Rabu, 24 Ogos 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Umno jangan silap langkah mahu saman Mustafa Ali

Posted: 24 Aug 2011 04:23 PM PDT

WarkahDaily


Jangan nanti, asalnya mahu gertak konon tak bersalah tapi berubah jadi tragedi buat Umno memang terbukti bersalah apabila Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali begitu optimis dengan bukti yang dimilikinya Umno memang terlibat di belakang JAIS dalam pemeriksaannya ke atas gereja tempoh hari.

Biasanya dalam banyak kes mahkamah, Umno hanya berani failkan saman, lepas tu dipalunya keberanian mencabar pihak lawan di dada akhbar. Konon nak bagi rakyat tahu, mereka berani kerana tak bersalah kononnya. Tapi bila dibicarakan, hasilnya memang terbukti Umno bersalah. Jangan silap langkah bro, nanti malu.

Dipetik dari Harakahdaily, Umno Selangor dilaporkan akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa Ali (gambar) berhubung dakwaan kononnya parti Melayu itu memainkan peranan dalam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.

Sebelum ini, Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed menyebut akan memfailkan saman terhadap Mustafa Ali dan PAS di atas tuduhan Umno terlibat di belakang JAIS dalam operasi pemeriksaannya di gereja methodist Damansara Utama.

Mustafa yang sedang menunaikan umrah sehingga Aidil Fitri ini didesak memohon maaf oleh Umno ekoran dakwaannya itu atau berdepan saman.

Namun Mustafa tidak berganjak dengan pendiriannya sambil terus mempertahankan kenyataannya sebelum ini dan mengambil langkah menunggu saman Umno terhadap beliau dan akan mendedahkan bukti penglibatan Umno di mahkamah. Baca sini.

Umno ingat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) tidak berani dan tidak berupaya menerima ugutan mereka. Padahal, nanti sudah tentu Umno terkantoi akhirnya.

Mentang-mentang mereka ini banyak duit hasil 'kebas' kantong negara, berani sesuka hati ugut mintak orang maaf jika tidak berdepan dengan saman.

JPJ perketat pemeriksaan

Posted: 24 Aug 2011 04:21 PM PDT

KOSMO


KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengetatkan penguatkuasaannya sempena Ops Raya 2011 mulai hari ini apabila perantau dijangka memulakan 'siri balik kampung'.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan (gambar) berkata, antara langkah yang diambil ialah menambah anggota penguat kuasa di lokasi tertentu bagi memastikan pengguna mematuhi peraturan jalan raya.

"Esok kita jangka perantau sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing dengan waktu puncaknya adalah pada Jumaat, Sabtu dan Ahad... kita akan tambah anggota di tempat-tempat tertentu," katanya kepada pemberita selepas ditemu ramah di Kelantan.fm, di sini semalam.

Di Johor umpamanya terdapat kira-kira 152 laluan maut yang akan dipantau oleh JPJ, katanya.

Solah berkata, JPJ juga akan bertegas kali ini terutama kepada pemandu bas ekspres yang tidak mematuhi arahan dan peraturan.

Beliau berkata, sepanjang Ops Raya 2011 yang bermula pada 14 Ogos lepas, sebanyak 6,694 buah bas ekspres di seluruh negara telah diperiksa oleh JPJ.

Empat Pelajar Kolej Dari Rusia Dihukum Penjara 8-10 Tahun Rogol Rakyat Malaysia Di London

Posted: 24 Aug 2011 04:15 PM PDT

MSTAR ONLINE

Empat Pelajar Kolej Dari Rusia Dihukum Penjara 8-10 Tahun Rogol Rakyat Malaysia Di London

LONDON: Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara antara lapan hingga 10 tahun ke atas empat pelajar warganegara Rusia dari sebuah kolej swasta di sini kerana merogol rakan sekolej mereka dari Malaysia.

Keempat-empat mereka telah merakamkan perbuatan mereka itu menerusi sebuah telefon bimbit.

Mangsa berusia 18 tahun ketika kejadian.

Hakim Mahkamah Crown Woolwich, Peter Murphy berkata, Norayr Davtyan, 22; Grigory Melnikov, 23; Armen Simonyan, 20 dan Oleg Ivanov, 23, telah mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan ke atas mangsa ketika merogolnya.

Ketua kumpulan tersebut, Davtyan dihukum penjara 10 tahun, Melnikov sembilan tahun manakala Ivanov dan Simonyan masing-masing lapan tahun di atas jenayah yang mereka lakukan itu.

"Rakaman perbuatan mereka dari telefon bimbit itu dengan jelas sekali mengambarkan satu perkara sahaja iaitu sikap tidak mempunyai perasaan terhadap penderitaan orang lain atau hanya sekadar satu objek untuk melepaskan keseronokan mereka," kata hakim tersebut ketika membaca penghakimannya.

Katanya lagi, walaupun keempat-empat tertuduh cuba membuktikan bahawa mereka tidak merancang untuk melakukan perbuatan tersebut tetapi sebaik sahaja mereka melakukannya amat jelas sekali dari rakaman tersebut, yang mereka saling mengalakkan satu sama lain agar meneruskannya dan yang lebih teruk ialah mereka meraikannya bagaikan seorang pemain bolasepak profesional merayakan jaringan gol mereka.

Beliau juga berkata, dari rakaman itu juga amat jelas sekali mangsa beberapa kali mengulangi kata-kata "tidak" kepada mereka tetapi ia tidak diendahkan.

"Tidak ada siapapun setelah berpeluang menyaksikan rakaman tersebut akan dapat meninggalkan perbicaraan ini tanpa merasa jijik," tegasnya lagi.

Kejadian tersebut berlaku pada 21 Januari lalu apabila mangsa menghadiri majlis keramaian anjuran Davtyan di kolej mereka.

Selepas mengambil minuman keras, mangsa telah pengsan dan ketika dia sedar dia dapati dirinya sedang dirogol oleh Davtyan. Yang lain-lain kemudiannya menyertai Davtyan merogol mangsa.

Kesemua tertuduh dan juga mangsa adalah penuntut sebuah kolej swasta eksklusif yang mana yuran tahunannya tidak kurang dari 30,000 pound sterling.

Rakyat Indonesia Catat Jumlah Tertinggi Daftar Biometrik

Posted: 24 Aug 2011 04:07 PM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,002,736 rekod biometrik warga Indonesia telah didaftarkan, sekaligus mengekalkan negara tersebut sebagai pendahulu atau 46 peratus daripada 2,222,636 jumlah keseluruhan warga asing yang didaftarkan setakat 8.30 pagi Rabu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada jumlah keseluruhan warga Indonesia yang berdaftar, seramai 610,328 atau 61 peratus adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang didaftarkan menerusi Program 6P, manakala selebihnya adalah pekerja sah yang pendaftarannya akan diteruskan sehingga hujung tahun ini.

Rakyat Bangladesh di tempat kedua iaitu 254,428 PATI dan 129,561 pekerja sah, diikuti Nepal (30,804 PATI, 216,700 pekerja sah), Myanmar (125,124 PATI, 111,005 pekerja sah), India (47,767 PATI, 53,522 pekerja sah).

Rakyat Filipina pula seramai 46,571 PATI dan 4,542 pekerja sah, Vietnam (12,213 PATI, 41,656 pekerja sah), Pakistan (19,714 PATI, 11,773 pekerja sah), Kemboja (22,613 PATI, 6,325 pekerja sah), Thailand (8,146 PATI, 4,399 pekerja sah), China (2,746 PATI, 5,904 pekerja sah), Sri Lanka (4,572 PATI, 12,625 pekerja sah) dan lain-lain negara (3,281 PATI, 1,236 pekerja sah).

Berdasarkan pecahan perbandingan antara PATI dan pekerja sah, lapan negara mencatatkan peratus PATI lebih tinggi iaitu Filipina sebanyak 91 peratus, Kemboja (78 Peratus), Bangladesh (66 peratus), Thailand (65 peratus), Sri Lanka (64 peratus), Pakistan (63 peratus), Indonesia (61 peratus) dan Myanmar (53 peratus), katanya dalam kenyataan di sini.

Bakinya pula mencatatkan peratus pekerja sah yang tinggi iaitu Nepal sebanyak 88 peratus, Vietnam (77 peratus), China (68 peratus), dan India (53 peratus).

Selain itu, bermula semalam Jabatan Imigresen telah mula keluar ke lokasi tertentu seperti kawasan pedalaman untuk mendaftarkan PATI bagi program 6P.

Sebelum ini jabatan itu hanya menumpukan pendaftaran di kaunter dalam pejabat manakala urusan pendaftaran di luar dilakukan oleh 336 syarikat pengurus menerusi lebih 1,900 kaunter di seluruh semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun susulan jumlah pendaftaran yang semakin menurun sejak awal bulan ini mendorong jabatan itu ke lokasi pedalaman bagi memujuk PATI yang masih berdegil untuk mendaftar.

KDN juga berusaha sedaya upaya untuk mendaftar seramai mungkin PATI di negara ini, justeru itu bagi yang belum mendaftar mereka diminta bertanggungjawab terhadap apa juga penguatkuasaan yang bakal diterima selepas tempoh pendaftaran tamat iaitu pada 31 Ogos ini.

Mengulas laporan akhbar The Star hari ini yang bertajuk '6P Registration at Pos Malaysia', beliau menegaskan bahawa kenyataan itu tidak ada kaitan dengan KDN.

Laporan tersebut memetik bahawa sehingga 28 Ogos ini pendaftaran bagi program 6P untuk PATI boleh dilakukan di tujuh cawangan pejabat pos terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. - BERNAMA

JALAN KE SRI HARAPAN, JKR TIDAK BOLEH DIHARAP

Posted: 24 Aug 2011 04:04 PM PDT


Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI


KEROSAKAN Jalan Raya di kawasan sekitar Rumah Orang Tua, Sri Harapan, Batu 5 Jalan Sibuga, Sandakan sejak sekian lama tidak diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya kini menimbulkan kerisauan di kalangan pengguna setempat.

Timbalan Pengerusi Persatuan Rumah Amal Cheshire Home Sabah-Sandakan, Peter Chong Thai Moi (gambar sisipan) berkata, pihaknya sudahpun menghubungi JKR berkaitan masalah tersebut, tetapi sehigga kini tiada sesiapa yang mempedulikan kerosakan jalan tersebut.

"Jalan ini berlubang-lubang. Kalau hujan, jalan ini dipenuhi air dan kalau hujan tidak sampai dua jam, jalan ini akan dilanda benjir kilat sedalam dua kaki," kata Chong sejurus selepas menghadiri mesyuarat persatuan tersebut, kelmarin.

Bagi pihak Persatuan Cheshire Home dan penduduk Warga Tua Sri Harapan, Chong sekali lagi merayu kepada JKR agar melaksanakan kerja-kerja naik taraf jalan tersebut kerana amat penting dan merupakan satu-satunya jalan ke Sri Harapan.

Umno terdesak; ugut rakyat, ugut pegawai

Posted: 24 Aug 2011 03:26 PM PDT

Wartawan Buletin


(Kemaskini) - Menteri Besar macam 'gangstar' tekan dan ugut rakyat!


KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno Terengganu sedang menghadapi masalah pentadbiran yang cukup teruk dengan kedudukan kewangan yang berat sekarang ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, sebab itulah, Umno sedang mengalihkan isu sebenar yang dihadapinya dengan menuduh PAS dengan pelbagai tuduhan.

"Ya...dia nak alih isu, kerana nereka (Umno) dari segi pentadbiran cukup teruk sekarang ini, dengan kewangan negeri yang berat sekarang ini, dia nak alih isu seolah-olah mereka buat kebajikan kepada rakyat,

"kebajikan apa (kepada) rakyat sekarang ini, hidup (rakyat) tertekan,"ujarnya dalam sidang media khas selepas penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Selasa 23 Ogos.

Antara isu yang menekan kehidupan rakyat, kata Haji Wahid adalah pegambilan semula tanah tapak kediaman.

Menurutnya, walaupun sebahagian mereka diberi pampasan, tetapi mereka tidak tahu ke mana mahu membawa diri dan keluarga mereka.

Selain itu, kos sara hidup menjadi semakin meningkat akibat kenaikan harga barangan berterusan.

Beliau menempelak pimpinan Umno yang mendakwa mereka telah melaksanakan kebajikan dengan memberi bantuan kewangan.

Sedangkan, kata Wahid, negara berkebajikan bukanlah dengan memberi bantuan setahun sebanyak RM300 seorang.

"Dia (pemimpin Umno) sendiri bukan faham negara berkebajikan, dengan negara kebajikan, seolah-olah kebajikan beri wang ehsan RM300 itu besar sangat,"jelasnya menyelar pemimpin Umno yang mendakwa PAS tidak lagi mahu menegakkan negara Islam, tetapi mahukan negara Berkebajikan.

Dana Raya; satu rasuah yang jelas

Apabila ditanya tentang tindakan Umno yang meminta para penerima Dana Raya bersumpah untuk mengundi Umno/BN, sebelum menerima wang, Wahid berkata, ia adalah satu rasuah yang jelas.

"Ini dalam (satu) bentuk rasuah yang jelas, ini satu ugutan yang dilakukan sehinggakan rakyat yang miskin tertekan,

"itu memang perangai dia (Umno) sebab dasar dia supaya rakyat negeri ini terus dalam keadaan miskin dan jahil,"tegas Wahid.

Katanya, bila rakyat miskin maka mereka akan terus bergantung harapan kepada bantuan dan ehsan kerajaan yang menjadikan kaedah 'umpan dan ugut'.

Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 dan 23 Ogos, kerajaan Umno turut mengugut para pegawai.

Menurutya, apabila wakil-wakil rakyat PAS 'membongkar' sesuatu perkara berkaitan kepincangan kerajaan, pihak kerajaan mendesak supaya nama pegawai yang menyampaikan maklumat tersebut didedahkan.

"Mana boleh kita nak dedahkan nama pegawai, bukan urusan dia untuk minta kepada (daripada) kita,

"tujuan apa? kerana kes nak ambil tindakan kepada pegawai yang mendedahkan perkara-erkara tersebut,"katanya.

Justeru, katanya, dengan bertindak demikian, bukan sahaja rakyat telah 'ditekan' oleh kerajaan Umno, bahkan para pegawai turut terbabit.

Beliau menyifatkan perangai Menteri Besar, Dato' Ahmad Said umpama 'gangstar' kerana selalu mengugut dan menekan kehidupan rakyat.

ISU LYNAS - TUDUHAN DR CHE ROSLI TERHADAP PKR MELAMPAU

Posted: 24 Aug 2011 03:23 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


TV 3 selalunya kurang dipercayai atau langsung tidak dipercayai sekiranya menyiarkan berita atau laporan yang melibatkan Pakatan Rakyat. Seringkali berita yang disiarkan itu diselewengkan dari segi fakta atau diputarbelitkan agar rakyat terkeliru dengan Pakatan Rakyat, sekaligus menguntungkan kerajaan yang memerintah.

Namun, ada kalanya berita yang disiarkan itu perlu kita kaji dan memberikan jawapan sebenar agar rakyat tidak terkeliru walaupun jawapan kita itu pastinya tidak akan mendapat liputan dari media berkenaan. Pakatan Rakyat perlu menjawabkan dengan menggunakan segala saluran media alternatif yang kita ada. Sebagai contoh, terbaru adalah isu Lynas di Gebeng, Kuantan.

Memetik sumber dari Pahang Daily, Laporan dari TV 3 di dalam Buletin Utamanya kelmarin, isu Lynas dibangkitkan dengan laporan pengacara sensasi Karam Singh Walia antara lain laporan berkenaan mendedahkan bahawa kilang memproses "rare earth" milik Lynas Corporation Australia yang dijangka akan memulakan pra-operasinya di kawasan Perindustrian Gebeng pada September ini adalah selamat.

Apa yang mengejutkan kita adalah disebutkan bahawa seorang Ahli Parlimen dari PAS iaitu Dr Che Rosli Che Mat (Saintis Nuklear) yang merupakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mewakili Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi kawasan Hulu Langat, Selangor membuat kenyataan seperti berikut, "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya. Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiationlah apa semua macam-macam. Dia spin.""Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah", katanya (Pahang Daily).

Pertamanya, saya mahu persoalkan benarkah yang hanya membawa isu ini adalah PKR sepertimana yang disebut oleh Dr Che Rosli? Setahu saya, terlalu banyak pemimpin PAS juga bercakap menentang projek Lynas ini, dan di Pahang termasuk Pesuruhjaya PAS Pahang sendiri iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Bahkan, ramai pemimpin dari MCA juga turut menentang projek Lynas ini. Mengapa mahu diletakkan beban ke atas PKR sahaja? Di mana sikap tanggungjawab beliau mengulas isu ini?

Saya tidak pertikaikan kebenaran atau fakta yang dibawa oleh Dr Che Rosli jika selaku Saintis Nuklear beliau lebih arif di dalam hal ini. Tetapi, beliau ternyata tidak arif di dalam kesepakatan kita di dalam Pakatan Rakyat. Beliau boleh berhujah untuk menyokong Lynas, tetapi tidak perlu beliau meletakkan segala kesalahan ke atas PKR sahaja sedangkan di Pahang, Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP sepakat mengambil keputusan menentang projek Lynas. Silapnya beliau adalah tidak berani dari awal untuk menyatakan hujahnya dalam isu ini bukan sahaja kepada Pakatan Rakyat, bahkan kepada parti beliau sendiri. Apabila rakyat telah dimaklumkan tentang bahayanya Lynas ini, dan kempen anti-Lynas telah lama berjalan terutamanya di Pahang yang dijalankan oleh PKR, PAS dan DAP, baru sekarang beliau menyalahkan PKR. Di mana kewibawaan beliau selama ini?

Oleh kerana beliau telah mendedahkan sedemikian, maka Pakatan Rakyat harus menilai semula hujah dan fakta dari MP ini. Kita tidak mahu isu ini dipolitikkan dan rakyat dikelirukan. Pakatan Rakyat perlu peka dengan pendedahan dari Dr Che Rosli ini kerana beliau adalah MP dari Pakatan Rakyat yang secara terang-terangan menyokong projek Lynas tersebut. Tidak salah jika kita menerima pakai pendapat beliau, dan tidak salah jika kita menolak pendapat beliau tetapi mestilah berfakta. Cuma, PAS juga perlu respon kepada tuduhan Dr Che Rosli bahawa hanya PKR sahaja yang bersungguh-sungguh menentang Lynas, kerana tuduhan beliau ini amat berat seolah-olah menghina perjuangan PAS di Pahang selama ini.

Kita harap di dalam masa yang terdekat ini, Pakatan Rakyat harus menilai semula pendiriannya berdasarkan pendedahan dari Dr Che Rosli. Apa yang perlu kita tahu, penentangan terhadap projek Lynas bukan hanya datang dari PKR sahaja tetapi turut disokong kuat oleh PAS dan DAP termasuk beberapa pimpinan MCA di Pahang dan beberapa NGO yang lain. Tentu lebih baik jika Dr Che Rosli menarik balik tuduhannya terhadap PKR agar tidak menjejaskan kerjasama Pakatan Rakyat di Pahang yang amat jitu sekarang ini./wfauzdin.blogspot.com

PENTINGNYA USRAH DIKALANGAN PEMUDA

Posted: 24 Aug 2011 03:19 PM PDT

Oleh ibnuhusin

Kepentingan Usrah tidak perlu dibahaskan lagi kerana ia merupakan agenda yang telah direncanakan oleh Rasulullah s.a.w bahkan dilaksanakan dizaman baginda dan golongan yang mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w.

Apa yang menjadi masalah, usrah merupakan suatu istilah yang tidak difahami oleh golongan tertentu. Apa yang lebih malang adalah memahami kepentingan usrah tetapi mengabaikan keterlibatan untuk mengikuti usrah-usrah yang diadakan apalagi dikalangan pemuda.

Siapa yang bertanggungjawab sebenarnya? Ramai dikalangan kita memahami kepentingan usrah bahkan mengetahui kesan terhadap seseorang yang sentiasa mengikuti usrah. Kesannya adalah perubahan pada seseorang dapat dilihat sekiranya sering mengikuti usrah di mana perubahan ini membimbangkan golongan yang tidak ada rasa cinta terhadap islam apalagi perjuangan islam. Sistem tarbiyyah melalui usrah ini amat berkesan dan kita dapat melihat ianya merupakan agenda awal yang diatur oleh baginda sewaktu berada di Mekah; dilaksanakan di rumah Arqam bin Abi Arqam.

Justeru, setiap daripada kita tidak boleh meninggalkan agenda dakwah dengan meninggalkan usrah sebagai tunjang tarbiyyah untuk terus mara kehadapan disaat berada di medan dakwah. Hari ini kita melihat keadaan anak muda yang begitu teruk diabaikan sistem pendidikan sebenar terhadap mereka sehingga akhirnya bebas melakukan apa sahaja. Kita dapat melihat sistem pendidikan islam adalah pilihan terakhir kebanyakan ibu bapa hari ini. Kerana apa??? Kepentingan akademik diutamakan daripada kepentingan agama. Justeru, mereka yang berada di sekolah-sekolah agama adalah terdiri dikalangan mereka yang rosak akhlaknya menyebabkan tugas guru-guru agama menjadi berat berpunca daripada sikap ibu bapa itu sendiri.

Mengapa agama menjadi pilihan terakhir?? Apakah kita bimbang untuk mendidik anak-anak dengan pendidikan islam? Tidakkah kita yakin dengan janji Allah berkenaan dengan rezeki yang Allah tuliskan untuk setiap manusia setelah roh ditiupkan kepadanya sejak berada di alam rahim. Oleh itu, kami pihak pemuda mengajak seluruh rakyat Malaysia berfikir tentang perkara ini dan bukanlah bermakna semuanya perlu dihantar ke sekolah agama.

Bagi mereka yang tidak dapat pendidikan keagamaan yang khusus perlu kepada Usrah. Di sinilah pentingnya peranan ibu bapa perlu membiarkan anak-anak mereka bebas mengikuti usrah bukan membiarkan anak-anak bebas keluar rumah bergaul dengan rakan-rakan yang tidak diketahui akhlaknya. Dalam konteks ini, Parti Islam Se Malaysia (PAS) memainkan peranan yang besar dalam mewujudkan usrah dikalangan pemuda dalam bentuk yang boleh menarik pemuda. Pada masa yang sama ada pengisian terhadap mereka yang memberikan manfaat untuk pembentukan rohani atau jasmani mengikut syariat islam. Besarnya peranan PAS adalah kerana ianya merupakan sebuah Parti Islam yang memperjuangkan Islam dan jamaah yang paling terkenal di Malaysia serta diketahui umum termasuk mereka yang berada di Luar Negara.

Oleh yang demikian, Pemuda Pas Dun Chukai(PPDC) mengharapkan keterlibatan anak muda dalam bersama mengikuti usrah yang diadakan di seluruh Malaysia mengikut kaedah dan kesesuaian di tempat masing-masing. Kita juga mengharapkan keterlibatan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak untuk mengikuti Usrah yang diadakan. Ibu bapa hanya perlu pemimpin PAS di kawasan masing-masing untuk menyerahkan anak-anak mereka bagi tujuan tarbiyyah seperti mana yang diatur oleh Rasulullah dizaman awal Islam. Sekali lagi kami mengharapkan keterlibatan semua pihak bagi menjayakan agenda yang besar dan dapat memberikan impak yang besar sekiranya Berjaya dilaksanakan apalagi dalam menghadapi PRU-13 yang sudah tidak lama lagi diadakan.

Warga emas terima peruntukan terbesar RM455 juta

Posted: 24 Aug 2011 03:15 PM PDT

UTUSAN ONLINE

PUTRAJAYA - Lebih 30 peratus daripada peruntukan RM1.4 bilion dalam program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) akan disalurkan untuk membantu golongan warga emas.

Daripada kira-kira 500,000 penerima bantuan yang disasarkan, warga emas menerima peruntukan terbesar iaitu RM455 juta diikuti orang kurang upaya (RM332 juta), program-program kemasyarakatan komuniti (RM303 juta), kanak-kanak (RM290 juta) dan balu polis dan tentera (RM4.1 juta).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kementeriannya akan memberi bantuan secara berterusan untuk memastikan kumpulan sasaran tersebut keluar daripada kemelut kesusahan.

''Mereka yang memerlukan akan diberi bantuan sara hidup antara RM100 hingga RM450 setiap bulan, jumlah ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah," katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Kar1sma yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Di bawah Kar1sma, pelbagai perkhidmatan seperti bantuan kewangan bulanan, pusat jagaan harian, program ziarah dan bantu, insentif OKU produktif, latihan kepada ibu tunggal, pemeriksaan kesihatan dan mamogram serta pusat aktiviti kanak-kanak ditawarkan kepada kumpulan sasaran.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, kementeriannya memandang berat soal pengagihan bantuan sara hidup secara tepat kepada semua kumpulan sasaran.

''Pengagihan bantuan yang tepat waktunya kepada semua kumpulan sasar turut menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang baru Hadzir Md. Zain," katanya.

Wacana Politik dan Ulama' Gamat Bincang Isu Liwat Anwar.

Posted: 24 Aug 2011 02:52 PM PDT

KL POS

KUALA LUMPUR - Wacana Politik pagi tadi yang menampilkan tokoh-tokoh Agama dari Parti UMNO dan PAS agak gamat seketika setelah terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai isu Politik yang diaplikasi menggunakan kaedah Agama.

Dari pihak UMNO yang diwakili Fathul Bari Mat Jahya, beliau mengupas isu penyalahgunaan Agama di dalam politik yang boleh membawa kepada perpecahan Islam sepertimana yang berlaku di Negara pada ketika ini.

Sementara itu, isu Kes Liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut gamat setelah Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria mendakwa beliau pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak cukup bukti.

"Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.

"Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu. bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri," katanya pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti hari ini.

Turut serta dalam forum anjuran akhbar Sinar Harian itu adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala moderatornya adalah Datuk Dr Asri Zainal Abidin.



MB Temui Harapan Komuniti, JAIS Esok

Posted: 24 Aug 2011 05:49 AM PDT

SHAH ALAM:Gerak Kerja Pendengaran yang ditubuhkan bagi menyelesaikan konflik berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu akan mengadakan pertemuan pada Khamis.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Gerak Kerja Pendengaran akan mengadakan pertemuan secara berasingan bersama dua kumpulan iaitu penganjur majlis makan malam 'Thanksgiving', Komuniti Harapan dan JAIS di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) bermula pada pukul 2 petang esok.

"Kita beri peluang kepada dua-dua pihak untuk beri penjelasan. Esok Gerak Kerja Pendengaran akan mendengar penjelasan mereka.

"Laporan terperinci daripada JAIS juga akan dibentangkan kepada kita esok," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

Pada Isnin, media melaporkan, bahawa Sultan Selangor telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap DUMC oleh JAIS.

Abdul Khalid berkata bahawa baginda menitahkan demikian ketika beliau bersama Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar menghadap baginda baru-baru ini.

Ditanya apakah penyelesaian yang beliau harapkan daripada pertemuan esok, Abdul Khalid berkata: "Tak apalah, kedua-duanya akan beri penjelasan apa yang berlaku dan kita akan dengar.

"Saya tak ada nak buat spekulasi apa yang akan diterangkan oleh mereka".

Mengulas lanjut mengenai pertemuan esok, Abdul Khalid berkata setiap kumpulan akan diberi tempoh selama sejam untuk memberi penjelasan kepada panel Gerak Kerja Pendengaran yang telah dilantik.

"Hasilnya, kita akan bincangkan dan kemudian laporannya kita akan beri kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan negeri belum menetapkan tarikh untuk mempersembahkan laporan gerak kerja itu kepada baginda.

Katanya, beliau ingin memberi masa kepada gerak kerja tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada JAIS.

Dalam perkembangan berkaitan, berhubung kemurkaan Sultan Selangor dengan tindakan kerajaan negeri mengumumkan Majlis Syura bagi menyelesaikan konflik tersebut, Abdul Khalid berkata beliau baru sahaja bertemu dengan baginda dalam satu majlis pada Selasa.

"Bukan sahaja kami buka puasa, tapi juga sembahyang maghrib berjemaah dan solat tarawih 20 rakaat," katanya sambil tersenyum.

Jelasnya, jawatankuasa berkenaan kini dipanggil Gerak Kerja Pendengaran bagi mengelakkan konflik dengan Majlis Syura Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pada petang Selasa, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, baginda melahirkan rasa terkejut dan murka dengan tindakan Menteri Besar yang mengatakan penubuhan Majlis Syura adalah atas titahnya.

Mohamad Munir dipetik sebagai berkata baginda langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura, dan tuanku terkejut serta murka dengan apa yang berlaku.

Tambah beliau, Majlis Syura tidak diperlukan kerana JAIS negeri itu juga mempunyai MAIS dan Jabatan Mufti.

PBB Sedia Hadapi Pilihanraya Umum Ke-13, Bakal Tampil Beberapa Muka Baru

Posted: 24 Aug 2011 05:48 AM PDT

MSTAR ONLINE

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak, bersedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa sahaja ia diadakan, kata Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada Rabu.

Beliau yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, berkata PBB pasti menyenaraikan beberapa calon baru ekoran keputusan beberapa penyandang seperti Anggota Parlimen Samarahan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib yang telah mengumumkan hasrat mengundurkan diri.

"Beliau (Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib) telahpun menyatakan untuk tidak mengekalkan kerusi itu (Samarahan) pada pilihan raya umum akan datang, sudah pasti akan ada muka baru sebagai pengganti," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program polis bersama masyarakat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini.

Katanya PBB juga sedang membuat beberapa penilaian ke atas penyandang lain dan keputusan akan dibuat selepas pemimpin di peringkat tertinggi berpuas hati dengan prestasi mereka.

Daripada 31 kerusi parlimen yang diperuntukkan kepada Sarawak, 14 kerusi ditandingi PBB.

Dalam perkembangan lain, Awang Tengah, yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Sarawak, berkata lebih banyak pendekatan akan diambil dalam mengatasi dan mengurangkan kadar jenayah di Sarawak.

Katanya masyarakat umum perlu bekerjasama dengan pihak polis dalam menangani isu jenayah dan tidak hanya menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada polis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Datuk Mortadza Nazarene berkata kawasan bit dan ronda polis untuk musim perayaan ini akan diperluaskan selain rondaan rutin melibatkan pasukan polis unit MPV.

"Kalau biasa kita operasi dalam lingkungan 30 peratus, ia akan kita tingkatkan kepada 60 peratus ketika ini dan akan mencapai 100 paratus bila musim perayaan bermula minggu depan," katanya ketika ditemui pemberta pada majlis itu.

Penguatkuasaan Lebih Ketat Mulai Esok - JPJ

Posted: 24 Aug 2011 05:46 AM PDT

MSTAR ONLINE

KOTA BARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengetatkan penguatkuasaannya sempena Ops Raya 2011 mulai esok, apabila perantau dijangka memulakan "siri balik kampung".

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata antara langkah yang diambil ialah menambah anggota penguat kuasa di lokasi tertentu bagi memastikan pengguna mematuhi peraturan jalan raya.

"Esok kita jangka perantau sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing dengan waktu puncaknya adalah pada Jumaat, Sabtu dan Ahad... kita akan tambah anggota di tempat-tempat tertentu," katanya kepada pemberita selepas ditemuramah di Kelantan.fm, di sini Rabu.

Di Johor umpamanya terdapat kira-kira 152 laluan maut yang akan dipantau oleh JPJ, katanya.

Solah berkata JPJ juga akan bertegas kali ini terutama kepada pemandu bas ekspres yang tidak mematuhi arahan dan peraturan.

Beliau berkata sepanjang Ops Raya 2011 yang bermula pada 14 Ogos lepas, sebanyak 6,694 buah bas ekspres di seluruh negara telah diperiksa oleh JPJ.

Katanya 5,749 buah diperiksa di terminal utama manakala bakinya di depot syarikat bas berkenaan.

Katanya, kesemua bas yang diperiksa berada dalam keadaan selamat dan boleh digunakan.

"Bagaimanapun kita telah menyaman pemandu bas ekspres sebanyak 15 saman atas kesalahan menggunakan telefon bimbit, memotong barisan dan menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan," katanya.

Semua saman itu katanya dikeluarkan oleh anggota JPJ berpakaian biasa yang menyamar sebagai penumpang.

Solah berkata sehingga kini tiada pemandu bas yang didapati positif dadah selepas diperiksa air kencing dijalankan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Beliau turut mengingatkan pengusaha lori agar kenderaan mereka tidak berada di jalan raya pada 27 dan 28 Ogos ini serta pada 3 dan 4 Sept, atau lori itu akan disita serta dikenakan kompaun.

"Kita hanya benarkan lori yang membawa barang keperluan pengguna dan barangan kesihatan sahaja manakala yang lain jangan sesekali mengingkari arahan ini," katanya.

Beliau juga menasihatkan pihak berkuasa tempatan dinasihat agar menyediakan terminal bas tambahan di tempat yang sesuai bagi mengelakkan kesesakan dan menyusahkan pengguna lain. - BERNAMA

Pakatan Rakyat Tidak Boikot Jawatankuasa Pemilih Parlimen - Anwar

Posted: 24 Aug 2011 05:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat buat masa ini belum mengambil keputusan untuk memboikot Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang bertujuan untuk menambahbaik sistem pilihan raya di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan, pakatan tersebut ingin menekankan secara jelas bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menunjukkan keikhlasannya memperbaiki sistem pilihan raya sedia ada.

Sehubungan dengan itu, katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil tindakan segera.

"Keduanya, Perdana Menteri perlu memberi jaminan bahawa beliau serius dalam hal ini iaitu mengkehendaki pilihan raya yang adil dan bersih.

"Dan beliau harus memberi jaminan bahawa pilihan raya hanya akan dibuat selepas SPR mengambil tindakan sewajarnya. Sekiranya tidak, masyarakat dan PR berpersepsi bahawa Jawatankuasa Pemilih Parlimen hanyalah pendekatan atau topeng untuk melindungi apa-apa yang tidak sepatutnya dan mahu meneruskan proses lama yang palsu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PAS di sini, Rabu.

Pada Rabu lalu Kabinet memutuskan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen akan dianggotai sembilan ahli Parlimen terdiri daripada lima mewakili kerajaan Barisan Nasional (BN), pembangkang (3) dan Bebas (1).

Pasangan Dicekup Bersahur Di Hotel Murah

Posted: 24 Aug 2011 05:41 AM PDT

SABAH DAILY

ALOR SETAR: Empat remaja, termasuk dua daripadanya akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terpaksa bermalam di lokap selepas dicekup berkhalwat dalam sebuah bilik hotel murah di Kuah, Langkawi, awal pagi kelmarin.

Tindakan berani dua remaja lelaki berusia 15 tahun itu membawa pasangan mereka yang setahun lebih tua menyewa di hotel itu dengan alasan hanya untuk bersahur sebenarnya membongkar kegiatan maksiat mereka.

Dua remaja lelaki itu adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuah, Langkawi, manakala pasangan mereka pula tidak bersekolah.

Pegawai Penyiasat Pejabat Agama Daerah Langkawi, Muhammad Hidayat Halim, berkata dalam serbuan jam 3.45 pagi kelmarin, sepasukan anggotanya membuat pemeriksaan di hotel itu selepas mendapat maklumat awam.

Katanya, pasangan remaja itu agak berani kerana sanggup menyewa hotel yang hanya bersebelahan dengan pejabat agama daerah.

Beliau berkata, ketika anggota penguat kuasa mengetuk pintu dan memberi salam berulang kali seorang remaja perempuan yang hanya memakai tuala dalam keadaan panik dan takut membuka pintu.

"Pemeriksaan menemui pasangannya yang hanya berseluar pendek dan pemeriksaan lanjut menemui seluar dalam mereka di tepi katil. Kedua-dua remaja itu mengaku baru selesai melakukan hubungan seks," katanya.

Muhammad Hidayat berkata, hasil pemeriksaan turut menemui sepasang lagi kekasih berpakaian lengkap dan dipercayai baru bangun tidur terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa berada di bilik berkenaan.

Ketika disoal siasat kedua-dua remaja perempuan itu mengaku bekerja di sebuah kafe di Langkawi dan baru berkenalan dengan pelajar lelaki terbabit.

"Mereka yang berasal dari Langkawi, mengaku menyewa hotel semata-mata untuk melakukan hubungan seks," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. -BH

BN tiru idea Pakatan Rakyat?

Posted: 24 Aug 2011 04:26 AM PDT

SABAH DAILY


Dalam keadaan serba daif tanpa mempunyai peruntukan dana berbilion ringgit, Jawatankuasa Bajet Pakatan Rakyat berjaya menghasilkan kajian untuk membebaskan rakyat daripada belenggu ekonomi, dengan menumpukan kepada 60 peratus isi rumah Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Dua minggu setelah jawatankuasa Pakatan tersebut membuat pengumuman itu, kerajaan Barisan Nasional tanpa segan-silu telah meniru pendekatan itu.

Semalam, kerajaan BN mengumumkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sedang mengenal pasti langkah terbaik bagi membantu golongan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Media melaporkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah menyatakan kerajaan BN memandang serius perkara itu kerana mendapati golongan yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan menerima kesan secara langsung ekoran kenaikan harga barang.

Pandai tiru, malu mengaku

Walau pun BN malu untuk mengakui ia meniru cadangan pembangkang, ini tidak menjadi hal kepada Pakatan kerana ia adalah sebahagian usaha untuk mewujudkan satu budaya baru, iaitu budaya berbincang dasar dan persaingan dasar yang sihat dan ilmiah supaya kesimpulan yang baik dapat dicapai.

"Dan yang terbaik itu perlu dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan demi kebaikan rakyat," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang menganggotai jawatankuasa bajet alternatif Pakatan.

Beliau menambah, Pakatan telah pun bersedia bersikap terbuka jika BN berhasrat untuk meniru bajet Pakatan, asalkan yang beroleh faedah ialah rakyat jelata.

Liew turut berharap BN meniru idea Pakatan secara lebih meluas lagi, termasuk mengubah dasarnya kerana tumpuan masa kini terhadap kroni mereka sahaja telah menjejaskan kehidupan rakyat.

Apa pun, walau pun memang baik untuk BN meniru perkara-perkara yang baik demi kebaikan rakyat, ia agak memalukan kerana BN terpaksa mencuri idea orang lain tanpa memberi pengiktirafan yang sewajarnya.

Apatha lagi apabila disedari bahawa berbilion ringgit wang rakyat dan hasil negara digunakan untuk mewujudkan pelbagai entiti yang semakin sukar untuk dihafal nama-mana mereka seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan banyak lagi.

Begitu juga dengan program-program ekonomi yang berbunyi seperti kedai cenderamata, contohnya kedai barang 1Malaysia di bawah Projek Transformasi Kedai Runcit (Tukar), yang mana ia pula diletakkan di bawah Projek-Projek Permulaan (EPP).

Apa guna kedai 1Malaysia jika kroni bermaharajalela

Jadi apa peranan kedai 1Malaysia jika masalah ekonomi yang berpunca daripada kemelut ekonomi cpitaan BN melalui kronisme dan salah guna kuasa terus berleluasa?

Masalahnya ialah walau pun puluhan singkatan nama diwujudkan dengan belanja yang amat besar, pembaziran, salah guna sumber kewangan dan member keutamaan kepada kroni masih menjadi amalan lumrah kerajaan BN.

Liew menjelaskan monopoli yang wujud sekarang menyebabkan rakyat menderita kesan kenaikan harga dan tekanan belanja keluarga, dan ini akan berterusan bagi bulan-bulan mendatang.

Sayangnya, apabila rakyat berdepan dengan masalah serius ini, kerajaan BN bersikap seperti melepaskan batuk di tangga. Selain program-program bersifat kosmetik yang indah dengan singkatan-singkatan nama, BN seperti mana biasa apabila gagal menyelesaikan masalah rakyat, hanya mampu menyalahkan pihak luar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dipetik media sebagai berkata, kerajaan BN tidak mempunyai kuasa menentukan kenaikan harga barang kerana ia "ditentukan oleh pasaran dunia".

Persoalannya ialah, adakah pasaran dunia bertanggungjawab dengan keputusan kerajaan BN memberi monopoli padi dan beras kepada Bernas atau monopoli kartel MAS- Air Asia yang bakal menghadkan pilihan rakyat dan seterusnya menghadapi kemungkinan kenaikan tambang udara?

Persoalannya ialah, adakah pasaran dunia bertanggungjawab dengan keputusan kerajaan BN untuk memotong subsidi bagi barang dan perkhidmatan keperluan rakyat sedangkan subsidi untuk kroni-kroni dikekalkan?

Persoalannya ialah, adakah pasaran dunia bertanggungjawab dengan masalah korupsi, kronisme dan salah guna kuasa kerajaan BN yang menyebabkan ekonomi terbantut?

Mangsanya tetap rakyat jelata

Yang telah, sedang dan akan terus menjadi mangsa jika BN kekal berkuasa ialah rakyat jelata. Malah kalangan Melayu, khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah, yang menyangka UMNO dan BN adalah pelindung mereka buat selama-lamanya adalah antara yang paling teruk dilanda kesan kemelut ekonomi negara.

Justeru, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, sewaktu melancarkan kempen anti-harga barang naik atau "Protes BN" semalam, telah meminta orang Melayu mengikis sikap acuh tak acuh berhubung isu rasuah dan salah guna dana awam.

Beliau berharap orang Melayu meniru sikap positif kaum Cina yang berani bertegas dalam pilihan raya untuk menolak calon-calon dari parti pemerintah yang tidak menunaikan amanah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab.

Beliau turut meminta orang Melayu tidak terlalu emosi dengan bergantung kepada isu perkauman dan keagamaan yang telah dipolitikkan, sebaliknya perlu lebih sensitif kepada isu-isu pembaziran dan rasuah.

Sama ada BN mahu terus meniru idea Pakatan atau tidak, ia bukan persoalan utama. Isunya ialah sejauh mana rakyat sanggup menahan derita dibohongi BN, dan apabila BN terdesak, difitnah pula dengan isu-isu kaum dan agama. Roketkini.com

Keretakan Dalam UMNO Semakin Terdedah

Posted: 24 Aug 2011 04:24 AM PDT

SABAH DAILY

Perkembangan terbaru dalam arena politik negara membuktikan bahawa adanya keretakan dalam pentadbiran Perdana Menteri, Najib Razak dakwa Pakatan Rakyat.

Kenyataan Najib yang menyatakan pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa sahaja membuktikan ada pergolakan dalaman yang gagal disembunyikan gagasan itu.

Malah ia disusuli oleh perkembangan semasa terdapatnya halangan atau bantahan daripada pimpinan di bawah Najib ke atas inisiatif perdana menteri itu yang membabitkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Pakatan katanya yakin, Najib akan melakukan lebih banyak pembaharuan dalam PSC yang akan dilewatkan pelaksanaannya memandangkan beliau perlu mendapatkan sokongan terlebih dahulu dan berusaha mengatasi bantahan dalam pentadbirannya sendiri.

Portal The Malaysian Insider yang memetik Mohamad melaporkan, beliau percaya tindakan Najib yang dilihat berundur ke belakang daripada inisiatifnya, menunjukkan beliau sedang "membeli masa" agar Perdana Menteri keenam itu boleh mendapatkan sokongan kakitangan kerajaan dan pengundi atas pagar menjelang pilihan raya umum.

"Saya tidak fikir Najib dan BN serius untuk membawa pembaharuan," kata beliau selepas melancarkan kempen antiharga barang naik, menggunakan nama Protes BN, di ibu negara semalam.

"Mereka hanya membuka injap untuk melepaskan tekanan tetapi tidak serius mengadakan pilihan raya bebas dan adil. Ya, mereka cuba beli masa," katanya lagi merujuk kepada kesan perhimpunan Bersih di ibu negara pada 9 Julai lalu, yang diadakan untuk menuntut pembaharuan pilihan raya.

Kelmarin, Najib berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Jawatankuasa PSC itu akan dibentuk Oktober ini.

Bagaimanapun kelmarin, Perdana Menteri memberitahu oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

"Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Namun menurut Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, tindakan Najib ini menyebabkan beberapa kumpulan dalam Umno tidak berpuas hati dengan pembaharuan Najib dan cuba mewujudkan kebangkitan ke atas kepimpinan beliau dan perikatan yang dipimpinnya.

Beliau menamakan pertubuhan bukan kerajaan seperti Penawar dan Amanah Merdeka yang diketuai oleh veteran-veteran Umno.

Oleh itu kata Mat Sabu, Najib cuba mendapatkan sokongan daripada tempat-tempat lain.

"Saya tidak fikir beliau cuba menyatukan sokongan veteran Umno tetapi membeli masa pegawai-pegawai kerajaan dan menjawab Buku Jingga (dikeluarkan Pakatan Rakyat)," kata beliau.

Sementara itu, ahli parlimen Ipoh Timur memberitahu, Najib kemungkinan cuba untuk mengadakan inisiatif baru susulan perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu tetapi gagal ekoran tentangan daripada Umno sendiri.

"Beliau tidak boleh keluar daripada bangkangan, kritikan jelas daripada pihak berpendirian keras seperti Muhyiddin," kata Lim merujuk kepada timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selasa lalu, Muhyiddin menegaskan sistem pilihan raya semasa adalah adil dan telus, dan hanya memerlukan sedikit penambahbaikan.

"Mereka tidak boleh gembira dengan idea itu apabila mereka selama ini mempertahankan bahawa tidak ada apa-apa kekurangan dalam sistem semasa," kata Kit Siang. -tvsnews

Skandal Penyelewengan Subsidi Diesel

Posted: 24 Aug 2011 04:22 AM PDT

Oleh : SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA


PEMBERIAN Diesel bersubsidi oleh kerajaan kepada para nelayan bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Bantuan diesel bersubsidi yang diberikan Kerajaan kepada para nelayan ini telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu apabila berlaku rasuah dan penyelewengan. Keadaan ini menimbulkan keraguan dan kebimbangan di kalangan rakyat kerana jika penyelewengan diesel bersubsidi ini berlaku, bermakna telah melibatkan penyelewengan wang rakyat dan usaha membantu golongan berpendapatan rendah akan terbantut.

Adalah dianggarkan Kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM257 juta bagi tempoh lima tahun atau purata RM50 juta setahun. Perkiraan ini dibuat berasaskan anggaran paling minimum iaitu lima peratus daripada jumlah subsidi yang diluluskan Kerajaan untuk golongan nelayan. Bagi tempoh lima tahun iaitu 2006 hingga 2010, Kerajaan telah meluluskan peruntukan subsidi diesel sebanyak 5.1 billion liter kepada nelayan.

Berdasarkan maklumat dan aduan yang diperolehi, terdapat individu-individu yang terlibat dalam penyelewengan diesel ini telah memberi suapan kepada pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mengelakkan diri daripada dikenakan sebarang tindakan ke atas penyelewengan diesel yang telah dilakukan.

Manakala Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dikatakan menjadi dalang kepada penyelewengan subsidi diesel bernilai jutaan ringgit ini. Turut dilaporkan yang menjadi ejen perantara dalam isu ini ialah pengusaha jeti, pemilik bot, pemilik tangki minyak haram dan individu yang memiliki depot.

Apa yang menarik dalam kes ini ialah jenayah rasuah, penyelewengan dan ketirisan subsidi diesel dibongkar hasil daripada risikan bersama 80 orang anggota serta pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPPNKK).

Dalam operasi yang dinamakan 'Ops Nano', SPRM dan KPDNKK telah berjaya menahan 36 individu serta menyita 458,000 liter diesel bernilai lebih setengah juta ringgit. Wang suapan bernilai RM90,000.00 turut dirampas daripada anggota Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

Mereka yang ditahan adalah terdiri daripada 16 orang di Perak, tujuh orang di Sarawak, lima orang di Pahang, dua orang di Kedah, tiga orang di Johor dan seorang di Perlis. Kesemua individu yang ditahan terdiri daripada tujuh pengusaha jualan diesel, ejen PNK, pengusaha jeti, 'orang tengah' dan pemandu lori tangki.

Ketirisan diesel ini dikesan bermula dari depoh kerajaan yang menjual bekalan bahan bakar itu kepada PNK, kilang, kawasan sempadan dan tangki simpanan bekalan. Bermula daripada ejen PNK, bekalan itu akan dijual kepada tangki simpanan bekalan dan bot nelayan yang seterusnya dijual kepada peraih kapal tangki, bot nelayan asing, kilang atau ke sempadan.

Dalam pada itu, sistem dan prosedur berhubung kemampuan penggunaan teknologi nanotag dalam pengurusan subsidi diesel mula dipersoalkan. Begitu juga dengan keberkesanan sistem fleet card e-diesel sehinggakan penyelewengan dan ketirisan masih tetap berlaku.

Kadar permintaan terhadap minyak diesel bersubsidi yang tinggi di kalangan pengusaha industri adalah antara faktor utama ketirisan ini. Harga jualan diesel subsidi secara haram ini jauh lebih rendah berbanding harga yang dikenakan kepada pihak industri.

Semasa operasi dijalankan, harga diesel bersubsidi bagi nelayan ditetapkan pada kadar RM1.25 seliter manakala bagi pengusaha industri pula pada kadar RM1.90 seliter. Harga jualan diesel bersubsidi di pasaran gelap adalah di antara RM1.60 seliter ke RM1.70 seliter.

Diesel bersubsidi untuk golongan nelayan ini juga bukan sahaja mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha industri tempatan, malah menarik minat pemborong-pemborong di negara-negara jiran.

Dalam hal ini, berlaku pula kes penyeludupan diesel bersubsidi ke negara-negara berkenaan. Kesannya, golongan nelayan tetap miskin kerana tidak dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan pendapatan dan memajukan kehidupan mereka.

Isu ketirisan ini tidak akan berakhir dengan hanya bergantung kepada penguatkuasaan yang tegas sahaja, malah semua pihak yang bertanggungjawab perlu sentiasa melaksanakan tugas, menyelia serta membuat pemantauan berterusan.

Sehubungan dengan itu, satu kajian menyeluruh dijalankan oleh SPRM bersama KPDNKK bagi mengenalpasti kelemahan dalam sistem dan prosedur serta tatacara pengagihan diesel bersubsidi.


Khir Toyo Bakal Habiskan Sisa Hidupnya Dalam Penjara?

Posted: 24 Aug 2011 04:14 AM PDT

KELAN GREENBOC

Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.

"Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya," tulisnya.

Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

"Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.
Kebodohan pemimpin

"Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini," tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.

Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing.

"Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor.

"Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

"Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?" soalnya lagi.

Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.

Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.



Ulasan GB

Tak tentu arah Khir Toyo sekarang ini apabila ada skrip lain sedang mengatasi skrip untuk membebaskannya.

Maka didedahkanlah skrip dari 3 Menteri Kabinet yang dikatakan sedang berkonspirasi untuk beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Tetapi beliau tak dedahkan pula bahawa sebelumnya ada skrip lain dari kalangan pihak paling berkuasa di dalam sistem kehakiman negara untuk membebaskan beliau dari tuduhan rasuah. Buktinya: apa pihak yang sudah menyuruh beliau duduk diam-diam dan jangan buat kenyataan mengenai kesnya.

Tetapi mungkin Khir berang kerana tak tahan kena bela diri di atas tuduhan rasuah, maka beliau buat juga kenyataan dedahkan apa yang dikatakan konspirasi menteri-menteri berkenaan terhadap dirinya. Sepastinya beliau sudah diberitahu ada kemungkinan skrip asal untuk membebaskannya sudah ditewaskan dengan skrip lain yang lebih bermutu tinggi.

Tak apalah Khir. Tuan pun dah lama "sapu" bersih wang rakyat semasa menjadi MB. Mungkin di dalam penjara tuan boleg "berriadah" memperbanyakkan ibadah menyuci diri dan kemudiannya siapa tahu diterima semula ke dalam masyarakat macam Mokhtar Hashim yang pernah jadi seorang Menteri kabinet kemudian, dihukum gantung sampai mati, kemudian mendapat keampunan dari Yang Di Pertuan Agong dengan cuma dipenjara seumur hidup. Kemudian setelah menjalani 10 tahun dalam penjara, beliau mendapat keampunan daripada Agong untuk dibebaskan.

Gigil tak bila GB kata kena masuk penjara jugak? Relaxler. Lom kena lagi. Doa banyak-banyak.

Penjaralah Anwar Seribu Kali, Jiwanya Tetap Bebas

Posted: 24 Aug 2011 04:06 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar


MULAI Isnin perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim masuk peringkat separuh akhir, iaitu pembelaaan diri oleh Anwar dan team peguamnya. Semalam Anwar telah membela dirinya dengan membuat kenyataan setebal 32 muka surat mengambil masa selama dua jam di kandang orang salah. Selepas ini setelah semua saksi pembela dipanggil hakim membuat keputusan sama ada Anwar disabit atau pun bebas.

Anwar memilih untuk memberi keterangan tanpa disoal balas oleh pendakwa. Ramai yang terkejut dengan 'keberanian' Anwar itu. Ada juga yang berpendapat Anwar sengaja menghulurkan leher ke penjara kerana keputusan memilih membela diri begitu merbahaya.
Ada juga yang musykil keputusan Anwar itu seolah-olah beliau pengecut untuk menghadapi realitinya?

Alasan Anwar kenapa beliau memilih cara itu kerana sangsi dengan keadilan dan integriti hakim yang mengendalikan kesnya. Itu adalah alasan paling konkrit.

Mengenai tindakan Anwar itu, kata dan ulaslah apa-apa pun sebab, negara ini bebas dan merdeka. Sesiapa boleh bersuara mengutuk dan mengampu sesiapa yang dimahuinya. Apa lagi kalau bersuara untuk membela pemimpin dan parti pemerintah kebebasan itu akan diberi semutlaknya. Tindakan ke atas pengampu kerajaan dan pemfitnah akan dibiarkan semahunya. Ini realiti bukan bohong. Apa yang berlaku di sekeliling kita mengesahkan hakikat itu.

Macam-macam juga cemuhan dilemparkan kepada Anwar. Bila Anwar membuat protes kepada mahkamah, minta tangguh dan sebagainya, dikatakan Anwar sengaja menangguhkan perbicaraan. Melambat-lambatkan yang memberi konotasi Anwar takut berhadapan dengan hukuman. Itu tuduhan mereka yang otak kemetot dan tidak mengetahui proses perundangan yang diguna pakai di negeri ini. Mereka yang lulus dalam bidang pengajian undang-undang akan tersenyum mendengar segala desakan dan protes itu.

Kalau ada masa belajarlah sedikit mengenai undang-undang dan bacalah peraturan (prosuder) mahkamah agar tidak nampak diri kita lebih bodoh dari kaldai tua yang nak mampos. (Maaflah kasar sikit).

Anwar boleh membuat rayuan, atau meminta perbicaraan ditangguhkan bukan sekali, tetapi seribu kali pun boleh. Ia bukan satu kesalahan kerana memang ada ruang untuk beliau berbuat begitu. Jadi kalau hendak salah, jangan salahkan Anwar tetapi salahkan kepada prosuder mahkamah yang membenarkannya. Kenapa kita harus salahkan ketiping berjalan mereng kerana adatnya memang begitu? Kitalah bodoh kerana tidak tahu bahasa dan adat.

Dalam keadaan hari ini yang Anwar anggap tuduhan ke atasnya itu adalah kelangsungan konspirasi adalah 'bundak' baginya kalau tidak berbuat begitu.

Sebagai orang akan menghadapi risiko dan akan menanggung kesan pertuduhan itu Anwar berhak melakukan apa saja. Anwar yang menanggung segala-gala bahana atas tuduh itu. Kalau disabitkan kesalahan, yang akan ke penjara bukan orang lain, tetapi Anwar secara bersendirian. Iya, perjuangan yang dilakukan adalah demi untuk rakyat dan orang ramai tetapi kalau berlaku apa-apa yang akan memikul bebannya diri Anwar seorang sahaja. Tahun 1998 dulu beliau telah melalui sejarah itu dan telah ada pengalaman azab mengenainya. Apakah Anwar suka-suka untuk mengambil risiko itu? Tanya dan jawablah sendiri dengan adil dan saksama.

Itulah tanggungjawab dan amanah. Anwar tidak pun meminta untuk orang menjadi galang gantinya. Tangan yang mencincang, bahu juga yang sanggup memikulnya. Itulah Anwar. Dan beliau sudah tahu dan arif benar mengenainya. Jadi membela hingga rapat ke dinding dan melakukan apa saja usaha dan ikhtiar itu adalah hak Anwar yang tidak akan dipersendakan oleh mereka yang waras fikirannya.

Jadi perangai-perangai yang tidak bermoral dan berotak kemetot yang berbambu aji no motoitu biarlah dimiliki oleh orang yang suka menjadi lanun upahan. Biarlah mereka hendak bertempik dan melaung tetapi jangan sampai orang di luar Umno terikut sama dengan gelagat itu. Kata orang bukan Umno kalau tidak jahat?

Berbalik kepada tanggapan buruk terhadap perbicaraan dan implikasi yang akan dihadapi Anwar kelak ia tidak akan ke mana. Hatta kalau pun Anwar di penjara sekalipun niat atau tujuan orang yang berbuat begitu tidak akan kesampaian. Kalau pendakwaan itu seperti mana kata Anwar untuk menghancurkan kerjaya politiknya, ia tidak akan menjadi kenyataan. Azam dari segala perancangan jahat itu hanya sia-sia saja. Perbuatan syaitan selalunya hancur sebelum hari siang.

Memang ada orang berharap kisah atau peristiwa tahun 1999 akan berulang sekali lagi ke atas kembara politik dan kehidupan Anwar. Keadaan waktu itu di mana pilihan raya umum ke-11 diadakan ketika Anwar berada dalam penjara. Mereka itu tidak mahu Anwar berpeluang mengambil bahagian dalam pilihan raya. Kali ini juga begitu, ada niat untuk melihat Anwar diringkukkan dalam penjara kemudian pilihan raya akan diadakan.

Mereka mengira hanya dengan penjarakan saja Anwar ia boleh menghalang Anwar daripada mengapai cita-cita politiknya untuk jadi Perdana Menteri. Dalam pada itu ia membolehkan orang yang berkuasa terus berkuasa. Apabila Anwar dipenjara bermakna beliau tidak akan dapat bertanding dalam pilihan raya selama dua penggal. Cukuplah kalau Anwar dipenjaga beliau tidak boleh menyertai pilihan raya ke -13 dan ke 14. Umur Anwar ketika itu sudah pun hampir 80 tahun sudah terlalu tua.

Dalam hitungan orang politik kalau Anwar dipenjara ia memberi peluang kepada UBN untuk menang. Najib bersama isterinya Rosmah Mansor akan merasa selesa kalau Anwar dihumban ke penjara. Mereka mengira Pakatan Rakyat tidak mampu mengugat BN kalau tanpa Anwar. Mereka tahu yang menjadi engen kepada Pakatan Rakyat hanya Anwar.

Anggapan sebegini menafikan dakwaan mengatakan Anwar kini sudah tidak berpengaruh. Kekuatan Anwar sudah pun mengecil, penyokongnya juga sudah berkurangan. Inilah kesilapan perhitungan para strategis UBN dalam membuat perhitungan mengenai ini. Mereka jadi lupa kepada apa yang mereka katakan sebelum ini. Inilah yang dikatakan kelalaian orang yang selalu membuat silap dan bertindak secara salah. Kenapa tupai jatuh ke tanah kerana terlalu percaya kepada kebijaksanaan diri sendiri.

Betulkah andaian itu, bahawa UBN akan menang dalam pilihan raya dan Pakatan Rakyat akan kalah tanpa Anwar berada di luar? Itu sebenarnya telahan dan anggapan saja. Orang yang ingin memperkecilkan kuasa Anwar akan berkata begitu. Sebenarnya apa yang akan berlaku bukan begitu. Diri anwar bukan faktor kepada kemenangan Pakatan Rakyat, tetapi perjuangan Anwar yang menjadi penyebabnya.

Perkembangan politik Malaysia di masa depan bukan saja terletak di tangan mana-mana individu atau tokoh seperti Anwar. Hari ini generasi muda sudah sedar dan insaf. Mereka bukan buta dan berada di bawah serkup lagi. Benih keberanian bersuara dan bertindak yang dipupuk Anwar kini sudah menular dan subuh tubuh dalam hati anak-anak muda. Perkembangan ini tidak boleh dibendung lagi dengan apa-apa kuasa syaitan.

Makanya kalau UBN mengira dengan memenjarakan Anwar kebangkitan itu berhenti dan UBN akan kembali selesa adalah satu kesilapan besar. Anggapan begitu umpama membubuh bim jangka dalam poket baju.

Mungkin generasi muda tidak begitu menaruh harapan lagi kepada Anwar untuk menajdi PM. Tetapi mereka tetap sedar bahawa kebangkitan politik hari ini untuk membela diri mereka sendiri. Jadi sesiapa pun yang akan memimpin nanti mereka tidak akan peduli. Yang berada di hadapan mereka satu saja tumbangkan UBN. Semangat dan jiwa anwar adalah pendorong kepada usaha dan perjuangan itu.

Kesedaran hak membela diri dan semangat keberanian yang dicurahkan Anwar kini sudah menyelinap dan menyerap ke segenap pembuluh darah generasi muda. Semangat dan keberanian itu membara dan marak dalam jiwa mereka. Justeru walaupun langkah Anwar dikunci dan jasadnya dibekukan tetapi spritual yang dialunkan Anwar terus bergelombang. Makanya saya mengira usaha memenjarakan Anwar menerusi konspirasi jahat itu tidak akan berhasil, malahan ia akan menyebabkan UBN semakin tenat dan parah.

Anwar boleh dimatikan oleh musuhnya tetapi semangat dan jiwa Anwar akan tetap melekat dihati setiap manusia yang mengenal diri dan tahu menjaga maruah dirinya sebagai manusia bertamadun. Lirik lagu jihad Anwar, Lawan Tetap Lawan akan menjadi lagu kebangsaan bangsa ini sebagai mengapai kemerdekaan mutlak mereka. http://msomelayu.blogspot.com

Kalau benar Najib dan Muhyiddin tidak sehaluan, atasinya secara demokrasi sebenar

Posted: 24 Aug 2011 12:53 AM PDT

Oleh Aspan Alias

Saya pernah mendengar sedikit tentang masalah yang dihadapi oleh Najib dan Muhyiddin yang mengatakan mereka sudah tidak sehaluan dan tidak selenggang lagi. Pada mulanya tidak pula saya mengambil apa yang saya dengar itu sebagai isu besar kerana saya berpendapat yang mereka tidak akan berpisah kerana UMNO sekarang ini sudah pun di dalam keadaan yang mencemaskan.

Cerita awal perbalahan di antara Musa Hitam dengan Dr Mahathir dinafikan oleh semua pihak tetapi beberapa bulan selepas itu Musa meletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan telah terbongkar segala masalah yang ada di antara beliau berdua.

Cerita Anwar tidak bersetuju juga dengan Dr Mahathir dinafikan oleh kedua-dua belah pihak, malahan semasa perayaan kemerdekaan di P Pinang mereka berdua membuat kenyataan yang mereka masih bersatu dan tidak ada perbalahan.

Tetapi hanya tiga minggu selepas itu pemecatan Anwar sudah hampir menjadi kenyataan dan akhirnya Anwar benar-benar dipecat. Semasa isu Mahathir Musa, bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah meletakan jawatan pada Februari 1986 dan kembali menentang Mahathir selepas beliau berada di luar kerajaan.

Tetapi jika benar pergesiran di antara Najib dan Muhyiddin,ianya tentulah berkaitan dengan perselisihan faham tentang cara Najib mengendalikan negara dan kerajaan yang kian hari kian lemah. Berdasarkan kepada pengalaman lama, mereka tentulah tidak akan mewujudkan keadaan yang boleh diragui rakyat kerana Muhyiddin dan ahli jemaah Menteri sepatutnya mengambil 'accountability' bersama.

Kelemahan Najib adalah juga kelemahan Muhyiddin dan semua jemaah Menterinya. Mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah di antara Najib dengan Muhyiddin merupakan satu keadaan yang amat merbahaya untuk perpaduan rakyat dan negara.

Najib hanyalah seorang pemimpin yang mengetuai kongregasi kepimpinan yang sepatutnya menegur dan mentadbir kerajaan dan negara secara bersama. Jika berlaku juga keadaan yang seperti ini maka kita masih lagi tidak menerima konsep tanggungjawab bersama. Jika ada usaha Muhyiddin dan orang-orangnya untuk menurunkan Najib untuk mengambil alihnya maka ini merupakan keadaan yang tidak sepatutnya wujud.Tindakan itu adalah tindakan 'insubordination' yang amat serius.

Dalam semangat demokrasi, jika seorang ahli jemaah kabinet itu tidak bersetuju dengan cara Najib mengendalikan negara atau apa-apa dasar yang telah dilaksanakan, maka ahli kabinet itu wajar meletakan jawatan seperti yang dilakukan oleh Musa Hitam dahulu.

Selagi Muhyiddin tidak meletakan jawatan maka tanggungjawab bersama itu tetap dipikul oleh beliau. Jika Najib pula yang mengambil tindakan berhenti dahulu maka seluruh kabinetnya mesti meletakan jawatan bersama beliau (Najib) kerana mereka semua adalah pilihan dan jemaah Najib dalam mentadbir negara. Perletakan jawatan Najib itu bermakna perletakan seluruh kabinet lantikan beliau.

Jika Muhyiddin benar-bernar tidak bersetuju dengan Najib beliau harus melepaskan jawatan beliau untuk memisahkan beliau dari tanggungjawab bersama tadi. Muhyiddin tidak boleh melakukan perkara seperti yang dikatakan sebagai telunjuk lurus kelengkeng berkait di belakang Najib. Ini merupakan satu tindakan yang sangat buruk untuk parti UMNO yang mereka ketuai itu dan selanjutnya akan menjejaskan BN yang sudah sedia lemah pada masa ini.

Jika Muhyiddin melakukan tindakan politik peribadi seperti yang dicakapkan oleh beberapa pihak maka tindakan itu merupakan tindakan 'insubordination' terhadap kerajaan dan ini merupakan kesalahan yang amat serius. Jika benar Muhyiddin mempunyai sebab yang kukuh untuk menurunkan Najib beliau perlu melakukannya secara demokrasi dan semangatnya sekali.

Apakah dia demokrasi dan semangatnya itu?

Muhyiddin perlu berterus terang dangan bossnya itu. Berbincang segala masalah dengan baik dan jika perlu desak beliau (Najib) untuk bersara dan memberikan peluang mentadbir kepada beliau. Muhyiddin perlu terbuka dalam perbincangan dan minta Najib supaya mengubah cara beliau untuk memperbaiki imej kerajaan di mata rakyat.

Sesudah berdepan dengan telus dan Najib masih lagi tidak berubah maka tindakan selanjutnya jika Muhyiddin serius untuk memperbaiki keadaan ialah dengan meletakan jawatan bagi menunjukan kepada ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya tentang ketidak yakinan beliau terhadap kepimpinan Najib. Muhyiddin dan semua jemaah Menteri yang sama-sama tidak bersetuju itu patut meletakan jawatan.

Setelah melakukan itu barulah Muhyiddin terlepas dari tanggung jawab bersama tadi. Sebagai seorang nombor dua dalam kepimpinan parti maka UMNO boleh mengadakan persidangan tergempar kerana ini perlu untuk mempastikan parti dibawa bersama di dalam proses penyelesaiannya.

Musa Hitam telah meletakan jawatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada awal 1986 dahulu. Semasa perletakan jawatan Musa itu banyak pihak telah mendesak Dr Mahathir untuk memanggil satu perhimpunan khas termasuk bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dan Husein Onn. Tetapi Mahathir tidak mengindahkan seruan ini kerana Mahathir takut jika perhimpunan Khas itu akan mengambil keputusan untuk Musa menarik balik keputusan bersara itu.

Jika keputusan itu berlaku maka Musa akan menjadi kuat dan jika Musa kembali kepada kedudukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri ianya akan menjejaskan kedudukan Dr Mahathir pula. Oleh kerana Mahathir bukan seorang yang mempunyai semangat demokrasi yang tinggi Mahathir tidak berganjak dengan keputusan untuk tidak memanggil perhimpunan agong khas itu. Maka ahli-ahli UMNO telah berpecah belah kerana tidak di selesaikan dengan mandat perhimpuan agong khas itu.

Perpecahan yang di hasilkan oleh isu inilah bermulanya UMNO berpecah sehingga membawa kepada pertandingan bersejarah pada tahun 1987 yang membawa Dr Mahathir untuk menubuhkan UMNO baru tajaan beliau sendiri pada tahun 1988.

Dalam kes Muhyiddin ini, jika beliau benar-benar merasakan yang Najib sudah tersasar dan akan menjejaskan parti serta kerajaan, beliau harus berhadapan dengan Najib dan memberikan pandangan bagaimana Najib patut lakukan untuk berubah, Jika itu gagal dan Najib masih berada di tempat dan jawatannya itu maka satu-satunya tindakan yang beliau perlu lakukan ialah dengan meletakan jawatan bersama mereka yang sehaluan dengan beliau dari jemaah kabinet.

Jika Muhyiddin melakukan ini maka beliau akan nampak bermain-main dengan semangat demokrasi yang tulin. Sesungguhnya bukan tidak ada asas untuk Muhyiddin melakukan gerakan untuk memperbetulkan keadaan dalam UMNO. Hanya beliau perlu melakukannya secara yang betul tanpa melakukan 'insubordination' terhadap Najib dengan 'intrigue' dan helah politik yang tidak beretika. Lakukan secara gentleman. Jika dilakukan secara gentleman tentulah ada risiko untuk gagal dan itu merupakan fenomena biasa dalam politik berdemokrasi.

Jika Muhyiddin lakukan secara ini, kalah menang adalah biasa tetapi nama beliau akan terpahat sebagai seorang yang serius untuk melakukan kebaikan untuk partinya. Setiap tindakan mesti ada harganya, Tidak ada yang percuma.

Najib di sebaliknya pula perlu juga sensitif terhadap keadaan yang menimpa beliau, Perdana Menteri itu patut meletakan jawatan secara sukarela. Bukan tidak ada contoh yang berlaku dalam sejarah kepimpinan negara. Husein Onn telah mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO setelah beliau dicabar oleh Sulaiman Palestin.

Husein menganggapnya sebagai petanda yang beliau tidak lagi mendapat sokongan bulat dari ahli-ahli di bawah dan jika beliau terus berada di kerusi PM itu beliau takut akan memecah belahkan kepimpinan negara. Contoh ini merupakan contoh yang berlaku di kalangan keluarga Najib sendiri kerana Husein adalah bapa saudara kepada beliau. Tidak ada sebab kenapa Najib tidak mahu menerima contoh yang baik ini semata-mata untuk perpaduan kepimpinan dan rakyat yang ramai ini.

Bagi Muhyiddin jika beliau mahukan semuanya secara percuma, itulah yang menyebabkan politik kita berkecamuk kerana untuk mendapat secara percuma tidak ada jalan lain selain dari melakukan 'insubordination' tadi bagi memaksa Najib meletakan jawatan untuk beliau mengambil alih. Itulah yang selalunya menyebabkan parti berpecah belah sehingga menjejaskan rakyat yang ramai.

Kita mesti laksanakan demokrasi dengan semangatnya sekali. Hentikan bercakap tentang demokrasi acuan sendiri untuk menghalalkan tindakan mencemari demokrasi itu untuk kepentingan politik peribadi. Mengambil demokrasi sebenar separuh dan membuang separuh yang tidak memihak kepada kita akan hanya melumpuhkan sistem itu akhirnya

Fitnah II: Najib disahkan hadir ke mahkamah- Peguam

Posted: 24 Aug 2011 12:36 AM PDT

Oleh: Ahmad Fadli

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair hari ini memberitahu bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan kes Fitnah II.


Bagaimanapun, Najib mengkehendaki notis yang singkat untuk hadir ke mahkamah, kata Sankara.

Perkara itu menurut Sankara dimaklumkan oleh pihak polis kepadanya.

"Kalau kita bagi notis dalam masa yang singkat, mereka (Najib dan isteri) akan datang ke mahkamah.

"Notis itu akan diberikan kepada polis dan polis akan memaklumkan mereka mengenai kehadiran ke mahkamah," kata Sankara ketika ditemui di luar perkarangan mahkamah Jalan Duta, pada hari ketiga Anwar membela diri hari ini.

Beliau juga mengesahkan notis sapina yang dikeluarkan terhadap Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga telah diterima pasangan suami isteri itu.

Najib dan Rosmah sewaktu hadir ke mahkamah secara bersembunyi sebelum ini enggan ditemubual mahu pun menjadi saksi dalam perbicaraan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang itu.

Bagaimanapun, Jumaat lalu mereka diberikan notis sapina oleh peguam Anwar untuk hadir ke mahkamah.

Pada Isnin lalu, Peguam Karpal Singh berkata, waran tangkap boleh dilkeluarkan sekiranya Najib dan Rosmah enggan berbuat demikian.

Turut diberikan notis yang sama adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof.

Khir Toyo: Tiga Menteri Mahu Saya Dipenjarakan-Soalnya Siapa?

Posted: 24 Aug 2011 12:29 AM PDT

Staff Berita Semasa

khir toyo rasuah Khir Toyo: Tiga Menteri Mahu Saya Dipenjarakan Soalnya Siapa?


Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

"Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,"

Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

"Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan."

"Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini,"

Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing.

"Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor.

"Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

"Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?"

Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.

Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

Soalnya, siapakah 3 Menteri berkenaan? Adakah mereka juga terlibat sama sebelum ini? Seteru dalam politik memang tidak dinafikan.Ramai dah yang tumbang akibat seteru politik ini.Ada sesiapa pembaca BeritaSemasa yang dapat mengetahu siapakah menteri-menteri berkenaan?Kongsikan Pendapat anda di ruangan komen di bawah

Gaddafi ikrar menang atau mati, 400 didakwa maut di Tripoli

Posted: 24 Aug 2011 12:26 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Rakyat Libya di Benghazi meraikan kejatuhan ibu pejabat Muammar Gaddafi, Bab Al-Aziziya di Tripoli hari ini. — Foto Reuters


TRIPOLI — Pemimpin Libya Muammar Gaddafi hari ini berkata tindakan beliau menarik keluar anggota tentera dari ibu pejabat kerajaannya di Bab al-Aziziya hanya satu tindakan taktikal selepas premis itu diranap oleh serangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Ketika bercakap menerusi stesen radio tempatan Tripoli, yang dilaporkan oleh TV Al-Orouba, Muammar bertekad untuk mengisytiharkan kemenangan menentang Nato.

"Kami menentang (musuh kami) dengan kekuatan kami... sama ada kami menang atau mati syahid. Insya-Allah," kata Muammar, demikian menurut laporan Reuters.

Jurucakap Muammar, Moussa Ibrahim memberitahu TV Al-Orouba bahawa rejim pemimpin Libya itu boleh bertahan beberapa bulan lagi.

Dipetik msnbc.com, Moussa berkata kira-kira 6,500 sukarelawan telah memasuki kawasan Tripoli sepanjang "enam jam lalu" dan diletakkan di seluruh Tripoli.

Beliau mengugut untuk mengubah Libya sebagai "gunung merapi yang membakar dan api di kaki penceroboh."

Dalam pada itu, kumpulan pemberontak berkata seramai 400 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 2,000 lagi cedera dalam pertempuran menguasai Tripoli, demikian menurut TV Al Arabiya.

Pemberontak menyerang bangunan Bab al-Aziziya dalam sebahagian daripada usaha mereka menamatkan kepimpinan 42 tahun Muammar.

Tripoli menjadi serangan pemberontak sejak Ahad lalu, sebahagian daripada kebangkitan rakyat negara itu yang bermula awal tahun ini.

Wisma Putra lancar tabung bantu mangsa kemarau Somalia

Posted: 24 Aug 2011 12:25 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Kerajaan telah menggerakkan Tabung Bencana Kementerian Luar bagi mengutip sumbangan daripada orang ramai untuk disalurkan kepada mangsa krisis kemarau di Somalia.

Dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online hari ini, Wisma Putra berkata Pertubuhan Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan krisis kemarau di timur laut Afrika telah mencapai tahap yang runcing serta menjejaskan kehidupan masyarakat di sana.

Krisis kemarau yang berlarutan sedekad lamanya dan paling buruk dalam tempoh 60 tahun ini telah mengakibatkan kematian puluhan ribu warga Somalia dengan ratusan ribu lagi terdedah kepada ancaman kebuluran yang sangat teruk.

"Jika krisis ini tidak ditangani dari sekarang, ia dikhuatiri boleh merebak ke kawasan lain di timur laut Afrika," kata kenyataan itu.

PBB turut merayu bantuan antarabangsa agar menghulur bantuan kewangan kerana sebanyak RM3.6 bilion lagi diperlukan bagi bantuan kemanusiaan untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa di kawasan yang terlibat.

Wisma Putra berkata kerajaan mengalu-alukan penglibatan dan penyertaan orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa.

"Usaha murni ini menggambarkan keprihatinan rakyat Malaysia membantu warga sejagat yang memerlukan bantuan bagi mengharungi krisis ini tanpa mengira batasan sempadan," kata kenyataan itu.

Sumbangan boleh disalurkan melalui cek ke Kementerian Luar Negeri atas nama "Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri" dan dialamatkan kepada:

Ketua Akauntan, Kementerian Luar Negeri, Tingkat 2, Bangunan WP2 No. 1, Jalan Wisma Putra, 62602 Putrajaya atau boleh menghubungi talian 03-88874251 atau 03-88892924.

Sumbangan secara tunai pula boleh dihantar terus di dalam sampul surat ke kaunter khas bersebelahan Seksyen Konsular di Wisma Putra atau ke Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di Jalan Wisma Putra.

Penyumbang layak dipertimbangkan untuk pengecualian cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan resit rasmi akan dikeluarkan.