Ahad, 21 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Umno saman PAS, Mustafa Ali RM10 juta

Posted: 21 Aug 2011 10:49 PM PDT

Fazy Sahir August 22, 2011

Menurut Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, ini langkah permulaan ke atas tuntutan ganti rugi, malu dan fitnah oleh Mustafa dan PAS.

SHAH ALAM: Umno Selangor menyaman PAS dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali sebanyak RM10 juta berhubung fitnah bahawa parti itu didakwa berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Agama Islam (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Menurut Setiausaha Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, itu langkah permulaan ke atas tuntutan ganti rugi,malu dan fitnah oleh Mustafa dan PAS.

Mohd Zain berkata mengambil semangat bulan Ramadhan pihaknya telah menghantar surat pada 17 Ogos kepada Mustafa sebagai kesediaan untuk memberi kemaafan kepada beliau.

Walau bagaimanapun beliau berkata Mustafa secara bongkak dan sombong mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan Umno Selangor berhubung isu tersebut.

"Tindakan Umno Selangor adalah untuk mempertahankan maruah. Disebabkan Mustafa dan PAS gagal memohon maaf di atas fitnah yang dilemparkan maka kami ambil proses undang-undang sebagai pembelaan.

"Saman (terhadap) Mustafa,PAS dan pihak-pihak lain sebanyak RM10 juta. Pihak-pihak lain itu juga akan dipertimbangkan memandangkan kenyataan beliau turut dikeluarkan menerusi Harakah Daily," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno Selangor di sini hari ini.

Klip video

Menurut Mohd Zin, Umno Selangor akan diwakili peguam Abu Bakar Isa Rahmat dari Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak.

Abu Bakar yang ditemui pula menjelaskan notis oleh peguam yang dilantik telah dihantar kepada pihak yang berkenaan.

Manakala saman itu akan dibuat dalam masa terdekat di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mustafa pada minggu lalu mendakwa Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu tersebut ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas DUMC.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

Begitu juga ekoran pendedahan klip video kehadiran Jais ke DUMC pada hari kejadian seperti yang ditayangkan dalam beberapa blog Umno - Free Malaysia Today

Saya tak pernah adakan hubungan sex dengan Saiful : DSAI

Posted: 21 Aug 2011 10:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan seks dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya sama sekali menafikan tuduhan ke atas saya. Saya mahu mengatakan, dengan tidak ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu Mohd Saiful," kata beliau dalam kenyataannya di Mahkamah Tinggi hari ini.

Kandungan keterangan Anwar di Mahkamah Tinggi pagi ini, yang dibuat dari kandang tertuduh, diemelkan kepada media.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.

"Dakwaan dia (Saiful) adalah satu pembohongan terus-terang dan kejam dan (ia) akan dibuktikan demikian," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Anwar menambah dakwaan itu juga satu usaha keji dan hina untuk membunuh karakter beliau.

"Dalam hal ini, biar saya menekankan semula bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk membunuh karakter saya dan mencemarkan reputasi saya dan mengugut saya sekali lagi dengan hukuman penjara 20 tahun, tetapi ambil kata-kata saya, mereka tidak boleh menakutkan saya," katanya.

Sambil menegaskan beliau tidak akan menyerah diri dalam usahanya melawan tuduhan kali ini, Anwar berkata, "kebenaran akan terbukti kelak."

Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh satu dekad ini.

Pada 16 Mei, mahkamah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa Saiful, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang untuk membincangkan perkara berkaitan dengan kerja dan menyerahkan dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh ketua stafnya Ibrahim Yaakob.

"Dia berkata dia menghentikan vannya di pondok keselamatan dan memaklumkan nama kod 'Mokhtar' kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk.

"Dia meletakkan kenderaan dan menggunakan lif ke Unit 11-5-1 di mana saya didakwa duduk di meja makan di bilik duduk. Dia mengatakan dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan. Dia memberitahu mahakamah saya menggunakan cara kasar untuk meminta agar diadakan hubungan seks," kata Anwar.

Anwar menambah, apabila ditanya Saiful menjawab dia marah dan takut, malah tidak sanggup berbuat demikian tetapi patuh kerana "saya kelihatan marah."

"Perlu diperhatikan di peringkat ini bahawa pengadu boleh, atas pengakuannya ketika keterangan peringkat utama, meninggalkan bilik kerana tiada bukti bahawa saya cuba untuk menutup pintu dari dalam," kata Anwar.

Anwar menambah, Saiful juga mendakwa bahawa dia telah diarah masuk ke dalam bilik tidur dan dia masuk kerana rasa takut.

"Malah di peringkat ini, pengadu ada peluang untuk meninggalkan bilik duduk.

"Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya," kata beliau lagi.

"Alasannya ialah dia diselubungi ketakutan," kata Anwar dalam keterangannya sambil menambah, "alasan sedemikian bercanggah dengan fakta."

Ketua Umum PKR ini seterusnya berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian "enam kaki" dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.

Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang ada hubungan dengan Umno dengan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.

"Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengarauh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya," kata Anwar yang juga bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri.

Anwar dipecat dari Umno dan jawatan kerajaan awal September 1998.

Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan, Anwar berkata, ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan fizikal ke atasnya.

Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful ada mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia "sesuatu yang menyakitkan."

"Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual dengan mesra dengan saya.

"Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebakliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari. Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma," kata Anwar lagi.

"Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari," tambah beliau.

Malah kata Anwar, sedangkan dia tidak membuat laporan polis ataupun mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, Saiful telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selain bercakap dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.

Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.

"Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar," katanya. - TMI


Pertukaran pelarian - 4,000 bukan Islam dengan 800 Islam - ada agenda politik : The Australian

Posted: 21 Aug 2011 09:17 PM PDT

Malaysia trading 4,000 non-Muslims for 800 Muslims in asylum swap, says top Aussie paper

KUALA LUMPUR, Aug 22 — The refugee swap deal with Australia is one of several immigration initiatives by Malaysia that will benefit the ruling Barisan Nasional (BN), says Australia's top-selling broadsheet.

Chris Kenny, a senior journalist with The Australian, wrote in his column yesterday that as the majority of Muslims support the Umno-led coalition, the deal, which will see 800 Muslims who arrive by boat in Australia being swapped for 4,000 non-Muslim Burmese, plays into "Malaysia's explosive ethnic-religious divide."

"In the ethno-religious politics of Malaysia, this is seen as a swap of 4,000 non-Muslims for 800 Muslims; as squeamish as we may feel about describing the equation in those terms, it is clearly one way in which the deal supports the interests of the ruling Muslim majority," he wrote.

Most of the arrivals to Australia, including an initial batch of 54 whose fate is being decided by its High Court, are Muslims from Afghanistan and Pakistan via Indonesia and have "the unspoken advantage (of) their Islamic faith" which will "bestow on them social welfare benefits and financial advantages," wrote Kenny.

With the Najib administration reiterating its commitment to the "Bumiputera Agenda" — affirmative action for the indigenous community and Muslim Malays — last weekend while the federal opposition pushes for a needs-based welfare system, the move will likely play to BN's advantage.

Kenny also noted that critics of Datuk Seri Najib Razak's government see the current amnesty on illegal immigrants — its deadline was recently lifted indefinitely — "as a way of fast-tracking more Muslims on to government benefits and the electoral rolls, with the asylum-seekers from Australia expected to join that preferential queue."

"The refugee swap plays directly into Malaysia's explosive ethnic-religious divide, a fracture that continues to define the federation's politics and deliver injustice to the country's non-Muslim population," he wrote.

"In recent weeks, protests for cleaner and more equal democracy — in part, code for an end to Muslim preference — have been met by government crackdowns and arrests," Kenny wrote, referring to tens of thousands who flooded the capital in the July 9 Bersih rally but were dispersed by water cannons and tear gas as police arrested nearly 1,700.

The federal opposition has most recently charged BN of giving at least 1,600 foreigners citizenships and the right to vote, questioning further the Home Ministry's motives for its current amnesty programmes.

Although Najib announced a parliamentary select committee to improve electoral practices last week, Home Minister Datuk Seri Hishammmudin Hussein has said that he believes these allegations to be "baseless."

But the opposition has claimed that the parliamentary panel is just a political ploy ahead of a general election that must be called by early 2013. - The Malaysian Insider

Al-Jazeera: Anak Gaddafi dikenakan tahanan rumah

Posted: 21 Aug 2011 08:58 PM PDT

August 22, 2011BEIRUT, 22 Ogos — Anak sulung pemimpin Libya Muammar Gaddafi, Mohammed memberitahu televisyen al-Jazeera hari ini, beliau ditahan oleh pemberontak dan sedang dikenakan tahanan rumah di Tripoli.

"Mereka yang bersenjata mengepung rumah saya dan saya masih di rumah dan mereka di luar," kata beliau dari Tripoli.

"Mereka berkata mereka akan menjamin keselamatan saya. Mereka mengepung rumah saya," katanya lagi.

Saluran televisyen itu berkata bunyi tembakan latar belakang juga kedengaran.

Ya, bunyi tembakan di kawasan rumah saya," katanya sebelum panggilan telefon terputus tiba-tiba.

Kemudian, Mohamed mengesahkan bahawa beliau dan keluarganya selamat dan tidak mengalami kecederaan. — Reuters

Kebebasan agama dipermain, murtad di kalangan Melayu menjadi-jadi

Posted: 21 Aug 2011 08:49 PM PDT

BANGI - Kebelakangan ini kes-kes murtad dalam kalangan orang Melayu Islam dan golongan saudara baru semakin menjadi-jadi. Fenomena ini tidak harus dibiarkan berterusan kerana ia adalah isu penting agama Islam.

Pengerusi Penaja Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Sosial Islam Malaysia (Perdim), Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz berkata, menukar agama dilarang keras oleh Islam.

"Perkara itu tidak boleh dipandang remeh, jika tidak ditangani segera ia akan menjadi suatu gejala menggugat agama Islam sebagai agama persekutuan di samping melemahkan kekuatan kaum Melayu.

"Di Malaysia isu murtad dan menukar agama (meninggalkan Islam) adalah isu sensitif yang boleh mencetuskan rusuhan serta perlu ditangani secara tegas tetapi penuh hemah keran dikhuatiri ada sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan sebagai strategi mempengaruhi orang Islam untuk menukar agama," katanya.

Menurutya, pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri serta pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) perlu bertegas dan bersungguh-sungguh menangani gejala murtad.

"Isu ini serius jangan dipandang sepi, jika tiada maklumat berhubung isu murtad dilaporkan pihak berwajib tidak menjalankan siasatan dan akan bertindak hanya pada maklumat. Sekiranya perkara ini semakin parah apa yang mampu dilakukan lagi.

"Selain melihat perundangan sebagai pengawalan, perhatian utama perlu diberikan kepada usaha dakwah secara besar-besaran bagi mengukuhkan kesedaran dan kefahaman agama dalam kalangan umat Islam sendiri," katanya.

Mohd Farhan berkata, tumpuan utama harus diberikan kepada generasi muda terutama remaja yang mudah terpesong dan terikut-ikut sesuatu ajaran sehingga memesongkan akidah kerana kebanyakan daripada mereka hanya mewarisi Islam daripada ibu bapa dan penghayatan Islam tidak masuk dalam jiwa. - SH

TERKINI Dari Mahkamah > DSAI pilih bela diri di kandang tertuduh

Posted: 21 Aug 2011 07:44 PM PDT

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk memberi keterangan di kandang tertuduh bagi membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang bermula di sini hari ini.

Ketika prosiding bermula, Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan memberitahu mahkamah anak guamnya akan memberi keterangan dari kandang tertuduh.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata Anwar mempunyai tiga pilihan memberi keterangan di kandang saksi di mana pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak
memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.

Pada 8 Ogos, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menemu bual antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, serta bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Pada 12 Ogos, Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah untuk temu bual itu dan masing-masing meluangkan masa kira-kira lima minit dalam bilik mesyuarat bersama Karpal dan S.N. Nair serta Anwar.

Pada 16 Mei, Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan Mohd Saiful, iaitu pengadu dalam kes itu berkata benar dan saksi yang boleh dipercayai.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap tuduhan melakukan hubungan bertentangan hukum alam di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.- Bernama

Azmil Mustapha akan ambil tindakan

Posted: 21 Aug 2011 07:34 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Azmil Mustapha atau lebih dikenali sebagai 'Ali Setan' akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menyampaikan ceramah menghasut penduduk supaya membenci kerajaan di Masjid An Nur, Subang dekat sini, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan meneliti laporan polis yang dibuat terhadapnya terlebih dulu sebelum mengambil tindakan undang-undang dan mendakwa tidak mengetahui apa punca sebenar laporan dibuat terhadapnya. Azmil yang juga seorang pelakon filem sebelum ini berkata, sehingga kini beliau belum dipanggil mana-mana pihak termasuk polis dan juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk disoal siasat. "Mereka tidak bertanyakan saya tetapi terus menuduh, apa yang saya lihat berdasarkan kepada laporan akhbar banyak perkara tidak tepat dan tidak seperti apa didedahkan.

"Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang membuat tuduhan tanpa usul periksa terhadap saya termasuk akhbar," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. - BH

SANTAI PETANG : Cerita artis bertindik lidah ...

Posted: 21 Aug 2011 06:34 AM PDT

Erin Malik: "Saya Mengaku Salah Bertindik, Tapi Janganlah Menghukum"

Kini timbul pula kontroversi mengenai pelakon muda, Erin Malik, 17 yang secara terbuka menunjukkan tindik pada bahagian lidah di sebuah rancangan televisyen swasta, baru-baru ini. Ekoran daripada pendedahan itu, ramai pihak yang mula menghukum serta melemparkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap Erin Malik. Ada yang mendakwa Erin Malik merupakan gadis yang amat sosial, malah tak kurang juga yang melabelkan pelakon muda ini sebagai "rosak".

Walau bagaimanapun, pertemuan Erin Malik bersama OHBULAN! di pelancaran program raya TV3 & TV9 di One Utama, Damansara, tengah hari tadi secara langsung membuka isi hati yang selama ini terbuku dalam diri pelakon remaja ini. Ikuti temubualnya selepas ini.

"Ada orang cakap I jadi macam ni kerana bapa I kahwin lain, ada yang mendakwa I jenis sosial & bermacam lagi yang dilemparkan kepada I. I mengaku buat salah kerana bertindik di lidah, I mengaku adakalanya diri ini memang nakal, suka memberontak & sebagainya. Tetapi, I bukan jenis sosial.

"I jenis yang buat salah sekejap je, lepas tu insaf balik. Sebagai remaja, ada perkara yang dilakukan oleh I merupakan benda yang tidak dirancang. Kejap nak buat itu, kejap nak buat ini. Keluarga juga tau apa yang I lakukan, mereka tetap menegur I. Cuma, ada masanya apabila I geram, I akan rebel," kata Erin Malik dalam nada serius.

"Walau bagaimanapun, Erin akan tanggalkan tindik ini apabila terlibat dengan lakonan," jelas Erin Malik mengenai tahap profesional sebagai pelakon.

Erin Malik memaklumkan bahawa dia bersikap positif terhadap apa sahaja dakwaan dan hinaan yang dilemparkan oleh orang ramai terhadap dirinya.

"Erin tak marah, mungkin daripada luar orang nampak Erin ni jahat. Tapi, Erin minta kepada mereka yang tidak mengenali diri ini secara peribadi, supaya jangan cepat menjatuhkan hukuman kepada Erin. Kepada sesiapa yang salah faham, anda boleh dapatkan penjelasan penuh daripada Erin seperti dipaparkan dalam rancangan tv berkenaan," kata Erin Malik yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini.

STONE : Aku memang menyampah sangat bila jumpa orang bertidik ni. Aku tak tau tang mana yang syok sangat depa pi tindik ni. Ada kat hidung la, lidah la dan ada juga yang kat pusat ..... lepas tu pakai la tshirt pendek sebab nak tunjuk pusat yang ditindik tu .... alahai mmg memyampah

Najib nafi si katek dia beli cincin USD24 juta

Posted: 21 Aug 2011 02:26 AM PDT

JAKARTA, 21 Ogos — Akhbar Indonesia Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan — berkaitan cincin berlian — yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.

Pertengahan bulan lalu Rosmah berkata laporan beberapa blog mengenai cincin itu satu fitnah.

Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

"Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada ketua kerajaan dan keluarga," kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini dipetik oleh Bernama Online.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk "PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia", tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lalu berkata beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya, pada Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.

"Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali," Najib (gambar) dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.

"Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali," kata Najib.

Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini, berkata beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah.

"Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan).

"Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan lebih unik, dan kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini. Saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa," Najib dipetik sebagai berkata.

Perdana Menteri juga percaya isu pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara akan dapat diselesaikan namun kedua-dua pihak harus ada kompromi jika mahu mencari penyelesaian politik berhubung isu itu.

Mengenai demokrasi, Najib menjelaskan bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia merupakan sistem yang telah melalui proses evolusi namun prinsipnya jelas sekali bahawa tidak ada sebarang kekebalan, walaupun kepada parti pemerintah.

"Bila ada pilihan raya, parti pemerintah senasib dengan parti pembangkang. Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan dari perolehan suara. Undi ditentukan oleh rakyat," kata Najib.

Yang selalu menjadi polemik ialah definisi keterbukaan kerana kerajaan mempunyai pendapatnya sendiri tentang perkara itu dan parti pembangkang ada pendapatnya juga, namun prinsip utamanya ialah hak rakyat untuk memilih kerajaan secara adil dan bebas.

"Demokrasi berlaku di Malaysia. Parti pemerintah pernah kalah di peringkat negeri dan memang belum pernah di peringkat pusat," kata Najib.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Perdana Menteri berkata rakyat kini semakin yakin dengan BN berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, namun parti itu tidak menjadikan keputusan-keputusan itu sebagai ukuran mutlak.

Oleh itu BN terus berusaha dengan segala upaya membentangkan agenda dan program yang dapat memberi kepuasan dan keyakinan kepada rakyat.

"Bukan sahaja dengan (membentangkan) program kerajaan, program ekonomi, tetapi juga program yang menyentuh rakyat. Program yang memberi kelegaan dan kepuasan kepada rakyak, terutama dalam konteks fenomena inflasi global - hubungan dengan kenaikan harga makanan dunia.

"Ini semua adalah isu-isu yang perlu kita tangani. Dan yang tak kurang penting ialah menjaga komunikasi dengan rakyat," kata Najib. - TMI

Azmil Mustapha nafi hina Agong

Posted: 21 Aug 2011 01:27 AM PDT

Pelakon yang kini menjadi pendakwah, Azmil Mustapha, menafikan beliau menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.

Mingguan Malaysia melaporkan pelakon filem Ali Setan itu sebagai berkata beliau terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid berkenaan pagi kelmarin, mengatakan beliau ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, apatah lagi menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ai tiada kena mengena dengan politik.

"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya dalam laporan Utusan tersebut.

Sebaliknya, jelas Azmil, tazkirah yang disampaikannya di masjid tersebut adalah berasas kepada ayat-ayat al-Quran.

Menurutnya, antara perkara yang disampaikannya ialah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.

Sementara itu, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan beliau meminta orang ramai memberi peluang kepada pihak polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci - Mkini

Tiada ulasan: