Sabtu, 17 September 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib akui, Program BN Program Syok Sendiri

Posted: 17 Sep 2011 09:22 AM PDT



KUALA LUMPUR 17 Sept - Program 'Syok Sendiri' merupakan salah satu punca BN tidak mendapat sokongan daripada masyarakat akar umbi.


Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan tegas, anggota parti itu sewajarnya sedar akan tindakan sedemikian yang menjadi salah satu punca parti komponen tersebut tewas pada PRU 12.

Najib juga menempelak tindakan sesetengah Pemimpin BN Negeri yang bersikap sedemikian yang hanya akan menipu diri sendiri sendiri. sekiranya melaporkan bahawa program yang diadakan itu merupakan satu kejayaan.

"Jangan hantar laporan, 300 orang berhimpun, berjaya. Siapa 300 orang itu? "Kalau 300 orang itu orang yang menentang kita, barulah berbaloi buat perhimpunan," katanya lagi dalam perhimpunan yang diadakan di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah.

Beliau turut menyebut mengenai satu program "Sirih Pulang Ke Gagang" yang akan dihadirinya selepas itu di kampus Universiti Teknologi Mara.

"Saya dengar banyak ribu nak masuk balik. Kalau betul, we are on the upward swing," katanya lagi.

Turut hadir di program itu ialah timbalan pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar serta pemimpin parti komponen lain termasuk Datuk Seri G Palanivel, M Kayveas dan Kohilan Pillay.

KL Pos

202 kawasan Parlimen sudah ada kompeni askar Wataniah

Posted: 17 Sep 2011 09:10 AM PDT

JITRA, 17 Sept — Sebanyak 202 kawasan Parlimen di seluruh negara telah menubuhkan Kompeni Askar Wataniah manakala baki 20 kawasan Palimen lagi akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini.

Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata 20 kawasan Parlimen berkenaan terletak di Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


"Kita akan lancarkan bakinya secara berperingkat sejajar dengan keperluan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya dipetik Bernama Online.

Katanya pasukan askar wataniah kini mempunyai kekuatan 56,036 anggota termasuk 2,425 orang di Kedah.

Ahmad Hasbullah berkata Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah telah ditubuhkan di semua negeri dengan tujuan membantu Rejimen Askar Wataniah setempat dalam pembangunan askar wataniah.

Jawatankuasa itu mampu bantu askar wataniah dalam membangunkan modal insan pemuda-pemudi anak watan untuk menyertai askar wataniah di samping memupuk semangat cintakan negara, kata beliau.

"Ia ditubuhkan selaras dengan konsep menganakangkatkan Angkatan Sukarela oleh kerajaan negeri di mana jawatankuasa ini akan merancang segala bentuk bantuan untuk membangunkan pasukan askar wataniah di negeri masing-masing," katanya.


The Malaysian Insider

EKSKLUSIF! - Rakaman CCTV Berwarna Dato Seri Anwar Ibrahim Di Ampang Apartment

Posted: 17 Sep 2011 04:57 AM PDT



Aksi Seks Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah disahkan SAH 100% tulen oleh pakar Forensik luar negara dan dalam negara mengakibatkan kemarahan buat para penyokong Anwar Ibrahim. bermacam macam reaksi dari mereka yang mana Anwar Ibrahim sendiri menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam Video Seks tersebut.


Bersumpah beliau enggan walaupun Dato Eskay dengan berani bersama Tan Sri Rahim Thamby Chik serta Dato Shuib Lazim mengangkat sumpah lakhnat dalam Masjid beberapa bulan yang lepas.

Para penyokong Anwar Ibrahim menyatakan bahawa bukan Anwar Ibrahim yang melakonkan aksi seks bersama Pelacur China tersebut. Malah dikatakan bahawa rakaman hitam putih dalam video tidak jelas menunjukkan lelaki tersebut Anwar Ibrahim. Paling malang bila mereka mendakwa bahawa lelaki mirip Anwar Ibrahim yang beraksi dalam video Seks tersebut.

Bagaimana dengan Video dibawah ini? Mari kita lihat:



Rakaman yang mana dirakam oleh CCTV dengan warna jelas dan muka Anwar Ibrahim juga jelas kelihatan. Waktu rakaman juga selari dengan apa yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim bersama pelacur China tersebut.

Waktu yang dicatatkan dalam video Seks tersebut adalah seiringan dengan rakaman CCTV yang menunjukkan Anwar Ibrahim masuk kedalam Lif dan kemudian keluar dari Lif. Malah sebelum ini juga kita semua telah didedahkan dengan kehilangan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam Twiiter dan Facebook waktu hubungan Seks tersebut berjalan.


Korang percaya lagi dakwaan PapaGomo seperti yang ditulisnya diatas kali ini?

Kalau percaya sila baca di SINI

Mansuhkan ISA idea Najib bukan dicuri dari Buku Jingga?

Posted: 17 Sep 2011 02:44 AM PDT

Seperti biasa..

Sebagaimana mereka menafikan bahawa idea 1Malaysia itu diciplak dari 1Israel, mereka juga menafikan bahawa hapuskan ISA itu sebagai inisiatif mereka sendiri iaitu idea Najib yang kononnya bijaksana, bukannya mencuri idea Buku Jingga Pakatan Rakyat atau disebabkan desakan Pakatan Rakyat.

Hari ini Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mempertahankan pengumuman Datuk Seri Najib Razak mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai inisiatif mereka sendiri, bukannya mencuri idea Buku Jingga Pakatan Rakyat atau disebabkan desakan pembangkang.


Paling menarik komen Hishamuddin, katanya "Bila buku Jingga itu keluar? Perdana Menteri sudah umum kajian ISA secara holistik dua tahun lalu, kita sudah pun menjalankan proses kajiannya secara bijaksana,"

Kajian secara Holistik dua tahun lalu?? korang percaya?



BN: Kami tak curi idea Buku Jingga Pakatan mansuh ISA
September 17, 2011

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mempertahankan pengumuman Datuk Seri Najib Razak mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai inisiatif mereka sendiri, bukannya mencuri idea Buku Jingga Pakatan Rakyat atau disebabkan desakan pembangkang.

Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga Disember lalu dan salah satu daripada 10 inisiatif yang hendak dilaksanakan dalam 100 hari pertama jika menerajui Putrajaya ialah memansuhkan ISA.

"Bila buku Jingga itu keluar? Perdana Menteri sudah umum kajian ISA secara holistik dua tahun lalu, kita sudah pun menjalankan proses kajiannya secara bijaksana," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana di Seremban hari ini.

Hishammuddin mengulas mengenai dakwaan pakatan pembangkang bahawa BN mencuri idea mereka menerusi Buku Jingga.

Awal tahun ini, pemimpin-pemimpin BN dan Umno mengkritik kandungan Buku Jingga mustahil untuk dilaksanakan.

Buku Jingga itu mengandungi janji pakatan pembangkang yang akan dilaksana dalam masa 100 hari jika mereka mentadbir negara.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, kajian mengenai ISA diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2009, iaitu lebih setahun sebelum Buku Jingga dilancarkan.

Dakwaan itu jelas menunjukkan pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS sudah ketandusan idea, kata Hishammuddin dipetik Bernama Online.

Semalam, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dari DAP mendakwa pemansuhan ISA itu hasil perjuangan pakatan pembangkang.

Kelmarin, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu The Malaysian Insider bahawa ia hasil kejayaan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang diadakan Ogos 2009.

Pemansuhan ISA diumumkan oleh Perdana Menteri semasa menyampaikan perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia kelmarin.

Hishammuddin turut mengakui wujud kebimbangan pada kalangan rakyat mengenai keselamatan negara yang selama ini dijamin di bawah ISA.

"Perpaduan dan keamanan yang wujud pada hari ini masih lagi terjamin dan akan terus berkekalan di bawah dua akta baru yang akan diumumkan nanti," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai dua akta berkenaan, selain menafikan undang-undang baru berkenaan akan menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri yang diguna pakai Singapura.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak tertentu dan orang ramai supaya tidak berprasangka buruk terhadap keputusan kerajaan untuk memansuhkan ISA.

Muhyiddin berkata pengumuman Najib berkenaan perkara itu sebenarnya mengejutkan banyak pihak terutama pembangkang yang tidak percaya kerajaan akan berbuat demikian.

Muhyiddin, yang menyifatkan pengumuman Perdana Menteri itu sebagai satu tindakan berani berkata, keputusan itu bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya dilakukan selepas kajian dan penelitian yang mendalam.

"Ini membuktikan keberanian pimpinan Perdana Menteri. Ia bukan kerana desakan mana-mana pihak walaupun ia telah dibangkitkan sekian lama. Ia harus disambut baik oleh rakyat tidak kira kaum dan keturunan," katanya di Nibong Tebal.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Dua undang-undang baru akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.


The Malaysian Insider

Kata Najib, ISA dimansuhkan tetapi kenapa tahanan belum bebas?

Posted: 16 Sep 2011 06:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Sept ─ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa membebaskan kesemua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekarang sebagai langkah keikhlasan pertama ekoran pengumuman beliau untuk menghapuskan undang-undang tersebut.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, amat dikesali apabila kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sekali lagi mengikut langkah melawan arus seperti dalam hal menangani perhimpunan Bersih 2.0 dengan mengumumkan bahawa tahanan ISA akan kekal sehingga dua akta baru menggantikan ISA siap.


"Dua akta itu pula hanya akan dibentangkan tahun depan mengikut kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz dan semua ini menambah perit kepada ahli keluarga tahanan ISA yang menaruh harapan tinggi sejak pengumuman Najib (kelmarin)," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tuan Ibrahim menambah, seharusnya Menteri Dalam Negeri bertindak lebih bijak dalam hal ini dengan membebaskan semua tahanan ISA secepat mungkin sebagai langkah ikhlas dan demi membantu Najib mendapatkan kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa pengumuman melakukan reformasi untuk kebaikan negara bukanlah hangat-hangat tahi ayam seperti apa yang melanda siri reformasi ekonomi yang diwar-warkan.

Malah katanya, jika tidak dapat dibebaskan dengan serta-merta pun, PAS menggesa agar tahanan tanpa bicara ini dapat dihadapkan di mahkamah serta-merta supaya mereka dapat membela diri sekiranya kerajaan mendakwa mempunyai bukti kukuh mereka adalah golongan pengganas.

Pesuruhjaya PAS Pahang ini yakin terdapat puluhan lagi yang ditahan dalam kem Kamunting sekarang dengan pelbagai tuduhan yang mungkin hanya berpunca daripada sangka buruk, dendam dan politik seperti yang berlaku ke atas enam ahli PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini.

"Najib mesti memilih antara dua pilihan ini - sama ada mereka mesti dibebaskan atau dibicarakan," kata beliau lagi.

Di samping itu, katanya, PAS juga menuntut kerajaan memohon maaf kepada tahanan ISA yang ditahan tanpa bicara, ekoran Perdana Menteri mengakui terdapat kepincangan dalam akta 'draconian' tersebut sekiranya beliau betul-betul ikhlas dalam reformasi ini.

"Janganlah pula cepat menolak tanggungjawab untuk memohon maaf kepada bapa-bapa negara yang lalu kerana mereka yang menggubal akta yang zalim ini," kata Tuan Ibrahim sambil menambah, "sebaliknya Najib patut mewakili bapa-bapa negara yang lalu untuk memohon maaf kepada semua tahanan ISA kerana mereka adalah daripada rumpun yang sama iaitu Barisan Nasional."

"Sebagai tanda keikhlasan juga, kerajaan tidak boleh berlepas tangan begitu sahaja kerana mangsa kekejaman ISA terus tertekan sama ada dari sudut mental, fizikal maupun spiritual. Nama mereka mesti dibersihkan akibat akta zalim ini," kata beliau.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib.

Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.


The Malaysian Insider

Tak dapat tanduk.. telinga nak dipulas..

Posted: 16 Sep 2011 12:04 PM PDT

Tak dapat tanduk telinga dipulas, itu adalah ungkapan atau pepatah yang sesuai untuk menggambarkan tindakan sekumpulan pencacai UMNO yang menyerbu rumah Mat Sabu di Guar Petai sekitar jam 8.00 malam semalam.

Kononnya tujuan serbuan mereka itu adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Mat Sabu berkenaan isu Mat Indera, turut dibawa bersama mereka ialah sekumpulan wartawan bagi membuat liputan akan penyerahan memorandum oleh mereka itu.


Mungkin mereka menyerbu kerana mereka tahu bahawa Mat Sabu tiada dirumah yang tinggal hanyalah isterinya Normah.

Jadi peluang ini digunakan mereka untuk menunjukkan kejantanan dengan tujuan untuk menakut-nakutkan isteri Mat Sabu.

Yalah.. nak takutkan Mat Sabu.. mereka sendiri, takut jadi mereka takutkanlah isterinya, tak dapat tanduk.. telingapun jadilah..

Samada ianya adalah malang atau sememangnya mereka menyedari bahawa rumah itu tiada berpenghuni langsung tetapi hanya kerana untuk membuktikan kepada wartawan merekalah penyokong Pejuang Bangsa mereka menyerbu juga rumah yang kosong itu.

Mungkin juga mereka menyerbu rumah yang kosong itu kerana mereka juga takut akan isteri Mat Sabu.. entahlah.. tapi mungkin juga..

Ketika kejadian tiada penghuni di rumah Mat Sabu itu kerana Isterinya Normah berada di Hospital Alor Setar kerana menjaga ayahnya yang sakit..

Kesian kat wartawan yang ikut depa tu… kena tipu dengan pencacai UMNO..

*Terima kasih Pak Bakar kerana SMS pada pukul 8:12 malam semalam.. dan terima kasih juga buat sahabat (SINI) dan juga (SINI)yang mula menyiarkan berita kerana aku berada di luar kawasan…

Tiada ulasan: