraan kesnya demi meraih simpati dan sokongan rakyat.

Kenyataan Johari yang disiarkan akhbar Berita Harian baru-baru ini turut mendakwa, Anwar mendapat layanan istimewa berbanding tertuduh lain sepanjang perbicaraan keatasnya berlangsung.

"Johari Baharom tidak faham undang- undang dan kenyataan itu adalah kenyataan yang lahir daripada pengetahuan yang cetek tentang perkembangan kes dan juga undang-undang itu sendiri.

"Dalam kes ini tidak timbul istilah Datuk Seri Anwar memohon penangguhan dan terdapat layanan istimewa dan sebagainya. Prosedur yang diikuti ialah prosedur yang telah ditetapkan undang- undang. Dan tidak ada satu pun kita lihat layanan yang istimewa misalnya dibebaskan tanpa bayaran ikat jamin dan sebagainya,"
katanya.

"Pada saya kenyataan Johari baharom boleh dikenakan satu tindakan atau dituduh sebagai menghina mahkamah kerana perbicaraan sedang berlangsung dan Datuk Seri Anwar pun ketika memberi percakapan daripada kandang tertuduh di hadapan hakim, hakim sendiri pun tidak mengambil sikap untuk melakukan pendakwaan menghina mahkamah terhadap beliau,"
tegasnya.

[Shamsul Iskandar Md Akin yang juga seorang peguam berkata perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan mengikut jadual dan tidak ada usaha untuk melambat- lambatkan perjalanan kes.

Malah segala tindakan yang diambil pihak pembelaan adalah mengikut prosedur undang- undang dan menjadi haknya sebagai orang yang didakwa.

Shamsul menambah, tindakan Johari mengulas kes yang sedang dalam perbicaraan boleh dianggap sebagai memberi tekanan dan menghina mahkamah.

Ekoran kenyataan Johari itu, Shamsul minta Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menggunakan kuasa beliau sebagai hakim untuk memberi amaran kepada mereka yang hina mahkamah ketika kes masih berjalan].
tvsnews

Tiada ulasan: