Rabu, 14 September 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Polis era BN gesa bayar zakat di sini.

Posted: 14 Sep 2011 04:07 AM PDT

Sumber Gambar : IAR




Perlu ada buku khas tawaran kepada pengundi muda.

Posted: 13 Sep 2011 11:55 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Memang lebih rasmi dan mutlak dalam Buku Jingga. Tapi gua harap PR boleh mengeluarkan 'buku kecil' khusus untuk pengundi muda dari segi ekonomi. Lebih detail dan lebih sesuai dengan generasi muda.

Dan jika PR sukar untuk mendapat titik bersama dalam hal ini, PAS, DAP dan PKR maybe boleh buat dalam bentuk cadangan kepada kerajaan Malaysia baru.

Untuk menjelaskan pendapat gua, gua menulis begini :

1. Satu perlancaran manifesto tawaran dari Malaysia Baru untuk generasi muda. Oleh siapa? Pemuda PR.

Atau.

2. Satu perlancaran cadangan kepada Malaysia Baru untuk generasi muda. Oleh siapa? Pemuda PAS / pimpinan PAS / Pemuda PKR / sebagainya. Dalam bentuk cadangan yang akan didesak dalam Malaysia Baru.

Bentuk2 tawaran yang mungkin menarik terhadap generasi muda :

[1]
Liberal dasar automotif. Hapuskan monopoli. Kilang Proton dan perodua hanya boleh memberi peluang pekerjaan sebanyak 50 ribu (contoh).

Tapi jika monopoli dihapuskan, atau kereta yang mahu mendapatkan harga setanding Proton perlu dipasang di Malaysia, pelbagai kilang kereta jenama akan masuk. Peluang pekerjaan akan berganda berbanding 50 ribu untuk Proton dan Produa.

Proton dan Perodua pula akan bersaing sihat yang memngembalikan keuntungan kepada rakyat. Dari kualiti, servis, etc. Kerajaan maybe boleh membantu Proton / Perodua dari segi pengurangan cukai jalan atau sebagainya yang difikrkan baik.

[2]
Rumah konsep sementara di kawasan2 strategik. Kawasan bandar / tumpuan lokasi pekerjaan.

Rumah milik kerajaan yang disewakan dalam tempoh 5-10 tahun. Untuk pasangan baru berkahwin. Sebelum ke alam pasaran realiti. Hapuskan konsep tanah Malaysia wajib dijual kepada kapitalis / swasta. Sebaliknya perbanyakkan projek2 milik GLC atau kerajaan.

[3]
Pengangkutan awam yang efisyen dari kawasan pinggir bandar ke bandar.

Kepadatan, persaingan sengit, etc banyak melemahkan golongan yang lemah. Jika Malaysia Baru berjaya menjimatkan berbilion wang dari rasuah dan ketidakcekapan, selama bertahun2, wang tersebut boleh dikembalikan untuk pengangkutan pinggir bandar ke bandar.

Rakyat boleh tinggal di pinggir bandar walau kerja di bandar. Contohnya, tinggal di Rembau, tetapi kerja di Shah Alam atau Kuala Lumpur. Pengangkutan awam ke tempat kerja hanya sejam. Tidak mustahil.


[4]
Kos lesen kenderaan yang munasabah. Di abwah regim BN, kos mengambil lesen kenderaan sangat2 tidak masuk akal. Malaysia Baru sepatutnya menawarkan mekanisme bagaimana membantu golongan muda dan remaja.


Mungkin Malaysia Baru boleh memperkanalkan kadar maksima kos lesen yang munasabah. Yuran seumur hidup. Tetapi terbatal dan hanya boleh diambil semula selama beberapa ketika yang difikirkan sesuai apabila melakukan kesalahan jalanraya yang serius.


[5]

[6]

Seterusnya boleh difikirkan oleh PR bagi memenuhi keperluan rakyat muda. Wallahualam.





Survey sikek : Suka panjang atau suka pendek?

Posted: 13 Sep 2011 11:05 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Cer lu orang bagitau gua jenis lu orang. Jenis yang suka baca panjang2 ke, jenis yang suka baca secotet jer. Sebab umur gua yang semakin berusia ni (awal 50an), rasa malas pulak tulis panjang2. Wakakaka.



Tiada ulasan: