Rabu, 14 September 2011

PRO REFORM

PRO REFORM


PR Letak Lima Syarat

Posted: 14 Sep 2011 03:13 AM PDT

KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) bersetuju bekerjasama dan menyertai jawatankuasa terpilih parlimen bagi pembaharuan sistem pilihan raya negara, namun meletakkan lima syarat harus dipatuhi kerajaan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian dari Pas, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, antara syarat perlu dipenuhi adalah penetapan tarikh pilihan raya umum akan datang dengan persetujuan antara Barisan Nasional (BN) dan PR.

Menurutnya, jika syarat ini diterima, maka ia akan menjadi sejarah kerana buat pertama kalinya, tarikh pilihan raya umum, dipersetujui bersama untuk mengelak ketidakpuasan hati mana-mana pihak sepertimana yang telah dilakukan oleh negara-negara maju lain.


"Tidak pernah berlaku dalam sejarah kita, satu permuafakatan bersama tetapkan tarikh pilihan raya, dalam erti kata lain, pembubaran parlimen mesti mendapat kata sepakat semua," katanya di Pejabat Agung Pas semalam.

Syarat lain adalah kerajaan perlu memenuhi kesemua lapan tuntutan Bersih 2.0 serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), perlu melaksanakan segala perkara yang boleh dilakukan mengikut bidang kuasa mereka.

"Kami mahu jawatankuasa terpilih parlimen diberi masa mencukupi untuk membuat kajian dan pilihan raya umum tidak boleh diadakan dalam tempoh ini.

"Selain itu, isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing, perlulah menjadi terma rujukan jawatankuasa terpilih parlimen ini.

Menurutnya, PR juga mahu kerajaan akur dengan segala keputusan hasil dari jawatankuasa terpilih parlimen.

Salahuddin yang juga Naib Presiden Pas turut menuntut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan dan serius melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya sebelum melaksanakan pilihan raya.

"Sebelum kami putuskan sama ada mahu sertai atau tidak, kami mahu kerajaan beri jaminan dalam lima perkara ini, kita bersedia tawarkan khidmat, bukan untuk parti tapi untuk rakyat tetapi mesti ada jaminan serius, sebelum 3 Oktober iaitu persidangan Parlimen bermula," katanya.

Ditanya sekiranya salah satu tuntutan ini tidak diterima, maka Bersih 3.0 mungkin digerakkan dan mengingatkan kerajaan, bahawa kesediaan PR bekerjasama dalam perkara ini jangan disia-siakan.

"Kita cakap tentang jiwa besar kita dulu, tentang kese­diaan, kita beritahu tentang hasrat dan tunggu jawapan daripada Perdana Menteri," katanya," katanya.

- Sinar Harian

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Tiada ulasan: