Rabu, 3 Ogos 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


NASIB BAIK BERSIH WUJUD, JIKA TIDAK JPN ATAU SPR TERLENA TERUS

Posted: 03 Aug 2011 12:58 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, berkatalah JPN bahawa insan yang bernama Mismah (Mismah binti ? ) sebenarnya telah diluluskan menjadi warganegara ini mulai Januai 2011 lagi. Ertinya, sehingga awal bulan Ogos, tiada kemaskini oleh JPN sehinggalah terbongkar kisah Mismah yang berstatus PR tetapi boleh mengundi.

Malaysiakini melaporkan sebelum ini, " Semalam, semasa semakan Malaysiakini pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238). Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

azlanBagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru" (Malaysiakini).

Lulus bulan Januari, tetapi baru sehari dua ini dikemaskinikan? Betapa cekapnya JPN bekerja untuk satu isu ini. Bagaimana boleh berbulan-bulan tidak mampu secekap ini?

Pelik bin ajaibnya, walaupun JPN belum kemaskinikan status Mismah, namun `kecekapan' SPR mengatasi JPN apabila nama Mismah tersenarai di dalam daftar Pengundi di dalam website SPR. Timbul persoalan, dari mana rujukan atau panduan SPR boleh membenarkan Mismah boleh mengundi sedangkan nama beliau ketika itu masih berstatus PR? Mengapa SPR tergesa-gesa memasukkan namanya? Bukankah SPR sering menyebut bahawa apa yang dipamirkan di dalam senarai pengundi berdaftar di dalam laman webnya adalah berpandukan daripada JPN?

Maka, Pengerusi SPR pun menjawab bagi pihak JPN bahawa `kecuaian atau kesilapan' teknikal berlaku di dalam sistem JPN. Ini bermaksud, tidak mustahil banyak lagi boleh berlaku `kesilapan teknikal' di dalam JPN dan tidak mustahil boleh berlaku di dalam SPR juga sehingga tarikh PRU diumumkan nanti.

Agak-agaknya apa pula jawapan JPN atau SPR terhadap kisah di sini (klik). Terdapat 9 orang yang sempat disemak di kawasan Parlimen Pekan (kawasan Najib) yang No Kad Pengenalannya tiada dijumpai di dalam semakan di Website JPN (ertinya orang itu tidak wujud), tetapi wujud No Kad Pengenalan dan namanya di dalam Website SPR? Bertanya lagi kita, di mana SPR dapat orang-orang ini? SPR merujuk daripada siapa? Bukankah SPR sering menyebut, sekiranya ada yang telah meninggal dunia yang JPN sendiri telah sahkan, SPR akan membersihkan nama orang itu. Sekarang, apa status sebenar 9 orang tersebut? Jika sudah meninggal dunia dan memang telah dibuang dari JPN, mengapa masih wujud di dalam SPR?

Itu pun jika benar memang meninggal dunia. Dalam kes di atas, ternyata `hubungan' JPN dan SPR tidak rapat atau `tidak sepakat'. Di kawasan Parlimen Pekan, difahamkan bukan 9 orang itu sahaja bahkan lebih dari itu dan kami akan buktikan selepas ini. Apakah alasan terbaru JPN dan SPR selepas ini nanti? Adakah masih dengan alasan `kecuaian dan kesilapan teknikal'? Jika satu atau dua kes yang tersilap, boleh juga diterima akal tetapi jika sudah berpuluh malahan beratus kes kita rasa seperti ada `something wrong".

Melihat kepada beberapa situasi yang melanda JPN dan SPR sekarang, rasanya tidak layak Pengarah atau Pengerusi mereka mendapat markah tinggi malahan boleh dianggap `gagal' di dalam KPI mereka. Nasib baik BERSIH wujud, jika tidak sampai kiamat mungkin JPN atau SPR masih tidor./wfauzdin.blogspot.com

BONGKAR LAGI !! KALI INI `HANTU' DI KESAN DI PARLIMEN PEKAN?

Posted: 03 Aug 2011 12:26 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM kehangatan orang ramai mempertikaikan ketelusan SPR dan JPN di dalam pendaftaran Pengundi dan PR, saya juga ingin mencelah sedikit tetapi bukanlah kes yang besar sepertimana kes rakyat asing diberi taraf warga negara tidak sampai 24 jam itu.

Saya cuma ingin berkongsi maklumat, dan maklumat ini saya perolehi dari rakan saya yang sekarang ini masih mencari maklumat-maklumat lain. Maklumlah, di zaman Najib ini kita tidak boleh malas untuk mencari maklumat jika kita tidak mahu diperbodohkan seperti puak-puak mereka.

Maklumat ini adalah berkaitan dengan senarai nama Pengundi yang berdaftar di Kawasan Parlimen Pekan, Pahang tetapi No KP dan Nama Pengundi tersebut tiada di dalam Pencarian di JPN. Maksudnya, nama ada di dalam Web Carian SPR, tetapi tiada di dalam carian JPN. Adakah ini yang dimaksudkan `Pengundi Hantu'?. Bagaimana seseorang yang tiada di dalam JPN boleh terdapat di dalam Daftar Mengundi di SPR?

Sebenarnya banyak jumlah yang dapat dikesan di Kawasan Parlimen Pekan, iaitu kawasan Najib yang baru-baru ini berjanji akan memBERSIHkan SPR. Tetapi, buat permulaan saya senaraikan 9 nama sahaja dahulu seperti di bawah ini dan anda boleh taip NO KP mereka ke dalam carian JPN, kemudiannya anda taip NO KP yang sama ke dalam carian SPR. Anda sendiri saksikan keputusannya.....

1. 101222755365 ABDULLAH D/O KUNJI MAHIDIN

2. 111231325542 KUNCHIR BINTI DAYANG

3. 131231329576 MEK TEH BINTI DOLAH

4. 141231328417 TANJONG BIN LAMBAK

5. 181231328245 TI VO SO

6. 280623715459 PERUMAL A/L RENGASAMY

7. 300410715346 TAN SAI KEOW

8. 461114715138 SAROJAH A/P SAMY

9. 480225715177 UPAK

Senarai ini adalah di antara bukti yang menunjukkan `ada yang tidak kena' dengan SPR atau pun JPN itu sendiri. Jika nama tiada di dalam JPN, mungkin penama tersebut telah meninggal dunia tetapi mengapa masih wujud di dalam SPR? Bukankah SPR berulangkali menyebut pembersihan telah dilakukan? Di zaman IT dan serba canggih ini sukar sangatkah untuk bekerjasama dengan JPN?

Justeru itu, usahlah kita asyik berbicara pasal Biometrik sekiranya isu seperti ini pun amat lembab untuk diatasi. Oleh yang demikian, memang wajar BERSIH berhimpun baru-baru ini kerana terlalu banyak `kotoran' yang perlu diBERSIHkan./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: