Khamis, 22 September 2011

shalehudin

shalehudin

Nik Aziz nak tergelak Mahathir buat lawak...

Posted: 22 Sep 2011 09:33 AM PDT

Hudud: Nik Aziz kata respons Dr M lucu, mahu Najib tarik balik surat 'lama'

Nik Aziz sifatkan kenyataan bekas Piem berbangsa UMNO, Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta MB Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.

Dah lama tua tua ni, Mahathir dah lupa pasai protokol kot... Nik Aziz kata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada Piem tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

"Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...," kata Nik Aziz (gambar) dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.

Kantoi mantoi, UMNO petualang negara...

Posted: 22 Sep 2011 08:45 AM PDT

Apa lagi helah yang nak di gunakan bagi menutup tembelang depa... sudah terbukti, siapa petuanlang negara yang sebenar.

Intan terpilih dibiar pergi... sampah sarap dikaut mari.... demi kelangsungan kuasa yang tinggal sisa ini...

Gua sokong ustaz nih...

Posted: 22 Sep 2011 05:55 AM PDT

ISU HANTU BONCENG : JANGAN CEMBURU BUTA, JANGAN SENSITIF BUTA

[1]

Kita amat marah dengan ISA. Dakwa kita, ISA zalim. Apabila Najib mansuhkan ISA, lalu mahu digantikan dengan dua lagi undang-undang yang mempunyai unsur tahanan tanpa bicara, kita turut marah.

Orang yang ditahan ISA ini banyak bentuk. Ada yang ditahan tanpa dibicarakan. Tanpa dinafikan juga, di sana terdapat individu yang ditahan tanpa diselidiki terlebih dahulu.

Tanpa kita sedari bahawa kita juga mengamalkan ISA, iaitu Islamic Security Act. Lebel orang itu kafir, munafiq, murtad, tidak wala', tidak siqah dan sebagainya, merupakan ISA yang kita amalkan.

Tuduhan terhadap filem Hantu Bonceng sebagai menghina agama merupakan satu tuduhan yang berat. Ia adalah ISA dalam bentuk Islamic. Sewajarnya, kalimah "menghina Islam" tidak digunakan, kerana ia memberi implikasi yang cukup berat.

Alangkah baiknya, jika dikatakan "diminta pihak yang berwajib mengkaji kandungan filem terbabit terlebih dahulu, kerana ia dianggap sebagai mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia".

Apabila lahir tuduhan "menghina Islam", sudah pasti pihak yang dituduh mahu mempertahankan diri. Ekoran itu, keluarlah kenyataan yang tidak berapa sedap didengari dari pihak pengarah filem, Ahmad Idham dan seangkatan dengannya.

Kemudiannya, orang ramai pula mula marah dengan Ahmad Idham, apabila beliau tetap mempertahankan bahawa filem yang diarahkan oleh beliau tidak ada unsure menghina Islam. Malahan, tidak kurang juga kutukan dan makian terhambur untuk ditujukan kepada beliau. Di samping itu juga, Ahmad Idham dikhabarkan menggunakan perkataan yang agak kurang enak terhadap mereka yang menganggap filem itu sebagai menghina agama.

Padaku, pemuda PAS yang menuduh filem itu sebagai menghina Islam juga sepatutnya dipersalahkan. Lebih-lebih lagi, ia dianggap sedemikian rupa tanpa dibuat penyelidikan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi juga, sampai hari ini kita tidak kedengaran lagi dimanakah hujjah dan bukti bahawa filem itu menghina Islam. Yang diketahui hanya dengan dakwaan bahawa ia mengganggu sentisitiviti umat Islam.

Tindakan itu, seiras-iras sama dengan tindakan Kerajaan BN yang menangkap sebilangan tahanan untuk diletakkan dalam ISA.

[2]

Dalam Islam, sebarang tindakan perlu diperhatikan implikasinya. Al-Quran sendiri melarang kita mencela sembahan selain dari Allah, kerana bimbang implikasi yang buruk berlaku.

Firman Allah;

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Maksudnya;
"Jangan kamu cela mereka yang menyembah selain dari Allah, nanti mereka akan cela Allah dengan permusuhan, tanpa ilmu" (Al-an'Am: 108)

Tindakan mendakwa bahawa filem terbabit sebagai menghina Islam tanpa penyelidikan terlebih dahulu, merupakan satu tindakan yang salah. Sudah pasti, ia melahirkan kesan sampingan yang buruk, iaitu kritikan dari pihak Ahmad Idham dalam suasana yang cukup buruk, kemudian berlaku pula kritikan mereka yang "sekepala" dengan pemuda PAS terhadap Ahmad Idham.

[3]

Dari sudut kandungan babak yang didakwa oleh Ketua Pemuda PAS itu, telah aku kupas dalam article yang lepas (sila klik). Malahan, ia telah dijawab juga oleh pihak penapisan filem. (sila Klik). Aku juga tidak tolak kemungkinan bahawa Pemuda PAS akan memohon maaf atas tuduhan sebagai "menghina Islam" apabila membaca atau mendapat penjelasan dari pihak lembaga penapisan filem terbabit.

Namun begitu, timbul beberapa perkara yang dijadikan sebagai hujjah sampingan bagi mengukuhkan pendapat Ketua Pemuda PAS itu. Ia adalah seperti berikut;

MELAWAK DALAM AGAMA

Melawak dalam agama ini, aku kira bukan pada filem itu sahaja. Malahan, banyak ceramah-ceramah yang disampaikan oleh sebilangan agamawan di Malaysia ini mengandungi unsure lawak.

Kita mesti kenal dengan Ustaz Azhar Idrus yang mempunyai pengaruh yang begitu besar di Malaysia pada kala ini. Ramai mendakwa bahawa factor lawak beliau menyebabkan ramai yang menjadikan beliau sebagai ikutan. Malahan, Pemuda PAS sendiri pernah memberi anugerah kepada beliau ekoran pengaruh yang ada pada beliau.

Jika kita perhatikan kuliah-kuliah beliau, kita akan dapati banyak kandungan kuliah beliau yang mempunyai unsure lawak. Seperti beliau pernah menyebut "siratal labi" yang merujuk kepada membaca "siratal Lazi", juga lawak "takbir ultraman" yang merujuk kepada amalan dalam solat.

Begitujuga dahulu, Allahyarham Ustaz Bunyamin Yaaqub pernah menjawab pendapat Mahathir yang mengatakan bahawa dalam Al-Quran tidak ada PAS, tetapi ada UMNO dengan merujuk kepada ayat;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا

Ayat ini bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman", tetapi diterjemah oleh Mahathir dalam satu ceramah beliau sebagai "Wahai orang-orang UMNO".

Bagi menjawab ulasan Mahathir itu, Allahyarham Ustaz Bunyamin Yaaqub mengatakan bahawa dalam al-Quran juga ada sebut PAS. Iaitu, dengan membaca ayat;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً

Maksudnya;
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam itu secara menyeluruh" (Al-baqarah : 208)

Tetapi, diterjemah oleh Allahyarham Ustaz Bunyamin sebagai "Wahai orang-orang UMNO, pakat-pakatlah masuk PAS".

Tidak kedengaran seorang pun marah dengan tindakan itu. Tidak ada pula memorandum dan kritikan terhadap tindakan itu. Jika melawak dalam perkara agama dianggap sebagai sensitive secara mutlak, mengapa perkara ini tidak dibangkitkan langsung?

Padaku, jika yang sana salah, maka yang sini juga salah. Jangan disebabkan geng kita buat maka ia adalah tidak salah, tetapi ia dikira salah apabila dilakukan oleh orang lain.

PERSEPSI

Aku mengatakan bahawa kandungan dialog dalam babak yang dikritik itu tidak salah dari sudut balaghah. Jadi, seharusnya ia tidak menjadi isu. Namun begitu, ada pihak yang mengatakan bahawa ia hendaklah dilihat dari persepsi.

Kalau itu pendapat mereka, seakan-akan mereka lupa dengan beberapa isu yang melibatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam banyak kenyataan-kenyataan beliau.

Antaranya adalah seperti isu "tuhan samseng". Ia menjadi satu persepsi yang cukup buruk, tetapi diselesaikan dengan perbahasan balaghah, iaitu satu bab dalam perbincangan Balaghah yang dinamakan sebagai "musyakalah".

Begitujuga dengan isu yang dibangkitkan oleh "geng-geng beraliran ahbash" dengan ulasan Tuan Guru yang menyebut, "Tuhan (Allah) bersila lendik atas arash", sehingga Tuan Guru mendapat lebel Wahabi oleh mereka.

Dikala hangat berbincang, lalu dijawab oleh Tuan Guru dengan kupasan balaghah, iaitu ucapan Tuan Guru itu seperti kita berkata "muka tangga" yang bukan bermaksud tangga itu ada muka, tetapi balaghah dalam perkataan.

Mungkin persepsi ini tidak salah di sisi kita kerana ia dilakukan oleh Tuan Guru, tetapi salah jika dilakukan oleh orang lain.

[4]

Padaku, dalam isu ini, sewajarnya tidak menggunakan ayat "menghina agama" terhadap filem terbabit. Lagi pula, ia sememangnya tidak salah jika dirujuk dari sudut ilmu Balaghah.

Sekiranya kekal juga dengan ayat "menghina agama", sudah pasti ia melahirkan tuduhan lain yang tidak berasas. Seterusnya tidak mustahil (tidak bermakna mesti berlaku, tetapi dibimbangi) akan keluar pula tuduhan bahawa Ahmad Idham itu seperti musuh Islam dan seterusnya tidak hairan, akan keluar tuduhan yang mengatakan Ahmad Idham sebagai terkeluar dari islam. Keadaan ini sudah pasti, memberi keburukan yang lebih besar.

Dengan itu, aku mencadangkan agar digunakan ayat yang lain, seperti berkata, "filem itu tidak sesuai untuk tontonan orang Islam" atau sebagainya (terpulang atas kebijaksanaan).

Padaku, jika kita mahu menjaga sensitivity umat Islam, tetapi jangan sampai satu tahap kita menjaga itu sehingga melahirkan sensitivity yang lain. Lagi pula, kita memang perlu dilihat menjaga sensitive, tetapi jangan pula kita lakukan tindakan sehingga ramai melihat kita sedang sensitive buta, sepertimana melihat kepada orang yang cemburu buta.

Kalau dalam kitab Ihya ulum Ad-Din ada istilah "Al-Iqtisad fi Al-Ghirah", iaitu "pertengahan dalam cemburu". Maka, mungkin kitab kini kena buat satu tajuk, iaitu "pertengahan dalam sensitive".

Sekian

Wallahu 'Alam

Tak baik woii kata Najib ni pondan... kahkahkah...

Posted: 22 Sep 2011 03:30 AM PDT

Kenapa Perlu Berundur? Adakah Najib Pondan?

Kes liwat: Najib pilih untuk undur sebelum bertempur, kata Anwar

Oleh Debra Chong
KUALA LUMPUR, 21 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau "kurang senang" dengan pendirian terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang enggan menjadi saksi perbicaraan kes liwat beliau meskipun sudah diberikan sepina.

"Tidak sempoi, tidak sempoi," celah isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui pemberita berhubung laporan bahawa Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mengetepikan sepina yang dikeluarkan ke atas mereka.

Di akhir perbicaraan hari ini, Anwar memberitahu pemberita, umum mengetahui bahawa Najib pernah bertemu dengan pengadu Mohd Saiful Azlan Bukhari.

"Bagi kami ini adalah penting," kata Anwar merujuk kepada keterangan Najib.

"Dia pilih untuk berundur sebelum bertempur," kata Ketua Pembangkang ini. - KB

Reformasi plastik

Posted: 22 Sep 2011 02:00 AM PDT

Reformasi olok-olok BN – Oleh Amaluddin Zhafir

21 SEPTEMBER – Adakah sesuatu yang membanggakan apabila Tun Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang paling lama memerintah melalui penggunaan undang-undang zalim, tiba-tiba menyokong penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?

Sepanjang lebih 20 tahun pemerintahan, bukan sahaja ISA tidak dikaji semula, malah banyak tangkapan telah dibuat atas alasan keselamatan walau pun yang menjadi mangsa adalah pemimpin dan aktivis politik yang tidak pernah dibicarakan.

Malah, selepas 'bersara' dari politik, hingga awal tahun ini, Mahathir masih mempertahankan ISA yang dianggapnya sebagai undang-undang pencegahan.

Media massa memetik kenyataan selamba Mahathir bahawa dengan menghapuskan ISA, Malaysia boleh dianggap sebagai setahap lebih baik dari negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

Maksudnya Mahathir bangga kerana Malaysia sekarang dianggapnya lebih demokratik daripada Barat, bukan kerana ISA patut dimansuhkan kerana ianya zalim dan mengekang kebebasan rakyat serta kejam dan tidak adil.

Dilema Mahathir

Kenapa baru sekarang Mahathir sokong hapuskan ISA, dan berani pula mengatakan bahawa Malaysia lebih baik daripada negara maju?

Apa definisi maju bagi Mahathir? Dengan adanya KLCC dan pelbagai projek mega, boleh meletakkan Malaysia sebagai negara maju?

Atau negara kita sudah maju kerana Malaysia akan mempunyai dua akta baru bagi menggantikan ISA sedangkan sudah ada peruntukan-peruntukan menangani terorisme dalam undang-undang yang sedia ada seperti Kanun Keseksaan?

Sebenarnya tanpa Mahathir sedari, yang sudah maju adalah pemikiran rakyat Malaysia yang tidak lagi bergantung kepada lidah rasmi UMNO yang menyamar sebagai akhbar arus perdana serta TV dan radio kawalan Barisan Nasional.

Rata-rata rakyat Malaysia telah jauh meninggalkan pemikiran lapuk BN yang masih terperangkap dalam permainan politik kaum. Langkah pertama sudah dibuka dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008, hanya menunggu masa untuk rakyat membuat perubahan dalam PRU ke-13.

Malah, hasil dari kemajuan fikiran rakyat Malaysialah yang membuatkan Datuk Seri Najib Razak takut sehingga terpaksa 'berwayang kulit' mengumumkan penghapusan akta-akta yang zalim baru-baru ini.

Lebih 50 tahun, baru ISA nak dimansuhkan. Dari satu sudut, betapa lambatnya daya fikir BN untuk 'memajukan' negara ini. Dari sudut yang lain, takut itu masih menghantui pemikiran pemimpin BN kerana tetap mahu buat akta baru yang bakal mengongkong terus kebebasan rakyat.

Dilema Najib

Terang lagi bersuluh, pemansuhan ISA dan akta-akta zalim lain itu hanyalah retorik politik. Bukan sahaja tidak jujur, malah terlampau 'plastik.'

Najib cuba bermain cara baru menarik pengundi. Jika beliau benar-benar ikhlas, sudah lama beliau mansuhkan ISA dan akta zalim lain sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Najib sedar prestasinya sedang merosot akibat 'tidak mendengar' kata rakyat. Oleh itu beliau sedaya upaya berusaha untuk meyakinkan rakyat Malaysia dan secara tidak langsung cuba memancing undi rakyat Malaysia dalam PRU akan datang.

Memang beliau boleh cuba, tetapi belum tentu beliau berani melaksanakan percubaannya. Sebagai contoh, sebaik menjadi Perdana Menteri, beliau umumkan ISA akan dikaji semula. Selepas lebih dua tahun, barulah ISA diumumkan akan dimasuhkan.

Inilah kecekapan BN. Cakap berdegang, tetapi buat kerja lambat. Dan kerja yang dibuat itu pun bukan setelus mana pun. Kalau benar-benar telus, sudah lama Malaysia dan rakyat Malaysia maju material dan pemikiran.

Bagaimana pun, seperti yang dikatakan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, "…rekod Najib sebagai Perdana Menteri sejak April 2009 tidak menunjukkan beliau berani melaksanakan apa yang dijanjikannya."

Lagi pula, mengapa hanya sekadar meminda satu peruntukan tentang lesen dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan sedangkan rakyat menuntut dihapuskan sama sekali tanpa perluu diganti dengan apa-apa akta lain?

Begitu juga dengan Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti Kolej yang boleh dimansuhkan begitu sahaja tanpa perlu gantian, sebagaimana yang dituntut oleh warga-warga prihatin.

Malah, kalau perlu digantikan, bukan untuk mencengkam lagi kebebasan, tetapi untuk bersikap terbuka dan telus, boleh digubal Akta Kebebasan Maklumat serta jaminan undang-undang di mana kerajaan atau pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenangnya menganiayai rakyat.

Dilema rakyat Malaysia

Memang ramai yang terlompat keriangan dengan pengumuman Najib itu tetapi tidak semua orang setuju. Dan ini tidak termasuk kumpulan Melayu yang hanya beberapa bulan lalu telah mengisytiharkan diri mereka "Yes to ISA".

Bagi Melayu yang kritikal terhadap pengumuman Najib tentang pemansuhan ISA dan pembentukan dua akta baru itu, mereka akan mempersoalkan berlapis-lapis – sebab, kenapa, punca, dan sebagainya yang membuatkan Najib mengumumkan pemansuhan akta kejam itu.

"Adakah undang-undang yang akan menggantikan akta-akta zalim yang dimansuhkan itu bakal melahirkan undang-undang yang sama kejamnya dalam bentuk baru; contohnya, memansuhkan ISA tetapi menggubal undang-undang baru yang sama seperti ISA?" – adalah antara persoalan yang ditimbulkan.

Jawapannya tidak sebanyak persoalan yang ditimbulkan.

Tetapi salah satu jawapan sama ada Najib ikhlas atau tidak dengan usaha pembaharuannya sudah terjawab apabila Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu didakwa di mahkamah di Butterworth hari ini di bawah Kanun Keseksaan dan dikenakan ikat jamin RM15,000!

Apa 'kesalahan' Mat Sabu? Semata-mata kerana berceramah baru-baru ini mengenai sejarah kejadian Bukit Kepong yang berlaku 60 tahun lalu.

Manakala seorang profesor pro-UMNO yang mempertikaikan sejarah rasmi dengan mendakwa Malaysia atau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British masih berkeliaran menjaja teorinya untuk menarik perhatian mereka yang tidak tahu banyak tentang sejarah negara.

Inilah kebebasan bersuara yang dijanjikan oleh Najib dalam perutusannya menjelang Hari Malaysia pada malam 15 September lalu.

Kalau diingatkan semula, menjelang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, pihak berkuasa mengganas dengan menangkap sesiapa sahaja yang memakai t-shirt kuning sebagai tanda mahukan pilihan raya yang adil, bebas dan bersih. Malah Bersih 2.0 juga diisytiharkan haram oleh kerajaan BN.

Inilah kebebasan berhimpun serta berekspresi yang menjadi kebanggaan Najib sehingga menyangka pemansuhan ISA (yang bakal digantikan dengan dua undang-undang keselamatan negara dan awam) akan menjadikan Malaysia 'negara demokrasi terbaik di dunia'.

Dan tentunya ini akan disokong oleh Mahathir bagi menunjukkan kepada bahawa "Malaysia Boleh' buat apa sahaja kerana rakyat disangkakan masih tidak cukup cerdik untuk memahami helah dan muslihat politik.

Bunyinya sama seperti slogan 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang' era Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyaksikan tanda bermulanya keruntuhan pemerintahan UMNO-BN yang kokok berdegar tapi tahi bergelumang di ekornya.

Semua persoalan, sama ada kerajaan BN serius atau sekadar main olok-olok, akan terjawab bila Najib mengumumkan tarikh pilihan raya umum, suatu hari nanti. – Roketkini.com

Papa Gomo ni kebal undang undang ka?

Posted: 22 Sep 2011 12:30 AM PDT

'Sudahkah polis siasat Papa Gomo?'
Muda Mohd. Noor

"Mengapa susah sangat hendak ambil tindakan ke atas Papa Gomo?," tanya ahli majlis MBPJ.

PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertanya mengapa polis lambat menjalankan siasatan laporan terhadap sebuah blog yang menyiarkan laporan palsu mengenai mesyuarat majlis itu bulan lalu.

Halimey Abu Bakar berkata, laporan terhadap blog Papa Gomo itu dibuat oleh Pengarah Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ Mohd Fauzi Maarop di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya 16 Ogos lalu.

Mohd Fauzi dalam laporan polisnya berkata tiada sebarang mesyuarat diadakan untuk mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

"Laporan polis itu dibuat oleh pengarah penguatkuasa, pegawai awam kelas A dan bukannya laporan oleh orang politik.

"Mengapa susah sangat hendak ambil tindakan ke atas Papa Gomo,?" tanya Halimey ketika dihubungi hari ini.

Halimey yang juga ketua penerangan PKR Petaling Jaya berkata, isu mahu menyita DUMC tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Burukkan kerajaan negeri

Katanya, apa yang dilakukan oleh blog tersebut ialah semata-mata untuk memburuk-burukan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Blog Papa Gomo bertarikh 13 Ogos lalu memuatkan dokumen dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist

Damansara Utama" oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya."

Blog itu mendakwa operasi menyita premis DUMC dibatalkan setelah mendapat arahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang dimaksudkan termasuk Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid

Samad dan tiga Exco Kerajaan Negeri Selagor Ronnie Lu, Elizabeth Wong dan Teresa Kok.

Khalid bersama ahli-ahli majlis MBPJ telah membuat satu laporan polis terhadap Papa Gomo, bulan Ogos lalu.

Tak baik woii kata Najib ni pondan... kahkahkah...

Posted: 21 Sep 2011 11:00 PM PDT

Kenapa Perlu Berundur? Adakah Najib Pondan?

Kes liwat: Najib pilih untuk undur sebelum bertempur, kata Anwar

Oleh Debra Chong
KUALA LUMPUR, 21 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau "kurang senang" dengan pendirian terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang enggan menjadi saksi perbicaraan kes liwat beliau meskipun sudah diberikan sepina.

"Tidak sempoi, tidak sempoi," celah isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui pemberita berhubung laporan bahawa Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mengetepikan sepina yang dikeluarkan ke atas mereka.

Di akhir perbicaraan hari ini, Anwar memberitahu pemberita, umum mengetahui bahawa Najib pernah bertemu dengan pengadu Mohd Saiful Azlan Bukhari.

"Bagi kami ini adalah penting," kata Anwar merujuk kepada keterangan Najib.

"Dia pilih untuk berundur sebelum bertempur," kata Ketua Pembangkang ini. - KB

Gua sokong ustaz nih...

Posted: 21 Sep 2011 09:00 PM PDT

ISU HANTU BONCENG : JANGAN CEMBURU BUTA, JANGAN SENSITIF BUTA

[1]

Kita amat marah dengan ISA. Dakwa kita, ISA zalim. Apabila Najib mansuhkan ISA, lalu mahu digantikan dengan dua lagi undang-undang yang mempunyai unsur tahanan tanpa bicara, kita turut marah.

Orang yang ditahan ISA ini banyak bentuk. Ada yang ditahan tanpa dibicarakan. Tanpa dinafikan juga, di sana terdapat individu yang ditahan tanpa diselidiki terlebih dahulu.

Tanpa kita sedari bahawa kita juga mengamalkan ISA, iaitu Islamic Security Act. Lebel orang itu kafir, munafiq, murtad, tidak wala', tidak siqah dan sebagainya, merupakan ISA yang kita amalkan.

Tuduhan terhadap filem Hantu Bonceng sebagai menghina agama merupakan satu tuduhan yang berat. Ia adalah ISA dalam bentuk Islamic. Sewajarnya, kalimah "menghina Islam" tidak digunakan, kerana ia memberi implikasi yang cukup berat.

Alangkah baiknya, jika dikatakan "diminta pihak yang berwajib mengkaji kandungan filem terbabit terlebih dahulu, kerana ia dianggap sebagai mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia".

Apabila lahir tuduhan "menghina Islam", sudah pasti pihak yang dituduh mahu mempertahankan diri. Ekoran itu, keluarlah kenyataan yang tidak berapa sedap didengari dari pihak pengarah filem, Ahmad Idham dan seangkatan dengannya.

Kemudiannya, orang ramai pula mula marah dengan Ahmad Idham, apabila beliau tetap mempertahankan bahawa filem yang diarahkan oleh beliau tidak ada unsure menghina Islam. Malahan, tidak kurang juga kutukan dan makian terhambur untuk ditujukan kepada beliau. Di samping itu juga, Ahmad Idham dikhabarkan menggunakan perkataan yang agak kurang enak terhadap mereka yang menganggap filem itu sebagai menghina agama.

Padaku, pemuda PAS yang menuduh filem itu sebagai menghina Islam juga sepatutnya dipersalahkan. Lebih-lebih lagi, ia dianggap sedemikian rupa tanpa dibuat penyelidikan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi juga, sampai hari ini kita tidak kedengaran lagi dimanakah hujjah dan bukti bahawa filem itu menghina Islam. Yang diketahui hanya dengan dakwaan bahawa ia mengganggu sentisitiviti umat Islam.

Tindakan itu, seiras-iras sama dengan tindakan Kerajaan BN yang menangkap sebilangan tahanan untuk diletakkan dalam ISA.

[2]

Dalam Islam, sebarang tindakan perlu diperhatikan implikasinya. Al-Quran sendiri melarang kita mencela sembahan selain dari Allah, kerana bimbang implikasi yang buruk berlaku.

Firman Allah;

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Maksudnya;
"Jangan kamu cela mereka yang menyembah selain dari Allah, nanti mereka akan cela Allah dengan permusuhan, tanpa ilmu" (Al-an'Am: 108)

Tindakan mendakwa bahawa filem terbabit sebagai menghina Islam tanpa penyelidikan terlebih dahulu, merupakan satu tindakan yang salah. Sudah pasti, ia melahirkan kesan sampingan yang buruk, iaitu kritikan dari pihak Ahmad Idham dalam suasana yang cukup buruk, kemudian berlaku pula kritikan mereka yang "sekepala" dengan pemuda PAS terhadap Ahmad Idham.

[3]

Dari sudut kandungan babak yang didakwa oleh Ketua Pemuda PAS itu, telah aku kupas dalam article yang lepas (sila klik). Malahan, ia telah dijawab juga oleh pihak penapisan filem. (sila Klik). Aku juga tidak tolak kemungkinan bahawa Pemuda PAS akan memohon maaf atas tuduhan sebagai "menghina Islam" apabila membaca atau mendapat penjelasan dari pihak lembaga penapisan filem terbabit.

Namun begitu, timbul beberapa perkara yang dijadikan sebagai hujjah sampingan bagi mengukuhkan pendapat Ketua Pemuda PAS itu. Ia adalah seperti berikut;

MELAWAK DALAM AGAMA

Melawak dalam agama ini, aku kira bukan pada filem itu sahaja. Malahan, banyak ceramah-ceramah yang disampaikan oleh sebilangan agamawan di Malaysia ini mengandungi unsure lawak.

Kita mesti kenal dengan Ustaz Azhar Idrus yang mempunyai pengaruh yang begitu besar di Malaysia pada kala ini. Ramai mendakwa bahawa factor lawak beliau menyebabkan ramai yang menjadikan beliau sebagai ikutan. Malahan, Pemuda PAS sendiri pernah memberi anugerah kepada beliau ekoran pengaruh yang ada pada beliau.

Jika kita perhatikan kuliah-kuliah beliau, kita akan dapati banyak kandungan kuliah beliau yang mempunyai unsure lawak. Seperti beliau pernah menyebut "siratal labi" yang merujuk kepada membaca "siratal Lazi", juga lawak "takbir ultraman" yang merujuk kepada amalan dalam solat.

Begitujuga dahulu, Allahyarham Ustaz Bunyamin Yaaqub pernah menjawab pendapat Mahathir yang mengatakan bahawa dalam Al-Quran tidak ada PAS, tetapi ada UMNO dengan merujuk kepada ayat;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا

Ayat ini bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman", tetapi diterjemah oleh Mahathir dalam satu ceramah beliau sebagai "Wahai orang-orang UMNO".

Bagi menjawab ulasan Mahathir itu, Allahyarham Ustaz Bunyamin Yaaqub mengatakan bahawa dalam al-Quran juga ada sebut PAS. Iaitu, dengan membaca ayat;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً

Maksudnya;
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam itu secara menyeluruh" (Al-baqarah : 208)

Tetapi, diterjemah oleh Allahyarham Ustaz Bunyamin sebagai "Wahai orang-orang UMNO, pakat-pakatlah masuk PAS".

Tidak kedengaran seorang pun marah dengan tindakan itu. Tidak ada pula memorandum dan kritikan terhadap tindakan itu. Jika melawak dalam perkara agama dianggap sebagai sensitive secara mutlak, mengapa perkara ini tidak dibangkitkan langsung?

Padaku, jika yang sana salah, maka yang sini juga salah. Jangan disebabkan geng kita buat maka ia adalah tidak salah, tetapi ia dikira salah apabila dilakukan oleh orang lain.

PERSEPSI

Aku mengatakan bahawa kandungan dialog dalam babak yang dikritik itu tidak salah dari sudut balaghah. Jadi, seharusnya ia tidak menjadi isu. Namun begitu, ada pihak yang mengatakan bahawa ia hendaklah dilihat dari persepsi.

Kalau itu pendapat mereka, seakan-akan mereka lupa dengan beberapa isu yang melibatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam banyak kenyataan-kenyataan beliau.

Antaranya adalah seperti isu "tuhan samseng". Ia menjadi satu persepsi yang cukup buruk, tetapi diselesaikan dengan perbahasan balaghah, iaitu satu bab dalam perbincangan Balaghah yang dinamakan sebagai "musyakalah".

Begitujuga dengan isu yang dibangkitkan oleh "geng-geng beraliran ahbash" dengan ulasan Tuan Guru yang menyebut, "Tuhan (Allah) bersila lendik atas arash", sehingga Tuan Guru mendapat lebel Wahabi oleh mereka.

Dikala hangat berbincang, lalu dijawab oleh Tuan Guru dengan kupasan balaghah, iaitu ucapan Tuan Guru itu seperti kita berkata "muka tangga" yang bukan bermaksud tangga itu ada muka, tetapi balaghah dalam perkataan.

Mungkin persepsi ini tidak salah di sisi kita kerana ia dilakukan oleh Tuan Guru, tetapi salah jika dilakukan oleh orang lain.

[4]

Padaku, dalam isu ini, sewajarnya tidak menggunakan ayat "menghina agama" terhadap filem terbabit. Lagi pula, ia sememangnya tidak salah jika dirujuk dari sudut ilmu Balaghah.

Sekiranya kekal juga dengan ayat "menghina agama", sudah pasti ia melahirkan tuduhan lain yang tidak berasas. Seterusnya tidak mustahil (tidak bermakna mesti berlaku, tetapi dibimbangi) akan keluar pula tuduhan bahawa Ahmad Idham itu seperti musuh Islam dan seterusnya tidak hairan, akan keluar tuduhan yang mengatakan Ahmad Idham sebagai terkeluar dari islam. Keadaan ini sudah pasti, memberi keburukan yang lebih besar.

Dengan itu, aku mencadangkan agar digunakan ayat yang lain, seperti berkata, "filem itu tidak sesuai untuk tontonan orang Islam" atau sebagainya (terpulang atas kebijaksanaan).

Padaku, jika kita mahu menjaga sensitivity umat Islam, tetapi jangan sampai satu tahap kita menjaga itu sehingga melahirkan sensitivity yang lain. Lagi pula, kita memang perlu dilihat menjaga sensitive, tetapi jangan pula kita lakukan tindakan sehingga ramai melihat kita sedang sensitive buta, sepertimana melihat kepada orang yang cemburu buta.

Kalau dalam kitab Ihya ulum Ad-Din ada istilah "Al-Iqtisad fi Al-Ghirah", iaitu "pertengahan dalam cemburu". Maka, mungkin kitab kini kena buat satu tajuk, iaitu "pertengahan dalam sensitive".

Sekian

Wallahu 'Alam

Sah dan sahih, video ni memang tulen... kahkahkah...

Posted: 21 Sep 2011 08:00 PM PDT

Sah dan sahih, video ni memang tulen... kahkahkah...
Pengakuan yang paling lurus dari mamat yang tak kenal ertil 'kool'...

Woit Anwar, bila masanya depa ada niat baik...

Posted: 21 Sep 2011 07:00 PM PDT

Pendakwaan 'terpilih' Mat Sabu berniat jahat, kata Pakatan

Pakatan Rakyat mendakwa Datuk Seri Najib Razak tidak mengotakan janji untuk meningkatkan tahap kebebasan awam apabila mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan itu sebagai "berniat jahat" dan merupakan pencabulan terhadap janji-janji pembaharuan yang diumumkan Najib minggu lalu.

"Kita juga prihatin apa yang berlaku di Mahkamah Sesyen Butterworth, keputusan kerajaan untuk mendakwa Mat Sabu (gambar) bercanggah dengan apa yang diwar-warkan Najib sebelum ini.

"Kerajaan mengatakan mahu mansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) namun pendakwaan ke atas Mat Sabu adalah rakus dan berniat jahat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Kesian kat budak nih...

Posted: 21 Sep 2011 06:00 PM PDT

Jangan dok buat naya kat budak budak... tak baik... dekat laki dia sorang takut sudah la, jangan dok gempaq orang lain... haha...

Papa Gomo ni kebal undang undang ka?

Posted: 21 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tiada ulasan: