AdukaTaruna |
- Seperkara yang dibuktikan dalam Isu Zizan Raja Lawak.
- Kerajaan tidak boleh halang pulau Sabah 'dijual UMNO' - Datuk Osman Jamal
- Hantu Bonceng : Gua tak setuju dengan Azhar Idrus. Apatah lagi Tantawi.
Seperkara yang dibuktikan dalam Isu Zizan Raja Lawak. Posted: 22 Sep 2011 07:57 AM PDT Oleh : AdukaTaruna [1] Minggu lepas, gua dipanggil menghadiri satu mesyuarat tertentu. Dalam mesyuarat itu, kami sepakat untuk menggunakan istilah Barisan Pembangkang bagi merujuk kepada Barisan Nasional. Sungguh pun begitu, untuk menyatukan kesemua pejuang alam maya menggunakan istilah yang sama adalah sukar. Ianya memerlukan satu resolusi bersama dalam satu perjumpaan besar para facebookers dan bloggers. Cuma, diharapkan pimpinan PAS Kelantan boleh memulakannya dahulu. Sebagai istilah rasmi. [2] Pengundi emas semakin susut. Mati dari tahun ke tahun. Sempadan kawasan beristilah hutan semakin kecil. Capaian internet semakin luas. Pengundi muda dan baru ratus ribu untuk setiap tahun didaftarkan. Semakin lewat PM membubarkan parlimen setiap tahun, semakin pendek penggal2 pemerintahan Barisan Pembangkang ini. Dari isu Zizan, kecaknaan Zizan memohon maaf, menghubungi Azhar Idrus untuk rujukan, komen dan hujah pengarah, lembaga penafisan filem dan sebagainya adalah satu bukti keberkesanan medium internet untuk generasi baru. |
Kerajaan tidak boleh halang pulau Sabah 'dijual UMNO' - Datuk Osman Jamal Posted: 22 Sep 2011 06:56 AM PDT KOTA KINABALU, 21 Sept (Bernama) -- Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri Datuk Osman Jamal berkata kerajaan negeri sememangnya mengetahui iklan penjualan tiga pulau berkenaan -- Mengalum, Pandanan dan Montukod -- tetapi tidak boleh menghalangnya kerana pulau-pulau berkenaan milik persendirian. "Bagaimanapun pemilik pulau mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan Pemungut Hasil Tanah sebelum boleh menjual tanah mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Hari Raya anjuran Bahagian Akhbar dan Penerbitan Jabatan Ketua Menteri di Wisma Innoprise di sini, Rabu. Osman diminta mengulas iklan yang dikatakan untuk menjual pulau-pulau tersebut menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada. Sebuah akhbar tempatan semalam dipetik melaporkan bahawa ketiga-tiga pulau terbabit, pertama Mengalum terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101 hektar ditawarkan pada harga US$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hektar) US$2 juta dan Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kira tujuh hektar) dengan harga US$11.266 juta. Osman berkata pulau Mengalum dimiliki sebuah syarikat dengan hak milik pajakan negara (CL), Montukod hak milik pajakan negara dan peribumi manakala Pandanan diberi secara hak milik CL. Katanya, kedua-dua pulau Montukod dan Pandanan adalah milik individu persendirian. -- BERNAMA |
Hantu Bonceng : Gua tak setuju dengan Azhar Idrus. Apatah lagi Tantawi. Posted: 22 Sep 2011 01:00 AM PDT Oleh : AdukaTaruna [1] Ostad Azhar Idrus oyak, Zizan tak salah. Yang salah ialah penulis skrip, pengarah. Kalau ambil premis Ostad Azhar, gua ambil keputusan Azhar Idrus salah. Sebab gua tak fikir adengan itu mengikut skrip. Gua lebih yakin adengan itu adalah dialog spontan yang keluar dari seorang pelawak yang berbakat. Gua percaya skrip tulis benda lain. Dan oleh kerana watak itu hidup, dan spontan itu menjadi, maka, adengan rakaman itu digunapakai pengarah. Teori gua lah. Jadi, sekali lagi jika diambil atas premis cara Azhar Idrus menyelesaikan isu, bukan sahaka penulis skrip, pengarah dan penapisan filem salah; tetapi Zizan turut bersalah. Dan seterusnya langkah Zizan memohon maaf adalah dipuji. [2] Namun, gua lebih suka ambil premis Al-Bakistani dalam isu ini. Zizan hanya menggangu sensitiviti masyarakat. Dan bukannya menghina Islam. Apa yang Zizan lafazkan adalah 2 ayat yang berlainan. Malah dari segi nahu / tajwid pun Muhammadarr tidak boleh disambung syaitan seperti itu untuk dituduh ianya adalah 1 ayat lengkap. Gua sangat kecewa apabila Tantawi menuduh Zizan menghina Islam. Seorang pemimpin peringkat pusat muncul dalam isu 'remeh' atas premis yang silap. Mahu muncul menjadi hero atas premis yang mengada2. Dibuat2. Sepatutnya Zizan hanya ditegur atas isu sensitiviti masyarakat yang boleh menyebabkan kekeliruan. Ianya bukan jenayah sama ada dalam Islam itu sendiri mahupun perlembagaan negara. Ianya hanya isu kekeliruan tafsiran. Ianya bukan isu agama, dan bukan isu perlembagaan negara. Wallahualam. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan