WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- PSC : PR Beri Tempoh Sebulan Lagi Pada Najib, SPR
- Hancurnya Mitos Najib? Defisit dan hutang negara yang melonjak
- HISHAMUDIN TERIMA ANCAMAN BONOH
- Najib, Rosmah Akan Beri Keterangan Di Mahkamah-Sankara
- "Saya Tidak Perlu Minta Maaf" - Badrul Hisyam
PSC : PR Beri Tempoh Sebulan Lagi Pada Najib, SPR Posted: 24 Aug 2011 08:13 PM PDT KUALA LUMPUR 25 OGOS : Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri dan kerajaan memberi jaminan penuh bahawa Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya adalah serius dalam membetulkan sistem berkenaan di negara ini. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat memberi masa sehingga bulan hadapan sebelum membuat keputusan tetap untuk bersama dengan PSC yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Kami (belum lagi) buat keputusan untuk boikot (PSC) tapi kerajaan perlu buktikan mereka serius dengan memastikan SPR buat perubahan. "Kami juga mahukan jaminan mutlak daripad Perdana Menteri bahawa beliau mahukan pilihan raya yang bersih dan adil. Kami juga mahu beliau jamin bahawa pilihan raya hanya diadakan selepas cadangan dari PSC dilaksanakan," kata Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sini, lewat petang semalam. Najib sebelum ini mengumumkan penubuhan PSC untuk membawa perubahan pada sistem pilihan raya Malaysia setelah ia mendapat kritikan keras rakyat sehingga mereka sanggup turun ke jalanan pada 9 Julai lalu. Bagaimanapun beberapa hari kemudian Najib tampil dengan kenyataan berbeda apabila memberitahu pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya. Menurut Najib, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyatakan SPR sebagai badan bertanggungjawab dalam pilihan raya di negara ini tidak perlu menunggu PSC untuk melakukan reformasi pilihan raya. "SPR kadang-kadang kata mereka tak ada kuasa, sekarang kata ada kuasa. "Hakikatnya SPR ada kuasa seperti penggunaan dakwat hitam dan tempoh berkempen serta bersihkan daftar pemilih tak perlu tunggu PSC," kata beliau. Manakala Penasihat DAP Lim Kit Siang pula mempersoalkan mengapa pelbagai alasan diberikan kerajaan untuk penambahbaikan pilihan raya sedangkan mereka tahu ia dituntut semua pihak. "Pengumuman PSC ini merupakan pengakuan ada sesuatu yang salah dalam sistem pilihan raya negara kita. "Kita nak tahu sejak Bersih (2.0), apa di antara lapan tuntutan Bersih yang akan diambil tindakan oleh SPR? Kita tidak mahu SPR atau kerajaan jadikan ia satu alasan untuk tidak bertindak," katanya. |
Hancurnya Mitos Najib? Defisit dan hutang negara yang melonjak Posted: 24 Aug 2011 08:01 PM PDT
Mengikut pengalaman yang lalu, perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan akan bertambah pada tahun berlangsungnya pilihan raya umum. Strategi "menggula-gulakan pengundi" adalah taktik terbaik untuk meraih sokongan. Pada hakikatnya, perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan menunjukkan pertambahan yang jelas dalam dua PRU, yang berlangsung dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Bahagian pertama: Hancurnya Mitos Najib? Lebihan perbelanjaan operasi yang ketara *Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal. |
HISHAMUDIN TERIMA ANCAMAN BONOH Posted: 24 Aug 2011 08:26 AM PDT Semalam Khir toyo cakapbeliau beliau di aniaya oleh 3 menteri dalam kabinet malaysia..Hari ini Hishamuddin terima ancaman bunuh...entah siapa la yang berani hantar peluru dan juga surat bertulis tangan...Agak agaknya betulkah dakwaan sedemikian..atau saja na ulas benda lain atau belum siap lagi daftar PATI? Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein berkata beliau menerima ancaman bunuh bertulis dan dua peluru hidup melalui pos hari ini. Bercakap di majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur, Hishammuddin berkata, kedua-dua peluru itu diletakkan dalam dua lubang pada sebuah buku. Bungkusan itu mengandungi mesej tulisan tangan mengenai ancaman tersebut tetapi beliau enggan mendedahkan kandungannya kepada pihak media. Bungkusan itu dihantar ke pejabatnya di Putrajaya melalui pos biasa dan diterima pada kira-kira jam 2 petang dan dibuka oleh seorang kerani kepada salah seorang pegawai khasnya. Hishammuddin berkata beliau tidak gentar dengan kejadian itu dan berikrar untuk meneruskan tugasnya. |
Najib, Rosmah Akan Beri Keterangan Di Mahkamah-Sankara Posted: 24 Aug 2011 08:18 AM PDT KUALA LUMPUR 24 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor bersetuju untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi memberi keterangan bersabit kes fitnah liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara itu dinyatakan oleh peguam Sankara Nair setelah dimaklumkan oleh polis kepada beliau. Najib, Rosmah dan dua bekas anggota polis berpangkat tinggi sebelum ini enggan bekerjasama dengan pasukan peguambela walaupun pendakwa telah menawarkan mereka sebagai saksi. Namun mahkamah minggu lalu telah mengeluarkan sepina terhadap kesemua individu tersebut untuk hadir memberi keterangan dan sekiranya gagal berbuat demikian waran tangkap akan dikeluarkan. Pada sesi pembelaan sebentar tadi, pakar serangan seksual Dr David Wells memberitahu mahkamah bahawa kecederaan pada mangsa rogol atau liwat bergantung kepada jumlah tekanan yang dikenakan terhadapnya. David menjawab soalan Sankara Nair apabila peguambela meragui akan dakwaan pengadu Saiful Bukhari Azlan yang menyatakan beliau diperlaku dengan rakus oleh bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Perbuatan itu akan menyebabkan trauma (pada bahagian dubur) di bawah keadaan tertentu," kata David. Saiful sebelum ini memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau diliwat dengan rakus oleh Anwar sehingga senak di bahagian perut. Namun setelah diperiksa oleh empat doktor dari dua hospital, tiada sebarang kecederaan ditemui pada dubur pengadu namum tegas menyatakan beliau telah diliwat. David kemudian mengulangi kenyataan beliau bahawa integriti spesimen DNA yang diambil pada pengadu amat kritikal. Menurutnya dalam kes liwat atau rogol, bukti tersebut harus disimpan dengan baik dan terus dibawa ke makmal untuk tujuan ujian bagi memelihara keyakinan terhadap sampel tersebut. Timbalan Pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden pada sebelah pagi merujuk kepada sebuah kes di United Kingdom pada tahun 1982 di mana sebuah ujian pengesahan sperma dilakukan dan mendapati ianya dapat dikesan walaupun setelah melangkaui 30 jam. Namun kata Sankara ujian tersebut dilakukan di dalam makmal dan tidak ada keupayaan untuk dibandingkan dengan kes Anwar di mana sampel sperma dan DNA telah disimpan melebihi 90 jam. "Anda patut jumpa sampel yang paling teruk tapi pendakwa kata apa yang dijumpai adalah sampel terbaik. Namun apabila kita minta gambar foto ujian DNA, mereka kata tiada. Mana bukti?" tambah beliau lagi. Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi pembelaan kepada 9 pagi esok dan akan menyaksikan pakar DNA, Dr Brian McDonald mengambil tempat di kandang saksi. |
"Saya Tidak Perlu Minta Maaf" - Badrul Hisyam Posted: 24 Aug 2011 08:13 AM PDT SHAH ALAM 24 OGOS : Gesaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar blogger di Malaysia mencontohi tindakan akhbar Indonesia, Kompas yang memohon maaf kepada Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya, disambut dingin Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shahrin. Beliau menegaskan adalah tidak menjadi keperluannya untuk memohon maaf kepada Najib isterinya, Rosmah Mansor, sebaliknya kedua- dua mereka harus menjawab segala persoalan yang ditimbulkan bersabit pendedahan cincin berlian yang didakwa dibeli Rosmah, bernilai RM24.45 juta. Badrul berkata, segala pendedahan beliau bersabit pembelian cincin itu berlandaskan bukti yang kukuh dan bukannya tomahan kosong seperti mana yang sering dilakukan blogger pro- Umno. Semalam, sebaik sahaja Rais menggesa agar blogger dinegara ini memohon maaf kepada pemimpin Umno, laman blog Badrul menjadi sasaran kritikan pelayar internet pro- Umno, menggesanya agar membuat permohonan maaf kepada pemimpin Umno. Sebelum ini, akhbar Indonesia, Kompas membuat permohonan maaf kepada Najib dan isterinya, Rosmah Mansor bersabit isu pembelian cincin itu, yang disiarkan pada 4 ogos lalu. Badrul hari ini, menerusi laman blognya menegaskan, apa yang perlu dilakukan rakyat Malaysia kini adalah mendesak Rosmah agar menjawab segala persoalan yang berlegar diminda rakyat. Isu pembelian cincin berlian didedahkan hampir sebulan yang lalu, namun Rosmah mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan melayan persoalan yang berbangkit. Cincin berlian berpengenalan Natury Fancy Gray Cushion Cut Diamond, telah dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan pengisytiharan harga bernilai RM24,458,400. Apa yang mengejutkan, cincin buatan Jacob & Co itu, bebas daripada sebarang cukai. Ia tampak pelik walhal perkhidmatan kepada rakyat dikenakan cukai kerajaan seperti Astro, telekomunikasi dan banyak lagi termasuklah pembelian makanan serta minuman. Pada 13 Julai 2011, Badrul diiringi wakil SAMM, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersabit dakwaan itu dan disertakan pelbagai bukti bagi menguatkan dakwaannya. Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula, sistem kastam di Kargo, KLIA mengalami gangguan dan tergendala hampir tiga jam. Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, pelbagai 'syarat' dikenakan dan semuanya dijalankan secara 'manual'. Satu perkeliling ditampal mengenai perkara ini di papan kenyataan di Kargo, KLIA tetapi hanya beberapa jam dan ditanggalkan kembali mungkin kerana tidak mahu 'arahan rasmi' itu bocor. Fakta bersabit cincin itu mula bercanggah apabila, terdapat sesetengah pihak yang mendakwa belian itu dibawa keluar dari Malaysia ke Singgapura, 4 hari selepas itu. Tidak semena- mena timbul isu cincin berlian itu sebenarnya untuk satu pameran berlian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu- tetamu yang sulit. Badrul melalui laman blognya menyatakan seorang pegawai kastam yang enggan dikenali menyatakan, jika sesuatu barangan dibawa masuk ke negara ini atas tujuan pemeran, pihak kastam sepatutnya mengisi borang Ata Carnet. Ata Carnet adalah borang permohonan untuk membawa masuk apa jua barangan untuk dipamerkan untuk tempoh maksima setahun. Namun, borang tersebut tidak diisi dan tentunya mematahkan hujah cincin semahal itu dimasukkan ke Malaysia tanpa sebarang cukai untuk tujuan pameran semata- mata. Justeru, Badrul menegaskan, Najib dan Rosmah tidak perlu berdolak dalih dan menjawab segala persoalan yang timbul. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan