Khamis, 4 Ogos 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pekan Tempat Paling Selamat Untuk Hantu Belaan SPR

Posted: 04 Aug 2011 12:19 AM PDT

Ini dari Pekan, Pahang.. Tiada MyKad tapi berdaftar sebagai pengundi..


Menurut seorang sahabat dari Pahang ini adalah sebahagian kecil atau senarai permulaan dari jumlah besar yang mereka kesan di Kawasan Parlimen Pekan, iaitu kawasan Najib.

Menurutnya, beliau cuma ingin berkongsi maklumat, dan maklumat ini beliau perolehi dari rakannya yang sekarang ini masih mengumpul maklumat-maklumat lain.

Maklumat ini adalah berkaitan dengan senarai nama Pengundi yang berdaftar di Kawasan Parlimen Pekan, Pahang tetapi No MyKad dan Nama Pengundi tersebut tiada di dalam Pencarian di JPN.

Maksudnya, nama ada di dalam Web Carian SPR, tetapi tiada di dalam carian JPN atau pengundi yang boleh mengundi melalui MyKad yang dikeluarkan oleh SPR bukannya JPN..


Menarik bukan.. demi mengekalkan kuasa UMNO/BN, SPR sebuah badan yang tugasnya hanya berkaitan pilihanraya boleh mengeluarkan MyKad pula..

Pengarah Pilihanraya N10 kata.."depa buat kerja lepas office hour, pasai tu SPR ada no MyKad, JPN tak ada.."

Tengoklah...

Di SPR ada no MyKad..

Tapi JPN tiada no MyKad



Di SPR ada no MyKad

JPN tiada MyKad



SPR ada No MyKad..

JPN tiada..




Siapa yang keluarkan MyKad ni?? SPR atau JPN??

Patutlah Najib tak kisah.. di Pekan pun ada pengundi hantu rupanya..

Info dari Pahang ini datangnya dari SINI / Kedahlanie

PAS dakwa ada gerakan jatuh Najib dalam Umno

Posted: 03 Aug 2011 10:06 PM PDT

PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib daripada perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Kisah di Sebalik Perletakan Jawatan Naib Cancelor Unicel

Posted: 03 Aug 2011 08:09 PM PDT


Utusan Meloya bersemangat memainkan isu perletakan jawatan Dr Datuk Dr Rosti Saruwono dari jawatan Naib Cancelor Universiti Selangor (Unisel).

Alasan yang diberi oleh Dr Rosti adalah:

"Sah saya letak jawatan berkuat kuasa 3 Ogos (esok). Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.


Ketiga-tiga orang yang tidak sanggup dipecat oleh Dr Rosti adalah:


1.0 Pendaftar, Rokmaa Mat,
2.0 Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman
3.0 Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah

Apa yang tidak dilapurkan oleh Utusan Meloya adalah Rokmaa Mat adalah Mak Saudara kepada bekas Menteri Besar, Khir Toyo.

Ketiga-tiga orang ini telah disiasat oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat Exco Selangor. Dikatakan laporan dari Jawatankuasa itu membuktikan terdapat banyak kes salahlaku yang melibatkan kewangan serta pemberian kontrak dan juga masalaah moral.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah disebabkan Rokmaa Mat ini mak saudara kepada Khir Toyo, beliau amat berkuasa di Unisel. Sehingga segala-gala yang berlaku di Unisel dikawal oleh beliau.

Dikatakan juga, Dr Rosti pula adalah seorang penyokong tegar UMNO. MB melantik beliau kerana ingatkan beliau seorang yang professional dan komited kepada tugas Naib Cancellor.

Namun, apabila menduduki jawatan tersebut, beliau terus menyokong "geng UMNO" dan membiarkan Unisel ditadbir seolah-olah Selangor masih diperintah UMNO. Dan Rokmaa Mat ini terus bermaharajalela.

Itu maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber dalaman kerajaan Selangor sendiri.

Bayangkan berapa kali Nurul Izzah tidak dibatalkan program beliau di Unisel. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Dengan kata lain, Dr Rosti meneruskan penguasaan UMNO ke atas Unisel melalui Rokmaa Mat.

Dan dalam setiap pentadbiran UMNO, mesti ada korupsi. Atas sebab2 ini juga ketiga-tiga di atas mahu dipecat.

Tak hairanlah Utusan Meloya bersungguh-sungguh mempertahankan beliau.

Faktanya adalah Dr Rosti tidak mahu memecat beberapa nama yang salah seorangnya mak saudara Khir Toyo.

Hairan juga. Arahan untuk memecat ketiga-tiga orang ini bukan datang dari MB Selangor. Ianya diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh MB Selangor, pegawai2 kerajaan, Dr Rosti sendiri serta kesemua Timbalan Naib Cancelor di Bangunan SUK.

Laporan dari JK Exco itu telah dibentang dalam mesyuarat tersebut bersama-sama dengan segala bukti yang beliau perlu.

Juga, dalam mesyuarat itu, Dr Rosti tidak membantah. Tidak mempersoal hasil laporan JK yang ditubuh Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Namun, tiba-tiba beliau letak jawatan dan tidak mahu melaksanakan keputusan yang dipersetujui bersama itu. Beliau tuduh pula keputusan itu tanpa sebab dan tidak mengikut proses.

Maka, apabila beliau kata pemecatan itu "tanpa sebab dan tidak mengikut proses" jelas beliau BERBOHONG. Sudah ada JK Khas yang ditubuh Exco bagi menyiasat ketiga-tiga orang ini.

Jelas, perletakan Dr. Rosti adalah kerana beliau tidak sanggup menghapuskan legasi UMNO dalam Unisel. Itu sahaja. Mungkin beliau rasa beliau akan khianat pada UMNO kalau ketiga-tiga orang ini dipecat.

Tulang Besi


Rosti Resigns As Unisel Vice-chancellor
SHAH ALAM, Aug 2 (Bernama) -- Datuk Dr Rosti Saruwono has resigned as Universiti Selangor (Unisel) vice-chancellor, effective tomorrow, after giving 24-hour notice.

He confirmed his resignation from the post via SMS to Bernama after being asked about the news.

"There was a decision that I was not willing to make, that was, to terminate the services of three Unisel officials without the due process," he said as among the reasons for him to quit the post.

Hailing from Klang, Rosti had once been deputy president of Petronas' Education Division and was the first rector of Universiti Teknologi Petronas before being appointed Unisel vice-chancellor on March 2, 2009.

He replaced Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus who vacated the post in July 2008.

When newly appointed to the post, Rosti had said that he would not be a "Pak Turut" (lackey) to any quarters and would ensure that the state government-owned university would not be used to serve anyone's political interest.

According to sources, Rosti was ordered by the Unisel leadership to terminate the services of its registrar Rokmaa Mat, dean of the Business Faculty Prof Dr Khalifah Othman and director of marketing and corporate communication, Halid Hasbullah.

-- BERNAMA / TB

Habiskan Duit Rakyat Untuk Hebat Di Mata Barat.. Bodoh Punya Pemimpin..

Posted: 03 Aug 2011 07:33 PM PDT

Program CNBC digugur selepas kaitan Taib didedah

Berikutan pendedahan oleh laman sesawang Sarawak Report yang mendakwa ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membayar RM15 juta kepada sebuah firma perhubungan awam antarabangsa bagi membersihkan imejnya, badan penyiaran berita global CNBC telah menggugurkan rancangan World Business.

"Memandang keseriusan soalan yang ditimbulkan minggu lalu, CNBC dengan segera menjalankan siasatan ke atas FBC dan amalan perniagaannya serta mengambil keputusan menarik terus rancangan 'World Business'," menurut laman webnya yang memetik kata naib presiden pemasaran dan komunikasi CNBC Charlotte Westgate.

CNBC adalah antara badan penyiaran berita antarabangsa yang menyiarkan program berita TV yang diterbitkan oleh FBC Media Ltd, sebuah firma perhubungan awam yang berpangkalan di Britain yang didakwa menerima bayaran jutaan ringgit daripada ahli politik BN supaya imej mereka kelihatan hebat di luar negara.


Mereka termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Abdullah Badawi dan Taib Mahmud, dakwa Sarawak Report.

Amalan itu, jika dibuktikan betul, adalah jelas bercanggah dengan peraturan penyiaran antarabangsa.

"Membenarkan slot berita dibeli dengan cara demikian - menipu jutaan penonton yang mempercayai mereka menyaksikan rancangan yang tidak memihak - adalah kesalahan serius mencabuli undang-undang penyiaran, di mana badan penyiaran seperti syarikat induk CNBC di Amerika, iaitu NBC akan dipertanggungjawabkan," kata portal berita itu dalam laporan terbarunya.

Menurut portal anti-Taib yang dibiayai oleh wartawan Inggeris Clare Rewcastle Brown (kiri), yang juga adik ipar kepada bekas perdana menteri Britain Gordon Brown, BBC yang juga menyiarkan program yang diterbitkan oleh FBC belum memberikan reaksinya.

"Bagaimanapun adalah dipercayai mereka juga telah melancarkan siasatan berhubung aktiviti FBC."

Selain daripada CNBC dan BBC, CNN juga dilaporkan telah menyiarkan beberapa rancangan seumpama itu yang diterbitkan oleh FBC, termasuk beberapa wawancara dengan Najib oleh presiden syarikat itu John Defterios, dakwa portal itu lagi.

Malaysiakini

Iklan Ramadan TV9 hina Islam

Posted: 03 Aug 2011 07:25 PM PDT

Belumpun kontroversi iklan Ramadan 8TV yang memaparkan 'ketiak' seorang wanita Cina reda kerana didakwa berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa, iklan Ramadan TV9 pula dipertikaikan

Kali ini, Pemuda PAS Selangor mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

"Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat," kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (kiri) yang dipetik Harakahdaily.


Katanya, pemuda PAS sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam Islam.

Iklan berkenaan mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur.

Pada penghujung iklan itu memaparkan bahawa si lelaki yang juga DJ Hot fm, AG tidak sempat bersahur kerana azan subuh telah berkumandang. Manakala jiran perempuan itu pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana yakin si lelaki itu tidak sempat bersahur.

"Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah," kata Hasbullah.

Menurut beliau, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah SAW bahawa terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Katanya, sedangkan dalam Islam, jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Sehubungan itu, pemuda PAS, mendesak TV9 supaya menarik balik tayangan iklan berkenaan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.

"Dewan Pemuda PAS Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya," kata Hasbullah.

Jais, polis serbu gereja anjur majlis makan malam

Posted: 03 Aug 2011 06:33 PM PDT

PETALING JAYA, 4 Ogos — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis menyerbu satu majlis makan malam yang dihadiri pelbagai kaum di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di sini malam tadi ekoran satu aduan didakwa tidak spesifik.

Pastor kanan DUMC Dr Daniel Ho berkata, kira-kria 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.

Ho berkata sebuah pertubuhan bukan kerajaan, yang dikenali sebagai Harapan Komuniti, telah menganjurkan majlis makan malam kesyukuran di gereja itu, yang dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.


"Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia," kata Ho kepada The Malaysian Insider malam tadi.

"Kebanyakannya beragama Kristian... ada juga (hadirin), kira-kira 15 orang Melayu," katanya lagi.

Mengikut maklumat laman web, Harapan Komuniti menggambarkan ia sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan bantuan kepada mangsa malapetaka, ibu tunggal, kanak-kanak dan pesakit Aids tanpa mengira kaum.

Ho berkata pihak berkuasa tidak menahan sesiapa tetapi merampas aturcara program di samping menyoal penganjur majlis dan hadirin.

"(Mereka datang) ekoran aduan dan memberitahu ada orang membuat satu aduan," kata beliau.

Bagaimanapun Ho memberitahu pihak berkuasa itu tidak menjelaskan kandungan aduan.

Serbuan malam tadi di negeri ditadbir Pakatan Rakyat muncul dua minggu selepas Putrajaya menjalin hubungan diplomatik dengan Vatican. - TMI


50 Bekas Ahli Parlimen UMNO Mahu Najib Letak Jawatan

Posted: 03 Aug 2011 04:49 PM PDT

PETALING JAYA - Spekulasi telah bertiup kencang bahawa kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Umno sedang terancam. Orang dalaman parti mendakwa bahawa sokongan terhadap Muhyiddin Yassin begitu kuat di samping sokongan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi tekanan kepada Najib. Cengkaman kuasa Perdana Menteri menurun berikutan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai manakala kontroversi berkaitan isterinya Rosmah Mansor juga membelenggu beliau. Kini, sebuah organisasi yang mewakili bekas ahli UMNO Parlimen telah menyuarakan kekurangan keyakinan terhadap kepimpinan Najib dan mahu beliau meletakkan jawatan.

Organisasi yang dipanggil Penawar yang diketuai oleh bekas Menteri Kabinet Aziz Shamsuddin, yang merupakan Setiausaha Politik Mahathir dari tahun 1981 hingga 2002.

Bercakap mengenai isu ini, ahli Penawar berkata organisasi ini memutuskan dalam mesyuarat minggu lalu bahawa ini adalah masa untuk Najib melepaskan jawatan."Terpulang kepada Najib. Jika dia mencintai negara dan orang Melayu, beliau harus meletakkan jawatan secepat mungkin.


"Jika dia tidak beliau adalah orang yang mementingkan diri sendiri, maka dia mesti berhenti," kata bekas Ahli Parlimen kepada FMT, sambil menambah bahawa mesyuarat itu dihadiri oleh bekas menteri dari era Mahathir.

Menurut beliau, Penawar, yang mewakili kira-kira 50 bekas Ahli Parlimen, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib kerana beberapa sebab. Apabila ditanya, beliau enggan mengulas lanjut mengenai sebab-sebab, yang menyatakan bahawa ini adalah pengetahuan umum.

Dihubungi kemudiannya, Aziz memberitahu yang merupakan pengerusi Penawar, enggan mengulas mengenai perkara itu tetapi mendedahkan bahawa organisasi akan mengadakan satu lagi mesyuarat esok.

Baca seterusnya disini


Anwar sahkan ada temu Ku Li, tapi tidak sentuh soal lompat parti

Posted: 03 Aug 2011 07:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui pernah bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebelum dan selepas pelan 16 September 2008 beliau gagal tetapi menafikan ada memujuk agar pemimpin veteran itu menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pusat.

Ketua Pembangkang ini menafikan maklumat kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang didedahkan Wikileaks bahawa beliau terus berusaha untuk mengambil alih Putrajaya menerusi strategi melompat parti dengan sokongan Tengku Razaleigh, ketua Umno Gua Musang.

Anwar (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa pertemuan dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu bukan satu rahsia, sebaliknya hanya membincangkan "isu-isu politik."


"Ada pertemuan, ia memang diketahui umum. Saya ada bertemu dengan beliau (Tengku Razaleigh) sebelum dan selepas 16 September (2008).

"(Tetapi) kami bertemu beliau sebab beliau mahu mengetahui mengenai isu, isu-isu politik," kata Anwar tetapi berulang kali menegaskan, tiada perbincangan mengenai sebarang usaha melompat menyertai Pakatan Rakyat.

"Tidak, tidak macam itu. Bukan dalam bentuk itu," tambah Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

Kabel diplomatik itu berkata usaha Anwar bukan sesuatu yang meyakinkan sebab Tengku Razaleigh juga dikatakan bercita-cita mahu menjadi perdana menteri.

Anwar juga mendakwa beliau telah berhubung dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri ketika itu, menerusi menantunya Khairy Jamaluddin yang kini merupakan Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau.

"Tidak, apa yang dilaporkan (oleh kabel diplomat) tidak betul. Tiada asas," kata beliau lagi.

Dalam komennya kepada The Malaysian Insider petang tadi, Khairy menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk mendapatkan sokongan ke atas legasi pembaharuan dibawa Abdullah sebelum bekas perdana menteri itu meletakkan jawatan.

Khairy menegaskan beliau tidak pernah bertemu dengan Anwar bagi pihak bapa mertuanya sebagaimana didedahkan oleh kabel diplomatik AS.

Portal berita Malaysia Today hari ini menerbitkan maklumat kabel itu, yang memetik Sivarasa Rasiah, Naib Presiden ketika itu dan penggantinya Chua Tian Chang berkata Khairy ada mendampingi Anwar berhubung sokongan ke atas pembaharuan kehakiman sebagai "sebahagian daripada legasi Abdullah."

Dalam maklumat kabel diplomat yang didedahkan itu, Duta Amerika Syarikat James R. Keith memberitahu kerajaannya bahawa Abdullah mengekalkan kontak dengan Anwar menerusi Khairy sebelum menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak pada April 2009.

Chua dan Sivarasa didakwa mengesahkan perkara ini ketika mengadakan pertemuan dengan setiausaha-setiausaha politik secara berasingan pada 3 dan 5 November 2008.

Keith juga menulis bahawa pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga membuat tanggapan bahawa Khairy bertindak sebagai orang tengah bagi Anwar dan Abdullah untuk bekerjasama.

The Malaysia Insider

RM1 Juta Untuk Lawan Daftar Hantu SPR Di Mahkamah

Posted: 03 Aug 2011 06:56 AM PDT

SHAH ALAM: Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Selasa bersetuju untuk menubuhkan satu geran tidak lebih RM1 juta bagi membiayai usaha menfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baru yang mencurigakan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu ditubuhkan kerana kerajaan negeri memandang serius aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi sedia ada dan pengundi baru.

"Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negera jiran yang mendapat taraf pemastautin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diatasi dengan segera.


"Kami berpendapat bahawa rakyat berhak menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka laluan kepada sistem pilihan raya yang bersih dan adil," katanya.

Menurut beliau, geran itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.

"Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, bantahan ini hanya melibatkan kawasan di Selangor saja," katanya.

Khalid berkata, pilihan raya bersih dan adil merupakan tiang utama kepada demokrasi sebenar dan apa jua usaha perlu diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya terus terpelihara serta pilihan rakyat dihormati.

"Pilihan raya bukan saja perlu bersih dan adil tetapi harus kelihatan bersih dan adil di mata masyarakat," ujarnya.

Sumber disini

Tu Dia.. 29,290 Orang Diberi Kerakyatan Malaysia Oleh Hishamuddin

Posted: 03 Aug 2011 05:47 AM PDT

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam, sebenarnya tidak benar.

Ketua pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

"Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Semalam, semasa semakan Malaysiakini pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238).

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Jariah dalam kenyataan medianya juga berkata sepanjang tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, kementeriannya telah menerima 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Daripada jumlah itu, katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 permohonan.

Jariah juga menghuraikan pertimbangan permohonan taraf warganegara tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara-perkara berikut:Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara

Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)

Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.


PAS hari ini mempertikaikan pendaftaran 1,597 pengundi dalam draf daftar pemilih tambahan bagi pemilih berdaftar sehingga akhir bulan Jun, yang disenaraikan di lamanweb JPN sebagai penduduk tetap.

Ini termasuk Mismah, yang statusnya telah ditukar dari penduduk tetap kepada warganegara di JPN semalam, dalam tempoh beberapa jam selepas Malaysiakini melaporkan mengenainya.

Dalam reaksinya, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata ini disebabkan oleh "kecuaian teknikal" di mana sistem sistem JPN tidak dikemaskini.

Sistem akses awam di lamanwebnya, jelas beliau, adalah berasingan dari sistem sambungan secara automatik antara SPR dan JPN.

Malaysiakini

Tok Guru Anggap Zahrain SAMPAH..

Posted: 03 Aug 2011 05:32 AM PDT

TG Nik Aziz: Orang Yang Lompat Macam Zahrin Ibarat Sampah!


Ketika ditanya mengenai kenyataan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (atas), yang mencabarnya supaya membuat kenyataan terbuka menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung isu mempelawa anggota Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang, Nik Aziz enggan mengulas lanjut sambil menyifatkan Zahrain sebagai "sampah".

"Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah," katanya.

UNISEL Tidak Terjejas Dengan Perletakan Jawatan VC

Posted: 03 Aug 2011 04:27 AM PDT

Selangor Tubuh Pasukan Khas Pantau UNISEL - Khalid Ibrahim

SHAH ALAM 3 OGOS : Kerajaan Negeri Selangor akan menubuhkan satu pasukan khas untuk meneliti permasalahan dalam pengurusan Universiti Selangor (UNISEL) ekoran perletakan jawatan secara mengejut oleh Naib Canselor, Dr Rosti Saruwono.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pasukan khas tersebut akan dikemudi oleh tiga individu yang berkelayakan bagi memastikan UNISEL terus berkembang maju sebagai institusi pengajian utama di Selangor.

"Tiga daripada mereka mempunyai kelulusan akademik yang sesuai bagi melihat pembangunan UNISEL dan ketiga mereka juga mempunyai pengalaman pentadbiran organisasi-organisasi yang lebih besar daripada Unisel."


Mereka yang dimaksudkan adalah Dato' Dr Ir Muhamad Zohadie Bardaie, Dato' Dr Adnan Alias dan Dato' Dr Mohamed Ariffin Aton.

Kesemua mereka adalah Ahli Lembaga Pengarah UNISEL.

"Exco juga diberitahu mengenai penubuhan pasukan khas untuk selesaikan perkara yang berlaku di Unisel.

"Oleh sebab itu saya akan membuat perbincangan dengan tiga individu tersebut bagi membincangkan perkara-perkara yang perlu dibuat untuk menentukan UNISEL akan terus berkembang setanding dengan mana-mana universiti di dalam negara," katanya.

Datuk Dr. Rosti Saruwono meletak jawatan sebagai Naib Canselor UNISEL, dengan notis 24 jam berkuat kuasa hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Rosti sebagai berkata beliau meletak jawatan ekoran tidak sanggup memecat tiga pegawai UNISEL yang diarah meletakkan jawatan.

Mereka adalah Pegawai Pendaftar, Rokmaa Mat, Dekan fakulti Perniagaan, Prof. Dr Khalifah Othman, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Koprat, Halid Hasbullah.

Mengulas hal tersebut, Khalid berkata perkara itu telah dibincangkan lebih awal bersama Naib Canselor dan tiga Timbalan Naib Canselor.

"Dr Rosti terlibat dalam perbincangan ini dan beliau tahu keputusan yang telah dibuat. Malah beliau juga telah menandatanganinya," katanya.

Rosti yang berasal dari Klang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan Rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Beliau dilantik sebagai Naib Canselor UNISEL pada 2 Mac 2009 bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

"Saya ingat dalam mana-mana institusi politik dalaman mesti ada, tetapi walau apapun, Kerajaan Negeri bersetuju menerima peletakan jawatan beliau, kita tidak ada halangan untuk perkara ini. Sebab itu adalah keputusan beliau," katanya.

Status Warganegara Boleh Ditukar Ikut Suka Hati Mak Bapak SPR

Posted: 03 Aug 2011 03:47 AM PDT

SPR tukar status 'Mismah' dalam draf senarai pemilih

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengubah status Mismah, yang namanya telah dimasukkan dalam draf senarai pendaftaran pemilih.

Ini berdasarkan kepada semakan pada sistem pengesahan dalam talian SPR pada jam 2 petang hari ini.

'Status rekod' (rujuk rajah) menyatakan permohonannya untuk mendaftar sebagai pengundi adalah 'dalam proses pengesahan daftar pemilih'.

Namanya terdapat dalam draf daftar pemilih tambahan yang telah dibuka untuk penelitian awam.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, ketika dihubungi, menjelaskan bahawa tempoh bantahan berakhir semalam.

"Mereka yang tidak menerima apa-apa bantahan akan diwartakan (sebagai pengundi). Mereka yang menerima bantahan akan tertakluk kepada proses pengesahan," katanya.

Sewaktu proses tersebut, siasatan awam akan diadakan untuk mendengar kedua-dua pihak - bakal pengundi dan pengadu.
Semalam Malaysiakini mendapati Mismah telah dikategorikan sebagai seorang penduduk tetap (PR) dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sistem pengesahan JPN dalam talian, yang membolehkan pengguna untuk menyemak status individu, menunjukkan Mismah adalah pemegang MyPR kad No 640704715238.

Kira-kira empat jam selepas laporan itu disiarkan semalam, status Mismah dalam sistem pengesahan dalam talian JPN, telah 'dinaik taraf' kepada warganegara.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, ketika dihubungi kemudiannya, berkata ia mungkin berpunca daripada kecuaian teknikal di pihak JPN, serta menegaskan bahawa hanya warganegara layak didaftarkan sebagai pengundi.


Tiada ulasan: