Selasa, 20 September 2011

Addin

Addin


Pengarah Filem Hantu Bonceng Melenting!!

Posted: 20 Sep 2011 08:58 AM PDT

Zizan Raja Lawak bertindak memohon maaf di atas ketelanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam filem Hantu Bonceng yang dibintanginya. Pengarah Filem berkenaan, Ahmad Idham pula sebaliknya masih mempertahankan bahawa dialog tersebut bukanlah satu kesalahan kerana filem itu katanya turut ditonton empat ulama sebelum ia disiarkan kepada umum.

Beliau bagaimanapun belum lagi menamakan siapa keempat-empat ulama itu. Ahmad melalui Twitter juga marah dengan segelintir peminat yang katanya tidak beradab dalam memberikan teguran mengenai isu tersebut.

Sementara itu, pernyataan maaf Zizan kepada semua masyarakat Islam di negara ini juga dibuat melalui laman Twitter miliknya semalam. " Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap," katanya.

Zizan menambah, tidak pernah terdetik pun difikirannya untuk menghina Rasulullah S.A.W. Filem Hantu Bonceng yang sebelum ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa dua minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara. Namun, ia mula dikritik banyak pihak apabila dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ia dapat dilihat pada bahagian di mana pelakon utamanya, Zizan Razak sedang menerima rawatan di hospital dan mula menjerit bila ditegur rakannya. Dalam bahagian itu, pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).


Bukti Transformasi Pentadbiran Najib Sekadar Retorik

Posted: 20 Sep 2011 07:00 AM PDT

N Surendran menyelar tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein yang enggan memberi jawapan samada akhbar Suara Keadilan akan diberi permit semula. "Keengganan berterusan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan permit untuk Suara Keadilan petunjuk paling jelas bahawa kerajaan tidak ikhlas untuk meliberalisasikan undang-undang media dan membenarkan kebebasan sebenar akhbar di negara ini," katanya.

Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dengan menggantikan pembaharuan permit penerbitan tahunan kepada permohonan sekali sahaja, selain memansuhkan ISA. Namun hari ini Hishamuddin Hussein dalam satu sidang media membuat kenyataan bahawa "keselamatan" akan menjadi kebimbangan utama dalam mengeluarkan permit bagi penerbitan akhbar. 
 
"Ini mengesahkan kerajaan hanya memberi alasan palsu dan munafik seperti 'sebab-sebab keselamatan' untuk menafikan permit penerbitan yang mengkritik Kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Surendran dalam satu kenyataan. "Ia juga bukti jelas bahawa reformasi yang berupa sebagai PM hanyalah satu penipuan besar-besaran ke atas rakyat," tambah beliau.

Katanya, walaupun PM membuat janji-janji untuk menjadikan negara "demokrasi yang terbaik", namun kenyataan Hishamuddin bahawa budi bicara mutlak untuk memberi dan membatalkan permit akan dikekalkan, membuktikan PM hanya sekadar menabur janji.

Justeru itu Surendran menyeru kerajaan supaya melakukan pembaharuan secara efektif seperti yang diumumkan PM agar negara berubah menjadi demokrasi yang betul dan matang./kd
 
 

Selamat Tinggal ISA, Selamat Datang GST

Posted: 20 Sep 2011 06:00 AM PDT

Pemaksaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya boleh dielakkan dengan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar."(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) telah memberi isyarat yang jelas bahawa GST akan dipaksakan ke atas rakyat selepas pilihan raya akan datang, maksudnya selepas BN menang dalam pilihan raya akan datang. "Dengan sendirinya ia memberi mesej yang jelas kepada rakyat supaya menolak BN habis-habisan dalam pilihan raya akan datang jika mereka tidak mahu GST dipaksakan ke atas mereka," katanya. 
 
Baru-baru ini, Perdana Menteri berkata: "Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST". Mahfuz menyifatkan tindakan memaksakan GST ke atas rakyat itu sebagai gambaran jelas sikap tidak bertanggungjawab kerajaan BN. "Dari dulu lagi, asal menghadapi masalah, simpanan rakyat seperti di dalam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dikerjakan oleh kerajaan BN.

"Sekarang, zaman pemerintahan Najib, lebih teruk lagi. Asal menghadapi masalah kewangan, rakyat hendak disiksa. "Hendak rentap subsidi dari rakyat dengan alasan subsidi adalah candu kepada rakyat, hendak paksakan GST dan pelbagai tindakan lain menyiksa rakyat dengan memaksa mereka menanggung beban ketidakmampuan kerajaan BN yang sudah kehilangan akal untuk meningkatkan pendapatan negara," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya seperti kerajaan BN yang jelas begitu ketagih untuk menyiksa dan membebankan rakyat. "Bila menghadapi masalah kewangan, langsung tidak terfikir untuk menghentikan sikap boros, menghentikan projek yang bukan-bukan seperti hendak membina bangunan 100 tingkat dengan membelasah hasil simpanan rakyat, menghentikan rasuah, melaksanakan tender terbuka dan pelbagai amalan yang boleh menjimat dan meningkatkan pendapatan negara.

"Yang kerajaan BN tahu hanyalah hendak menyiksa rakyat dengan memaksa rakyat mengeluarkan lebih banyak lagi wang dari poket mereka, tidak kiralah dengan merentap subsidi, memaksakan cukai seperti GST, menguatkuasakan pelbagai saman dan lain-lain tindakan yang tujuannya hanya satu, iaitu memeras wang rakyat dan meragut wang dari poket rakyat," katanya.

Menurut Mahfuz, tidak ada gunanya menggula-gulakan rakyat kononnya dengan mengajak mereka mengucapkan selamat tinggal kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi pada masa yang sama memaksa mereka mengucapkan selamat datang kepada GST./hrkh
 
 

Rumah Mewah, Jamil Khir Perlu Isytihar Harta Bukannya Bersumpah

Posted: 20 Sep 2011 03:10 AM PDT

Menteri hal ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom perlu mengisytihar harta, bukan bermain sumpah jika mahu membersihkan nama beliau, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Dr Badrulamin Bahrom. Menurut Badrulamin, menteri di jabatan perdana menteri itu bersumpah tidak menggunakan kutipan zakat untuk kediaman mewahnya itu, tetapi tidak berani mengisytiharkan harta. 


"Kalau berani bersumpah, Jamil Khir perlu juga berani isytihar harta supaya rakyat tahu apa yang terjadi. "Dianggar rumah Jamil tidak kurang RM5 juta, berapa gajinya? berapa elaun? Jika beliau seorang yang berintegriti, bersihkan nama," katanya kepada Suara Keadilan.
Dr Badrulamin berkata, Jamil Khir tidak perlu takut jika wang yang digunakan untuk membesarkan rumahnya bukan kutipan zakat atau melalui sumber diragui. "Sebagai agamawan, beliau tidak perlu takut jika amanah dengan tugas dan tanggungjawabnya. Beliau juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kekayaan Jamil Khir.

"SPRM tolong siasat dari mana kekayaan Jamil. Beliau baru dua tahun pegang jawatan menteri. SPRM kena telus, hasil siasatan perlu didedah kepada rakyat. "Semua orang mahu tahu bagaimana Jamil Khir dapat banyak duit dalam masa singkat," kata Ketua Penerangan Pejabat Menteri Besar Selangor itu.

Suara Keadilan keluaran lalu memaparkan gambar rumah mewah Jamil Khir yang menjadi tanda tanya pelbagai pihak. Jamil dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali sebelum ini menggunakan wang zakat RM32,000 bagi membiayai kos guaman kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan./kd
 

Cerai Kerana Tak Mahu Berhenti Merokok

Posted: 20 Sep 2011 02:10 AM PDT

Menolak menghentikan kebiasaaan menghisap rokok, suami isteri akhirnya memutuskan untuk bercerai. Sebenarnya pasangan dari Mesir ini memiliki pernikahan 'bahagia' selama 12 tahun. Namun meraka berdua mahu tak mahu harus mengakhiri pernikahan mereka lantaran sang suami, Mohammed tak mahu menghentikan kebiasaannya merokok di dalam rumah meskipun dia tahu isterinya alergik rokok."Selama menghirup asap rokok, aku jadi menderita alergik yang berat. Tapi suamiku tak mahu menghentikan kebiasaannya itu meski aku pernah masuk hospital dan doktor melarangku mendekati para perokok," ujar Yasriya Suleiman, isteri Mohammed.

Menurut femalefirst.co.uk, Mohammed, pereka mesin, mengatakan kalau dia dia selalu merokok sepanjang hidupnya. Jika disuruh berhenti rokok malah membahayakan kehidupannya./bk


Najib Bergurau Senda Di Stesen Radio Hitz FM

Posted: 19 Sep 2011 09:56 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menonjolkan perwatakan yang santai dengan mengusik dan bergurau-senda ketika muncul di slot pagi Gotcha Call stesen radio Hitz.fm, pagi Selasa. Pada kemunculan itu, PM sempat membantu penyampai JJ dan Ean membuat panggilan mengusik kepada Pengurus Besar Program AMP Radio Networks, Jake Abdullah atau lebih dikenali sebagai Jakeman.

Ketika ditanya oleh JJ apa yang bermain di fikirannya ketika membuat panggilan telefon itu Najib berkata: "Saya memang mahu mendapatkannya (Jake)!." Menerusi panggilan usikan itu, Najib bertanya kepada Jakeman adakah anak lelakinya yang merupakan seorang turntablist boleh melakukan tugas DJ di kelab malam Jake. 
Jakeman yang terkejut dan tidak percaya bahawa dia sedang berbual dengan PM, lantas bersetuju untuk menjalankan uji bakat ke atas anak Najib. Terdahulu, Najib 'bertarung' dengan seorang pemanggil stesen radio Mix FM, Yang Poh Ling dalam slot Battle of the Sexes ketika bersiaran dengan penyampai JD dan Dilly. 
Beliau juga memberitahu JD dan Dilly bahawa dia agak gementar ketika muncul di radio. "Saya jarang gementar!" kata Najib yang menghabiskan sekitar setengah jam pada setiap stesen radio tersebut, selain membuat kemunculan mengejut di Era FM bersama penyampai dan pengacara Aznil Nawawi. Najib juga sempat berkongsi pandangannya tentang bola sepak dan muzik ketika ditemuramah di kedua-dua stesen radio berbahasa Inggeris itu./kltoday

Addin :

Prihatin sungguh kau Najib.. Kau bersuka ria dan bergurau senda puas-puaslah Najib, lepas PRU 13 nanti mungkin kau senasib dengan Ben Ali dan Husni Mubarak..


Tiada ulasan: