Ahad, 21 Ogos 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KOH TSU KOON AKAN TENTANG HABIS-HABISAN PENCACAI UMNO

Posted: 21 Aug 2011 09:16 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA bersungguh benar Umno untuk menjatuhkan Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon. Tidak cukup dengan menggunakan lidah beberapa pencacai mereka seperti Ezam sesumpah, Reezal Naina Merican, dan juga Zahrain katak dari Bayan Baru, digunakan pula media TV 3 suku untuk memburukkan imej Presiden Gerakan tersebut.

Betapa lantangnya Ezam sesumpah, dan betapa nyaringnya salakan dari Reezal Naina Merican menghentam Koh Tsu Koon, ada pemimpin Gerakan ini gementar dan takut? Saban hari media pencacai menjalankan propagandanya untuk memburukkan imej beliau, namun ada beliau bimbang? Apa komen Presiden Gerakan ini terhadap serangan demi serangan dari kononnya rakan sekutu beliau itu?

Koh Tsu Koon memberi komen seperti berikut, "Tunggulah kalau ada serangan lagi kita akan mempertimbangkan strategi (melawan semula) dan melaksanakan strategi itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan negeri Perak, di Ipoh hari ini. Beliau mengulas sasaran beberapa pihak termasuk ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mendakwa Koh sudah tidak lagi relevan untuk memimpin Gerakan di Pulau Pinang dan dilihat sebagai liabiliti kepada parti itu (Malaysiakini).

Sebab apa Koh Tsu Koon tidak bimbang langsung dengan puak-puak pencacai ini? Sebabnya mungkin beliau sudah tahu `standard' Ezam sesumpah dan juga Reezal Naina Merican, lebih-lebih lagi yang tidak berparti seperti Zahrain katak tersebut. Siapa mereka mahu camportangan di dalam kepimpinan Gerakan? Apakah mereka rasa Presiden Gerakan itu lebih teruk dari Presiden Umno? Berapa banyak duit saham Bumiputera yang dilesapkan oleh Koh? Berapa bilion wang KWSP yang dipinjam oleh Koh seperti Felda pinjam itu? Berapa harga cincin isteri Koh Tsu Koon dan berapa Koh dapat komisyen kapal selam? Koh juga tidak terlibat di dalam kes bunuh Altantuya.

Memang Koh Tsu Koon ada buat yang tidak kena sewaktu beliau memimpin P.Pinang dahulu, tetapi kesalahan Koh itu jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Presiden Umno yang ada. Jadi, siapa pencacai itu yang mahu menolak Koh Tsu koon dari mengetuai Gerakan? Mengapa tidak bising dengan Presiden kamu yang melambak-lambak kes itu? Sebab beliau beri makan dan Koh tidak beri makan? Itu kah? Sekurang-kurangnya nama Koh tidak sampai busuk dan hanyirnya sehingga ke Peranchis.

Syabas buat Koh Tsu Koon yang berani menghadapi puak-puak yang tidak habis-habis untuk mengampu itu. Gerakan mesti lawan puak ini habis-habisan kerana puak ini hanya akan anggap kamu kawan sewaktu kamu kuat sahaja. Sekarang, gerakan tidak sekuat dulu dan Umno pun semakin lemah, namun ego dan sombongnya tidak pernah padam. Jalan terakhir nanti, Gerakan boleh keluar dari Bn dan biarkan Umno merayu-rayu PAS dan DAP pula./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: