Khamis, 8 September 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


BONGKAR!! 10,000 Risalah memfitnah Kerajaan PR Pulau Pinang bakal diedar di Rumah Terbuka Malaysia.

Posted: 08 Sep 2011 09:20 AM PDT

Malaysiakini telah melaporkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia tahun ini akan diadakan di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 Sept ini.

Majlis anjuran kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, bermula dari 11.30 pagi sehingga 1 tengah hari, katanya.

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah.. biarpun Permatang Pauh diketahui umum sebagai kubu kuat PKR/PR yang mana Ahli Parlimennya adalah Anwar Ibrahim namun kerajaan UMNO/BN masih tidak meminggirkan rakyat yang membangkang kerajaan.


Satu pujian harus diberikan kepada Pak Menteri yang telah menyaman Din Binjai itu kerana tidak menganak tirikan rakyat Malaysia di Permatang Pauh biarpun hakikatnya beliau hanya mahu mengukur pengaruh Anwar di Permatang Pauh kini.

Dan tidak lupa juga kepada Perdana Menteri kesayangan pencacai UMNO, Najib Tun Razak biarpun suatu masa dulu dibumi Permatang Pauh ini beliau telah dihina oleh penyokong Pakatan Rakyat namun beliau masih sudi menjejakkan kakinya ke sini.

Najib mungkin tidak lupa bahawa dibumi bertuah Permatang Pauh ini suatu masa dulu ketibaannya disambut dengan nyanyian Altantuya, Najib juga pasti tidak lupa bahawa di hadapan Sunway Hotel beliau telah di curah dengan mineral water.

Dibumi Permatang Pauh ini juga tangan yang dihulur Najib untuk bersalaman tidak disambut rakyat, yang menyambut dan mencium tangannya hanyalah pencacai-pencacai UMNO.

Datanglah wahai Najib, bumi Permatang Pauh bukanlah tanah yang diharamkan buat diri anda..

Datanglah Wahai Najib.. biarpun kehadiran anda dibumi Permatang Pauh ini bakal digunakan sebagai propaganda untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia yang lain bahawa di Kawasan Anwar Ibrahim sendiri anda disambut meriah oleh rakyat yang kononnya dahagakan pembangunan.

Kibarkanlah bendera UMNO dan BN wahai pencacai UMNO.. kibarkan sepanjang jalan jika boleh kibarkan dari Lapangan Terbang Bayan Lepas hingga ke Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu biar bumi Permatang Pauh bertukar menjadi Biru.. aku tak kisah..

Angkutlah seramai mungkin rakyat jelata yang ada demi menjadikan suasana kelihatan amat meriah, agar sasaran 10,000 hadirin itu tercapai, angkutlah hatta dari Somalia sekalipun.. aku juga tak kisah.

Cuma apa yang aku kisahkan ialah jika hendak Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia itu usahlah disebar fitnah, usahlah disebarkan risalah yang memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Menurut seorang sahabat yang berada di pihak sana sejumlah 10,000 keping risalah yang muka depannya hampir menyamai Risalah 30 Dasar Kerajaan Berjiwa Rakyat, Pakatan Rakyat Pulau Pinang bakal diedarkan pada 10,000 hadirin yang dijangka hadir ke Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia itu.

Dari apa yang diamati kandungan risalah tersebut jelas dipenuhi dengan fitnah-fitnah terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Kalau nak makan, makanlah! Yang nak diedar Risalah penuh fitnah ni apa kejadah?

Macam Haram Jadah!!

Risalah asal Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.














Risalah penuh fitnah yang bakal diedar di Majlis Aidilfitri Rumah Terbuka Malaysia












Buat Ketua AMK Permatang Pauh dan juga Ketua Penerangan PKR Permatang Pauh.. takkan nak baca saja kot???

BUKTI! Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah alat BN

Posted: 08 Sep 2011 04:16 AM PDT

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini membawa bukti terhadap dakwaannya bahawa dan Mais Agama Islam Selangor (Mais) adalah alat BN.

Pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini, beliau mendedahkan gambar Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa bersama ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan yang terang-terang memaki baju BN pada satu majlis di perkarangan sebuah masjid ketika pilihan raya parlimen itu.


"Bersama Kamalanathan (gambar bawah), 'Ust Kamal' di perkarangan masjid di felda Hulu Selangor, di mana Ust Kamal pakai baju BN dan Datuk Adzib duduk senang hati dengan dia tak ada masalah.






"Ini gambar beliau (gambar atas) dengan Ust Kamal memberi plak kalimah Allah kepada penduduk felda, ini dalam kawasan masjid ni. Yang dia duk bantai PAS bantai Pakatan Rakyat tentang isu kalimah Allah, dia buat itu dengan P. Kamalanathan dengan pakai baju BN.

"Bagi saya Datuk Adzib memang orang Umno BN. Saya minta dia jawab," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar yang dibawanya.




Pendedahan itu dibuat selepas beliau pada 6 September lalu dipanggil ke pejabat Jais dan dinyatakan pendakwaan kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Khalid didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Turut menerima tindakan JAIS Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.

Sementara itu, Mais dalam satu kenyataan hari ini tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah.

Ia termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama.

Turut dimaklumkan rayuan Khalid berhubung tauliah beliau, ditolak melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah Mais yang bersidang pada 23 Jun 2011.

"Penolakan ini adalah selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor," kata pengerusinya Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa .

Oleh itu, Mais mengingat dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor tidak menjemput, membenarkan atau memberi peluang kepada Khalid dan mana-mana ahli politik menyampaikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah yang masih berkuatkuasa.

Sementara itu, Khalid mendakwa sehingga kini beliau tidak menerima sebarang penjelasan yang dimintanya berhubung sebab tidak diberi tauliah kerana beliau "mempunyai rekod jenayah".

"Pada 30 Oktober 2009, JAIS kata lupakan, (kamu) tak diberi tauliah (sebab) tak layak," katanya sambil mendakwa tindakan Jais itu dipengaruhi sikap Mais dan campurtangan Umno dan BN.


Berita dari Harakahdaily
Gambar dari KhalidSamad.com

Marahkan Mat Sabu, 50 Ahli PAS keluar Parti..

Posted: 08 Sep 2011 03:34 AM PDT

PERCAYAKAH ANDA??

Lebih 50 ahli PAS di daerah Padang Terap dilapor bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong.

Menurut Bernama, Mereka menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di Kuala Nerang hari ini.


Wakil mereka, Ismail Abdullah,60, yang menjadi ahli PAS selama 35 tahun, berkata beliau bersama isteri serta tujuh anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua PAS itu.

"Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis," katanya kepada pemberita.

Katanya beliau juga tidak teragak-agak menyertai Umno kerana yakin parti itu berada di landasan perjuangan sebenar iaitu bagi menegakkan keadilan untuk rakyat di negara ini.

Ismail berkata beliau juga terkilan dengan perjuangan PAS hari ini yang jauh tersasar daripada konsep asal parti yang mahu memperjuangkan Islam selepas menguasai beberapa negeri.

"Saya cuba mengelak daripada terus berdosa apabila pemimpin PAS telah melakukan pembohongan demi kepentingan politik membuatkan saya tak fikir panjang saya beralih kepada Umno untuk meneruskan perjuangan berlandaskan agama, bangsa dan negara," katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata keputusan kumpulan anggota PAS terbabit menunjukkan mereka yang di peringkat akar umbi semakin hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan parti tersebut.


Bernama

Prepaid dikenakan Cukai 6%... Raikanlah..

Posted: 08 Sep 2011 12:47 AM PDT

Aku terima satu SMS yang berbunyi 'Purchases of prepaid reloads, prepaid starter/SIM packs for all telcos will be charged a six percent service tax, effective Sept 15./MKINI'.

Buat pencacai UMNO yang tak faham Bahasa Inggeris tu (aku tahu ada ramai…) maknanya ialah 'Berkuatkuasa 15 Sept, pembelian prepaid, top ups, prepaid starter/SIM packs untuk semua pembekal system telekomunisasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% oleh Kerajaan UMNO'


Bagaimanapun menurut sumber yang boleh dipercayai Ahli-Ahli UMNO tidak akan dikenakan cukai perkhidmatan ini jika mereka menunjukkan bukti keahlian UMNO mereka iaitu Kad keahlian UMNO atau surat sokongan yang mengatakan mereka itu Ahli UMNO.

Dalam lain perkataan Ahli-ahli UMNO dikecualikan dari cukai perkhidmatan ini..

Yang kat atas tu kisah benar.. perenggan ketiga dan keempat tu cerita rekaan..

Kat bawah ni artikel dari Berita Semasa

Pengguna Telefon Prepaid Pun Kena Tax 6 Peratus

Dulu, masa cukai yang dikenakan hanya 5%, pihak telekomunikasi berbesar hati untuk menyerap kos tersebut untuk pelanggan bagi pengguna telefon prepaid. Tapi, sejak diumumkan bahawa cukai naik 15 kepada 6%, akhirnya pihak telekomunikasi dah tak boleh nak serap lagi.Cukai tersebut sekarang dibebankan pula kepada pengguna telefon prepaid bermula Julai ini.

Untuk pengguna telefon postpaid, memang cukai tersebut dah dikenakan.Dengan pengguna yang semakin bertambah dan juga persaingan yang kompetetif, penyerapan nilai cukai untuk pengguna prepaid telahpun menjadi satu beban yang besar bagi korporat telekomunikasi.

Kita tahu bahawa, terdapat 3 syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Digi, Celcom dan juga Maxis.Jumlah pengguna talian prepaid adalah 43%, merangkumi ketiga-tiga syarikat telekomunikasi terbabit iaitu sebanyak 13.2 juta orang..Dengan Digi mewakili hampir 83% untuk pengguna prepaid, dan cuma 23% bagi Celcom (AXIATA) dan Maxis.

Sekiranya setiap pengguna prepaid mengisi purata RM 40 setiap bulan, jualan prepaid menjangkaui RM 6.3 bilion sebulan.Memang banyak!.Dan daripada jumlah besar tersebut, selama ini syarikat telekomunikasi mensubsidi hampir RM 378 juta sebulan hanya untuk menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan.

Oleh kerana jumlah yang tersangat besar itu,syarikat telekomunikasi gergasi yang ada, sudah tidak mampu lagi untuk menyerap cukai tersebut setelah dinaikkan lagi sebanyak 1% oleh kerajaan bermula 1 Januari 2011 lalu.Jadi, terpaksalah sekarang, pengguna telefon prepaid menyerap kos tersebut.

Bagi yang selama ini pakai talian postpaid, mungkin dah terbiasa dengan caj cukai ini, namun kalau yang selama ini menggunakan prepaid, mungkin akan ada terasa kesannya.Yelah, selepas ini, kalau beli topup RM 10, baki yang tinggal dah jadi RM 9.40.Nampak macam sikit, tapi kalau dah 13.2 juta orang, dah berapa banyak pula.


Berita Semasa

Kita di Jajah, Gani Othman menyanggah pendapat Dua Profesor.

Posted: 07 Sep 2011 09:49 PM PDT

Dalam hal samada Tanah Melayu pernah dijajah atau tidak, dua orang Profesor (Kangkung atau Kongkang.. entahlah) telah bertegas mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Jadi.. Apa kejadahnya kita sambut Hari Kemerdekaan itu entahlah sedangkan kita tak pernah dijajah menurut dua Profesor itu..

Kata Sejarahwan Profesor Datuk Dr Ramlah Adam "PKM yang berasal dari luar negara mahu menakluk negara ini walhal dari segi perundangan Tanah Melayu tidak ditakluk oleh British."


Ini kerana British tidak mengambil alih kuasa Sultan dan negeri-negeri Melayu ialah negeri naungan. Hanya Pulau Pinang dan Melaka ialah negeri jajahan takluk mahkota – sepenuhnya sila baca di SINI

Menjawab soalan mengenai kenyataan Mohamad Sabu bahawa Allaharham Datuk Onn Jaafar dan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan pejuang kemerdekaan sebenar kerana mereka pegawai British, Profesor Khoo pula berkata: "Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja."

Katanya, kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada raja – sepenuhnya sila baca di SINI

Tapi kata MB Johor pula.. Tanah Melayu telah dijajah..

Dalam berita muka depan Berita Harian hari ini, yang bersandarkan pada rencana khas Ghani sendiri, Menteri Besar juga mendakwa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong.

Sebahagian dari tulisan Gani mengenai sejarah Mat Indera versi UMNO.

Perlu diingatkan dalam prakata buku "Pengukir Nama Johor", MB Johor ini menamakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang. tapi hari ini beliau berkata Mat Indera seorang yang kejam, zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

"Perjuangan melalui parti dan gerakan Umno yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan membabitkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pascamerdeka di negara ini.

Prof diatas kata Tanah Melayu tak pernah dijajah tapi Gani kata Tanah Melayu telah dijajah.. siapa yang berbohong ni?

Dua Profesor diatas atau Gani MB Johor atau kesemua mereka.. ha..ha..ha.. semakin haru biru sejarah Tanah Melayu jadinya.. semua pasal Mat Sabu sorang..


MB Johor dakwa Mat Indera komunis, rancang serangan Bukit Kepong

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan Ahmad Indera atau lebih dikenali sebagai "Mat Indera" telah merancang serangan ke atas Bukit Kepong pada 1950 selain mendakwa beliau berusaha keras mempengaruhi orang Melayu menyertai "kegiatan haramnya" dalam Parti Komunis Malaya (PKM).

Dalam berita muka depan Berita Harian hari ini, yang bersandarkan pada rencana khas Ghani sendiri, Menteri Besar juga mendakwa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Rejimen Ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

Semalam, keluarga Mat Indera mempertahankan beliau bukan merupakan komunis dan mahu kerajaan membersihkan namanya.

"Dia bukan seorang 'pejuang' untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun," kata Ghani lagi.

Ghani menulis, apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan darurat pada 19 Jun 1948 semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan PKM diharamkan dan ramai ahlinya mengambil tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Umno.

"Perjuangan melalui parti dan gerakan Umno yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan membabitkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pascamerdeka di negara ini.

"Bagaimanapun, Mat Indera memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British," kata Ghani dalam rencananya.

Tulisan ini diterbitkan sehari selepas Ghani berkata, Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Semalam, Ghani menegaskan, berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah ahli PKM dengan pangkat sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

Dalam tulisan hari ini, Ghani menambah, tindakan Mat Indera terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

"Ini berlainan daripada pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub tidak memilih untuk bertindak secara militan.

"Kemuncak pembabitan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu ialah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950. Fakta yang diperoleh daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas itu terhadap pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong," katanya lagi.

Ghani menulis, sebagai seorang daripada pemimpin Rejimen Ke-10 PKM, Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.

"Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air.

"Sedangkan, ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara," katanya.

Malah kata beliau, Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk daripada Malayan Union British sebelum itu.

Tambah beliau, komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan People's Democratic Republic of Malaya yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.

"Malaysia yang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.

"Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan," katanya.

Mat Indera ditangkap dua tahun selepas tragedi Bukit Kepong.

Sehubungan itu kata beliau, akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan pengganas yang diharamkan sehingga ke hari ini.

"Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.

"Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan Umno yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan," katanya lagi,

The Malaysian Insider

Antara profesor 'Kangkung' dan 'Kongkang'

Posted: 07 Sep 2011 08:20 PM PDT

Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim diselar lagi, kali ini oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sendiri apabila sejarahwan terkenal itu membangkitkan soal asal usul tokoh kontroversi kemerdekaan Mat Indera.

Mohamad berkata, dalam membincangkan soal sejarah kemerdekaan, tidak perlu membangkitkan asal usul seseorang seperti kerana perkara itu "tidak elok".


"Asal usul ini tak payah sebutlah. Yang bercakap itu (Khoo) pun asal mana? Tak eloklah.

"Bila duduk sini kita anggap semua rakyat Malaysialah," kata Mohamad.

Semalam, PAS Johor juga mempersoalkan kenyataan Khoo, antaranya yang didakwa menolak kajian ahli akademik lain berkenaan peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera tanpa menghasilkan kajian sendiri, dengan menganggap lelaki itu pengganas.

Khoo sebelum ini dilaporkan mendakwa Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan, menyokong gerakan komunis yang cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman itu dan bukan anak tempatan.

Sebaliknya, menurut Khoo, Mat Indera berasal dari Indonesia dan bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu. Adik Mat Indera – Baharum Shah – bagaimanapun semalam tampil dalam sidang media Pemuda PAS Johor menafikan dakwaan itu.

Membahaskan isu yang sedang hangat itu, Khoo berpendapat bahawa sejarah diputar belit oleh ahli politik dari "kedua-dua belah gabungan politik" dan mereka sebenarnya tidak memahami sejarah.

Sementara itu, aktivis gerakan mahasiswa sekitar 1970-an Hishamudin Rais berkata, pendirian Khoo yang "tidak sana dan tidak sini" dilihatnya sejak tahun 1974 apabila menuntut jurusan sejarah di fakulti tempat Khoo mengajar di Universiti Malaya (UM).

Katanya, ketika beliau menganjurkan forum membincangkan gerakan rakyat Vietnam melawan Amerika Syarikat, dua lagi pemforum dikenakan tindakan keras – termasuk seorang profesor Amerika Syarikat dihantar pulang – Khoo tidak dikenakan sebarang tindakan.

"Sejak dulu lagi dia tidak sana, tidak sini. Tarik balik gelaran profesornya. Kalau di luar Malaysia sudah sudah lama dipecat.

"Tetapi di Malaysia profesor kangkung dan 'kongkang' terus memperbodohkan rakyat," katanya sambil menyifatkan kesalahan sebegitu sebagai "jenayah" dalam akademik.


Malaysiakini

Mereka kata Kita tak pernah dijajah.. jadi apa Kejadahnya sambutan Hari Kemerdekaan tu?

Posted: 07 Sep 2011 10:36 AM PDT

Apa yang nak dipertahankan oleh Professor UMNO ini entahlah.. mungkin mempertahankan periuk nasi nya agaknya..

Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menjelaskan bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sepatutnya membaca bahan sejarah tulen sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan sejarah negara.

Ramlah turut mencadangkan agar Mat Sabu membaca penulisan Ronald Bradle dalam 1940an berkenaan isu ini. Bradle merupakan peguam kerajaan negeri Johor ketika itu.


Apa dia cakap ni?? Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada 23 Februari 1950, yang diserang ialah anggota Polis yang berkhidmat untuk penjajah British tapi Proffesor ni mencadangkan supaya Mat Sabu membaca tulisan Ronald Bradle dalam 1940an?

Bagaimana pula Ronald Bradle yang menulis dalam tahun 40an itu boleh menulis tentang sejarah yang berlaku pada tahun 50an? Kalau yang menulis itu adalah Inggeris takkanlah dia nak menulis bahawa bangsa yang dijajahnya itu baik-baik belaka..

Selain Profesor ini,Profesor Khoo Kay Kim turut berkata seperti ayat dibawah ini..

"PKM yang berasal dari luar negara mahu menakluk negara ini walhal dari segi perundangan Tanah Melayu tidak ditakluk oleh British."

"Ini kerana British tidak mengambil alih kuasa Sultan dan negeri-negeri Melayu ialah negeri naungan. Hanya Pulau Pinang dan Melaka ialah negeri jajahan takluk mahkota."

Faham betul-betul.. mereka berkata Tanah Melayu tidak ditakluk oleh British, jika tidak ditakluk oleh British mengapa pula Tunku Abdul Rahman dan rombongannya ke London untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu?

Kalau tak pernah ditakluk kenapa pula Tunku perlu melaungkan kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 1957 dulu dan kenapa pula kita perlu menyambut Hari Kemerdekaan Negara pada setiap 31 Ogos?

Tanah Melayu kan tak pernah dijajah… Alahai Profesor…

Apakah kerana kenyataan Mat Sabu bahawa Mat Indera itu Pejuang Sebenar maka sejarah Tanah Melayu perlu ditulis dan diperkenalkan semula kesekolah-sekolah dengan mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah..

Dan sambutan hari Kemerdekaan akan dimansuhkan bagi membuktikan kepada semua memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah?

Apa lagi kata Profesor ni korang bacalah dibawah, kemudian komenlah..

Patutlah ranking UM makin munurun…


Mat Sabu hanya baca bahan sejarah lisan

PETALING JAYA: Sejarahwan Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menjelaskan bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sepatutnya membaca bahan sejarah tulen sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan sejarah negara.

"Mat Sabu sepatutnya baca bahan yang 'authentic' kerana terdapat banyak bahan yang berdasarkan sejarah lisan.

"Ini realiti sejarah berdasarkan fakta. Sejarah lisan pula hanya berdasarkan ingatan," kata Dr Ramlah ketika mengulas isu Mat Indera yang ditimbulkan oleh orang kuat PAS tersebut.

Mat Sabu mengemukakan bukti berasaskan buku bertajuk Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan Warisan Johor.

Utusan Malaysia melaporkan pada bulan lepas dakwaan Mohamad Sabu, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, bahawa Ahmad @ Mat

Indera yang memimpin kumpulan komunis dan menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 merupakan pejuang kemerdekaan sebenar.

Ramlah turut mencadangkan agar Mat Sabu membaca penulisan Ronald Bradle dalam 1940an berkenaan isu ini. Bradle merupakan peguam kerajaan negeri Johor ketika itu.

Selain Bradle, sejarahwan tersebut mengesyorkan Mat Sabu agar membaca penulisan Lt Kol (B) Mohd Azam Mohd Haniif Ghouse berkenaan dengan perjuangan menentang komunis.

Mengulas lebih lanjut, Dr Ramlah turut menolak konotasi bahawa Mat Indera dan Parti Komunis Malaya memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Mereka memilih untuk masuk hutan dan meneruskan serangan selepas kemerdekaan," kata Dr Ramlah.

Darurat diisytiharkan pada 16 Jun 1948 dan Malaya merdeka dalam bulan Ogos 1957.

Ramlah turut mendakwa bahawa serangan komunis adalah kerana pertentangan ideologi antara British dan komunisme.

'PKM mahu negara komunis merdeka'

"PKM yang berasal dari luar negara mahu menakluk negara ini walhal dari segi perundangan Tanah Melayu tidak ditakluk oleh British."

Ini kerana British tidak mengambil alih kuasa Sultan dan negeri-negeri Melayu ialah negeri naungan. Hanya Pulau Pinang dan Melaka ialah negeri jajahan takluk mahkota.

Ramlah yang pernah berjumpa dengan pemimpin PKM Rashid Maidin memberitahu FMT bahawa Rashid hanya senyum sahaja apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk keluar dari hutan setelah perjanjian perdamaian ditandatangani antara PKM dan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.

"Ini membuktikan bahawa mereka hanya mahu menubuhkan kerajaan komunis, bukannya mahu kemerdekaan," kata bekas pensyarah sejarah Universiti Malaya itu.

Berkenaan Mat Indera pula, Ramlah berkata bahawa Mat Indera tidak boleh dianggap pejuang kerana di dalam PKM sendiri Mat Indera hanya pemimpin peringkat bawahan.

Sebelum ini, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim turut menafikan bahawa Mat Indera adalah seorang pejuang kemerdekaan.

Di samping itu, beliau turut mempertahankan rakyat Tanah Melayu pada ketika itu yang bekerja sebagai anggota keselamatan di bawah pentadbiran British.

"Mereka bukan tali barut British sebaliknya menjadi anggota keselamatan kerana percaya ini negara mereka dan mahu mempertahankannya dari komunis," kata Ramlah yang juga pernah menjadi rektor Kolej Yayasan Melaka.


Free Malaysia Today

Tiada ulasan: