WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- PRU 13 awal atau lewat, Najib tetap didesak berundur?
- PR Tak Akan Contohi Umno-BN - Anwar
- Wikileaks : ISA 2008 Halang Ahli Umno Lompat Parti
| PRU 13 awal atau lewat, Najib tetap didesak berundur? Posted: 03 Aug 2011 06:11 AM PDT Melihat kepada lautan manusia pada 9 Julai 2011, ramai menjangka Perdana Menteri Najib Razak tidak berani untuk membubarkan parlimen pada tahun ini. Igauan bagaimana perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 mencetuskan tsunami politik pada 8 Mac 2008 masih menghantui Barisan Nasional. Seandainya PRU ke-13 diadakan pada tahun ini, Najib berkemungkinan besar mengulangi nasib mantan PM, Abdullah Ahmad Badawi. Sama ada PRU 13 diadakan pada tahun ini mahupun tahun 2012, malah 2013, Najib perlu bersedia untuk menyusuri jejak Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah gagal apabila menghampakan pengundi yang mahu melihat perubahan yang dijanjikannya. Nasib yang sama akan menimpa Najib. Cuma, nasib Najib mungkin lebih malang daripada Abdullah, kerana beliau mempunyai kes Scorpene yang bakal berlangsung perbicaraannya di Perancis! *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. |
| PR Tak Akan Contohi Umno-BN - Anwar Posted: 03 Aug 2011 01:38 AM PDT ![]() SHAH ALAM 3 OGOS: Pakatan Rakyat tidak berhasrat untuk mengambil pendekatan sama dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam cadangan Belanjawan 2012 yang bakal dibentangkan gagasan itu Oktober nanti. Ketua Umum yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tawaran RM100 ribu kepada setiap ahli parlimen Umno-BN menjelang pilihan raya umum akan datang tidak akan mengubah pendirian rakyat dalam menuntut sistem yang lebih telus. "Setakat ini kita akan terus dengan kerja kita. Kita tidak akan terbawa-bawa dengan pendekatan Umno-BN. Mereka sudah belanja kepada ahli parlimen berjuta, RM100 ribu tidak akan mengubah sikap pengundi kerana mood sekarang adalah untuk merubah sistem yang rasuah," kata beliau selepas mempengerusikan rundingan ekonomi Buku Jingga di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, semalam. Mesyuarat yang turut disertai pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, penganalisis ekonomi dan akademik, sektor swasta, wakil kesatuan pekerja dan persatuan pengguna itu tadi memberi jaminan bahawa belanjawan yang dicadangkan itu nanti mampu meringankan beban rakyat. Antara lain jelas Anwar, belanjawan yang akan dibentangkan itu secara khusus akan meningkatkan keupayaan untuk mengasingkan diri dengan sistem monopoli oleh kerajaan Umno-BN. "Fokus kita lebih banyak kepada dasar nasional kerana ianya Belanjawan 2012 dan belanjawan negara. Secara spesifiknya kita memberitahu bagaimana kita boleh mengurangkan kebergantungan kepada sistem monopoli yang ada sekarang," ujar beliau lagi. Malah beliau menyifatkan usaha tersebut mampu memberi ruang bagi rakyat untuk menilai keberkesanan pendekatan ekonomi yang akan diunjurkan Pakatan Rakyat berbanding kerajaan Umno-BN. Menyentuh isu subsidi, Anwar berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan menilai pemberian subsidi yang seharusnya diberikan secara langsung kepada rakyat dan bukan diberikan kepada syarikat-syarikat berkepentingan. Beliau mengambil contoh mekanisma yang disarankan di dalam Buku Jingga mengenai pemberian subsidi kepada konsesi lebuhraya yang dengan sendirinya akan mengurangkan kos pengguna jika ianya diselenggara dengan betul. |
| Posted: 03 Aug 2011 01:36 AM PDT ![]() SHAH ALAM 2 OGOS: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan ada pihak dalam Pakatan Rakyat berhasrat untuk menggantikan beliau dengan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau yang ditemui media berkata sehingga kini tiada mana-mana pihak baik dari DAP, PAS dan PKR tampil menyatakan hasrat itu namun ianya hanya datang daripada seorang ahli parlimen bebas Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim. "Saya tidak dengar daripada mana-mana kepimpinan DAP, PAS dan Keadilan.. yang saya dengar dari Bayan Baru (Zahrain)," kata beliau. Perkara tersebut sekaligus menolak dakwaan yang disiarkan media sebelum ini bahawa Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ku Li' dipelawa untuk mengambil alih jawatan yang disandang oleh Anwar. Zahrain pada minggu lalu mendakwa kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh untuk menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang sedang berhadapan dengan kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes fitnah liwat dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.Dalam satu sidang media, Zahrain antara lain menyatakan tindakan mempelawa Ku Li itu sebagai persiapan parti Pakatan Rakyat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi. Sehari selepas itu Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan tersebut selain menyifatkan Ku Li tidak boleh berbuat demikian memandangkan beliau selaku ahli parlimen Gua Musang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN). Sementara itu, portal Malaysiakini yang menemubual Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail melaporkan, Wan Azizah juga menolak dakwaan tersebut dan berkata Ku Li tidak benar-benar di pihak pembangkang. "Tengku Razaleigh tidak pernah menjadi ketua pembangkang, dia dalam (parti Melayu Semangat) 46. Semangat 46 pecahan daripada Umno. Dia tak pernah di luar dan kemudiannya kembali (pada Umno). "Sesetengah daripada anggota Semangat 46 kata tidak pernah ditanya (tentang kembali kepada Umno), dia hanya kembali tiba-tiba," katanya. |
| Wikileaks : ISA 2008 Halang Ahli Umno Lompat Parti Posted: 03 Aug 2011 01:28 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR 3 OGOS : Sebuah kabel diplomatik dari kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan tahanan tiga individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pada 2008 telah menghentikan ahli parlimen Umno daripada berpaling tadah. Menurut kabel yang diperolehi dari laman sesawang Wikileaks dan disiarkan di blog Malaysia Today milik Raja Petra, perkara itu disahkan oleh ahli parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed pada Oktober 2008, sebulan selepas penahanan ISA tersebut. "Pada awal Oktober, MP Umno Nur Jazlan memberitahu (kaunselor politik kedutaan Amerika Syarikat Mark D Clark) bahawa tahanan ISA itu "amat berjaya" mencapai objektif Umno untuk menakut-nakutkan MP yang bercadang menyertai (ketua pembangkang) Anwar (Ibrahim)," petik kabel itu. Kabel yang bertajuk 'Anwar shifts gears, not goals, say aides', juga melaporkan perkara berkenaan diakui oleh naib presiden PKR Tian Chua dan Sivarasa Rasiah dalam dua pertemuan berasingan dengan Clark pada November 2008, lapor Malaysiakini. Raja Petra, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng ditangkap di bawah ISA pada 12 September 2008. Tan dibebaskan 18 jam kemudian, Kok pada 19 September manakala Raja Petra pula dikurung lebih 50 hari. Bagaimanapun, ketika diminta mengulas laporan itu, Nur Jazlan berkata ia amat melucukan kerana kedutaan Amerika Syarikat berpendapat beliau boleh mengesahkan alasan di sebalik penahanan itu. Sambil ketawa beliau berkata: "Kami (Clark dan Nur Jazlan) berjumpa pada satu majlis dan berbual biasa, malah saya tidak ingat apa yang dibualkan itu. Kuasa eksekutif "Untuk mengatakan saya boleh mengesahkan perkara seperti itu, sesuatu yang hebat. Saya tidak mempunyai kuasa eksekutif," katanya kepada portal itu. Menurut kabel yang tidak bertarikh itu dan ditandakan "rahsia", Chua dan Sivarasa mengesahkan bahawa PKR terus berusaha mendapatkan ahli Umno berpaling tadah selepas tarikh 16 September gagal. "Tempoh masa telah berubah dari Disember kepada Mac 2009, selaras dengan pemilihan parti Umno ketika Najib diangkat sebagai presiden Umno tanpa pertandingan. "Pegawai PKR berkata Anwar dan parti itu tetap fokus mahu mengambil alih sebelum Najib dilantik kerana percaya beliau akan menggunakan tindakan kuku besi mengekang pembangkang sebelum pilihan raya umum akan datang," petik kabel itu lagi. Menurut kabel itu lagi, mereka yang menjadi perantaraan berkenaan adalah ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin. Khairy yang juga ketua pemuda Umno dikatakan menjadi perantaraan di antara bapa mentuanya,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Anwar. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Lebih-lebih lagi, cara dan pendekatan kerajaan Najib Razak mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 telah mencungkil ketidakpuasan ramai, dari Sasterawan Negara yang menjadi ikon budaya, hinggalah bekas mufti yang berpengaruh dalam bidang agama; dari mereka yang berada di atas pagar, hinggalah pewaris tokoh UMNO sendiri - Marina Mahathir.
Dari segi ekonominya, semakin lama PRU 13 ditunda, maka kerajaan BN perlu bergelut dalam situasi inflasi yang semakin melonjak. Harga minyak semestinya akan meningkat, selain tarif elektrik yang telah dijanjikan akan dikaji setiap enam bulan. Keadaannya akan lebih parah dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, malah dijangka "meleset" pada tahun 2012. Pengurangan subsidi hampir pasti berlaku. Meskipun dibuat juga peruntukan bajet (gula) untuk meraih undi, persoalan yang melantun-lantun adalah, dari mana datangnya wang itu?
Akhirnya kesemua daripada mereka dihampakan. Sama ada PERKASA diwujudkan atas restu Najib (gambar kiri) kerana "politik talam dua muka", mahupun sabotaj dalaman parti - sudah tidak penting. Politik itu persepsi. Persepsi umum adalah PERKASA berjaya menggagalkan 1Malaysia dan ETP yang digagaskan Najib, dan Najib selaku seorang PM gagal mengawal keadaan sehingga PERKASA dibiarkan bermaharajarela.
Baru-baru ini, bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) dikaitkan pula dengan fahaman Wahabi, dan aktiviti terrorisme. Meskipun sesetengah pandangan beliau dianggap kritikal terhadap kerajaan, namun Dr. MAZA tidak semestinya berpihak kepada PR. Misalnya, beliau pernah dikecam keras apabila mencadangkan agar Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berundur. Maknanya, terdapat ruang untuk BN "engage" pemimpin yang berpengaruh seperti ini. Namun, mengaitkan MAZA dengan pengganas adalah sesuatu yang sukar dipertahankan, walaupun Utusan Malaysia, kerana MAZA pernah menulis kolum untuk akhbar tersebut.
Apapun berlaku, senario ini tidak memihak kepada Najib. Najib tetap akan digulingkan dalam UMNO seandainya,-

Zahrain pada minggu lalu mendakwa kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh untuk menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang sedang berhadapan dengan kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes fitnah liwat dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan