Generasi Pewaris Khilafah |
Malaysia tak dijajah - satu kenyataan retorika yang melampau Posted: 09 Sep 2011 08:18 AM PDT Assalamualaikum .. Saja nak menyampaikan pesanan kepada golongan yang mengakui pakar dalam bidang sejarawan dan budayawan, tak usahlah nak bermain api yang kecil dengan menyimbah minyak gas diatas bara kelak akan memusnahkan tanaman yang tersedia subur. Tak usahlah buat kenyataan busuk yang meloyakan dan menjijikkan dengan mengatakan negara malaya tidak dijajah . Mana mungkin malaya tak dijajah andai kota A Famosa bisa berdiri teguh disisi stadhyus dan bangunan merah . Mana mungkin kamu katakan malaya ini jadi naungan mat saleh kalau bangsa mereka bisa mempengaruhi pemikiran marhaen ? Melaka jatuh angkara penjajah dan juga pengkhianat bangsa yang bersekongkol dengan penjajah yang berjaya memperdaya pemerintah yang berhati tikus, pengecut, bacul tak melawan sehingga punah kota melaka. 1510 -1511 jadi saksi kejatuhan antara kerajaan Islam terkuat asia tenggara. 1641 derita datang lagi .. bila Belanda berjaya tawan melaka tewas portugis. Masih tak kena jajah lagi ? retorik lagi bangsa ni.Agaknya dari bangsa perantauan yang melewati garisan ini yang bertapak. Tak ketahuan asal usulnya mungkin dari bumi yang lain . 1824 diserahkan kepada Inggeris ( British) melalui perjanjian Landon pun masih tak dijajah lagi ? Ape Ke Bengap sangat ? Tak usah lah nak padam dan tutup kebenaran yang dah jelas dan nyata masakan melaka dan penang boleh popular dengan tempat sejarah . Tak usahkah kelirukan kami dengan fatwa kamu yang menyeleweng dan berasaskan kepada bayaran yang diberikan oleh parti pemerintah. |
Bila Sejarah jadi Mainan .. Celaka Sungguh Orang Itu .. Posted: 09 Sep 2011 07:51 AM PDT Assalamualaikum .. salam mesra Sekadar nak meluahkan rasa kecewa dan menyampah yang meluap-luap bila ada orang yang suka bermain-main dengan sejarah dan malas nak ambil kisah pasal sejarah .. walaupun aku bukan ahli sejarah atau pakar sejarah mahupun cikgu sejarah tapi aku tak pernah buta sejarah . Bak kata che Det ( Tun Mahathir) Melayu mudah lupa .. Memang pada aku melayu memang mudah lupa dan sememangnya pelupa dan akan selalu lupa tapi Ummat Islam tak pernah lupa. Kenapa aku kata begitu, sebabnya dek kerana mengaji sejarahlah kita tau jatuh bangun sesuatu bangsa dan kaum serta mengambil iktibar diatas apa yang berlaku keatas mereka . Kalau rajin lah bukan kata nak suruh buka kitab sejarah tapi sekadar nak mengimbau kembali sejarah ummat -ummat terdahulu yang lebih dahulu menjadi sejarah dari kita.Sebab apa Allah ta'ala jadikan ummat-ummat sebelum Nabi Kita Muhammad SAW menjadi paparan sejarah ? supaya ianya dikenang dan dijadikan iktibar atas apa yang mereka telah lakukan mengulas apa yang dipaparkan dalam media arus perdana yang makin lama makin busuk, terdapat segolongan ahli sejarawan yang terlalu jumud dan tak berfikiran panjang. Mereka mengeluarkan fatwa ikut kepala otak dan perasaan serta periuk nasi mereka sahaja. Sepatutnya sebagai seorang intelektual yang bermaruah dan mempunyai ilmu yang banyak sewajarnya mendedahkan sesuatu perkara yang benar bukannya menyembunyikan fakta yang sebenar dengan mengeluarkan kenyataan yang salah dan mungkar. andai kata ianya diajar terus kepada semua anak di malaysia, aku pasti anak tersebut takkan kenal wajah sebenar sejarah yang mencorakkan kehidupannya. |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEWARIS KHILAFAH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan