Jumaat, 16 September 2011

shalehudin

shalehudin


Perbicaraan khalwat pelakon Razak Ahmad

Posted: 16 Sep 2011 11:00 AM PDT

Khalwat : Razak Ahmad Hanya Mahu Ambil Baju

Oleh SALWA SHA'ARI

Razak Ahmad

PETALING JAYA: Pelakon, Razak Ahmad memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, Khamis, kehadirannya di rumah seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang pada malam mereka ditangkap berkhalwat pada 1 April 2006 hanya disebabkan dia mahu mengambil baju yang ditaja wanita itu untuk satu program televisyen.

Razak, 44, yang sinonim dengan watak orang alim dalam drama televisyen itu menambah, wanita tersebut, Selamah Sahudin, 45, sering menaja baju berunsurkan keislaman seperti baju Melayu, jubah dan kurta yang dipakainya dalam sesuatu program seni.

"Pada masa itu saya dipanggil untuk terlibat dalam siaran langsung di RTM yang sedang membuat percubaan untuk disenaraikan dalam Buku Rekod Malaysia kerana bersiaran selama 60 jam tanpa henti.

"Saya dijemput untuk mengisi slot secara langsung pada pukul 4 hingga 5 pagi dan disuruh untuk bercerita bagaimana seorang yang bergelar Qari boleh menyanyikan lagu-lagu asli dan berlakon," kata Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Ahmad.

Tambah Razak, mengikut perancangan asal, dia akan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan menyanyikan lagu Ahmad Jais di dalam program tersebut.

Mengenai kehadirannya di rumah itu pada pukul 1 pagi, Razak memberitahu waktu tersebut ditetapkan oleh Selamah memandangkan dia perlu ke RTM pada pukul 2 atau 3 pagi untuk menjalani latihan.

Tambahnya, itu adalah kali pertama dia berkunjung ke rumah itu yang dianggapnya sebagai tempat stor menyimpan pakaian memandangkan pada hari lain, baju-baju akan diambil dari sebuah kedai milik Selamah pada waktu siang.

Mengimbas kejadian yang berlaku, pelakon drama "Geng Surau" itu memberitahu, Selamah mempelawa dia untuk masuk ke rumah bagi mencuba beberapa baju yang dirasakan sesuai untuk dipakai dalam siaran langsung tersebut.

Katanya lagi, Selamah kemudiannya mengunci pintu jeriji dan menutup pintu utama rumah kerana dua unit yang terletak berhampiran rumah tersebut dijadikan sebagai asrama pekerja-pekerja asing.

Ketika peguam syarie Mohammad Azman Karim yang mewakili dirinya mengenai pakaian yang dipakai oleh Selamah, Razak menjawab wanita itu berpakaian lengkap.

"Dia berpakaian biasa, menutup aurat iaitu bertudung. Saya tidak pernah melihat dia tanpa tudung. Tapi saya tidak beberapa ingat pakaian yang dipakai kerana saya tidak perhatikan, cuma pakaian itu senonoh," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Razak seterusnya memberitahu, dia mencuba tiga pasang baju di dalam bilik utama rumah tersebut sebelum memperagakannya kepada Selamah yang berada di ruang tamu bagi memastikan baju tersebut benar-benar selesa.

Malah, dia juga membuat aksi seperti sedang mengaji lengkap dengan Al-Quran dan rehal yang dibawanya sebagai persediaan untuk ke RTM.

Selepas mencuba, Razak kemudiannya kembali ke dalam bilik untuk membuka baju tersebut yang digantung untuk mengeringkan peluh sebelum digosok semula oleh Selamah.

"Saya pula berada di birai katil kerana mahu mengeringkan peluh," katanya sambil menambah, hanya bersinglet dan berseluar pada masa itu.

Pada keterangannya, Razak juga berkata, dia mendengar pintu jeriji digoncangkan dan diberitahu oleh Selamah bahawa suaminya datang ke premis tersebut.

"Saya hanya duduk di dalam bilik. Saya beranggapan yang datang itu suaminya kerana mereka membahasakan diri sebagai mama dan papa. Saya mendengar suami Selamah menjerit menyuruh saya keluar dan mendapati ada anggota polis bersamanya," katanya.

Razak juga memberitahu, dia kemudiannya menyerahkan kad pengenalan dan telefon bimbitnya kepada anggota polis tersebut yang menurutnya 'mengikut' arahan daripada suami Selamah untuk meminta barang-barang tersebut.

Tambahnya, dia diminta untuk ke Balai Polis Seri Kembangan bersama dua anggota polis untuk diambil keterangan dan diarahkan supaya hadir di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam, dekat sini untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat.

"Saya terlepas program RTM pada hari tersebut dan hanya dibenarkan balik selepas seorang rakan datang untuk menjamin saya," katanya yang secara tiba-tiba menangis.

Ujarnya, tidak lama selepas hadir di pejabat JAIS, dia kemudiannya dihadapkan ke mahkamah.

Razak didakwa berkhalwat dengan Selamah pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 14 September 2006, Selamah yang mengusahakan perniagaan butik, mengaku bersalah dan didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan, jika gagal membayar denda itu.Prosiding yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JAIS, Shafezan Rusli di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bersambung pada 6 Oktober depan.

Lagi berat dakwaan Pak Samad nih... kahkahkah...

Posted: 16 Sep 2011 09:00 AM PDT

A.Samad: Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan

Lim Hong Siang

"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".

A.Samad Said (gambar kanan), atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbarFikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan

"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."

Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.

"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."

"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain... hampir sama saja," katanya.

Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan. Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.

Pak Samad turut bersetuju bahawa "kita sebenarnya masih dalam pemerintahan penjajahan", kerana undang-undang zalim yang digubal ketika zaman British masih kekal sehingga kini. Malah, Menteri Dalam Negeri siang-siang mengingatkan tentang ISA ketika menangani isu BERSIH 2.0.

Dengan nada menyindir, Pak Samad berkata "yang menjadi wira sentiasanya UMNO", sementara "orang awal yang berjuang semuanya tenggelam". "Dan paling mudah untuk mengatakan bahawasanya mereka semua ini kelompok komunis yang jahat, dan komunis yang ingin mencengkam...",dan pada waktu yang sama pula kita berbaik-baik dengan komunis (China) yang ada - antara beberapa "keanehan" yang sedang berlaku di negara dewasa ini, katanya.

GEMPAR!! Rumah Mat Sabu diserbu UMNO?

Posted: 16 Sep 2011 08:30 AM PDT

GEMPAR!!!! Rumah Mat Sabu Di pecah Masuk oleh Gerombolan UMNO APCO

sms bini mat sabu berbunyi begini
- ''salam, baru skejap puak umno mai d umah g.petai. macam samseng.kunun nak hanta memo. bawa wartawn sermai mungkin k umah. tlg counter back dalam fb''

 KURANG AJAR PUNYA GEROMBOLAN LEMBU UMNO APCO..
SEMAKIN MELAMPAU DAN GANAS TINDAK TANDUK MEREKA..
LAMBANG KETUANAN BANGSAWAN HARBI MELAYU PENCACAI BRITISH..
ANAK ANAK MUDA SEMUA SILA SEBARKAN MESEJ INI..

SEMAKIN HARI SEMAKIN BERANI PENCACAI BRITISH, KELDAI KOMUNIS DAN BABI ZIONIS NI NAK TAKLUK KUASA BEB!

SEBARKAN SEMUA BERITA INI... DAH MELAMPAU PUAK PUAK HARAMJADAH NI!!

PANAS: Gambar tentera British potong kepala orang kampung

Posted: 16 Sep 2011 07:00 AM PDT

POTONG KEPALA!!! Tentera British bunuh orang kampung di Batang Kali tahun 1948


12 Disember 1948.satu sejarah hitam yag tidak boleh dipadamkan dari sejarah tanahair. ini bukti kerakusan dan kejamnya tentera british yang dikatakan datang membawa keamanan di tanah melayu ketika itu..

Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera british sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.

Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.

Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka.

Pada 1 November 1949 Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang 'saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke 'War Office'.

Apa yang menyebabkan peristiwa penting ini menjadi tragedi besar?, dan adakah mereka komunis seperti yang didakwa.

Satu kenyataan S urat Khabar Inggeris (The People) pada 1 Februari 1970 telah membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-

i. patrol tersebut mendapat arahan awal untuk memusnahkan kampung berkenaan;
ii. ahli-ahli patrol telah diberi peluang untuk tidak melibatkan diri dengan pembunuhan itu;
iii. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri; dan
iv. terdapat konspirasi untuk menipu soal siasat pada 1949.

Malah Setiausaha Pertahanan (Dennis Healy) mengarahkan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan pasukan tugasan khas (diketuai oleh Frank Williams) untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan ini, bukti yang kukuh telah dapat dikumpulkan, yang menunjukkan bahawa kejadian pembunuhan kejam di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.

Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa..

Satu dokumentari BBC pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk "In Cold Blood" disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya.

Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut. Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British
yang telah ditahan.

Umnoapco sebelum ini sibuk menuduh orang itu dan orang ini komunis, walaupun t iada bukti nyata keterlibatan mereka secara langsung dengan komunis, ia sama seperti apa yang telah dilakukan oleh platun ke 7 tentera british dulu.

Fikirkan juga mengapa tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit,malah tiada bukti mereka terlibat secara langsung dengan komunis, adakah kerana mereka berbangsa cina maka mereka dilebelkan komunis?

Apa yang umnoapco lakukan sekarang sama, walaupun seseorang itu tidak dapat dibuktikan terlibat secara langsung dengan komunis, tetapi jika ia satu ancaman, ia perlu diburukkan dan dicop sebagai bahaya.- PASPB

TUKAR TIUB PEMBOHONG...

Posted: 16 Sep 2011 06:25 AM PDT

TUKAR TIUB tak layak bergelar blogger ternama... ini kerana berita yang dilaporkan adalah berita pembohong yang tak bersandarkan pada fakta....

Baca ni dulu, aku copy paste dari blog dia...


*********************************

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA

DARI PARTI PASASUK KE GEROMBOLAN?

berita baru masuk

diberitakan dari sumber parti pas
bahawa hassan ali akan meninggalkan
parti pas dan akan terjun ke dalam
lubang united malay national organisation


SIAPA HASSAN ALI?

hassan ali ketika ini ialah seornag ahli exco
kerjaaan pakatan rakyat di selangor

hassan ali telah tewas dalam pemilihan parti yang
telah berlalu

hassan ali telah digugurkan odari jawatan ketua
perhubungan pas selangor

*********************************

Kenapa aku katakan blogger Tukar Tiub ini penipu...
Kenapa aku katakan blogger Tukar Tiub ini tak bersandarkan pada fakta...

Kerana, faktanya adalah... HASSAN ALI dah lama UMNO sejak dari dalam PAS lagi.... kahkahkah...
Bukan dia nak masuk UMNO....
Tapi dia memang dah lama UMNO... kahkahkah...

PERKASA dah jadi saudagar BULU... kahkahkah...

Posted: 16 Sep 2011 04:03 AM PDT


PERKASA: Mungkin kerajaan lemah


Jimadie Shah Othman
PERKASA menyifatkan kerajaan mungkin lemah apabila didakwa tidak bertegas terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya dalam isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali berkata, selepas pelbagai tuntutan dibuat di dada akhbar, termasuk melucutkan kerakyatannya, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

"Kalau kita cadang Mat Sabu ditangkap, kita akan ditertawakan. Apakah kerajaan kita lemah? Mungkin, sebab kita tidak bersatu.

"Kalau kita mahu kerajaan kita bertindak tegas, yang penting ditunjukkan dahulu bahawa Melayu bersatu. Kalau tak bersama, macam mana tindakan tegas boleh diambil," katanya dalam forum membincangkan isu Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Berucap di hadapan ratusan peserta, Ibrahim mendakwa, isu sebelum ini seperti penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0, isu Gereja Methodist Damansara Utama dan usaha memurtadkan juga menyaksikan tiada tindakan.

Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, walaupun kerajaan cuba "menarik rambut dalam tepung", kesabaran orang Melayu mempunyai batasnya.

Cabut bulu

"Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut.

"Tetapi macam saya cakap tadi, kerajaan kena bertindak bijak. Kita bersabar. Tetapi sabar ada batasnya," katanya yang terkenal dengan kelantangannya itu.

Dengan nada amaran, Ibrahim berkata, apabila rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan ia menunjukkan "tanda yang tidak baik dalam negara".

"Jangan rakyat ambil undang-undang dalam tangannya sendiri. (Presiden Majlis Perunding Melayu) Prof (Kamarudin) Kachar kata tadi, kalau jumpa, dia akan tempeleng Mat Sabu.

"Jadi, perdana menteri please (tolong), menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein please bertindaklah dengan tegas daripada sekarang," katanya.

Kamarudin antara ahli panel dalam program itu di samping ahli akademik Prof Dr Ramlah Adam, anak pengasas Umno Datuk Onn Jaafar bernama Jaafar dan bekas pengarah polis Cawangan Khas Dr Zulkifli Ab Rahman.

Pemimpin haprak

Sambil menyifatkan pemimpin PAS sebagai "haprak" dan "tidak kenal lagi batas", Ibrahim berkata tindakan Mohamad memalukan umat, sedangkan bangsa lain didakwa begitu gembira.

"Kita PERKASA akan terus berjuang. Jangan setakat bertepuk tangan, kita kena berjuang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan," katanya.

Bagaimanapun, Ibrahim juga menawarkan penyelesaian lain dengam berkempen memastikan kekalahan calon PAS dalam pilihan raya umum yang dikatakan tidak lama lagi.

"Tolong berkempen kalahkan mereka ini dalam pilihan raya ke-13 ini. Sebab kalau tak buat demikian, mereka bertanding dan menang pula, (ini) tunjukkan apa dia (Mohamad) buat, (mereka) kata diterima masyarakat.

"Ini paling saya takut. Ini paling saya bimbang. Sejarah boleh berulang," katanya yang mendapat tepukan gemuruh.

Sambil mendakwa Mohamad sebagai "perkakas DAP" dengan menghina pejuang kemerdekaan, Ibrahim juga mempertikai kenyataan pemimpin parti Islam itu berdasarkan latar pengajiannya di universiti dalam bidang seni reka sebelum ini.

Umno dah terkancing gigi... kahkahkah...

Posted: 16 Sep 2011 02:30 AM PDT

UMNO mesti buat pendirian - kita pernah dijajah atau pun tidak?

Oleh Aspan Alias

Saya mengikuti perbalahan tentang sejarah negara yang sedang hebat diperkatakan oleh banyak pihak dan individu. Majlis Professor Negara (MPN) menyatakan yang negara kita tidak pernah dijajah, tetapi hanya merupakan negara 'protectorate' Inggeris sahaja.

Saya pun pernah bersekolah sikit-sikit dan boleh lah membaca dan menulis sikit-sikit serta faham sikit-sikit isu yang sedang hebat diperkatakan oleh mana-mana pihak termasuk isu sejarah yang luas diperbincang dan diperkatakan oleh orang ramai sekarang ini.

Bagi saya isu tentang samada negara kita pernah dijajah atau tidak ini merupakan isu sensitif yang tidak tertera kerana setelah kita mempunyai kerajaan tadbiran rakyat sendiri kita belum lagi ada sejarah yang kekal untuk dibaca oleh generasi kita.

Kalau kita tidak ada sejarah kita bolehlah di samakan seperti haiwan di hutan. Saya amat kesal dengan kenyataan wakil MPN Zainal Keling yang menyatakan negara kita tidak pernah dijajah dan perkara ini timbul hanya setelah kita mencapai kemerdekaan lebih dari setengah abad.

Jika apa yang diperkatakan oleh Zainal Keling itu maka saya kesal dengan Che' gu saya yang bernama Miss Lim semasa saya darjah 5 dahulu kerana memberitahu saya dan murid sedarjah dengan saya yang kita menyambut hari kemerdekaan pada setiap 31 Ogos kerana memperingati saat negara kita terlepas dari penjajahan kuasa asing ke atas negara kita.

Saya juga menyampah dengan Joginder Singh kerana dalam buku beliau yang menjadi buku teks sejarah semasa itu menyatakan dengan jelas yang Malaya terlepas dari penjajahan Inggeris pada 31 Ogos 1957. Hendak berhujah dengan Joginder Singh pula masalahnya beliau sudah meninggal dunia. Atau pun saya persalahkan Kementerian Pelajaran semasa itu yang memilih buku sejarah karangan Joginder Singh ini sebagai buku teks semasa itu.

Kenapa baru sekarang ada yang memberitahu yang kita adalah seperti negara Thai yang tidak pernah dijajah. Kenapa semua pensyarah dan semua rakyat mengatakan yang kita tidak pernah dijajah oleh sesiapa?

Kenapa buku-buku sejarah dan sejarawan kita menulis cerita dongeng yang mengatakann kita bukan negara yang pernah dijajah? Betul kah cerita Tun Razak pernah menjadi ahli 'force 136' untuk mencapai kemerdekaan. Bila datang cerita mutakhir dari Zainal Keling ini ingin pula saya bertanya benar kah Tun Razak menyertai 'force 136' dan wujud kah sebenarnya 'kumpulan 136' itu?

Nasib baiklah saya sudah masuk umur 60 tahun. Kalaulah saya baru berumur 10 tahun mungkin saya tidak percaya wujudnya seorang pemimpin kita yang bernama Tunku Abd Rahman Putra seperti yang ditulis oleh penulis buku sejarah negara kerana buku sejarah sekarang itu semuanya tidak betul.

Jika semuanya tidak betul maka segala isi kandungann buku-buku sejarah yang ada sekarang adalah cerita fiction lama sahaja.

Yang peliknya Mahathir yang tidak kering mulut mengingatkan kita yang bangsa Melayu kini lesu ialah kerana akibat dijajah oleh Inggeris dan penjajah lain selama lebih dari 400 tahun, kini bersetuju dengan pandangan Prof Zainal yang kita tidak dijajah. Beliau seterusnya kenyataan PAS akhir ini untuk mengkritik UMNO itu ialah semata-mata untuk menafikan dan memperkecilkan Tunku Abd Rahman. dengan menafikan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan.

Di sini lah kelihatan percanggahan politik dan pemikiran Dr Mahathir di dalam satu nafasnya sendiri. Sedarkah Dr Mahathir jika beliau mengakui yang negara tidak pernah dijajah ianya adalah kata-kata yang menidakan UMNO (TUNKU) sebagai pejuang kemerdekaan. Jadi elok kita bertanya, cakap Dr Mahathir yang mana yang hendak kita pakai sekarang?

PAS hanya menyatakan bahawa perjuangan kemerdekaan itu bermula sebelum UMNO itu wujud dan UMNO hanya menyudahkan perjuangan yang belum diselesaikan oleh perjuangan sebelum itu. Ini bermakna PAS sendiri menyenaraikan yang UMNO juga adalah pejuang kemerdekaan.

Tetapi apa yang dikesalkan oleh PAS ialah UMNO mengambil semua kredit perjuangan kemerdekaan itu sendiri dan tidak mahu mengakui ada banyak pihak lain yang telah bersusah payah untuk melepaskan negara dari cengkaman Inggeris penjajah itu.

Sekarang yang amat penting untuk UMNO lakukan sekarang ialah untuk menentukan sikap secara formal; 1) samada kita pernah dijajah atau pun tidak 2) Samada mengakui yang sebelum UMNO wujud ada atau pun tidak pihak-pihak yang telah berjuang untuk memerdekakan negara.

UMNO mesti tegas untuk menentukan sikap dan pendirian, terutamanya TS Muhyiddin yang kenyataannya cuba menafikan peranan pihak lain yang telah lama bertindak melepaskan negara dari jajahan Inggeris.

Jika UMNO mempunyai maruah sebagai parti orang Melayu parti ini mesti menentukan sikapnya secara jelas dan formal supaya rakyat dapat menilai samada parti ini masih relevan atau pun sebaliknya.

Rakyat tidak mahu lagi mereka di 'kelentong' dengan kata-kata yang berbelit-belit semata-mata kerana keperluan politik mereka yang hanya menagih kuasa tetapi tidak mahu bertanggungjawab mempertahankan maruah politik mereka.

Tidak habis-habis membelit.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

Terkancing gigi habih puak puak nih... kahkahkah...

Posted: 16 Sep 2011 01:30 AM PDT

Kumpulan bodoh ni apa macam sekarang?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.

"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini.

PANAS: Gambar tentera British potong kepala orang kampung

Posted: 16 Sep 2011 12:30 AM PDT

POTONG KEPALA!!! Tentera British bunuh orang kampung di Batang Kali tahun 1948

12 Disember 1948.satu sejarah hitam yag tidak boleh dipadamkan dari sejarah tanahair. ini bukti kerakusan dan kejamnya tentera british yang dikatakan datang membawa keamanan di tanah melayu ketika itu..

Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera british sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.

Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.

Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka.

Pada 1 November 1949 Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang 'saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke 'War Office'.

Apa yang menyebabkan peristiwa penting ini menjadi tragedi besar?, dan adakah mereka komunis seperti yang didakwa.

Satu kenyataan S urat Khabar Inggeris (The People) pada 1 Februari 1970 telah membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-

i. patrol tersebut mendapat arahan awal untuk memusnahkan kampung berkenaan;
ii. ahli-ahli patrol telah diberi peluang untuk tidak melibatkan diri dengan pembunuhan itu;
iii. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri; dan
iv. terdapat konspirasi untuk menipu soal siasat pada 1949.

Malah Setiausaha Pertahanan (Dennis Healy) mengarahkan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan pasukan tugasan khas (diketuai oleh Frank Williams) untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan ini, bukti yang kukuh telah dapat dikumpulkan, yang menunjukkan bahawa kejadian pembunuhan kejam di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.

Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa..

Satu dokumentari BBC pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk "In Cold Blood" disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya.

Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut. Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British
yang telah ditahan.

Umnoapco sebelum ini sibuk menuduh orang itu dan orang ini komunis, walaupun t iada bukti nyata keterlibatan mereka secara langsung dengan komunis, ia sama seperti apa yang telah dilakukan oleh platun ke 7 tentera british dulu.

Fikirkan juga mengapa tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit,malah tiada bukti mereka terlibat secara langsung dengan komunis, adakah kerana mereka berbangsa cina maka mereka dilebelkan komunis?

Apa yang umnoapco lakukan sekarang sama, walaupun seseorang itu tidak dapat dibuktikan terlibat secara langsung dengan komunis, tetapi jika ia satu ancaman, ia perlu diburukkan dan dicop sebagai bahaya.- PASPB

Novel Usman Awang undang kontroversi

Posted: 15 Sep 2011 11:00 PM PDT


Oleh Dinsman

KETIKA ditimbulkan isu siapakah sebenarnya berjuang untuk negara, antara kumpulan Mat Indera dengan pasukan polis dalam tragedi pertempuran di Bukit Kepong dalam zaman darurat itu, saya teringat pada novel Usman Awang satu-satunya itu, iaitu Tulang-Tulang Berserakan (TTB).

Saya telah beberapa kali membaca novel ini, dan pernah menulis beberapa ulasan mengenainya.

Memang saya ingat betul ceritanya. Sebab itu apabila ada beberapa orang pembaca SMS saya minta penjelasan mengenai isu kontroversi yang ditimbulkan oleh Mohamad Sabu itu, saya jawab mudah saja. "Itulah sebabnya Usman Awang berhenti jadi polis waktu itu. Nak tahu lebih jelas ceritanya, baca novel Tulang- Tulang Berserakan."

TTB adalah buku (novel) atau dokumen yang terbaik yang menjelaskan keadaan di zaman darurat sebelum merdeka, khasnya hal-hal yang menyentuh soal kedudukan polis, perjuangan kemerdekaan, nasionalisme, dan soal keselamatan negara waktu itu. Ia ditulis oleh orang yang berpengalaman secara langsung di dalam kancah persoalan itu. Dan orang ini pula bukannya sebarang orang, dia adalah seniman besar yang pernah dilahirkan oleh negara ini - Sasterawan Negara Usman Awang.

TTB adalah sebuah novel autobiografi Usman Awang. Novel yang di dalamnya terdapat beberapa keping gambar foto Usman Awang sewaktu dia berkhidmat sebagai polis di Melaka, seolah-olah mengatakan bahawa watak Leman di dalam novel itu adalah penulis sendiri, yang dibuktikan dengan kehadiran gambar- gambar tersebut.

Leman seorang anggota polis biasa. Masih muda. Belum berkahwin. Dia seperti kawan-kawannya, polis-polis yang lain, menjalankan tugas mengikut arahan pihak atasannya, tanpa memahami situasi atau pergolakan politik yang turut menentukan tugas-tugas yang diarahkan supaya mereka laksanakan.

Diarah bersiap sedia untuk keluar menjalankan tugas, mereka pun ikut arahan, keluar menaiki jip atau lori polis, tanpa terlebih dahulu mengetahui ke mana tujunya dan apa tujuannya. Kalau tugas untuk menangkap orang, tugas pun dilaksanakan tanpa mengetahui siapa orang itu dan kenapa dia perlu ditangkap. Namun pengalaman yang tak difahaminya itu tidak pula menghalang perasaannya bersimpati dengan keluarga yang suaminya atau ayahnya ditangkap itu.

Apabila rumah-rumah pekebun Cina diarah supaya dibakar, dengan anjing, kucing dan ayam-itik terpaksa berlari ke sana-sini menyelamatkan diri, hati Leman menjadi terguris juga, dan bertanya-tanya mengapa semua itu perlu dilakukan.

Beberapa kali juga digambarkan peristiwa mereka dikejarkan ke rumah pengurus besar estet, orang Inggeris, untuk menembak musuh yang dikatakan sedang mengancam keselamatan orang Inggeris itu bersama keluarganya di dalam rumah besar mereka.

Kemuncak peristiwanya ialah apabila mereka bertempur dengan kumpulan komunis. Bacalah novel ini dan perhatikan bagaimana Usman Awang menggambarkan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang dikatakan komunis itu. Keberanian mereka, dan muka mereka yang tenang dan penuh keyakinan. Kasih sayang di kalangan keluarga mereka dan sebagainya.

Contohnya, dia menggambarkan seorang wanita komunis yang telah ditawan mereka, begini: "Pada wajahnya tidak kelihatan sebarang kengerian atau rasa cemas menghadapi pasukan polis. Dia tetap tenang dan agung dalam kesederhanaannya. Dia kelihatan lembut bagai air tetapi daripada matanya kelihatan suatu sinar keberanian dan ketabahan yang tahan uji." (muka surat 239)

Antara dua pasukan yang bertempur itu, Usman membuat perbandingannya begini: "Mereka harus bertembak-tembakan dan saling merebahkan pada suatu tempat dan daerah tertentu; suatu pihak berjuang kerana keyakinannya dan satu pihak lain melakukan kerana tarikan kehidupan nafkahnya." (muka surat 235)

Bandingkanlah gambaran yang diberikannya kepada keluarga komunis dan kepada keluarga polis. Kepada keluarga komunis digambarkannya: "Dan mereka sentiasa memikul tugas itu dengan rela dan ikhlas, walaupun dengan memberikan seluruh kepunyaan mereka yang paling disayangi." (muka surat.243)

Manakala kematian anggota polis pula digambarkannya: "Dia telah mengakhiri hidupnya. Suatu pengakhiran hayat yang tidak direlakannya sama sekali, juga oleh isterinya, oleh anak gadisnya, oleh kawan-kawannya, malah oleh undang-undang." (muka surat.259)

TTB adalah sebuah novel. Ditulis pada tahun 1962, mengisahkan kehidupan di zaman darurat sebelum merdeka. Dalam kata Pendahuluan untuk buku "Koleksi Terpilih Usman Awang" (1995, DBP) saya catatkan begini mengenai TTB: "…melalui dilema yang dihadapi oleh watak Leman, Usman mempersoalkan apakah maknanya 'pengorbanan' yang dilakukan oleh anggota-anggota pasukan polis itu.

Apakah benar mereka itu telah 'gugur sebagai bunga bangsa' seperti yang sering disifatkan oleh pihak-pihak tertentu, atau tidakkah mereka itu hanya 'mati katak' sahaja? Apakah mereka telah berjuang untuk bangsa dan negara ataupun untuk mempertahankan kepentingan golongan penjajah?" (muka surat.xlii)

Demikianlah sebuah novel yang baik. Ia terus berkata-kata, merentasi zaman, sambil membuka intepretasinya. Terpulanglah kepada kebijaksanaan kita untuk 'membacanya' kembali, dari semasa ke semasa. Dan janganlah pula hari ini kita tiba-tiba memandang serong pula kepada penulisnya yang telah kita anugerahkan Sasterawan Negara itu, apabila situasi hari ini dapat 'membaca' sesuatu yang baru daripada novelnya ini.

Untuk berlaku adil, saya anjurkan supaya kita membaca semula novel ini. Baca sendiri, dan buatlah interpretasi serta penilaian sendiri. Usman Awang telah lama menceritakan pengalamannya. Tentunya dia sedikit pun tidak berniat hendak mempolitikkan pengalamannya itu. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Lagi berat dakwaan Pak Samad nih... kahkahkah...

Posted: 15 Sep 2011 09:00 PM PDT

A.Samad: Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan

Lim Hong Siang

"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".

A.Samad Said (gambar kanan), atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbarFikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan

"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."

Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.

"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."

"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain... hampir sama saja," katanya.

Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan. Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.

Pak Samad turut bersetuju bahawa "kita sebenarnya masih dalam pemerintahan penjajahan", kerana undang-undang zalim yang digubal ketika zaman British masih kekal sehingga kini. Malah, Menteri Dalam Negeri siang-siang mengingatkan tentang ISA ketika menangani isu BERSIH 2.0.

Dengan nada menyindir, Pak Samad berkata "yang menjadi wira sentiasanya UMNO", sementara "orang awal yang berjuang semuanya tenggelam". "Dan paling mudah untuk mengatakan bahawasanya mereka semua ini kelompok komunis yang jahat, dan komunis yang ingin mencengkam...",dan pada waktu yang sama pula kita berbaik-baik dengan komunis (China) yang ada - antara beberapa "keanehan" yang sedang berlaku di negara dewasa ini, katanya.

Umno dah terkancing gigi... kahkahkah...

Posted: 15 Sep 2011 08:00 PM PDT

UMNO mesti buat pendirian - kita pernah dijajah atau pun tidak?

Oleh Aspan Alias

Saya mengikuti perbalahan tentang sejarah negara yang sedang hebat diperkatakan oleh banyak pihak dan individu. Majlis Professor Negara (MPN) menyatakan yang negara kita tidak pernah dijajah, tetapi hanya merupakan negara 'protectorate' Inggeris sahaja.

Saya pun pernah bersekolah sikit-sikit dan boleh lah membaca dan menulis sikit-sikit serta faham sikit-sikit isu yang sedang hebat diperkatakan oleh mana-mana pihak termasuk isu sejarah yang luas diperbincang dan diperkatakan oleh orang ramai sekarang ini.

Bagi saya isu tentang samada negara kita pernah dijajah atau tidak ini merupakan isu sensitif yang tidak tertera kerana setelah kita mempunyai kerajaan tadbiran rakyat sendiri kita belum lagi ada sejarah yang kekal untuk dibaca oleh generasi kita.

Kalau kita tidak ada sejarah kita bolehlah di samakan seperti haiwan di hutan. Saya amat kesal dengan kenyataan wakil MPN Zainal Keling yang menyatakan negara kita tidak pernah dijajah dan perkara ini timbul hanya setelah kita mencapai kemerdekaan lebih dari setengah abad.

Jika apa yang diperkatakan oleh Zainal Keling itu maka saya kesal dengan Che' gu saya yang bernama Miss Lim semasa saya darjah 5 dahulu kerana memberitahu saya dan murid sedarjah dengan saya yang kita menyambut hari kemerdekaan pada setiap 31 Ogos kerana memperingati saat negara kita terlepas dari penjajahan kuasa asing ke atas negara kita.

Saya juga menyampah dengan Joginder Singh kerana dalam buku beliau yang menjadi buku teks sejarah semasa itu menyatakan dengan jelas yang Malaya terlepas dari penjajahan Inggeris pada 31 Ogos 1957. Hendak berhujah dengan Joginder Singh pula masalahnya beliau sudah meninggal dunia. Atau pun saya persalahkan Kementerian Pelajaran semasa itu yang memilih buku sejarah karangan Joginder Singh ini sebagai buku teks semasa itu.

Kenapa baru sekarang ada yang memberitahu yang kita adalah seperti negara Thai yang tidak pernah dijajah. Kenapa semua pensyarah dan semua rakyat mengatakan yang kita tidak pernah dijajah oleh sesiapa?

Kenapa buku-buku sejarah dan sejarawan kita menulis cerita dongeng yang mengatakann kita bukan negara yang pernah dijajah? Betul kah cerita Tun Razak pernah menjadi ahli 'force 136' untuk mencapai kemerdekaan. Bila datang cerita mutakhir dari Zainal Keling ini ingin pula saya bertanya benar kah Tun Razak menyertai 'force 136' dan wujud kah sebenarnya 'kumpulan 136' itu?

Nasib baiklah saya sudah masuk umur 60 tahun. Kalaulah saya baru berumur 10 tahun mungkin saya tidak percaya wujudnya seorang pemimpin kita yang bernama Tunku Abd Rahman Putra seperti yang ditulis oleh penulis buku sejarah negara kerana buku sejarah sekarang itu semuanya tidak betul.

Jika semuanya tidak betul maka segala isi kandungann buku-buku sejarah yang ada sekarang adalah cerita fiction lama sahaja.

Yang peliknya Mahathir yang tidak kering mulut mengingatkan kita yang bangsa Melayu kini lesu ialah kerana akibat dijajah oleh Inggeris dan penjajah lain selama lebih dari 400 tahun, kini bersetuju dengan pandangan Prof Zainal yang kita tidak dijajah. Beliau seterusnya kenyataan PAS akhir ini untuk mengkritik UMNO itu ialah semata-mata untuk menafikan dan memperkecilkan Tunku Abd Rahman. dengan menafikan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan.

Di sini lah kelihatan percanggahan politik dan pemikiran Dr Mahathir di dalam satu nafasnya sendiri. Sedarkah Dr Mahathir jika beliau mengakui yang negara tidak pernah dijajah ianya adalah kata-kata yang menidakan UMNO (TUNKU) sebagai pejuang kemerdekaan. Jadi elok kita bertanya, cakap Dr Mahathir yang mana yang hendak kita pakai sekarang?

PAS hanya menyatakan bahawa perjuangan kemerdekaan itu bermula sebelum UMNO itu wujud dan UMNO hanya menyudahkan perjuangan yang belum diselesaikan oleh perjuangan sebelum itu. Ini bermakna PAS sendiri menyenaraikan yang UMNO juga adalah pejuang kemerdekaan.

Tetapi apa yang dikesalkan oleh PAS ialah UMNO mengambil semua kredit perjuangan kemerdekaan itu sendiri dan tidak mahu mengakui ada banyak pihak lain yang telah bersusah payah untuk melepaskan negara dari cengkaman Inggeris penjajah itu.

Sekarang yang amat penting untuk UMNO lakukan sekarang ialah untuk menentukan sikap secara formal; 1) samada kita pernah dijajah atau pun tidak 2) Samada mengakui yang sebelum UMNO wujud ada atau pun tidak pihak-pihak yang telah berjuang untuk memerdekakan negara.

UMNO mesti tegas untuk menentukan sikap dan pendirian, terutamanya TS Muhyiddin yang kenyataannya cuba menafikan peranan pihak lain yang telah lama bertindak melepaskan negara dari jajahan Inggeris.

Jika UMNO mempunyai maruah sebagai parti orang Melayu parti ini mesti menentukan sikapnya secara jelas dan formal supaya rakyat dapat menilai samada parti ini masih relevan atau pun sebaliknya.

Rakyat tidak mahu lagi mereka di 'kelentong' dengan kata-kata yang berbelit-belit semata-mata kerana keperluan politik mereka yang hanya menagih kuasa tetapi tidak mahu bertanggungjawab mempertahankan maruah politik mereka.

Tidak habis-habis membelit.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

Berat tulisan ni tapi menarik untuk dikaji...

Posted: 15 Sep 2011 07:00 PM PDT

Apa salahnya perbetul fakta sejarah

Oleh Mohd. Nasir Awang

Saya agak bertuah apabila turut diajak menghadiri majlis pelancaran buku karangan Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, 9 September lalu. Sebagai seorang peminat sejarah, pengamal media dan 'penuntut sepanjang hayat', peluang keemasan meneliti butir bicara seorang failasuf tersohor itu tidak selayaknya saya lepaskan.

Buku terbaru ahli teologi negara itu berjudulHistorical Fact dan Fiction diterbitkan UTM Press. Pelancarannya disempurnakan Sultanah Johor yang juga Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Sepertimana judulnya, buku berkenaan memfokuskan perbincangan dan ulasan terhadap beberapa kekeliruan fakta sejarah negara, khususnya berkaitan kedatangan Islam ke Nusantara. Meneliti sepintas lalu bulu berkenaan menemukan kita kepada beberapa percanggahan fakta di antara apa yang selama ini diterima sebagai hakikat sejarah, berbanding pembuktian 'fakta sebenar' yang dikemukakan Prof Syed Naquib.

Antaranya berkaitan asal-usul nama Melaka dan Parameswara sebagai raja berbangsa Melayu dari Palembang yang dihuraikannya dengan hujah amat bertentangan dari apa yang selama ini diajarkan kepada kita.

Bahkan di dalam ucapan aluannya, ilmuan Islam tersohor itu meluahkan kekecewaannya apabila suatu fakta yang sejak sekian lama diutarakannya mengenai sejarah kedatangan Islam ke rantau ini tidak dipedulikan khalayak pengkaji dan penulis sejarah negara. Beliau menegaskan kajiannya bahawa Islam datang ke Nusantara bukan melalui India atau Parsi, sepertimana dicatatkan sejarah popular.

Sebaliknya, beliau mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa Islam dibawa ke sini secara terus oleh misi khas dari Tanah Arab. Bahkan, katanya, kumpulan yang membawa risalah Islam itu bukan sekadar para pedagang biasa atau orang kebanyakan, tetapi dari kumpulan yang disebutkannya sebagai 'the noble Arabs', yakni yang bersalasilah keturunan daripada Rasulullah s.a.w. sendiri.

Sebab itu, dakwanya, suatu hakikat yang dapat dilihat ialah bagaimana kaedah sebutan perkataan-perkataan Arab oleh orang-orang Melayu negara ini tidak berbunyi pelat India atau Parsi, tetapi lebih dekat kepada lidah Arab. Beliau lantas mengambil contoh bagaimana perkataan 'bismillahirrahmanirrahim' disebut dengan lidah India dan Arab.

Katanya, sudah 30 ke 40 tahun beliau menyebutkan perkara ini. Namun, ia seakan tidak dilayan dan tidak diterima sebagai suatu hasil kajian yang wajar diperhalusi. Buktinya fakta-fakta sejarah kedatangan Islam ke tanah air ini kekal sepertimana yang telah diterima umum, khususnya hasil tulisan para penulis Barat.

Seakan terkejut dengan luahan dan pendedahan Prof Syed Naquib itu menyebabkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, yang turut berada di majlis berkenaan memberikan reaksi spontannya. Beliau mengakui wujud kesilapan atau kelemahan fakta dalam penulisan sejarah negara selama ini.

Pada sidang media selepas majlis tersebut, beliau antara lain mengakui, "hanya sebahagian saja yang ditulis penulis Barat untuk kepentingan mereka, yang mereka nak tulis hanya kedatangan mereka. Prof Muhammad Naquib bangkit perkara yang ada persoalan dan kita perlu kajian mendalam. Dalam soal ini sejarah boleh dicungkil".

Keciciran fakta

Ulasan Mohamed Khalid itu pula mengundang reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed. Beliau juga mengakui terhadap keciciran fakta dalam penulisan sejarah negara, terutama berhubung perjuangan beberapa tokoh Umno mendapatkan kemerdekaan negara.

Setakat itu, pendedahan dan pengakuan ketiga-tiga mereka adalah sealiran. Bahawa kemungkinan wujudnya kelemahan dalam penulisan sejarah, sama ada secara tidak sengaja, atau memang disengajakan oleh para penulis Barat bagi menyembunyikan fakta sebenar, adalah suatu hakikat yang tidak sepatutnya ditolak mentah-mentah.

Bahkan, mengambilkira tabiat mana-mana bangsa penjajah, sudah tentu mereka berhasrat menjaga maruah dan kepentingan bangsa mereka. Justeru apa-apa fakta yang boleh mencemar imej atau merendahkan martabat bangsa mereka besar kemungkinan tidak dicatatkan. Manakala sebarang kelebihan, keistimewaan dan kebaikan bangsa dijajah juga dipadamkan dari pengetahuan umum.

Hakikat itu mengingatkan saya kepada pembicaraan episod kejatuhan Kerajaan Melaka ke tangan Portugis, pada kurun ke-15 dulu. Antaranya ialah apa yang pernah diutarakan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di dalam ucapannya sempena Sambutan Jubli Emas PAS, pada 2001.

Menurut Tuan Guru, penulisan sejarah sengaja menonjolkan kerajaan Melaka hanya sebagai salah sebuah Kesultanan Melayu di Nusantara. Tidak ada catatan mengangkatnya sebagai sebuah kuasa besar Islam di Asia Tenggara. Fakta itu sengaja disembunyikan, demi kepentingan penjajah, yang sebenarnya datang ke rantau ini dengan misi menyebarkan agama Kristian.

"Seorang ahli sejarah tempatan menceritakan bahawa ketika berita penaklukan Melaka oleh Portugis sampai ke Eropah, satu perayaan telah diadakan di Vatican City (bandar suci orang Kristian di Itali). Mereka menyambut kegembiraan kerana kejatuhan Empayar Islam Melaka ke tangan tentera Kristian Portugis. Cerita sebenar ini tidak diajar kepada anak-anak kita di sekolah-sekolah," ucapnya.

Bagi memadamkan catatan perjuangan Islam ketika itu juga, gerombolan orang Islam sekitar Melaka yang berpakatn datang membantu kerajaan Islam itu dipesongkan faktanya. Patih Yunus yang mengetuai umat Islam dari Tanah Jawa dan mendarat di Johor dengan misi membantu Melaka memerangi Portugis digambarkan sebagai pelarian ekonomi yang hanya mencari tanah baru untuk menanam kelapa.

Umat Islam dari Sulawesi yang datang ke negara ini pula dicatatkan sebagai kumpulan lanun yang sering merompak kapal-kapal dagang. Manakala pejuang Islam Minangkabau yang kebanyakannya mendarat di Negeri Sembilan diceritakan hanya sebagai kumpulan manusia dari Sumatera yang datang semata-mata untuk membuka kebun.

Penulisan sejarah oleh tangan-tangan berkepentingan penjajah itu sengaja mahu menggambarkan betapa rumpun bangsa Melayu sebagai berpecah-belah, suka berperang dan tidak mempunyai sebarang ikatan persaudaraan Islam antara mereka.

Pertahan Islam

"Sebenarnya mereka semua datang untuk mempertahankan Islam dan menentang penjajah Barat di atas nama Islam. Mereka datang dulu lagi sebelum tertubuhnya Umno!," sergah Tuan Guru.

Ingatlah bahawa kedatangan penajajah ke negara kita bukan sekadar untuk mendapatkan rempah-ratus dan lain-lain hasil mahsul, sebagaimana yang diajarkan oleh buku-buku sejarah. Mereka mempunyai serampang dua mata, iaitu menjajah sambil mengembangkan ajaran Kristian.

Sebab itu, di saat ketua-ketua gerombolan penjajah menyibukkan diri mereka dengan aktiviti memunggah bijih timah, besi, rempah-ratus, kayu-kayan dan berbagai lagi, gerombolan paderi dan mubaligh terlatih memainkan peranan berasingan di bidang pendidikan.

Dengan kuasa dan kepakaran yang ada pada mereka, penjajah telah berjaya mengindoktrinasikan pemikiran rakyat mengikut acuan pemikiran yang mereka kehendaki. Di antara cara yang digunakan ialah memalsukan sejarah. Apa jua catatan sebenar mengenai sejarah tanahair cuba dipadamkan dari pengetahuan rakyat.

Sejarah negara ditulis semula mengikut acuan penjajah, sekaligus bagi menggambarkan keagungan dan kehebatan bangsa penjajah. Terlebih nyata lagi ialah bagaimana penulisan semula sejarah tanahair itu telah mengakibatkan tertimbusnya peranan Islam sebagai kuasa besar di rantau Asia Tenggara ini.

Negara kita sudah 54 tahun merdeka. Usia itu seringkali dikaitkan dengan usia kematangan. Maka sudah kena pada masanya pemikiran rakyat juga dimerdeka dan dimatangkan. Pandanglah kepada bangsa-bangsa yang lebih maju dari kita, bangsa yang berfikir secara merdeka.

Kita pernah diajar untuk 'Pandang ke Timur'. Sayangnya, kita tidak pandang habis-habis, hanya sekerat sahaja. Bangsa Jepun, China dan Korea adalah bangsa yang sangat tinggi tamadun pemikirannya. Bangsa yang merdeka pada bila-bila masa pun tidak akan bersedia memandang remeh soal pemalsuan sejarah ibu pertiwi mereka.

Bayangkanlah, ada bangsa Korea yang sanggup mengerat jari kelingking semata-mata kerana terusik dengan sejarah silam kekejaman Jepun. Bantahan terhadap Jepun turut memuncak di seluruh Negara China dan Korea sedekad lalu semata-mata kerana buku teks sejarah di sekolah-sekolah Jepun telah menyembunyikan fakta sejarah kekejamannya terhadap dua jiran terdekatnya itu.

Tetapi kita, bukan sekadar merelakan sejarah tanahair dipalsukan semahu orang, direlakan nama para penentang penjajah dimomokkan secara negatif, malah sebilangan pihak seakan sanggup bermatian mempertahankan kecatatan dan kepalsuan sejarah dicipta penjajah itu.

Apa salahnya menulis semula sejarah jika terbukti (sepertimana dibuktikan Prof Syed Naquib dan diakui Tun Dr Mahathir) memang ada kelemahan dan keciciran fakta dalam sejarah yang diterimapakai selama ini?

Nampak sangat minda penguasa kita dan para penjuaknya masih belum 'merdeka' sehingga sukar menerima pandangan kedua. Seba itu tidak hairan jika ada cendikiawan kita yang diagungkan selaku pakar sejarah turut rela mendakwa kononnya British hadir ke negara kita bukan sebagai penjajah, tetapi lebih sebagai pelindung dan pengawal. Kah! Kah! Kah!

PERKASA dah jadi saudagar BULU... kahkahkah...

Posted: 15 Sep 2011 06:00 PM PDT

PERKASA: Mungkin kerajaan lemah


Jimadie Shah Othman
PERKASA menyifatkan kerajaan mungkin lemah apabila didakwa tidak bertegas terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya dalam isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali berkata, selepas pelbagai tuntutan dibuat di dada akhbar, termasuk melucutkan kerakyatannya, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

"Kalau kita cadang Mat Sabu ditangkap, kita akan ditertawakan. Apakah kerajaan kita lemah? Mungkin, sebab kita tidak bersatu.

"Kalau kita mahu kerajaan kita bertindak tegas, yang penting ditunjukkan dahulu bahawa Melayu bersatu. Kalau tak bersama, macam mana tindakan tegas boleh diambil," katanya dalam forum membincangkan isu Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Berucap di hadapan ratusan peserta, Ibrahim mendakwa, isu sebelum ini seperti penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0, isu Gereja Methodist Damansara Utama dan usaha memurtadkan juga menyaksikan tiada tindakan.

Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, walaupun kerajaan cuba "menarik rambut dalam tepung", kesabaran orang Melayu mempunyai batasnya.

Cabut bulu

"Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut.

"Tetapi macam saya cakap tadi, kerajaan kena bertindak bijak. Kita bersabar. Tetapi sabar ada batasnya," katanya yang terkenal dengan kelantangannya itu.

Dengan nada amaran, Ibrahim berkata, apabila rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan ia menunjukkan "tanda yang tidak baik dalam negara".

"Jangan rakyat ambil undang-undang dalam tangannya sendiri. (Presiden Majlis Perunding Melayu) Prof (Kamarudin) Kachar kata tadi, kalau jumpa, dia akan tempeleng Mat Sabu.

"Jadi, perdana menteri please (tolong), menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein please bertindaklah dengan tegas daripada sekarang," katanya.

Kamarudin antara ahli panel dalam program itu di samping ahli akademik Prof Dr Ramlah Adam, anak pengasas Umno Datuk Onn Jaafar bernama Jaafar dan bekas pengarah polis Cawangan Khas Dr Zulkifli Ab Rahman.

Pemimpin haprak

Sambil menyifatkan pemimpin PAS sebagai "haprak" dan "tidak kenal lagi batas", Ibrahim berkata tindakan Mohamad memalukan umat, sedangkan bangsa lain didakwa begitu gembira.

"Kita PERKASA akan terus berjuang. Jangan setakat bertepuk tangan, kita kena berjuang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan," katanya.

Bagaimanapun, Ibrahim juga menawarkan penyelesaian lain dengam berkempen memastikan kekalahan calon PAS dalam pilihan raya umum yang dikatakan tidak lama lagi.

"Tolong berkempen kalahkan mereka ini dalam pilihan raya ke-13 ini. Sebab kalau tak buat demikian, mereka bertanding dan menang pula, (ini) tunjukkan apa dia (Mohamad) buat, (mereka) kata diterima masyarakat.

"Ini paling saya takut. Ini paling saya bimbang. Sejarah boleh berulang," katanya yang mendapat tepukan gemuruh.

Sambil mendakwa Mohamad sebagai "perkakas DAP" dengan menghina pejuang kemerdekaan, Ibrahim juga mempertikai kenyataan pemimpin parti Islam itu berdasarkan latar pengajiannya di universiti dalam bidang seni reka sebelum ini.

Mai tengok macamana Noh Omar berpeluh dahi... kahkahkah...

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Konspirasi tumbangkan Dr Khir: Noh 'tak tahu menahu'

Menteri Pertananian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar "tidak tahu menahu" mengenai dakwaan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bahawa tiga menteri persekutuan dalam kabinet sedang berkonspirasi bagi mengenakannya.

"Saya tidak tahu. Saya tidak ada komen. Awak kena tanya dia (Dr Khir)," kata Noh ketika ditemui pemberita sewaktu sambutan Aidilfitri anjuran kementeriannya di Serdang.

Diasak pemberita mengapa Dr Khir menimbulkan perkara ini di dalam blognya, Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang, sambil tersenyum, berkata:

"Saya tidak tahu, awak pergi tanya dia. Kena pergi tanya dia. Saya tidak tahu".

Dalam blognya 23 Ogos lalu, Dr Khir menulis ada menteri persekutuan yang sedang berkonspirasi agar beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah supaya membolehkan Selangor dapat dirampas semula oleh BN dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun Dr Khir tidak mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan walaupun yakin sumbernya sangat boleh dipercayai.

"Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya," tulisnya.

Noh adalah menteri kabinet mewakili Umno yang tunggal dari Selangor dan beliau juga adalah timbalan ketua badan perhubungan Umno Selangor .

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo, yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar - seteru politik Dr Khir - sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.

Pada 8 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan bekas menteri besar itu membela dirinya berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Dr Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.- Malaysiakini

Ada Lipas Dalam Biskut Coklat

Posted: 15 Sep 2011 03:30 PM PDT

Klang: Terkejut, jijik dan meloyakan. Itu perasaan seorang pekerja swasta apabila mendapati biskut coklat yang dimakan selepas membelinya di sebuah kedai runcit, di sini, mengandungi telur lipas.

Malah, lebih menjijikkan, Mohd Syahmi Saad, 36, berkata apabila diperiksa di dalam tin biskut itu turut menemui bangkai seekor lipas.

Menceritakan kembali, Mohd Syahmi menyatakan dia bersama beberapa rakan sekerja mengisi masa rehat dengan berbual kosong sambil makan biskut itu.

"Ketika bersembang, saya tertarik melihat bijian coklat yang terdapat pada biskut berkenaan kerana agak pelik dan mengambil pen untuk memecahkan bijian coklat itu.

"Saya dan rakan hampir termuntah apabila melihat beberapa anak lipas yang masih putih keluar dari bijian coklat itu dan terdapat beberapa ulat yang bergerak-gerak," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Lebih memeranjatkan, apabila Syahmi dan rakan yang memeriksa kandungan di dalam tin biskut berkenaan menjumpai seekor lipas yang sudah mati.

"Syarikat biskut terbabit sepatutnya memeriksa tahap kebersihan lebih-lebih lagi syarikat mereka mempunyai nama besar sepatutnya tidak mempunyai masalah dari segi kebersihan.

"Apapun, mana-mana syarikat perlu menjaga kebersihan kerana ia memberi kesan kepada kesihatan pengguna dan pembeli," katanya.

Menurutnya, dia sudah menghabiskan hampir 70 peratus daripada tin biskut coklat bertarikh luput pada 2013 itu sebelum menyedari kejadian itu kerana biskut yang mempunyai telur lipas itu berada di lapisan bawah.

Sementara itu, wakil syarikat pengeluaran biskut terbabit, ketika dihubungi, berkata cara penutupan yang tidak rapat boleh menjadi punca lipas memasuki tin biskut itu.

"Bagi telur lipas yang menyerupai bijian coklat itu, saya menolak sekiranya ada yang menganggap kami menggunakan telur lipas bagi mengurangkan modal.

"Kebersihan syarikat kami tidak perlu dipertikaikan kerana berada pada tahap amat memuaskan dan pemeriksaan kebersihan dilakukan dengan kerap," katanya. -hm

Tiada ulasan: