Rabu, 14 September 2011

Addin

Addin


Syarikat Judi Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri.. Umno Pun Turut Serta

Posted: 14 Sep 2011 08:00 AM PDT

Wajarkah syarikat judi berlesen seperti Magnum Corporation menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri? Adakah ini dikira menghina Islam atau menghormati Islam atau tak ada apa-apa? "Bolehkah orang Islam menghadiri majlis jamuan raya yang dianjurkan secara bersama atau ditaja bersama oleh syarikat judi tersebut?," demikian dipersoalkan oleh sebuah laman blog, http://chegubard.blogspot.com

Laman blog itu menyoal, "apakah hukumnya jamuan raya anjuran syarikat judi berkenaan dan tetamu khasnya adalah merupakan pembesar negeri yang beragama Islam dan juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri yang membawa gelaran Haji?

"Apakah kain rentang untuk mempromosi program ini yang ditaja oleh syarikat judi berkenaan perlu kelulusan atau permit Majlis Perbandaran?," soalnya lagi. Kata laman blog itu, mungkin ini perkara remeh temeh. Tapi untuk mengelakkan kekeliruan, eloklah diperjelaskan oleh pihak yang berwajib, sebelum pihak yang tidak berwajib mengeluarkan pendapat atau fatwa sendiri.

"Kalau boleh mengikut syara' syarikat judi tersebut berbuat perkara di atas, mungkin selepas ini umat Islam bolehlah hantar surat mohon sumbangan kepada syarikat judi berlesen untuk memberi sumbangan membina surau dan masjid, membantu anak yatim dan sebagainya.

Menurut laman blog itu, di Rembau contohnya lebih dari sekali syarikat judi menganjurkan program penyampaian bantuan untuk fakir miskin sempena perayaan, jelas kehadiran 'pemuka-pemuka' Umno dalam program tersebut untuk bersama-sama mengagihkan sumbangan.

"Jelas tiket judi tak ada cukai kepada pelanggan ditetapkan dan resit wayang, restoran dan pelbagai lagi pelanggan kena cukai. "Mungkin satu fakta yang kita tidak perasan dan ketahui. Hampir semua ruang perkhidmatan dan jualan dikenakan cukai pengguna. Kita pergi tonton wayang, kita pergi ke restoran, bil astro, bil telefon post paid semua kena cukai (GST atau VAT).

"Ini ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disebut dalam pembentangan bajet. Adakah kerana kaitan rapat syarikat-syarikat judi ini dengan parti pemerintah? "Maka tak hairanlah jika ada yang mengaku parti Melayu perjuang Islam tetapi ketika DAP membantah judi sukan maka mereka bersungguh menyokongnya," ujar laman blog itu.

Rumah Mewah Ini.. Menteri Jaga Agama Yang Punya

Posted: 14 Sep 2011 06:06 AM PDT

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit. Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

"Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri)," katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah. Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

"Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan. "Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain" katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali. Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.

Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat./kd

Addin :

Kalau rumah macam ni menteri jaga agama yang punya..agak-agaknya rumah menteri-menteri lain lagi hebat!!


'Mat Indera' Di Melaka Malam Ini

Posted: 13 Sep 2011 10:37 PM PDT

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu akan berceramah di Surau Ustaz Ali Permatang Pasir, Dun Telok Mas pada malam ini. Program ceramah tersebut di jangkakan  bermula pada jam 9.00 malam dengan tayangan BERSIH 2.0.  Ceramah Mat Sabu di jangkakan bermula sekitar 10.30 malam. Ceramah malam ini dijangka hangat ekoran isu Mat Indera yang dibangkitkan oleh Mat Sabu baru-baru ini. Isu ini menjadi hangat ekoran putar belit dan fitnah oleh media pencacai Umno terhadap Mat Sabu.  Turut berceramah malam ini ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari dan pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka. 


Seluruh rakyat negeri Melaka dijemput hadir bagi mendengar serta merungkai siapa Mat Indera. Adakah beliau pejuang ataupun pengkhianat..

 

Tiada ulasan: