Rabu, 3 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kalangan dalaman Umno mahu Najib 'turun' sebelum PRU 13

Posted: 03 Aug 2011 09:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: There is a move within Umno to oust Prime Minister Najib Tun Razak before the next general election, said PAS secretary-general Mustafa Ali.

Quoting Umno sources, he said Najib is aware of the mutiny.

"But he refuses to step down," he added.

Mustafa claimed that some top guns in Umno consider Najib a liability due to various issues such as the Scorpene submarine scandal.

"Wait for another one or two weeks. You"ll see it more clearly," he said.

Mustafa's revelation today followed a report by FMT yesterday that an organisation representing former Umno parliamentarians has voiced its lack of confidence in Najib's leadership and wanted him to step down.

The organisation called Penawar is headed by former Cabinet minister Aziz Shamsuddin, who was Dr Mahathir Mohamad's political secretary from 1981 to 2002.

A Penawar member told FMT that the organisation decided in a meeting last week that it was time for Najib to relinquish his post

Tarik balik iklan sahur di TV9 - Pemuda PAS

Posted: 03 Aug 2011 06:46 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam agama Islam.

Sehubungan itu, ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, DPPNS mengecam tindakan TV9 menyiarkan iklan berkaitan ibadah sahur yang secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

Dalam iklan tersebut telah mengisahkan dua orang yang berjiran, seoarang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur di mana penghujung iklan tersebut memaparkan bahawa si lelaki tidak sempat bersahur kerana telah berkumandang azan Subuh manakala si perempuan jirannya pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana berasa pasti si lelaki jirannya tidak sempat bersahur. (http://www.youtube.com/watch?v=NgITD5aEGqs&feature=player_detailpage)

"Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat," ujar Hasbullah kepada Harakahdaily.

Beliau menjelaskan, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah s.a.w. terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Menurutnya, sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah.

Katanya, sedangkan dalam Islam jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Sehubungan itu, DPPNS mendesak supaya TV9 menarik balik tayangan iklan tersebut dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di dalam negara ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya," ujarnya

Sifatkan Zahrain sampah : TGNA

Posted: 03 Aug 2011 06:40 PM PDT

Isu Anwar-Ku Li: Nik Aziz sifatkan Zahrain sampah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai "sampah" kerana mengaitkan beliau dalam isu pelantikan Ketua Pembangkang yang baru.

Menurutnya, beliau tidak mengenali Zahrain dan begitu juga sebaliknya.

"Dia orang yang melompat parti, orang seperti ini saya kira sampah, tempat serangga bersarang," kata beliau di Kota Baru semalam mengulas kenyataan Zahrain kelmarin, menegaskan pertemuan antara Nik Aziz dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memang benar-benar berlaku.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Zahrain mencabar Nik Aziz membuat satu kenyataan rasmi bagi mencabar fakta tersebut dan bukannya berselindung di sebalik nota dalam laman sosial facebook.

Menurut Zahrain, sebagai individu yang tahu hukum-hakam agama dan ditambah lagi dengan kedatangan Ramadan yang suci ini, Nik Abdul Aziz sepatutnya bercakap benar berhubung isu tersebut.

Selasa lalu, Nik Aziz dalam laman facebook beliau menyifatkan khabar angin yang mengaitkannya dengan perbincangan rahsia untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar sebagai satu "lawak jenaka."

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Kelantan itu menafikan laporan sebuah blog bahawa beliau menghidap sejenis barah yang sukar dirawat sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) baru-baru ini untuk mendapatkan rawatan.

Sebaliknya, Nik Aziz mengakui pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan berhubung tiga saluran jantungnya yang tersumbat serta melakukan pemeriksaan kolesterol dalam badan.

"Saya cuma ada tiga saluran tersumbat. Saya pergi baru-baru ini untuk rawatan, tiga bulan sekali saya pergi. Alhamdulillah kolesterol pun baik, turun. Saya gurau dengan doktor, eh musim durian kolestrol turun, jadi dakwaan itu tidak betul," katanya

Tiada ulasan: