Rabu, 3 Ogos 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Ini semua tektik Che Det...kita dah tau dah. Hehe!!

Posted: 02 Aug 2011 11:14 PM PDT

Tapi Che Det dulu dia nak tau soalan apa nak tanya?

4 ekor ni langsung tak nak tau soalan dan akan gunakan hakimlah tu untuk tak keluarkan sapina.

Ekeleh macamlah kita orang semua tak tau. Hehe...

Empat termasuk Najib dan isterinya enggan ditemu bual peguam Anwar
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
August 03, 2011

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Empat daripada 25 saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan jika sepina dikeluarkan ke atas mereka.

Empat saksi itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar), isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

"Mereka enggan datang ke mahkamah, untuk ditemu bual oleh (pasukan) pembela melainkan mereka diberikan sepina," kata Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden hari ini.

Temu bual biasanya akan diadakan untuk menentukan sama ada seseorang saksi boleh digunakan untuk memberi keterangan ketika perbicaraan.

Juga difahamkan bahawa seorang lagi saksi, Hasanuddin Abdul Hamid berkata dia hanya bersetuju untuk ditemu bual jika peguamnya turut hadir bersama.

"Kami menerima surat pemakluman mengenai keengganan mereka untuk ditemu bual dan mereka hanya akan muncul di mahkamah jika dikeluarkan sepina," kata peguam Anwar Sankara Nair.

MENYUSUL LAGI

Pasangan Najib dan Bik adalah anugerah Allah kepada rakyat Malaysia...

Posted: 02 Aug 2011 09:24 PM PDT

Hehe...jangan salah sangka. Aku bukan sudah belot macam Zulbabwe...

Cuma aku lebih memfokuskan matlamat aku...bukan sekodor nak membungkuskan Najib dan Bik tetapi lebih besar dari itu iaitu mentalqinkan Umno dan Barisan Nasional. Secepat mungkin..

Najib dan Bik adalah liabiliti besar Umno la ni sebagaimana gandingan Pak Lah dan KJ suatu masa dulu.

Masa Najib sibuk2 nak dinobatkan sebagai PM, tidak dinafikan aku berasa agak gundah gulana kerana Najib kelihatannya lebih bijak dari Pak Lah. Manalah aku tau Najib lebih teruk dari Pak Lah ghupe2nye. Hehe...

Dengan adanya pasangan Najib dan Bik dipersada negara dan Umno...makin cerahlah harapan kita untuk menguasai Putrajaya.

Sekarang ini ghase2nye Che Det tengah panas punggung memikirkan Putrajaya yang akan jatuh ke tangan PR dalam PRU13 akan datang. Aku amat pasti Che Det sudah menggerakkan gurkha2nya untuk menurunkan Najib dan Bik bagi menjayakan misi mengekalkan BN berkuasa. Nampak tak sekarang? Che Det bimbang Anwar jadi PM...dia akan lakukan apa saja untuk mengelak dari menghembuskan nafasnya yang terakhir nun jauh di Argentina. Hehe...

Najib mencari 'Talian Hayat'July 31, 2011
Dr Dzulkefly Ahmad, July 31, 2011 (TMI)

31 JULAI — Bila penulis menerbitkan satu makalah "General Election in July, folks!" pada 20 Mei lalu, ia bukan bertujuan untuk 'spin'. Mengimbas kembali, itulah ruang tarikh atau 'window' paling wajar menyerang-hendap atau 'ambush' Pakatan Rakyat. Pengumuman pembubaran parlimen boleh menjadikan perhimpunan Aman Bersih 2.0, 9-Julai lalu di satu kedudukan yang sukar diberikan tumpuan oleh penganjur. Lebih parah lagi bagi parti-parti politik yang dalam 'panic mode'. Najib gagal.Malang buat Umno-BN, Perdana Menteri Najib tidak sehebat pendahulunya.

Najib kini sudah kehilangan jendela atau 'window' paling strategiknya. Sebaliknya, tidak keterlaluan kalau penulis nyatakan bahawa Najib mungkin sahaja akan kehilangan peluang untuk memimpin dalam perang PRU k-13 ini! Maksudnya, penulis meramalkan Najib akan disingkir sebagai Presiden Umno sekaligus Pengerusi BN sebelum PRU ke-13,.Begitu sekali? Ya, demi menyelamatkan Umno-BN, Najib akan bakal diketepikan. Sejarah akan berulang. Tun terpaksa diketepikan Umno untuk menyelamatkan parti Melayu itu, sebab telah menjadi 'liabiliti' terbesar perjuangan parti mereka. Ternyata strategi itu berbisa dan mengena. Pak Lah menang besar dalam PRU ke-11, April, 2004 itu, bahkan antara terbesar dalam sejarah politik pilihanraya Umno.

Kini Umno sedang menghitung opsyen atau pilihan strategik yang sama. Bezanya Tun diketepikan setelah terlalu lama memimpin; 22 tahun. Najib baru sahaja masuk tahun ketiganya. Najib pun belum pernah menang pilihanraya umum yang dikemudinya sendiri. Besar harapan Najib untuk membuktikan kepemimpinannya.

Mungkin sahaja itu akan tinggal cita-cita. Dia semacam akan tersungkur di garis permulaan tampaknya. Dia sedang menemui ' su'ul khatimah' atau 'kesudahan buruk' dalam kerjaya politiknya. Bagi seorang ahli politik tambahan calon negarawan, kesudahan seperti itu amat mengaibkan dan mengerikan sekali.

Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib?

Seterusnya di sini... http://blog.drdzul.com/2011/07/31/najib-mencari-%e2%80%98talian-hayat%e2%80%99/#comments

Tiada ulasan: