Jumaat, 9 September 2011

Biaqpila

Biaqpila


Apa makna dakwat kekal kalau ‘hantu’ ada jari

Posted: 09 Sep 2011 03:00 PM PDT


KUALA LUMPUR, 9 Sept: Walaupun penggunaan dakwat kekal akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen ia tidak ada makna jika 'hantu' masih ada jari.

"Ini kerana nama mereka ada di dalam daftar pemilih, walaupun mereka bukan penduduk tetap," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Katanya, walaupun pendedahan dan bukti dibuat oleh PAS dan Pakatan Rakyat mengenai daftar pemilih namun sikap pekak badak yang ada kepada orang suruhan Umno di SPR masih tidak berubah.

"Mungkin inilah cara kerja jahat mereka untuk merampas Selangor dengan cara tidak demokratik," ujarnya.


Menurutnya, pendedahan demi pendedahan seperti Mismah yang bertukar status dalam masa 2 jam kepada warganegara, nama Kg Baru telah menjadi pengundi berdaftar, kes nombor kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu, nama sama cuma nombor kad pengenalan 4 digit belakang berbeza, undi pos yang menjadi undi dipangkah oleh pihak lain dan yang terbaru penduduk sementara disahkan boleh mengundi iatu Numi bin Syukri (880306115096) mengundi di Hulu Besut, Parlimen Besut dan Hasmidah Binti Surahbil (820315126446) mengundi di Dun Semenyeh Parlimen Hulu Langat.

"Tidak ada makna kalau menggunakan dakwat kekal jika 'hantu-hantu' ini boleh mengundi kerana hantu moden ini ada jari dan kad pengenalan," katanya lagi.

Oleh itu, katanya reformasi pilihan raya mesti dibuat secara menyeluruh.

"Ertinya tidak guna jika dakwat kekal digunakan sedangkan hantu-hantu ini boleh mengundi walaupun mereka bukan warga negara," katanya.

Beliau menambah, jawapan daripada SPR untuk membodohkan rakyat apabila pendedahan itu dibuat, maka ia menyalahkan penolong pendaftar.

Ini, katanya seperti ada pasangan tentera didaftarkan sebagai pengundi pos menggunakan kad pengenalan pasangan mereka yang berkhidmat sebagai tentera seperti yang di dedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Anthony Loke terdapat 21 pengudi pos yang dikesan.

"Kenapa Datuk Wan Ahmad hendak melepaskan diri? Kenapa SPR tidak menolak borang tersebut?" soalnya.

Beliau juga bertanya berapa ribu borang yang diisi oleh penolong pendaftar parti yang ditolak oleh SPR dengan alasan yang berbagai.

Ini, katanya satu lagi bukti memang Datuk Wan Ahmad adalah budak suruhan Umno.



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KAD PREPAID PULA NAK KENA CUKAI 6%

Posted: 09 Sep 2011 12:00 AM PDT


Bantah tindakan Telco Caj 6% ke atas pembelian kad prabayar (prepaid)

PERSATUAN Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (Perbit) Khamis membantah tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad sim mulai 15 Sept ini.

Presidennya Mohd Ali Ibrahim berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.

"Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prepaid (prabayar) adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil tapi ia akan memberi kesan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata Perbit telah menghantar surat bantahan kepada Kementerian Penerangan Komunikasi (KPKK) dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Mei lepas mengenai perkara itu.

Katanya, dalam surat itu Perbit mencadangkan agar telco menyerap kos berkenaan atau menyalurkannya kepada pengedar kad tambah nilai sendiri dan bukan kepada pengguna.

"Timbalan Menteri KPKK Datuk Joseph Salang pada 29 Mei lalu ada maklumkan kepada kita bahawa cadangan telco untuk menyalurkan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna masih dalam peringkat perbincangan," katanya.

Mohd Ali juga berkata Perbit sanggup menyerap kos itu jika persatuan tersebut diberi hak pengedar tunggal kad tambah nilai.

Beliau turut berharap kerajaan dapat campur tangan dalam isu tersebut dan menyelesaikannya dengan segera.

Perbit katanya, akan mengadakan bantahan aman di hadapan bangunan ibu pejabat SKMM di Cyberjaya jika isu tersebut gagal diselesaikan dalam masa terdekat.

Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama hari ini, berkata caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad sim mulai 15 September itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran.


sumber

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Empat kunci kebahagiaan

Posted: 08 Sep 2011 09:00 PM PDT



Hadis :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!" Riwayat Ibnu Hibban

Huraian :

i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

dakwah2u


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Politik Lebih Berkuasa Dari Sang Sarjana

Posted: 08 Sep 2011 06:00 PM PDT


Oleh Muhaimin Sulam

1. Mat Sabu bukanlah sarjana sejarah. Tapi mendengar ceramahnya, lebih separuh adalah cerita sejarah. Tak macam Dr. Ramlah Adam. Prof. Khoo dan ramai pensyarah yang ada di universiti yang khatam berkali-kali kitab sejarah tanahair.

2. Bila Mat Sabu lontarkan cerita sejarah versi kiri, melompat sesetengah makhluk yang bernyawa dan tak bernyawa. Sebenarnya, Mat Sabu dah lama dah cerita benda yang sama. Mengapa sekarang baru jadi isu? He he....he...

3. Ini sekali membuktikan, sejarah dicipta oleh sang penguasa. Orang politik. Sesetengah sarjana sekadar jadi garfu dan senduk untuk mengenyangkan perut dan tembolok sang penguasa.

4. Kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, aku yakin silibus Sejarah daripada peringkat tadika hingga ke universiti akan dirombak. Pada ketika itu, sang sarjana dan karyawan universiti akan sekali lagi menjadi senduk dan kole sang penguasa yang baru.

5. Oiiii bangunlah sang sarjana yang terlena lama itu. Tam tam bunyi mercun. Beduk telah berbunyi. Waktu raya sudah tiba! Marilah kita raikan bersama.

muhaiminsulam.blogspot

DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: