Rabu, 14 September 2011

PERAKITE

PERAKITE


Saga Eletrik dan Hibrid

Posted: 14 Sep 2011 04:17 AM PDT

Tiga unit model Saga 'Electric Vehicle' (EV) dan lima unit 'Range Extender Electric Vehicle' (REEV) diserahkan pada kerajaan  bagi menilai potensi teknologi hijau dalam pembangunan sistem dan infrastruktur kenderaan elektrik dan hibrid di Malaysia. 

Kenderaan itu untuk kegunaan Pejabat Perdana Menteri; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA); Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); dan Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan.
Pengerusi PROTON, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, menyerahkan kenderaan berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta menteri dan timbalan menteri yang mewakili kementerian masing-masing pada satu majlis di Pejabat Perdana Menteri di sini.





Penyerahan kenderaan itu memenuhi fasa pertama Program Kenderaan 'Fleet Test' yang juga usahasama antara PROTON, KeTTHA dan MITI bagi mendapatkan maklum balas serta data mengenai penggunaan kenderaan elektrik PROTON merangkumi sistem, teknologi dan reka bentuk kenderaan serta tingkah laku pengguna. 


PROTON Saga 'EV' adalah kenderaan elektrik manakala Proton Exora 'REEV' pula adalah kenderaan elektrik jarak tambahan. 

Dalam kenyataan yang dikeluarkan PROTON di sini, syarikat berkenaan turut menyediakan kemudahan stesen pengecas kenderaan di premis Pejabat Perdana Menteri serta keempat-empat kementerian berkenaan. Sistem pengecas untuk kegunaan rumah juga akan dibekalkan kepada pemandu kenderaan terbabit yang akan dikenal pasti dari Pejabat Perdana Menteri dan keempat-empat kementerian berkenaan. 

Tiada ulasan: