Jumaat, 9 September 2011

Ajijoi

Ajijoi


Mat Sabu tunggu Muhyiddin untuk debat "Siapa Pejuang Sebenar Kemerdekaan"

Posted: 09 Sep 2011 08:16 AM PDT

1. Dalam isu sejarah perjuangan kemerdekaan negara, akhir-akhir ini ia menjadi satu polemik yang diperdebatkan secara terbuka melalui media massa. PAS melihat isu ini tidak wajardipolimikkan sebegitu rupa hanya kerana dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS yang menyentuhisu Mat Indera sama ada ia pejuang kemederkaan atau petualang negara.

2. PAS bertanggungjawab dalam isu ini ekoran kenyataan Timbalan Presiden PAS tersebut.
Sehubungan dengan itu, di atas pertanggungjawaban isu ini PAS berhasrat menganjurkan satu debat secara terbuka antara Tuan Hj Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan YAB Tan Sri
Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO. PAS berpandangan kedua-dua mereka adalah layak untuk berdebat atas status kedua-duanya adalah Timbalan Presiden kepada parti masing-masing.

3. Tajuk debat yang dicadangkan " SIAPA PEJUANG SEBENAR KEMERDEKAAN NEGARA "

4. Pihak PAS menyerahkan kepada pihak YAB Tan Sri Muhyiddin bagi menentukan tarikh perdebatan tersebut. PAS mencadangkan tempat untuk diadakan debat tersebut adalah di Stadium Melawati, Shah Alam. Walau bagaimanapun pihak PAS bersetuju sekiranya pihak YAB Tan Sri
Muhyiddin mencadangkan tempat lain yang lebih sesuai dan boleh dihadiri oleh sebahagian rakyat di negara ini.

5. PAS juga mencadangkan demi keadilan kepada semua rakyat di Malaysia, agar debat bersejarah ini disiarkan secara langsung menerusi RTM atau siaran TV swasta.

6.Penganjuran debat ini penting bagi merungkai isu yang menjadi polemik hangat dan menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak. Debat ini diharap dapat membuka minda rakyat secara terbuka untuk rakyat menilai sendiri ketepatan hujah yang dikemukakan nanti, dan diharap isu ini tidak menjadi polemik yang berpanjangan.

7.Pihak PAS juga menerima siapa sahaja di kalangan NGO, Persatuan Akademik atau Institusi Pengajian Tinggi yang bersedia bekerjasama bagi menjayakan debat ini.

8. Pihak PAS mohon pertimbangan wajar daripada pihak Tan Sri Muhyiddin agar menyahut cabaran dan cadangan ini demi kebaikan kepada semua pihak.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat.

Tiada ulasan: