PERAKITE |
- WARIS Sultan Perak berarak ke Istana Iskandariah, Ahad ini?
- UNITED MYAMMAR & NEPAL ORGANIZATION - UMNO
- kunjungi rumah rakyat yang robek dengan kereta Mercedes
- Kes Anwar adalah satu-satunya kes di dunia
WARIS Sultan Perak berarak ke Istana Iskandariah, Ahad ini? Posted: 22 Sep 2011 05:12 AM PDT Kerajaan negeri Perak menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu sekumpulan yang mendakwa "kerabat" Perak dan dilaporkan akan bertindak menceroboh Istana Iskandariah di Kuala Kangsar Ahad ini. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu membabitkan aspek keselamatan dan kerajaan negeri menyerahkan kepada polis untuk mengendali dan mengambil langkah-langkah yang perlu selaras dengan peruntukan undang-undang untuk memastikan keselamatan awam dan istana. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan ada pihak yang mengaku dirinya sebagai waris Sultan Perak akan mengadakan perarakan ke Istana Iskandariah, Ahad ini. - Bernama |
UNITED MYAMMAR & NEPAL ORGANIZATION - UMNO Posted: 22 Sep 2011 04:32 AM PDT Karya terbaru Zunar yang mengkritik dasar kerajaan BN yang memberi kerakyatan sebagai warga asing bagi tujuan politik hangat diperkatakan di ruang maya. Dalam kartun paling terus terang dan berani itu, Zunar melukis logo parti-parti komponen BN dan mengaitkan dengan dasar tersebut antara lain menafsirkan Umno sebagai "United Myanmar and Nepal Organization." Tinjaun dalam laman facebook kelab peminat Zunar menunjukkan sambutan yang begitu hangat, malah ada yang memberi komen sebagai kartun terbaik untuk tahun ini. "Seperti biasa saya menafsir isu-isu politik dari otak kartun saya dan tekanan berterusan dari kerajaan mungkin membangkitkan idea yang lebih baik," kata beliau kepada Harakahdaily. Tekanan kerajaan membolehkan Zunar menerima beberapa anugerah antarabangsa termasuk 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning dan terbaru anugerah hak asasi dari Yayasan Hellman/Hammett. Selain itu, mulai Oktober ini dia akan berada di Sepanyol selama tiga bulan sebagai artis jemputan sebuah yayasan kesenian di Bilbao serta membuat pameran kartun di sana. Kerana itu, Zunar akan mengadakan satu majlis bersama peminat pada hari Sabtu, 24 Sept di padang depan Amcorp Mall, Petaling Jaya dari jam 5 hingga 7 petang. Turut diadakan jualan buku-buku koleksi beliau. "Saya berharap peminat-peminat akan datang ke majlis ini kerana ini adalah program terakhir saya sebelum keluar negara untuk tempoh yang lama," kata beliau. |
kunjungi rumah rakyat yang robek dengan kereta Mercedes Posted: 22 Sep 2011 04:27 AM PDT Umno-BN cuba mengubah persepsi rakyat terhadap parti berkenaan dengan berusaha memberi wajah baru dan mengubah imej mewah yang dimiliki pimpinannnya. Demikian kesimpulan daripada ucapan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada wakil rakyat BN . Beliau menggesa wakil rakyat BN mengubah imej mewah yang ditonjolkan sehingga menyebabkan rakyat berasa jijik dengan parti itu. Faktor tersebut merupakan salah satu sebab BN merekodkan prestasi buruk pada 2008 – yang masih belum dapat dipulihkan sehingga kini. Persepsi tersebut antara lainnya berpunca daripada kegiatan membeli undi dari kalangan perwakilan semasa pemilihan parti. Wakil rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat juga harus juga mengambil iktibar daripada peringatan Tun Dr M ini. Dalam majlis anjuran Kelab ADUN BN itu, Mahathir turut mengulas mengenai program melibatkan 171 orang wakil rakyatnya yang kini menyertai program permukiman selama tiga hari di Selangor. Salah satu program berkenaan menetapkan wakil rakyat berkenaan untuk menginap di sebanyak 320 buah kediaman keluarga di setiap kawasan DUN Selangor. "Bagus tidur dengan rakyat ini, tapi bila datang ke rumah penduduk yang robek dengan kereta Mercedes, ini tidak betul. "Imej kita kena jaga. Kalau jadi wakil rakyat, tiba-tiba jadi kaya, orang akan benci kepada kita," katanya lagi dalam ucapannya kepada wakil rakyat berkenaan. Tambahnya, wakil rakyat berkenaan perlu memberi perkhidmatan yang ikhlas kepada masyarakat, seperti menurap jalan. Dengan sinis, Mahathir berkata mereka akan berasa berpuas hati apabila kerja tersebut berjaya dijalankan dan bukannya kerana "dapat kontrak untuk buat jalan tar." |
Kes Anwar adalah satu-satunya kes di dunia Posted: 22 Sep 2011 04:11 AM PDT Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald menyifatkan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana ahli kimia mampu menjumpai DNA dari rektum selepas 56 jam dan ditinggalkan 48 jam lagi secara terbuka, sebagai antara penemuan paling menakjubkan jika keputusan itu boleh dipercayai. Dr McDonald berkata ia amat jarang sekali berlaku untuk menjumpai sperma selepas 113 jam berada dalam rektum, katanya merujuk kepada satu artikel 1997 yang ditunjukkan kepadanya dua hari lalu oleh pihak pendakwaan. "Kes itu, bersama-sama dengan kes 1982 (yang sebelum ini menyatakan sperma boleh didapati selepas 65 jam), adalah hanya dua yang pernah didokumenkan. Dalam 99.9 peratus (kes), anda tidak akan dapat mencari sperma selepas waktu sebegitu lama. "Walau bagaimanapun, kes (Anwar) ini merupakan satu-satunya (yang saya tahu) dalam dunia di mana sperma boleh dikesan selepas 56 jam dan diserahkan kepada ahli kimia dua hari kemudian, di mana anda masih boleh menemui sampel DNA yang baik," katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Ramkarpal Singh semasa pemeriksaan-balas hari ini. Dr McDonald, dua hari lalu bersetuju dengan cadangan yang diajukan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri), berhubung penemuan berkenaan berdasarkan artikel yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard. McDonald berkata sepanjang pengetahuannya dan mengikut beberapa jurnal, DNA yang masih dalam keadaan baik boleh didapati pada sampel yang diperolehi dari rektum selepas lapan jam. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan